Abangku Suamiku Bab 26
Bab 26
‘Amboi! Masam nye muka anak mama ni! Baru lepas majlis dah masam
muka.’ Perli mama apabila aku dan Mr. Tarzan tiba di Villa Anggerik.
‘Ada orang meroyan kat hotel tadi ma.’ Jawabku acuh tak acuh.
‘La! Macam mana boleh terlepas masuk. Tapi apa kena mengena orang
meroyan dengan muka masam anak mama ni?’
Aku mengeluh. Mama tak faham apa sebenarnya maksud yang ingin aku
sampaikan. Baru sahaja aku hendak menerangkan, papa tiba-tiba mencelah. ‘Tak
ada yang terlepas masuk pun Mai. Tak Hana atau Rizz yang meroyan. Tu yang masam
muka anak kesayangan awak tu.’
‘Sepuluh markah untuk papa. Bukan Hana yang meroyan ye.’
Mama memicit kepalanya. Tak kan mama dah pening kot. Actually I
okay je. Mr. Tarzan tu je yang over. ‘Kalau berjumpa tak gaduh tak
sah ke Rizz, Hana? Pening mama dengan kamu berdua. Mengalahkan jaga sepuluh
orang anak.’ Mama mula membebel.
‘Masing-masing tak nak beralah. Yang seorang suka bakar line.
Yang seorang lagi cepatlah naik angin. Tu yang masam mencuka muka
masing-masing.’ Celah along yang baru balik dari bersenam. Along melabuhkan
duduknya di sebelah aku.
‘Salah sama sekali. Bila masa Hana bakar line?’ aku mempertahankan
diri.
‘Bila masa pulak along kata Hana yang bakar line? Ada tak
pa? Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas.’
Papa mengangguk. Hesyhh! Tak boleh jadi. Yang Mr. Tarzan ni
senyap je. Ada emas dalam mulut ke? ‘Nak kenakan Hana lah tu, along ni. Orang
tu yang tak nak beralah. Asyik-asyik Hana je yang kena beralah. Mana aci.!’
‘Memang tak ada aci kat rumah ni.’ Giliran abang Rizz loyar buruk.
Tembakan mengena lagi. Comfirm kalah aku macam ni. Dah tak
ada pertahanan. Tinggal aku sensorang nak menepis serangan bertubi-tubi. It
can be like this!
Strategi baru menjelma. ‘Got to go. Panggilan alam telah
memanggil.’ Ujarku sambal memegang perut.
‘Larilah tu!’ tungkas along.
‘Kalau panggilan alam tu terlepas kat sini, jangan salahkan Hana
ye long. Hana okay je.’
‘Hesyhh! Anak dara mama ni. Dah pergi naik atas cepat.
Sudah-sudah sakat Hana tu Razz.’ Mama menyelamatkan aku.
‘Thank you ma. Love you.’ Ucapku
sebelum meloloskan diri dari sakatan along.
Zara Arlysa duduk di tepi pantai. Kakinya menguis pasir pantai
yang memutih. Pandangannya jauh hingga ke tengah laut. Gambaran majlis Hana dan
abang Rizz terlayar di ruang minda. Suatu perasaan yang sukar untuk
digambarkan. Zara mengeluh panjang. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya
sendiri.
Sejak kecil, dia sentiasa kalah dengan Hana sepupunya sendiri. Dia
masih ingat sewaktu mereka kecil dahulu ketika malam raya, Hana terkena
bunga api. Cepat sahaja along datang menolong. Jangan kata along seorang, pak
long, mak long, maksu, paksu termasuk papa risaukan Hana.
Ramai sangat yang menyayangi Hana. Nenek lagilah. Macam Hana
sahaja seorang cucunya. Apa sahaja yang dihajati Hana, pasti akan dipenuhi.
Namun kebahagian Hana diragut dalam sekelip mata. Mummy dan daddy Hana kemalangan sehingga Hana menjadi yatim piatu.
Ketika itu, bagi Zara dia peroleh kemenangan yang besar. Namun
rasa sedihnya menjelma ketika melihat jasad mummy dan daddy Hana
dimasukkan ke dalam liang lahad. Dia membayangkan sekiranya papa dan mamanya di
tempat orang tua Hana. Pasti dunia nya kelam. Sejak peristiwa itu, Zara tidak
menyakat Hana lagi sehinggalah kalah di tangan Hana. Waraskah akalnya? Zara
menjerit sekuat hati. Orang di sekeliling tidak dipedulikan.
‘Dah lega?’ ujar seorang lelaki lalu duduk di sebelah Zara.
‘Can I have my own privacy?’ pinta Zara tanpa memandang
empunya diri.
‘ Saya Aidil. Saya tak ada niat tak baik pada awak cuma sekadar
ingin membantu. Itu pun kalau awak tak kisah.’
Zara mengetap bibir. ‘Saya rasa ini bukan masanya untuk saya
kongsi masalah saya dengan sesiapa pun. Apa pun terima kasih. Nice knowing
you.’ Lembut Zara menolak pertolongan Aidil.
Aidil tersenyum sendirian. Dia bangun dan mengibas pasir yang
melekat di seluarnya. Aidil menelusuri pantai Cenang, pantai tempatnya
membesar. Setelah puas menawaf pantai Cenang, Aidil pulang ke rumah.
‘Kamu ke mana Aidil? Dah nak maghrib baru balik.’ Tegur ayahnya,
cikgu Daud seorang pesara guru.
‘Aidil ke pantai tadi yah. Saja jalan-jalan. Tak sedar nak masuk
waktu. Aidil naik atas dulu. Nak bersiap untuk solat maghrib.’
