Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 28

BAB 28
Hafni terjaga dari tidurnya. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Hampir lapan setengah pagi. Subuhnya terbabas. Badannya terasa sejuk lebih daripada biasa. Pandangannya ditala ke tubuhnya. Alangkah terkejut dia melihat tubuhnya tanpa seurat benang. Comforter ditarik menutup tubuhnya. Bergegar bilik utama dengan jeritan Hafni.
Lena Luqman terganggu. Dalam keadaan mamai, dia bangun dan duduk menghadap isterinya. ‘Sayang kenapa ni?’
Sekali lagi Hafni menjerit. Luqman tidak sedar dengan keadaannya.
‘Sayang kenapa ni?’ Cuba cakap. Kalau sayang jerit-jerit, mana abang nak tahu.’ mata Luqman menjadi segar akibat dari jeritan Isterinya. Luqman masih tidak menyedari tiada kain yang membaluti tubuhnya.
Disebabkan malu untuk memberitahu Luqman, Hafni sekadar menunjuk menggunakan jarinya. Baru Luqman tersedar. Pastinya peristiwa semalam membuat isterinya menjerit sakan. Luqman menarik comforter menutup tubuhnya.
‘Abang janji dengan Af yang abang akan sentuh Af bila Af dah bersedia. Abang mungkir janji.’ luah Hafni tersekat-sekat sambil menahan air matanya yang bila-bila masa boleh gugur.
‘Okay….Okay…. Abang minta maaf. Tak kan sayang tak ingat apa-apa sebelum peristiwa semalam? Cuba sayang ingat balik.’
Berkerut dahi Hafni cuba mengingati semula apa yang berlaku. Seingatnya, Luqman menjemputnya pulang dari latihan silat. Sampai di rumah, hujan mula turun dengan lebatnya. Ketika hendak melelapkan mata, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Dia sememangnya fobia dengan bunyi guruh. Lebih-lebih lagi apabila hujan lebat. Untuk menghilangkan rasa takutnya, dia memeluk bantal. Sayangnya, semalam bantalnya hilang entah ke mana. Luqmanlah yang menjadi mangsa. Hafni menepuk dahi. Baru dia menyedari semuanya berpunca dari dirinya sendiri.
‘Memang betullah Af yang peluk abang tapi abang tak patutlah ambil kesempatan dekat Af. Af takut dengan bunyi guruh. Lagi-lagi hujan lebat.’ Suara Hafni menunjukkan dia masih tidak berpuas hati dengan Luqman.
Listen here sayang. Memang lah abang tak berniat pun sebenarnya tapi dah sayang peluk abang semalam. Hujan lebat pulak tu. Pastu sayang tak menolak pulak. Abang ingatkan sayang dah ready. Apa pun abang minta maaf.’ Luqman tidak mahu memanjangkan isu yang kecil. Biarlah dia beralah.
            Hafni senyap. Bila difikirkan, memang silapnya juga. Dia sendiri pun tidak sedar apa yang telah berlaku. Macam tak percaya dia tidak menolak permintaan suaminya. Luqman mememang bahu isterinya. ‘Sayang tak payah risau. Kalau apa-apa teradi dekat sayang, abang kan ada. Memang tanggungjawab abang. Tak da siapa yang boleh menafikannya.
            Lidah Hafni kelu. Segala kata-kata suaminya dicerna sebaik mungkin. Akhirnya Hanfi hanya menganggukkan kepala bersetuju dengan Luqman. Luqman tersenyum girang. Segala masalahnya telah selesai. Luqman mendekati Hafni.
            ‘Kalau macam tu, abang nak ……….’ Bisik Luqman di telinga Hafni.
            Terkejut dengan permintaan suaminya, laju tangannya mengetam badan Luqman yang sasa. Meraung Luqman di buatnya.
            Merepek sahaja permintaan suaminya pada siang-siang hari. ‘Abang jangan nak mengada-ngada. Af nak mandi.’
