Abangku Suamiku Bab 12
BAB 12
Selepas
makan malam aku terus menghilangkan diri. Mahu keluar peluh jantan kalau
ikutkan idea giler abang Rizz menyuruhku memakai gaun malam yang baru ku beli.
Siapa lagi kawan komplotku kalau bukan mak Jah. Siap membantu mak Jah di dapur
dan melihat abang Rizz telah naik ke tingkat atas, aku terus meloloskan diri ke
bilik mak Jah. Memanglah bilik mak Jah bukan tempat yang selamat untuk menyorok
tetapi ada bahagian tersembunyi untuk aku menyorok.
Mesti korang akan kata aku menyorok dalam
kabin kan? Maaf. Tekaan anda salah. Tempat menyorok aku tu dah tak selamat. So kena lah cari tempat baru. Mesti
semua tertanya-tanya. Kat tempat mana lagi yang boleh aku menyorok di dalam
bilik mak Jah. Jawapannya ada. Aku dapat tahu pun secara kebetulan. Di belakang
almari baju mak Jah ada satu ruang kecil yang ada tangga terus ke satu tempat.
Pasti korang tak percaya tempat tu menuju ke mana kan. Anak tangga tu terus ke
bilik along. Along sendiri pun tak tahu. Hebat tak Hana Qusandria. Of courselah.
Nasib
baik along tak ada. Kebetulan along ada seminar kesihatan di Johor Bahru. Hujung
minggu baru along balik. Tentu-tentulah abang Rizz tak kan mencariku di bilik
along. Mencungap jugaklah aku mendaki anak tangga. Cahaya lampu di laman
membantu aku dalam kegelapan. Kalau buka lampu, tak pasal-pasal dapat dihidu
oleh abang Rizz. Siap menghidupkan penghawa dingin, aku terus terjun ke atas
katil empuk along. Malam ni katil ini aku yang punya. Hahahaha. Tawaku
berdekah-dekah di dalam hati. Kantoi nanti kalau ketawa kuat-kuat. Tak ingat
dunia aku tidur. Tidur mati gamaknya. Tahu-tahu dah pukul sembilan pagi. Subuh
pun terlepas.
Ketika
aku masuk ke bilik, abang Rizz tiada disitu. Mungkin sedang bersarapan. Apalah
yang terjadi semalam. Tak sabar aku nak mengorek cerita dari mak Jah.
Cepat-cepat aku membersihkan diri sebelum turun ke bawah. Semasa aku sampai di
anak tangga terakhir, sempat aku mengintai ke ruang tamu mama. Takut-takut
pulak ada Mr. Tarzan. Kosong! Hairan bin ajaib. Tiada kelibat abang Rizz. Aku
dengan senang hati menuju ke dapur.
Mak
Jah ni kaki melatah. Kalau tak sakat mak Jah sehari memang bukan akulah. Aku
cuit pinggang mak Jah dari belakang. Melambung-lambung bawang merah di tangan
mak Jah.
‘Bertuah
punya budak! Kamu ke mana semalam Hana? Huru hara rumah ni. Sampai sakit kepala
mama kamu.’ tanya mak Jah sambal mengutip bawang yang jatuh.
‘Hana
memang budak bertuah. Bertuah sebab ada mak Jah, papa, mama dan along dalam
hidup Hana.’
‘Rizz
tu nak campak mana?’
‘Dalam
lombong.’ Jawabku selamba.
‘Cuba
cakap dengan mak Jah betul-betul. Hana tidur kat mana semalam. Na kata balik
Shah Alam, kereta ada wallet pun ada
dalam bilik.’ mak Jah pulak yang pening kepala.
‘Hana
ada je kat rumah semalam. Kat mana, Hana tak boleh cakap. Nanti rahsia
diketahui umum. Cer cerita kat Hana apa yang huru hara sangat rumah ni semalam
mak Jah.’ aku mengorek rahsia.
‘Mahu
tak huru haranya. Lepas Rizz naik atas dalam setengah jam dia tunggu Hana tapi
Hana tak naik-naik. Terus dia turun bawah. Habis satu rumah di selongkarnya.
Selongkar tak pe lagi, siap memekik panggil nama Hana. Tak habis dalam rumah,
Rizz siap ke kabin, mana tahu kalau-kalau Hana ada kat situ. Dengan mama dan
papa kena marah dengan Rizz sebab tak tahu Hana kat mana. Mama kata dah macam
tarzan pun ada.
