Abangku Suamiku Bab 25

 

Bab 25

Aku perhatikan sahaja inai di jariku. Semuanya gara-gara Tipah. Dia menjadi dalang utama menyuruh aku memakai inai. Baru nampak seri pengantin walaupun pengantin dah basi. Dari posisi duduk, aku telah menukar posisi baring pula di gazebo tepi kolam.

‘Aku tengok kau ni macam cacing kepanasan je Hana.’ Tipah pelik melihat aku.

‘Entahlah Tipah. Aku pun tak tahu nak jawab pertanyaan kau ni. Nak kata aku takut dekat abang Rizz, elok je aku menjawab sampai bergegar Villa Anggerik ni. Nak kata sayang dekat dia, I don’t feel it. Nak kata benci dekat dia, tak juga. Bila dia tak ada, aku pulak yang tercari-cari dia ke mana. Serabut wei fikirkan Rizzman Adha.’ Akhirnya terluah jua.

‘Parah dah kau ni Hana. Can you just admit yang kau dah mula terima dia dalam hati kau. Sebab tu kau rasa semua tu. Atau sebenarnya kau ada perasaan pada orang lain.’

‘Mengarut! Selama ini kau dengan aku. Kau ada nampak aku layan mana-mana lelaki?’ soalku geram.

‘Tak ada!’ laju Tipah menjawab.

Then?’ soalku lagi.

‘Arghhh!! Serabut kepala aku. Masalah negara betul.’ Jerit Tipah.

‘Baru kau tahu apa yang aku rasa. Why life to complicated?’ giliran aku mengeluh.

Life not complicated dear. We made it complicated. Aku doakan semoga kau dapat jawapan pada perasaan yang kau alami sekarang ni. Apa pun, life must go on. Tomorrow your big day. Tolong jangan hilangkan seri pengantin kau tu.

Penyudahnya, berderai tawa aku dan Tipah. Dari tingkat atas sedari tadi Rizzman memerhati gelagat Hana dan Tipah. Sedikit sebanyak dia mengetahui pasal Hana. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya dia tahu Hana tidak mempunyai ramai kawan lelaki selain Mika. Rizzman Adha mengeluh kecil. Keluhannya didengari Razman. Razzman menghampiri adiknya.

‘Apa yang dikeluhkan tu Rizz?’ Razzman menepuk bahu Rizzman.

‘Tak ada apa lah long.’ Rizz cuba mengelak.

‘Pasal Hana kan. Hanya Hana je yang mampu porak perandakan hidup adik along seorang ni. She is very easy girl to handle Rizz. You should treat nice to her. Kalau tak, tak kan Mira boleh cemburu tengok Hana layan along. One thing you should know, she don’t have anyone in this world. Tapi sekarang dia dah ada suami untuk tempat dia bergantung.

Thank’s along. Rizz akan ingat apa yang along bagitahu.’ Janji Rizzman.

‘Dah! Jom turun. Duduk sorang-sorang kat sini buat apa? Esok hari bahagia you all. Si Hana tu punyalah bersuka ria kat bawah.’ Pujuk Razzman.

Aku yang telah siap ditatarias berdiri di tepi tingkap melihat permandangan bandar Shah Alam sementara menanti majlis persandinganku. Tinggal aku sendirian di dalam bilik. Yang lain hilang entah ke mana. Bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab yang sepatutnya aku galas dua tahun lepas. Bunyi pintu bilik dibuka tidak aku endahkan. Mungkin staff Damian datang mengambil barang.

Seperti terasa ada seseorang di belakang ku. Perlahan-lahan aku memusing tubuh ku ke belakang. Penampilannya memukau perasaan wanita ku. Dia cukup segak dengan busana baju melayu beserta tengkolok di kepala. Aku dan abang Rizz kelu tanpa suara.

