Abangku Suamiku Bab 12

BAB 12
Selepas makan malam aku terus menghilangkan diri. Mahu keluar peluh jantan kalau ikutkan idea giler abang Rizz menyuruhku memakai gaun malam yang baru ku beli. Siapa lagi kawan komplotku kalau bukan mak Jah. Siap membantu mak Jah di dapur dan melihat abang Rizz telah naik ke tingkat atas, aku terus meloloskan diri ke bilik mak Jah. Memanglah bilik mak Jah bukan tempat yang selamat untuk menyorok tetapi ada bahagian tersembunyi untuk aku menyorok.
Mesti korang akan kata aku menyorok dalam kabin kan? Maaf. Tekaan anda salah. Tempat menyorok aku tu dah tak selamat. So kena lah cari tempat baru. Mesti semua tertanya-tanya. Kat tempat mana lagi yang boleh aku menyorok di dalam bilik mak Jah. Jawapannya ada. Aku dapat tahu pun secara kebetulan. Di belakang almari baju mak Jah ada satu ruang kecil yang ada tangga terus ke satu tempat. Pasti korang tak percaya tempat tu menuju ke mana kan. Anak tangga tu terus ke bilik along. Along sendiri pun tak tahu. Hebat tak Hana Qusandria. Of courselah.
Nasib baik along tak ada. Kebetulan along ada seminar kesihatan di Johor Bahru. Hujung minggu baru along balik. Tentu-tentulah abang Rizz tak kan mencariku di bilik along. Mencungap jugaklah aku mendaki anak tangga. Cahaya lampu di laman membantu aku dalam kegelapan. Kalau buka lampu, tak pasal-pasal dapat dihidu oleh abang Rizz. Siap menghidupkan penghawa dingin, aku terus terjun ke atas katil empuk along. Malam ni katil ini aku yang punya. Hahahaha. Tawaku berdekah-dekah di dalam hati. Kantoi nanti kalau ketawa kuat-kuat. Tak ingat dunia aku tidur. Tidur mati gamaknya. Tahu-tahu dah pukul sembilan pagi. Subuh pun terlepas.
Ketika aku masuk ke bilik, abang Rizz tiada disitu. Mungkin sedang bersarapan. Apalah yang terjadi semalam. Tak sabar aku nak mengorek cerita dari mak Jah. Cepat-cepat aku membersihkan diri sebelum turun ke bawah. Semasa aku sampai di anak tangga terakhir, sempat aku mengintai ke ruang tamu mama. Takut-takut pulak ada Mr. Tarzan. Kosong! Hairan bin ajaib. Tiada kelibat abang Rizz. Aku dengan senang hati menuju ke dapur.
Mak Jah ni kaki melatah. Kalau tak sakat mak Jah sehari memang bukan akulah. Aku cuit pinggang mak Jah dari belakang. Melambung-lambung bawang merah di tangan mak Jah.
‘Bertuah punya budak! Kamu ke mana semalam Hana? Huru hara rumah ni. Sampai sakit kepala mama kamu.’ tanya mak Jah sambal mengutip bawang yang jatuh.
‘Hana memang budak bertuah. Bertuah sebab ada mak Jah, papa, mama dan along dalam hidup Hana.’
‘Rizz tu nak campak mana?’
‘Dalam lombong.’ Jawabku selamba.
‘Cuba cakap dengan mak Jah betul-betul. Hana tidur kat mana semalam. Na kata balik Shah Alam, kereta ada wallet pun ada dalam bilik.’ mak Jah pulak yang pening kepala.
‘Hana ada je kat rumah semalam. Kat mana, Hana tak boleh cakap. Nanti rahsia diketahui umum. Cer cerita kat Hana apa yang huru hara sangat rumah ni semalam mak Jah.’ aku mengorek rahsia.
