Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15
BAB 15
Hafni memilih untuk duduk di hadapan
meja solek. Satu persatu aksesori di kepalanya ditanggalkan. Lehernya terasa
lenguh. Alangkah baiknya kalau ada yang sudi memicit. Jangan nak berangan
Hafni. Ingat sikit, kau berdua je dengan Luqman dalam bilik ni. Suara hati
Hafni mengingatkan dirinya. Luqman baru sahaja keluar dari bilik air dengan
hanya tuala berbalut di pinggangnya. Merona merah wajah Hafni melihatkan Luqman
yang tidak berbaju. Segera dia memalingkan wajahnya. Luqman yang tidak
berperasaan terus menyarung tshirt
levis berwarna putih
dan hanya memakai boxer berwarna hitam. Hai la suami aku yang
tak da perasaan. Lupakah kau yang aku ni sebilik dengan kau. Hafni merintih.
Tangannya cuba membuka zip baju
dibelakang badannya. Jawapannya tak sampailah. Belum pun sempat Hafni ingin
meminta tolong, zip baju belakangnya telah terbuka luas. Mukanya blushing
tiba-tiba.
‘Thank’s.’ luah
Hafni dengan suara yang agak perlahan. Dia terus bangkit dan mengambil tuala di
dalam almari lantas masuk ke dalam bilik air. Luqman kembali baring di atas
katil. Wajahnya tidak berperasaan. Masih sakit hatinya bila mengenangkan Nazri
lelaki yang pernah dilihatnya bersama dengan Hafni tempohari. Apa sebenarnya
hubungan Hafni dengan Nazri. Dia sendiri pernah bertanyakan Rose sama ada Hafni
mempunyai teman istimewa. Rose mengatakan Hafni tidak mempunyai teman istimewa
selama dia berkawan dengan Hafni.
Hafni mengetuk kepalanya. Bagaimana
dia boleh terlupa untuk membawa baju persalinan masuk ke dalam bilik air. Tak
kan dia hendak berkemban di hadapan Luqman. Sedangkan selepas majlis akad nikah
petang tadi pun, habis lehernya di penuhi dengan love bite.
Inikan pulak hanya berkemban sahaja. Mahu sahaja diterkam oleh Luqman
dibuatnya. Pintu bilik air dibuka perlahan. Hafni meninjau ke luar. Kelihatan
Luqman sedang baring mengereng ke kanan lena dibuai mimpi. Nasibnya baik. Hafni
terjengket-jengket keluar menuju ke almari. Harap-harap dia tidak menganggu
lena Luqman. Baru sahaja tangannya ingin mencapai baju tidurnya, tiba-tiba
pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia mula merasakan ada ciuman hangat di
bahagian belakang lehernya. Bila pula mamat ni bangun. Bukan tadi aku tengok
baik punya landing kat atas katil ker tadi.
‘Awak, saya nak pakai baju ni.’
pinta Hafni.
‘Awak tak pakai baju pun tak pe Af.’
selamba sahaja bicara Luqman.
Hafni terpempan. Biar betul mamat
ni. Kedua-dua tangannya masih erat memegang bahagian atas tuala yang mula
longgar akibat dari pelukan Luqman. Hafni masih berkira-kira sama ada mahu
mengikut kemahuan Luqman. Hatinya belum dapat menerima kehadiran Luqman
sepenuhnya. Dia tidak mahu tuhan melaknatnya sehingga subuh kerana tidak
menunaikan permintaan suaminya yang satu. Lama kelamaan, pelukan Luqman semakin
kendur. Akhirnya Luqman baring semula di atas katil. Hafni terkedu. Serba salah
Hafni dibuatnya. Malas untuk memikirkan
perangai Luqman yang sukar untuk dijangka. Baju tidur satinnya dicapai
lantas terus ke bilik air. Selesai memakai losen dibadannya, Hafni baring di
sebelah Luqman. Pandangannya dihalakan ke arah Luqman. Kaku. Tiada sebarang
pergerakan. Hafni mengeluh lagi. Keluhan itu jelas didengari oleh Luqman yang
berada disebelahnya. Mampukah aku untuk menyayangi suami yang baru dikahwininnya
sedangkan tiada rasa cinta di antara mereka. Walaupun dulu hatinya pernah
dimiliki oleh Idham, kini nama lelaki itu tiada lagi di dalam hatinya begitu
juga Luqman Haqeem.
.
‘Selamat malam awak.’ ujar Hafni
sebelum dia baring mengereng ke kanan membelakangkan Luqman.
Selamat malam sayang balas Luqman di
dalam hati. Hatinya dipagut sayu bila mengenangkan kejadian tadi. Tiada respons
yang diberikan oleh Hafni ketika dia
memeluk Hafni. Dia tidak menyangka dapat melihat Hafni yang hanya bertuala
keluar dari bilik air. Nafsu lelakinya
cuba dikawal. Namun dia sendiri gagal sehinggakan apabila tersedar, dia telah
erat memeluk Hafni dari belakang. Bau badan Hafni sekali lagi meruntuhkan
tembok imannya. Sayangnya, Hafni tidak mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Malam yang pekat belabuh dengan suramnya. Sesuram hati adam yang kecewa akan
hawanya.
