Abangku Suamiku Bab 11
BAB 11
Aku
yang baru bangun tidur terdengar bunyi riuh rendah suara mama dan abang Rizz di
dapur. Dah kenapalah dengan Mr. Tarzan tu? Mama pun satu, bagi saja lah apa
yang Mr. Tarzan tu nak. Jangan dihalang. Kan dah memekak. Aku dengan muka yang
sememeh, rambut mengerbang keluar dari bilik mak Jah dengan muka selamba. Sunyi
sepi terus suasana di dapur mak Jah.
‘Subahannallah!
Kat sini rupanya Hana.’ tempik mama.
‘Good morning ma.’ ucapku seperti tidak
berlaku apa-apa. Aku menapak ke arah mama dan menghadiahkan satu ciuman di pipi
mama.
‘Masam!’
komen mama pendek.
Ini
riuh ni mesti kes aku. Sengaja aku tidak memandang wajah abang Rizz. Kalau tak,
mahu ada yang kena telan. ‘Cuba Hana beritahu mama, Hana tidur kat mana
semalam?’
‘Kat
kabin la.’ jawabku laju.
‘Kalau
nak menipu bagilah kat dia.’ bengis wajah abang Rizz.
‘Rizz…..
Bawa bersabar. Jangan ikutkan sangat marah tu.’ Tegur mama penuh dengan lemah
lembut. Nak harap aku, comfirm ntah
dah berapa oktaf suara aku dah.
‘Mama
tanya Hana ni. Sayang mama tidur kat mana semalam? Puas abang Rizz cari Hana
kat kabin tapi Hana tak da.’
Soalan
yang aku tunggu-tunggu sedari tadi. ‘Hana ada je. Tak ke mana pun. Bukan
semalam Hana nak privasi ker. Kenapa pulak abang Rizz cari Hana. Kalau Hana
kata Hana kat kabin, Hana mesti kat kabin. Hana bukan budak kecil lagi. I’m old enough to take care of myself ma.’
‘But you are not there!’ abang Rizz masih
tidak mahu mengalah.
Aku
lihat mama mula memegang kepala. Mesti mama dah pening nak uruskan hal dua
orang anak dia ni. Dua-dua hati batu. ‘Hana tidur dengan mak Jah semalam.’
terang mak Jah yang baru masuk ke dapur. Pecah rahsiaku. Tak boleh buat rakan
subahat la mak Jah ni.
‘Bila
masa dia masuk?’
‘Bila
dan bagaimana tu jangan tanya mak Jah. Tanya tuan punya badan.’ Aku menunjukkan
isyarat thumb’s up pada mak Jah. Ini
baru betul rakan subahat. Hahahah.
‘Semua
persoalana dah terjawab. Hana nak naik atas dulu. Nak mandi. Tengah hari ada
kuliah.’ Aku meminta diri sebelum kes menjadi besar.
Setiba
di bilik, aku terlentang di atas katil. Puas hatiku dapat mengenakan Mr.
Tarzan. Sikit-sikit nak meroyan. Tak penat ke? Aku yang tengok ni pun penat.
Ketukan di pintu tidak ku endahkan. Siapa lagi kalau bukan dia. Ala dia. Dia?
Dia yang mana? Dia anak pak Mat jual tempe. Aku mengekek ketawa sendirian.
Sebelum aku terkantoi, cepat-cepat aku lari ke bilik air dan membuka pili air.
Baru tip top lakonan. Lama kelamaan bunyi ketukkan di pintu senyap begitu
sahaja.
Aman
tenteram bilikku. Apa lah mamat tu tengah buat? Jangan dia cari spare key sudahlah. Sebelum rahsia aku terbongkar,
baik aku mandi dan bersiap. Sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk meloloskan
diri dari cengkaman Mr. Tarzan. Pandai betul Hana Qusandria ni berfikir. Lama
aku du k berendam dalam bathup bagi menghilangkan sengal-sengal badan dan stress.
