Abangku Suamiku Bab 17

BAB 17
Sakan gila aku berjimba dengan along. Mula-mula tengok wayang. Lepas tu isi perut yang dah kelaparan dan yang paling syok sekali shopping. Kopaklah duit along.
‘Dah tak nak balik ke Puan Hana?’ sindir along yang telah kepenatan.
‘Ala…. Along dah nak balik ke?’
‘Dah naik lenguh kaki along ikut Hana. Tak habis shopping lagi ke?’
Aku tersenyum sumbing. Dah berbeg-beg kat tepi bangku along duduk.’As you say sir.’
Ketika aku dan along turun dari escalator, aku terdengar seseorang memanggilku.
‘Hana! Hana!’
Cepat-cepat aku menoleh. Kenapalah aku boleh jumpa dengan Ikmal kat sini. Kecil betul bumi ni. ‘Hei Ikmal. Buat apa kat sini?’
‘Saja jalan-jalan. Bosan duduk kat rumah. Siapa sebelah tu?’
Aku dah agak dah. Mesti dia tanya. Mana taknya, dia tengok along macam nak makan. Masa ni aku nak ajar si Ikmal ni. ‘Sorry , lupa nak kenal. Ni husband Hana. Abang kenalkan ni Ikmal. Kawan sekampus Hana.’
‘Razzman. Husband Hana.’
‘Ikmal.’ Tutur Ikmal seperti tidak percaya.
Perfect lah lakonan along. Nasib baik along tak melatah masa aku kenalkan along pada Ikmal. Siap peluk pinggang aku. Terkedu Ikmal dengan penjelasan along. Dah tu siap terbeliak mata Ikmal bila along menarik aku ke dalam dakapannya. Kalau ini pun dia tak percaya, aku tak tahulah apa nak kata.
‘Dah lama kahwin bang? Tapi tak pernah pulak dengar Hana kahwin.’ Ikmal masih tak berpuas hati. Sempat lagi nak korek rahsia aku.
‘Dah dua tahun. Kita orang nikah je dulu. Sebab masa tu abang tengah sambung belajar.’
‘Oh ye ke! Sekarang ni barulah saya percaya. Saya ingat Hana main-main hari tu. Sorry lah Hana, abang Razzman. Saya gerak dulu. Ada janji dengan member.’
Aku menghela nafas lega. Ada baiknya terserempak dengan Ikmal. Harap-harap lepas ni Ikmal dah tak kacau hidup aku. Semua beg kertas aku letakkan di bahagian penumpang sebelum meloloskan diri di tempat pemandu.
I need explanation what just happen.’ Tiba-tiba along bersuara.
‘Okay. Sebenarnya Ikmal tu suka kat Hana. Tiap-tiap hari dia duk sibuk cari Hana kat kampus. Pernah sekali Tipah beritahu yang Hana dah kahwin tapi dia tak berjaya. Kebetulan jumpa dia kat sini, tu yang Hana kata along husband Hana.’
‘Hana satu course dengan Ikmal ke?’
‘Tak lah. Dia satu course dengan Zara. Kenapa along tanya?’
‘Eloklah tak satu course. Boleh gak Hana mengelak. Rizz tahu pasal Ikmal?’
Aku menggeleng kepala. Mahu huru hara kampus aku. Along tiba-tiba senyap. Tak kan terkejut dengan apa yang baru aku beritahu.
‘Hana patutnya beritahu Rizz. buatnya Ikmal tu buat apa-apa kat Hana macam mana? Orang kemaruk cinta ni sanggup buat apa saja.
‘Along pun tahu abang Rizz tu macam mana orangnya. Angin satu badan. Rasa-rasanya kalau Hana beritahu pasal Ikmal tu, abang Rizz nak duduk diam je ke? Silap hari bulan kecoh satu kampus Hana.’
‘Hana tak cerita lagi. Mana Hana tahu. Sekurangnya dia tahu.’ Nasihat Along.
Aku mengigit bibir. Tak cakap salah. Cakap kang lagi salah. Tanpa aku sedar, kami telah sampai di rumah. Aku mahupun along tidak bersuara. Siap mengambil semua barang, aku terus masuk ke dalam rumah. Along telah lama masuk ke dalam rumah.
Ikmal termenung di beranda rumahnya. Fikirannya masih memikirkan kejadian terserempak dengan Hana dan suaminya di pusat membeli belah. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ikmal menjerit sekuat hati. Cuba melepaskan rasa geram di hati.
‘Kau ada masalah ke Ikmal?’ Syafiq muncul dari bilik apabila mendengar jeritan Ikmal.
‘Aku geram Fiq. Geram sangat.’
‘Siapa buat kau geram?’
‘Hana.’ Jawab Ikmal pendek.
‘Hana budak senibina dalaman yang kau puja-puja selama ni? Kenapa dengan dia?’
‘Aku jumpa dia dengan suami dia tadi. Aku ingatkan dia main-main pasal dia dah kahwin.’
‘Lupakan je lah Hana tu Mal. Dia dah jadi milik orang lain.’ Syafiq cuba memberi nasihat.
