Abangku Suamiku Bab 20

BAB 20
‘Where are we going ma?’soalku hairan sebab dipaksa mama untuk ke suatu tempat.
‘Ikut je sayang mama. Soalan Hana akan terjawab bila kita dah sampai nanti’
Aku mengeluh di dalam hati. Terasa lambat perjalananku kali ini. Ke mana ye mama nak bawa aku? Facial? Mungkin? Ke perjumpaan persatuan mama? Tak mungkin! Jalannya dah melencong jauh. Sekali lagi aku mengeluh. Tapi kali ini dapat didengari oleh mama.
‘Panjang mengeluh Hana? Hana ada masalah?’ tegur mama yang tampak kerisauan.
‘Hana tak da masalah serius pun ma. Yang bermasalah di hati Hana ni sebab tak tahu mama nak bawa Hana ke mana. Macam jauh je lagi perjalanan kita.’
Mama tertawa mendengar jawapanku. Hesyh! Mama ni! Aku ada buat lawak ke? Giatku di dalam hati.
‘Don’t too emotional sayang. You would liked this place. Kurang-kurangkan kerut kat dahi tu. Dah banyak sangat kedut mama nampak.’
Aku mengigit bibir. Ketara sangat ke aku tunjuk pada mama apa yang sedang bermain di fikiranku. Chilled Hana! Mesti tempat yang mama nak bawa ni happening!
Blurp! Belum pun sempat aku nak chilled, terjatuh rahang aku dibuatnya. Mama memakir kereta di hadapan kedai bernama DAMIAN HILMAN COUTURE. Kenapa aku tak boleh terfikir yang mama akan bawa aku ke sini. Sekarang baru aku tahu. Ini mesti mama berkomplot dengan Mika. Patutlah dua tiga hari ni, Mika selalu hilang lepas kelas. Ada agenda besar dengan mama rupanya. Wait the minute! Selang sebuah dari kereta mama macam kereta yang amat aku kenali sangat. I’m done!
‘Tu anak kesayangan mama tu buat apa? Jadi pak pacak kat situ ke? Taulah kulit tu terlebih putih!’ sindir Rizzman.
‘Ya Allah! Bertuah punya anak. Mama ingatkan dia ikut mama tadi. Rizz pergi panggilkan Hana,’
‘Dah tak reti nak masuk ke? Ke nak tunggu putera hati tolong angkatkan.’
Berderau jantung aku. Hesyh! Mr. Tarzan ni. Kalau bercakap tu tak buat aku terkejut memang tak sah gamaknya. ‘Ahah! Memang tunggu putera hati tolong angkatkan. Lam…’ belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, abang Rizz dengan selamba mencempung tubuhku lalu dibawa masuk ke dalam kedai.
Malunya tuhan saja yang tahu. Habis satu kedai keatawakan aku. Mr. Tarzan ni romantik tak kena tempat. Nak je aku ganti muka aku dengan makcik jual kuih kat hujung simpang tu.
‘Dah nampak aura seri pengantin dah. Ni belum buat treatment lagi. Kalau dah buat, tak lepas mata cik abang memandang.’ Tegur salah seorang pekerja Damian yang adik-adik sangat. Sebijik macam Mika.
‘Eh! Biasa-biasa je. Pengantin dah basi pun.’ Bidasku sengaja menyindir Mr. Tarzan yang duduk tak jauh dari aku.
‘Apa yang basi nye, ye Puan Sri. Cantik saja tengoknya. Ibarat merpati dua sejoli lagi gitu. Walaupun datang asing-asing, warna baju dah sama.’
Pantas aku memandang baju yang melekat di tubuhku. Kemudian memandang baju yang dipakai oleh Mr. Tarzan. Macam mana boleh sedondon pulak! Masa-masa ni lah nak pakai warna biru Mr. Tarzan ni.
‘Kebetulan!’ selamba aku menjawab.
Terjegil biji mata Mr. Tarzan melihat aku menjawab soalan yang diajukan oleh pekerja Damian.
Yang Mr. Tarzan aku ni dah kenapa? Dah retired jadi Mr. Tarzan ke? Dari tadi membisu. Pelik bin musykil ni. Aku punyalah menceceh menjawab soalan pekerja Damian, dia boleh syok duk belek majalah pengantin. Tahulah ramai awek cun dalam majalah tu.
‘Maaf ya Puan Sri terpaksa tunggu lama. Baru siap beedings kat baju ni. Hana ikut pembantu I ye.’ Tutur Damian yang tiba-tiba muncul.
Ni lah yang paling aku tak gemar sekali. Bila fitting baju. Mulalah aku terkial-kial nak zipkan baju. Leceh betul. Ingatkan hari tu kahwin koboi je. Tak sangka pulak kena bersanding. Mr. Tarzan tak membantah langsung. Dulu dia yang beriya-iya tak setuju.
Kenapalah tangan aku ni tak sampai nak tarik zip baju ni. Pembantu Damian ke belakang katanya tadi. Tak kan nak keluar dengan zip tak tutup habis?
‘Mulut tu kalau sehari tak membebel tak boleh ke? Tak tahu penat?’ tiba-tiba abang Rizz timbul dari sebalik tirai. Ini baru Mr. Tarzan aku. Dalam mulut dia membebel pada masa yang sama dia tolong zipkan baju aku. So sweet. Tapi tak tergoda langsung.
Ayat favourite aku apa lagi kalau bukan ‘Mulut Hana, suka hati Hana lah.’
‘Really?’ tanya abang Rizz tidak berpuashati. Langkahnya semakin menghampiri aku. Setapak abang Rizz menghampiri aku, setapak akau berundur ke belakang sehingga aku tersandar di dinding yang dipenuhi cermin.
‘Mana mulut Hana, suka hati Hana lah tadi tu? Nak tengok sangat.’
Aku terperangkap!
Masa-masa macam ni la Mr. Tarzan ni nak buat hal. Siapa suruh kau bakar line Mr. Tarzan tu Hana. Kan dah kena batang hidung sendiri.
‘Kenapa diam. Tadi ke main lagi mulut tu pot-pet, pot-pet.’
Aku mengigit bibir. Tak pandailah pulak mulut ni nak menjawab balik.
‘Hana Qusandria.’ Lembut sapaan abang Rizz di telingaku.
Boleh angau macam ni. Comfirm terus tukar nama Mr. Tarzan. Sapaan abang Rizz tidak ku sambut. Takut wei ….! Tengah baik aku usha wajah abang Rizz, pandangan kami bertaut. Getaran halus terbit entah dari mana. Wajah abang Rizz semakin lama semakin hampir dengan wajahku. Hanya seinci jarak yang memisahkan aku dana bang Rizz.
Bunyi tirai ditarik menyedarkan aku dan abang Rizz. Huh! Nasib baik tak jadi apa-apa. Tapi ….
‘Kat sini rupanya Rizz. Puaslah mama menunggu Rizz tukar baju.’ Bebel mama straight forward.
Yang Mr. Tarzan ni buat-buat tak tahu je. Damian dah siap senyum baik lagi kat aku. ‘Dah tak sabar tu Puan Sri. Tak lama lagi dapatlah Puan Sri cucu.’
Aku menelan air liur. Ke situ si Damian ni fikir. Ni Mr. Tarzan yang tak sabar. Bukan aku jeritku di dalam hati.
‘Saya harap pun macam tu jugak Damian. Dah tak sabar nak timang cucu.’ Tutur mama.
Dah dua tiga kali kena serang hendap ni. Tinggal tak gol je lagi aku ni. Asyik aku je yang kena. Mr. Tarzan ni tak ada perasaan ke kena sindir. Elok je duduk kat sebelah mama lagi.
Aku hanya tersengih. Malas nak menjawab. Tak pasal-pasal kena batang hidung sendiri. Jadilah aku pak pacak sementara pembantu Damian membetulkan mana yang patut untuk gaun pengantin aku.
Aku menghela nafas panjang. Selesai sesi fitting baju pengantin. Azab betul aku rasakan. Bila duduk berdua dengan Mr. Tarzan ni lambat betul masa berlalu.
Usai menukar baju, aku duduk di sofa yang disediakan tidak jauh dari mama dan Mr. Tarzan. Mama nampaknya masih sibuk berbincang dengan Damian. Mr. Tarzan turut serta dalam perbincangan tersebut. Mama ada memanggil aku menyertai perbincangan mereka. Baik aku mengadap majalah pengantin yang ada. Apa yang baik di mata mama, baiklah di mata aku. Aku ikut sahaja. Malas nak mengadap muka Mr. Tarzan.
Akhirnya azabku habis jua. Sejak aku masuk kereta hinggalah separuh perjalanan, aku hanya diam membisu. Aku dengan duniaku sendiri sehinggalah mama menegurku. ‘Hana! Mama tanya Hana ni.’
Aku sendiri terkejut dengan teguran mama. ‘Apa dia ma? Hana tak dengar mama tanya apa?’
‘Mama tanya kenapa Hana diam je dari tadi? Ada masalah ke sayang?’
‘Owh!! Ingatkan mama tanya apa tadi. Hana okay la ma. Penat sikit.’ Bohong sunat aku sekejap.
Mama sekadar mengangguk. Aku kembali melayani duniaku sendiri. Mama seperti mengerti dan memberikan aku ruang dan peluang.
Beg berwarna hitam dicampak ke atas sofa berwarna merah keemasan. Zara menghenyak punggungnya dengan rasa sakit di hati. Datin Seri Maimon yang kebetulan lalu di ruang tamu mengeleng kepala melihat sikap anak daranya.
‘Zara ni nak jadi apa? Masuk rumah dengan tak bagi salam. Lepas tu campak-campak beg ni dah kenapa? Mama dan papa tak pernah ajar anak-anak mama dan papa bersikap kurang ajar.’ Tegur Datin Seri Zainon.
‘Ni semua salah mama dan papa. Kalau dulu mama dan papa ikut permintaan Zara, sekarang ni abang Rizz dah jadi suami Zara.’ Tempelak Zara Arlysa seperti orang hilang akal.
