Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 23
BAB 23
Luqman
mendekatkan badannya dengan Hafni. Perlahan-lahan dia menepuk bahu Hafni.
Senyap! Tiada jawapan. Cubaan kali kedua Luqman mengejut isterinya. Luqman
berganjak ke hadapan sedikit agar lebih rapat dengan Hafni memandangkan tubuh
Hafni terlentok di sebelah kiri.
‘Sayang bangun. Kita
dah sampai.’ kejut Luqman lembut.
Hafni tersedar. Dalam
keadaan mamai, Hafni terus menoleh ke arah suaminya.
Cupp!!! Bibir bertemu
bibir. Ciuman tak di duga. Hafni tersilap percaturan. Terbeliak matanya yang
mengantuk. Segera Hafni menoleh ke arah bertentangan. Luqman ibarat menang
loteri. Senyumnya meleret hingga ke telinga.
‘Jom.’ ajak Luqman
berlagak seperti tidak berlaku apa-apa.
Hafni mengetap bibir.
Malunya bukan kepalang. Dia masih berkira-kira sama ada mahu keluar atau pun
tidak. Belum pun sempat dia membuat keputusan, pintunya telah dibuka dari luar.
Pandangannya ditala keluar. Kelihatan Luqman yang berkemeja biru dengan lengan
baju yang siap dilipat sampai ke siku sedia menantinya di luar kereta. Hafni
keluar dari perut kereta tanpa memandang suaminya. Menonong Hafni berjalan
meninggalkan Luqman di belakang. Termengah-mengah Luqman berjalan menyaingi
isterinya. Fikri yang lebih awal sampai sempat berbincang beberapa perkara
dengan pengurus tapak. Fikri melambai tangannya apabila ternampak kelibat
Luqman dan Hafni.
Fikri serba salah
untuk menegur majikannya yang mana kawan
karibnya juga. Tersalah tegur, taku-takut Luqman terasa hati. Sebagai langkah
selamat, Fikri menukar posisi tempatnya dengan berdiri bersebelahan Luqman.
Setelah rancangannya berjaya, Fikri menyiku Luqman. Luqman terkejut dengan
tindakan sahabatnya. Pantas sahaja Luqman menoleh ke arah Fikri. Fikri menunjuk
ada sesuatu di bibir Luqman dengan menggunakan bahasa isyarat agar tidak diketahui
yang lain. Malangnya Luqman tidak memahami maksud temannya. Menyedari Fikri
seperti memberitahu sesuatu kepada suaminya, Hafni memandang wajah suaminya.
Terang lagi bersuluh, ada kesan lipstik di bibir Luqman. Hafni terus menyeluk
tisu yang berada di dalam poket seluarnya lalu mengelap bibir Luqman. Selesai
mengelap, tisu bertukar tangan. Luqman yang blur
sekejap, baru dapat memahami maksud isyarat yang disampaikan oleh temannya. Dia
tersenyum sendirian. Pastinya gara-gara kes tercium sebentar tadi.
Hafni tidak ambil peduli
dengan orang di sekelilingnya. Tumpuan sepenuhnya kepada penerangan yang
disampaikan oleh pengurus tapak projek. Selesai sesi taklimat, mereka bergerak
melawat tapak projek. Sekali sekala, pengurus projek menerangkan progress kerja
yang sedang berlaku. Melihatkan perjalanan projek , Hafni berasa lega projek
akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.
Hafni yang sedang
rancang berbual dengan pengurus tapak, Fikri mengambil kesempatan yang ada
untuk mengorek rahsia Luqman. Tangan Luqman ditarik Fikri agar Luqman
memperlahankan langkahnya.
‘Hai….!!! Tak kan
dalam kereta pun kau sempat lagi Luq?’ bisik Fikri di telinga Luqman.
Luqman tersengih. ‘Hello
bro, benda halal. Kat mana-mana pun boleh buat.
Siapa yang nak marah?’
‘Memanglah benda
halal. Masalahnya sampai tak pandai nak simpan. Nasib baik kantoi dengan aku.
Kalau kantooi dengan papa kau macam mana?’
‘Cool Fik. Kau ni dah
macam papa aku lah. Sebenarnya aku dengan Hafni ter accident la tadi. Mana lah
aku tahu ada lipstik melekat kat bibir aku. Nasib baiklah lipstik tu tak merah.
Kalau tak, naya aku tadi. Orang ingat aku gila seks.’ Luqman membuat andaian
sendiri. Fikri yang mendengarnya terbahak-bahak ketawa.
Hafni yang berada di
hadapan, bingung dibuatnya. Dah hilang akal agaknya dua teman dibelakangnya.
Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba je tergelak sakan. Hafni menoleh ke
belakang. Senyap kedua-duanya. Hafni malas melayan. Langkahnya di atur dengan
laju.
Hafni terus naik ke
bilik. Badannya direbahkan di atas katil. Terhela nafas lega. Satu hari yang
cukup penat buat dirinya. Dia mengerling Luqman yang baru masuk. Pandangan
mereka bertaut. Kelu !!!!. Hafni bangun dan melangkah ke arah Luqman. Kot di
tangan Luqman dicapai lalu disangkut semula di dalam wadrobe.