Abang Rizz melangkah selangkah demi selangkah menghampiri aku. Aku terperangkap di tepi tingkap. Tangannya melingkari pinggangku dan menarik aku lebih dekat padanya.

‘Happiness is a choice not a result

Nothing will make you happy until you choose to be happy

No person will make you happy unless you decide to be happy

Your happiness will not come to you

It can only come from you.’ Bisik abang Rizz di telingaku.

Aku kaku dengan kata-katanya. Cukup puitis untuk difahami. Aku rasa getaran halus menyusup ke jiwa ku. Jatuh cinta kah aku pada abang Rizz?

Abang Rizz menolak perlahan daguku agar dapat melihat wajahku. Terasa mutiara jernih jatuh di pipiku. Perlahan-lahan wajahnya mendekati wajahku sehingga bibir munggilku dikucup. Aku terasa di awangan. Sedikit pun aku tidak menolak kemahuan abang Rizz.

Oppss! Sorry. Sabar ye pengantin. Selesaikan majlis malam ni ye. Pastu sambung balik apa yang terbantut tadi.’ Sound Tipah yang tiba-tiba masuk.

Kantoi pulak dengan minah kepochi ni. Tak sanggup aku nak menatap wajah abang Rizz. Tiba-tiba tangannya membetulkan lipstick aku. Takut tercomot lah tu. Aku memberanikan diri melihat wajahnya. Aku juga membuat benda yang sama kepada abang Rizz.

Tipah mendekati aku dengan muka tersengih. Dia membetulkan veil yang dipakaiku sebelum aku jalan beriringan dengan abang Rizz menuju ke dewan utama. Aku dan abang Rizz berjalan menuju ke singahsana yang cantik digubah oleh Damian. Semua mata tetamu yang hadir memandang kami berdua. Selesai upacara merenjis diikuti pula sesi makan beradab. Ketika aku di meja makan, aku terpandang sepasang mata aku penuh amarah. Cepat-cepat aku melarikan pandanganku. Aku tidak mahu menyemarakkan lagi amarah yang ada pada Zara. Tiba-tiba datang hantu Zara, huru hara majlis aku ni pulak. Ramai saudara maraku yang hadir. Aku sebak mengenangkan ketiadaan mummy dan daddy di hari bahagiaku walaupun kami bernikah di luar kehendak masing-masing. Terasa panas wajahku tiba-tiba. Abang Rizz sedari tadi memerhatikan ku mengelap mutiara jernih yang masih bersisa di pipiku. Banyak betul kejutan aku terima hari ni. I’m speechless. Tipah di sebelah aku yang terlebih emosi.

Selesai bersalaman dengan saudara mara dan tetamu jemputan, barulah aku dapat menarik nafas. Mama, papa dan abang Rizz duduk bersamaku di meja bulat. Kemudian disusuli along di belakang. ‘Hana dan Rizz tidur di hotel atau balik rumah kita?’ Tanya mama memecah kesunyian.

Abang Rizz terlebih dahulu menjawab pertanyaan mama. ‘Tidur kat sini lah ma. Esok pagi baru kita orang balik.’

Gulp! Aku terkejut dengan jawapan abang Rizz. Aku berdua dengan abang Rizz sebilik. Hesyhh! Masalah besar ni. ‘Eh! Apa pulak abang Rizz ni. Kan tadi kita dah bincang yang kita balik rumah mama.’ Bidasku.

‘Eleh! Malu-malu kucing pulak. Macam lah tak pernah sebilik dengan Rizz.’ Tiba-tiba along menyindir aku.

Berbahang wajah aku. Masa macam ni lah along nak menyindir aku. ‘Tahu tak pe!’ tokok mama.

‘Dah! Jom balik. Nanti banyak pula drama melayu.’ Ajak papa. Mama dan along bingkas bangun. Aku salam mama, papa dan along.