Sakit
perut aku ketawakan abang Rizz. ‘Mama boleh cakap abang Rizz dah macam tarzan.
Memang sesuai pun dia jadi tarzan.’
‘Iya
Hana. Merah padam muka Rizz bila mama cakap macam tu. Terus dia masuk bilik.’
Yang
aku ketawa tahap tak ingat dunia. Kelakar wei. Sesuai sangat. Perfect.’
‘Dah
habis mengata suami sendiri?’
Tercekik
aku yang sedang menguyah cekodok pisang. Mr. Tarzan ni ada pakai ilmu ke?
Tahu-tahu je dah ada kat belakang aku.
‘Tu
namanya tulah. Sekejap je tuhan balas.’ bebel Mr. Tarzan sambil menepuk
belakang badanku.
Mr.
Tarzan ni biar betul. Ni tepuk ke atau debik belakang aku. Tercekik tak hilang,
silap haribulan jantung aku yang gugur. Kalau dibiarkan memang comfirm jantung aku gugur. Sebelum
apa-apa terjadi, aku terus bangun dari kerusi dan menapak ke arah mak Jah.
Seperti memahami maksudku, mak Jah menghulurkan secawan air. Giliran mak Jah
menepuk belakangku. Tepukan yang penuh dengan kasih sayang. Nasib baik tercekik
cekodok pisang. Kalau tercekik sudu tadi mahu parah aku dihantar ke hospital.
‘Jangan
dilayan budak tu mak Jah. Mengada lebih.’ sinis siot teguran Mr. Tarzan kat
aku.
‘Tak
da maknanya mengada-ngada. Kalau tepuk tu tak ikhlas baik tak payah tepuk! Ni
tepuk sampai nak luruh jantung! Motif?’
‘Luruh
ke tak jatuh tu? Belum luruh lagi kan!’ balas Mr. Tarzan sebelum meninggalkan
aku dan mak Jah. Aku dan mak Jah berpandangan sesama sendiri. Aku menyambung
kembali menguyah cekodok pisang yang dibuat oleh mak Jah. Terbaik! Satu pinggan
aku boleh habiskan. Buruk lantak betul aku ni.
Kunyahan
aku terhenti apabila terdengar perbualan abang Rizz dan mama di ruang tamu.
Rupanya Mr. Tarzan aku akan outstation
hingga hujung minggu ni. Yes! Aman
dunia Hana Qusandria. Jap. Jap. Aku sendiri pun tertanya-tanya, apa yang sedang
dilakukan oleh abang Rizz sampai papa bising menyuruhnya untuk bekerja di
syarikat papa. Gaya macam orang tak da kerja. Lantaklah! Yang penting hidup aku
aman beberapa hari ni. Masa untuk berjimba. Sesuai sangatlah dengan ketiadaan
abang Rizz dan sekarang study week,
bolehlah aku berjimba bersama Tipah dan Mika. Berjimba-jimba pun buku ada kat
tangan okay. Belum pun sempat aku hendak mendail nombor telefon Tipah, tertera
nama Mika di skrin telefonku.
‘Assalamualaikum
Puan Hana.’ tutur Mika terlebih dahulu.
‘Walaikumsalam.
Pagi-pagi dah cari pasal nampak!’
‘Cari
pasal apanya? Kau kena terima kenyataan yang title kau dah berubah. Harus di ingat.’
‘Dah
macam ustaz beri ceramah pulak aku dengar. Motif telefon aku pagi-pagi ni dah
kenapa? Are you miss me Adif
Mikail.?’
‘No! I don’t but I need you help. Please
Hana.’ rayu Mika tiba-tiba. Dah kenapa dengan budak seketul ni.
‘Pertolongan
apa yang kau perlukan. Named it and I
will consider it.’
‘Kawan
abang aku nak buat photoshoot untuk
koleksi terbaru baju pengantin. Last
minute model dia tak dapat datang sebab kena denggi. Dia minta tolong kat
aku kalau-kalau aku ada kawan yang boleh replace
model dia. Aku rasa kau yang paling sesuai.’
‘Gila
kentanglah kau ni Mika. Tak naklah aku.’ Aku menolak mentah-mentah cadangan
Mika.
