Abangku Suamiku Bab 15
BAB 15
Aku
menatang dulang berisi semangkuk bubur, segelas air dan ubat yang dibekalkan
oleh doktor semasa di klinik tadi. Ini kali kedua aku masuk ke dalam bilik
abang Rizz. Seumur hidup aku duduk di Villa Anggerik, tidak pernah aku
menjejakkan kaki di dalam bilik abang Rizz. Kalau Mr. Tarzan ni tak sakit,
jangan haraplah.
Dulang
yang ku bawa aku letakkan di atas meja sisi di tepi katil. Dahi abang Rizz ku
rasa semula. Alhamdulillah panasnya semakin kebah. Aku membuka wardrobe abang Rizz. Tersusun rapi
mengalahkan anak dara. Aku ambil sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk menyalin
pakaian abang Rizz. Tak lupa juga tuala kecil untuk mengelap badan abang Rizz.
Nak
patah pinggang aku menukar pakaian abang Rizz. Mana taknya, badan abang Rizz
lebih besar dari badan aku yang comel loteh ni.
‘Ni
apa usik-usik orang ni?’ tiba-tiba abang Rizz terjaga dari tidurnya.
‘Usik
apanya. Hana tolong tukarkan baju abang Rizz. Tak kan nak pakai baju masam tu
sampai malam.’
‘What!’ Abang Rizz cuba bangun tetapi tidak berdaya. Kepalanya masih berdenyut.
‘Jangan
mengada nak bangun. Abang Rizz tu bukannya sihat. Makan bubur ni.’ Aku menyua
sudu yang berisi bubur tetapi abang Rizz tidak membuka mulutnya. Aku dah mula
geram dengan sikap kebudakkan abang Rizz.
‘Abang
Rizz ni nak makan ke tak? Penat je Hana masak bubur ni.’ Aku merungut.
‘Buat
kerja tak pernahnya nak ikhlas.’ bidas abang Rizz.
‘Siapa
kata? Sebab Hana ikhlaslah, Hana masak. Kalau tak dah lama mak Jah yang masak
dan suapkan abang Rizz. Tak pernah nak bersyukur. Nak complaint je. Nak makan ke tak nak ni? Kalau tak nak, Hana suruh
mak Jah yang suapkan.’ ugutku.
Aku
menyua kembali sudu berisi bubur ke mulut abang Rizz. Selamat satu suapan masuk
ke dalam mulut abang Rizz. Kena gertak baru nak makan. Macam budak kecik. Licin semangkuk bubur. Lapar rupanya Mr. Tarzan ni. Aku hulurkan gelas berisi air dan
ubat yang perlu dimakan.
‘Keluar
nanti tolong tutup pintu!’ pesan abang Rizz.
Huh!
Sakit-sakit pun masih tak da perasaan langsung. Tahu nak marah je. Kalau sehari
tak marah tak sah ntah. Aku pula yang merungut.
Dulang
yang berisi mangkuk bubur abang Rizz ku bawa turun ke bawah. Siap membasuh
mangkuk dan gelas, aku terus naik ke tingkat atas. Baru sahaja aku hendak
meluruskan badan, telefonku berbunyi minta dijawab. Kelihatan nama Mika tertera
di skrin.
‘Assalammualaikum.
Macam mana dengan abang Rizz?’
‘Walaikumsalam.
Prihatin kau kat abang Rizz.’
‘Janganlah
cemburu Hana. Kau tetap best buddy
aku. Abang Rizz kan husband best buddy
aku. Kenalah aku tanya kesihatan dia.’
‘Tak
ada maknanya. Panas dah makin berkurangan. Tadi pun habis semangkuk bubur dikerjakan
abang Rizz.’ ujarku.
‘Eloklah
macam tu. Kau macam mana? Okay tak?’
‘Aku
ingatkan kau dah lupa kat aku. Aku okay
cuma penat sikit je. Rasa macam nak patah pinggang aku memapah abang Rizz.’
‘Mestilah
aku ingat kat kau. Nanti sentap pulak!’
‘Kalau
sehari tak kenakan aku memang tak sah kan!’ aku menyindir Mika.
