Abangku Suamiku Bab 7

BAB 7
Entah bila masa aku terlelap pun aku tak sedar. Aku pandang ke arah luar tingkap. Deretan kedai di kiri kanan. Bila masa pulak boleh sampai sini? Tiba-tiba abang Rizz memberhentikan kereta.
‘Kita buat apa kat sini?’ soalku terpinga-pinga.
Senyap! Tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Rizz. Sekelip mata abang Rizz telah keluar dari perut kereta. Aku yang berada di dalam kereta memerhati ke mana arah tujuan abang Rizz. Pintu kedai farmasi ditolak abang Rizz. Selepas beberapa minit, kelibat abang Rizz kelihatan keluar dari kedai farmasi dengan menjinjit beg plastik kecil di tangan.
Seperti mana abang Rizz diam membisu ketika keluar dari perut kereta begitu juga ketika abang Rizz telah berada di dalam kereta sebaik membeli sesuatu dari farmasi.
Terencut-encut aku berjalan ke pintu rumah. Ruang tamu mama sunyi sepi. Kelibat mak Jah pun tidak Nampak. Selalunya mak Jah akan menunggu kepulanganku. Jangan kata mak Jah, mama pun lesap entah ke mana. Ingin ditanya singa kelaparan, baik jangan cari bala. Aku terus menuju ke bilik sementaraku. Aku terus mencapai tuala lalu menapak ke bilik air untuk membersihkan diri. Melilau aku mencari baju persalinanku namun hampa. Pastinya aku terlupa untuk membawa masuk sekali. Dengan hanya bertuala aku berdoa di dalam hati agar abang Rizz tiada di dalam bilik. Setelah meninjau ketiadaan abang Rizz, dengan kaki terencut-encut, aku keluar dari bilik air.
Rasa nak berhenti jantungku apabila melihat abang Rizz duduk di sofa di penjuru bilik. Kelihatan abang Rizz sedang menyapu minyak di kakinya. Tersedar dengan deheman abang Rizz, mengingatkan aku dengan keadaanku yang tidak sempurna. Belum pun sempat aku mencapai baju persalinanku, terkocoh-kocoh aku lari masuk semula ke bilik air. Sememangnya benar pepatah orang tua, malang tidak berbau. Terlupa dengan keuzuran kakiku dan masih basah, hanya beberapa langkah aku tergelicik. Aku pasrah menanti rebah.
Mataku terkebil-kebil kerana aku menjangkakan yang tubuhku akan mencium lantai tapi sebaliknya. Aku mengucap panjang. Aku dapat merasakan ada tangan yang sedang menampung tubuhku. Ku buka mata seluas-luasnya. Wajah abang Rizz yang kelihatan. Baru sahaja ingin ku memberi senyuman kepadanya, aku merasakan sejuk teramat sangat. Melihat renungan mata abang Rizz ingin menerkamku, aku meraba tubuhku. Hendak tercabut nyawa aku bila mendapati tuala yang membaluti tubuhku terlerai dari badan. Malunya bukan kepalang. Harta yang ku jaga selama ini telah menjadi tatapan abang Rizz.
Seperti tahu perasaanku, abang Rizz membalut semula tuala ditubuhku. Walaupun niatnya baik, namun renungan matanya masih tertancap di tubuhku. Selesai membalut tuala ala kadar, aku menghilangkan diri di dalam bilik air. Perlahan-lahan air mataku menitis. Semakin lama semakin laju ia mencurah-curah. Aku perlukan teman untuk berkongsi masalah. Tipah!!!!
‘Assalammualaikum. Tipah...... ‘ luahku dengan suara teresak-esak.
‘Walaikumsalam. Hana kenapa ni?’
Belum pun aku mula bercerita, tangisanku semakin kuat. Tangisanku mula merisaukan Tipah. Tipah yang berada di rumah bujang tidak tenteram dibuatnya.
‘Bawa mengucap Hana. Ingat Allah, Hana. Cuba kau tarik nafas dalam-dalam’ Tipah mententeramkan jiwaku yang kusut.