‘Tak mungkin Fiq. Aku akan pastikan Hana milik aku. Orang lain tak boleh miliki Hana. Hana aku punya.’
Syafiq menggeleng kepala. Dah berbuih mulutnya menasihati Ikmal untuk melupakan Hana. Keras betul hati Ikmal. Semuanya gara-gara Hana. Dia tidak mahu Ikmal gagal dalam pelajaran hanya kerana seorang wanita. Bersepah kat luar sana yang boleh dijadikan kekasih. Bila ditegur, cepat sahaja melenting.
‘Fiq kau nak ke mana?’
Syafiq tidak menjawab sebaliknya beredar meninggalkan Ikmal sendirian di ruang tamu. Orang tengah marah kalau ditegur pun bukannya nak dengar pun. Buang masa. Baik lepak dalam bilik desis Syafiq di dalam hati. Ikmal tersandar di sofa. Kepalanya buntu.
Baik je aku baring di atas sofa mama sambal leka menonton kartun Ogy and Cockroach. Terbahak-bahak aku ketawa melihat Ogy dibuli tiga ekor lalat. Kehadiran mama di ruang tamu pun aku tak sedar.
‘Hai isteri Rizzman Adha ni. Perangai mengalahkan budak kecil. Cubalah tengok cerita yang bermanfaat sikit sayang.’
‘Sekali sekala je ma. Bukan selalu pun. Hana nak beritahu mama ni. Sementara abang Rizz outstation ni, Hana ingat nak duduk dengan Tipah. Senang sikit nak study sama-sama.’ Aku meminta izin dari mama.
‘Mama tak kisah. Dekat sikit Hana nak berulang. Apa pun, bukan dengan mama kena minta izin tapi dengan suami Hana. Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami. Hana kena ingat tu.’
Lemah kepala lutut ni bila dengar nama abang Rizz. Suka tak suka pun tetap kena minta izin. Nanti kata nusyuz pulak.
‘Hana dengar tak apa yang mama cakap tadi.’
‘Hah! Apa ma?’ aku blur.
‘Dengar tak apa yang mama cakap tadi.’
‘Dengar. Dengar. Nanti Hana mesej suami kesayangan Hana tu ye ma.’
Rizz termenung di beranda rumah. Dia terkenangkan apa yang dilihatnya petang tadi. Kejadian dia terserempak Hana dan Along di pusat membeli belah. Itu bukanlah perkara yang sedang dikirkannya tetapi lelaki yang berbual dengan Hana dan Along. Berubah wajahnya apabila Hana memperkenalkan Along kepada lelaki tersebut. Adakah lelaki yang bertembung dengan isterinya adalah Ikmal yang menelefon Hana sebelum ini? Kacau jiwa Rizz di buatnya. Kusut masai rambut Rizzman. Feez yang sedari tadi memerhati gelagat sahabatnya dari ruang tamu rumah.
‘What happened bro? Dah macam orang mati bin ke kau ni.’
‘Entahlah Feez. Nak cakap pun susah.’ Rizzman tidak mahu berkongsi masalahnya.
‘Jangan cakap semua ni pasal Hana?’ tebak Feez.
Rizzman melangkah masuk ke ruang tamu. Sofa satu menjadi pilihannya. Terbit keluhan di bibirnya. ‘Sakit kepala aku ni bila fikirkan  Hana tu. Jiwa kacau aku Feez.’
Tersembur tawa Hafeez. ‘Jiwa kacau bro? Sejak bila Rizzman Adha guna ayat jiwang ni. Teruk betul kawan aku ni.’
‘Kau cakap senanglah. Cuba kena kat batang hidung. Mahu huru hara macam aku gak. Ntah-ntah lagi teruk.’ Tempelak Rizz.
‘Sabar Rizz. Jangan cepat emo sangat. Cepatlah majlis kau tu. Senang sikit kau nak kawal Hana. Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi dengan kawan aku ni. Hebat betul gadis bernama Hana Qusandria. Tunggang langgang dunia Rizzman Adha.
Aku pandang telefonku di atas katil. Payah betul rasanya nak hantar mesej pada suami kesayangan aku tu. Rasa-rasanya, mengamuk ke tak Mr. Tarzan tu. Tak beritahu Mr. Tarzan, nanti tak pasal-pasal mama pulak yang berleter. Hantar je lah.
Assalamualaikum. Sorry ganggu. Nak beritahu abang Rizz yang Hana akan duduk kat rumah mama di Shah Alam.
Terus aku tekan butang send.
Telefon terus ku letakkan di atas meja di tepi katil tanpa menunggu balasan abang Rizz. Entah abang Rizz baca ke tidak mesej aku tu.
Bunyi mesej kedengaran. Rizzman leka mengadap laptop menyiapkan kerja yang tertangguh berhenti sebentar membaca mesej yang masuk. Selesai membaca, telefonnya dicampak ke atas katil. Sakit hatinya masih bersisa. Sengaja dia tidak membalas mesej Hana. Sementara menunggu majlisnya selesai, Rizzman memberi peluang kepada Hana menikmati kebebasannya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22