Walaupun
jama di dinding baru menunjukkan pukul sebelas setengah pagi, aku telah siap
berpakaian untuk ke kuliah. Aku turun ke bawah melihat apa yang patut aku
lakukan. Setiba di anak tangga terakhir, aku terdengar mama sedang berbual
dengan seseorang. Siapa pula yang datang pagi-pagi ke rumah aku desisku
sendirian. Aku cuba mengecam empunya suara. Agak lama untuk aku mengenalpasti
tetamu yang rancak berbual dengan mama. Mendengar tawanya, barulah aku sedar
siapa yang datang. Datin Seri Zainon, mama Zara Arlyssa. Tak ada ribut tak ada
guruh tetiba sahaja aunty Zainon
datang ke rumah.
Baik
aku duduk diam-diam kat dapur. Makan apa yang patut. Lagipun aku tak berapa
ngam dengan mama Zara. Papa dan uncle Rizlan
adik-beradik. Secara automatiknya mama aku kakak ipar pada aunty Zainon.
‘Awal
pagi Zai dah sampai rumah akak. Ada hal mustahak ke?’ mama seperti dapat
menghidu tujuan kedatangan aunty
Zainon.
‘Zara
cakap yang Rizz tu suami Hana? Bila masa Rizz bernikah dengan Hana?’
Sound direct aunty Zainon pada mama. Tak berlapik langsung.
Kalau iya pun Mr. Tarzan tu suami aku, dah kenapa? Aku pulak yang angin dengan
soalan aunty Zainon.
‘Apa
yang Zara cakap tu memang betul Zai. Rizz dan Hana dah nikah dua tahun lepas
sebelum Rizz sambung belajar dekat luar negara.’
‘Apa
maksud akak dia orang dah bernikah dua tahun lepas? Bukan akak tahu ke yang
Zara tu ada hati dengan Rizz. Senang-senang saja akak nikahkan Rizz dengan anak
saudara akak yang tak da mak bapak.’
‘Jaga
sikit kata-kata aunty Zai. Hana tak
minta pun orang tua dia tinggalkan dia. Allah lebih sayangkan mereka berdua
daripada Hana. Sekurang-kurangnya dia masih ada adab berbanding dengan anak
yang ada orang tua tapi hilang adab.’ Sinis kata-kata abang Rizz. Aku yang
dengar pun makan dalam.
‘Kamu
tak payah nak ajar aku Rizz. Aku lebih makan garam dari kamu. Kenapa kami tak
tahu langsung pasal pernikahan ni kak?’
‘Akak
dengan abang Razlan bukan sengaja nak rahsiakan hal ni tapi untuk kebaikan dan
menjaga nama baik keluarga kita. Suami kamu pun tahu pasal hal ni cuma kami tak
hebohkan saja.’
‘What! Abang Rizlan pun tahu. Kenapa saya
tak tahu. Semua ni komplot nak jatuhkan kami sekeluarga.’
‘Sabar
Zai. Tak da komplot pun nak jatuhkan kamu sekeluarga. Mungkin ni dah jodoh Rizz
dan Hana.’ mama cuba memujuk aunty
Zai yang dah separuh meroyan. Tapi usaha mama sia-sia. Aunty Zai menepis tangan mama yang cuba mengusap bahunya.
‘Sabar
akak kata. Saya sekeluarga dipermainkan. Akak akan menyesal dengan apa yang
akak dah lakukan.’ aunty Zai memberi
amaran kepada mama dan terus meninggalkan Villa Anggerik.
Baru
sahaja ingin aku masukkan potongan kek yang kedua ke dalam mulut, tiba-tiba kek
di tanganku masuk ke dalam mulut abang Rizz. ‘Kalau sehari tak ganggu
ketenteraman orang lain tak sah ntah.’ rungutku sekuat hati. Sengaja mencari
kemarahan Mr. Tarzan. Uiks! Senyap! Tak da serangan balas. Macam tak percaya
je. Pening ar macam ni.
‘Mak
Jah ada cili api tak?’ tanya abang Rizz tiba-tiba.
‘Kamu
nak buat apa Rizz?’