            ‘Bagus jugak idea sayang tu. Jom kita mandi sama-sama.’ Luqman telah pun berura-ura untuk turun katil sekali.
            ‘Abang……………!!!’ jerit Hafni.
            Siap berpakaian, Hafni turun ke dapur menyiapkan sarapan buat suaminya. Nasi goring menjadi menu sarapan mereka pada hari cuti. Luqman tersandar kekenyangan. Berselera dia makan masakan Hafni. Selesai mengemas, Hafni duduk di hadapan Luqman. ‘Abang ada pergi mana-mana hari ni?’
            ‘Abang tak pergi mana-mana pun hari ni. Kenapa sayang?’
            ‘Hmmmm…. Af ingat nak balik rumah umi. Rindulah kat umi dan walid. Boleh kita pergi lawat umi dan walid Af?’
            ‘Abang tak da masalah. Lagipun dah lama kita tak jenguk umi dan walid. Apa khabarlah mereka kat sana? Sayang telefon dulu. Takut pulak kalau-kalau umi dan walid tak da kat rumah.’ pesan Luqman.
            Hafni teruja untuk pulang ke rumah umi dan walidnya. Rindunya semakin menebal. Nasib baiklah dia menelefon uminya lebih awal. Jika dia terlewat, pasti umi dan walidnya telah bertolak ke Sepang untuk melawat saudaranya yang baru pulang dari mengerjakan umrah.
            Hafi dan Luqman tiba di rumah umi dan walid Hafni. Haji Hadi dan Hajah Azizah menyambut kedatangan anak menantunya. Lama Hafni memeluk uminya melepaskan rindu.
            ‘Umi dan walid sihat? Af dan Luqman minta maaf sebab tak dapat nak jenguk umi dan walid kebelakangan ni. Kerja melambak di pejabat.’ Hafni rasa bersalah terhadap orang tuanya.
            ‘Umi dan walid sihat. Walid faham. Tak payahlah nak risaukan umi dan walid, Af pun dah ada keluarga untuk diuruskan.’ Haji Hadi memujuk anaknya.
            Lega Hafni mendengar kata-kata walidnya. Luqman yang berada di sebelahnya sekadar tersenyum. Rancak mereka berbual hingga masa terlalu mencemburui mereka. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul satu petang.
            ‘Ya Allah. Dah pukul satu rupanya. Tak makanlah kita bang oi. Masing-masing berborak sampai tak sedar langsung.’ Hajah Azizah mula tidak tentu arah.
            Hafni mengekek ketawa melihat telatah uminya. Ada-ada saja uminya. ‘Pandai betullah umi ni berlakon. Ye ke kita tak makan tengah hari ni walid? Hidung Af ni dari tadi terbau sambal belacan. Makan dengan bende pun sodap ni.’
            ‘Bila umi dengar je Af dan Luqman nak balik, cepat-cepat dia dia masak. Langsung dia lupa nak pergi lawat saudara maranya. Tajam betul hidung Af dapat bau sambal belacan yang umi buat.’ sokong Haji Hadi.
            Panjang muncung Hajah Azizah. Suaminya tidak berpihak padanya. ‘Abang ni tak boleh di buat kawan langsung. Patutnya sokonglah saya. Ni tak, anak kesayangan abang jugak yang disokongnya. Saya nak merajuklah macam ni.’
            ‘Ala Zah oi….. Dah tak cukup ke awak bermanja dengan saya. Bagilah peluang kat Af ni pulak. Anak awak jugak?’
            Riuh ruang tamu Haji Hadi dan Hajah Azizah dengan hilai tawa. Sekali sekala anak-anaknya pulang menghilangkan rasa rindu yang bertandang. Hajah Azizah bangun lalu menuju ke dapur untuk menyiapkan juadah makan tengah hari. Hafni mengekori uminya dari belakang. Semasa di dapur, Hajah Azizah sempat bertanya sesuatu kepada Hafni.
            ‘Macam mana dah berumah tangga ni Af?’
            ‘Alhamdulillah umi. Tanggungjawab dah semakin besar.’