Lama-lama tangisanku semakin reda. ‘Alhamdulillah. Macam tu Hana. Sekarang cuba kau cerita apa masalah kau. Tapi kalau kau tak ready, kau boleh cerita kat aku lain kali.’ Tipah memahami suara hatiku.
‘Terima kasih Tipah. Aku dah okay. Aku dah tak da apa-apa Tipah.’ Walaupun terasa berat untuk ku luahkan. Akhirnya terluah jua.
‘Jap-jap. Apa maksud kau dah tak da apa-apa? Aku tak faham. Cuba pakai bahasa melayu yang mudah untuk aku fahami.’
Aku mengetap bibir. Masa-masa macam ni la minah ni nak buat lawak. ‘Abang Rizz dah tengok aku tanpa seurat benang.’ merona wajah aku menceritakan apa yang telah berlaku walaupun Tipdah dapat melihatku.
Tipah tergelak besar. ‘Itu  je. Pasal tu je buat kau menangis bagai nak rak. Aku ingatkan apa lah tadi.’
‘Kau boleh gelak Tipah. Ini pasal harga diri aku. Sepatutnya kau berpihak pada aku,’ geramku terhadap Tipah.
Listen hear dear. Tak luak mana pun Hana. Dia baru tengok je. Bukannya dia usik kau ke atau pun.... Kau kena ingat, abang Rizz tu suami kau. Dia berhak ke atas kau. Tu nasib baik dia tak minta hak dia yang sepatutnya.
Aku ternganga dengar khutbah Tipah. Minah ni kalau bercakap mengalahkan ustazah. Kebenarannya memang aku hak milik mutlak abang Rizz cuma bukan dengan cara yang sepatutnya.
‘Dah diam pulak kawan aku ni. Kau dah bisu ke Hana?’ soal Tipah tak berlapik.
‘Kau memang tak sayang mulutkan Tipah. Patutnya kau backup aku. Ni tak. Kau lebihkan abang Rizz. Masalahnya sekarang ni, aku yang jadi mangsa.’
Tipah yang berada di atas katil menukar posisinya dari meniarap ke terlentang bagi menyelesaikan masalah negara satu-satunya kawan dunia akhiratnya. ‘Hana. Hana. Hana. Cuba jangan rumitkan keadaan. Apa kata kau pandang kejadian tadi dari sudut positif. Siapa tahu, bila abang Rizz melihat kecantikan kau yang terselindung selama ni akan membuka hatinya untuk menerima kau. Siapa tahu. Semua tu dah ketentuan lohmahfuz. Kita manusia biasa tak boleh menidakkannya.’
‘Masalahnya abang Rizz tu ada perasaan ke? Kalau dia minta hak dia kat aku, tak kan aku nak bagi?’ soalku dengan fikiran berserabut.
Tipah ketawa berdekah-dekah emndengar persoalanku. Lawak ke soalan yang aku ajukan. Geram pulak rasanya.
‘Dah puas ketawakan aku?’ naik satu oktaf nada suaraku.
Sorry Hana. Soalan kau tu lawak sangat. Aku rasa budak kecik pun boleh jawab soalan kau tu. Tentu-tentulah kau kena bagi. Dah nama pun isteri. Kenalah tunaikan tanggungjawab. Nanti tak pasal-pasal dilaknat oleh Allah.’
Terkebil-kebil mata aku mendengar jawapan Tipah. Jawapan kau ni menyeramkan aku lah Tipah.’
‘Eleh! Sekarang ni kau cakap menyeramkan. Jangan dah dapat nanti, dah tak reti-reti nak kuar dari bilik. Silap hari bulan, aku pun kau tak hiraukan.’ Getus Tipah.
‘Sudah-sudah Tipah. Kalau nak menakutkan aku, kau lah orangnya. Sorry sebab kau kena tadah telinga dengar masalah aku. Jumpa kat kampus esok.’
‘Itulah nama kawan Hana. It’s okay. Jumpa kat kampus esok. Hati-hati tidur malam ni. Mana tau, tetiba abang Rizz datang peluk kau.’ Ujar Tipah sebelum menamatkan panggilan.
Meremang bulu romaku mendengar kata-kata terakhir Tipah. Buatnya abang Rizz menggila malam ni, apa yang harus aku lakukan? Lagi-lagi dengan keadaan kakiku yang belum pulih sepenuhnya. Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan aku. Melayang tinggi telefon kesayanganku. Nasib baik jatuh di atas katil. Kalau jatuh ke lantai, hancur berderailah jawabnya. Rupa-rupanya abang Rizz masuk ke dalam bilik. Kakinya melangkah ke ampaian ditepi alamari lalu mencapai tuala yang telah tersedia. Sekelip mata abang Rizz hilang di sebalik pintu bilik air.