‘Nak
cilikan mulut budak sorang ni. Mulut tu tak da insurans langsung. Cakap main
ikut sedap mulut je. Tak fikir nak hormat orang lagi tua dari dia.’
Mak
Jah mengelengkan kepalanya. Pening melihat aku sentiasa bercakaran dengan abang
Rizz. ‘Nak didik isteri bukan macam tu caranya. Kenalah didik dengan cara yang
sopan dan lembut. Baru isteri tu nak dengar kata.’ nasihat mak Jah yang sibuk
mengupas bawang.
‘Nak
didik cara sopan dan lembut macam mana lagi mak Jah. Dah ditegur baik-baik
masih tak makan saman. Nak kata tak habis sekolah, tengah sambung ijazah.’
‘Huh!
Mengata orang, dia pun sama. Lagi lak ada master. Lagi teruk perangai ada la.’ tokokku
tidak mahu mengalah.
‘Hana!’
tempik abang Rizz.
Buwerkkk!
Aku menjelir lidah. Sengaja membakar api kemarahan Mr. Tarzan.
‘Mak
Jah tengok. Betul taka pa yang Rizz cakap.’
‘Hana
tak baik buat suami macam tu. Minta maaf kat Rizz.’ Suruh mak Jah.
‘Nope! Tak nak!’ jawabku.
‘Dia
macam ni je nak didik budak ni mak Jah.’
Cupp!!
Kali ini lama ciuman abang Rizz di bibirku. Nasib baik jeritan mama menyedarkan
abang Rizz.
‘Subahanallah
Rizz. Apalah yang kamu buat tu? Tak malu dengan mak Jah dan mama ni ke? Kot iya
pun dah tak tahan dengan Hana, buatlah kat bilik.’
What! Mama pun berpihak pada abang Rizz. No! I’m death. Jeritan batinku.
‘Kan
dah senyap mulut dia mak Jah. Dia memang suka Rizz buat macam tu.’
‘Apa-apa
je lah Rizz. Mak Jah pula yang malu dengan kamu berdua.’
Aku
suka dia buat macam tu? Out of your mind.
Aku menahan geram. Dendam harus dibalas. Yes! Idea baik dah sampai. Kedudukan
Mr. Tarzan yang sedang bersandar di kabinet dapur memudahkan misiku. Dengan
gaya bersahaja aku menuju ke arah Mr. Tarzan dan melepaskan satu tumbukan di
perut abang Rizz. Nah! Rasakan penumbuk sulung Hana Qusandira. Korang rasa apa
terjadi?
Or course aku terus memecut meninggalkan dapur mak
Jah dengan laungan abang Rizz dan pekikakan mama dan mak Jah memanggil namaku.
Akhirnya dendam terbalas jua. Tersenyum lebar aku. This day is mine.
‘Naik
lenguh tengkuk aku mengadap dua kelas berturut-turut. Tapi bila mengenangkan
insiden pagi tadi, hilang rasa lenguh. Aku tersenyum sendirian.
‘Kau
ni dah kenapa Hana? Senyum sorang-sorang. Waras lagi ke tak ni?’
‘Choi!
Mulut kau kan Tipah. Aku waras lagi. Aku senyum sorang-sorang ni sebab
teringatkan insiden pagi tadi.’ ujarku sambal duduk di salah satu bangku di
kafe.
‘Insiden
apa? Ce citer.’
‘Kepochi
betul kau ni kan. Aku kena cium kat sini.’ Ujarku sambal menunjukkan tempat
yang dicium.
‘Kau
biar betul Hana. Wah! Dah maju sekarang. Lepas ni cepatlah aku dapat anak
buah.’ celoteh Tipah.
‘Apa
yang cepat dapat anak buah? Don’t tell me
that you… Hana!’celah Mika yang datang entah dari mana.
‘Stop it both of you. For you Mika, aku
belum tahap tu lagi. And you Tipah,
tak akan ada kemajuan.’
‘Okay-okay
Hana. Cool beb. Jangan emo. Aku tak
kan cakap apa-apa lagi.’ Tipah memujukku.
‘Sorry to you too beb! Aku ter’emo’ tadi. Jom makan tapi aku
tak nak makan kat sini. Kita makan kat luar.’ cadangku.
