Abangku Suamiku Bab 15

BAB 15
Aku menatang dulang berisi semangkuk bubur, segelas air dan ubat yang dibekalkan oleh doktor semasa di klinik tadi. Ini kali kedua aku masuk ke dalam bilik abang Rizz. Seumur hidup aku duduk di Villa Anggerik, tidak pernah aku menjejakkan kaki di dalam bilik abang Rizz. Kalau Mr. Tarzan ni tak sakit, jangan haraplah.
Dulang yang ku bawa aku letakkan di atas meja sisi di tepi katil. Dahi abang Rizz ku rasa semula. Alhamdulillah panasnya semakin kebah. Aku membuka wardrobe abang Rizz. Tersusun rapi mengalahkan anak dara. Aku ambil sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk menyalin pakaian abang Rizz. Tak lupa juga tuala kecil untuk mengelap badan abang Rizz.
Nak patah pinggang aku menukar pakaian abang Rizz. Mana taknya, badan abang Rizz lebih besar dari badan aku yang comel loteh ni.
‘Ni apa usik-usik orang ni?’ tiba-tiba abang Rizz terjaga dari tidurnya.
‘Usik apanya. Hana tolong tukarkan baju abang Rizz. Tak kan nak pakai baju masam tu sampai malam.’
What!’ Abang Rizz cuba bangun tetapi tidak berdaya. Kepalanya masih berdenyut.
‘Jangan mengada nak bangun. Abang Rizz tu bukannya sihat. Makan bubur ni.’ Aku menyua sudu yang berisi bubur tetapi abang Rizz tidak membuka mulutnya. Aku dah mula geram dengan sikap kebudakkan abang Rizz.
‘Abang Rizz ni nak makan ke tak? Penat je Hana masak bubur ni.’ Aku merungut.
‘Buat kerja tak pernahnya nak ikhlas.’ bidas abang Rizz.
‘Siapa kata? Sebab Hana ikhlaslah, Hana masak. Kalau tak dah lama mak Jah yang masak dan suapkan abang Rizz. Tak pernah nak bersyukur. Nak complaint je. Nak makan ke tak nak ni? Kalau tak nak, Hana suruh mak Jah yang suapkan.’ ugutku.
Aku menyua kembali sudu berisi bubur ke mulut abang Rizz. Selamat satu suapan masuk ke dalam mulut abang Rizz. Kena gertak baru nak makan. Macam budak kecik. Licin semangkuk bubur. Lapar rupanya Mr. Tarzan ni. Aku hulurkan gelas berisi air dan ubat yang perlu dimakan.
‘Keluar nanti tolong tutup pintu!’ pesan abang Rizz.
Huh! Sakit-sakit pun masih tak da perasaan langsung. Tahu nak marah je. Kalau sehari tak marah tak sah ntah. Aku pula yang merungut.
Dulang yang berisi mangkuk bubur abang Rizz ku bawa turun ke bawah. Siap membasuh mangkuk dan gelas, aku terus naik ke tingkat atas. Baru sahaja aku hendak meluruskan badan, telefonku berbunyi minta dijawab. Kelihatan nama Mika tertera di skrin.
‘Assalammualaikum. Macam mana dengan abang Rizz?’
‘Walaikumsalam. Prihatin kau kat abang Rizz.’
‘Janganlah cemburu Hana. Kau tetap best buddy aku. Abang Rizz kan husband best buddy aku. Kenalah aku tanya kesihatan dia.’
‘Tak ada maknanya. Panas dah makin berkurangan. Tadi pun habis semangkuk bubur dikerjakan abang Rizz.’ ujarku.
‘Eloklah macam tu. Kau macam mana? Okay tak?’
‘Aku ingatkan kau dah lupa kat aku. Aku okay cuma penat sikit je. Rasa macam nak patah pinggang aku memapah abang Rizz.’
‘Mestilah aku ingat kat kau. Nanti sentap pulak!’
‘Kalau sehari tak kenakan aku memang tak sah kan!’ aku menyindir Mika.