            ‘Umi harap Af dapat mengurus rumah tangga dengan baik. Adat rumahtangga, ada pasang surutnya. Kadang-kadang baik kadang-kadang ada salah faham. Umi harap Af tak cepat melatah.’
            ‘Insyallah umi. Semua nasihat umi, Af akan jadikan panduan.’ jawab Hafni sementara tangannya ligat menyusun pinggan.
            Siap menyusun pinggan di meja, Hafni menghidang lauk yang telah siap disenduk oleh uminya. Tiba-tiba uminya menarik tangan Hafni agar lebih dekat dengannya. ‘Umi nak tanya sikit, Af dah ada apa-apa ke?’
            Hafni tidak faham dengan maksud uminya. ‘Ada apa-apa umi? Af tak faham.’
            ‘Muntah-muntah ker?’
            ‘Hah! Muntah-muntah?’ baru Hafni mengerti maksud uminya. Perasaan malunya tiba-tiba datang.
            Baru enam bulan Af kahwin umi. Tak kan awal sangat kot nak berisi. Tunggulah Rose berisi dulu barulah giliran Af pulak.’
            ‘Tak pe lah. Belum ada rezeki lagi. Umi sekadar bertanya je. Kira tak lama lagilah giliran Af.’ tutur Hajah Azizah.
            Hafni pelik dengan kata-kata uminya. Apa maksud uminya dengan tak lama lagi gilirannya pula. Kenapalah harini otaknya lambat untuk mencernakan maklumat yang diterima.
            ‘Maksud umi dengan tak lama lagi apa ek?’ tiba-tiba Hafni menjadi blur.
            Hajah Azizah tersengih. Pasti anaknya belum mengetahui berita gembira dari Rose. ‘Kelmarin, mama Luqman ada telefon umi. Katanya Rose dah ada isi. Tak silap umi dah masuk tiga bulan dah.’
            Jatuh rahang Hafni. Kenapa Rose tidak memberitahunya tentang khabar gembira yang dia teah mengandung. Berita yang baru disampaikan oleh uminya sedikit sebanyak menggangu ruang fikirannya. Ikutkan hatinya, mahu saja dia memandu ke rumah Rose. Hafni tiba-tiba membisu. Hajah Azizah perasan dengan perubahan sikap anaknya. Pastinya hal Rose. Memahami dengan apa yang ditanggung oleh anaknya, Hajah Azizah lebih banyak mendengar perbualan suaminya dengan Luqman. Sekali sekala sahaja dia mencelah.
            Luqman tersandar kekenyangan buat kali kedua. Kali pertama ketika menikmati masakan isteri pagi tadi dan kali kedua menikmati makanan masakan uminya. Apa tidaknya, dia jarang dapat merasai masaka ibu mertuanya. Hajah Azizah ke ruang tamu dengan menatang dulang berisi potongan buah-buahan untuk pencuci mulut mereka. Hajah Azizah mencari kelibat Hafni. ‘Af mana Luq?’
            Haji Hadi tersenyum. Takut benar isterinya melihat ketiadaan anak kesayanganya. ‘Tak hilang pun anak awak Zah oi.’
            Hajah Azizah geram. Pantas lengan suaminya dicubit.
            ‘Af naik ke atas kejap umi. Katanya nak telefon seseorang. Penting.’ jawab Luqman.
            Hajah Azizah maklum siapa yang dihubungi oleh anaknya. Pasti anaknya ingin mengetahui kebenaran tentang berita yang baru disampaikan tadi.
            ‘Luq dengan Af tidur sini ker?’ tiba-tiba Haji Hadi bertanya.
            ‘Rancangannya macam tu la walid. Itupun kalau tak mengganggu walid dan umi.’
            Melebar senyuman Hajah Azizah. Rindunya dengan Hafni masih belum terubat. Sekurang-kurangnya dengan adanya Hafni dan Luqman bermalam di rumah mereka dapatlah mengubat rindu yang terpendam..
