Abangku Suamiku Bab 2
Semuanya telah berada di meja makan.
Wajah papa, mama dan along aku perhatikan kecuali mamat yang berbaju merah
tidak ku peduli. Geramku petang tadi masih bersisa. Aku menarik kerusi kosong
di sebelah along walaupun semua mata memandang terkejut dengan tindakanku. Aku
pura-pura buat tak tahu.
“ Kenapa Hana tak duduk sebelah
abang Rizz?’ soal along.
Along ni pun
satu. Masa-masa macam nil ah nak tanya soalan maut. Nak je aku cekik-cekik
leher along. “ Saja. Ni kan tempat Hana bila kita makan ramai-ramai.” nasib
baik aku ada alasan yang kukuh.
“ Tu masa kita berempat. Sekarang ni
kita dah berlima. Dah tak seimbang meja makan ni. Apa kata Hana duduk sebelah
sana?’ ujar along sambil menjuihkan bibir menunjukkan tempat kosong di sebelah
abang Rizz.
Nak menangis aku mendengar arahan
Along. Kenapa along yang dulunya selalu mempertahankan semua tindakanku, kini
mula seperti menjauhkan diri dariku. Kenapa semuanya menyebelahi abang Rizz? “
Hana dah kenyang. Hana naik atas dulu.” berdesup aku mendaki anak tangga
sebelum air mataku jatuh berlinangan. Panggilan mama, papa dan along tidak aku
hiraukan.
Pintu bilikku kunci rapat-rapat. Aku
sendiri tidak tahu sejak akhir-akhir ni air mata aku terlalu murah mengalir.
Aku baring di atas katil. Dah macam-macam aksi aku kat atas katil. Perut dah
mula berkeroncong. Mana tidaknya, petang tadi belum pun sempat aku menjamah
hidanganku, aku dipaksa pulang oleh abang Rizz. Gara-gara terpaksa duduk
sebelah abang Rizz, aku memberontak terus terperap di dalam bilik. Baik aku whats’app dengan Tipah.
Assalamulaikum. Kat mana Tipah?
terus aku tekan butang send.
Tak lama kemudian mesej Tipah
masuk. Wa’alaikumsalam. Rumah. Apa cer?
Aku tengah mogok lapar. Penyudahnya aku
tengah menahan lapar. Dah macam-macam lagu dah perut aku ni. balasku.
Ni mesti kes abang Rizz. Sudah-sudahlah
marah kau tu pada abang Rizz. Sekurang-kurangnya dia ambil berat pasal kau.
Tipah menasihatiku.
Kau pun dah berpihakpada dia. Kau ni kawan
aku kea tau kawan abang Rizz. Dahlah kat rumah ni, along yang pro aku pun dah
menyebelahi abang Rizz. Ni kau pulak. Kalau macam tu, aku whats’app Mika la.
Tipah serba salah. Dia sendiri tidak
pernah berniat untuk menyebelahi sesiapa. Laju tangannya menaip mesej. Sorry
kalau aku sakitkan hati kau. Kau jangalah emo sangat. Nanti cepat tua.
Giliran aku pula membalas mesej
Tipah. Ligat tanganku menaip di atas skrin telefonku. Manisnya bahasa. Tahu pun takut.
Aku ingat nak jenguk Black esok. Dah lama tak jumpa Black. Kita jumpa kat
tempat biasa.
Deal! See you tomorrow ten a clock. Da miar
amor.
Sempat lagi minah ni nak berlawak. Head bagging kepala aku sekejap.
Kenapalah seharian ni aku asyik dengar nama abang Rizz menjadi topik perbualan.
Aku ni dah macam pesalah yang dijatuhkan hukuman sedangkan orang lain yang
bersalah. Mama ni pun satu, tak nak ke dia pujuk aku? Dah macam orang gila
pulak aku bercakap sorang-sorang.
