Abangku Suamiku Bab 10

BAB 10
‘Ya Allah. Bertuah betul budak berdua ni.’ Mama terkejut bukan kepalang melihat keadaan bilikku. Mana tidaknya, habis bersepah bilikku. Nasib baik aku dan abang Rizz tak buat free show depan mama.
Walaupun mama terkejut melihat keadaan anak-anaknya, namun terukir senyuman diwajahnya. Nampak gayanya, macam cepat nak dapat cucu bisik Puan Sri Maimon di dalam hati.
‘Mama buat apa dalam bilik Hana?’ tegurku mamai.
‘Lain kali kunci pintu bilik. Tak pasal-pasal mama dah tengok drama free senja ni. Bangun Hana. Dah maghrib. Kejut abang Rizz sekali.’ terus mama beredar.
‘Apa maksud mama lain kali kunci pintu. Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku. Subahannallah! Aku meninjau tubuhku di dalam comforter. Aku tergamam. Pandanganku ditala ke arah abang Rizz. Abang Rizz telah mengambil mahkota yang selama ini ku jaga.
Sekuat mana pun aku menidakknya, kenyataan tetap kenyataan. Aku adalah isteri kepada abang Rizz dan abang Rizz adalah suamiku. Dia berhak ke atas ku sepenuhnya.
Aku berselisih dengan abang Rizz. Kami hanya diam membisu seperti tidak pernah terjadi apa-apa antara aku dan abang Rizz. Langkahku atur ke bilik solat. Papa dan mama telah sedia menanti. Mama tersenyum memandangku. Begitu juga dengan papa.
‘Dah mandi wajib ke belum?’ bisik mama di telingaku.
Darah menyerbu naik ke mukaku. Kenapalah mama tanya soalan cepumas kat aku. Nasib baik abang Rizz tiada. Aku hanya tersengih.
‘Mana Rizz, Hana?’ tegur papa dengan senyuman di bibir.
On the way.’
‘Lain macam je bunyinya. Tak kan gaduh kot?’ papa serkap jarang.
Pertanyaan papa tidak ku jawab. Sebaliknya aku hanya tersenyum sehinggalah abang Rizz tiba. Senyumanku yang lebar hilang serta merta. Usai solat maghrib, kami mengaji bersama sementara menunggu waktu isyak.
Usai solat isyak, mama dan papa turun ke bawah sementara aku masuk ke bilik untuk menyimpang telekungku. Abang Rizz? Entahlah! Aku pun tak tahu dia menghilang ke mana. Kali terakhir ku lihatnya di bilik solat. Dialah orang terakhir yang keluar dari bilik solat. Masing-masing diam membisu ketika di meja makan. Hanya sekali sekala papa bertanya sesuatu kepada abang Rizz. Pertanyaan yang paling menarik dari papa bila abang Rizz nak bantu papa di pejabat.
Makan malam yang dingin antara aku dan abang Rizz berakhir sudah. Papa dan abang Rizz beralih ke ruang tamu manakala aku dan mama sibuk mengemas meja makan. Mama menatang dulang berisi air ke ruang tamu dan aku menghabiskan mengemas pinggan mangkuk. Nasib baik mama yang menghantar air ke ruang tamu dan bukannya aku. Mahu haru biru aku di buatnya.
Selesai sahaja menyimpan pinggan mangkuk, perlahan-lahan aku menyusup ke ruang tangga untuk naik ke tingkat atas. Baru dua anak tangga ku daki, namaku dipanggil oleh papa.
‘Nak ke mana tu Hana?’
‘Aaaaaa…’ macam mana aku nak jawab ni.
‘Dah! Dah. Jangan nak bagi alasan. Meh duduk sini. Ada yang papa dan mama nak bincangkan.’
Aku mengeluh di dalam hati. Perkara apa yang mama dan papa ingin bincangkan. Dengan langkah yang lesu, aku menuju ke ruang tamu. Sengaja aku memandang ke arah lantai mama yang berkilat. Aku duduk bersebelahan mama bersentetangan abang Rizz.
‘Papa dan mama dah berbincang dan kami sepakat nak buat majlis persandingan Rizz dan Hana.’ Pendek tetapi jelas dan terang hasrat papa dan mama.
