Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 28
BAB 28
Hafni
terjaga dari tidurnya. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Hampir lapan
setengah pagi. Subuhnya terbabas. Badannya terasa sejuk lebih daripada biasa.
Pandangannya ditala ke tubuhnya. Alangkah terkejut dia melihat tubuhnya tanpa
seurat benang. Comforter ditarik menutup tubuhnya.
Bergegar bilik utama dengan jeritan Hafni.
Lena Luqman terganggu. Dalam
keadaan mamai, dia bangun dan duduk menghadap isterinya. ‘Sayang kenapa ni?’
Sekali lagi Hafni menjerit.
Luqman tidak sedar dengan keadaannya.
‘Sayang kenapa ni?’ Cuba
cakap. Kalau sayang jerit-jerit, mana abang nak tahu.’ mata Luqman menjadi segar
akibat dari jeritan Isterinya. Luqman masih tidak menyedari tiada kain yang
membaluti tubuhnya.
Disebabkan malu untuk
memberitahu Luqman, Hafni sekadar menunjuk menggunakan jarinya. Baru Luqman
tersedar. Pastinya peristiwa semalam membuat isterinya menjerit sakan. Luqman
menarik comforter menutup tubuhnya.
‘Abang janji dengan Af yang
abang akan sentuh Af bila Af dah bersedia. Abang mungkir janji.’ luah Hafni
tersekat-sekat sambil menahan air matanya yang bila-bila masa boleh gugur.
‘Okay….Okay…. Abang minta
maaf. Tak kan sayang tak ingat apa-apa sebelum peristiwa semalam? Cuba sayang
ingat balik.’
Berkerut dahi Hafni cuba
mengingati semula apa yang berlaku. Seingatnya, Luqman menjemputnya pulang dari
latihan silat. Sampai di rumah, hujan mula turun dengan lebatnya. Ketika hendak
melelapkan mata, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Dia sememangnya fobia
dengan bunyi guruh. Lebih-lebih lagi apabila hujan lebat. Untuk menghilangkan
rasa takutnya, dia memeluk bantal. Sayangnya, semalam bantalnya hilang entah ke
mana. Luqmanlah yang menjadi mangsa. Hafni menepuk dahi. Baru dia menyedari
semuanya berpunca dari dirinya sendiri.
‘Memang betullah Af yang
peluk abang tapi abang tak patutlah ambil kesempatan dekat Af. Af takut dengan
bunyi guruh. Lagi-lagi hujan lebat.’ Suara Hafni menunjukkan dia masih tidak
berpuas hati dengan Luqman.
‘Listen here sayang. Memang lah abang
tak berniat pun sebenarnya tapi dah sayang peluk abang semalam. Hujan lebat
pulak tu. Pastu sayang tak menolak pulak. Abang ingatkan sayang dah ready.
Apa pun abang minta maaf.’ Luqman tidak mahu memanjangkan isu yang kecil.
Biarlah dia beralah.
Hafni
senyap. Bila difikirkan, memang silapnya juga. Dia sendiri pun tidak sedar apa
yang telah berlaku. Macam tak percaya dia tidak menolak permintaan suaminya.
Luqman mememang bahu isterinya. ‘Sayang tak payah risau. Kalau apa-apa teradi
dekat sayang, abang kan ada. Memang tanggungjawab abang. Tak da siapa yang
boleh menafikannya.
Lidah
Hafni kelu. Segala kata-kata suaminya dicerna sebaik mungkin. Akhirnya Hanfi hanya
menganggukkan kepala bersetuju dengan Luqman. Luqman tersenyum girang. Segala
masalahnya telah selesai. Luqman mendekati Hafni.
‘Kalau
macam tu, abang nak ……….’ Bisik Luqman di telinga Hafni.
Terkejut
dengan permintaan suaminya, laju tangannya mengetam badan Luqman yang sasa.
Meraung Luqman di buatnya.
Merepek
sahaja permintaan suaminya pada siang-siang hari. ‘Abang jangan nak
mengada-ngada. Af nak mandi.’
