Abangku Suamiku Bab 6
Dua
minggu telah berlalu. Kakiku beransur pulih. Selama dua minggu tu jugaklah aku
dirawat oleh doktor tak terlatih a.k.a suamiku tercenta. Dah macam mak nenek
gayanya. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sampai mama pun angkat tangan surrender.
Hari
pertama menghadiri kuliah selepas dua minggu aku terperap di rumah. Apa yang
lebih dramatik, pergi balik aku dihantar dan dijemput oleh abang Rizz. Berjalan
dengan menggunakan tongkat taklah serimas hidup disamping abang Rizz.
Berlari-lari
Tipah mendapatkan aku yang terkedek-kedek berjalan menggunakan tongkat. Mika
hanya memandang dari jauh. ‘Warghh!! Rindunya aku kat kau Hana.’ Jerit Tipah
selamba.
‘Kau
ni buat malu je la Tipah.’ Rungutku geram.
‘Asal
pulak? Kau tak suka jumpa aku ke?’
‘Bila
masa aku cakap macam tu?’
‘Habis
tu?’ Tipah memintas percakapanku.
‘Ye
lah. Tak kan kau nak satu uni ni tahu aku baru datang kuliah?’
Tipah
tersengih malu. ‘Sorrylah. Aku
terlebih teruja tadi.’
Aku
dan Tipah mendapatkan Mika yang setia menunggu kami di bangku yang disediakan.
‘Kau macam tak excited jumpa aku je
Mika?’ tegurku untuk kepastian.
‘Nak
terjojol biji mata laki kau pandang aku dari jauh. Ni kan kalau aku datang
dekat tadi. Tak pasal-pasal jadi arwah aku.’
‘Sorrylah
Mika sebab abang Rizz, kau jadi tak selesa.’ Ucapku serba salah.
‘It’s okaylah Hana. Jom kita breakfast
dulu sebelum kuliah mula.’ Mika mengajakku dan menarik tanganku sekali.
Baru
je aku ingin menyua mee goreng ke dalam mulut, suara yang tidak ingin ku
dengari menyapa gegendang telingaku. ‘How
your leg dear?’
Meremang
bulu romaku mendengar panggilan yang digunakan oleh Ikmal. Mamat ni pun satu.
Tak faham bahasa agaknya. Dah berbuih mulut aku cakap dekat dia yang aku ni tak
suka dia. ‘Just a minor injured. Don’t
worry about me Ikmal.’
‘Mestilah
I risaukan you Hana. Biar I tengok
kaki you.’ Ikmal selamba ingin menyentuh kakiku tetapi sempatku elak.
‘Stop it Ikmal. You tak perlu ambil berat
pasal I. Cukup my family, Tipah and
Mika take care of me.’ Tergesa-gesa
aku bangun untuk mengelak dari disentuh oleh Ikmal.
Tongkat
di tepi kerusi ku capai. Aku beredar meninggalkan Mika dan Tipah bersama Ikmal.
Tipah dan Mika terkejut dengan tindakanku turut mengekoriku dari belakang.
Terasa ada tangan menyentuh bahuku terus keluar silat kuntauku. Pantas je
tanganku memulas empunya tangan sekali, suara yang meraung adalah milik Tipah.
‘Sakitlah
Hana. Sakit-sakit pun boleh pulak kau pulas tangan aku.’ Sindir Tipah.
‘Aku
ingatkan Ikmal yang sentuh aku. Kau pun satu, asal tak panggil tadi. Tak
pasal-pasal dah kena pulas tangan tu.’
‘Hehehe..
Aku lupa sebab termengah-mengah kejar kau.’
Aku
melihat sekeliling. Mencari kelibat Mika. ‘Mika mana?’ soalku.
‘Hai.
Yang sakit kaki kau bukannya otak kau. Kau dah lupa ke yang Mika tu fakulti
mana?’
‘Mulut
kau ni Tipah mengalahkan pisau belati. Sekali cakap sakit sampai dalam.’
Geramku melihat sahabat baik aku ni.
‘Hurgh!!
Tak nak kau la Hana.’
‘Tak
nak kawan sudah!’
Hana
mengeliat badannya. Lenguh sendi-sendinya bila terperap lama dalam dewan
kuliah. Tipah disebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Hana menjeling
Tipah disebelahnya.
‘Sibuk
je ikut orang.’ Leter Hana.
‘Hamboi!
Siapa yang merajuk sekarang ni. Aku ke kau Hana?’ Tipah confuse.
‘Ahah!
Siapa yang merajuk sebenarnya. Bukan aku ke?’
‘Banyaklah.
Kau nak duduk sini sampai bila? Aku dah lapar. Nak isi perut yang dah bising
minta diisi.’ Terang Tipah yang mula mengemas bukunya.
‘Saja
je buat kau angin. Kau ingat aku suka sangat duduk dalam dewan ni. Kalau bukan
sebab nak cari ilmu, dah lama aku duduk dalam bilik aku. Seperti di syurga. Kau
ingat perut kau je yang dah berbunyi, perut aku ni dah entah apa bunyinya.
Kalau bukan sebab pasal mamat ting tong tu, dah selamat mee goreng aku pagi
tadi.’
Kata-kataku
mengingatkan Tipah kejadian pagi tadi. Bukan setakat aku, dia dan Mika juga
turut sama tidak menjamah sarapan pagi mereka. ‘Hoi Hana! Tunggu aku!’ teriak
Tipah yang baru tersedar Hana telah berada di muka pintu dewan. Aku tersengih
sehingga ke telinga. Masa-masa tu lah nak berangan.
‘
Berangan lagi.’