Laju
saja Mika dan Tipah setuju dengan cadanganku. Budak berdua ni pantang diajak.
Lagi-lagi makan di luar. Tempolok buaya. Aku dan Tipah menaiki red wagen manakala Mika dengan skuter pinknya.
Aku
tiga sekawan melepak di shopping complex
terdekat. Kebetulan aku ingin mencari baju untuk ke kuliah. Dah lama jugak aku
tidak membeli belah. Kami mengisi perut yang kelaparan terlebih dahulu sebelum
memulakan misi membeli belahku.’Lepas ni kita nak buat apa?’ Mika tiba-tiba
bertanya.
Tipah
out of idea. ‘Shopping time!’ jawabku
separuh menjerit.
‘Jap!
Jap!. Kau bia betul Hana. Setahu aku, kau kalau nak beli baju selalunya kat
Time Square. Tak pun kat downtown. Ni tetiba nak shopping kat sini mesti kau ada muslihat.’ tutur Tipah musykil.
‘Saja
tukar angin. Bukan selalu pun aku membeli belah kat sini. Tak payah nak
membebel sangatlah. Dah ke belom? Kalau dah, jom gerak. Lambat pulak balik
nanti.’
Hampir
sejam aku, Tipah dan Mika menawaf satu bangunan pusat beli belah. Hasilnya aku
membeli sehelai seluar jeans, tiga pasang t-shirt
dan membeli pakaian adik-adikku yang kebetulan sedang ada promosi. Sempat juga
aku belanja Tipah dan Mika sehelai t-shirt.
‘Kad
kredit siapa yang kau pakai Hana? Setahu aku, kau guna kad kredit hanya untuk
isi minyak kereta je.’ soal Tipah .
‘Rahsia.
Tak boleh beritahu kau. Kau tu kepochi.’
‘Sampai
hati kau kata aku macam tu.’
‘Emo
lah tu. Aku gurau je lah. Macam lagu Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Ni nak
turun ke tak nak? Kalau tak nak, ikut aku balik Villa Anggerik,’ ujarku.
‘Ye
lah. Ye lah. Nak turunlah ni. Terima kasih sebab belanja t-shirt untuk aku.’
Sejam
aku di atas jalan raya, akhirnya aku tiba di Villa Anggerik. Tangan kananku penuh
menjinjit beg-beg kertas di bawa masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat aku
duduk di sofa mama, bergema jeritan abang Rizz. Mr. Tarzan dah mengaum.
‘Hana
Qusandria..!’ laung abang Rizz dari luar rumah.
Lain
macam je aku dengar laungan abang Rizz sebelum ni. Habis aku jadi lauk hari ni.
Berdentum pintu utama dihentam abang Rizz.
‘Pulangkan
balik!’ sergah abang Rizz.
‘Pulangkan
apa? Lagu Misha Omar tu ke?’ aku pura-pura tidak tahu.
‘Jangan
nak loyar buruk. Bagi balik!’
Aku
buat dek je dengan permintaan abang Rizz. Disebabkan permintaan tidak
diendahkan, abang Rizz terus menyelongkar begku. Aku merampas begku di tangan
abang Rizz. nak jadi cerita, bermulalah pergelutan antara aku dan abang Rizz.
Habis berselerak ruang tamu mama kami kerjakan.
‘Ya
Allah! Rizz, Hana! Apa yang kamu buat ni?’ terkejut mama dan papa melihat
keadaan aku dan abang Rizz. Mana tidaknya, huru hara ruang membaca tu kita
orang kerjakan.
Cepat-cepat
aku dan abang Rizz bangun dari lantai. ‘Hana yang buat hal ma, pa!’ adu abang
Rizz macam budak kecik.
‘Hana
buat apa sayang?’ papa menyoalku.
‘Hana
tak buat apa-apa. Hana cuma pergi shopping je.’
‘Apa
masalahnya kalau Hana pergi shopping
Rizz?’ giliran abang Rizz disoal papa.
