Abangku Suamiku Bab 1
“
Kau menungkan apa tu Hana? Sejak kau balik dari rumah mama kau, aku perhatikan
kau banyak termenung. Kau ada masalah ker? Cer citer dengan mak. Mana tahu mak
boleh tolong.” radio buruk si Mika dah berbunyi.
“
Aku ada masalah besar ni Mika.” pendek jawapan yang ku berikan.
“
Masalah apa nyer nok? Kalau kau tak
cerita macam mana mak nak tolong?”
“
Kau ni kan Mika, suka sangat cakap nok!
Lama-lama jadi tenok baru tahu. Abang Rizz dah balik.” tak da mood aku nak cerita panjang lebar kat
Mika.
“
What! Abang Rizz dah balik!” serentak Mika dan Tipah menjerit. Pekak telinga
aku sekejap.
Bila
masa pulak si Tipah ni sampai. Setahu aku, cuma aku dengan Mika sahaja yang
melepak kat bawah pokok ni tadi. Minah ni pun sorang, lepas kelas terus ghaib.
Nasib baik ada si Mika ni walaupun lelaki tetapi lembut mengalahkan perempuan.
“
Hmmm… Tak lama lagi kita dapatlah anak buah kan Mika?” celoteh Tipah main sedap
mulut je.
“
Wonderful. Mesti anak Hana macam aku.
Cantik dan bergaya.” tokok Mika menyedapkan rasa angan-angan mereka.
“
Hamboi…Hamboi.. Hamboi.. Indahnya bahasa korang
kan. Tak lama lagi dapat anak buah konon. Cantik macam Mika. Banyak cantik muka
korang. Perkara tu tak akan berlaku
sama sekali.” naik satu oktaf suara aku.
Kenangan
dua tahun lepas kembali terlayar di ruang fikiranku. Ketika tu aku berada dalam
semester satu dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman di UiTM Shah
Alam. Aku sedang bercuti sem. Mama awal-awal lagi dah berpesan pada along dan
abang Rizz supaya tidak pulang ke rumah memandangkan hanya aku sahaja yang
berada di rumah. Mak Jah balik bercuti di kampong. Papa dan mama ada kenduri
kahwin rakan kongsi papa. Mesti semuanya tertanya kenapa mama dan papa tak
benarkan along mahupun abang Rizz berduaan dengan aku di rumah. Sejak mummy dan daddy menyambut panggilan Illahi ketika tu aku baru berusia
setahun. Mama dan papa lah yang menjaga aku sehingga kini. Mummy adalah adik kepada mama. Bermulalah kehidupan aku di rumah
mama. Sejak itu, abang Rizz sememangnya tidak sukakan aku. Jarak usia kami enam
tahun. Katanya, kehadiran aku di dalam keluarganya menyebabkan mama mula
mengabaikan dirinya. Anak manjalah katakan.
Walapun
abang Rizz tidak sukakan aku, alonglah sahabat baik aku. Along menjaga aku
seperti adiknya sendiri. Sehinggalah along berkahwin dengan pilihan hatinya
Mira Edora. Kasih along tak pernah terluak terhadap aku. Sayangnya, kasih
sayang yang along berikan kepadaku sering disalah ertikan oleh kak Mira.
Katanya aku cuba menggatal dengan suaminya. Semakin lama, rumah tangga along
semakin parah. Aku cuba bataskan pergaulanku dengan along sehinggakan aku
dimarahi oleh along. Perkahwinan along cuma bertahan selama tiga tahun.
Penceraian jalan penyelesaian walaupun perkara itu dimurkai oleh Allah.
Dendam
kak Mira tak pernah surut. Kerana dendamnya, dia memasang perangkap. Pada hari
kejadian, hanya aku sahaja yang ada di rumah. Mama, papa dan mak Jah tiada
rumah. Disebabkan abang Rizz tertinggal barang di rumah dan dia terlupa pesanan
mama, aku dan abang Rizz ditangkap berduaan. Naik berbuih mulut abang Rizz
menerangkan apa yang berlaku. Satu pun tak diambil peduli. Aku sendiri tidak
tahu tentang kepulangan abang Rizz ke rumah ketika itu aku berada di dapur
sedang membancuh air. Aku dengan selamba membuka pintu apabila tedengar bunyi
ketukan di pintu dan pada masa yang sama abang Rizz baru turun dari tingkat
atas dengan beberapa fail berada di tangannya.
Gara-gara
dendam kak Mira lah, mama pengsan di buatnya. Bertambah harunya, keluarga Tan
Sri Razlan a.k.a apa aku. Malas hendak memanjangkan cerita, papa mengambil
keputusan untuk mengahwinkan aku dengan abang Rizz. Bagai nak runtuh rumah
dikerjakan oleh abang Rizz gara-gara tidak mahu berkahwin dengan aku. Poyolah
mamat sorang tu. Memberontak mengalahkan
aku yang perempuan ni. Aku boleh je cool
dengar keputusan papa. Tapi dalam hati, macam air terjun air mata aku menangis.
