Abangku Suamiku Bab 11

BAB 11
Aku yang baru bangun tidur terdengar bunyi riuh rendah suara mama dan abang Rizz di dapur. Dah kenapalah dengan Mr. Tarzan tu? Mama pun satu, bagi saja lah apa yang Mr. Tarzan tu nak. Jangan dihalang. Kan dah memekak. Aku dengan muka yang sememeh, rambut mengerbang keluar dari bilik mak Jah dengan muka selamba. Sunyi sepi terus suasana di dapur mak Jah.
‘Subahannallah! Kat sini rupanya Hana.’ tempik mama.
Good morning ma.’ ucapku seperti tidak berlaku apa-apa. Aku menapak ke arah mama dan menghadiahkan satu ciuman di pipi mama.
‘Masam!’ komen mama pendek.
Ini riuh ni mesti kes aku. Sengaja aku tidak memandang wajah abang Rizz. Kalau tak, mahu ada yang kena telan. ‘Cuba Hana beritahu mama, Hana tidur kat mana semalam?’
‘Kat kabin la.’ jawabku laju.
‘Kalau nak menipu bagilah kat dia.’ bengis wajah abang Rizz.
‘Rizz….. Bawa bersabar. Jangan ikutkan sangat marah tu.’ Tegur mama penuh dengan lemah lembut. Nak harap aku, comfirm ntah dah berapa oktaf suara aku dah.
‘Mama tanya Hana ni. Sayang mama tidur kat mana semalam? Puas abang Rizz cari Hana kat kabin tapi Hana tak da.’
Soalan yang aku tunggu-tunggu sedari tadi. ‘Hana ada je. Tak ke mana pun. Bukan semalam Hana nak privasi ker. Kenapa pulak abang Rizz cari Hana. Kalau Hana kata Hana kat kabin, Hana mesti kat kabin. Hana bukan budak kecil lagi. I’m old enough to take care of myself ma.’
But you are not there!’ abang Rizz masih tidak mahu mengalah.
Aku lihat mama mula memegang kepala. Mesti mama dah pening nak uruskan hal dua orang anak dia ni. Dua-dua hati batu. ‘Hana tidur dengan mak Jah semalam.’ terang mak Jah yang baru masuk ke dapur. Pecah rahsiaku. Tak boleh buat rakan subahat la mak Jah ni.
‘Bila masa dia masuk?’
‘Bila dan bagaimana tu jangan tanya mak Jah. Tanya tuan punya badan.’ Aku menunjukkan isyarat thumb’s up pada mak Jah. Ini baru betul rakan subahat. Hahahah.
‘Semua persoalana dah terjawab. Hana nak naik atas dulu. Nak mandi. Tengah hari ada kuliah.’ Aku meminta diri sebelum kes menjadi besar.
Setiba di bilik, aku terlentang di atas katil. Puas hatiku dapat mengenakan Mr. Tarzan. Sikit-sikit nak meroyan. Tak penat ke? Aku yang tengok ni pun penat. Ketukan di pintu tidak ku endahkan. Siapa lagi kalau bukan dia. Ala dia. Dia? Dia yang mana? Dia anak pak Mat jual tempe. Aku mengekek ketawa sendirian. Sebelum aku terkantoi, cepat-cepat aku lari ke bilik air dan membuka pili air. Baru tip top lakonan. Lama kelamaan bunyi ketukkan di pintu senyap begitu sahaja.
Aman tenteram bilikku. Apa lah mamat tu tengah buat? Jangan dia cari spare key sudahlah. Sebelum rahsia aku terbongkar, baik aku mandi dan bersiap. Sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk meloloskan diri dari cengkaman Mr. Tarzan. Pandai betul Hana Qusandria ni berfikir. Lama aku du k berendam dalam bathup bagi menghilangkan sengal-sengal badan dan stress.
Walaupun jama di dinding baru menunjukkan pukul sebelas setengah pagi, aku telah siap berpakaian untuk ke kuliah. Aku turun ke bawah melihat apa yang patut aku lakukan. Setiba di anak tangga terakhir, aku terdengar mama sedang berbual dengan seseorang. Siapa pula yang datang pagi-pagi ke rumah aku desisku sendirian. Aku cuba mengecam empunya suara. Agak lama untuk aku mengenalpasti tetamu yang rancak berbual dengan mama. Mendengar tawanya, barulah aku sedar siapa yang datang. Datin Seri Zainon, mama Zara Arlyssa. Tak ada ribut tak ada guruh tetiba sahaja aunty Zainon datang ke rumah.
Baik aku duduk diam-diam kat dapur. Makan apa yang patut. Lagipun aku tak berapa ngam dengan mama Zara. Papa dan uncle Rizlan adik-beradik. Secara automatiknya mama aku kakak ipar pada aunty Zainon.
‘Awal pagi Zai dah sampai rumah akak. Ada hal mustahak ke?’ mama seperti dapat menghidu tujuan kedatangan aunty Zainon.
‘Zara cakap yang Rizz tu suami Hana? Bila masa Rizz bernikah dengan Hana?’
Sound direct aunty Zainon pada mama. Tak berlapik langsung. Kalau iya pun Mr. Tarzan tu suami aku, dah kenapa? Aku pulak yang angin dengan soalan aunty Zainon.
‘Apa yang Zara cakap tu memang betul Zai. Rizz dan Hana dah nikah dua tahun lepas sebelum Rizz sambung belajar dekat luar negara.’
‘Apa maksud akak dia orang dah bernikah dua tahun lepas? Bukan akak tahu ke yang Zara tu ada hati dengan Rizz. Senang-senang saja akak nikahkan Rizz dengan anak saudara akak yang tak da mak bapak.’
‘Jaga sikit kata-kata aunty Zai. Hana tak minta pun orang tua dia tinggalkan dia. Allah lebih sayangkan mereka berdua daripada Hana. Sekurang-kurangnya dia masih ada adab berbanding dengan anak yang ada orang tua tapi hilang adab.’ Sinis kata-kata abang Rizz. Aku yang dengar pun makan dalam.
‘Kamu tak payah nak ajar aku Rizz. Aku lebih makan garam dari kamu. Kenapa kami tak tahu langsung pasal pernikahan ni kak?’
‘Akak dengan abang Razlan bukan sengaja nak rahsiakan hal ni tapi untuk kebaikan dan menjaga nama baik keluarga kita. Suami kamu pun tahu pasal hal ni cuma kami tak hebohkan saja.’
What! Abang Rizlan pun tahu. Kenapa saya tak tahu. Semua ni komplot nak jatuhkan kami sekeluarga.’
‘Sabar Zai. Tak da komplot pun nak jatuhkan kamu sekeluarga. Mungkin ni dah jodoh Rizz dan Hana.’ mama cuba memujuk aunty Zai yang dah separuh meroyan. Tapi usaha mama sia-sia. Aunty Zai menepis tangan mama yang cuba mengusap bahunya.
‘Sabar akak kata. Saya sekeluarga dipermainkan. Akak akan menyesal dengan apa yang akak dah lakukan.’ aunty Zai memberi amaran kepada mama dan terus meninggalkan Villa Anggerik.
Baru sahaja ingin aku masukkan potongan kek yang kedua ke dalam mulut, tiba-tiba kek di tanganku masuk ke dalam mulut abang Rizz. ‘Kalau sehari tak ganggu ketenteraman orang lain tak sah ntah.’ rungutku sekuat hati. Sengaja mencari kemarahan Mr. Tarzan. Uiks! Senyap! Tak da serangan balas. Macam tak percaya je. Pening ar macam ni.
‘Mak Jah ada cili api tak?’ tanya abang Rizz tiba-tiba.
‘Kamu nak buat apa Rizz?’
‘Nak cilikan mulut budak sorang ni. Mulut tu tak da insurans langsung. Cakap main ikut sedap mulut je. Tak fikir nak hormat orang lagi tua dari dia.’