‘Bagus
jugak idea sayang tu. Jom kita mandi sama-sama.’ Luqman telah pun berura-ura
untuk turun katil sekali.
‘Abang……………!!!’
jerit Hafni.
Siap
berpakaian, Hafni turun ke dapur menyiapkan sarapan buat suaminya. Nasi goring
menjadi menu sarapan mereka pada hari cuti. Luqman tersandar kekenyangan.
Berselera dia makan masakan Hafni. Selesai mengemas, Hafni duduk di hadapan
Luqman. ‘Abang ada pergi mana-mana hari ni?’
‘Abang
tak pergi mana-mana pun hari ni. Kenapa sayang?’
‘Hmmmm….
Af ingat nak balik rumah umi. Rindulah kat umi dan walid. Boleh kita pergi
lawat umi dan walid Af?’
‘Abang
tak da masalah. Lagipun dah lama kita tak jenguk umi dan walid. Apa khabarlah
mereka kat sana? Sayang telefon dulu. Takut pulak kalau-kalau umi dan walid tak
da kat rumah.’ pesan Luqman.
Hafni
teruja untuk pulang ke rumah umi dan walidnya. Rindunya semakin menebal. Nasib
baiklah dia menelefon uminya lebih awal. Jika dia terlewat, pasti umi dan
walidnya telah bertolak ke Sepang untuk melawat saudaranya yang baru pulang
dari mengerjakan umrah.
Hafi
dan Luqman tiba di rumah umi dan walid Hafni. Haji Hadi dan Hajah Azizah
menyambut kedatangan anak menantunya. Lama Hafni memeluk uminya melepaskan
rindu.
‘Umi
dan walid sihat? Af dan Luqman minta maaf sebab tak dapat nak jenguk umi dan
walid kebelakangan ni. Kerja melambak di pejabat.’ Hafni rasa bersalah terhadap
orang tuanya.
‘Umi
dan walid sihat. Walid faham. Tak payahlah nak risaukan umi dan walid, Af pun
dah ada keluarga untuk diuruskan.’ Haji Hadi memujuk anaknya.
Lega
Hafni mendengar kata-kata walidnya. Luqman yang berada di sebelahnya sekadar
tersenyum. Rancak mereka berbual hingga masa terlalu mencemburui mereka. Jam di
dinding menunjukkan tepat pukul satu petang.
‘Ya
Allah. Dah pukul satu rupanya. Tak makanlah kita bang oi. Masing-masing
berborak sampai tak sedar langsung.’ Hajah Azizah mula tidak tentu arah.
Hafni
mengekek ketawa melihat telatah uminya. Ada-ada saja uminya. ‘Pandai betullah
umi ni berlakon. Ye ke kita tak makan tengah hari ni walid? Hidung Af ni dari tadi
terbau sambal belacan. Makan dengan bende pun sodap ni.’
‘Bila
umi dengar je Af dan Luqman nak balik, cepat-cepat dia dia masak. Langsung dia
lupa nak pergi lawat saudara maranya. Tajam betul hidung Af dapat bau sambal
belacan yang umi buat.’ sokong Haji Hadi.
Panjang
muncung Hajah Azizah. Suaminya tidak berpihak padanya. ‘Abang ni tak boleh di
buat kawan langsung. Patutnya sokonglah saya. Ni tak, anak kesayangan abang
jugak yang disokongnya. Saya nak merajuklah macam ni.’
‘Ala
Zah oi….. Dah tak cukup ke awak bermanja dengan saya. Bagilah peluang kat Af ni
pulak. Anak awak jugak?’
Riuh
ruang tamu Haji Hadi dan Hajah Azizah dengan hilai tawa. Sekali sekala
anak-anaknya pulang menghilangkan rasa rindu yang bertandang. Hajah Azizah
bangun lalu menuju ke dapur untuk menyiapkan juadah makan tengah hari. Hafni
mengekori uminya dari belakang. Semasa di dapur, Hajah Azizah sempat bertanya
sesuatu kepada Hafni.
‘Macam
mana dah berumah tangga ni Af?’
‘Alhamdulillah
umi. Tanggungjawab dah semakin besar.’
