Posts

Abangku Suamiku Bab 26

                                                                              Bab 26 ‘ A mboi! Masam nye muka anak mama ni! Baru lepas majlis dah masam muka.’ Perli mama apabila aku dan Mr. Tarzan tiba di Villa Anggerik. ‘Ada orang meroyan kat hotel tadi ma.’ Jawabku acuh tak acuh. ‘La! Macam mana boleh terlepas masuk. Tapi apa kena mengena orang meroyan dengan muka masam anak mama ni?’ Aku mengeluh. Mama tak faham apa sebenarnya maksud yang ingin aku sampaikan. Baru sahaja aku hendak menerangkan, papa tiba-tiba mencelah. ‘Tak ada yang terlepas masuk pun Mai. Tak Hana atau Rizz yang meroyan. Tu yang masam muka anak kesayangan awak tu.’ ‘Sepuluh markah untuk papa. Bukan Hana yang meroyan ye.’ Mama memicit kepalanya. Tak kan mama dah pening kot. Actually I okay je. Mr. Tarzan tu je yang over. ‘Kalau berjumpa tak gaduh tak sah ke Rizz, Hana? Pening mama dengan kamu berdua. Mengalahkan jaga sepuluh orang anak.’ Mama mula membebel. ‘Masing-masing tak nak beralah. Yang seoran

Abangku Suamiku Bab 25

  Bab 25 A ku perhatikan sahaja inai di jariku. Semuanya gara-gara Tipah. Dia menjadi dalang utama menyuruh aku memakai inai. Baru nampak seri pengantin walaupun pengantin dah basi. Dari posisi duduk, aku telah menukar posisi baring pula di gazebo tepi kolam. ‘Aku tengok kau ni macam cacing kepanasan je Hana.’ Tipah pelik melihat aku. ‘Entahlah Tipah. Aku pun tak tahu nak jawab pertanyaan kau ni. Nak kata aku takut dekat abang Rizz, elok je aku menjawab sampai bergegar Villa Anggerik ni. Nak kata sayang dekat dia, I don’t feel it . Nak kata benci dekat dia, tak juga. Bila dia tak ada, aku pulak yang tercari-cari dia ke mana. Serabut wei fikirkan Rizzman Adha.’ Akhirnya terluah jua. ‘Parah dah kau ni Hana. Can you just admit yang kau dah mula terima dia dalam hati kau. Sebab tu kau rasa semua tu. Atau sebenarnya kau ada perasaan pada orang lain.’ ‘Mengarut! Selama ini kau dengan aku. Kau ada nampak aku layan mana-mana lelaki?’ soalku geram. ‘Tak ada!’ laju Tipah menjawab.

Abangku Suamiku Bab 24

  Bab 24                         P ejam celik dah seminggu telah berlalu. Aku pun dah selamat menduduki paper terakhirku. Berakhir sudah semester kali ini. Semester depan, aku akan menjalani latihan industri. Deritaku masih belum berakhir tetapi penamatnya akan diketahui seminggu dari sekarang.             Dah rasa duduk dalam penjara pulak sekarang ni. ‘Bergerak je aku dalam rumah ni, gerak geri seperti diperhatikan. Siapa lagi. Korang pun mesti tahu siapa. Of course Mr. Tarzan aku. Itu baru dalam rumah. Belum lagi aku keluar dari Villa Anggerik. Bergegar rumah dibuatnya. Sampai pening mama. Penangan Rizzman Adha.             Aku ni pulak sengaja mencari kemarahan Mr. Tarzan. Sengaja menjolok sarang tebuan. Pernah sekali aku menyorok dalam wadrobe , habis satu rumah disoal siasat oleh abang Rizz. Haru biru Villa Anggerik. Walaupun aku suka menyakat abang Rizz, dalam hati ni tuhan je yang tahu. Setiap hari aku menghitung waktu. Macam lagu Kriss Dayanti tu, menghitung hari detik

Abangku Suamiku Bab 23

  Bab 23 ‘Jauh mengelamun. Dah sampai mana destinasi tu?’ teguran yang membuatkan lamunan entah apa ntah yang aku lamunkan. ‘Tak sampai mana pun. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Serabut otak aku Tipah.’ Aku memandang sekeliling. Cuma Tipah. Selalunya dia orang ni macam belangkas. ‘Awat harini sorang je?. Mana mat Tahir hang Tipah?’ tiba-tiba tukar loghat. ‘Tak payah nak buat-buat lupa la Hana. Mika dah start paper hari ni. Paper kita esok pulak. Anything to share ?. ‘ Two weeks from now , pengantin basi nak naik pelamin. By hook or crook .’ ‘ Hesyhh!! Tak baik la kau cakap macam tu Hana. Kau nak menidakkan takdir kau ke Hana?’ cukup lembut ayat yang dituturkan oleh Tipah tapi cukup menikam jiwa. ‘Bukanlah menidakkan takdir aku. I’m not ready that all will know the true about me . Cukuplah sekadar keluarga terdekat yang tahu. Aku takut nak galas tanggungjawab yang besar.’ Tipah memelukku. Terasa ringan beban yang aku pikul sedari tadi. ‘Itu sudut pandangan Han