Abangku Suamiku Bab 20
BAB 20
‘Where are we going ma?’soalku hairan sebab dipaksa mama
untuk ke suatu tempat.
‘Ikut
je sayang mama. Soalan Hana akan terjawab bila kita dah sampai nanti’
Aku
mengeluh di dalam hati. Terasa lambat perjalananku kali ini. Ke mana ye mama
nak bawa aku? Facial? Mungkin? Ke
perjumpaan persatuan mama? Tak mungkin! Jalannya dah melencong jauh. Sekali
lagi aku mengeluh. Tapi kali ini dapat didengari oleh mama.
‘Panjang
mengeluh Hana? Hana ada masalah?’ tegur mama yang tampak kerisauan.
‘Hana
tak da masalah serius pun ma. Yang bermasalah di hati Hana ni sebab tak tahu
mama nak bawa Hana ke mana. Macam jauh je lagi perjalanan kita.’
Mama
tertawa mendengar jawapanku. Hesyh!
Mama ni! Aku ada buat lawak ke? Giatku di dalam hati.
‘Don’t too emotional sayang. You would liked this place. Kurang-kurangkan kerut kat dahi tu. Dah
banyak sangat kedut mama nampak.’
Aku
mengigit bibir. Ketara sangat ke aku tunjuk pada mama apa yang sedang bermain
di fikiranku. Chilled Hana! Mesti
tempat yang mama nak bawa ni happening!
Blurp!
Belum pun sempat aku nak chilled,
terjatuh rahang aku dibuatnya. Mama memakir kereta di hadapan kedai bernama
DAMIAN HILMAN COUTURE. Kenapa aku tak boleh terfikir yang mama akan bawa aku ke
sini. Sekarang baru aku tahu. Ini mesti mama berkomplot dengan Mika. Patutlah
dua tiga hari ni, Mika selalu hilang lepas kelas. Ada agenda besar dengan mama
rupanya. Wait the minute! Selang
sebuah dari kereta mama macam kereta yang amat aku kenali sangat. I’m done!
‘Tu
anak kesayangan mama tu buat apa? Jadi pak pacak kat situ ke? Taulah kulit tu
terlebih putih!’ sindir Rizzman.
‘Ya
Allah! Bertuah punya anak. Mama ingatkan dia ikut mama tadi. Rizz pergi
panggilkan Hana,’
‘Dah
tak reti nak masuk ke? Ke nak tunggu putera hati tolong angkatkan.’
Berderau
jantung aku. Hesyh! Mr. Tarzan ni. Kalau bercakap tu tak buat aku terkejut
memang tak sah gamaknya. ‘Ahah! Memang tunggu putera hati tolong angkatkan.
Lam…’ belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, abang Rizz dengan selamba
mencempung tubuhku lalu dibawa masuk ke dalam kedai.
Malunya
tuhan saja yang tahu. Habis satu kedai keatawakan aku. Mr. Tarzan ni romantik
tak kena tempat. Nak je aku ganti muka aku dengan makcik jual kuih kat hujung
simpang tu.
‘Dah
nampak aura seri pengantin dah. Ni belum buat treatment lagi. Kalau dah buat, tak lepas mata cik abang
memandang.’ Tegur salah seorang pekerja Damian yang adik-adik sangat. Sebijik
macam Mika.
‘Eh!
Biasa-biasa je. Pengantin dah basi pun.’ Bidasku sengaja menyindir Mr. Tarzan
yang duduk tak jauh dari aku.
‘Apa
yang basi nye, ye Puan Sri. Cantik saja tengoknya. Ibarat merpati dua sejoli
lagi gitu. Walaupun datang asing-asing, warna baju dah sama.’
Pantas
aku memandang baju yang melekat di tubuhku. Kemudian memandang baju yang
dipakai oleh Mr. Tarzan. Macam mana boleh sedondon pulak! Masa-masa ni lah nak
pakai warna biru Mr. Tarzan ni.
‘Kebetulan!’
selamba aku menjawab.
Terjegil
biji mata Mr. Tarzan melihat aku menjawab soalan yang diajukan oleh pekerja
Damian.
Yang
Mr. Tarzan aku ni dah kenapa? Dah retired
jadi Mr. Tarzan ke? Dari tadi membisu. Pelik bin musykil ni. Aku punyalah
menceceh menjawab soalan pekerja Damian, dia boleh syok duk belek majalah
pengantin. Tahulah ramai awek cun dalam majalah tu.
‘Maaf
ya Puan Sri terpaksa tunggu lama. Baru siap beedings
kat baju ni. Hana ikut pembantu I ye.’ Tutur Damian yang tiba-tiba muncul.
Ni
lah yang paling aku tak gemar sekali. Bila fitting
baju. Mulalah aku terkial-kial nak zipkan baju. Leceh betul. Ingatkan hari tu
kahwin koboi je. Tak sangka pulak kena bersanding. Mr. Tarzan tak membantah
langsung. Dulu dia yang beriya-iya tak setuju.
Kenapalah
tangan aku ni tak sampai nak tarik zip baju ni. Pembantu Damian ke belakang
katanya tadi. Tak kan nak keluar dengan zip tak tutup habis?
‘Mulut
tu kalau sehari tak membebel tak boleh ke? Tak tahu penat?’ tiba-tiba abang
Rizz timbul dari sebalik tirai. Ini baru Mr. Tarzan aku. Dalam mulut dia
membebel pada masa yang sama dia tolong zipkan baju aku. So sweet. Tapi tak tergoda langsung.
Ayat
favourite aku apa lagi kalau bukan
‘Mulut Hana, suka hati Hana lah.’
‘Really?’ tanya abang Rizz tidak berpuashati.
Langkahnya semakin menghampiri aku. Setapak abang Rizz menghampiri aku, setapak
akau berundur ke belakang sehingga aku tersandar di dinding yang dipenuhi
cermin.
‘Mana
mulut Hana, suka hati Hana lah tadi tu? Nak tengok sangat.’
Aku
terperangkap!
Masa-masa
macam ni la Mr. Tarzan ni nak buat hal. Siapa suruh kau bakar line Mr. Tarzan tu Hana. Kan dah kena
batang hidung sendiri.
‘Kenapa
diam. Tadi ke main lagi mulut tu pot-pet,
pot-pet.’
Aku
mengigit bibir. Tak pandailah pulak mulut ni nak menjawab balik.
‘Hana
Qusandria.’ Lembut sapaan abang Rizz di telingaku.
Boleh
angau macam ni. Comfirm terus tukar
nama Mr. Tarzan. Sapaan abang Rizz tidak ku sambut. Takut wei ….! Tengah baik
aku usha wajah abang Rizz, pandangan kami bertaut. Getaran halus terbit entah
dari mana. Wajah abang Rizz semakin lama semakin hampir dengan wajahku. Hanya
seinci jarak yang memisahkan aku dana bang Rizz.
Bunyi
tirai ditarik menyedarkan aku dan abang Rizz. Huh! Nasib baik tak jadi apa-apa.
Tapi ….
‘Kat
sini rupanya Rizz. Puaslah mama menunggu Rizz tukar baju.’ Bebel mama straight forward.
Yang
Mr. Tarzan ni buat-buat tak tahu je. Damian dah siap senyum baik lagi kat aku.
‘Dah tak sabar tu Puan Sri. Tak lama lagi dapatlah Puan Sri cucu.’
Aku
menelan air liur. Ke situ si Damian ni fikir. Ni Mr. Tarzan yang tak sabar.
Bukan aku jeritku di dalam hati.
‘Saya
harap pun macam tu jugak Damian. Dah tak sabar nak timang cucu.’ Tutur mama.
Dah
dua tiga kali kena serang hendap ni. Tinggal tak gol je lagi aku ni. Asyik aku
je yang kena. Mr. Tarzan ni tak ada perasaan ke kena sindir. Elok je duduk kat
sebelah mama lagi.
Aku
hanya tersengih. Malas nak menjawab. Tak pasal-pasal kena batang hidung
sendiri. Jadilah aku pak pacak sementara pembantu Damian membetulkan mana yang
patut untuk gaun pengantin aku.
Aku
menghela nafas panjang. Selesai sesi fitting baju pengantin. Azab betul aku
rasakan. Bila duduk berdua dengan Mr. Tarzan ni lambat betul masa berlalu.
Usai
menukar baju, aku duduk di sofa yang disediakan tidak jauh dari mama dan Mr.
Tarzan. Mama nampaknya masih sibuk berbincang dengan Damian. Mr. Tarzan turut
serta dalam perbincangan tersebut. Mama ada memanggil aku menyertai
perbincangan mereka. Baik aku mengadap majalah pengantin yang ada. Apa yang
baik di mata mama, baiklah di mata aku. Aku ikut sahaja. Malas nak mengadap
muka Mr. Tarzan.
Akhirnya
azabku habis jua. Sejak aku masuk kereta hinggalah separuh perjalanan, aku
hanya diam membisu. Aku dengan duniaku sendiri sehinggalah mama menegurku.
‘Hana! Mama tanya Hana ni.’
Aku
sendiri terkejut dengan teguran mama. ‘Apa dia ma? Hana tak dengar mama tanya
apa?’
‘Mama
tanya kenapa Hana diam je dari tadi? Ada masalah ke sayang?’
‘Owh!!
Ingatkan mama tanya apa tadi. Hana okay la ma. Penat sikit.’ Bohong sunat aku
sekejap.
Mama
sekadar mengangguk. Aku kembali melayani duniaku sendiri. Mama seperti mengerti
dan memberikan aku ruang dan peluang.
Beg
berwarna hitam dicampak ke atas sofa berwarna merah keemasan. Zara menghenyak
punggungnya dengan rasa sakit di hati. Datin Seri Maimon yang kebetulan lalu di
ruang tamu mengeleng kepala melihat sikap anak daranya.
‘Zara
ni nak jadi apa? Masuk rumah dengan tak bagi salam. Lepas tu campak-campak beg
ni dah kenapa? Mama dan papa tak pernah ajar anak-anak mama dan papa bersikap
kurang ajar.’ Tegur Datin Seri Zainon.
‘Ni
semua salah mama dan papa. Kalau dulu mama dan papa ikut permintaan Zara, sekarang
ni abang Rizz dah jadi suami Zara.’ Tempelak Zara Arlysa seperti orang hilang
akal.
‘Zara
Arlysa! Fikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut sedap mulut!’ tempik Dato’
Seri Rizlan yang baru tiba di Astana Villa.
‘Kalau
mama tak bantah pilihan Zara dulu, semua ni tak kan terjadi. Sekarang ni papa
nak salahkan Zara.’ Zara tidak mahu mengalah. Puas melepaskan amarahnya, Zara
menghilangkan diri ke tingkat atas.
Dato’
Seri Rizlan duduk tersandar di sofa dengan keluhan panjang. Pening kepalanya
mengenangkan sikap Zara yang semakin teruk. ‘Apalah nak jadi dengan Zara tu
Mai? Sakit kepala abang bila fikirkan hal Zara. Awak sebagai mama cuba-cubalah
nasihatkan Zara.’
‘Zara
tu memberontak sebab apa yang dia minta tu dak dapat bang. Zai tak fikir Zara
ada buat yang tak baik belakang kita.’ Bela Datin Seri Zainon.
‘Awak
tu masih lagi nak bela Zara. Awak tak dengar apa yang dia cakap tadi. Dia
salahkan kita sebab dia tak dapat Rizzman. Awak tahu ke apa yang dia buat kat
luar tu? Kalau awak tahu, mahu mengucap panjang awak nanti. Sebelum nasi
menjadi bubur, baik awak nasihatkan Zara. Jangan nak meroyan hanya sebab kerana
seorang lelaki.’ Panjang nasihat Dato’ Seri Rizlan buat isterinya.
