Abangku Suamiku Bab 7
BAB 7
Entah
bila masa aku terlelap pun aku tak sedar. Aku pandang ke arah luar tingkap. Deretan
kedai di kiri kanan. Bila masa pulak boleh sampai sini? Tiba-tiba abang Rizz
memberhentikan kereta.
‘Kita
buat apa kat sini?’ soalku terpinga-pinga.
Senyap!
Tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Rizz. Sekelip mata abang Rizz telah
keluar dari perut kereta. Aku yang berada di dalam kereta memerhati ke mana
arah tujuan abang Rizz. Pintu kedai farmasi ditolak abang Rizz. Selepas beberapa
minit, kelibat abang Rizz kelihatan keluar dari kedai farmasi dengan menjinjit
beg plastik kecil di tangan.
Seperti
mana abang Rizz diam membisu ketika keluar dari perut kereta begitu juga ketika
abang Rizz telah berada di dalam kereta sebaik membeli sesuatu dari farmasi.
Terencut-encut
aku berjalan ke pintu rumah. Ruang tamu mama sunyi sepi. Kelibat mak Jah pun
tidak Nampak. Selalunya mak Jah akan menunggu kepulanganku. Jangan kata mak
Jah, mama pun lesap entah ke mana. Ingin ditanya singa kelaparan, baik jangan
cari bala. Aku terus menuju ke bilik sementaraku. Aku terus mencapai tuala lalu
menapak ke bilik air untuk membersihkan diri. Melilau aku mencari baju
persalinanku namun hampa. Pastinya aku terlupa untuk membawa masuk sekali.
Dengan hanya bertuala aku berdoa di dalam hati agar abang Rizz tiada di dalam bilik.
Setelah meninjau ketiadaan abang Rizz, dengan kaki terencut-encut, aku keluar
dari bilik air.
Rasa
nak berhenti jantungku apabila melihat abang Rizz duduk di sofa di penjuru
bilik. Kelihatan abang Rizz sedang menyapu minyak di kakinya. Tersedar dengan
deheman abang Rizz, mengingatkan aku dengan keadaanku yang tidak sempurna.
Belum pun sempat aku mencapai baju persalinanku, terkocoh-kocoh aku lari masuk
semula ke bilik air. Sememangnya benar pepatah orang tua, malang tidak berbau.
Terlupa dengan keuzuran kakiku dan masih basah, hanya beberapa langkah aku
tergelicik. Aku pasrah menanti rebah.
Mataku
terkebil-kebil kerana aku menjangkakan yang tubuhku akan mencium lantai tapi
sebaliknya. Aku mengucap panjang. Aku dapat merasakan ada tangan yang sedang
menampung tubuhku. Ku buka mata seluas-luasnya. Wajah abang Rizz yang
kelihatan. Baru sahaja ingin ku memberi senyuman kepadanya, aku merasakan sejuk
teramat sangat. Melihat renungan mata abang Rizz ingin menerkamku, aku meraba
tubuhku. Hendak tercabut nyawa aku bila mendapati tuala yang membaluti tubuhku
terlerai dari badan. Malunya bukan kepalang. Harta yang ku jaga selama ini
telah menjadi tatapan abang Rizz.
Seperti
tahu perasaanku, abang Rizz membalut semula tuala ditubuhku. Walaupun niatnya
baik, namun renungan matanya masih tertancap di tubuhku. Selesai membalut tuala
ala kadar, aku menghilangkan diri di dalam bilik air. Perlahan-lahan air mataku
menitis. Semakin lama semakin laju ia mencurah-curah. Aku perlukan teman untuk
berkongsi masalah. Tipah!!!!
‘Assalammualaikum.
Tipah...... ‘ luahku dengan suara teresak-esak.
‘Walaikumsalam.
Hana kenapa ni?’
Belum
pun aku mula bercerita, tangisanku semakin kuat. Tangisanku mula merisaukan
Tipah. Tipah yang berada di rumah bujang tidak tenteram dibuatnya.
‘Bawa
mengucap Hana. Ingat Allah, Hana. Cuba kau tarik nafas dalam-dalam’ Tipah
mententeramkan jiwaku yang kusut.
Lama-lama
tangisanku semakin reda. ‘Alhamdulillah. Macam tu Hana. Sekarang cuba kau
cerita apa masalah kau. Tapi kalau kau tak ready,
kau boleh cerita kat aku lain kali.’ Tipah memahami suara hatiku.
