Abangku Suamiku Bab 2


            Semuanya telah berada di meja makan. Wajah papa, mama dan along aku perhatikan kecuali mamat yang berbaju merah tidak ku peduli. Geramku petang tadi masih bersisa. Aku menarik kerusi kosong di sebelah along walaupun semua mata memandang terkejut dengan tindakanku. Aku pura-pura buat tak tahu.
            “ Kenapa Hana tak duduk sebelah abang Rizz?’ soal along.
Along ni pun satu. Masa-masa macam nil ah nak tanya soalan maut. Nak je aku cekik-cekik leher along. “ Saja. Ni kan tempat Hana bila kita makan ramai-ramai.” nasib baik aku ada alasan yang kukuh.
            “ Tu masa kita berempat. Sekarang ni kita dah berlima. Dah tak seimbang meja makan ni. Apa kata Hana duduk sebelah sana?’ ujar along sambil menjuihkan bibir menunjukkan tempat kosong di sebelah abang Rizz.
            Nak menangis aku mendengar arahan Along. Kenapa along yang dulunya selalu mempertahankan semua tindakanku, kini mula seperti menjauhkan diri dariku. Kenapa semuanya menyebelahi abang Rizz? “ Hana dah kenyang. Hana naik atas dulu.” berdesup aku mendaki anak tangga sebelum air mataku jatuh berlinangan. Panggilan mama, papa dan along tidak aku hiraukan.
            Pintu bilikku kunci rapat-rapat. Aku sendiri tidak tahu sejak akhir-akhir ni air mata aku terlalu murah mengalir. Aku baring di atas katil. Dah macam-macam aksi aku kat atas katil. Perut dah mula berkeroncong. Mana tidaknya, petang tadi belum pun sempat aku menjamah hidanganku, aku dipaksa pulang oleh abang Rizz. Gara-gara terpaksa duduk sebelah abang Rizz, aku memberontak terus terperap di dalam bilik. Baik aku whats’app dengan Tipah.
            Assalamulaikum. Kat mana Tipah? terus aku tekan butang send.
            Tak lama kemudian mesej Tipah masuk.  Wa’alaikumsalam. Rumah. Apa cer?
            Aku tengah mogok lapar. Penyudahnya aku tengah menahan lapar. Dah macam-macam lagu dah perut aku ni. balasku.
            Ni mesti kes abang Rizz. Sudah-sudahlah marah kau tu pada abang Rizz. Sekurang-kurangnya dia ambil berat pasal kau. Tipah menasihatiku.
            Kau pun dah berpihakpada dia. Kau ni kawan aku kea tau kawan abang Rizz. Dahlah kat rumah ni, along yang pro aku pun dah menyebelahi abang Rizz. Ni kau pulak. Kalau macam tu, aku whats’app Mika la.
            Tipah serba salah. Dia sendiri tidak pernah berniat untuk menyebelahi sesiapa. Laju tangannya menaip mesej. Sorry kalau aku sakitkan hati kau. Kau jangalah emo sangat. Nanti cepat tua.
            Giliran aku pula membalas mesej Tipah. Ligat tanganku menaip di atas skrin telefonku. Manisnya bahasa. Tahu pun takut. Aku ingat nak jenguk Black esok. Dah lama tak jumpa Black. Kita jumpa kat tempat biasa.
            Deal! See you tomorrow ten a clock. Da miar amor.
            Sempat lagi minah ni nak berlawak. Head bagging kepala aku sekejap. Kenapalah seharian ni aku asyik dengar nama abang Rizz menjadi topik perbualan. Aku ni dah macam pesalah yang dijatuhkan hukuman sedangkan orang lain yang bersalah. Mama ni pun satu, tak nak ke dia pujuk aku? Dah macam orang gila pulak aku bercakap sorang-sorang.
Sementara di ruang tamu, semua mata tertancap di skrin tv. Papa sibuk membaca majalah business week. “ Along pergi jenguk Hana tu. Risau pulak mama tengok. Tak turun langsung dari tadi. Ntah dah makan ke tidak Hana tu petang tadi. Nasi dan lauk mama dah letak dalam dulang.” mama risaukan anak daranya.
 Abang Rizz yang mendengar lagilah bernanah telinga dia. Kalau ikutkan, sepatutnya dia yang menghantar nasi untuk aku. Jangan harap. Kalau dia yang hantar sekalipun, tak kan aku buka pintu bilikku. Comfirm ke tak buka? Tiba-tiba suaraku bertanya. Of course comfirm tak buka!
Sedang aku menyibukkan diriku bermain game di telefonku, pintu bilikku diketuk dari luar. Kacau betullah orang nak layan blues. “ Siapa?” laungku dari dalam.
Senyap. Tiada jawapan. Tak sekolah ke apa? tak kan tak faham soalan?
“Tak jawab, Hana tak kan buka pintu.”
Room service.” Pendek jawapannya. Aku dah cukup kenal dengan suara yang memberi jawapan.
Segera pintu ku buka. Kelihatan along sedang menantang dulang berisi nasi dan lauk untuk aku. Terharunya. Sengaja aku membuat muka comel. “ Nah! Mama yang suruh hantar pada Hana. Jangan tak makan. Penat along bawakan.” tutur along.
Dulang yang dihulur oleh along ku sambut. Idea nakalku tiba-tiba terlintas. “ Hana boleh makan tapi dengan satu syarat.”
“ Apa syaratnya?”
“ Hana nak makan dalam bilik along.”
Nope. Hana kan tahu along tak suka orang makan dalam bilik along.” keras jawapan along.