Sementara
di ruang tamu, semua mata tertancap di skrin tv. Papa sibuk membaca majalah business week. “ Along pergi jenguk Hana
tu. Risau pulak mama tengok. Tak turun langsung dari tadi. Ntah dah makan ke
tidak Hana tu petang tadi. Nasi dan lauk mama dah letak dalam dulang.” mama
risaukan anak daranya.
Abang Rizz yang mendengar lagilah bernanah
telinga dia. Kalau ikutkan, sepatutnya dia yang menghantar nasi untuk aku.
Jangan harap. Kalau dia yang hantar sekalipun, tak kan aku buka pintu bilikku. Comfirm ke tak buka? Tiba-tiba suaraku
bertanya. Of course comfirm tak buka!
Sedang
aku menyibukkan diriku bermain game di telefonku, pintu bilikku diketuk dari
luar. Kacau betullah orang nak layan blues.
“ Siapa?” laungku dari dalam.
Senyap.
Tiada jawapan. Tak sekolah ke apa? tak kan tak faham soalan?
“Tak
jawab, Hana tak kan buka pintu.”
“
Room service.” Pendek jawapannya. Aku
dah cukup kenal dengan suara yang memberi jawapan.
Segera
pintu ku buka. Kelihatan along sedang menantang dulang berisi nasi dan lauk
untuk aku. Terharunya. Sengaja aku membuat muka comel. “ Nah! Mama yang suruh
hantar pada Hana. Jangan tak makan. Penat along bawakan.” tutur along.
Dulang
yang dihulur oleh along ku sambut. Idea nakalku tiba-tiba terlintas. “ Hana
boleh makan tapi dengan satu syarat.”
“
Apa syaratnya?”
“
Hana nak makan dalam bilik along.”
“
Nope. Hana kan tahu along tak suka orang
makan dalam bilik along.” keras jawapan along.
“
Kalau macam tu, along bawa turun jelah dulang ni. Hana dah kenyang.” terus aku
menutup pintu tetapi sempat dihalang oleh along.
“
Okay. Let’s go.” Along menonong
berjalan meninggalkan aku di belakang. Cepat-cepat aku menutup pintu bilikku
sebelum keluar. Abang Rizz yang kebetulan baru naik sekadar memerhati dari
jauh.
Sementara
aku menghabiskan makan malamku merangkap supper, along menyiapkan kerjanya.
Kalau nak tahu, along ni seorang pakar otorpedik. Rugi kak Mira tinggalkan
along. Along ni dah lah handsome,
kerjaya yang bagus pulak tu. Harap-harap cepatlah along dapat isteri. Ada jugak
aku geng. Yang penting isteri along tak kuat cemburu dan seorang isteri yang
solehah.
Hanya
separuh sahaja nasi dalam pingganku terluak. Rasa nak terkeluar balik apa yang
aku makan tadi. Sebelum terjadi apa-apa, baik aku berhenti dahulu. Perasan
hanya sedikit nasi yang terluak, along memandangku minta penjelasan.
“
I can’t finish it. Mungkin perut Hana
dah masuk angin. Ni pun rasa nak muntah.”
Along
hanya berdiam diri. Salah ke apa yang aku cakap. Aku menuju ke katil along. Aku
melabuhkan dudukku di birai katil menghadap along di meja kerjanya.
“
Kadang-kadang berdiam tu bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Komunikasi dua hala penting dalam perhubungan. Sama macam kes Hana dengan Rizz.
Hana sepatutnya berbincang dengan abang Rizz dan bukannya mengelak. Along tak
berpihak pada sesiapa pun. Baik Hana atau Rizz. Ni sorang utara sorang selatan.”
“
Along boleh tak kita bincangkan perkara ni kemudian. It too fast for me. Selepas dua tahun dia menghilangkan diri,
alih-alih timbul nak huru harakan hidup Hana. Kalau betul pun Hana ada buat
silap, tegurlah Hana dengan proper.