“Ingatkan
nak singgah rumah mama kau tadi tapi tak larat sebab penat memandu pun tak
hilang lagi.’
‘It’s okay Mika. Kita jumpa kat kampus esok.’
‘Okay Hana. See
you tomorrow.’ Talian diputuskan.
Dua
tiga kali aku menguap. Akhirnya aku terlena.
Gedebukkk!!!
Sakit pinggang aku. Macam manalah aku boleh jatuh katil. Buat malu je. Aku
mencapai telefon di atas meja. Ya Allah! Dah pukul tujuh setengah pagi. Kelas
aku pukul lapan setengah pagi. Kesiangan aku pagi ni. Ni gara-gara mimpikan
abang Rizz lah ni.
Dah
macam kartun aku bersiap. Dengan tak sempat bersarapan aku terus keluar dari
rumah. Entah berapa banyak aku kumpul saman. Berdesup wagen merah aku. Dengan
muka selamba aku masuk ke dewan kuliah. Nasib baik pensyarah tak masuk lagi.
Yang aku hairan semua mata memandang ke arah ku dengan pandangan yang pelik.
Aku mengambil tempat di sebelah Tipah.
‘Kenapa
kau ketawa tengok aku Tipah?’ aku kehairanan.
‘Kau kenapa Hana? Jangan cakap yang
kau kesiangan.’
‘Tahu tak pe. But why?’
‘Kot iya pun lambat, sebelum keluar
tu tengoklah cermin sikit. Tu hah! Kat pipi tu ada setompok bedak tak rata.
Memang patutulah budak-budak pandang kau semacam.’ Ujar Tipah sambal menonyoh
pipiku.
Cepat-cepat aku keluarkan cermin
kecil. Jelas terpancar ada setompok bedak tidak rata. Ni gara-gara nak cepat
tadi lah. Aku meratakan bedak di pipiku. Done!
Tipah yang ada di sebelah aku tak habis ketawakan aku.
‘Dah puas ketawakan aku?’ sindirku.
‘Janganlah marah! Nanti cepat tua.
Nanti kita bergosip okay. Tu lecturer
kesayangan kita dah masuk.’
Tak cukup nafas Vivian mengejar
langkah Zara Arlyssa. Macam lipas kudung Zara melangkah.
‘Zara tunggulah aku.’ Jerit Vivian
tercungap-cungap.
‘Hesyh! Lambat betul lah kau ni
Vivian. Cepatlah sikit.’
‘Dah cepatlah ni. Nak cepat apanya
lagi.’ Sungut Vivian.
Hilang nafas Vivian di buatnya.
Buku-buku di tangannya diletakan di atas meja. Vivian melangkah ke kaunter
untuk membeli makanan. Dia kembali ke meja dengan secawan air dan semangkuk mee
hoon sup. Begitu juga Zara.
‘Asal kau tak suka dengan Hana tu
Zara? Padahal kau dengan dia kan sepupu.’ Petah Vivian anak gadis dari bumi
kenyalang.
‘Sebab dia selalu ambil hak aku.’
‘Ambil hak kau? Aku tak faham.’
Vivian keliru.
‘Kalau aku cerita pun, kau tak akan
faham.’ tambah Zara.
‘Memang aku tak faham. Yang aku
tengok kau asyik cari pasal dengan Hana. Hana sikit pun tak balas apa yang kau
buat. Kau jangan terlalu ikutkan perasaan Zara. Kelak kau yang menyesal.’
‘Vee! Kau kawan aku ke kawan Hana?’
Zara berang.
‘Kawan kau lah!’
‘Kalau kawan aku, kau tak payah nak
pertikaikan apa yang aku buat kat Hana.’ Zara memberi amaran kepada
satu-satunya kawan yang dia ada di kampus. Vivian hanya mengangguk.
Membara
panas di hati Zara apabila terlihat kelibat Hana yang bergegas ke dewan kuliah.
Hatinya sakit bila mengenangkan kata-kata maklongnya tempohari. Sepatutnya
abang Rizz menjadi suami aku. Vivian yang sedari tadi memanggil Zara tetapi
tidak diendahkan oleh Zara.
