Abangku Suamiku Bab 1


“ Kau menungkan apa tu Hana? Sejak kau balik dari rumah mama kau, aku perhatikan kau banyak termenung. Kau ada masalah ker? Cer citer dengan mak. Mana tahu mak boleh tolong.” radio buruk si Mika dah berbunyi.
“ Aku ada masalah besar ni Mika.” pendek jawapan yang ku berikan.
“ Masalah apa nyer nok? Kalau kau tak cerita macam mana mak nak tolong?”
“ Kau ni kan Mika, suka sangat cakap nok! Lama-lama jadi tenok baru tahu. Abang Rizz dah balik.” tak da mood aku nak cerita panjang lebar kat Mika.
“ What! Abang Rizz dah balik!” serentak Mika dan Tipah menjerit. Pekak telinga aku sekejap.
Bila masa pulak si Tipah ni sampai. Setahu aku, cuma aku dengan Mika sahaja yang melepak kat bawah pokok ni tadi. Minah ni pun sorang, lepas kelas terus ghaib. Nasib baik ada si Mika ni walaupun lelaki tetapi lembut mengalahkan perempuan.
“ Hmmm… Tak lama lagi kita dapatlah anak buah kan Mika?” celoteh Tipah main sedap mulut je.
Wonderful. Mesti anak Hana macam aku. Cantik dan bergaya.” tokok Mika menyedapkan rasa angan-angan mereka.
“ Hamboi…Hamboi.. Hamboi.. Indahnya bahasa korang kan. Tak lama lagi dapat anak buah konon. Cantik macam Mika. Banyak cantik muka korang. Perkara tu tak akan berlaku sama sekali.” naik satu oktaf suara aku.
Kenangan dua tahun lepas kembali terlayar di ruang fikiranku. Ketika tu aku berada dalam semester satu dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman di UiTM Shah Alam. Aku sedang bercuti sem. Mama awal-awal lagi dah berpesan pada along dan abang Rizz supaya tidak pulang ke rumah memandangkan hanya aku sahaja yang berada di rumah. Mak Jah balik bercuti di kampong. Papa dan mama ada kenduri kahwin rakan kongsi papa. Mesti semuanya tertanya kenapa mama dan papa tak benarkan along mahupun abang Rizz berduaan dengan aku di rumah. Sejak mummy dan daddy menyambut panggilan Illahi ketika tu aku baru berusia setahun. Mama dan papa lah yang menjaga aku sehingga kini. Mummy adalah adik kepada mama. Bermulalah kehidupan aku di rumah mama. Sejak itu, abang Rizz sememangnya tidak sukakan aku. Jarak usia kami enam tahun. Katanya, kehadiran aku di dalam keluarganya menyebabkan mama mula mengabaikan dirinya. Anak manjalah katakan.
Walapun abang Rizz tidak sukakan aku, alonglah sahabat baik aku. Along menjaga aku seperti adiknya sendiri. Sehinggalah along berkahwin dengan pilihan hatinya Mira Edora. Kasih along tak pernah terluak terhadap aku. Sayangnya, kasih sayang yang along berikan kepadaku sering disalah ertikan oleh kak Mira. Katanya aku cuba menggatal dengan suaminya. Semakin lama, rumah tangga along semakin parah. Aku cuba bataskan pergaulanku dengan along sehinggakan aku dimarahi oleh along. Perkahwinan along cuma bertahan selama tiga tahun. Penceraian jalan penyelesaian walaupun perkara itu dimurkai oleh Allah.
Dendam kak Mira tak pernah surut. Kerana dendamnya, dia memasang perangkap. Pada hari kejadian, hanya aku sahaja yang ada di rumah. Mama, papa dan mak Jah tiada rumah. Disebabkan abang Rizz tertinggal barang di rumah dan dia terlupa pesanan mama, aku dan abang Rizz ditangkap berduaan. Naik berbuih mulut abang Rizz menerangkan apa yang berlaku. Satu pun tak diambil peduli. Aku sendiri tidak tahu tentang kepulangan abang Rizz ke rumah ketika itu aku berada di dapur sedang membancuh air. Aku dengan selamba membuka pintu apabila tedengar bunyi ketukan di pintu dan pada masa yang sama abang Rizz baru turun dari tingkat atas dengan beberapa fail berada di tangannya.
Gara-gara dendam kak Mira lah, mama pengsan di buatnya. Bertambah harunya, keluarga Tan Sri Razlan a.k.a apa aku. Malas hendak memanjangkan cerita, papa mengambil keputusan untuk mengahwinkan aku dengan abang Rizz. Bagai nak runtuh rumah dikerjakan oleh abang Rizz gara-gara tidak mahu berkahwin dengan aku. Poyolah mamat sorang tu. Memberontak mengalahkan aku yang perempuan ni. Aku boleh je cool dengar keputusan papa. Tapi dalam hati, macam air terjun air mata aku menangis. Lepas je akad nikah, aku buat haluanku sendiri. Abang Rizz masih lagi dengan perasaan emo dia. Selepas seminggu pernikahan kami, abang Rizz menyambung pelajaranya di luar negeri. Pernikahan kami adalah untuk menghalalkan hubungan.
“ Hana. Hana ..” panggil Tipah cemas.
Sempat lagi aku berangan. Minah ni pun sorang. Kalau panggil orang tak tepuk badan memang tak sah. Masalahnya tepuk mengalahkan tangan si Mika yang jantan tu. “ Alamatnya berbiratlah badan aku ditepuk kau Tipah.”
‘ Dahnya aku panggil kau, kau boleh layan blues pulak kat sini.’ omel Tipah pot pet, pot pet.
“ Nak panggil tu tak da masalah. Tang pukul-pukul tu yang bermasalah. Macam manalah aku boleh dapat kawan macam korang ni. Mika yang sepatutnya gagah perkasa dah jadi lelaki penyayang dan bersopan santun mengalahkan perempuan melayu terakhir. Kau pulak, wanita yang ayu dah jadi wanita besi. Nasib, nasib.’ skrip yang biasa aku guna pakai kat best buddy aku dua ketul ni.
What ever. Mak tak kisah. Yang mak kisah sekarang ni perut mak ni. Perut mak ni dah lagu Celine Dion. Tangkap leleh kebuluran. Kita makan kat Old Town okay. Hari ni mak yang belanja.”
“ Yeah! Selamat duit kita orang!” teriak aku dan Tipah serentak.