‘Umi
harap Af dapat mengurus rumah tangga dengan baik. Adat rumahtangga, ada pasang
surutnya. Kadang-kadang baik kadang-kadang ada salah faham. Umi harap Af tak
cepat melatah.’
‘Insyallah
umi. Semua nasihat umi, Af akan jadikan panduan.’ jawab Hafni sementara
tangannya ligat menyusun pinggan.
Siap
menyusun pinggan di meja, Hafni menghidang lauk yang telah siap disenduk oleh
uminya. Tiba-tiba uminya menarik tangan Hafni agar lebih dekat dengannya. ‘Umi
nak tanya sikit, Af dah ada apa-apa ke?’
Hafni
tidak faham dengan maksud uminya. ‘Ada apa-apa umi? Af tak faham.’
‘Muntah-muntah
ker?’
‘Hah!
Muntah-muntah?’ baru Hafni mengerti maksud uminya. Perasaan malunya tiba-tiba
datang.
Baru
enam bulan Af kahwin umi. Tak kan awal sangat kot nak berisi. Tunggulah Rose berisi
dulu barulah giliran Af pulak.’
‘Tak
pe lah. Belum ada rezeki lagi. Umi sekadar bertanya je. Kira tak lama lagilah
giliran Af.’ tutur Hajah Azizah.
Hafni
pelik dengan kata-kata uminya. Apa maksud uminya dengan tak lama lagi
gilirannya pula. Kenapalah harini otaknya lambat untuk mencernakan maklumat
yang diterima.
‘Maksud
umi dengan tak lama lagi apa ek?’ tiba-tiba Hafni menjadi blur.
Hajah
Azizah tersengih. Pasti anaknya belum mengetahui berita gembira dari Rose.
‘Kelmarin, mama Luqman ada telefon umi. Katanya Rose dah ada isi. Tak silap umi
dah masuk tiga bulan dah.’
Jatuh
rahang Hafni. Kenapa Rose tidak memberitahunya tentang khabar gembira yang dia
teah mengandung. Berita yang baru disampaikan oleh uminya sedikit sebanyak
menggangu ruang fikirannya. Ikutkan hatinya, mahu saja dia memandu ke rumah
Rose. Hafni tiba-tiba membisu. Hajah Azizah perasan dengan perubahan sikap
anaknya. Pastinya hal Rose. Memahami dengan apa yang ditanggung oleh anaknya,
Hajah Azizah lebih banyak mendengar perbualan suaminya dengan Luqman. Sekali
sekala sahaja dia mencelah.
Luqman
tersandar kekenyangan buat kali kedua. Kali pertama ketika menikmati masakan
isteri pagi tadi dan kali kedua menikmati makanan masakan uminya. Apa tidaknya,
dia jarang dapat merasai masaka ibu mertuanya. Hajah Azizah ke ruang tamu
dengan menatang dulang berisi potongan buah-buahan untuk pencuci mulut mereka.
Hajah Azizah mencari kelibat Hafni. ‘Af mana Luq?’
Haji
Hadi tersenyum. Takut benar isterinya melihat ketiadaan anak kesayanganya. ‘Tak
hilang pun anak awak Zah oi.’
Hajah
Azizah geram. Pantas lengan suaminya dicubit.
‘Af
naik ke atas kejap umi. Katanya nak telefon seseorang. Penting.’ jawab Luqman.
Hajah
Azizah maklum siapa yang dihubungi oleh anaknya. Pasti anaknya ingin mengetahui
kebenaran tentang berita yang baru disampaikan tadi.
‘Luq
dengan Af tidur sini ker?’ tiba-tiba Haji Hadi bertanya.
‘Rancangannya
macam tu la walid. Itupun kalau tak mengganggu walid dan umi.’
Melebar
senyuman Hajah Azizah. Rindunya dengan Hafni masih belum terubat.
Sekurang-kurangnya dengan adanya Hafni dan Luqman bermalam di rumah mereka
dapatlah mengubat rindu yang terpendam..
‘Eloklah
tu Luq. Umi kamu ni katanya dah rindu sangat dengan anak kesayangannya. Anak
manjalah katakana.’