‘Ala
Hana. Bolehlah. Dia berkenan tengok gambar kau masa kau tolong abang aku hari
tu. Guess what! Outdoor photoshoot
kat Cameron Highland. Kau kan suka dengan strawberi.’
Mika
ni tahu je kelemahan aku. Pantang dengar Cameron Highland. Tentu-tentu aku
boleh dapat fresh strawberi. Pernah
sekali aku, Tipah dan Mika bercuti ke sana, lima peket strawberi aku telan.
‘Bila nak gerak?’
‘Hari
ni. Kalau kau setuju, jap lagi aku jemput kau. Kita akan ada kat sana sampai
sabtu. Ahad kita baliklah. Photoshoot
dua hari je. Selebihnya kita berjimba.’
‘Pergi
Cameron dengan kau naik skoot pink
kau tu? Terima kasih banyak-banyaklah Mika. Baik naik red wagen aku!’
‘Amboi!
Sombong kemain. Skoot pink mak tu ada
class okay. Otak kau mereng ye Hana.
Tak kan nak naik skoot pink aku tu.
Kau ingat kau seorang je ada wagen.
Kalau kau red wagen of course mak
punya pink wagen kay!’
‘Since when kau ada pink wagen Mika? Tak pernah nampak pun? Asyik-asyik aku tengok kau
duk usung skoot pink kau tu!’ aku confuse.
‘Kalau
cerita memang tak habis. Dalam perjalanan aku cerita kat kau. Pergi bersiap.
Lagi setengah jam aku sampai.’
‘Wait the minute! Kau tak ajak Tipah ke?’ soalku tiba-tiba
teringat sahabat dunia akhiratku.
‘Dia
tak dapat joint sebab ada kenduri doa
selamat nenek dia nak pergi umrah. Walaupun tak cukup geng, perjalanan harus di
teruskan. Cameron here we come.’
Laung Mika dalam talian. Berdesing telinga aku.
Apa
aku nak buat ni. Baju semua dah siap kemas. Nak beritahu mama tak da masalah.
Tentu-tentu mama suruh minta izin dekat Mr. Tarzan. Masalah besar.
‘Eh!
Hana nak ke mana dengan beg besar ni? Tegur mama yang kebetulan baru masuk.
‘Hah!
Apa ma? Hana tak dengar mama tanya apa tadi?’
‘Mama
tanya Hana nak ke mana dengan beg besar ni?’ ulang mama yang telah pun duduk di
sebelahku.
‘Nak
pergi Cameron ma. Abang Mika minta tolong jadi model untuk koleksi baru busana
pengantin. Tak sampai hati nak tolak.’
Mama
tersenyum sumbing.’Tak sampai hati nak tolak konon. Tak sampai hati tak dapat
makan strawberi kan. Macamlah mama ni baru kenal anak mama.’
Aku
tersengih menampakkan gigi putihku yang tersusun cantik.
‘Rizz
dah tahu Hana nak ke Cameron?’ tiba-tiba mama bertanyakan soalan cepumas.
‘Itulah
masalahnya ma. Kalau Hana call, comfirm
naik tempreature dia dan potong
jarilah kalau dia benarkan Hana pergi.’
‘Dia
bising pun Hana tetap kena beritahu Rizz. Berdosa seorang isteri keluar rumah
tanpa izin suami.’
Bunyi
hon kereta di luar menandakan Mika telah sampai. ‘Mama jangan risaulah. On the way nanti Hana call abang Rizz.’ janjiku pada mama.
Mama
menghantarku sampai di kereta Mika. Walaweh!!
Mika betul-betul bawa pink wagen la.
Sama spesis dengan red wagen aku.
Mika yang sibuk berborak dengan mama, aku pulak jakun melihat pink wagen
Mika.
‘Jangan
jadi jakun boleh tak Hana? Wagen aku
tu satu spesis dengan wagen kau. Cuma
nombor plat je yang berbeza.’ sindir Mika depan mama aku.
Mama
aku apa lagi. Boleh siap ketawakan aku. Tak boleh berjumpa mesti ada komplot
mengenakan aku.
‘Okay aunty. Mika pinjam Hana sampai hari sabtu. Hari
ahad Mika hantar balik.’
‘Pastikan
anak aunty dan isteri orang ni
selamat ye. Payah pulak nanti nak bersoal jawab dengan Mr. Tarzan dia.’ Seloroh
mama.