Hafni terjaga dari lenanya. Mahu
sahaja dia menjerit sebaik membuka matanya. Mana tidaknya, jarak wajahnya dari
pada Luqman tidak sampai seinci pun. Desah nafas Luqman jelas didengari. Wajah
kacak suaminya ditatap seketika. Bagai tidak percaya dia kini milik mutlak
Luqman Haqeem. Tangan Luqman baik punya peluk badan Hafni. apa dia ingat badan
aku ni bantal peluk ke apa? Gumam Hafni geram. Perlahan-lahan dia mengangkat
tangan Luqman supaya tidurnya tidak diganggu. Malang bagi Hafni, tiba-tiba
sahaja Luqman bergerak. Pantas dia melelapkan matanya. Hafni kembali membuka
matanya apabila Luqman telah berhenti bergerak. Pelukan semakin kejap. Sempat
sahaja jam dikilasnya. Jam di dinding sudah menjangkau enam setengah pagi.
Hendak tak nak terpaksalah Hafni mengejut Luqman. Kalau dibiarkan, takut-takut
pulak terbabas subuhnya nanti.
‘Awak bangun. Dah enam setengah ni.
Jom kita solat.’ Hafni menepuk perlahan bahu Luqman. Senyap. Hafni mencuba
sekali lagi. Kali ini lebih kuat sedikit.
‘Awak bangunlah. Subuh dah nak habis
dah ni.’
‘Hmmmm. Kejap la. Saya mengantuk
ni.’ jawab Luqman dengan mata yang masih tertutup. Hafni mula naik angin. Hafni
cuba melepaskan diri dari pelukan Luqman walau apa pun cara sekalipun. Namun
pelukan Luqman bertambah kejap.
‘Kalau awak tak nak solat, janganlah
sampai orang lain pun tak boleh solat.’ pedas sindiran Hafni.
Sedas Luqman dapat
daripada Hafni. Perlahan-lahan Luqman melepaskan pelukan. Hafni segera turun
dari katil lalu menapak ke bilik air manakala Luqman baru sahaja bangun dan
duduk termenung di atas katil. Pintu bilik air terbuka dari dalam. Hafni telah
siap mengambil wuduk lantas mencapai telekung di dalam almari. Turn
Luqman masuk ke dalam bilik air. Dia bingkas turun dari katil.
‘Tunggu saya. Kita berjemaah
sama-sama.’ arah Luqman pendek.
Hafni hanya menurut sahaja kehendak
Luqman. Sementara menunggu Luqman, Hafni membaca al-quran. Sebaik Luqman
membuka pintu bilik air, hatinya tenang mendengarkan alunan suara Hafni membaca
al-quran. Setelah siap berpakaian, Luqman mengimamkan solat subuh. Tidak dapat
digambarkan perasaan Hafni ketika itu apabila mendengarkan kelunakkan suara
Luqman membaca doa. Hati wanitanya terusik. Sangkanya, Luqman seorang ahli
perniagaan yang berjaya akan selalu meninggalkan suruhan agama dan tidak mampu
untuk memimpin solat untuk keluarganya tetapi sangkaannya jauh meleset. Tanpa
disedarinya, perlahan-lahan air matanya menitis. Menitis kerana telah berburuk
sangka dengan suami yang baru dinikahi. Segera dia mengelap air mata yang
menitis di pipinya. Usai selesai membaca doa, Hafni menyalam dan mencium tangan
Luqman manakala Luqman membalas dengan mencium ubun-ubun Hafni. Hafni terpana.
Jantungnya mula tidak tentu arah. Dek kerana terkejut, macam lipas kudung Hafni
bangun lalu membuka telekung dan melipat kembali telekung lalu dimasukkan ke
dalam beg pakaiannya semula.
Disebabkan terlalu
penat, Luqman dan Hafni terlelap semula selepas subuh. nasib baik mereka tidak
terlajak. Hafni sedar ketika jarum jam menunjukkan angka sembilan pagi. Hafni
mengalih pandangan disebelahnya. Luqman sedang nyenyak dibuai mimpi.
Perlahan-lahan dia turun dari katil agar tidak mengganggu lena Luqman. Lama
Hafni menghabiskan masanya di dalam bilik air. Dia sengaja merendamkan badannya
yang letih di dalam bathtub. Moga-moga badannya segar selepas
berendam. Luqman yang lama tersedar setia menanti di atas katil. Dia
berkira-kira sama ada mahu mengetuk pintu. Lama dia memendam hajatnya yang
sudah mula meminta untuk ditunaikan. Luqman seperti cacing kepanasan di atas
katil. Mahu tidak mahu, akhirnya dia turun dari katil lalu menuju ke pintu
bilik air. Telinganya ditekapkan di pintu. Senyap. Tiada bunyi air langsung.
‘Isteri aku ni tidur dalam bilik air
ke?’ fikir Luqman. Pintu diketuk dari luar.
Bunyi ketukan pintu
menyedarkan Hafni yang nyaris-nyaris terlelap. Dia mula tidak tentu arah.