“Ingatkan nak singgah rumah mama kau tadi tapi tak larat sebab penat memandu pun tak hilang lagi.’
‘It’s okay Mika. Kita jumpa kat kampus esok.’
‘Okay Hana. See you tomorrow.’ Talian diputuskan.
Dua tiga kali aku menguap. Akhirnya aku terlena.
Gedebukkk!!! Sakit pinggang aku. Macam manalah aku boleh jatuh katil. Buat malu je. Aku mencapai telefon di atas meja. Ya Allah! Dah pukul tujuh setengah pagi. Kelas aku pukul lapan setengah pagi. Kesiangan aku pagi ni. Ni gara-gara mimpikan abang Rizz lah ni.
Dah macam kartun aku bersiap. Dengan tak sempat bersarapan aku terus keluar dari rumah. Entah berapa banyak aku kumpul saman. Berdesup wagen merah aku. Dengan muka selamba aku masuk ke dewan kuliah. Nasib baik pensyarah tak masuk lagi. Yang aku hairan semua mata memandang ke arah ku dengan pandangan yang pelik. Aku mengambil tempat di sebelah Tipah.
‘Kenapa kau ketawa tengok aku Tipah?’ aku kehairanan.
            ‘Kau kenapa Hana? Jangan cakap yang kau kesiangan.’
            ‘Tahu tak pe. But why?
            ‘Kot iya pun lambat, sebelum keluar tu tengoklah cermin sikit. Tu hah! Kat pipi tu ada setompok bedak tak rata. Memang patutulah budak-budak pandang kau semacam.’ Ujar Tipah sambal menonyoh pipiku.
            Cepat-cepat aku keluarkan cermin kecil. Jelas terpancar ada setompok bedak tidak rata. Ni gara-gara nak cepat tadi lah. Aku meratakan bedak di pipiku. Done! Tipah yang ada di sebelah aku tak habis ketawakan aku.
            ‘Dah puas ketawakan aku?’ sindirku.
            ‘Janganlah marah! Nanti cepat tua. Nanti kita bergosip okay. Tu lecturer kesayangan kita dah masuk.’
            Tak cukup nafas Vivian mengejar langkah Zara Arlyssa. Macam lipas kudung Zara melangkah.
            ‘Zara tunggulah aku.’ Jerit Vivian tercungap-cungap.
            ‘Hesyh! Lambat betul lah kau ni Vivian. Cepatlah sikit.’
            ‘Dah cepatlah ni. Nak cepat apanya lagi.’ Sungut Vivian.
            Hilang nafas Vivian di buatnya. Buku-buku di tangannya diletakan di atas meja. Vivian melangkah ke kaunter untuk membeli makanan. Dia kembali ke meja dengan secawan air dan semangkuk mee hoon sup. Begitu juga Zara.
            ‘Asal kau tak suka dengan Hana tu Zara? Padahal kau dengan dia kan sepupu.’ Petah Vivian anak gadis dari bumi kenyalang.
            ‘Sebab dia selalu ambil hak aku.’
            ‘Ambil hak kau? Aku tak faham.’ Vivian keliru.
            ‘Kalau aku cerita pun, kau tak akan faham.’ tambah Zara.
            ‘Memang aku tak faham. Yang aku tengok kau asyik cari pasal dengan Hana. Hana sikit pun tak balas apa yang kau buat. Kau jangan terlalu ikutkan perasaan Zara. Kelak kau yang menyesal.’
            ‘Vee! Kau kawan aku ke kawan Hana?’ Zara berang.
            ‘Kawan kau lah!’
            ‘Kalau kawan aku, kau tak payah nak pertikaikan apa yang aku buat kat Hana.’ Zara memberi amaran kepada satu-satunya kawan yang dia ada di kampus. Vivian hanya mengangguk.