Mak Jah mengelengkan kepalanya. Pening melihat aku sentiasa bercakaran dengan abang Rizz. ‘Nak didik isteri bukan macam tu caranya. Kenalah didik dengan cara yang sopan dan lembut. Baru isteri tu nak dengar kata.’ nasihat mak Jah yang sibuk mengupas bawang.
‘Nak didik cara sopan dan lembut macam mana lagi mak Jah. Dah ditegur baik-baik masih tak makan saman. Nak kata tak habis sekolah, tengah sambung ijazah.’
‘Huh! Mengata orang, dia pun sama. Lagi lak ada master. Lagi teruk perangai ada la.’ tokokku tidak mahu mengalah.
‘Hana!’ tempik abang Rizz.
Buwerkkk! Aku menjelir lidah. Sengaja membakar api kemarahan Mr. Tarzan.
‘Mak Jah tengok. Betul taka pa yang Rizz cakap.’
‘Hana tak baik buat suami macam tu. Minta maaf kat Rizz.’ Suruh mak Jah.
‘Nope! Tak nak!’ jawabku.
‘Dia macam ni je nak didik budak ni mak Jah.’
Cupp!! Kali ini lama ciuman abang Rizz di bibirku. Nasib baik jeritan mama menyedarkan abang Rizz.
‘Subahanallah Rizz. Apalah yang kamu buat tu? Tak malu dengan mak Jah dan mama ni ke? Kot iya pun dah tak tahan dengan Hana, buatlah kat bilik.’
What! Mama pun berpihak pada abang Rizz. No! I’m death. Jeritan batinku.
‘Kan dah senyap mulut dia mak Jah. Dia memang suka Rizz buat macam tu.’
‘Apa-apa je lah Rizz. Mak Jah pula yang malu dengan kamu berdua.’
Aku suka dia buat macam tu? Out of your mind. Aku menahan geram. Dendam harus dibalas. Yes! Idea baik dah sampai. Kedudukan Mr. Tarzan yang sedang bersandar di kabinet dapur memudahkan misiku. Dengan gaya bersahaja aku menuju ke arah Mr. Tarzan dan melepaskan satu tumbukan di perut abang Rizz. Nah! Rasakan penumbuk sulung Hana Qusandira. Korang rasa apa terjadi?
Or course aku terus memecut meninggalkan dapur mak Jah dengan laungan abang Rizz dan pekikakan mama dan mak Jah memanggil namaku. Akhirnya dendam terbalas jua. Tersenyum lebar aku. This day is mine.
‘Naik lenguh tengkuk aku mengadap dua kelas berturut-turut. Tapi bila mengenangkan insiden pagi tadi, hilang rasa lenguh. Aku tersenyum sendirian.
‘Kau ni dah kenapa Hana? Senyum sorang-sorang. Waras lagi ke tak ni?’
‘Choi! Mulut kau kan Tipah. Aku waras lagi. Aku senyum sorang-sorang ni sebab teringatkan insiden pagi tadi.’ ujarku sambal duduk di salah satu bangku di kafe.
‘Insiden apa? Ce citer.’
‘Kepochi betul kau ni kan. Aku kena cium kat sini.’ Ujarku sambal menunjukkan tempat yang dicium.
‘Kau biar betul Hana. Wah! Dah maju sekarang. Lepas ni cepatlah aku dapat anak buah.’ celoteh Tipah.
‘Apa yang cepat dapat anak buah? Don’t tell me that you… Hana!’celah Mika yang datang entah dari mana.
Stop it both of you. For you Mika, aku belum tahap tu lagi. And you Tipah, tak akan ada kemajuan.’
‘Okay-okay Hana. Cool beb. Jangan emo. Aku tak kan cakap apa-apa lagi.’ Tipah memujukku.
‘Sorry to you too beb! Aku ter’emo’ tadi. Jom makan tapi aku tak nak makan kat sini. Kita makan kat luar.’ cadangku.
Laju saja Mika dan Tipah setuju dengan cadanganku. Budak berdua ni pantang diajak. Lagi-lagi makan di luar. Tempolok buaya. Aku dan Tipah menaiki red wagen manakala Mika dengan skuter pinknya.