Sekali lagi Luqman mengetuk pintu. Hafni serba salah dibuatnya.
‘Awak lambat lagi ker? Saya dah tak
tahan ni.’ tanya Luqman dari luar.
‘Fuhhh… Aku ingatkan apa tadi.
Tunggu sekejap. Saya dah siap dah ni.’ jawab Hafni lalu keluar dari bathtub.
Sekali lagi dia menepuk dahinya. Dia lupa membawa baju persalinan. Macam mana
pulak aku nak keluar ni. Hafni mencapai bathrobe yang
tersidai cantik di belakang pintu. Segera dia menyarungkan bathrobe
ke tubuhnya. Tuala kecil diambilnya untuk mengeringkan rambutnya yang basah.
Selesai mengambil keperluannya, Hafni segera keluar untuk memberi laluan kepada
Luqman untuk melepaskan hajatnya. Luqman terkejut melihat Hafni keluar dengan
hanya berpakaian bathrobe di badannya dengan tuala kecil dikepalanya. Nafsunya
sedikit goyang apabila Hafni berkeadaan begitu. Mahu sahaja diterkamnya dari
belakang. Luqman masih berdiri di hadapan pintu bilik air memandang Hafni.
Hafni pelik melihat
Luqman yang masih berada di hadapan pintu bilik air. Dia tersedar pandangan
Luqman yang tajam ke arahnya. Hafni cuak. ‘Kata tadi nak masuk bilik air. Yang
awak jadi pak pacak kat depan pintu tu buat apa?’ sindir Hafni untuk
menyelamatkan dirinya daripada pandangan Luqman yang boleh membunuh.
Luqman malu sendirian. Nasib baik
dia tidak terbabas dengan nafsunya. ‘Nak masuk lah ni.’ jawab Luqman lantas
menutup pintu.
Hafni mengeluh lega. Dia terselamat
kali ini. Sejak-sejak berkahwin dengan Luqman Haqeem, dia mula menjadi pelupa.
Lupa untuk membawa baju masuk ke dalam bilik air. Dua kali dia terkantoi dengan
Luqman. Arghhh… Malunya jerit Hafni di dalam hati. Luqman hanya bertuala keluar
dari bilik air. Hafni segera mengalih pandangannya. Luqman menyembunyikan
senyumannya. Tak kan aku bertuala pun dia nak segan. Ada-ada saja Hafni ni la
gumam Luqman.
‘Tolong ambilkan baju dengan seluar
saya dalam almari.’ pinta Luqman yang ralit berdiri di hadapan cermin. Hafni
hanya menurut. Laptop kesayangannya diletakkan di atas
meja. Dia melangkah menuju ke almari. Tshirt renoma berwarna biru dan seluar
jeans levis yang sedia tergantung di dalam almari dicapainya. Hafni
menghulurkan tshirt dan seluar kepada Luqman. Luqman membelek satu persatu.
Sah! Hafni terlupa satu barang lagi.
‘Tak cukup la awak. Seluar kecik
saya mana?’ tanya Luqman selamba.
Hafni mengetap bibir. Mamat ni buang
tabiat ker? Tak kan aku nak pegang seluar kecik dia bebel Hafni di dalam hati.
Nak tak nak, terpaksalah Hafni memegang seluar kecik Luqman. Seram sejuk
dibuatnya. Seluar kecik berwarna hitam bertukar tangan. Muka Hafni mula
kemerahan. Dia kembali menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Dia
kembali menghadap laptopnya. Dia mencari nama seseorang.
Hampa. Dia berharap sangat dapat berborak dengan angahnya. Sempat juga dia
menghantar e-mel kepada angahnya agar menelefonnya setelah membaca kiriman
e-melnya. Setelah selesai menghantar e-mel, Hafni segera switch off
laptopnya.
Luqman yang telah siap berpakaian terus duduk di sebelah Hafni. Segak dan
bergaya walaupun hanya memakai tshirt dan berseluar jeans puji Hafni perlahan.
Dia mula tidak tentu arah apabila Luqman duduk di sebelahnya. Haruman minyak
wangi Luqman sahaja sudah mampu membuat jantung berdegup kencang.
‘Jom gi breakfast.
Lepas tu kita terus balik rumah umi dan walid untuk ambil barang-barang awak.
Kemudian kita ke rumah mama dan papa. Saya nak ambil ada beberapa barang-barang
saya. Flight kita petang nanti.’ tenang sahaja
Luqman memberi arahan.
Hafni dapat mencerna semua apa yang
baru dikatakan oleh Luqman. Hanya satu bahagian yang dia tersalah dengar atau
Luqman yang tersalah cakap. ‘Apa maksud awak dengan flight kita
petang nanti?’ Hafni meminta kepastian.
‘Just follow my order’s.
Apa lagi yang awak tunggu. Pergi la bersiap. Jangan lupa kemaskan baju saya
sekali.’