Cikgu Daud menggeleng kepala. Payah betul untuk dia memahami
perangai anak bongsunya. ‘Dah seminggu balik kampong, baru hari ni berjalan di
pantai. Kamu mimpi apa Aidil?’ cikgu Daud mengajak anak bongsunya berbual yang
sedari tadi diam dalam perjalanan pulang dari surau.
‘Tak ada apa la yah. Kebetulan Aidil ada ternampak seseorang.
Aidil ingatkan kawan Aidil tapi silap orang rupanya. Dah alang-alang kat pantai,
Aidil saja jalan tepi pantai.’ Terang Aidil panjang lebar.
Cikgu Daud cuba mencerna kata-kata anakknya. ‘Kawan lelaki ke atau
kawan perempuan?’
Aidil tersenyum mendengar pertanyaan ayahnya. Pandai betul ayah
mengorek rahsianya. ‘Kawan perempuan. Aidil jumpa budak tu di perpustakaan awam
tapi tak sempat nak bertukar atau ambil nombor telefon. Ingatkan dia tapi
bukan.’ Luah Aidil tanpa berahsia.
Giliran cikgu Daud tersenyum. Anaknya dah berkenan pada seseorang.
‘Ayah dan ibu tak pernah melarang anak-anak kami berkawan. Pastikan tahu hukum
hakam berkawan. Paling penting jangan berkawan dengan isteri orang sudahlah.’
Pesan cikgu Daud.
‘In sha Allah yah. Aidil ingat pesan ayah.’
Kenangan ketika bertemu Hana tempohari terimbas sejenak. Dia
selesa berbual bersama Hana walaupun perkenalan mereka baru sahaja. Apa yang
dapat dilihat dari kaca matanya, Hana seorang happy go lucky.
Aku memandang sekeliling ruang tamu di rumah pemberian mama dan
papa di Shah Alam. Banyak suka duka aku dan Tipah di sini. Pejam celik kami
akan menamatkan pengajian kami. Syahdu pulak aku tiba-tiba.
‘Kau dah kenapa hana? Sedih je aku tengok.’ Soal Tipah sambal
menghulurkan segelas air oren.
‘Tiba-tiba sebak babe. Macam sekejap je kita duduk sini.
Alih-alih dah nak graduate dah kita tak lama lagi. Kau pun dah kemas
barang-barang kau dah.’
‘Syahdu la kau ni Hana. Jangan over acting boleh tak. Macam
lah lepas ni dah tak jumpa. Ingat sikit kita sama-sama latihan industri kat
pejabat papa kau minggu depan. Jangan ingat nak honeymoon je.’ Sindir
Tipah tak berhengat.
Macam mana aku boleh lupa minggu depan aku dah mula latihan
industri. Baru berangan nak tidur puas-puas. ‘Seriously aku lupa Tipah.
Nasib baik kau ingatkan aku. Cepat betul masa berlalu.
‘Dah nak jadi suri rumah sepenuh masa ke? Mentang-mentang dah
tukar status?’ sindir Tipah lagi.
‘Tak sayang mulut ke?’
‘Sikit-sikit nak sentap. Tahulah dah ada abang Rizz. Tak boleh
sakat langsung. Dah tak payah nak merajuk sangat. Jom naik atas. Tolong aku apa
yang patut.’ Tipah menarik lenganku mengikutnya naik ke tingkat atas.
‘Assalamualaikum.’ Aidil memberi salam.
Zara menoleh. ‘Walaikumsalam. Awak lagi! awak stalk saya
ke?’
Aidil tersenyum. ‘Bukan stalk tapi kebetulan. Saya baru
lepas jumpa kawan lama tadi. Tak sangka jumpa awak kat sini. Menginap kat
sini?’
Zara mengangguk. “Sorry sebab salah sangka kat awak.’
‘Tak apa. Tak ada masalah. Boleh saya tahu nama awak. Seorang je
ke?’
‘Zara Arlysa. Tenangkan fikiran yang sedang kusut.’ Jelas Zara.
‘Sedap nama awak. Tuhan sayangkan hambanya. Sebab itu kita diuji
Nya. Yang penting jangan cepat mengalah. Kena tabah menerima ujian. Mana tahu
Zara akan dapat yang lebih baik dari sebelum ni.’
Zara terkesima dengan nasihat Aidil. Dia tidak menyangka Aidil
yang baru dikenali penuh dengan kata-kata semangat. Dia mula selesa berbual
dengan Aidil. ‘By the way sorry pasal petang semalam. Tak boleh nak
fikir apa.’
Aidil lega Zara mahu berbual dengannya. Sekurang-kurangnya dia
dapat meringakan masalah yang ditanggung oleh Zara. Rancak berbual hingga tidak
sedar malam telah larut. ‘Baik awak masuk bilik. Dah larut malam. Tak manis
anak dara duduk seorang kat tepi kolam.’ Jelas terpancar kerisauan di mata
Aidil.
‘Terima kasih sebab jadi teman berbual saya. Saya masuk bilik dulu.’
‘Zara! Awak dah jalan sekitar Langkawi?’ soal Aidil tiba-tiba.
‘Tak ada kesempatan lagi.’
‘Kalau awak tak kisah, saya boleh bawa awak lawat satu Langkawi.’
Giliran Zara tersenyum. ‘Deal!’
‘Esok pukul sepuluh pagi saya jemput awak. Assalammualaikum.’
‘Walaikumsalam.’ Zara hilang di sebalik dinding konkrit hotel.
tq. ni kisah zara plak ye.. tp terlupa bab aidil ni
ReplyDeleteauthor, update la lagi
ReplyDeleteauthor, nak sambungannya lagi please
ReplyDelete