Aku tiga sekawan melepak di shopping complex terdekat. Kebetulan aku ingin mencari baju untuk ke kuliah. Dah lama jugak aku tidak membeli belah. Kami mengisi perut yang kelaparan terlebih dahulu sebelum memulakan misi membeli belahku.’Lepas ni kita nak buat apa?’ Mika tiba-tiba bertanya.
Tipah out of idea. ‘Shopping time!’ jawabku separuh menjerit.
‘Jap! Jap!. Kau bia betul Hana. Setahu aku, kau kalau nak beli baju selalunya kat Time Square. Tak pun kat downtown. Ni tetiba nak shopping kat sini mesti kau ada muslihat.’ tutur Tipah musykil.
‘Saja tukar angin. Bukan selalu pun aku membeli belah kat sini. Tak payah nak membebel sangatlah. Dah ke belom? Kalau dah, jom gerak. Lambat pulak balik nanti.’
Hampir sejam aku, Tipah dan Mika menawaf satu bangunan pusat beli belah. Hasilnya aku membeli sehelai seluar jeans, tiga pasang t-shirt dan membeli pakaian adik-adikku yang kebetulan sedang ada promosi. Sempat juga aku belanja Tipah dan Mika sehelai t-shirt.
‘Kad kredit siapa yang kau pakai Hana? Setahu aku, kau guna kad kredit hanya untuk isi minyak kereta je.’ soal Tipah .
‘Rahsia. Tak boleh beritahu kau. Kau tu kepochi.’
‘Sampai hati kau kata aku macam tu.’
‘Emo lah tu. Aku gurau je lah. Macam lagu Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Ni nak turun ke tak nak? Kalau tak nak, ikut aku balik Villa Anggerik,’ ujarku.
‘Ye lah. Ye lah. Nak turunlah ni. Terima kasih sebab belanja t-shirt untuk aku.’
Sejam aku di atas jalan raya, akhirnya aku tiba di Villa Anggerik. Tangan kananku penuh menjinjit beg-beg kertas di bawa masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat aku duduk di sofa mama, bergema jeritan abang Rizz. Mr. Tarzan dah mengaum.
‘Hana Qusandria..!’ laung abang Rizz dari luar rumah.
Lain macam je aku dengar laungan abang Rizz sebelum ni. Habis aku jadi lauk hari ni. Berdentum pintu utama dihentam abang Rizz.
‘Pulangkan balik!’ sergah abang Rizz.
‘Pulangkan apa? Lagu Misha Omar tu ke?’ aku pura-pura tidak tahu.
‘Jangan nak loyar buruk. Bagi balik!’
Aku buat dek je dengan permintaan abang Rizz. Disebabkan permintaan tidak diendahkan, abang Rizz terus menyelongkar begku. Aku merampas begku di tangan abang Rizz. nak jadi cerita, bermulalah pergelutan antara aku dan abang Rizz. Habis berselerak ruang tamu mama kami kerjakan.
‘Ya Allah! Rizz, Hana! Apa yang kamu buat ni?’ terkejut mama dan papa melihat keadaan aku dan abang Rizz. Mana tidaknya, huru hara ruang membaca tu kita orang kerjakan.
Cepat-cepat aku dan abang Rizz bangun dari lantai. ‘Hana yang buat hal ma, pa!’ adu abang Rizz macam budak kecik.
‘Hana buat apa sayang?’ papa menyoalku.
‘Hana tak buat apa-apa. Hana cuma pergi shopping je.’
‘Apa masalahnya kalau Hana pergi shopping Rizz?’ giliran abang Rizz disoal papa.
‘Masalahnya pa, dia shopping pakai kad kredit Rizz. Bank call Rizz yang Rizz spent RM 1K hari ni. Padahal Rizz ada kat studio.’