Hafni geram. Belum apa-apa lagi dah
nak pakai kuasa veto dia bentak Hafni. Selesai melipat
bajunya, Hafni melipat pula baju Luqman. Padan muka kau. Main sedap je nak
mengarah orang desis Hafni. Laju sahaja tangannya menyumbat kesemua baju Luqman
ke dalam beg. Segera dia melilit selendang di kepalanya. Selesai melilit
selendangnya, beg baju yang sederhana kecil diletakkan di atas katil. Dia masuk
ke dalam bilik air bagi memastikan tiada barang yang tertinggal. Setelah
memastikan tiada apa yang tinggal, Hafni memanggil Luqman. ‘Saya dah siap.
Barang-barang pun dah siap pack.’ senada sahaja kata-kata Hafni.
Punat switch off
alat kawalan jauh televisyen ditekan oleh Luqman. Dia bangun lalu terus
menjinjit beg yang berada di atas katil lalu terus menuju ke arah pintu bilik.
Hafni mengekorinya dari belakang. Luqman memilih untuk menguruskan hal check out
hotel dahulu sebelum menikmati breakfast di kafeteria. Hafni memilih untuk
menyelak berita yang dipaparkan di surat khabar. Tiada satu berita pun yang
menarik minatnya sehingga dia menyelak halaman tengah surat khabar. Berita
perkahwinannya terpampang di dada surat khabar. Tiba-tiba perasaan malu datang
bertandang. Gambarnya bersama Luqman ditelitinya. Lebar senyuman Luqman.
Gembirakah Luqman dengan perkahwinan ini soal Hafni sendirian. Kerana terlalu
berkhayal, Luqman yang berada di sebelahnya tidak disedari. Sempat juga Luqman
dapat melihat gambar perkahwinannya. Cantik dan sama padan puji Luqman. Hafni
tersedar. Nasib baik dia tidak menjerit. Surat khabar di tangannya segera
dilipat dan diletakkan kembali di tempat asal. Luqman tersenyum melihat Hafni.
Tangan Hafni ditarik lembut dan mereka berjalan beriringan menuju ke kafeteria.
Selesai menikmati breakfast, Luqman dan Hafni terus pulang ke rumah orang tua
Hafni. Luqman sempat berpesan kepadanya supaya tidak membawa baju yang banyak.
Selebihnya nanti, beli di Perth sahaja. Hafni hanya menurut. Dia
kekok apabila berdua bersama Luqman di dalam biliknya sendiri. Mana kan tidak,
selama ini tidak pernah orang lelaki masuk biliknya walaupun walid mahupun
along dan angahnya. Besar sungguh mandat yang Luqman dapat. Sedang Hafni sibuk
mengemas barangnya untuk honeymoon
tripnya, Luqman pula
bersenang lenang di atas katil. Hafni terdengar dengkuran halus dari atas
katil. Dia menijau dari jauh. Sah! Mamat ni dah buat tahi mata dah. Hafni
menggelengkan kepalanya.
Hafni mengeliat. Pinggangnya terasa
lenguh kerana duduk terlalu lama. Beg pakaian direnungnya. Dia sendiri pun
hairan apabila Luqman memintanya menggunakan luggagenya
yang besar sedangkan Luqman sendiri berpesan kepadanya supaya tidak membawa
baju yang banyak. Susah untuk dirinya memahami perangai Luqman. Pandangannya
dialihkan pula ke arah Luqman yang sedap membuat tahi mata. Hafni beralih duduk
di sebelah Luqman. Perlahan-lahan tangannya menyentuh tangan Luqman.
‘Awak bangun. Saya dah siap kemas baju
saya.’ kejut Hafni.
Senyap. Tiada jawapan dari Luqman.
‘Awak bangun la. Kang lambat pulak.’
Suara Hafni naik satu oktaf.
Luqman terjaga dari tidurnya. Dia
mengurut-ngurut dadanya. Nak tercabut jantungnya apabila Hafni menjerit di
telinganya. Hafni tersengih. Baru padan muka dia. Sapa suruh tidur. Aku
penat-penat kemas baju, dia boleh sedap membuta omel Hafni perlahan.
Luqman bersila di atas katil bagi
menghilangkan rasa terkejutnya. Hafni di sebelahnya direnung. Dadanya masih
berombak. Bagaikan ada kuasa yang menarik tangannya, Hafni telah selamat berada
dalam pelukannya. Bergema jeritan Hafni yang terkejut dengan tindakan Luqman.
Luqman yang terkejut dengan jeritan Hafni segera menutup mulut isterinya.
‘Syhhhhhh..’ ucap Luqman.
Hajah Azizah dan Haji Hadi memandang
sesama sendiri apabila terdengarkan jeritan Hafni. ‘Af kenapa tu?’ laung Hajah
Azizah dari ruang tamu.
‘Tak da apa-apa umi. Af terkejut
tengok lipas.’ jawab Luqman bagi pihak Hafni.
Lega hati Hajah Azizah. ‘Ada saja la
budak-budak ni bang.’
‘Pengantin barulah katakan.
Faham-faham je la Zah oi. Awak dulu pun macam tu jugak.’ Haji Hadi mula
bersuara.