Lepas je akad nikah, aku buat haluanku sendiri. Abang Rizz masih lagi dengan
perasaan emo dia. Selepas seminggu
pernikahan kami, abang Rizz menyambung pelajaranya di luar negeri. Pernikahan
kami adalah untuk menghalalkan hubungan.
“
Hana. Hana ..” panggil Tipah cemas.
Sempat
lagi aku berangan. Minah ni pun sorang.
Kalau panggil orang tak tepuk badan memang tak sah. Masalahnya tepuk
mengalahkan tangan si Mika yang jantan tu. “ Alamatnya berbiratlah badan aku
ditepuk kau Tipah.”
‘
Dahnya aku panggil kau, kau boleh layan blues
pulak kat sini.’ omel Tipah pot pet, pot pet.
“
Nak panggil tu tak da masalah. Tang pukul-pukul tu yang bermasalah. Macam
manalah aku boleh dapat kawan macam korang
ni. Mika yang sepatutnya gagah perkasa dah jadi lelaki penyayang dan bersopan
santun mengalahkan perempuan melayu terakhir. Kau pulak, wanita yang ayu dah
jadi wanita besi. Nasib, nasib.’ skrip yang biasa aku guna pakai kat best buddy aku dua ketul ni.
“
What ever. Mak tak kisah. Yang mak
kisah sekarang ni perut mak ni. Perut mak ni dah lagu Celine Dion. Tangkap
leleh kebuluran. Kita makan kat Old Town okay. Hari ni mak yang belanja.”
“
Yeah! Selamat duit kita orang!” teriak aku dan Tipah serentak.
Mika
memilih port yang selau menjadi port melepak kami. Sementara menunggu
pesanan tiba, Tipah ke bilik air. Tinggal aku dan Mika sahaja di meja. Tak
pasal-pasal jari aku menjadi mangsa manicure
Mika. Ke mana sahaja Mika akan membawa set manicure
di dalam begnya. Elok-elok je baru treatment
nak di buat, ntah mamat mana main sedap rentap tangan aku. Ni yang aku angin
satu badan. Belum pun sempat aku bersuara, mamat yang merentap tangan aku
terlebih dahulu bersuara. “ Ni nak makan ke atau nak bercengkerama kat sini?”
tempik mamat tersebut.
Bertambah
angin satu badan aku. Dahlah sentap tangan aku, ni siap tempik-tempik lagi. Ni
tak boleh jadi. Nak kena mamat ni. “ Manisnya mulut. Dahlah sentap tangan orang
lepas tu nak tempik-tempik pulak. Mulut tu ada insurans ke tak?” baru padan
muka mamat tint tong. Tiba-tiba lidah ku kelu. Mamat yang aku kaw-kaw tempik
tadi rupa-rupanya abang Rizz. Tipah yang baru sampai di meja terpinga-pinga
tidak tahu hujung pangkal.
“
Abang Rizz….” Tergagap-gagap aku memanggil nama abang Rizz. Yang aku pun satu,
macam mana boleh aku tak cam suara abang Rizz.
“
Apa abang Rizz, abang Rizz? Masa pegang tangan mamat ni tak ingat dunia.”
“
Salah Hana pulak. Abang Rizz sengaja nak cari jalan gaduh kan. Bukannya nak
tanya elok-elok. Yang abang Rizz nak marah-marah ni kenapa? Hana dengan Mika
bukan buat apa-apa pun. Mika nak buat manicure
untuk Hana je.” bidas aku menegak kebenaran.
“
Manicure ke pedicure ke aku peduli apa. Mana boleh berpegang tangan dengan
lelaki bukan muhrim. Ikut aku balik sekarang!” dah macam anak patung aku
gayanya. Mana tidaknya aku ditarik ke kanan ke kiri mengikut langkah abang
Rizz. Kempunanlah aku nak merasa makan duit Mika. Kunci kereta sempat ku baling
kepada Tipah. Tak pasal-pasal buddy
aku balik jalan kaki. Tak kan Tipah nak balik dengan Mika yang pakai skoot pink tu.
Tak
cukup langkah aku mengejar langkah abang Rizz. Yang mamat ni pun satu, jalan
menonong je. Ikut sedap rasa dia je. Paling aku sakit hati dengan abang Rizz,
dia boleh main tolak aku masuk dalam kereta. Memang hati batu betul laki aku
ni. Sabar Hana. Aku pujuk diri sendiri. Berdesup kereta Mitsubishi Lancer
membelah jalan. Kecut perut aku di buatnya. Tak sampai beberapa minit,
Mitsubishi Lancer abang Rizz menjalar di perkarangan villa Anggerik. Sengaja
aku menghempas pintu kereta abang Rizz. Padan muka!
“
Hempas pintu tu kuat-kuat.” jerkah abang Rizz yang baru keluar dari perut
kereta.
Aku
buat dek je dengan jerkahan abang
Rizz. Dia ingat aku takut sangat dengan dia. Mama terkejut melihat aku terpacul
di hadapan pintu utama. Sebelum mama membuka mulut, aku terlebih dahulu
bersalaman dengan mama. Mama memandang aku dengan wajah yang pelik.