Jatuh rahangku. Majlis persandingan aku dengan Mr. Tarzan. Tidak! Jeritku sekuat hati tapi di dalam hati je. Nak jerit depan mama dan papa. Alamatnya tak pasal-pasal mama dan papa masuk wad. Sempat jugak aku melihat wajah Mr. Tarzan. Cool giler. Memanglah dia cool. Dia lagi suka semua orang tahu. Ini tak boleh jadi.
‘Hana tak setuju!’ bidasku penuh kesopanan.
Terbeliak jugaklah mata mama mendengar kata-kataku.
‘Tapi kenapa sayang?’ lembut pertanyaan mama. Ini yang membuatkan aku jadi lemah.
‘Hana kan masin belajar. Kalau mama dan papa nak buat majlis tu, boleh tak tunggu sampai Hana habis belajar. Dah tak lama pun. Tinggal tiga bulan je lagi.’
Mama dan papa saling berpandangan. Nampaknya umpan aku semakin mengena. Maaf ye mama dan papa. Hana tak sedia lagi desisku di dalam hati.
‘Rizz setuju dengan cadangan mama dan papa. Lagi cepat lagi bagus.’
Hati aku bagai ditusuk belati tajam. Aku tidak menyangka abang Rizz akan membuka mulut. Lagaknya seperti tidak mendengar apa yang disampaikan oleh papa tadi. Dia sengaja mencabar kesabaranku. Wajah mama dan papa mula kebingungan. Jawapanku bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh abang Rizz.
‘Mana satu papa nak dengar ni. Hana ke Rizz?’
‘Sama je papa. Cepat atau lambat majlis tu tetap berlangsung. Tak jadi masalah pun kalau nak buat masa Hana tengah belajar ni. Macam Hana cakap tadi. Tinggal tiga bulan je dia belajar. Tak ada bezanya.’
Punah segala impian aku selama ini. Berangan untuk mencipta nama dalam bidang seni bina selapas habis belajar hanya tinggal angan-angan. Aku tidak betah untuk menentang keputusan abang Rizz. Mulutku seolah-olah terkunci rapat. Ruang tamu mewah mama tiba-tiba sunyi sepi.
‘Hana macam mana sayang?’ mama menegurku seperti memahami isi hatiku.
Masakan aku perlu memberitahu yang aku tidak setuju. Sudah pasti Mr. Tarzan akan menerkamku. ‘Hana ikut je.’ Lirihku perlahan namun pastinya dapat didengari oleh mama, papa dan abang Rizz.
‘Alhamdulillah.’ mama dan papa berkata serentak.
‘Hana nak ke mana?’ tegur mama melihat ku bangun dari sofa.
‘Hana nak bersendirian. Bolehkan mama?’ ada sendu pada nada suaraku.
Abang Rizz yang tidak setuju dengan tindakanku cuba menegahku tetapi mama terlebih dahulu mencelah.
‘As you wish my dear.’ mama memberi keizinan.
Jiwaku kosong. Rasa macam nak nyanyi lagu Najwa Latiff pulak. Longlai langkahku menuju ke arah kabin yang terletak di belakang rumah. Sengaja papa membina kabin yang diperbuat dari kayu oak bercirikan kabin luar negara. Disitulah tempat suka duka aku selama ini. Kabin yang lengkap dengan perabot serta set katil pemberian hadiah mama dan papa. Walaupun ia jauh sedikit tetapi masih berada di dalam kawasan Villa Anggerik.
Tombol pintu ku pulas perlahan. Tersergam ruang kabin yang sederhana luas dilimpahi dengan lampu dinding yang cantic bersinar. Bauan kayu oak menenangkan hati aku yang gundah gulana. Aku tidak lupa untuk mengunci pintu. Takut-takut datang pula Mr. Tarzan. Aku terlentang di atas katil dengan ditemani lagu MLTR dari corong radio. Kali terakhir aku tidur di kabin ialah empat bulan yang lepas bersama Tipah menyiapkan tugasan yang diberikan. Keputusan untuk membuat majlis persandingan aku dan abang Rizz kembali bermain di benak fikiranku.