‘Ke situ la pulak awak ni bang. Buat
malu je kalau anak menantu dengar.’ Hajah Azizah dan Haji Hadi sama-sama
ketawa. Lucu apabila mengenangkan kisah lama mereka.
Hafni membeku di dalam pelukan
Luqman. Dia amat menyesali tindakannya yang bodoh itu. Luqman tersenyum puas.
Baru sebentar tadi Hafni mengenakan dirinya, kini gilirannya mengenakan Hafni.
Luqman dapat merasakan satu perasaan aneh setiap kali Hafni berada dalam
pelukannya. Perasaan yang tenang dan damai walaupun Hafni tiada tindak balas
dari Hafni. Pelukannya bertambah kejap menyebabkan Hafni semakin lemas.
‘Sa…sa…saya tak boleh bernafas.’
Rayu Hafni termengah-mengah.
Luqman panik. Dengan pantasnya dia
melepaskan Hafni dari pelukannya. Segera dia memusingkan badan Hafni menghadap
dirinya. Perlahan-lahan dia mengusap belakang Hafni.
‘Saya minta maaf. Awak okay ke tak
ni?’ ujar Luqman yang mula tenang.
‘Dah okay sikit.’ jawab Hafni
pendek. Lama mereka duduk berdiam diri di atas katil. Luqman memberi ruang
untuk Hafni dapat bernafas seperti sediakala. Rasa bersalah mula menyelubungi
dirinya. Apabila Hafni dapat bernafas seperti sediakala, segera dia turun dari
katil dan terus masuk ke dalam bilik air. Wajahnya direnung dari balik cermin.
Nyaris-nyaris dia terbuai dengan pelukan Luqman. Hafni menarik nafas
sedalam-dalamnya. Setelah membetul selendangnya yang senget, Hafni keluar dari
bilik air. Luqman tiada di bilik. Hafni mengitari sekeliling bilik. Puas dia
mencari beg pakaiannya. Baru sebentar tadi beg berwarna hitam itu diletakkannya
di tepi almari. Tiba-tiba boleh ghaib pula. Puas mencari beg di atas, Hafni
turun ke bawah mahu bertanyakan kepada umi dan walidnya.
‘Umi ada nampak luggage
hitam Af tak. Tadi Af letak kat tepi almari. Alih-alih keluar dari bilik air,
langsung luggage tu hilang.’ terang Hafni seperti
budak kecil kehilangan barang. Luqman yang berada di ruang tamu bersama Haji
Hadi tersenyum mendengarkan perbualan isterinya dan mak mertuanya.
Hajah
Azizah yang tidak tahu menahu, terpinga-pinga. Nak ke mana pula anaknya yang
satu ni sibuk dengan luggagenya. Nak lari rumah ker desis hati tua
Hajah Azizah.
‘Luggage
Af ada kat depan ni. Luqman yang bawa turun dari atas. Tak sabar-sabar nak
pergi honeymoon la tu.’ walidnya mengusik.
Hafni
malu sendiri. Perbuatannya memerangkap dirinya. Dia mengekori uminya dari
belakang. Air nescafe dituangkan ke dalam cawan. Dia diam membisu seribu
bahasa.
‘Hai.
Kemain tadi sibuk cari luggage dia. Alih-alih senyap pula. Af sihat
ke tak ni nak pergi honeymoon dengan Luqman. Kalau tak sihat, walid
suruh Luqman cancelkan je.’ walidnya masih mahu mengusik.
‘Sudah-sudah la tu bang menyakat si
Hafni ni. Dah naik merah muka anak awak tu. Kang buatnya betul-betul dia tak
nak pergi, tak ke naya si Luqman tu.’ Tegur Hajah Azizah sebelum suaminya
melarat mengenakan anaknya. Hafni tu bukannya boleh dipercayai sangat. Ada
sekali, suaminya menyakat Hafni, langsung tak jadi anaknya membuat persembahan
di sekolah. Baik dirinya mengingatkan suaminya sebelum Hafni berubah hati.
Luqman yang sedari tadi hanya
menjadi penonton. Tercuit hatinya apabila bapa mertuanya menyakat Hafni. Comel
sahaja wajah Hafni menahan malu. Mahu saja dicium pipi yang kemerahan. ‘Salah
Luq juga tadi walid. Luq lupa nak bagitahu kat Af yang Luq bawa turun luggage
tu. Tak sangka pulak Af melilau mencari luggage dia.’
Luqman cuba menyelamatkan keadaan. Sempat juga dia melepaskan pandangannya ke
Hafni.
‘Sorry sayang.
Abang lupa nak bagitahu kat sayang tadi.’ luah Luqman selamba.
Hafni terkedu. Tiada jawapan dari
Hafni. Dia sekadar menganggukan kepalanya. Apa kes pulak boleh keluar perkataan
sayang dengan abang ni. Euwwhh…geli geleman di buatnya desis Hafni. Meremang
bulu romanya.
