Abangku Suamiku Bab 6

Dua minggu telah berlalu. Kakiku beransur pulih. Selama dua minggu tu jugaklah aku dirawat oleh doktor tak terlatih a.k.a suamiku tercenta. Dah macam mak nenek gayanya. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sampai mama pun angkat tangan surrender.
Hari pertama menghadiri kuliah selepas dua minggu aku terperap di rumah. Apa yang lebih dramatik, pergi balik aku dihantar dan dijemput oleh abang Rizz. Berjalan dengan menggunakan tongkat taklah serimas hidup disamping abang Rizz.
Berlari-lari Tipah mendapatkan aku yang terkedek-kedek berjalan menggunakan tongkat. Mika hanya memandang dari jauh. ‘Warghh!! Rindunya aku kat kau Hana.’ Jerit Tipah selamba.
‘Kau ni buat malu je la Tipah.’ Rungutku geram.
‘Asal pulak? Kau tak suka jumpa aku ke?’
‘Bila masa aku cakap macam tu?’
‘Habis tu?’ Tipah memintas percakapanku.
‘Ye lah. Tak kan kau nak satu uni ni tahu aku baru datang kuliah?’
Tipah tersengih malu. ‘Sorrylah. Aku terlebih teruja tadi.’
Aku dan Tipah mendapatkan Mika yang setia menunggu kami di bangku yang disediakan. ‘Kau macam tak excited jumpa aku je Mika?’ tegurku untuk kepastian.
‘Nak terjojol biji mata laki kau pandang aku dari jauh. Ni kan kalau aku datang dekat tadi. Tak pasal-pasal jadi arwah aku.’
‘Sorrylah Mika sebab abang Rizz, kau jadi tak selesa.’ Ucapku serba salah.
It’s okaylah Hana. Jom kita breakfast dulu sebelum kuliah mula.’ Mika mengajakku dan menarik tanganku sekali.
Baru je aku ingin menyua mee goreng ke dalam mulut, suara yang tidak ingin ku dengari menyapa gegendang telingaku. ‘How your leg dear?’
Meremang bulu romaku mendengar panggilan yang digunakan oleh Ikmal. Mamat ni pun satu. Tak faham bahasa agaknya. Dah berbuih mulut aku cakap dekat dia yang aku ni tak suka dia. ‘Just a minor injured. Don’t worry about me Ikmal.’
‘Mestilah I risaukan you Hana. Biar I tengok kaki you.’ Ikmal selamba ingin menyentuh kakiku tetapi sempatku elak.
Stop it Ikmal. You tak perlu ambil berat pasal I. Cukup my family, Tipah and Mika take care of me.’ Tergesa-gesa aku bangun untuk mengelak dari disentuh oleh Ikmal.
Tongkat di tepi kerusi ku capai. Aku beredar meninggalkan Mika dan Tipah bersama Ikmal. Tipah dan Mika terkejut dengan tindakanku turut mengekoriku dari belakang. Terasa ada tangan menyentuh bahuku terus keluar silat kuntauku. Pantas je tanganku memulas empunya tangan sekali, suara yang meraung adalah milik Tipah.
‘Sakitlah Hana. Sakit-sakit pun boleh pulak kau pulas tangan aku.’ Sindir Tipah.
‘Aku ingatkan Ikmal yang sentuh aku. Kau pun satu, asal tak panggil tadi. Tak pasal-pasal dah kena pulas tangan tu.’
‘Hehehe.. Aku lupa sebab termengah-mengah kejar kau.’
Aku melihat sekeliling. Mencari kelibat Mika. ‘Mika mana?’ soalku.
‘Hai. Yang sakit kaki kau bukannya otak kau. Kau dah lupa ke yang Mika tu fakulti mana?’
‘Mulut kau ni Tipah mengalahkan pisau belati. Sekali cakap sakit sampai dalam.’ Geramku melihat sahabat baik aku ni.
‘Hurgh!! Tak nak kau la Hana.’
‘Tak nak kawan sudah!’
Hana mengeliat badannya. Lenguh sendi-sendinya bila terperap lama dalam dewan kuliah. Tipah disebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Hana menjeling Tipah disebelahnya.
‘Sibuk je ikut orang.’ Leter Hana.
‘Hamboi! Siapa yang merajuk sekarang ni. Aku ke kau Hana?’ Tipah confuse.
‘Ahah! Siapa yang merajuk sebenarnya. Bukan aku ke?’
‘Banyaklah. Kau nak duduk sini sampai bila? Aku dah lapar. Nak isi perut yang dah bising minta diisi.’ Terang Tipah yang mula mengemas bukunya.
‘Saja je buat kau angin. Kau ingat aku suka sangat duduk dalam dewan ni. Kalau bukan sebab nak cari ilmu, dah lama aku duduk dalam bilik aku. Seperti di syurga. Kau ingat perut kau je yang dah berbunyi, perut aku ni dah entah apa bunyinya. Kalau bukan sebab pasal mamat ting tong tu, dah selamat mee goreng aku pagi tadi.’
Kata-kataku mengingatkan Tipah kejadian pagi tadi. Bukan setakat aku, dia dan Mika juga turut sama tidak menjamah sarapan pagi mereka. ‘Hoi Hana! Tunggu aku!’ teriak Tipah yang baru tersedar Hana telah berada di muka pintu dewan. Aku tersengih sehingga ke telinga. Masa-masa tu lah nak berangan.