Mika memilih port yang selau menjadi port melepak kami. Sementara menunggu pesanan tiba, Tipah ke bilik air. Tinggal aku dan Mika sahaja di meja. Tak pasal-pasal jari aku menjadi mangsa manicure Mika. Ke mana sahaja Mika akan membawa set manicure di dalam begnya. Elok-elok je baru treatment nak di buat, ntah mamat mana main sedap rentap tangan aku. Ni yang aku angin satu badan. Belum pun sempat aku bersuara, mamat yang merentap tangan aku terlebih dahulu bersuara. “ Ni nak makan ke atau nak bercengkerama kat sini?” tempik mamat tersebut.
Bertambah angin satu badan aku. Dahlah sentap tangan aku, ni siap tempik-tempik lagi. Ni tak boleh jadi. Nak kena mamat ni. “ Manisnya mulut. Dahlah sentap tangan orang lepas tu nak tempik-tempik pulak. Mulut tu ada insurans ke tak?” baru padan muka mamat tint tong. Tiba-tiba lidah ku kelu. Mamat yang aku kaw-kaw tempik tadi rupa-rupanya abang Rizz. Tipah yang baru sampai di meja terpinga-pinga tidak tahu hujung pangkal.
“ Abang Rizz….” Tergagap-gagap aku memanggil nama abang Rizz. Yang aku pun satu, macam mana boleh aku tak cam suara abang Rizz.
“ Apa abang Rizz, abang Rizz? Masa pegang tangan mamat ni tak ingat dunia.”
“ Salah Hana pulak. Abang Rizz sengaja nak cari jalan gaduh kan. Bukannya nak tanya elok-elok. Yang abang Rizz nak marah-marah ni kenapa? Hana dengan Mika bukan buat apa-apa pun. Mika nak buat manicure untuk Hana je.” bidas aku menegak kebenaran.
Manicure ke pedicure ke aku peduli apa. Mana boleh berpegang tangan dengan lelaki bukan muhrim. Ikut aku balik sekarang!” dah macam anak patung aku gayanya. Mana tidaknya aku ditarik ke kanan ke kiri mengikut langkah abang Rizz. Kempunanlah aku nak merasa makan duit Mika. Kunci kereta sempat ku baling kepada Tipah. Tak pasal-pasal buddy aku balik jalan kaki. Tak kan Tipah nak balik dengan Mika yang pakai skoot pink tu.
Tak cukup langkah aku mengejar langkah abang Rizz. Yang mamat ni pun satu, jalan menonong je. Ikut sedap rasa dia je. Paling aku sakit hati dengan abang Rizz, dia boleh main tolak aku masuk dalam kereta. Memang hati batu betul laki aku ni. Sabar Hana. Aku pujuk diri sendiri. Berdesup kereta Mitsubishi Lancer membelah jalan. Kecut perut aku di buatnya. Tak sampai beberapa minit, Mitsubishi Lancer abang Rizz menjalar di perkarangan villa Anggerik. Sengaja aku menghempas pintu kereta abang Rizz. Padan muka!
“ Hempas pintu tu kuat-kuat.” jerkah abang Rizz yang baru keluar dari perut kereta.
Aku buat dek je dengan jerkahan abang Rizz. Dia ingat aku takut sangat dengan dia. Mama terkejut melihat aku terpacul di hadapan pintu utama. Sebelum mama membuka mulut, aku terlebih dahulu bersalaman dengan mama. Mama memandang aku dengan wajah yang pelik.
“ Bukan Hana baru balik dari rumah mama semalam kan? Ni kenapa tiba-tiba balik rumah mama?”
Aku buat-buat tersenyum ketika abang Rizz melangkah masuk ke ruang tamu. “ Ada anak mama tadi naik hantu. Boleh dia marah-marah tengok Mika pegang tangan Hana ma. Padahal Mika tolong buat manicure untuk Hana.”
Mama menggeleng kepala. Pasti mama tahu siapa yang aku maksudkan. Merona wajah abang Rizz menahan marah. Mama memandang wajah abang Rizz bersilih ganti dengan wajahku. Pasti mama tidak tahu untuk menyokong siapa.
“ Orang dah buat salah. Mana nak mengaku.’ meleking suara abang Rizz.
“ Apa yang salahnya. Setakat Mika yang adik-adik tu pegang Hana pun nak jadi isu. Buat manicure je mama.” aku meminta pertolongan mama untuk membelaku.
“ Tak payah nak libatkan mama. Hana yang salah. Hana kena ingat yang Hana tu isteri orang.”
“ Kenapa baru sekarang abang Rizz mengaku Hana ni isteri abang Rizz. Kenapa tak dua tahun lepas. Selama ni mama dengan papa tak pernah sekat Hana nak berkawan dengan siapa tapi sekarang ni abang Rizz nak halang Hana berkawan dengan Mika. Hana benci abang Rizz.” jeritku lalu segera melarikan diri ke dalam bilik. Sengaja aku menghempas pintu dengan kuat.
            “ Bawa mengucap Rizz. Salah cara Rizz tegur Hana tu. Mama tak nampak pun salahnya Hana berkawan dengan Mika. Mama dan papa kenal sangat dengan budak Mika tu.” lembut Puan Sri Maimon meredakan marah anak terunanya.
            “ Mama bagi muka sangat kat Hana tu. Sampai apa yang Rizz cakap tak pernah Hana nak dengar. Rizz tak peduli, Hana kena dengar cakap Rizz”
            Tak pasal-pasal mama turut menjadi mangsa amukkan abang Rizz. Nasib baik tak ada adengan tikam menikam. Kalau tak mesti dah boleh buat drama tv. Puan Sri Maimon hanya diam membisu. Orang sedang marah kalau cakap pun bukannya nak dengar.
            Pandanganku tertancap pada kipas yang sedang berputar laju di siling. Payah untuk aku membaca fikiran abang Rizz. Kenapa selepas nikah dia terus tinggalkan aku. Selepas dua tahun, dia nak huru harakan hidup aku. Tensionnya. Aku menjerit sekuat hati.
            “ Ingat sikit, awak tu isteri orang. Terjerit-jerit macam orang gila.” tempik abang Rizz dari luar pintu.
            Macam hantu pulak mamat ni. Bukan tadi dia ada kat bawah ke? Tiba-tiba boleh pulak ada kat atas. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa yang bilik aku bersebelahan dengan bilik abang Rizz. “ Sibuk la. Mind your own business.”
            “ You are my business. Bear in your mind.” keras amaran abang Rizz terhadapku.