‘Masalahnya
pa, dia shopping pakai kad kredit
Rizz. Bank call Rizz yang Rizz spent RM 1K hari ni. Padahal Rizz ada
kat studio.’
Semua
mata memandang tepat ke arahku. Dah pecah tembelangku. Apa nak buat? Ting! Idea
sampai. ‘Hana tak sedar yang Hana dah belanja 1K. Tiba-tiba je Hana berkenan
dengan jeans levis. Tu yang Hana ambil sampai dua pasang. Mama pun tahukan yang
Hana jarang beli seluar mahal. Sekali sekala tak salahkan ma.’ aku membela
diriku.
‘Betul
jugak kata Hana tu Rizz.’ mama menyokongku.
‘Salahnya
dia ambil kad Rizz tanpa pengetahuan Rizz. Tahu-tahu, bank dah call Rizz. Hana bukannya tak da kad
kredit. Ada tiga keping dalam wallet
Hana.’
Geramnya
aku dengan Mr. Tarzan ni. Nak menang je dia.
‘Ya
tak ya jugak. Kenapa Hana tak gunakan kad kredit yang papa bagi tu?’ musykil
papa aku dibuatnya.
‘Kalau
bukan isteri yang habiskan duit suaminya, siapa lagi yang nak tolong habiskan.
Dah memang tanggungjawab abang Rizz.’
‘Betul!’
jawab mama tanpa berfikir panjang.
‘Tapi…’
belum sempat abang Rizz menghabiskan kata-katanya, papa terlebih dahulu
mencelah.
‘Pening
kepala papa dengan kamu berdua ni. Kalau dilayan memang tak habis. Selesaikan
masalah kamu sendiri Rizz. Jom Mai. Nanti lambat pulak!’
Terkebil-kenil
aku melihat mama dan papa hilang dari pandangan mata. Matilah aku mengadap Mr.
Tarzan.
‘Dah
tak ada sesiapa lagi nak tolong backup.
Nak bagi atau……’ saja abang Rizz tidak menghabiskan kata-katanya.
‘Yelah.
Yelah. Hana bagi.’ Aku mendengus geram.
Kad
telah selamat bertukar tangan. Cepat-cepat aku mengutip semua paper bag aku untuk dibawa masuk ke bilik. Tengah terdesak. Masa tu
jugaklah salah satu paper bag terjatuh hingga terkeluar gaun tidur
berwarna hitam. Belum sempat aku mengutip, abang Rizz telah mengutipnya.
‘Nice! What a great taste. Pastikan pakai
malam ni.’ arah abang Rizz.
‘No. I will not.’ bangkangku keras. Aku terus merampas
gaun tidur dan dimasukkan semula ke dalam beg sebelum beredar dari ruang
bacaan.
‘We see tonight. And one
more, your expenses will be cut because you have spent over limit.’
Aku
tidak membalas tetapi hanya diam membisu. Sengaja aku menghentak kaki sekuat
mungkin ketika mendaki anak tangga menunjuk protesku.
‘Hentak
kuat-kuat. Kalau roboh tangga tu, boleh papa gantikan tanga besi.’ perli abang
Rizz.
Sorry kalau ada typing error.. tak sempat nak semak..
ReplyDeleteSelamat membaca...
best...
ReplyDeleteNext please writer...
ReplyDeleteJangan lama-lama sambungnya...
Besttt...x puas bca..nak lg cik wrter
ReplyDeleteBestt nak lg
ReplyDeleteLama menanti sambungan. ... best!!!... nnti jgn lama2 sgt ya sambung bab baru... All the best
ReplyDeleteLama menanti sambungan. ... best!!!... nnti jgn lama2 sgt ya sambung bab baru... All the best
ReplyDeleteBest...x sabar nk baca bab seterusnya...
ReplyDeleteBest...x sabar nk baca bab seterusnya...
ReplyDeleteBest.... i am wait 4 next n3....
ReplyDeleteBest n terbaek...
ReplyDeleteX sabar tunggu next entry..l
Best...cepat² smbung ye cik writer
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeleteHi. novel ni dah keluar ke?
ReplyDelete