Membara panas di hati Zara apabila terlihat kelibat Hana yang bergegas ke dewan kuliah. Hatinya sakit bila mengenangkan kata-kata maklongnya tempohari. Sepatutnya abang Rizz menjadi suami aku. Vivian yang sedari tadi memanggil Zara tetapi tidak diendahkan oleh Zara.
‘Oit Zara! Kau mengelamun apa?’ Vivian menepuk bahu Zara.
‘Ya Allah! Kau ni mengejutkan aku lah Vee.’
‘Terkejut konon. Dari tadi aku panggil kau tapi kau boleh mengelamun. Fikir apa?’
‘Nothing! Malam ni kau buat apa?’ Zara sengaja menukar soalan.
‘Tak buat apa-apa. Ingat nak study. Tak lama lagi dah nak exam. Aku tak nak kantoi.’
Berubah wajah Zara Alysa. Seperti terkena batang hidungnya. Mana tidaknya, dia pernah kantoi satu subjek dua semester lepas. Bernanah telinganya mendengar leteran mamanya.
‘Kau sindir aku ke Vee.’
‘Maaflah kalau kau terasa Zara. Aku tak berniat langsung nak sindir kau. Itu Cuma peringatan untuk aku.’
‘Aku baru nak ajak kau lepak kat tempat biasa.’ Ujar Zara.
‘Bukan orang islam tak dibenarkan ke kelab malam? Mama kau tak marah ke Zara kau pergi tempat-tempat macam tu. Lainlah aku.’
Panas hatinya bila diceramah oleh Vivian. Nak marah, itulah satu-satunya teman yang ada. ‘Aku muda lagi. Time ni lah nak enjoy. Aku saja lepak-lepak je tapi aku tak pernah sentuh benda haram tu.’
‘Apa-apa sahajalah Zara. Aku boleh temankan kau tapi kita kena balik awal.’ Vivian bersetuju tapi bersyarat.
            ‘What ever lah Vee.’
            Jam di tangan dikerlingku. Hampir jam satu petang. Direct tiga kelas aku pagi tadi. Otakku dah semakin tepu untuk menimba ilmu. Ini boleh jadi migraine di buatnya. Nasib baik kelas terakhir ditamatkan awal memandang pensyarah mempunyai tugasan lain. Tipah di sebelahku tersengih sumbing.
            ‘Apa kes?’ tegurku.
‘Cari kes.’
‘Kes apa?’ ulangku dengan nada berlainan.
‘Kes mahkamah. Ada bran?’
‘Loyar buruk tul lah kau ni Tipah. Nak makan mana? Jangan lupa whatsapp Mika sekali.’ Aku mengingatkan Tipah.
‘Aku tak kisah makan mana. Tapi yang aku kisah bila Mika tak dapat sertai kita. Dia ada hal. Aku baru je baca whatsapp dia.’
            Berkerut dahi aku. Mika ada hal? Hal apa? Selalunya Mika akan share dengan aku dan Tipah.
‘Tak payah nak tambah kerut kat dahi kau tu.’
‘Soru time. Dah menggeletaq kaki aku tahan lapar.’ Ajak Tipah yang telah siap menyandang beg di bahu.
‘Assalamualaikum. Sorry aunty. Mika lambat sikit.’ Sapa Mika dari jauh.
‘Walaikumsalam. Tak apa. Lagipun aunty yang datang awal. Aunty pulak yang excited nak tengok koleksi busana tu.’
‘Biasalah aunty. Kalau nak harapkan Hana, alamatnya tak berbajulah pengantin atas pelamin.’ Mika berseloroh.
Tertawa Puan Sri Maimon dengan seloroh Mika. Selesai memilih menu, Mika dan mama Hana rancak berbincang koleksi busana pengantin yang ada. Ada dua tiga rekaan yang menarik perhatian Puan Sri Maimon. Dengan rekaan sedia ada, Puan Sri Maimon meminta Mika untuk mengubah sedikit rekaan dari segi potongan di bahagian dada dan pinggang serta menambah pearls dan diamond untuk menampakkan lebih esklusif. Lama perbincangan antara Mika dan Puan Sri Maimon mengenai majlis perkhawinan Hana dan Rizzman. Memudahkan kerja, Puan Sri Maimon terus melantik Damian Couture sebagai wedding planner bagi majlis perkahwinan Hana dan Rizzman.