‘ Berangan lagi.’
Tak cukup kaki Tipah mengejarku. Mencungap jugaklah Tipah. Kami berjalan beriringan. Terasa jauh pulak kafeteria aku rasakan. Dah naik lenguh kakiku berjalan. Aku berhenti seketika. Tipah memandangku kehairanan.
‘ Kau kenapa Hana? Tiba-tiba je kau berhenti.’ Tipah memandangku atas bawah.
‘ Aku penatlah Tipah. Terasa jauh pulak cafeteria.’
‘ Kau jangan cakap yang kau dah ......’
‘Kau jangan nak merepek Tipah! Aku penat sebab aku berjalan guna tongkat ni ha.’ Sampukku. Sampai ke situ Tipah berfikir. Memanglah aku tidur sekatil dengan abang Rizz tapi tak da lah jauh sampai yang difikirkan Tipah.
Tipah memuncungkan bibirnya. Dia sekadar bergurau dengan temannya. Angin putting beliung Hana tiba-tiba datang. Tak pasal-pasal Hana menyemburnya percuma sahaja. Mika  yang sedia menanti dengan wajah yang sama seperti Tipah. Macam ada chemistry je budak dua ketul ni desisku di dalam hati.
‘Yang sebelah aku dah muncung itik, kau pulak Mika nak muncung apa pulak?’ sindirku tajam.
‘Sedap je mulut kau kan Hana. Muncung mak ni mahal. Tak macam muncung itik si Tipah tu! Tak da class tau!’ ajuk Mika dengan gaya adik-adik.
‘Kau ni kan tak sayang mulut ek Mika. Ada yang mulut Jeniffer Lopez kena cili dengan aku kang.’ menyirap darah Tipah.
‘Stop it guys! Dah macam drama melayu pulak korang berdua ni. Aku dah lapar tahap dewa. Elok-elok aku makan nasi, kang tak pasal-pasal aku baham korang berdua.’ Pening kepala aku dengan dua orang sahabatku yang ala-ala retis gitu.
‘Ye lah mak datin. Mak datin nak makan apa?’ serentak Mika dan Tipah menyoal.
Aku tersenyum lebar. Bagai tuan puteri aku dilayan oleh Mika dan Tipah. Bukanlah niatku untuk membuli sahabat-sahabatku tapi Mika dan Tipah beriya-iya hendak melayanku. Aku apa lagi. Jadi ‘mem’ besarlah harini. Baru je nak berangan duk kat kayangan, mendengar suara yang amat aku benci tiba-tiba menyapa gegendang telingaku.
‘Ingatkan serius kecederaan kaki tu? Dah boleh pergi kuliah tu dah kira sembuhlah tu!’ sinis teguran Zara Arlysa a.k.a sepupu aku. Aku pun hairan tengok Zara ni. Ntah dari keturunan manalah dia ni. Papa dan mama dia punyalah baik. Anak mengalahkan jin toncet. Kalau cakap main ikut sedap mulut je. Tak hengat perasaan orang lain.
‘Ni sejak bila jadi wartawan melodi ni? Kepoci sangat.’ pedas teguran Tipah.
‘Ai! Tuan punya badan tak berbunyi, orang lain pulak yang berbunyi.’ Zara tidak mahu mengalah.
Kalau aku biarkan, alamat perang dunia entah ke berapa kali pun aku tak tahu. Budak dua ketul ni pantang berjumpa. Silap hari bulan meletus gunung berapi dibuatnya.
Mine your business Arlysa. Aku tak buka mulut dah cukup baik buat kau. Jangan sampai aku buka mulut. Silap hari bulan ke kuliah pun kau tak nak datang. I have warned you!’ tegas suaraku menitipkan kata-kata peringatan buat sepupu tersayang aku. Hanya dengan cara ni sahaja yang boleh membuatkan Arlysa menghilangkan diri buat seketika.
Arlysa hanya menekur pandangan di lantai. Keberaniannya hilang tiba-tiba apabila Hana mula bersuara. Kawan-kawan di sebelahnya menolak sesame sendiri. Tidak betah untuk menunggu lama, aku menarik tangan Mika dan Tipah beredar ke kafeteria.
Elok sedap aku berpimpinan tangan, aku terpandang wajah singa kelaparan melihatku. Automatik pegangan tanga Mika terlerai. Sebelum berlaku apa-apa, aku menyuruh Tipah dan Mika beredar. Dengan wajah selamba, aku menapak menuju ke arah kereta.
Belum pun sempat aku membuka pintu kereta, abang Rizz terlebih dahulu menyandar badannya di pintu kereta. Aku cuba menarik tetapi tidak berdaya. Riak wajah abang Rizz masih riak wajah yang sama ku lihat seawal tadi. Ligat kepalaku memikirkan helah.
Ting! Helah terbaik telah tiba. Kita tengok apa yang akan terjadi dengan singa kelaparan dipukul dengan tongkat besiku.
Here I come!!!

Hanya dengan sekali ayunan, terloncat-loncat abang Rizz dibuatnya. Peluang yang terbuka luas tidak ku sia-siakan. Aku terus meloloskan diri ke dalam perut kereta. Sempat lagi aku merakam gambar lucu abang Rizz untuk dibuat senjata di kemudian hari. Terencut-encut abang Rizz masuk ke dalam kereta. Aku mengalih pandanganku ke arah bertentangan. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur laju membelah jalan raya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22