            ‘Eloklah tu Luq. Umi kamu ni katanya dah rindu sangat dengan anak kesayangannya. Anak manjalah katakana.’
            ‘Eh saya pulak yang kena. Bukan anak kesayangan abang jugak ker?’ celah Hajah Azizah.
            ‘Luq minta maaf banyak-banyak sebab umi, walid. Sebab tak dapat nak jenguk umi dan walid beberapa bulan ni.’ Luqman rasa bersalah.
            ‘Tak pe Luq. Umi dan walid faham. Lagi-lagi pulak kamu tu orang berniaga. Kalau tak kerja, mana nak dapat untungnya.’ Haji Hadi memahami situasi menantunya.
            Luqman lega kerana mendapat leuarga mentua yang memahami kerjayanya. Dalam diam dia berjanji pada dirinya sendiri agar cuba menjeguk orang tuanya sekurang-kurangnya sebulan sekali. Walau sesibuk mana pun seseorang tu, ibu bapalah tulang belakang yang sentiasa menyokong.
            ‘Hai… Lama betul isteri kamu telefon kawan dia Luq. apalah yang penting sangat si Hafni tu.’ tegur walidnya.
            ‘Entahlah walid. Luq pun tak tahu. Kalau macam tu, Luq naik dulu tengokkan si  Af tu. Alang-alang tu, boleh jugak Luq solat zuhur sekali.’ Luqman meminta diri untuk naik ke bilik. Hajah Azizah dan Haji Hadi sekadar mengagguk.
            Baru sahaja tangan Luqman ingin menolak daun pintu, kedengaran suara isterinya sedang berborak dengan seseorang. Cemburunya tiba-tiba menerjah. Telinganya di dekatkan ke pintu mencuri dengar perbualan isterinya.
            ‘Sampai hati kau buat aku macam ni kan. Kenapa aku jadi orang yang terakhir untuk berita segembira ni. Kau dah Tak sayang aku ker?’ rengek Hafni.
            ‘Maaflah Af. Memang aku nak bagitahu kau dulu, masalahnya aku mabuk teruk sangat. Kalau kau nak tahu, kaulah orang pertama yang nak aku bagitahu dulu. Masalahnya belum sempat aku nak dail nombor kau, aku dah tumbang. Nasib baik Zaufi ada dekat umah masa tu.’
            ‘Okay. Nasib baik kau ada alasan yang kukuh. Kalau tak, aku tak kan maafkan kau. Teruk sangat ke mabuk tu? Tak da ubat ke yang boleh tahan mabuk?’ soal Hafni.
            Luqman yang sedari tadi mencuri dengar, menekup mulutnya terkejut mendengar perbualan isterinya. Siapa pulak kawan Hafni yang kaki minum. Luqman resah. Luqman tak sanggup lagi untuk mendengar perbualan Hafni. Ini kalau diterjah, takut tersalah pulak. Luqman was-was. Keputusannya untuk masuk menerjah ke bilik terbantut. Dia kembali menyambung mendengar perbualan Hafni untuk mendapatkan kepastian.
            ‘Doktor dah bagi pun. Ubat tu sekadar mengurangkan je tapi mabuk tu masih ada lagi. Tak lah seteruk sebelum ni. Lagipun, doktor kata, alahan ni mungkin sampai bulan keempat. Lepas tu hilanglah.’ Rose berkongsi pengalamannya.
            ‘Owh… Lama betul. Aku harap-harap, masa aku nanti biarlah laki aku yang yang mabuk. Biar dia rasakan.’
            Luqman meraup wajahnya. Isterinya mahu dia mabu. Seumur hidupnya dia tidak pernah pegang botol air haram tu apatahlagi untuk minumnya. Nauzubillah. Luqman tak dapat membendung sabarnya. Isterinya telah jauh menyimpang. Selaku ketua dalam keluarga, dia ada hak untuk menegur Hafni. Daun pintu ditolak kasar dari luar.