Aku menghela nafas yang panjang. Sejak peristiwa tadi, abang Rizz masih dengan kelakuannya. Tidak berperasaan. Nasib baik kejadian tadi tidak mengubah sikapnya. Segera aku menyarung telekung dan menunaikan solat asar yang telah penghujung. Sejak-sejak kakiku tercedera, aku terpaksa solat duduk memandangkan pergelangan kakiku masih belum penuh sepenuhnya.
Usai solat asarku, abang Rizz keluar dari bilik air. Berkubang ke apa kat dalam bilik air tu desisku di dalam hati. Aku memerhati setiap gerak geri abang Rizz. Dari abang Rizz mengambil baju sehinggalah baju itu tersarung di badannya.
‘Mata tu dah tak da kerja mengintai orang?’ sergah abang Rizz.
Gulp! Tertelan air liur aku disergah abang Rizz. Macam mana mamat tu perasan aku tengah mengintai dia. Mata dah mengalahkan mata helang.
‘Intai apa nya? Siapa suruh buat semua tu dalam bilik ni. Punyalah besar papa buat bilik air. Tak nak pulak gunakan.’
‘Mulut tu kerja nak menjawab je. Kalau tak menjawab tak sah!’
‘Ahah! Papa hantar Hana pergi uni tu untuk belajar menjawab. Menjawab cakap abang Rizz. Puas hati!’ geramku tidak terbendung lagi. Sengaja aku membakar perasaan abang Rizz.
‘Elok la tu. Lepas ni tak payah pergi uni lagi. Nak menjawab cakap orang tak payah susah-susah nak belajar tinggi-tinggi.’ Abang Rizz juga tidak mahu mengalah. Dalam tak sedar abang Rizz telah berdiri di sisi katil.
‘Apa pulak? Bertambahlah ilmu Hana untuk menjawab cakap ...” belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, satu ciuman singgah di bibirku.’ Aku panasaran.
‘Asal senyap? Menjawablah lagi.
Main tipu! Boleh pulak main ambushed macam tu je. Aku ni pun satu. Lepas kena ambushed dengan abang Rizz, langsung mulut ni terkatup rapat. Dari aku terus duduk di dalam bilik ni, baik aku keluar sebelum singa kelaparan membahamku. Aku cuba turun dari katil namun tubuh abang Rizz menghalang laluanku.
‘Tepilah!’ tempikku.
‘Siapa suruh keluar?’
‘Ada Hana kisah! Kaki Hana, suka hati Hana lah nak pergi mana!’ darahku mula mendidih. Aku cuba tolak tubuh abang Rizz ke tepi tapi usahaku membuang masa sahaja. Tak bergerak langsung.
‘Tepilah abang Rizz. Hana nak keluar.’ Ulangku sekali lagi dengan nada yang lebih lembut.
‘Kalau tak ketepi, nak buat apa? Abang Rizz masih dengan sikap acuh tak acuhnya.
‘Okay! Kalau abang Rizz tak nak berganjak, Hana jerit. Biar satu rumah ni tahu.’ Gertakku.
‘Elok jugak. Jeritlah.’

Belum pun sempat aku menjerit, pintu bilik diketuk dari luar. Aku cuba turun katil sekali lagi abang Rizz menolak tubuhku. Penyudahnya aku terbaring semula di atas katil. Abang Rizz menapak ke pintu bilik. Kedengaran suara mak Jah berbincang sesuatu dengan abang Rizz. Habis sahaja mak Jah menyampaikan pesanan, abang Rizz terus keluar dari bilik.

Comments

  1. Bestttt....
    Dah lme tggu smbgnye...
    Nak lg plsssss

    ReplyDelete
  2. akhirnya keluar juga part baru... lama menunggunya

    ReplyDelete
  3. Lagi Kak... sabar menunggu....

    ReplyDelete
  4. Should there be another persuasive post you can share next time, I’ll be surely waiting for it. Neppy Melange

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22