‘Terima
kasih Tipah. Aku dah okay. Aku dah tak da apa-apa Tipah.’ Walaupun terasa berat
untuk ku luahkan. Akhirnya terluah jua.
‘Jap-jap.
Apa maksud kau dah tak da apa-apa? Aku tak faham. Cuba pakai bahasa melayu yang
mudah untuk aku fahami.’
Aku
mengetap bibir. Masa-masa macam ni la minah ni nak buat lawak. ‘Abang Rizz dah
tengok aku tanpa seurat benang.’ merona wajah aku menceritakan apa yang telah
berlaku walaupun Tipdah dapat melihatku.
Tipah
tergelak besar. ‘Itu je. Pasal tu je
buat kau menangis bagai nak rak. Aku ingatkan apa lah tadi.’
‘Kau
boleh gelak Tipah. Ini pasal harga diri aku. Sepatutnya kau berpihak pada aku,’
geramku terhadap Tipah.
‘Listen hear dear. Tak luak mana pun
Hana. Dia baru tengok je. Bukannya dia usik kau ke atau pun.... Kau kena ingat,
abang Rizz tu suami kau. Dia berhak ke atas kau. Tu nasib baik dia tak minta
hak dia yang sepatutnya.
Aku
ternganga dengar khutbah Tipah. Minah ni kalau bercakap mengalahkan ustazah.
Kebenarannya memang aku hak milik mutlak abang Rizz cuma bukan dengan cara yang
sepatutnya.
‘Dah
diam pulak kawan aku ni. Kau dah bisu ke Hana?’ soal Tipah tak berlapik.
‘Kau
memang tak sayang mulutkan Tipah. Patutnya kau backup aku. Ni tak. Kau lebihkan
abang Rizz. Masalahnya sekarang ni, aku yang jadi mangsa.’
Tipah
yang berada di atas katil menukar posisinya dari meniarap ke terlentang bagi
menyelesaikan masalah negara satu-satunya kawan dunia akhiratnya. ‘Hana.
Hana. Hana. Cuba jangan rumitkan keadaan. Apa kata kau pandang kejadian tadi
dari sudut positif. Siapa tahu, bila abang Rizz melihat kecantikan kau yang
terselindung selama ni akan membuka hatinya untuk menerima kau. Siapa tahu.
Semua tu dah ketentuan lohmahfuz. Kita manusia biasa tak boleh menidakkannya.’
‘Masalahnya
abang Rizz tu ada perasaan ke? Kalau dia minta hak dia kat aku, tak kan aku nak
bagi?’ soalku dengan fikiran berserabut.
Tipah
ketawa berdekah-dekah emndengar persoalanku. Lawak ke soalan yang aku ajukan.
Geram pulak rasanya.
‘Dah
puas ketawakan aku?’ naik satu oktaf nada suaraku.
‘Sorry Hana. Soalan kau tu lawak sangat.
Aku rasa budak kecik pun boleh jawab soalan kau tu. Tentu-tentulah kau kena
bagi. Dah nama pun isteri. Kenalah tunaikan tanggungjawab. Nanti tak
pasal-pasal dilaknat oleh Allah.’
Terkebil-kebil
mata aku mendengar jawapan Tipah. Jawapan kau ni menyeramkan aku lah Tipah.’
‘Eleh!
Sekarang ni kau cakap menyeramkan. Jangan dah dapat nanti, dah tak reti-reti
nak kuar dari bilik. Silap hari bulan, aku pun kau tak hiraukan.’ Getus Tipah.
‘Sudah-sudah
Tipah. Kalau nak menakutkan aku, kau lah orangnya. Sorry sebab kau kena tadah telinga dengar masalah aku. Jumpa kat
kampus esok.’
‘Itulah
nama kawan Hana. It’s okay. Jumpa kat
kampus esok. Hati-hati tidur malam ni. Mana tau, tetiba abang Rizz datang peluk
kau.’ Ujar Tipah sebelum menamatkan panggilan.
Meremang
bulu romaku mendengar kata-kata terakhir Tipah. Buatnya abang Rizz menggila
malam ni, apa yang harus aku lakukan? Lagi-lagi dengan keadaan kakiku yang
belum pulih sepenuhnya. Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan aku. Melayang
tinggi telefon kesayanganku. Nasib baik jatuh di atas katil. Kalau jatuh ke
lantai, hancur berderailah jawabnya. Rupa-rupanya abang Rizz masuk ke dalam
bilik. Kakinya melangkah ke ampaian ditepi alamari lalu mencapai tuala yang
telah tersedia. Sekelip mata abang Rizz hilang di sebalik pintu bilik air.