“
Bukan Hana baru balik dari rumah mama semalam kan? Ni kenapa tiba-tiba balik
rumah mama?”
Aku
buat-buat tersenyum ketika abang Rizz melangkah masuk ke ruang tamu. “ Ada anak
mama tadi naik hantu. Boleh dia marah-marah tengok Mika pegang tangan Hana ma.
Padahal Mika tolong buat manicure untuk
Hana.”
Mama
menggeleng kepala. Pasti mama tahu siapa yang aku maksudkan. Merona wajah abang
Rizz menahan marah. Mama memandang wajah abang Rizz bersilih ganti dengan
wajahku. Pasti mama tidak tahu untuk menyokong siapa.
“
Orang dah buat salah. Mana nak mengaku.’ meleking suara abang Rizz.
“
Apa yang salahnya. Setakat Mika yang adik-adik tu pegang Hana pun nak jadi isu.
Buat manicure je mama.” aku meminta
pertolongan mama untuk membelaku.
“
Tak payah nak libatkan mama. Hana yang salah. Hana kena ingat yang Hana tu
isteri orang.”
“
Kenapa baru sekarang abang Rizz mengaku Hana ni isteri abang Rizz. Kenapa tak
dua tahun lepas. Selama ni mama dengan papa tak pernah sekat Hana nak berkawan
dengan siapa tapi sekarang ni abang Rizz nak halang Hana berkawan dengan Mika.
Hana benci abang Rizz.” jeritku lalu segera melarikan diri ke dalam bilik.
Sengaja aku menghempas pintu dengan kuat.
“ Bawa mengucap Rizz. Salah cara Rizz tegur Hana tu.
Mama tak nampak pun salahnya Hana berkawan dengan Mika. Mama dan papa kenal
sangat dengan budak Mika tu.” lembut Puan Sri Maimon meredakan marah anak
terunanya.
“ Mama bagi muka sangat kat Hana tu.
Sampai apa yang Rizz cakap tak pernah Hana nak dengar. Rizz tak peduli, Hana
kena dengar cakap Rizz”
Tak pasal-pasal mama turut menjadi
mangsa amukkan abang Rizz. Nasib baik tak ada adengan tikam menikam. Kalau tak
mesti dah boleh buat drama tv. Puan Sri Maimon hanya diam membisu. Orang sedang
marah kalau cakap pun bukannya nak dengar.
Pandanganku tertancap pada kipas
yang sedang berputar laju di siling. Payah untuk aku membaca fikiran abang
Rizz. Kenapa selepas nikah dia terus tinggalkan aku. Selepas dua tahun, dia nak
huru harakan hidup aku. Tensionnya.
Aku menjerit sekuat hati.
“ Ingat sikit, awak tu isteri orang.
Terjerit-jerit macam orang gila.” tempik abang Rizz dari luar pintu.
Macam hantu pulak mamat ni. Bukan
tadi dia ada kat bawah ke? Tiba-tiba boleh pulak ada kat atas. Ya Allah! Macam
mana aku boleh lupa yang bilik aku bersebelahan dengan bilik abang Rizz. “
Sibuk la. Mind your own business.”
“ You are my business. Bear in your mind.” keras amaran abang Rizz
terhadapku.
Sejak aku balik dari rumah mama,
kerap sangat aku megeluh. Mengeluh kerana terpaksa mengadap sikap cerewet abang
Rizz a.k.a suami aku. Bukan sahaja aku, Tipah dan Mika pun pernah menegur sikap
baruku. Meloncat aku turun dari katil pabila melihat jam di dinding. Hampir jam
pukul tiga setengah. Solat zuhur belum ku tunaikan. Macam lipas kudung aku
membersihkan diri sebelum menunaikan kewajipanku.
cerita baru... any komen?
ReplyDeleteBest 3x nak lagi
ReplyDeletecepat je jln cerita dia...
ReplyDeletenext n3 please...haha
rasanya dah baca partni dulu...bila nak ada sambungannya...dah lama saya ternanti2 ni
ReplyDeletebaca kat mana yer?
Deletekat penulisan 2u kalau tak silap..
Deletemcm pernah baca tapi tak de sambungan dia kalau tak silap kat Novel Melayu kreatif.. Cite dia menarik tapi tulah tunggu tak de sambugan. Alhamdullillah kalau Rian dah publish kat blog and ada sambugan. txs.
ReplyDeletemmg ada post kat novel melayu kreatif... susah upload lately ni.. nanti kan next chapter.. tq for supporting
DeleteBest...best...best....nk lagi writer....smbg cepat yer...
ReplyDeleteTukar tajukk... Citer dash best dah
ReplyDeletemenarik...nak lagi
ReplyDeleteCerita ni bagus. Credit to writter. Andai berkelapangan, jemput singgah kat blog saya kat https://onedeenmenulis.blogspot.my/
ReplyDeleteCerita ni bagus. Credit to writter. Andai berkelapangan, jemput singgah kat blog saya kat https://onedeenmenulis.blogspot.my/
ReplyDeleteBestnya!!
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDelete