Abangku Suamiku Bab 17
BAB 17
Sakan
gila aku berjimba dengan along. Mula-mula tengok wayang. Lepas tu isi perut
yang dah kelaparan dan yang paling syok
sekali shopping. Kopaklah duit along.
‘Dah
tak nak balik ke Puan Hana?’ sindir along yang telah kepenatan.
‘Ala….
Along dah nak balik ke?’
‘Dah
naik lenguh kaki along ikut Hana. Tak habis shopping
lagi ke?’
Aku
tersenyum sumbing. Dah berbeg-beg kat tepi bangku along duduk.’As you say sir.’
Ketika
aku dan along turun dari escalator,
aku terdengar seseorang memanggilku.
‘Hana!
Hana!’
Cepat-cepat
aku menoleh. Kenapalah aku boleh jumpa dengan Ikmal kat sini. Kecil betul bumi
ni. ‘Hei Ikmal. Buat apa kat sini?’
‘Saja
jalan-jalan. Bosan duduk kat rumah. Siapa sebelah tu?’
Aku
dah agak dah. Mesti dia tanya. Mana taknya, dia tengok along macam nak makan.
Masa ni aku nak ajar si Ikmal ni. ‘Sorry
, lupa nak kenal. Ni husband Hana.
Abang kenalkan ni Ikmal. Kawan sekampus Hana.’
‘Razzman.
Husband Hana.’
‘Ikmal.’
Tutur Ikmal seperti tidak percaya.
Perfect lah lakonan along. Nasib baik along tak
melatah masa aku kenalkan along pada Ikmal. Siap peluk pinggang aku. Terkedu
Ikmal dengan penjelasan along. Dah tu siap terbeliak mata Ikmal bila along
menarik aku ke dalam dakapannya. Kalau ini pun dia tak percaya, aku tak tahulah
apa nak kata.
‘Dah
lama kahwin bang? Tapi tak pernah pulak dengar Hana kahwin.’ Ikmal masih tak
berpuas hati. Sempat lagi nak korek rahsia aku.
‘Dah
dua tahun. Kita orang nikah je dulu. Sebab masa tu abang tengah sambung
belajar.’
‘Oh
ye ke! Sekarang ni barulah saya percaya. Saya ingat Hana main-main hari tu. Sorry lah Hana, abang Razzman. Saya
gerak dulu. Ada janji dengan member.’
Aku
menghela nafas lega. Ada baiknya terserempak dengan Ikmal. Harap-harap lepas ni
Ikmal dah tak kacau hidup aku. Semua beg kertas aku letakkan di bahagian
penumpang sebelum meloloskan diri di tempat pemandu.
‘I need explanation what just happen.’
Tiba-tiba along bersuara.
‘Okay.
Sebenarnya Ikmal tu suka kat Hana. Tiap-tiap hari dia duk sibuk cari Hana kat
kampus. Pernah sekali Tipah beritahu yang Hana dah kahwin tapi dia tak berjaya.
Kebetulan jumpa dia kat sini, tu yang Hana kata along husband Hana.’
‘Hana
satu course dengan Ikmal ke?’
‘Tak
lah. Dia satu course dengan Zara.
Kenapa along tanya?’
‘Eloklah
tak satu course. Boleh gak Hana
mengelak. Rizz tahu pasal Ikmal?’
Aku
menggeleng kepala. Mahu huru hara kampus aku. Along tiba-tiba senyap. Tak kan
terkejut dengan apa yang baru aku beritahu.
‘Hana
patutnya beritahu Rizz. buatnya Ikmal tu buat apa-apa kat Hana macam mana?
Orang kemaruk cinta ni sanggup buat apa saja.
‘Along
pun tahu abang Rizz tu macam mana orangnya. Angin satu badan. Rasa-rasanya
kalau Hana beritahu pasal Ikmal tu, abang Rizz nak duduk diam je ke? Silap hari
bulan kecoh satu kampus Hana.’
‘Hana
tak cerita lagi. Mana Hana tahu. Sekurangnya dia tahu.’ Nasihat Along.
Aku
mengigit bibir. Tak cakap salah. Cakap kang lagi salah. Tanpa aku sedar, kami
telah sampai di rumah. Aku mahupun along tidak bersuara. Siap mengambil semua
barang, aku terus masuk ke dalam rumah. Along telah lama masuk ke dalam rumah.
Ikmal
termenung di beranda rumahnya. Fikirannya masih memikirkan kejadian terserempak
dengan Hana dan suaminya di pusat membeli belah. Dia seperti tidak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Ikmal menjerit sekuat hati. Cuba melepaskan rasa geram
di hati.
‘Kau
ada masalah ke Ikmal?’ Syafiq muncul dari bilik apabila mendengar jeritan
Ikmal.
‘Aku
geram Fiq. Geram sangat.’
‘Siapa
buat kau geram?’
‘Hana.’
Jawab Ikmal pendek.
‘Hana
budak senibina dalaman yang kau puja-puja selama ni? Kenapa dengan dia?’
‘Aku
jumpa dia dengan suami dia tadi. Aku ingatkan dia main-main pasal dia dah
kahwin.’
‘Lupakan
je lah Hana tu Mal. Dia dah jadi milik orang lain.’ Syafiq cuba memberi
nasihat.
‘Tak
mungkin Fiq. Aku akan pastikan Hana milik aku. Orang lain tak boleh miliki
Hana. Hana aku punya.’
Syafiq
menggeleng kepala. Dah berbuih mulutnya menasihati Ikmal untuk melupakan Hana.
Keras betul hati Ikmal. Semuanya gara-gara Hana. Dia tidak mahu Ikmal gagal
dalam pelajaran hanya kerana seorang wanita. Bersepah kat luar sana yang boleh
dijadikan kekasih. Bila ditegur, cepat sahaja melenting.
‘Fiq
kau nak ke mana?’
Syafiq
tidak menjawab sebaliknya beredar meninggalkan Ikmal sendirian di ruang tamu.
Orang tengah marah kalau ditegur pun bukannya nak dengar pun. Buang masa. Baik
lepak dalam bilik desis Syafiq di dalam hati. Ikmal tersandar di sofa.
Kepalanya buntu.
Baik
je aku baring di atas sofa mama sambal leka menonton kartun Ogy and Cockroach. Terbahak-bahak aku
ketawa melihat Ogy dibuli tiga ekor lalat. Kehadiran mama di ruang tamu pun aku
tak sedar.
‘Hai
isteri Rizzman Adha ni. Perangai mengalahkan budak kecil. Cubalah tengok cerita
yang bermanfaat sikit sayang.’
‘Sekali
sekala je ma. Bukan selalu pun. Hana nak beritahu mama ni. Sementara abang Rizz
outstation ni, Hana ingat nak duduk
dengan Tipah. Senang sikit nak study
sama-sama.’ Aku meminta izin dari mama.
‘Mama
tak kisah. Dekat sikit Hana nak berulang. Apa pun, bukan dengan mama kena minta
izin tapi dengan suami Hana. Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin
suami. Hana kena ingat tu.’
Lemah
kepala lutut ni bila dengar nama abang Rizz. Suka tak suka pun tetap kena minta
izin. Nanti kata nusyuz pulak.
‘Hana
dengar tak apa yang mama cakap tadi.’
‘Hah!
Apa ma?’ aku blur.
‘Dengar
tak apa yang mama cakap tadi.’
‘Dengar.
Dengar. Nanti Hana mesej suami kesayangan Hana tu ye ma.’
Rizz
termenung di beranda rumah. Dia terkenangkan apa yang dilihatnya petang tadi.
Kejadian dia terserempak Hana dan Along di pusat membeli belah. Itu bukanlah
perkara yang sedang dikirkannya tetapi lelaki yang berbual dengan Hana dan
Along. Berubah wajahnya apabila Hana memperkenalkan Along kepada lelaki
tersebut. Adakah lelaki yang bertembung dengan isterinya adalah Ikmal yang
menelefon Hana sebelum ini? Kacau jiwa Rizz di buatnya. Kusut masai rambut
Rizzman. Feez yang sedari tadi memerhati gelagat sahabatnya dari ruang tamu
rumah.
‘What happened bro? Dah macam orang mati bin ke kau ni.’
‘Entahlah
Feez. Nak cakap pun susah.’ Rizzman tidak mahu berkongsi masalahnya.
‘Jangan
cakap semua ni pasal Hana?’ tebak Feez.
Rizzman
melangkah masuk ke ruang tamu. Sofa satu menjadi pilihannya. Terbit keluhan di
bibirnya. ‘Sakit kepala aku ni bila fikirkan
Hana tu. Jiwa kacau aku Feez.’
Tersembur
tawa Hafeez. ‘Jiwa kacau bro? Sejak
bila Rizzman Adha guna ayat jiwang ni. Teruk betul kawan aku ni.’
‘Kau
cakap senanglah. Cuba kena kat batang hidung. Mahu huru hara macam aku gak.
Ntah-ntah lagi teruk.’ Tempelak Rizz.
‘Sabar
Rizz. Jangan cepat emo sangat.
Cepatlah majlis kau tu. Senang sikit kau nak kawal Hana. Kalau tak, tak tahulah
apa nak jadi dengan kawan aku ni. Hebat betul gadis bernama Hana Qusandria.
Tunggang langgang dunia Rizzman Adha.
Aku
pandang telefonku di atas katil. Payah betul rasanya nak hantar mesej pada
suami kesayangan aku tu. Rasa-rasanya, mengamuk ke tak Mr. Tarzan tu. Tak
beritahu Mr. Tarzan, nanti tak pasal-pasal mama pulak yang berleter. Hantar je
lah.
Assalamualaikum. Sorry ganggu. Nak beritahu abang Rizz
yang Hana akan duduk kat rumah mama di Shah Alam.
Terus
aku tekan butang send.
Telefon
terus ku letakkan di atas meja di tepi katil tanpa menunggu balasan abang Rizz.
Entah abang Rizz baca ke tidak mesej aku tu.
Bunyi
mesej kedengaran. Rizzman leka mengadap laptop menyiapkan kerja yang tertangguh
berhenti sebentar membaca mesej yang masuk. Selesai membaca, telefonnya
dicampak ke atas katil. Sakit hatinya masih bersisa. Sengaja dia tidak membalas
mesej Hana. Sementara menunggu majlisnya selesai, Rizzman memberi peluang
kepada Hana menikmati kebebasannya.
Best...sambung lagi..
ReplyDeleteBest.....✌
ReplyDeleteTerbaik sis... Sambung lagi...
ReplyDeleteBest sngt
ReplyDeleteSmbng lh dh lme tnggu ni
ReplyDeletebila nk sambung ni...
ReplyDeleteMmg tak nak sambung ke?
ReplyDeletesambung la best sgt cite nie
ReplyDelete.
Sis Ada buat novel x ??
ReplyDeleteSis Ada buat novel x ??
ReplyDeleteMulut kata benci hati kata sayang takde smbungan dh ke ? Lama dh tggu ni
ReplyDeleteThanks sebab menunggu new episod. Sy janji isnin depan sy upload new episode. Both of them.
ReplyDeleteAsskum saya nak tanya cerita ni ada sambungan atau akan.dibukukan
ReplyDelete