Abangku Suamiku Bab 10
BAB 10
‘Ya
Allah. Bertuah betul budak berdua ni.’ Mama terkejut bukan kepalang melihat
keadaan bilikku. Mana tidaknya, habis bersepah bilikku. Nasib baik aku dan abang
Rizz tak buat free show depan mama.
Walaupun
mama terkejut melihat keadaan anak-anaknya, namun terukir senyuman diwajahnya.
Nampak gayanya, macam cepat nak dapat cucu bisik Puan Sri Maimon di dalam hati.
‘Mama
buat apa dalam bilik Hana?’ tegurku mamai.
‘Lain
kali kunci pintu bilik. Tak pasal-pasal mama dah tengok drama free senja ni. Bangun Hana. Dah maghrib.
Kejut abang Rizz sekali.’ terus mama beredar.
‘Apa
maksud mama lain kali kunci pintu. Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku.
Subahannallah! Aku meninjau tubuhku di dalam comforter. Aku tergamam. Pandanganku ditala ke arah abang Rizz. Abang
Rizz telah mengambil mahkota yang selama ini ku jaga.
Sekuat
mana pun aku menidakknya, kenyataan tetap kenyataan. Aku adalah isteri kepada
abang Rizz dan abang Rizz adalah suamiku. Dia berhak ke atas ku sepenuhnya.
Aku
berselisih dengan abang Rizz. Kami hanya diam membisu seperti tidak pernah
terjadi apa-apa antara aku dan abang Rizz. Langkahku atur ke bilik solat. Papa
dan mama telah sedia menanti. Mama tersenyum memandangku. Begitu juga dengan
papa.
‘Dah
mandi wajib ke belum?’ bisik mama di telingaku.
Darah
menyerbu naik ke mukaku. Kenapalah mama tanya soalan cepumas kat aku. Nasib
baik abang Rizz tiada. Aku hanya tersengih.
‘Mana
Rizz, Hana?’ tegur papa dengan senyuman di bibir.
‘On the way.’
‘Lain
macam je bunyinya. Tak kan gaduh kot?’ papa serkap jarang.
Pertanyaan
papa tidak ku jawab. Sebaliknya aku hanya tersenyum sehinggalah abang Rizz
tiba. Senyumanku yang lebar hilang serta merta. Usai solat maghrib, kami
mengaji bersama sementara menunggu waktu isyak.
Usai
solat isyak, mama dan papa turun ke bawah sementara aku masuk ke bilik untuk
menyimpang telekungku. Abang Rizz? Entahlah! Aku pun tak tahu dia menghilang ke
mana. Kali terakhir ku lihatnya di bilik solat. Dialah orang terakhir yang
keluar dari bilik solat. Masing-masing diam membisu ketika di meja makan. Hanya
sekali sekala papa bertanya sesuatu kepada abang Rizz. Pertanyaan yang paling
menarik dari papa bila abang Rizz nak bantu papa di pejabat.
Makan
malam yang dingin antara aku dan abang Rizz berakhir sudah. Papa dan abang Rizz
beralih ke ruang tamu manakala aku dan mama sibuk mengemas meja makan. Mama
menatang dulang berisi air ke ruang tamu dan aku menghabiskan mengemas pinggan
mangkuk. Nasib baik mama yang menghantar air ke ruang tamu dan bukannya aku.
Mahu haru biru aku di buatnya.
Selesai
sahaja menyimpan pinggan mangkuk, perlahan-lahan aku menyusup ke ruang tangga
untuk naik ke tingkat atas. Baru dua anak tangga ku daki, namaku dipanggil oleh
papa.
‘Nak
ke mana tu Hana?’
‘Aaaaaa…’
macam mana aku nak jawab ni.
‘Dah!
Dah. Jangan nak bagi alasan. Meh duduk sini. Ada yang papa dan mama nak
bincangkan.’
Aku
mengeluh di dalam hati. Perkara apa yang mama dan papa ingin bincangkan. Dengan
langkah yang lesu, aku menuju ke ruang tamu. Sengaja aku memandang ke arah
lantai mama yang berkilat. Aku duduk bersebelahan mama bersentetangan abang
Rizz.
‘Papa
dan mama dah berbincang dan kami sepakat nak buat majlis persandingan Rizz dan
Hana.’ Pendek tetapi jelas dan terang hasrat papa dan mama.