‘Mahu tak huru haranya. Lepas Rizz naik atas dalam setengah jam dia tunggu Hana tapi Hana tak naik-naik. Terus dia turun bawah. Habis satu rumah di selongkarnya. Selongkar tak pe lagi, siap memekik panggil nama Hana. Tak habis dalam rumah, Rizz siap ke kabin, mana tahu kalau-kalau Hana ada kat situ. Dengan mama dan papa kena marah dengan Rizz sebab tak tahu Hana kat mana. Mama kata dah macam tarzan pun ada.
Sakit perut aku ketawakan abang Rizz. ‘Mama boleh cakap abang Rizz dah macam tarzan. Memang sesuai pun dia jadi tarzan.’
‘Iya Hana. Merah padam muka Rizz bila mama cakap macam tu. Terus dia masuk bilik.’
Yang aku ketawa tahap tak ingat dunia. Kelakar wei. Sesuai sangat. Perfect.’
‘Dah habis mengata suami sendiri?’
Tercekik aku yang sedang menguyah cekodok pisang. Mr. Tarzan ni ada pakai ilmu ke? Tahu-tahu je dah ada kat belakang aku.
‘Tu namanya tulah. Sekejap je tuhan balas.’ bebel Mr. Tarzan sambil menepuk belakang badanku.
Mr. Tarzan ni biar betul. Ni tepuk ke atau debik belakang aku. Tercekik tak hilang, silap haribulan jantung aku yang gugur. Kalau dibiarkan memang comfirm jantung aku gugur. Sebelum apa-apa terjadi, aku terus bangun dari kerusi dan menapak ke arah mak Jah. Seperti memahami maksudku, mak Jah menghulurkan secawan air. Giliran mak Jah menepuk belakangku. Tepukan yang penuh dengan kasih sayang. Nasib baik tercekik cekodok pisang. Kalau tercekik sudu tadi mahu parah aku dihantar ke hospital.
‘Jangan dilayan budak tu mak Jah. Mengada lebih.’ sinis siot teguran Mr. Tarzan kat aku.
‘Tak da maknanya mengada-ngada. Kalau tepuk tu tak ikhlas baik tak payah tepuk! Ni tepuk sampai nak luruh jantung! Motif?’
‘Luruh ke tak jatuh tu? Belum luruh lagi kan!’ balas Mr. Tarzan sebelum meninggalkan aku dan mak Jah. Aku dan mak Jah berpandangan sesama sendiri. Aku menyambung kembali menguyah cekodok pisang yang dibuat oleh mak Jah. Terbaik! Satu pinggan aku boleh habiskan. Buruk lantak betul aku ni.
Kunyahan aku terhenti apabila terdengar perbualan abang Rizz dan mama di ruang tamu. Rupanya Mr. Tarzan aku akan outstation hingga hujung minggu ni. Yes! Aman dunia Hana Qusandria. Jap. Jap. Aku sendiri pun tertanya-tanya, apa yang sedang dilakukan oleh abang Rizz sampai papa bising menyuruhnya untuk bekerja di syarikat papa. Gaya macam orang tak da kerja. Lantaklah! Yang penting hidup aku aman beberapa hari ni. Masa untuk berjimba. Sesuai sangatlah dengan ketiadaan abang Rizz dan sekarang study week, bolehlah aku berjimba bersama Tipah dan Mika. Berjimba-jimba pun buku ada kat tangan okay. Belum pun sempat aku hendak mendail nombor telefon Tipah, tertera nama Mika di skrin telefonku.
‘Assalamualaikum Puan Hana.’ tutur Mika terlebih dahulu.
‘Walaikumsalam. Pagi-pagi dah cari pasal nampak!’
‘Cari pasal apanya? Kau kena terima kenyataan yang title kau dah berubah. Harus di ingat.’
‘Dah macam ustaz beri ceramah pulak aku dengar. Motif telefon aku pagi-pagi ni dah kenapa? Are you miss me Adif Mikail.?’
No! I don’t but I need you help. Please Hana.’ rayu Mika tiba-tiba. Dah kenapa dengan budak seketul ni.
‘Pertolongan apa yang kau perlukan. Named it and I will consider it.