‘Oit
Zara! Kau mengelamun apa?’ Vivian menepuk bahu Zara.
‘Ya
Allah! Kau ni mengejutkan aku lah Vee.’
‘Terkejut
konon. Dari tadi aku panggil kau tapi kau boleh mengelamun. Fikir apa?’
‘Nothing! Malam ni kau buat apa?’ Zara sengaja
menukar soalan.
‘Tak
buat apa-apa. Ingat nak study. Tak
lama lagi dah nak exam. Aku tak nak
kantoi.’
Berubah
wajah Zara Alysa. Seperti terkena batang hidungnya. Mana tidaknya, dia pernah
kantoi satu subjek dua semester lepas. Bernanah telinganya mendengar leteran
mamanya.
‘Kau
sindir aku ke Vee.’
‘Maaflah
kalau kau terasa Zara. Aku tak berniat langsung nak sindir kau. Itu Cuma
peringatan untuk aku.’
‘Aku
baru nak ajak kau lepak kat tempat biasa.’ Ujar Zara.
‘Bukan
orang islam tak dibenarkan ke kelab malam? Mama kau tak marah ke Zara kau pergi
tempat-tempat macam tu. Lainlah aku.’
Panas
hatinya bila diceramah oleh Vivian. Nak marah, itulah satu-satunya teman yang
ada. ‘Aku muda lagi. Time ni lah nak enjoy. Aku saja lepak-lepak je tapi aku
tak pernah sentuh benda haram tu.’
‘Apa-apa
sahajalah Zara. Aku boleh temankan kau tapi kita kena balik awal.’ Vivian
bersetuju tapi bersyarat.
‘What
ever lah Vee.’
Jam di tangan dikerlingku. Hampir
jam satu petang. Direct tiga kelas
aku pagi tadi. Otakku dah semakin tepu untuk menimba ilmu. Ini boleh jadi migraine di buatnya. Nasib baik kelas
terakhir ditamatkan awal memandang pensyarah mempunyai tugasan lain. Tipah di
sebelahku tersengih sumbing.
‘Apa kes?’ tegurku.
‘Cari
kes.’
‘Kes
apa?’ ulangku dengan nada berlainan.
‘Kes
mahkamah. Ada bran?’
‘Loyar
buruk tul lah kau ni Tipah. Nak makan mana? Jangan lupa whatsapp Mika sekali.’ Aku mengingatkan Tipah.
‘Aku
tak kisah makan mana. Tapi yang aku kisah bila Mika tak dapat sertai kita. Dia
ada hal. Aku baru je baca whatsapp
dia.’
Berkerut dahi aku. Mika ada hal? Hal
apa? Selalunya Mika akan share dengan
aku dan Tipah.
‘Tak
payah nak tambah kerut kat dahi kau tu.’
‘Soru time. Dah menggeletaq kaki aku tahan lapar.’
Ajak Tipah yang telah siap menyandang beg di bahu.
‘Assalamualaikum.
Sorry aunty. Mika lambat sikit.’ Sapa
Mika dari jauh.
‘Walaikumsalam.
Tak apa. Lagipun aunty yang datang
awal. Aunty pulak yang excited nak tengok koleksi busana tu.’
‘Biasalah
aunty. Kalau nak harapkan Hana,
alamatnya tak berbajulah pengantin atas pelamin.’ Mika berseloroh.
Tertawa
Puan Sri Maimon dengan seloroh Mika. Selesai memilih menu, Mika dan mama Hana
rancak berbincang koleksi busana pengantin yang ada. Ada dua tiga rekaan yang
menarik perhatian Puan Sri Maimon. Dengan rekaan sedia ada, Puan Sri Maimon
meminta Mika untuk mengubah sedikit rekaan dari segi potongan di bahagian dada
dan pinggang serta menambah pearls
dan diamond untuk menampakkan lebih
esklusif. Lama perbincangan antara Mika dan Puan Sri Maimon mengenai majlis
perkhawinan Hana dan Rizzman. Memudahkan kerja, Puan Sri Maimon terus melantik
Damian Couture sebagai wedding planner bagi majlis perkahwinan Hana dan
Rizzman.