“ Kalau macam tu, along bawa turun jelah dulang ni. Hana dah kenyang.” terus aku menutup pintu tetapi sempat dihalang oleh along.
“ Okay. Let’s go.” Along menonong berjalan meninggalkan aku di belakang. Cepat-cepat aku menutup pintu bilikku sebelum keluar. Abang Rizz yang kebetulan baru naik sekadar memerhati dari jauh.
Sementara aku menghabiskan makan malamku merangkap supper, along menyiapkan kerjanya. Kalau nak tahu, along ni seorang pakar otorpedik. Rugi kak Mira tinggalkan along. Along ni dah lah handsome, kerjaya yang bagus pulak tu. Harap-harap cepatlah along dapat isteri. Ada jugak aku geng. Yang penting isteri along tak kuat cemburu dan seorang isteri yang solehah.
Hanya separuh sahaja nasi dalam pingganku terluak. Rasa nak terkeluar balik apa yang aku makan tadi. Sebelum terjadi apa-apa, baik aku berhenti dahulu. Perasan hanya sedikit nasi yang terluak, along memandangku minta penjelasan.
I can’t finish it. Mungkin perut Hana dah masuk angin. Ni pun rasa nak muntah.”
Along hanya berdiam diri. Salah ke apa yang aku cakap. Aku menuju ke katil along. Aku melabuhkan dudukku di birai katil menghadap along di meja kerjanya.
“ Kadang-kadang berdiam tu bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Komunikasi dua hala penting dalam perhubungan. Sama macam kes Hana dengan Rizz. Hana sepatutnya berbincang dengan abang Rizz dan bukannya mengelak. Along tak berpihak pada sesiapa pun. Baik Hana atau Rizz. Ni sorang utara sorang selatan.”
“ Along boleh tak kita bincangkan perkara ni kemudian. It too fast for me. Selepas dua tahun dia menghilangkan diri, alih-alih timbul nak huru harakan hidup Hana. Kalau betul pun Hana ada buat silap, tegurlah Hana dengan proper. Ni tak, main tarik tangan Hana depan kawan-kawan Hana. Nasib baik kawan-kawan Hana tahu pasal dia. Mana Hana nak letak muka Hana.”
“ Mungkin pun Rizz ada silapnya. Itu sebabnya perlu berbincang. Muka tu tak yah nak letak kat mana-mana. Kat situ je diamnya.” kata along siap menonyoh muka aku.
Stop it along. Sakitlah. Bagi Hana masa sikit. Kalau along nak bincang lagi pasal Hana dengan abang Rizz, Hana nak balik biliklah.” Aku dah siap bangun dan menuju kea rah pintu bilik namun tanganku sempat diraih along.
“ I’m sorry. Along sayangkan Hana. We discuss this matter later. So Hana nak buat apa?” cepat je along memujuk aku. Abang Rizz? Jangan harap.
“ Kita fight balik game hari tu. Hana nak tebus kekalahan Hana. Ade bran tak long?” cadangku.
“ Along tak da hal. Jangan Hana menangis sudahlah kalau kalah nanti.” along tak mahu mengalah. Sengaja aku bakar line.
We see. Siapa yang akan kalah nanti.”
Aku dah selamat duduk bersila depan set home theatre along. Along ghaib di sebalik bilik air. Laju tanganku memasang wayar sementara menunggu along keluar dari bilik air. Semuanya telah tersedia ketika along sampai. Bermulalah pertarungan sengit. Tak hengat dunia aku dibuatnya. Terjerit-jerit aku bila kereta yang ku pandu terbabas di selekoh tajam. Acapkali aku menjerit acapkali itu jugaklah aku dimarahi along kerana mulut aku lebih banyak berkerja dari tanganku.
Baru je aku nak menang, tiba-tiba along terpaksa menjawab panggilan telefon. Katanya panggilan penting. Terpaksalah aku meng ‘pause’ kan pertarungan kami. Aku sangkakan along tidak mengambil masa yang lama. Dah macam-macam posing aku buat, along tak habis-habis jugak berbual di telefon. Akibat terlalu lama menunggu sampai aku tak sedar bila masa aku tertidur.
Selesai menjawab panggilan, Razzman terkejut melihat Hana selamat tidur di hadapan tv. Ikutkan hatinya, hendak sahaja dia biarkan Hana tidur di situ sahaja. Bukannya Hana tidak pernah tidur di situ. Nanti apa pula kata Rizz. Masa Hana masuk ke biliknya tadi, panjang juga leher Rizz meninjau kelibat Hana. Razzman mengetuk pintu bilik adiknya. Tersembul wajah Rizzman di sebalik pintu.
“ Ada apa long ketuk pintu Rizz malam-malam ni?”
“ Hai Rizz, lain macam je soalan Rizz ni. Sorry lah kalau along mengganggu. Hana tertidur dalam bilik along. Kalau Rizz tak kisah dia tidur kat bilik along tak pe lah. Kalau Rizz kisah, pergilah ambil Hana kat bilik along.” sengaja Razzman menyindir adiknya. Bukannya dia tidak tahu adiknya cemburu melihat Hana rapat dengannya.

Tanpa berkata apa-apa, Rizzman terus menuju ke bilik alongnya. Sekujur tubuh Hana terlentang di hadapan di tv. Perlahan-lahan Rizzman mendukung tubuh Hana agar tidak terganggu lenanya. Uhh! Mak ai. Ni anak orang ke anak gajah desis Rizzman. Rizzman tidak terus menghantar ke bilik Hana sebaliknya meletakkan Hana di biliknya. Rizzman tersenyum lebar.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22