            Terkejut dengan kehadiran Luqman, sempat Hafni berpesan kepada Rose untuk menjaga kesihatan dirinya sebelum mematikan talian. Luqman merenung wajah Hafni sedalamnya. Niatnya untuk menegur Hafni hilang begitu sahaja selepas menatap wajah Hafni.
            Luqman hilang arah tiba-tiba. Dia cuba untuk fokus kepada tujuan utamanya. Hafni pelik melihat suaminya. ‘Do you want to say something to me abang?’
            Luqman senyap. mungkin sedang mengarang ayat barangkali. Lama Hafni menunggu jawapan suaminya. Apa pun dia masih sabar menunggu. Hafni menjongketkan keningnya inginkan jawapan dari Luqman.
            ‘Firstly, abang minta maaf sebab curi dengar perbualan sayang.’ Luqman tidak berselindung.
            ‘Okay, lepas tu?’ soal Hafni.
            ‘Abang tak tahu yang sayang ada kawan yang kaki mabuk.’
            ‘Tapi sebenarnya….’ Hafni cuba mencelah tetapi tidak berjaya.
            ‘Abang tak habis cakap lagi. Sayang dengar apa yang abang nak cakap. Sayang dah tahu kawan sayang tu kaki mabuk, kenapa sayang tak nasihatkan dia untuk berhenti. Ini siap minta ubat segala bagai. Lepas tu sayang boleh pulak nak abang mabuk. Seumur hidup abang, abang tak pernah sentuh air haram tu. Sebagai ketua keluarga, abang tak benarkan sayang berkawan dengan kawan sayang tu lagi.’ berjela ceramah Luqman.
            Meletus tawa Hafni. Lama dia menahan tawanya. Luqman pastinya telah tersalah sangka. Semua gara-gara mendengar perbualannya dengan Rose. Sakit telinga Luqman mendengar tawa isterinya. Berjela panjangnya dia menasihat Hafni, sebaliknya Hafni mentertawakan dirinya. Melihat wajah Luqman yang sedikit mendung, tawa Hafni terhenti. Jika dia tidak menerangkan cerita yang sebenarnya dengan segera, takut suaminya bertambah salah faham.
            ‘Af minta maaf banyak-banyak sebab ketawakan abang. Apa yang abang dengar tu hanya separuh. Lain kali jangan curi dengar perbualan orang lain. Tak baik tau. Kawan Af yang abang sangkakan kaki mabuk tu bukanlah mabuk sebab minum air haram. Dia mabuk sebab buatan orang.’ tutur Hafni.
            ‘Abang tak faham. Macam mana mabuk buatan orang pulak? Boleh tak sayang ‘straight forward’ je’ Luqman tidak sabar.
            ‘Abang ni gelojoh la. Maksud Af, kawan Af tu mabuk sebab ada isi dalam perut dia. Sembilan bulan sepuluh hari.’
            Luqman malu. Sememangnya dia telah tersalah sangka dengan perbualan isterinya. Luqman…Luqman…. Kan dah malu sendiri. Mana nak letak muka kau yang hensem ni. sindir dirinya sendiri..
            ‘Sorry…. Abang yang silap. Sayang tak marah abang kan…’
            ‘Sorry naik lori la……’ sindir Hafni.
            Luqman mendekatkan jaraknya dengan Hafni. ‘Tak kisahlah naik lori. Yang penting sayang abang tak marahkan abang. Berbalik pada cerita kawan sayang tu, rasa-rasanya bila dalam perut nak ada isi.’ tangan Luqman telah menyentuh perut Hafni yang kempis.
            Merona merah wajah Hafni. ‘Belum ada rezeki lagi.’
            ‘Kalau macam tu, jom kita buat perut ni berisi nak tak?’ Luqman mula nakal.
            ‘Abang!!! Jangan nakal boleh tak. Zuhur dah buat ke belum?’
            ‘Astagfirullahalazim…. Abang terlupa sangat-sangat. Apa duduk lagi. Cepat ambil wuduk.’ Luqman mengarah macam dikatator

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22