Abangku Suamiku Bab 27
Bab 27
Penuh ruang tamu mama malam ni. Usai makan malam, papa menyuruh aku dan semua isi rumah berkumpul di ruang tamu. Family meeting katanya. Aku membantu mama menatang dulang berisi air kopi. Aku duduk di sebelah mama.
‘Hai! Dah ada suami masih nak berkepit bawah ketiak mama lagi ke?’ along mula menyakat.
Panjang muncungku disakat oleh along. ‘Tak habis ek sakat Hana, long?’
‘Bila masa along sakat Hana. Along cakap benda yang betul. Tak nampak tu muncung suami Hana tu bila Hana duduk sebelah mama.’
Aku memandang abang Rizz yang duduk bertentangan dengan aku. ‘Tak panjang pun muncung abang Rizz. Biasa je Hana tengok.’ Jawabku lurus bendul.
‘Pergi duduk sebelah abang Rizz tu Hana. Kurang-kurang sikit manja dengan mama. Nanti ada yang jealous pulak kat mana.’ Mama tiba-tiba bersuara.
Dalam rela paksa, aku bangun menukar tempat dudukku. Seram sejuk aku duduk sebelah Mr. Tarzan. Rasanya Mr. Tarzan tengah sakit tekak. Sejak balik dari hotel hinggalah sekarang, hanya sepatah dua kata yang keluar dari mulutnya. Hairan!
‘Papa nak bincang pasal apa?’ soal along mengembalikan tujuan utama papa memanggil kami.
‘Nothing important from me just a soft reminder for Hana. Hana ada sehari lagi cuti. Isnin jangan lupa lapor diri di pejabat papa.’ Pesan papa.
Melopong mulutku. Nyaris-nyaris aku terlupa. Tak sabar pulak nak mulakan latihan industri. ‘Ai.. Ai.. Cip!’
Semuanya tertawa kecil kecuali… Faham-faham sendiri la ye. Tak payah lah aku nak cakap.
‘Now your turn Rizz. Rizz nak bincang apa tadi?’
Langsung senyap aku bila papa kata turn abang Rizz. Arghh!! Tak sedap hati dah ni. Apa lah yang nak abang Rizz bagi tahu ni.
‘Sebenarnya Rizz nak bawa Hana duduk dengan Rizz. Rizz dah siapkan semuanya. Rizz nak hidup berdikari dengan Hana. Harap papa dan mama izinkan.’
Kelam duniaku. Aku terus berlari naik ke tingkat atas. Sikit pun abang Rizz tak berbincang dengan ku tentang keputusan untuk duduk di rumah sendiri. Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Pandanganku ditala ke siling berwarna putih. Kosong! Patung Patrick kesayanganku menjadi mangsa tumbukan. Ni semua gara-gara Mr. Tarzan. Kenapa kena hidup berdikari kat rumah lain. Kat rumah mama dan papa tak boleh hidup berdikari ke? Betul tak?
Bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Cubaan abang Rizz tidak Berjaya. Awal-awal lagi aku dah siap kunci pintu bilik. Sibuk je nak masuk bilik orang.
‘Open the door Hana!’ teriak Mr. Tarzan.
‘Don’t want.’ Aku tak mahu mengalah.
‘Or else you will regret.’
Eleh! Ingat aku takut sangat dengan Mr. Tarzan tu. ‘Ewww.. takutnya. Apa je abang Rizz boleh buat kalau Hana tak buka pintu?’
‘You ask me what I can do? Jangan menyesal kalau bilik ni tak berpintu Hana Qusandria.’
Gulp! ‘Bilik ni tak berpintu.’ Tak boleh jadi ni. Aku paling benci bila Mr. Tarzan ni guna kuasa veto. ‘Why should I open the door?’
‘We need to discuss.’ Tutur abang Rizz dari luar.
‘Nak bincang apa lagi? abang Rizz dah buat keputusan tanpa berbincang dengan Hana.’
‘Because you behave like this. That’s why I don’t discuss with you. Buka pintu ni Hana.’ Bertalu-talu abang Rizz mengetuk pintu. Boleh roboh pintu bilik aku.
Aku buat tak tahu je. Siap buat muka I don’t care. Kalau abang Rizz tengok ni, memang kena backhand.
Hana Qusandria! Jangan menyesal ye.’ Ugut abang Rizz.