Semua mata memandang tepat ke arahku. Dah pecah tembelangku. Apa nak buat? Ting! Idea sampai. ‘Hana tak sedar yang Hana dah belanja 1K. Tiba-tiba je Hana berkenan dengan jeans levis. Tu yang Hana ambil sampai dua pasang. Mama pun tahukan yang Hana jarang beli seluar mahal. Sekali sekala tak salahkan ma.’ aku membela diriku.
‘Betul jugak kata Hana tu Rizz.’ mama menyokongku.
‘Salahnya dia ambil kad Rizz tanpa pengetahuan Rizz. Tahu-tahu, bank dah call Rizz. Hana bukannya tak da kad kredit. Ada tiga keping dalam wallet Hana.’
Geramnya aku dengan Mr. Tarzan ni. Nak menang je dia.
‘Ya tak ya jugak. Kenapa Hana tak gunakan kad kredit yang papa bagi tu?’ musykil papa aku dibuatnya.
‘Kalau bukan isteri yang habiskan duit suaminya, siapa lagi yang nak tolong habiskan. Dah memang tanggungjawab abang Rizz.’
‘Betul!’ jawab mama tanpa berfikir panjang.
‘Tapi…’ belum sempat abang Rizz menghabiskan kata-katanya, papa terlebih dahulu mencelah.
‘Pening kepala papa dengan kamu berdua ni. Kalau dilayan memang tak habis. Selesaikan masalah kamu sendiri Rizz. Jom Mai. Nanti lambat pulak!’
Terkebil-kenil aku melihat mama dan papa hilang dari pandangan mata. Matilah aku mengadap Mr. Tarzan.
‘Dah tak ada sesiapa lagi nak tolong backup. Nak bagi atau……’ saja abang Rizz tidak menghabiskan kata-katanya.
‘Yelah. Yelah. Hana bagi.’ Aku mendengus geram.
Kad telah selamat bertukar tangan. Cepat-cepat aku mengutip semua paper bag aku untuk dibawa masuk ke bilik. Tengah terdesak. Masa tu jugaklah salah satu paper bag terjatuh hingga terkeluar gaun tidur berwarna hitam. Belum sempat aku mengutip, abang Rizz telah mengutipnya.
Nice! What a great taste. Pastikan pakai malam ni.’ arah abang Rizz.
‘No. I will not.’ bangkangku keras. Aku terus merampas gaun tidur dan dimasukkan semula ke dalam beg sebelum beredar dari ruang bacaan.
‘We see tonight. And one more, your expenses will be cut because you have spent over limit.’
Aku tidak membalas tetapi hanya diam membisu. Sengaja aku menghentak kaki sekuat mungkin ketika mendaki anak tangga menunjuk protesku.

‘Hentak kuat-kuat. Kalau roboh tangga tu, boleh papa gantikan tanga besi.’ perli abang Rizz.

Comments

  1. Sorry kalau ada typing error.. tak sempat nak semak..
    Selamat membaca...

    ReplyDelete
  2. Next please writer...

    Jangan lama-lama sambungnya...

    ReplyDelete
  3. Besttt...x puas bca..nak lg cik wrter

    ReplyDelete
  4. Lama menanti sambungan. ... best!!!... nnti jgn lama2 sgt ya sambung bab baru... All the best

    ReplyDelete
  5. Lama menanti sambungan. ... best!!!... nnti jgn lama2 sgt ya sambung bab baru... All the best

    ReplyDelete
  6. Best...x sabar nk baca bab seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Best...x sabar nk baca bab seterusnya...

    ReplyDelete
  8. Best.... i am wait 4 next n3....

    ReplyDelete
  9. Best n terbaek...
    X sabar tunggu next entry..l

    ReplyDelete
  10. Best...cepat² smbung ye cik writer

    ReplyDelete
  11. Hi. novel ni dah keluar ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22