Aku melihat jam antik papa yang berada di ruang tamu. Hampir pukul lima petang. Entah ke mana mama menghilang. Ditanya mak Jah, mak Jah pun tidak dimaklum oleh mama. Macam ada rahsia je mama ni. Selalunya kalau mama keluar, pasti mama akan berpesan pada mak Jah. Musykil desis hatiku. Aku dah naik bosan terbongkang kat depan tv. Siaran astro langsung tidak menarik minatku.
Yang abang Rizz pulak hanya terperap di dalam bilik. Demamnya dah beransur pulih. Sejak pulang dari Cameron Highlands berubah terus perangai abang Rizz. Dari suka jerit nama ku, sekarang ni jangan kata nak panggil, pandang aku pun tak ingin. Bunian mana yang dah sampuk pun aku tak tahu. Elok juga dia tak terjerit-jerit namaku. Baru aman dan tenteram duniaku. Kalau tak, cair tahi telinga aku ni.
Bunyi pintu dibuka menyedarkan aku dari lamunan. Mama dah balik rupanya. Nak kata pergi shopping, kosong je tangan mama.
‘Hana oh Hana!’ panggil mama siap dengan cubitan singgah di paha kiriku.
‘Aduh! Sakitlah mama.’ Aduku.
‘Tahu sakit. Tekak mama ni pun sakit dari tadi panggil Hana. Boleh pulak Hana pandang mama sampai berkerut dahi tu kenapa?’
‘Eh! Mama ada panggil Hana ke? Asal Hana tak dengar ek?’
‘Mana nak dengar kalau entah apa yang difikirkan. Fikir pasal apa?’
‘Mama.’ jawabku.
Wajah Puan Sri Maimon bertukar raut. Tak kan kak Jah dah beritahu Hana. Tak mungkin desis hati Puan Sri Maimon. ‘Fikir pasal mama?’
‘Selalunya mama keluar, mama akan maklum pada mak Jah. Ni bila Hana tanya, mak Jah kata tak tahu. Tak ke pelik? Nak kata mama ada mesyuarat kelab, tak mungkin. Mesyuarat kelab mama selalunya hari Rabu. Ni baru hari Isnin.’
‘Hai! Dah macam polis pencen. Mama jumpa pengerusi kelab. Dia call mama ada hal yang nak dibincangkan. Sebab terkejar-kejar nak keluar tu yang mama lupa nak pesan pada mak Jah. Kebetulan mak Jah kat laman belakang.’
Aku yang tak da syak wasangka pada mama hanya mengangguk tanda faham. ‘Itu macam ka Puan Sri Maimon?’
‘Iya cik polis. Ni borak-borak juga. Dah solat ke belum?’ tiba-tiba mama bertanya soalan cepumas.
‘Don’t worry. Allah bagi cuti seminggu.’ jawabku dengan jawapan loyar buruk.

Tergelak mama. ‘Ada-ada sajelah Hana ni. Mama naik dulu. Nak mandi dan solat. Jap lagi kita minum petang sama-sama.’

Comments

  1. yeayyy...cepat-cepat update lg ye...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tqvm writer...lama tunggu new n3...cpt2 la update...best crita ni..

    ReplyDelete
  3. Best sis cepat update lagi... Tak sabar nak baca rizz dan hana naik pelamin.....

    ReplyDelete
  4. Sis bila nak update agy... lma ni nunggu huhuu

    ReplyDelete
  5. Bila nak ada sambungan sis... Banyakk syokkk baca.

    ReplyDelete
  6. Bila nak sambung nih kaka.ceritanya bagus

    ReplyDelete
  7. Everyday tgk, hoping that ada smbgn 😢

    ReplyDelete
  8. Sorry sangat2. Lately ni bz dengan kerja.. Thanks for support my novel

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22