Aku masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak. Aku telah memasang angan-angan yang tinggi menggunung untuk majlis perkahwinanku suatu hari nanti. Temanya pastilah sebiru sesalju laut. Ala-ala puteri kayangan yang dapat bersatu dengan putera idaman hati. Semuanya tinggal kenangan. Dahlah dipaksa berkahwin. Pastu kahwin pulak dengan Mr. Tarzan. Asyik nak marah je gamaknya. Baru sahaja aku ingin membuka peti harta karunku, aku mendengar bunyi derapan kaki. Ini confirm Mr. Tarzan. Jelas susuk tubuh yang amat aku kenali di skrin cctv. Orang tua ni nak kena ajar.
Perlahan-lahan aku turun dari katil. Aku berdiri betul-betul di hujung katil. Aku meraba lantai berkayukan oak. Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari.
Perlahan-lahan aku menarik lantai kayu oak bersegi empat. Laluan rahsiaku telah dibuka. Dengan berhati-hati aku menuruni anak tangga sehingga ke bahagian bawah dan sempat aku menutup semula laluan rahsiaku agar tidak dikatahui. Walaupun laluan rahsia ni terang benderang dengan lampu, cuak juga aku dibuatnya. Perjalanan yang cuma mengambil masa selama lima minit telah sampai di destinasinya. Satu persatu anak tangga ku daki sebelum aku mengetuk pintu laluan rahsiaku. Seperti sudah mengetahui, pintu terbuka dari atas. Tersembul wajah mak Jah dengan muka terkejut. Sempat lagi aku menunjuk tanda isyarat senyap kepada mak Jah. Kalau tak, mahu haru biru aku dimarahinya. Siap menutup semula pintu laluan rahsia, aku mengambil tempat duduk di sebelah mak Jah.
‘Hana buat apa malam-malam kat kabin tu?’ tegur mak Jah kerisauan.
‘Cari ketenangan mak Jah. Tapi ketenangan tu dah terganggu.’
Berkerut dahi mak Jah. Ni mesti kes tak faham metafora yang aku pakai. Metafora sangat ke ayat aku?
‘Okay-okay. Ni pasal papa dan mama nak buat majlis persandingan Hana dan abang Rizz. Hana tak sedia tapi abang Rizz setuju. Konon-kononya Hana pergi melepak kat kabin tu membawa hati yang merajuk tetiba ada pulak yang datang mengendap.’
‘Orang mengendap? Kenapa tak cakap? Boleh mak Jah panggilkan si Selamat tu?’ mak Jah cemas.
‘Bukan orang luar yang mengendap pun. Orang dalam rumah ni jugak. Tu yang senyap-senyap Hana guna laluan rahsia tu. Biar di mengendap sampai ke subuh.’
‘Tak baik Hana buat macam tu. Kat luar tu kan sejuk. Buatnya dia sakit nanti macam mana?’
‘Hantar spital. Tak pun along kan doktor. Bila lagi nak guna khidmat doktor secara percuma?’ tokokku menambah perasa dalam ceritaku.
‘Pening kepala mak Jah. Ni malam ni nak tidur mana?’

‘Macam tak biasa pulak mak Jah ni. Kat sinilah. Nanti dah tak boleh tidur dengan mak Jah.’

Comments

  1. salam cik.
    kami mencari manuskrip untuk diterbitkan. boleh email kami sekiranya cik berminat.
    lne.manuskrip@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. manuskrip belum siap sepenuhnya.. masih dalam penulisan

      Delete
    2. nt kalau dah siap.. n cik nk hntr untuk kami nilai.. boleh email kepada kami ye (^_^)

      Delete
  2. Cepat sambung please.. tak sabar..

    ReplyDelete
  3. Best...next entry please...

    ReplyDelete
  4. Bila nak smbng... rindu dgn cite ini...

    ReplyDelete
  5. Best lah smbung lah lagi miss writer...

    ReplyDelete
  6. on the way darling.. tunggu ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22