‘Zara Arlysa! Fikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut sedap mulut!’ tempik Dato’ Seri Rizlan yang baru tiba di Astana Villa.
‘Kalau mama tak bantah pilihan Zara dulu, semua ni tak kan terjadi. Sekarang ni papa nak salahkan Zara.’ Zara tidak mahu mengalah. Puas melepaskan amarahnya, Zara menghilangkan diri ke tingkat atas.
Dato’ Seri Rizlan duduk tersandar di sofa dengan keluhan panjang. Pening kepalanya mengenangkan sikap Zara yang semakin teruk. ‘Apalah nak jadi dengan Zara tu Mai? Sakit kepala abang bila fikirkan hal Zara. Awak sebagai mama cuba-cubalah nasihatkan Zara.’
‘Zara tu memberontak sebab apa yang dia minta tu dak dapat bang. Zai tak fikir Zara ada buat yang tak baik belakang kita.’ Bela Datin Seri Zainon.
‘Awak tu masih lagi nak bela Zara. Awak tak dengar apa yang dia cakap tadi. Dia salahkan kita sebab dia tak dapat Rizzman. Awak tahu ke apa yang dia buat kat luar tu? Kalau awak tahu, mahu mengucap panjang awak nanti. Sebelum nasi menjadi bubur, baik awak nasihatkan Zara. Jangan nak meroyan hanya sebab kerana seorang lelaki.’ Panjang nasihat Dato’ Seri Rizlan buat isterinya.
‘Apa maksud abang apa yang Zara buat kat luar tu? Cakaplah pada Zai bang.’
‘Awak tanyalah Zara sendiri. Kalau saya yang cakap nanti awak tak percaya apa yang saya cakap.’ Dato’ Seri Rizlan bingkas bangun lalu menuju ke tingkat atas. Sengaja dia meninggalkan isterinya dengan seribu teka-teki.
Habis satu bilik tonggang langgang dikerjakan Zara. Panas hatinya melihat Hana dan Rizz masuk ke kedai butik pengantin. Hilang sudah kewarasan akalnya. Zara merenung dirinya di hadapan cermin. Apa kurangnya aku kalau dibandingkan dengan Hana. Abang Rizz tu buta ke? Jerit Zara sekuat hati.
Ketukkan di pintu menyedarkan Zara . tanpa menunggu jawapan, daun pintu ditolak dari luar. ‘Kak long masuk ye Zara?’ ujar kak longnya berjalan menuju ke arah katil sambil mengutip barang yang bersepah di atas lantai dengan senyuman di bibir.
‘Zara ada masalah? Kak long boleh pinjamkan telinga kak long untuk dengar masalah Zara. Mana tahu kak long boleh bantu.’ Lembut tutur bicara menantu kesayangan Datin Seri Zainon.
Zara mendekati kak longnya. ‘Apa kurang Zara kak long? Sakit hati Zara tengok kebahagian mereka.’
Sarah Umairah sudah sedia maklum siapa yang dimaksudkan oleh adik iparnya. Suaminya ada bercerita masalah yang sedang melanda Zara Arlysa. ‘Kak long dapat rasa apa yang Zara rasa sekarang ni. Allah dah susun yang terbaik untuk semua umatnya. Termasuklah Zara. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk Zara. Ada yang lebih baik untuk Zara. Cuma Zara belum jumpa je lagi.’
Zara Arlysa mengeluh. ‘Zara nak tunggu sampai bila kak long?’
Sarah Umairah tertawa kecil. ‘Kak long kahwin dengan along pun lambat. Allah suruh kak long timba ilmu sebanyak mungkin sebelum kak long diberi tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri dan ibu kepada zuriat yang Allah berikan. Tanggungjawab tu besar Zara. Kalau kita tak bersedia dan tak cukup ilmu di dada, bahtera kita akan dilanda badai.
Zara melentok kepalanya di bahu Sarah Umairah. Memahami perasaan Zara, perlahan-lahan tangan Sarah Umairah mengusap kepala Zara Arlysa.’Kak long cakap ni sekadar nak sejuk kan hati Zara kan?’
Sarah Umairah mengangkat wajah Zara. Pandangan mata mereka bertaut. ‘Kakak mana yang sanggup lihat adiknya merana. Kak long nak yang terbaik untuk Zara. Zara budak pandai. Jangan jadikan masalah ni sebagai alasan untuk Zara tak berjaya. In sha allah, you will find the best candidate to be your soulmate.

Perlahan-lahan butiran jernih mengalir di pipi Zara Arlysa. Kak longnya sentiasa ada bersamanya. Zara Arlysa perlu kuat desisnya di dalam hati.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry atas td... As usual author x penah hampakan readers... Waiting for your next update...

      Delete
  2. Best laaa, bila ada sambungan lg, xsabar nak baca.. ada keluar novel x

    ReplyDelete
  3. Dah lima tahun cerita ni... xsabar nk tahu ending cerita menarik ni ��
    P/s: author, ada typo sikit kat atas tu. Mak Zara is Zai bukan Mai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22