Senyap! Pintu bilik dah tak diketuk lagi. Apa yang Mr. Tarzan nak buat tu. Tak kan dia nak buat kerja gila? Tiba-tiba aku terdengar bunyi drill. Biar betul Mr. Tarzan ni. Tak kan dia na tanggalkan pintu bilik aku. Aku dah jadi cacing kepanasan dalam bilik ni. Nak buka ke tak nak ni?
‘Fine!’ Jeritku lalu membuka pintu.
Dengan muka selamba Mr. Tarzan masuk bilik aku. Penat betul nak layan perangai Mr. Tarzan ni. Macam manalah boleh jadi suami aku. Sengaja aku tutup pintu dengan kuat. Malas nak layan angin Mr. Tarzan. Aku capai ipad ku lalu menapak ke beranda bilik. Layan game lagi bagus.
‘Nak atau tak, Hana kena ikut.’ Mr Tarzan bersuara.
‘Setakat masuk sini nak cakap tu je ke? Siap nak tanggalkan pintu bilik. Huh! Nonsense!’ aku melepaskan geram.
‘Siapa kata masuk sini nak cakap tu je. Masuk bilik nak tidur la.’ Jawab Mr. Tarzan.
Terbuntang biji mata aku. Saja nak naikkan darah aku je Mr. Tarzan ni. ‘Hello! Siapa benarkan abang Rizz tidur sini. Ada bilik sendiri kan? Tidurlah kat bilik sendiri. Buat penat je papa buat bilik untuk seorang satu.’ Aku membebel mengalahkan mama.
‘Untuk makluman Hana Qusandria, syurga seorang isteri adalah terletak pada suaminya. Kita dah pun jadi suami isteri. Kalau nak kumpul dosa, selalulah menjawab cakap suami.’ Abang Rizz dah siap landing atas katil.
Eeeee… Geramnya aku dengan Mr. Tarzan ni. Boleh pulak dia sedap landing atas katil aku. Lepas tu boleh pulak buka cerita pasal dosa kalau tak dengar cakap suami. Aduhai… Boleh kena darah tinggi macam ni. Macam mana aku nak dengar cakap abang Rizz, dia suka-suka hati je buat keputusan tanpa berbincang. Comfirm lah aku akan bantah. Punyalah besar papa buat rumah ni, dia nak duduk rumah lain.
‘Kenapa senyap? Kalau tak, laju je mulut tu menjawab.’ Abang Rizz bersuara manakala tangannya ligat menaip sesuatu di telefon.
‘Tak nak bakar line.’ Jawab aku acuh tak acuh.
‘Ke takut kumpul dosa?’
Aku senyap beb. Tak pasal-pasal kumpul dosa. Takut wei. Lama aku duduk melepak di beranda. Mr. Tarzan dah selamat berlayar. Tak malu peluk Patrick aku. Nak tak nak terpaksalah aku tidur di sebelah Mr. Tarzan.
Elok je aku menukar posisi tidurku, mata aku dan mata abang Rizz bertaut. Terkejut beruk aku. Apa lagi, hiruk pikuk lah bilik aku dengan jeritan batinku. Aku memukul badan abang Rizz menggunakan bantal kecil yang ku peluk.
Abang Rizz menahan tanganku. ‘Jangan nak buat drama pagi-pagi buta. Bangun dan cepat siap.’ Pagi-pagi dah kena sound dengan Mr. Tarzan. Abang Rizz dah selamat turun dari katil.
‘Melampau betul. Tak kan pagi-pagi buta nak pindah rumah. Tak boleh sabar ntah. Tunggu lah matahari terbit dulu.’ Omelku tidak berpuas hati.
‘Stop blabbering! Orang gila je pindah pagi-pagi buta. Tengok jam tu sikit. Subuh!’
Bedebushhh!! Tembakan mengena. Malu wei. Pagi-pagi buta aku dah merepek cerita pindah rumah. Kenapa boleh tak teringat yang aku bangun untuk solat subuh. Ni baru tidur sebelah Mr. Tazan. Belum lagi Mr. Tarzan buat apa-apa kat aku. Mahu amnesia aku.
‘Cepat!’ laung abang Rizz dari dalam bilik air.
‘Iya.’ Jawabku dengan nada geram. Suruh aku cepat. Dia tak keluar lagi dari bilik air. Huh!
Pagi ni adalah pagi berlainan dari rutin biasaku. Selalunya aku solat dengan papa dan mama. Kali ni aku diimamkan oleh encik suami. Beriya- iya aku nak keluar dari bilik, baik je kena setepek dengan abang Rizz. Ikutkan hati nak je aku gunting mulut dia. Sehari tak cakap kasar memang tak sah. Usai solat subuh, aku terus turun ke bawah. Tak betah aku nak sekatil dengan abang Rizz. Buatnya dia terkam aku. Tapi bukan ke aku dah bersama dengan abang Rizz. Arghhh!!... Tak nak fikir. Banyak lagi tempat yang boleh aku membuta.
Selesai aku membantu mak Jah menyiapkan menu sarapan pagi, aku terus menghilangkan diri. Niat di hati ingin menolong mak Jah, sebaliknya mak Jah menyuruh ku duduk di ruang tamu. Aku ikutkan saja arahan mem besar. Tiada satu pun siaran tv yang menarik minatku. Apa yang aku nak buat? Nak masuk bilik? Tak kan sama sekali. Nak jogging? Malas! Baik aku membuta. Sekejap pun jadi lah. Bilik mak Jah menjadi mangsa. Heaven sey bilik mak Jah.
Aku baru je dilamar putera raja, tiba-tiba aku terdengar riuh rendah. Macam ku kenal sahaja suara yang riuh. Suara Mr. Tarzan aku! Terus sahaja aku tersedar dari lena. Potong stim betul lah Mr. Tarzan. Habis rosak mimpi aku dilamar putera raja.
‘Apa yang kecoh pagi-pagi ni? Orang nak tidur pun tak senang.’ Ujarku yang baru keluar dari bilik mak Jah dengan wajah yang sememeh.
‘Ya Allah, Hana. Kat sini rupanya. Rizz ni sibuk cari isteri dia. Takut betul isteri dia hilang.’ Terang mak Jah dengan wajah kerisauan.
‘Hana buat apa dalam bilik mak Jah?’ giliran mama menyoal.
‘Take a nap.’
‘Kenapa tak naik atas?’
‘Tak nak ganggu harimau yang sedang tidur.’ Selamba aku menjawab.
‘Tak beritahu mak Jah pun.’ Mak Jah kembali menyoal.
‘Macam mana nak beritahu mak Jah. Hana nak tolong mak Jah, Hana disuruh tengok tv. Siaran kat tv tak best pulak tu. Tu Hana tidur kat bilik mak jah. Tilam mak Jah lagi empuk dari tilam Hana kat atas.’ Sindirku lagi.
You all nak tahu apa ghupa Mr. Tarzan bila aku sindir dia kali kedua. Dia buat muka tak ada perasaan. Makan dalam wei.
‘Ada meeting tergempar ke? Semua ada kat dapur. Kosong je ruang tamu tu saya tengok.’ Giliran papa pula menyoal.
‘Pagi-pagi lagi anak abang buat drama. Risau betul isteri dia hilang. Pada hal, isterinya sedap tidur dalam bilik kak Jah.’ Perli mama.
‘Bila anak buat hal, anak abang. Bila anak yang baik anak Puan Sri Maimon ye. Lupakan budak berdua tu. Saya dah lapar. Temankan saya sarapan. Masing-masing kenyang tengok muka sendiri.’ Dengan aku sekali disindir papa.
Kami memandang sesama sendiri. Abang Rizz memandang ku dengan pandangan yang tajam. Aku segera meninggalkan ruangan dapur lalu menuju ke ruangan makan. Baik aku isi perut ku yang dah berbunyi lagu kpop. Aku menarik kerusi kosong di hadapan mama. Papa dan mama memandang ku dengan wajah seribu persoalan.
‘Rizz mana Hana?’ soal papa.
‘Abang Rizz dah kenyang.’ Jawabku bersahaja.
Mama menggeleng kepalanya.
Belum pun sempat aku membuka mulut, kerusi kosong di sebelah ku ditarik. Bau badan je dah cukup aku kenali. Pandanganku ditala ke sebelah kanan ku. Sahih! Abang Rizz. Kehadiran abang Rizz di sebelahku tidak aku endahkan. Aku segera menyenduk mihun goreng ke dalam pingganku. Belum pun sempat aku menyua sesudu mihun goreng ke dalam mulutku, abang Rizz berdehem.
Aku memandangnya dengan kehairanan. Abang Rizz menunjukkan isyarat mata sahaja. Aku pun lambat pick up isyarat yang cuba disampaikan abang Rizz. Dua tiga kali abang Rizz membuat isyarat yang sama. Barulah aku faham. Lain kali cakaplah suruh sendukkan mihun goreng. Tak boleh cakap ntah. Nak pakai isyarat bagai. Bisu nanti baru tahu. Aku membebel di dalam hati.
Comments
Post a Comment