‘Eh
saya pulak yang kena. Bukan anak kesayangan abang jugak ker?’ celah Hajah
Azizah.
‘Luq
minta maaf banyak-banyak sebab umi, walid. Sebab tak dapat nak jenguk umi dan
walid beberapa bulan ni.’ Luqman rasa bersalah.
‘Tak
pe Luq. Umi dan walid faham. Lagi-lagi pulak kamu tu orang berniaga. Kalau tak
kerja, mana nak dapat untungnya.’ Haji Hadi memahami situasi menantunya.
Luqman
lega kerana mendapat leuarga mentua yang memahami kerjayanya. Dalam diam dia
berjanji pada dirinya sendiri agar cuba menjeguk orang tuanya sekurang-kurangnya
sebulan sekali. Walau sesibuk mana pun seseorang tu, ibu bapalah tulang
belakang yang sentiasa menyokong.
‘Hai…
Lama betul isteri kamu telefon kawan dia Luq. apalah yang penting sangat si
Hafni tu.’ tegur walidnya.
‘Entahlah
walid. Luq pun tak tahu. Kalau macam tu, Luq naik dulu tengokkan si Af tu. Alang-alang tu, boleh jugak Luq solat
zuhur sekali.’ Luqman meminta diri untuk naik ke bilik. Hajah Azizah dan Haji
Hadi sekadar mengagguk.
Baru
sahaja tangan Luqman ingin menolak daun pintu, kedengaran suara isterinya
sedang berborak dengan seseorang. Cemburunya tiba-tiba menerjah. Telinganya di
dekatkan ke pintu mencuri dengar perbualan isterinya.
‘Sampai
hati kau buat aku macam ni kan. Kenapa aku jadi orang yang terakhir untuk
berita segembira ni. Kau dah Tak sayang aku ker?’ rengek Hafni.
‘Maaflah
Af. Memang aku nak bagitahu kau dulu, masalahnya aku mabuk teruk sangat. Kalau
kau nak tahu, kaulah orang pertama yang nak aku bagitahu dulu. Masalahnya belum
sempat aku nak dail nombor kau, aku dah tumbang. Nasib baik Zaufi ada dekat
umah masa tu.’
‘Okay.
Nasib baik kau ada alasan yang kukuh. Kalau tak, aku tak kan maafkan kau. Teruk
sangat ke mabuk tu? Tak da ubat ke yang boleh tahan mabuk?’ soal Hafni.
Luqman
yang sedari tadi mencuri dengar, menekup mulutnya terkejut mendengar perbualan
isterinya. Siapa pulak kawan Hafni yang kaki minum. Luqman resah. Luqman tak
sanggup lagi untuk mendengar perbualan Hafni. Ini kalau diterjah, takut
tersalah pulak. Luqman was-was. Keputusannya untuk masuk menerjah ke bilik
terbantut. Dia kembali menyambung mendengar perbualan Hafni untuk mendapatkan
kepastian.
‘Doktor
dah bagi pun. Ubat tu sekadar mengurangkan je tapi mabuk tu masih ada lagi. Tak
lah seteruk sebelum ni. Lagipun, doktor kata, alahan ni mungkin sampai bulan
keempat. Lepas tu hilanglah.’ Rose berkongsi pengalamannya.
‘Owh…
Lama betul. Aku harap-harap, masa aku nanti biarlah laki aku yang yang mabuk.
Biar dia rasakan.’
Luqman
meraup wajahnya. Isterinya mahu dia mabu. Seumur hidupnya dia tidak pernah pegang
botol air haram tu apatahlagi untuk minumnya. Nauzubillah. Luqman tak dapat
membendung sabarnya. Isterinya telah jauh menyimpang. Selaku ketua dalam
keluarga, dia ada hak untuk menegur Hafni. Daun pintu ditolak kasar dari luar.
Terkejut
dengan kehadiran Luqman, sempat Hafni berpesan kepada Rose untuk menjaga
kesihatan dirinya sebelum mematikan talian. Luqman merenung wajah Hafni
sedalamnya. Niatnya untuk menegur Hafni hilang begitu sahaja selepas menatap
wajah Hafni.