Jatuh
rahangku. Majlis persandingan aku dengan Mr. Tarzan. Tidak! Jeritku sekuat hati
tapi di dalam hati je. Nak jerit depan mama dan papa. Alamatnya tak pasal-pasal
mama dan papa masuk wad. Sempat jugak aku melihat wajah Mr. Tarzan. Cool giler. Memanglah dia cool. Dia lagi suka semua orang tahu.
Ini tak boleh jadi.
‘Hana
tak setuju!’ bidasku penuh kesopanan.
Terbeliak
jugaklah mata mama mendengar kata-kataku.
‘Tapi
kenapa sayang?’ lembut pertanyaan mama. Ini yang membuatkan aku jadi lemah.
‘Hana
kan masin belajar. Kalau mama dan papa nak buat majlis tu, boleh tak tunggu
sampai Hana habis belajar. Dah tak lama pun. Tinggal tiga bulan je lagi.’
Mama
dan papa saling berpandangan. Nampaknya umpan aku semakin mengena. Maaf ye mama
dan papa. Hana tak sedia lagi desisku di dalam hati.
‘Rizz
setuju dengan cadangan mama dan papa. Lagi cepat lagi bagus.’
Hati
aku bagai ditusuk belati tajam. Aku tidak menyangka abang Rizz akan membuka
mulut. Lagaknya seperti tidak mendengar apa yang disampaikan oleh papa tadi.
Dia sengaja mencabar kesabaranku. Wajah mama dan papa mula kebingungan.
Jawapanku bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh abang Rizz.
‘Mana
satu papa nak dengar ni. Hana ke Rizz?’
‘Sama
je papa. Cepat atau lambat majlis tu tetap berlangsung. Tak jadi masalah pun
kalau nak buat masa Hana tengah belajar ni. Macam Hana cakap tadi. Tinggal tiga
bulan je dia belajar. Tak ada bezanya.’
Punah
segala impian aku selama ini. Berangan untuk mencipta nama dalam bidang seni bina
selapas habis belajar hanya tinggal angan-angan. Aku tidak betah untuk
menentang keputusan abang Rizz. Mulutku seolah-olah terkunci rapat. Ruang tamu
mewah mama tiba-tiba sunyi sepi.
‘Hana
macam mana sayang?’ mama menegurku seperti memahami isi hatiku.
Masakan
aku perlu memberitahu yang aku tidak setuju. Sudah pasti Mr. Tarzan akan
menerkamku. ‘Hana ikut je.’ Lirihku perlahan namun pastinya dapat didengari
oleh mama, papa dan abang Rizz.
‘Alhamdulillah.’
mama dan papa berkata serentak.
‘Hana
nak ke mana?’ tegur mama melihat ku bangun dari sofa.
‘Hana
nak bersendirian. Bolehkan mama?’ ada sendu pada nada suaraku.
Abang
Rizz yang tidak setuju dengan tindakanku cuba menegahku tetapi mama terlebih
dahulu mencelah.
‘As you wish my dear.’ mama memberi keizinan.
Jiwaku
kosong. Rasa macam nak nyanyi lagu Najwa Latiff pulak. Longlai langkahku menuju
ke arah kabin yang terletak di belakang rumah. Sengaja papa membina kabin yang
diperbuat dari kayu oak bercirikan kabin luar negara. Disitulah tempat suka
duka aku selama ini. Kabin yang lengkap dengan perabot serta set katil
pemberian hadiah mama dan papa. Walaupun ia jauh sedikit tetapi masih berada di
dalam kawasan Villa Anggerik.
Tombol
pintu ku pulas perlahan. Tersergam ruang kabin yang sederhana luas dilimpahi
dengan lampu dinding yang cantic bersinar. Bauan kayu oak menenangkan hati aku
yang gundah gulana. Aku tidak lupa untuk mengunci pintu. Takut-takut datang
pula Mr. Tarzan. Aku terlentang di atas katil dengan ditemani lagu MLTR dari
corong radio. Kali terakhir aku tidur di kabin ialah empat bulan yang lepas
bersama Tipah menyiapkan tugasan yang diberikan. Keputusan untuk membuat majlis
persandingan aku dan abang Rizz kembali bermain di benak fikiranku.