            Sejak aku balik dari rumah mama, kerap sangat aku megeluh. Mengeluh kerana terpaksa mengadap sikap cerewet abang Rizz a.k.a suami aku. Bukan sahaja aku, Tipah dan Mika pun pernah menegur sikap baruku. Meloncat aku turun dari katil pabila melihat jam di dinding. Hampir jam pukul tiga setengah. Solat zuhur belum ku tunaikan. Macam lipas kudung aku membersihkan diri sebelum menunaikan kewajipanku.

Comments

  1. cepat je jln cerita dia...
    next n3 please...haha

    ReplyDelete
  2. rasanya dah baca partni dulu...bila nak ada sambungannya...dah lama saya ternanti2 ni

    ReplyDelete
  3. mcm pernah baca tapi tak de sambungan dia kalau tak silap kat Novel Melayu kreatif.. Cite dia menarik tapi tulah tunggu tak de sambugan. Alhamdullillah kalau Rian dah publish kat blog and ada sambugan. txs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada post kat novel melayu kreatif... susah upload lately ni.. nanti kan next chapter.. tq for supporting

      Delete
  4. Best...best...best....nk lagi writer....smbg cepat yer...

    ReplyDelete
  5. Tukar tajukk... Citer dash best dah

    ReplyDelete
  6. Cerita ni bagus. Credit to writter. Andai berkelapangan, jemput singgah kat blog saya kat https://onedeenmenulis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Cerita ni bagus. Credit to writter. Andai berkelapangan, jemput singgah kat blog saya kat https://onedeenmenulis.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22