Tak
cukup kaki Tipah mengejarku. Mencungap jugaklah Tipah. Kami berjalan
beriringan. Terasa jauh pulak kafeteria aku rasakan. Dah naik lenguh kakiku
berjalan. Aku berhenti seketika. Tipah memandangku kehairanan.
‘
Kau kenapa Hana? Tiba-tiba je kau berhenti.’ Tipah memandangku atas bawah.
‘
Aku penatlah Tipah. Terasa jauh pulak cafeteria.’
‘
Kau jangan cakap yang kau dah ......’
‘Kau
jangan nak merepek Tipah! Aku penat sebab aku berjalan guna tongkat ni ha.’
Sampukku. Sampai ke situ Tipah berfikir. Memanglah aku tidur sekatil dengan
abang Rizz tapi tak da lah jauh sampai yang difikirkan Tipah.
Tipah
memuncungkan bibirnya. Dia sekadar bergurau dengan temannya. Angin putting
beliung Hana tiba-tiba datang. Tak pasal-pasal Hana menyemburnya percuma
sahaja. Mika yang sedia menanti dengan
wajah yang sama seperti Tipah. Macam ada chemistry
je budak dua ketul ni desisku di dalam hati.
‘Yang
sebelah aku dah muncung itik, kau pulak Mika nak muncung apa pulak?’ sindirku
tajam.
‘Sedap
je mulut kau kan Hana. Muncung mak ni mahal. Tak macam muncung itik si Tipah
tu! Tak da class tau!’ ajuk Mika
dengan gaya adik-adik.
‘Kau
ni kan tak sayang mulut ek Mika. Ada yang mulut Jeniffer Lopez kena cili dengan
aku kang.’ menyirap darah Tipah.
‘Stop
it guys! Dah macam drama melayu pulak korang berdua ni. Aku dah lapar tahap
dewa. Elok-elok aku makan nasi, kang tak pasal-pasal aku baham korang berdua.’
Pening kepala aku dengan dua orang sahabatku yang ala-ala retis gitu.
‘Ye
lah mak datin. Mak datin nak makan apa?’ serentak Mika dan Tipah menyoal.
Aku
tersenyum lebar. Bagai tuan puteri aku dilayan oleh Mika dan Tipah. Bukanlah
niatku untuk membuli sahabat-sahabatku tapi Mika dan Tipah beriya-iya hendak
melayanku. Aku apa lagi. Jadi ‘mem’ besarlah harini. Baru je nak berangan duk
kat kayangan, mendengar suara yang amat aku benci tiba-tiba menyapa gegendang
telingaku.
‘Ingatkan
serius kecederaan kaki tu? Dah boleh pergi kuliah tu dah kira sembuhlah tu!’
sinis teguran Zara Arlysa a.k.a sepupu aku. Aku pun hairan tengok Zara ni. Ntah
dari keturunan manalah dia ni. Papa dan mama dia punyalah baik. Anak
mengalahkan jin toncet. Kalau cakap main ikut sedap mulut je. Tak hengat
perasaan orang lain.
‘Ni
sejak bila jadi wartawan melodi ni? Kepoci sangat.’ pedas teguran Tipah.
‘Ai!
Tuan punya badan tak berbunyi, orang lain pulak yang berbunyi.’ Zara tidak mahu
mengalah.
Kalau
aku biarkan, alamat perang dunia entah ke berapa kali pun aku tak tahu. Budak
dua ketul ni pantang berjumpa. Silap hari bulan meletus gunung berapi
dibuatnya.
‘Mine your business Arlysa. Aku tak buka
mulut dah cukup baik buat kau. Jangan sampai aku buka mulut. Silap hari bulan
ke kuliah pun kau tak nak datang. I have
warned you!’ tegas suaraku menitipkan kata-kata peringatan buat sepupu
tersayang aku. Hanya dengan cara ni sahaja yang boleh membuatkan Arlysa
menghilangkan diri buat seketika.
Arlysa
hanya menekur pandangan di lantai. Keberaniannya hilang tiba-tiba apabila Hana
mula bersuara. Kawan-kawan di sebelahnya menolak sesame sendiri. Tidak betah
untuk menunggu lama, aku menarik tangan Mika dan Tipah beredar ke kafeteria.
Elok
sedap aku berpimpinan tangan, aku terpandang wajah singa kelaparan melihatku. Automatik
pegangan tanga Mika terlerai. Sebelum berlaku apa-apa, aku menyuruh Tipah dan
Mika beredar. Dengan wajah selamba, aku menapak menuju ke arah kereta.
Belum
pun sempat aku membuka pintu kereta, abang Rizz terlebih dahulu menyandar
badannya di pintu kereta. Aku cuba menarik tetapi tidak berdaya. Riak wajah
abang Rizz masih riak wajah yang sama ku lihat seawal tadi. Ligat kepalaku
memikirkan helah.
Ting!
Helah terbaik telah tiba. Kita tengok apa yang akan terjadi dengan singa
kelaparan dipukul dengan tongkat besiku.
Here
I come!!!
Hanya
dengan sekali ayunan, terloncat-loncat abang Rizz dibuatnya. Peluang yang
terbuka luas tidak ku sia-siakan. Aku terus meloloskan diri ke dalam perut
kereta. Sempat lagi aku merakam gambar lucu abang Rizz untuk dibuat senjata di
kemudian hari. Terencut-encut abang Rizz masuk ke dalam kereta. Aku mengalih
pandanganku ke arah bertentangan. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur laju
membelah jalan raya.
update lg
ReplyDeletecoming soon
ReplyDeleteShould there be another persuasive post you can share next time, I’ll be surely waiting for it. Triblend Melange
ReplyDelete