Aku
bersalaman dengan mama. Sebelum masuk ke dalam pink wagen Mika, cepat-cepat aku menghantar mesej kepada Mr.
Tarzan.
Assalamualaikum. Hana minta izin keluar dengan kawan.
Hari ahad baru Hana balik. Nak siapkan group assignment.
Terpaksalah
aku bohong sunat. Mika memandang aku dengan pandangan pelik. ‘Kau mesej siapa?
Abang Rizz ke?’
Aku
mengangguk. ‘Kena minta izin sekarang ni Mika. Status dah bertukar.’
‘Asal
kau mesej? Kenapa tak call je?’
‘Mahu
pecah gegendang telinga aku kalau aku call
dia. Baik aku mesej. Nasib kau baik Mika sebab dia dah outstation tadi. Kalau tak, jangan haraplah aku dapat pergi
Cameron.’
‘Patutlah.
Kalau kau tak da, aku tak tahu nak minta tolong siapa. Dia berharap sangat kau
dapat jadi model dia. Kau jangan risaulah. Rekaan busana dia tak seksi mana
pun. Rekaan dia lebih kepada ketimuran.
‘Tak
da hal la. Kalau aku boleh tolong, aku tolong mana yang mampu. Sejak bila kau
ada pink wagen ni. Aku dengan Tipah
tak tahu pun?’ soalku hairan.
‘Dah
lama dah. Hadiah dari abah aku sempena hari jadi ke dua puluh. Malas nak naik
kereta pergi kelas. Traffic jammed
tak habis. Elok-elok dari rumah aku setengah jam, tiba-tiba boleh sampai dua
jam baru sampai kelas. Lagi-lagi waktu puncak.’
‘Kira
aku ni orang pertamalah yang naik wagen
kau ni?’
Mika
ketawa pendek.
‘Asal
kau ketawa? Lawak ke soalan aku?’
‘Jangan
emo Puan Hana. Ketawa pun salah ke?’
‘Of course la emo sebab aku tanya kau tapi kau pergi bantai ketawa. Sapa suruh?’
‘Ya.
Ya. Aku nak jawab la ni. Kau orang kedua dalam group kita.’ Tutur Mika.
Nak
terkeluar biji mata aku. Maksudnya, Tipah dah tahulah yang Mika ada pink wagen. Ada apa-apa ke minah tu
dengan mamat pink ni. Tajam
pandanganku pada Mika.
‘Wooo... Wooo…Wooo. Daring pandangan kau
tu Hana. Aku da silap cakap ke?’
‘Tell me now. Kau ada apa-apa ke dengan
Tipah? Tipah tak pernah pun cerita kat aku yang dia pernah naik pink wagen kau. Sejak bila pulak kau
bawa Tipah naik pink wagen kau?
Selama ni, aku nampak kau hanya bawak skoot
pink kau tu je.’
Alamak!
Kantoilah pulak dengan Hana. Mahu kena rebus aku dengan Tipah desis Mika di
dalam hati. ‘Tipah lupalah tu. Kau ingat tak, ada sekali kau tak da kat sini.
Kebetulan masa tu kereta dia breakdown.
Masa tu lah aku tumpangkan Tipah. Siapa lagi yang nak tolong cik murai banyak mulut
tu kalau bukan aku.’ auta jangan tak auta Adif Mikail.
‘Owh!
Ye ke. What ever lah. Aku nak lelap
Mika. Mengantuklah.’
‘Tidurlah.
Dah sampai kawasan rehat, aku kejutkan kau.’
BEST 3X NAK LAGI.
ReplyDeleteBest...cpt2 la update next n3...
ReplyDeleteJagan2 Rizz pun kat Cameron tak....
ReplyDeleteMacam ye je @lily daud...hehe
ReplyDeletemungkin kah Seri Ayu?
ReplyDeleteUpdate lah next n3 best sangat sangat
ReplyDeleteUpdate lah next n3 best sangat sangat
ReplyDeleteSampai bab12 ke....x x de sumbangan ke
ReplyDeleteBab 13 xde ke.. hmmmmm.. nk lgiiii
ReplyDeleteBab 13 xde ke.. hmmmmm.. nk lgiiii
ReplyDeleteNk lgii... plzzz siss.. next n3
ReplyDeleteNak lg...plzzzz sis...13,14,15,16 dan seterusnya
ReplyDelete