Luqman dan Hafni menyalam tangan
orang tuanya sebelum meninggalkan perkarangan rumah dua tingkat itu. Perjalanan
ke banglo Dato’ Lutfi tidak mengambil masa yang lama. Kedatangan pasangan
pengantin baru sememang dinantikan. Rose adalah orang yang paling tidak sabar
menantikan kehadiran mereka. Pelbagai persoalan yang sedang bermain
difikirannya. Belum pun sempat Hafni dan Luqman memberi salam, pintu rumah
telah terbuka dari dalam. Pantas sahaja pergelangan tangan Hafni ditarik oleh
Rose ke meja di halaman rumah. Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi yang
telah tersedia.
‘Kau dah tempuh malam pertama ke
belum Af?’ Rose menyoal.
Hafni menepuk dahinya. ‘Kau dah tak
ada soalan lain nak tanya ke Rose. Ada ke tanya malam pertama aku. Malam
pertama kau ada aku tanya?’ tanya Hafni pula.
‘Kalau kau tak tanya malam pertama
aku pun, aku tetap melaluinya. Berbeza dengan kau Af. Aku bertanya sebab aku
tak yakin kau akan melaluinya sebabnya perkahwinan kau diaturkan oleh orang tua
kita. Kau tak nak share apa-apa ke dengan aku Rose. I can lend my shoulder to you.’ giat Rose sedaya upaya mengorek
rahsia kakak iparnya.
‘I don’t think so.
Sudah la Rose. Biarlah malam pertama aku menjadi rahsia antara aku dengan
Luqman. Kau ni kepohchi la.’ Hafni bangun lalu meninggalkan Rose keseorangan.
Rose hampa. Namun dia tak akan mengalah. Dia akan terus mengorek rahsia Hafni.
Rose tersenyum sendirian. Segera dia mengejar Hafni lalu dipeluk sahabatnya
yang satu dari belakang.
‘Hmmmmm…. Sejak kawan aku ni
berkahwin, dia dah jadi perahsia.’ sempat lagi Rose menyakat Hafni. Tangan
Hafni juga pantas menghadiahkan satu cubitan di peha Rose. Rose menjerit
kesakitan. Sesampai di ruang tamu utama, semua sedang menantikan kehadiran
orang baru. Tangan mama dan papa disalamnya satu persatu. Hafni baru sahaja
bercadang untuk duduk di sebelah Rose tetapi Luqman terlebih awal menepuk sofa
disebelahnya. Dengan rasa berat hati, Hafni hanya menuruti.
Rose tersengih melihat merpati dua
sejoli. Perasaan hairan terdetik dimindanya. Hafni sendiri memberitahu
kepadanya yang Hafni tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap abangnya. Tapi
boleh saja duduk berkepit. Penangan orang baru berkahwin lah katakan.
‘Apa yang beria sangat Rose
tanya dengan Af tadi. Tak sempat-sempat
nak masuk rumah dulu?’ mamanya mula bersuara.
‘Hah! Tak ada apa-apa mama. Hal
perempuan.’ jawab Hafni serba salah.
‘Mama kan perempuan. Tak kan mama
tak boleh tahu kot?’
‘Ala… Macam mana nak bagitahu kat
mama sekarang ni. Kan abang Luq dengan papa ada. Mana boleh bagitau. Nanti Rose
dengan Af bagitahu kat mama apa yang kita orang borakkan tadi.’ Rose membantu
menyelamatkan Hafni. Hafni menarik nafas lega. Luqman yang menyedari dari tadi
hanya buat endah tak endah sahaja. Tahu-tahu sahaja, tangan Luqman telah kemas
merangkul pinggang Hafni. Pipi Hafni mula membahang. Segan diperlakukan
dihadapan mama dan papa.
‘Ada lah benda yang adik nak korek
dari Af tu mama. Macam Luq tak tau je.’ Luqman tiba-tiba bersuara.
‘Eleh. Jeles la tu.’ Rose tidak mahu
kalah.
‘Tak da maknanya nak jeles. Ni apa
kes tinggal sorang-sorang ni. Zaufi mana? Ke dah kena tinggal dengan Zaufi.’
‘Mama tengoklah abang Luq ni. Tak
pasal-pasal lak Rose yang kena.’ Rose menjerit tidak berpuas hati dengan abang
Luqnya.
‘Dah-dah. Macam anjing dengan kucing
la Luq dengan Rose ni. Naik bingit telinga papa dengar. Jangan nak jadi
budak-budak. Dah jadi mak dengan bapak budak dah kamu berdua ni. Papa ni bukan nak
menghalau kamu Luq. Ni dah pukul berapa. Baju kamu pun belum pack
lagi. Kang tak sempat pulak sampai kat KLIA.’ Dato’ Lutfi mengingatkan Luqman.
‘Ya Allah…. Luq lupa la papa. Ni
semua adik nya pasal. Kalau layan adik ni, sampai esok pun tak habis. Jom
sayang kita naik atas. Pack baju abang pulak.’ ajak Luqman
bersahaja. Pipi Hafni kembali membahang semula. Semuanya gara Luqman memanggil
dirinya sayang.
‘Kejap. Abang Luq panggil Af apa?
Kalau adik tak salah dengar tadi abang Luq panggil Af sayang?’
‘Kenapa? Salah ke abang Luq panggil
Af sayang. It is problem to you my dear
sister?’ soal Luqman
yang telah pun berdiri.