Aku
masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak. Aku telah memasang angan-angan yang
tinggi menggunung untuk majlis perkahwinanku suatu hari nanti. Temanya pastilah
sebiru sesalju laut. Ala-ala puteri kayangan yang dapat bersatu dengan putera
idaman hati. Semuanya tinggal kenangan. Dahlah dipaksa berkahwin. Pastu kahwin
pulak dengan Mr. Tarzan. Asyik nak marah je gamaknya. Baru sahaja aku ingin
membuka peti harta karunku, aku mendengar bunyi derapan kaki. Ini confirm Mr.
Tarzan. Jelas susuk tubuh yang amat aku kenali di skrin cctv. Orang tua ni nak
kena ajar.
Perlahan-lahan
aku turun dari katil. Aku berdiri betul-betul di hujung katil. Aku meraba
lantai berkayukan oak. Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari.
Perlahan-lahan
aku menarik lantai kayu oak bersegi empat. Laluan rahsiaku telah dibuka. Dengan
berhati-hati aku menuruni anak tangga sehingga ke bahagian bawah dan sempat aku
menutup semula laluan rahsiaku agar tidak dikatahui. Walaupun laluan rahsia ni
terang benderang dengan lampu, cuak juga aku dibuatnya. Perjalanan yang cuma
mengambil masa selama lima minit telah sampai di destinasinya. Satu persatu
anak tangga ku daki sebelum aku mengetuk pintu laluan rahsiaku. Seperti sudah
mengetahui, pintu terbuka dari atas. Tersembul wajah mak Jah dengan muka
terkejut. Sempat lagi aku menunjuk tanda isyarat senyap kepada mak Jah. Kalau
tak, mahu haru biru aku dimarahinya. Siap menutup semula pintu laluan rahsia,
aku mengambil tempat duduk di sebelah mak Jah.
‘Hana
buat apa malam-malam kat kabin tu?’ tegur mak Jah kerisauan.
‘Cari
ketenangan mak Jah. Tapi ketenangan tu dah terganggu.’
Berkerut
dahi mak Jah. Ni mesti kes tak faham metafora yang aku pakai. Metafora sangat
ke ayat aku?
‘Okay-okay.
Ni pasal papa dan mama nak buat majlis persandingan Hana dan abang Rizz. Hana
tak sedia tapi abang Rizz setuju. Konon-kononya Hana pergi melepak kat kabin tu
membawa hati yang merajuk tetiba ada pulak yang datang mengendap.’
‘Orang
mengendap? Kenapa tak cakap? Boleh mak Jah panggilkan si Selamat tu?’ mak Jah
cemas.
‘Bukan
orang luar yang mengendap pun. Orang dalam rumah ni jugak. Tu yang senyap-senyap
Hana guna laluan rahsia tu. Biar di mengendap sampai ke subuh.’
‘Tak
baik Hana buat macam tu. Kat luar tu kan sejuk. Buatnya dia sakit nanti macam
mana?’
‘Hantar
spital. Tak pun along kan doktor. Bila lagi nak guna khidmat doktor secara
percuma?’ tokokku menambah perasa dalam ceritaku.
‘Pening
kepala mak Jah. Ni malam ni nak tidur mana?’
‘Macam
tak biasa pulak mak Jah ni. Kat sinilah. Nanti dah tak boleh tidur dengan mak
Jah.’
Nak lagi.. cpt sambung..
ReplyDeletesis... cepatlah sambung.. besttt
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteNak sambung dong kaka
ReplyDeleteBest..nk sambungan lg...
ReplyDeleteBest..nk sambungan lg...
ReplyDeletesalam cik.
ReplyDeletekami mencari manuskrip untuk diterbitkan. boleh email kami sekiranya cik berminat.
lne.manuskrip@gmail.com
manuskrip belum siap sepenuhnya.. masih dalam penulisan
Deletent kalau dah siap.. n cik nk hntr untuk kami nilai.. boleh email kepada kami ye (^_^)
Deletebest nak lagi......tq
ReplyDeleteCepat sambung please.. tak sabar..
ReplyDeleteBest...next entry please...
ReplyDeleteBest sgt nak lg
ReplyDeleteBla nk smbng ni
ReplyDeleteBla nk smbng ni
ReplyDeleteBila nak smbng... rindu dgn cite ini...
ReplyDeletexde smbgn fh ke?alooo..
ReplyDeletexde smbgn fh ke?alooo..
ReplyDeleteBest lah smbung lah lagi miss writer...
ReplyDeleteon the way darling.. tunggu ye
ReplyDelete