‘Kawan abang aku nak buat photoshoot untuk koleksi terbaru baju pengantin. Last minute model dia tak dapat datang sebab kena denggi. Dia minta tolong kat aku kalau-kalau aku ada kawan yang boleh replace model dia. Aku rasa kau yang paling sesuai.’
‘Gila kentanglah kau ni Mika. Tak naklah aku.’ Aku menolak mentah-mentah cadangan Mika.
‘Ala Hana. Bolehlah. Dia berkenan tengok gambar kau masa kau tolong abang aku hari tu. Guess what! Outdoor photoshoot kat Cameron Highland. Kau kan suka dengan strawberi.’
Mika ni tahu je kelemahan aku. Pantang dengar Cameron Highland. Tentu-tentu aku boleh dapat fresh strawberi. Pernah sekali aku, Tipah dan Mika bercuti ke sana, lima peket strawberi aku telan. ‘Bila nak gerak?’
‘Hari ni. Kalau kau setuju, jap lagi aku jemput kau. Kita akan ada kat sana sampai sabtu. Ahad kita baliklah. Photoshoot dua hari je. Selebihnya kita berjimba.’
‘Pergi Cameron dengan kau naik skoot pink kau tu? Terima kasih banyak-banyaklah Mika. Baik naik red wagen aku!’
‘Amboi! Sombong kemain. Skoot pink mak tu ada class okay. Otak kau mereng ye Hana. Tak kan nak naik skoot pink aku tu. Kau ingat kau seorang je ada wagen. Kalau kau red wagen of course mak punya pink wagen kay!’
Since when kau ada pink wagen Mika? Tak pernah nampak pun? Asyik-asyik aku tengok kau duk usung skoot pink kau tu!’ aku confuse.
‘Kalau cerita memang tak habis. Dalam perjalanan aku cerita kat kau. Pergi bersiap. Lagi setengah jam aku sampai.’
‘Wait the minute! Kau tak ajak Tipah ke?’ soalku tiba-tiba teringat sahabat dunia akhiratku.
‘Dia tak dapat joint sebab ada kenduri doa selamat nenek dia nak pergi umrah. Walaupun tak cukup geng, perjalanan harus di teruskan. Cameron here we come.’ Laung Mika dalam talian. Berdesing telinga aku.
Apa aku nak buat ni. Baju semua dah siap kemas. Nak beritahu mama tak da masalah. Tentu-tentu mama suruh minta izin dekat Mr. Tarzan. Masalah besar.
‘Eh! Hana nak ke mana dengan beg besar ni? Tegur mama yang kebetulan baru masuk.
‘Hah! Apa ma? Hana tak dengar mama tanya apa tadi?’
‘Mama tanya Hana nak ke mana dengan beg besar ni?’ ulang mama yang telah pun duduk di sebelahku.
‘Nak pergi Cameron ma. Abang Mika minta tolong jadi model untuk koleksi baru busana pengantin. Tak sampai hati nak tolak.’
Mama tersenyum sumbing.’Tak sampai hati nak tolak konon. Tak sampai hati tak dapat makan strawberi kan. Macamlah mama ni baru kenal anak mama.’
Aku tersengih menampakkan gigi putihku yang tersusun cantik.
‘Rizz dah tahu Hana nak ke Cameron?’ tiba-tiba mama bertanyakan soalan cepumas.
‘Itulah masalahnya ma. Kalau Hana call, comfirm naik tempreature dia dan potong jarilah kalau dia benarkan Hana pergi.’
‘Dia bising pun Hana tetap kena beritahu Rizz. Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami.’
Bunyi hon kereta di luar menandakan Mika telah sampai. ‘Mama jangan risaulah. On the way nanti Hana call abang Rizz.’ janjiku pada mama.
Mama menghantarku sampai di kereta Mika. Walaweh!! Mika betul-betul bawa pink wagen la. Sama spesis dengan red wagen aku. Mika yang sibuk berborak dengan mama, aku pulak jakun melihat pink wagen Mika.