Aku
melihat jam antik papa yang berada di ruang tamu. Hampir pukul lima petang.
Entah ke mana mama menghilang. Ditanya mak Jah, mak Jah pun tidak dimaklum oleh
mama. Macam ada rahsia je mama ni. Selalunya kalau mama keluar, pasti mama akan
berpesan pada mak Jah. Musykil desis hatiku. Aku dah naik bosan terbongkang kat
depan tv. Siaran astro langsung tidak menarik minatku.
Yang
abang Rizz pulak hanya terperap di dalam bilik. Demamnya dah beransur pulih.
Sejak pulang dari Cameron Highlands berubah terus perangai abang Rizz. Dari
suka jerit nama ku, sekarang ni jangan kata nak panggil, pandang aku pun tak
ingin. Bunian mana yang dah sampuk pun aku tak tahu. Elok juga dia tak
terjerit-jerit namaku. Baru aman dan tenteram duniaku. Kalau tak, cair tahi
telinga aku ni.
Bunyi
pintu dibuka menyedarkan aku dari lamunan. Mama dah balik rupanya. Nak kata
pergi shopping, kosong je tangan
mama.
‘Hana
oh Hana!’ panggil mama siap dengan cubitan singgah di paha kiriku.
‘Aduh!
Sakitlah mama.’ Aduku.
‘Tahu
sakit. Tekak mama ni pun sakit dari tadi panggil Hana. Boleh pulak Hana pandang
mama sampai berkerut dahi tu kenapa?’
‘Eh!
Mama ada panggil Hana ke? Asal Hana tak dengar ek?’
‘Mana
nak dengar kalau entah apa yang difikirkan. Fikir pasal apa?’
‘Mama.’
jawabku.
Wajah
Puan Sri Maimon bertukar raut. Tak kan kak Jah dah beritahu Hana. Tak mungkin
desis hati Puan Sri Maimon. ‘Fikir pasal mama?’
‘Selalunya
mama keluar, mama akan maklum pada mak Jah. Ni bila Hana tanya, mak Jah kata
tak tahu. Tak ke pelik? Nak kata mama ada mesyuarat kelab, tak mungkin.
Mesyuarat kelab mama selalunya hari Rabu. Ni baru hari Isnin.’
‘Hai!
Dah macam polis pencen. Mama jumpa pengerusi kelab. Dia call mama ada hal yang nak dibincangkan. Sebab terkejar-kejar nak
keluar tu yang mama lupa nak pesan pada mak Jah. Kebetulan mak Jah kat laman
belakang.’
Aku
yang tak da syak wasangka pada mama hanya mengangguk tanda faham. ‘Itu macam ka
Puan Sri Maimon?’
‘Iya
cik polis. Ni borak-borak juga. Dah solat ke belum?’ tiba-tiba mama bertanya
soalan cepumas.
‘Don’t worry. Allah bagi cuti seminggu.’ jawabku
dengan jawapan loyar buruk.
Tergelak
mama. ‘Ada-ada sajelah Hana ni. Mama naik dulu. Nak mandi dan solat. Jap lagi
kita minum petang sama-sama.’
yeayyy...cepat-cepat update lg ye...terima kasih
ReplyDeleteTqvm writer...lama tunggu new n3...cpt2 la update...best crita ni..
ReplyDeletetq
ReplyDeleteBest sis cepat update lagi... Tak sabar nak baca rizz dan hana naik pelamin.....
ReplyDeleteSis bila nak update agy... lma ni nunggu huhuu
ReplyDeletebila nk ada sambungan ni?
ReplyDeleteBila nak ada sambungan sis... Banyakk syokkk baca.
ReplyDeleteBila nak sambung nih kaka.ceritanya bagus
ReplyDeleteBest. Smbung lah lagi
ReplyDeleteEveryday tgk, hoping that ada smbgn 😢
ReplyDeleteBila nak sambung kaka
ReplyDeletebila nak sambung lagiii...
ReplyDeleteSorry sangat2. Lately ni bz dengan kerja.. Thanks for support my novel
ReplyDelete