Hilang sahaja bayang mama, papa dan along, giliran abang Rizz meninggalkan dewan utama. Tinggal aku dan pekerja hotel yang sedang mengemas dewan. Tak boleh jadi ni. Aku mengekori abang Rizz yang tidak jauh dariku. Setiba di bilik, aku duduk di birai katil manakala abang Rizz sibuk menukar pakaiannya. Siap menanggalkan persalinan pengantin, abang Rizz menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Aku juga menanggalkan satu persatu aksesori yang dipakaikan kepadaku. Siap satu kerja. Aku menapak ke meja solek. Aku membersihkan solekan dengan menggunakan wet tissue yang sememangnya aku bawa ke mana sahaja. Selesai satu lagi kerja. Mr. Tarzan ni berkubang ke apa dalam bilik air tu. Tak keluar-keluar langsung. Bagus gak kalau dia tak keluar. Katil ni aku yang punya.

Belum pun lama aku membebel, tiba-tiba pintu bilik air dibuka dari dalam. Panjang umur pulak Mr. Tarzan. Macam tahu-tahu je aku mengumpat dia. Aku diam tidak bersuara. Aku mengambil semua perkakasan ku sebelum menghilangkan diri di dalam bilik air. Lama aku berkurung di dalam bilik air. Nasib baik Mr. Tarzan tak melaung dari luar. Aku siap boleh main buih bagai setelah lama bertapa.

Selama empat puluh lima minit, akhirnya aku keluar dari gua. Ku lihat abang Rizz sedang baring di atas katil sambal menonton tv. Kehadiran aku di dalam bilik tidak langsung menggangu konsentrasinya menonton bola. Aku toleh jam tanganku di atas meja solek. Tepat pukul sebelas malam. Patutlah aku menguap dua tiga kali ketika berendam. Masa tidurku rupanya.

Otakku ligat membuat perkiraan. Tambah darab tolak bahagia kuasa dua dan seangkatan dengan nya. Berkira-kira di mana tempat beraduku. Tak kan sebelah Mr. Tarzan. Buatnya dia terkam aku tengah malam buta nanti, aku nak lari mana. Masalah, masalah.

Arghh!! Lantaklah apa nak jadi. Mata ni dah tak boleh dibuat kawan dah. Baik aku landing je sebelah Mr. Tarzan aku ni. Beranilah dia nak macam-macam kat aku. Aku melangkah di bahagian kosong katil. Bantal ku tepuk sebelum merebahkan diri di atas katil. Comforter ku tarik sehingga ke dada. Safety first! Suis lampu tidur ku tekan. Malap sebahagian bilik. Aku sendiri tidak sedar bila aku terlena.

Aku terjaga dari lena. Alarm subuh mengheningkan suasana bilik. Niatku untuk membersihkan iri terbantut apabila abang Rizz terlebih dahulu meloloskan diri ke dalam bilik air. Potong stim betullah Mr. Tarzan ni. Tiba-tiba aku teringat tentang semalam. Laju aku melihat baju yang tersarung di badanku. Sama! Aku selak pulak comforter. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

‘Siap cepat! Subuh sekali.’ Sergah abang Rizz.

‘Ya!’ balasku bersahaja tanpa memandang wajahnya.

Syahdu rasa hati ku apabila diimamkan oleh suami sendiri. Kalau sebelum ni papa yang selalu menjadi imam solatku di rumah. Kini imam ku telah berubah. Rizzman Adha akan menjadi imam ku selamanya. Huluran tangan abang Rizz menyedarkan aku dari lamunan.

Ntah apa yang di berangankan! Cepat salam.’ Tegur abang Rizz apabila aku lambat menyambut huluran tangannya.

Ni baru betul Mr. Tarzan aku. Asal celik mata, nampak je salah aku. Tak kena tegur tak sah. Laju tangan aku menyambut huluran tangan Mr. Tarzan. Habis ditonyoh tangannya di hidung aku. Apa punya suami daa… Tak romantik langsung. Huh!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22