Luqman
hilang arah tiba-tiba. Dia cuba untuk fokus kepada tujuan utamanya. Hafni pelik
melihat suaminya. ‘Do you want to say something to me
abang?’
Luqman
senyap. mungkin sedang mengarang ayat barangkali. Lama Hafni menunggu jawapan
suaminya. Apa pun dia masih sabar menunggu. Hafni menjongketkan keningnya
inginkan jawapan dari Luqman.
‘Firstly,
abang minta maaf sebab curi dengar perbualan sayang.’ Luqman tidak
berselindung.
‘Okay,
lepas tu?’ soal Hafni.
‘Abang
tak tahu yang sayang ada kawan yang kaki mabuk.’
‘Tapi
sebenarnya….’ Hafni cuba mencelah tetapi tidak berjaya.
‘Abang
tak habis cakap lagi. Sayang dengar apa yang abang nak cakap. Sayang dah tahu
kawan sayang tu kaki mabuk, kenapa sayang tak nasihatkan dia untuk berhenti.
Ini siap minta ubat segala bagai. Lepas tu sayang boleh pulak nak abang mabuk.
Seumur hidup abang, abang tak pernah sentuh air haram tu. Sebagai ketua
keluarga, abang tak benarkan sayang berkawan dengan kawan sayang tu lagi.’
berjela ceramah Luqman.
Meletus
tawa Hafni. Lama dia menahan tawanya. Luqman pastinya telah tersalah sangka.
Semua gara-gara mendengar perbualannya dengan Rose. Sakit telinga Luqman
mendengar tawa isterinya. Berjela panjangnya dia menasihat Hafni, sebaliknya
Hafni mentertawakan dirinya. Melihat wajah Luqman yang sedikit mendung, tawa Hafni terhenti. Jika dia tidak menerangkan cerita yang sebenarnya dengan
segera, takut suaminya bertambah salah faham.
‘Af
minta maaf banyak-banyak sebab ketawakan abang. Apa yang abang dengar tu hanya
separuh. Lain kali jangan curi dengar perbualan orang lain. Tak baik tau. Kawan
Af yang abang sangkakan kaki mabuk tu bukanlah mabuk sebab minum air haram. Dia
mabuk sebab buatan orang.’ tutur Hafni.
‘Abang
tak faham. Macam mana mabuk buatan orang pulak? Boleh tak sayang ‘straight
forward’ je’ Luqman tidak sabar.
‘Abang
ni gelojoh la. Maksud Af, kawan Af tu mabuk sebab ada isi dalam perut dia.
Sembilan bulan sepuluh hari.’
Luqman
malu. Sememangnya dia telah tersalah sangka dengan perbualan isterinya.
Luqman…Luqman…. Kan dah malu sendiri. Mana nak letak muka kau yang hensem ni.
sindir dirinya sendiri..
‘Sorry….
Abang yang silap. Sayang tak marah abang kan…’
‘Sorry
naik lori la……’ sindir Hafni.
Luqman
mendekatkan jaraknya dengan Hafni. ‘Tak kisahlah naik lori. Yang penting sayang
abang tak marahkan abang. Berbalik pada cerita kawan sayang tu, rasa-rasanya
bila dalam perut nak ada isi.’ tangan Luqman telah menyentuh perut Hafni yang
kempis.
Merona
merah wajah Hafni. ‘Belum ada rezeki lagi.’
‘Kalau
macam tu, jom kita buat perut ni berisi nak tak?’ Luqman mula nakal.
‘Abang!!!
Jangan nakal boleh tak. Zuhur dah buat ke belum?’
‘Astagfirullahalazim….
Abang terlupa sangat-sangat. Apa duduk lagi. Cepat ambil wuduk.’ Luqman
mengarah macam dikatator
BEST NAK LAGI.
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebest. suka tengok mereka berdua sekarang nie....
ReplyDeleteada novel?
ReplyDeletex dpt publish sofea recky.
ReplyDelete