‘Not at all.
Cuma adik geli bila abang Luq panggil macam tu. Setahu adik lah, you are not the type of romantic person. Yang adik tau, abang Luq ni workaholics.’ giat Rose lagi.
‘Manusia selalu berubah. Tak salah
kalau abang Luq berubah untuk kebaikan. Tak macam tu mama, papa.’ senada suara
Luqman.
Datin Rafidah dan Dato’ Lutfi
terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh anaknya. Namun jauh disudut hati
mereka, mereka bersyukur kerana memilih Hafni sebagai suri dihati Luqman.
‘Sudah tu Luq. Jangan dilayan Rose tu. Dah! Pergi naik atas. Kemas barang apa
yang patut. Nanti papa minta Pak Deris hantarkan kamu berdua ke KLIA. Papa dan
mama tak dapat nak hantar kamu. Kami ada undangan majlis cukur jambul cucu Tan
Sri Megat Ayob.’ lancar arahan yang dikeluarkan oleh papanya.
Luqman menarik tangan Hafni untuk
naik ke atas. Hafni meminta izin dari mama dan papanya untuk naik ke atas
sebentar. Sempat juga dia menjeling Rose di hadapannya. Muram sahaja wajah
Rose. Semuanya gara-gara Luqman. Hafni mengenyit mata kepada Rose supaya dapat
menceriakan kembali wajah sahabatnya. Rose tersentuh. Senyuman mula terukir
diwajahnya.
Acapkali berdua bersama dengan
Luqman, Hafni merasakan jantungnya berdegup kencang. Seperti ada yang tidak
kena. Dia segera mengusir perasaan itu jauh-jauh. Luqman yang sibuk memilih
baju diperhatikannya. Dia hanya menolong melipat baju yang telah dipilih oleh
Luqman. Hatinya mula panas. Nampak gayanya, Luqman tak menunjukkan tanda untuk
berhenti memilih baju yang akan dibawa. Luggage mulai
penuh dengan pakaiannya sahaja.
‘Awak ni nak pergi bercuti ke atau
nak lari dari rumah?’ sindir Hafni yang mula melunjur kakinya yang sudah mula
kebas.
‘Nak pergi bercutilah. Apa kes pulak
nak lari dari rumah.’ jawab Luqman tidak bersalah.
‘Cuba awak tengok luggage
ni. Dah naik penuh dengan baju awak. Tadi awak beria-ria yang kata tak payah
bawak baju banyak-banyak. Alih-alih awak pulak yang macam dah tak nak balik je.
Dah nak duduk bermaustatin kat Perth ke?’ panjang lebar Hafni bersyarah.
Luqman menoleh ke arah luggage
yang berada di atas katil. Sememangnya luggage berwarna
hitam itu dipenuhi dengan pakaiannya sahaja. Luqman mengetap bibir rasa
bersalah.
‘Saya tak perasaan pulak luggage
tu penuh dengan baju saya.’ kata Luqman cuba membela dirinya. Luqman berjalan
menuju ke katil. Dia duduk betul-betul di sebelah Hafni. Luggage
hitam ditarik rapat sedikit dengannya. Ini membuatkan keadaan menjadi sempit
dan tiada ruang kosong di antaranya dengan Hafni. Hafni terperangkap. Satu
persatu baju yang tidak diperlukan dikeluarkan oleh Luqman. Baju-baju yang
telah dikeluarkan oleh Luqman diambil oleh Hafni untuk digantung semula di dalam
almari. Disebabkan tersalah pijak, Hafni jatuh betul-betul di riba Luqman.
Nasibnya baik Luqman sempat menolak luggage ke depan sedikit. Hafni mengucap
panjang. Perlahan-lahan Luqman mengucup dahi Hafni. Tidak dapat dibayangkan
kepala isterinya menjadi mangsa bucu luggage. Hafni membeku seperti ais. Tergamam
dengan tindakan suaminya. Kucupan Luqman tidak berakhir di dahi sahaja. Ianya
berlarutan hingga sampai ke bibirnya. Luqman terkejut kerana Hafni turut
membalas kucupannya. Hafni terbuai dengan sentuhan Luqman sehingga pintu dibuka
dari luar. Sekali lagi mereka kantoi dengan Rose. Mereka saling
berpandangan.Cepat-cepat Rose menutup kedua-dua matanya dengan tangan. Bibirnya
menguntum senyum. Dia tidak menyangka dapat melihat adengan romantis abangnya
dengan Hafni. Hafni menyemban mukanya di badan Luqman. Malu untuk bersemuka
dengan Rose.
‘Sorry….. Adik tak tau pun abang Luq
dengan Af tengah ehem…ehem….!’ Rose bersuara.
‘Lain kali, ketuk pintu dulu sebelum
masuk bilik orang. Ini tak, main terjah je.’ tempelak Luqman.