Ni tak, main tarik tangan Hana depan kawan-kawan Hana. Nasib baik kawan-kawan
Hana tahu pasal dia. Mana Hana nak letak muka Hana.”
“
Mungkin pun Rizz ada silapnya. Itu sebabnya perlu berbincang. Muka tu tak yah
nak letak kat mana-mana. Kat situ je diamnya.” kata along siap menonyoh muka
aku.
“
Stop it along. Sakitlah. Bagi Hana
masa sikit. Kalau along nak bincang lagi pasal Hana dengan abang Rizz, Hana nak
balik biliklah.” Aku dah siap bangun dan menuju kea rah pintu bilik namun
tanganku sempat diraih along.
“ I’m sorry.
Along sayangkan Hana. We discuss this
matter later. So Hana nak buat apa?” cepat je along memujuk aku. Abang
Rizz? Jangan harap.
“
Kita fight balik game hari tu. Hana nak tebus kekalahan Hana. Ade bran tak long?” cadangku.
“
Along tak da hal. Jangan Hana menangis sudahlah kalau kalah nanti.” along tak
mahu mengalah. Sengaja aku bakar line.
“
We see. Siapa yang akan kalah nanti.”
Aku
dah selamat duduk bersila depan set home
theatre along. Along ghaib di sebalik bilik air. Laju tanganku memasang
wayar sementara menunggu along keluar dari bilik air. Semuanya telah tersedia
ketika along sampai. Bermulalah pertarungan sengit. Tak hengat dunia aku
dibuatnya. Terjerit-jerit aku bila kereta yang ku pandu terbabas di selekoh
tajam. Acapkali aku menjerit acapkali itu jugaklah aku dimarahi along kerana
mulut aku lebih banyak berkerja dari tanganku.
Baru
je aku nak menang, tiba-tiba along terpaksa menjawab panggilan telefon. Katanya
panggilan penting. Terpaksalah aku meng ‘pause’
kan pertarungan kami. Aku sangkakan along tidak mengambil masa yang lama. Dah
macam-macam posing aku buat, along tak habis-habis jugak berbual di telefon.
Akibat terlalu lama menunggu sampai aku tak sedar bila masa aku tertidur.
Selesai
menjawab panggilan, Razzman terkejut melihat Hana selamat tidur di hadapan tv.
Ikutkan hatinya, hendak sahaja dia biarkan Hana tidur di situ sahaja. Bukannya
Hana tidak pernah tidur di situ. Nanti apa pula kata Rizz. Masa Hana masuk ke
biliknya tadi, panjang juga leher Rizz meninjau kelibat Hana. Razzman mengetuk
pintu bilik adiknya. Tersembul wajah Rizzman di sebalik pintu.
“
Ada apa long ketuk pintu Rizz malam-malam ni?”
“
Hai Rizz, lain macam je soalan Rizz ni. Sorry
lah kalau along mengganggu. Hana tertidur dalam bilik along. Kalau Rizz tak
kisah dia tidur kat bilik along tak pe lah. Kalau Rizz kisah, pergilah ambil
Hana kat bilik along.” sengaja Razzman menyindir adiknya. Bukannya dia tidak
tahu adiknya cemburu melihat Hana rapat dengannya.
Tanpa
berkata apa-apa, Rizzman terus menuju ke bilik alongnya. Sekujur tubuh Hana
terlentang di hadapan di tv. Perlahan-lahan Rizzman mendukung tubuh Hana agar
tidak terganggu lenanya. Uhh! Mak ai. Ni anak orang ke anak gajah desis
Rizzman. Rizzman tidak terus menghantar ke bilik Hana sebaliknya meletakkan
Hana di biliknya. Rizzman tersenyum lebar.
best.
ReplyDeletelamanya nak tunggu episod seterusnya
ReplyDeletetq gurls sbb sudi membaca. Sorry lambat upload sbb bz lately.
ReplyDeletetxs sambung balik cite nie.
ReplyDeletedear...sy sukala cerita ni...
ReplyDelete