‘Apa
maksud abang apa yang Zara buat kat luar tu? Cakaplah pada Zai bang.’
‘Awak
tanyalah Zara sendiri. Kalau saya yang cakap nanti awak tak percaya apa yang
saya cakap.’ Dato’ Seri Rizlan bingkas bangun lalu menuju ke tingkat atas.
Sengaja dia meninggalkan isterinya dengan seribu teka-teki.
Habis
satu bilik tonggang langgang dikerjakan Zara. Panas hatinya melihat Hana dan
Rizz masuk ke kedai butik pengantin. Hilang sudah kewarasan akalnya. Zara
merenung dirinya di hadapan cermin. Apa kurangnya aku kalau dibandingkan dengan
Hana. Abang Rizz tu buta ke? Jerit Zara sekuat hati.
Ketukkan
di pintu menyedarkan Zara . tanpa menunggu jawapan, daun pintu ditolak dari
luar. ‘Kak long masuk ye Zara?’ ujar kak longnya berjalan menuju ke arah katil
sambil mengutip barang yang bersepah di atas lantai dengan senyuman di bibir.
‘Zara
ada masalah? Kak long boleh pinjamkan telinga kak long untuk dengar masalah
Zara. Mana tahu kak long boleh bantu.’ Lembut tutur bicara menantu kesayangan
Datin Seri Zainon.
Zara
mendekati kak longnya. ‘Apa kurang Zara kak long? Sakit hati Zara tengok
kebahagian mereka.’
Sarah
Umairah sudah sedia maklum siapa yang dimaksudkan oleh adik iparnya. Suaminya
ada bercerita masalah yang sedang melanda Zara Arlysa. ‘Kak long dapat rasa apa
yang Zara rasa sekarang ni. Allah dah susun yang terbaik untuk semua umatnya.
Termasuklah Zara. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk Zara. Ada yang lebih
baik untuk Zara. Cuma Zara belum jumpa je lagi.’
Zara
Arlysa mengeluh. ‘Zara nak tunggu sampai bila kak long?’
Sarah
Umairah tertawa kecil. ‘Kak long kahwin dengan along pun lambat. Allah suruh
kak long timba ilmu sebanyak mungkin sebelum kak long diberi tanggungjawab yang
besar sebagai seorang isteri dan ibu kepada zuriat yang Allah berikan.
Tanggungjawab tu besar Zara. Kalau kita tak bersedia dan tak cukup ilmu di
dada, bahtera kita akan dilanda badai.
Zara
melentok kepalanya di bahu Sarah Umairah. Memahami perasaan Zara,
perlahan-lahan tangan Sarah Umairah mengusap kepala Zara Arlysa.’Kak long cakap
ni sekadar nak sejuk kan hati Zara kan?’
Sarah
Umairah mengangkat wajah Zara. Pandangan mata mereka bertaut. ‘Kakak mana yang
sanggup lihat adiknya merana. Kak long nak yang terbaik untuk Zara. Zara budak
pandai. Jangan jadikan masalah ni sebagai alasan untuk Zara tak berjaya. In sha
allah, you will find the best candidate
to be your soulmate.’
Perlahan-lahan
butiran jernih mengalir di pipi Zara Arlysa. Kak longnya sentiasa ada
bersamanya. Zara Arlysa perlu kuat desisnya di dalam hati.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSorry atas td... As usual author x penah hampakan readers... Waiting for your next update...
DeleteBest, sambung lagi..
ReplyDeleteBESTTTT
ReplyDeleteI am realy like the story
ReplyDeleteBest laaa, bila ada sambungan lg, xsabar nak baca.. ada keluar novel x
ReplyDeleteMane sambungan citer nie
ReplyDeleteDah lima tahun cerita ni... xsabar nk tahu ending cerita menarik ni ��
ReplyDeleteP/s: author, ada typo sikit kat atas tu. Mak Zara is Zai bukan Mai