‘Siapa suruh abang Luq tak kunci
pintu. Menyesal betul Rose naik ke atas ni. Mama dan papa dah bising kat bawah
bila abang Luq nak turun. Dah pukul berapa dah ni? Kang tak pasal-pasal
terlepas flight.’ Rose membela dirinya. Niatnya naik
ke atas adalah untuk memanggil abang Luqnya turun. Itu pun disebabkan mama dan
papanya telah membebel di telinganya. Selesai menyatakan tujuannya masuk ke
bilik, Rose segera meninggalkan Luqman dan Hafni.
Luqman mengangkat muka Hafni agar
dapat dilihatnya. Satu lagi kucupan diberikan oleh Luqman tepat di bibir Hafni.
Pipinya mula kemerahan menahan malu.
‘Thank you
sayang. Pergi betulkan selendang tu. Sampai senget abang kerjakan. Yang lain
biar abang yang settlekan.’ arah Luqman pendek. Hafni cuba
untuk bangun tetapi gagal kerana Luqman masih memeluknya. Pandanganya jatuh
pada pelukkan Luqman. Luqman yang menyedari maksud pandangan Hafni segera
melepaskan pelukkannya dan memberi ruang untuk memudahkan Hafni turun dari
katil. Hafni melangkah terus ke bilik air tanpa memandang Luqman yang berada di
atas katil. Perasaan malu mula bertandang mengenangkan peristiwa tadi. Kalaulah
boleh ditutup mukanya, sudah lama dilakukannya. Nanti apa pula kata
Luqman. Bukannya ada kecacatan
diwajahnya untuk ditutup. Hafni mencalitkan sedikit lipstik dibibirnya. Dia
menyentuh bibirnya. Sudah beberapa kali bibirnya menjadi mangsa ciuman Luqman.
Hafni mengeluh kecil. Dia menarik nafas dan melepaskan. Hafni keluar setelah
dia betul-betul bersedia. Luqman setia menantinya di luar bilik bersama luggage
hitam.
Setibanya di ruang tamu, papa dan
mama sedang menantikan mereka berdua. Hafni mencari kelibat Rose. Batang hidung
pun tidak nampak. Merajukkah temannya yang seorang itu selepas ditegur oleh
Luqman? Ingin bertanya dengan mertua terasa segan pula. Datin Rafidah menyedari
Hafni seperti mencari sesuatu. Lengan Hafni dipaut mesra. ‘Mama perasan Hafni
seperti mencari sesuatu. Apa yang dicari sebenarnya? Tak nak kongsi dengan
mama?’ Datin Rafidah bertanya. Luqman yang berada di sebelahnya terkejut. Apa
yang dicari oleh isterinya sedangkan dirinya berada di sebelah Hafni?
‘Af cari apa sayang? Abangkan ada
kat sebelah sayang ni.’ tutur Luqman memusingkan badannya menghadap Hafni
manakala mamanya berada di sebelah kiri Hafni.
‘Aaa….. Af cari Rose sebenarnya.
Rose pergi mana ye mama?’ teragak-agak Hafni menerangkan apa yang dicarinya.
Mamanya tersenyum. ‘Ingatkan apalah
tadi. Rose dah keluar dah. Zaufi jemput dia tadi. Katanya Zaufi ada lunch meeting dengan client. Kebetulan client
tu bawa wife dia sekali. Tu yang dia ajak Rose
temankan dia lunch. Lupa pula mama nak sampaikan pesan
Rose tadi. Rose kirim salam. Dia pesan jangan lupa belikan ole-ole Perth untuk
dia.’
Lega hatinya apabila mendengarkan
kata-kata mamanya. Takut juga kalau-kalau Rose berkecil hati dengan teguran
Luqman. Itulah satu-satunya teman karibnya merangkap adik iparnya sekali.
‘Insyallah ma.’
Pak Deris telah siap memasukkan luggage
hitam ke dalam bonet kereta. Luqman dan Hafni bersalaman dengan orang tuanya
sebelum masing-masing bertolak menuju ke
destinasi. Sempat juga Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah berpesan kepada Luqman dan
Hafni supaya berhati-hati ketika berada di tempat orang dan mereka berharap
agar ada berita gembira buat mereka apabila Luqman dan Hafni pulang dari honeymoon.
Hafni tersenyum kelat memikirkan hajat mertuanya. Tak dapat dibayangkannya
sekiranya dia mengandung. Jangan kata nak mengandung, Luqman tercuitnya sedikit
pun dia dah melenting. Inikan pula nak ehem…ehem dengan Luqman. Meremang bulu
roma di tengkuknya
Luqman kalau x puas hati tentang hubungan Hafni dengan Nazri tanya jangan pendam.... masa HONEYMOON ni lah sesuai untuk berbincang dan bercerita serta apa perasan Luqman terhadap Hafni dan persan Hafin pada Luqman ... Hafin cuba terima Luqman kerana dia SUAMI yang perlu diberi perhatian ok....
ReplyDeletedengan ni x mudah ada salah sangka dan tentu honeymoon ni amat bererti bagi Luqman dan Hafin...
cepat sambunggg... bestttt
best sgt cite nie....cepat2 sambung tau
ReplyDeletebest sangat-2.
ReplyDeleteBesttt..bila nk smbung cerita nie..xsbr nk bce
ReplyDeletebest!
ReplyDelete