‘Jangan jadi jakun boleh tak Hana? Wagen aku tu satu spesis dengan wagen kau. Cuma nombor plat je yang berbeza.’ sindir Mika depan mama aku.
Mama aku apa lagi. Boleh siap ketawakan aku. Tak boleh berjumpa mesti ada komplot mengenakan aku.
‘Okay aunty. Mika pinjam Hana sampai hari sabtu. Hari ahad Mika hantar balik.’
‘Pastikan anak aunty dan isteri orang ni selamat ye. Payah pulak nanti nak bersoal jawab dengan Mr. Tarzan dia.’ Seloroh mama.
Aku bersalaman dengan mama. Sebelum masuk ke dalam pink wagen Mika, cepat-cepat aku menghantar mesej kepada Mr. Tarzan.
Assalamualaikum. Hana minta izin keluar dengan kawan. Hari ahad baru Hana balik. Nak siapkan group assignment.
Terpaksalah aku bohong sunat. Mika memandang aku dengan pandangan pelik. ‘Kau mesej siapa? Abang Rizz ke?’
Aku mengangguk. ‘Kena minta izin sekarang ni Mika. Status dah bertukar.’
‘Asal kau mesej? Kenapa tak call je?’
‘Mahu pecah gegendang telinga aku kalau aku call dia. Baik aku mesej. Nasib kau baik Mika sebab dia dah outstation tadi. Kalau tak, jangan haraplah aku dapat pergi Cameron.’
‘Patutlah. Kalau kau tak da, aku tak tahu nak minta tolong siapa. Dia berharap sangat kau dapat jadi model dia. Kau jangan risaulah. Rekaan busana dia tak seksi mana pun. Rekaan dia lebih kepada ketimuran.
‘Tak da hal la. Kalau aku boleh tolong, aku tolong mana yang mampu. Sejak bila kau ada pink wagen ni. Aku dengan Tipah tak tahu pun?’ soalku hairan.
‘Dah lama dah. Hadiah dari abah aku sempena hari jadi ke dua puluh. Malas nak naik kereta pergi kelas. Traffic jammed tak habis. Elok-elok dari rumah aku setengah jam, tiba-tiba boleh sampai dua jam baru sampai kelas. Lagi-lagi waktu puncak.’
‘Kira aku ni orang pertamalah yang naik wagen kau ni?’
Mika ketawa pendek.
‘Asal kau ketawa? Lawak ke soalan aku?’
‘Jangan emo Puan Hana. Ketawa pun salah ke?’
Of course la emo sebab aku tanya kau tapi kau pergi bantai ketawa. Sapa suruh?’
‘Ya. Ya. Aku nak jawab la ni. Kau orang kedua dalam group kita.’ Tutur Mika.
Nak terkeluar biji mata aku. Maksudnya, Tipah dah tahulah yang Mika ada pink wagen. Ada apa-apa ke minah tu dengan mamat pink ni. Tajam pandanganku pada Mika.
Wooo... Wooo…Wooo. Daring pandangan kau tu Hana. Aku da silap cakap ke?’
Tell me now. Kau ada apa-apa ke dengan Tipah? Tipah tak pernah pun cerita kat aku yang dia pernah naik pink wagen kau. Sejak bila pulak kau bawa Tipah naik pink wagen kau? Selama ni, aku nampak kau hanya bawak skoot pink kau tu je.’
Alamak! Kantoilah pulak dengan Hana. Mahu kena rebus aku dengan Tipah desis Mika di dalam hati. ‘Tipah lupalah tu. Kau ingat tak, ada sekali kau tak da kat sini. Kebetulan masa tu kereta dia breakdown. Masa tu lah aku tumpangkan Tipah. Siapa lagi yang nak tolong cik murai banyak mulut tu kalau bukan aku.’ auta jangan tak auta Adif Mikail.
‘Owh! Ye ke. What ever lah. Aku nak lelap Mika. Mengantuklah.’

‘Tidurlah. Dah sampai kawasan rehat, aku kejutkan kau.’

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22