Aku
menghela nafas yang panjang. Sejak peristiwa tadi, abang Rizz masih dengan
kelakuannya. Tidak berperasaan. Nasib baik kejadian tadi tidak mengubah
sikapnya. Segera aku menyarung telekung dan menunaikan solat asar yang telah
penghujung. Sejak-sejak kakiku tercedera, aku terpaksa solat duduk memandangkan
pergelangan kakiku masih belum penuh sepenuhnya.
Usai
solat asarku, abang Rizz keluar dari bilik air. Berkubang ke apa kat dalam
bilik air tu desisku di dalam hati. Aku memerhati setiap gerak geri abang Rizz.
Dari abang Rizz mengambil baju sehinggalah baju itu tersarung di badannya.
‘Mata
tu dah tak da kerja mengintai orang?’ sergah abang Rizz.
Gulp!
Tertelan air liur aku disergah abang Rizz. Macam mana mamat tu perasan aku
tengah mengintai dia. Mata dah mengalahkan mata helang.
‘Intai
apa nya? Siapa suruh buat semua tu dalam bilik ni. Punyalah besar papa buat
bilik air. Tak nak pulak gunakan.’
‘Mulut
tu kerja nak menjawab je. Kalau tak menjawab tak sah!’
‘Ahah!
Papa hantar Hana pergi uni tu untuk belajar menjawab. Menjawab cakap abang
Rizz. Puas hati!’ geramku tidak terbendung lagi. Sengaja aku membakar perasaan
abang Rizz.
‘Elok
la tu. Lepas ni tak payah pergi uni lagi. Nak menjawab cakap orang tak payah
susah-susah nak belajar tinggi-tinggi.’ Abang Rizz juga tidak mahu mengalah.
Dalam tak sedar abang Rizz telah berdiri di sisi katil.
‘Apa
pulak? Bertambahlah ilmu Hana untuk menjawab cakap ...” belum pun sempat aku
menghabiskan kata-kataku, satu ciuman singgah di bibirku.’ Aku panasaran.
‘Asal
senyap? Menjawablah lagi.
Main
tipu! Boleh pulak main ambushed macam
tu je. Aku ni pun satu. Lepas kena ambushed
dengan abang Rizz, langsung mulut ni terkatup rapat. Dari aku terus duduk di
dalam bilik ni, baik aku keluar sebelum singa kelaparan membahamku. Aku cuba
turun dari katil namun tubuh abang Rizz menghalang laluanku.
‘Tepilah!’
tempikku.
‘Siapa
suruh keluar?’
‘Ada
Hana kisah! Kaki Hana, suka hati Hana lah nak pergi mana!’ darahku mula
mendidih. Aku cuba tolak tubuh abang Rizz ke tepi tapi usahaku membuang masa
sahaja. Tak bergerak langsung.
‘Tepilah
abang Rizz. Hana nak keluar.’ Ulangku sekali lagi dengan nada yang lebih
lembut.
‘Kalau
tak ketepi, nak buat apa? Abang Rizz masih dengan sikap acuh tak acuhnya.
‘Okay!
Kalau abang Rizz tak nak berganjak, Hana jerit. Biar satu rumah ni tahu.’
Gertakku.
‘Elok
jugak. Jeritlah.’
Belum
pun sempat aku menjerit, pintu bilik diketuk dari luar. Aku cuba turun katil
sekali lagi abang Rizz menolak tubuhku. Penyudahnya aku terbaring semula di
atas katil. Abang Rizz menapak ke pintu bilik. Kedengaran suara mak Jah
berbincang sesuatu dengan abang Rizz. Habis sahaja mak Jah menyampaikan
pesanan, abang Rizz terus keluar dari bilik.
Bestttt....
ReplyDeleteDah lme tggu smbgnye...
Nak lg plsssss
Nice! Lama tunggu.
ReplyDeletein sha allah gurls
ReplyDeleteakhirnya keluar juga part baru... lama menunggunya
ReplyDeleteLagi Kak... sabar menunggu....
ReplyDeleteShould there be another persuasive post you can share next time, I’ll be surely waiting for it. Neppy Melange
ReplyDelete