Luqman bertukar tempat dengan isterinya. Bahagianya nikmat dapat baring di atas
tilam yang empuk tatkala Hafni berada di meja solek sedang menanggalkan tudung
yang dipakainya.
Langkahnya di atur
terus ke bilik air. Dia perlu membersihkan dirinya. Waktu asar hampir ke
penghujungnya. Siap berpakaian, Hafni terus membentang sejadah. Kedengaran
dengkuran halus dari atas katil. Pastinya Luqman tertidur.
‘Awak bangun. Asar
dah nak habis ni.’ kejut Hafni tanpa menyentuh suaminya.
Hampa. Luqman tidak
memberi tindak balas. Hafni mengejut Luqman semula. Terpaksalah dia menggunakan
telekungnya sebagai pelapik untuk menyentuh suaminya.
‘Awak bangunlah. Kita
belum asar lagi ni.’ naik satu oktaf suara Hafni sambil tanganya menggoncang
tubuh Luqman. Luqman yang baru sedar terkejut melihat lembaga berpakaian putih
berdiri di hadapannya. Bingit satu bilik dengan jeritan Luqman. Akibatnya,
Luqman terjatuh dari katil, tak ubah seperti nangka busuk.
Hafni turut terkejut
dengan tindakan drastik suaminya. Macam bau tengok hantu je gumam Hafni. Baru
Hafni tersedar. Cepat-cepat tangannya meraba kepalanya. Patutlah suaminya
menjerit sampai nak putus urat tekak.
Hafni memegang
kedua-dua belah pipi Luqman. ‘Awak ni saya lah. Isteri awak.’
Luqman mengurut
dadanya. Sangkanya, dia baru melihat hantu. Rupa-rupanya isterinya yang memakai
telekung. ‘Sayang rupanya. Abang ingatkan hantu tadi.’
‘Tidur lagi
petang-petang. Ni nasib baik nampak hantu. Belum lagi tersampuk dek hantu.
Cepat sikitlah. Asar dah nak habis ni.’ celoteh Hafni.
‘Ye lah…Ye lah….
Nasib baik nyawa abang ni panjang lagi.’ omel Luqman.
Selesai bersolat,
Hafni turun ke bawah menyiapkan lauk untuk makan malam mereka. Hafni memasak
masakan yang simple sahaja. dia jarang
mengambil makanan yang berat pada waktu malam. Harap-harap tekak Luqman boleh
menerima menu yang disediakan desis Hafni sendirian. Siap mengemas perkakas
memasak, Hafni naik semula ke tingkat atas untuk menunaikan solat maghrib. Telinganya
terdengar bunyi tv terpasang ketika melintas ruang menonton.
Hafni berundur ke belakang menuju ke ruang menonton. Suaminya sedang menonton discovery
channel.
‘Awak dah manghrib
belum?’ sapa Hafni.
‘Abang tunggu
sayang.’
‘Saya dah siap masak.
Nak naik atas, solat maghrib.’ tutur Hafni.
Tanpa berlengah.
Luqman bangun mengekori Hafni dari belakang. Selesai melipat telekung yang
dipakainya, Hafni bergegas turun ke bawah. Sebelum meninggalkan bilik, Hafni
mencari kelibat Luqman. Namun bayang suaminya tidak nampak. Bunyi air dari
dalam bilik air membantu Hafni mencari suaminya.
‘Awak nak makan
sekarang ke atau nak makan lewat sikit?’ laung Hafni dari luar.
‘Boleh
gak makan sekarang. Abang pun dah lapar. Sayang turun dulu. Jap lagi abang
turun.’
‘Saya
turun dulu.’ Hafni berasa lega kerana suaminya mahu makan awal. Selesai makan
malam. Bolehlah dia menyiapkan laporan projek untuk dibentangkan kepada Dato’
Haslam.
Luqman
turun tepat pada masanya. Hafni telah siap menghidang makanan. Luqman tersenyum
melihat menu untuk makan malamnya. Kebetulan tekaknya tidak lalu untuk menelan
nasi pada malam itu.
‘Kenapa
awak tersenyum? Ada yang tak kena ke?’ Hafni bingung.
‘Tak
da apa-apa lah sayang. Sayang macam tahu-tahu je abang tak nak makan nasi malam
ni. Menarik menu kita malam ni.’
‘Awak
tak sihat ke? Ke awak nak saya masak benda lauk lain untuk awak?’ Hafni risau.
‘Abang
sihat la. Menu ni pun dah okay. Jom kita makan. Tak sabar abang nak rasa chickens
chop sayang ni.’ Luqman menarik kerusi yang
berada dihadapannya.
Hafni
duduk bertentangan dengan Luqman. Luqman mula menjamah chicken
chop nya. Isi ayam dikunyahnya perlahan-lahan
sementara Hafni sabar menanti komen dari suaminya. Hafni menaikkan keningnya
meminta komen dari suaminya. Luqman mengetuk-ngetuk sudunya.
‘Sedap.
Kalau tiap-tiap hari sayang masak macam ni, mahu cepat abang gemuk lepas ni.’
puji Luqman.
‘Terima
kasih. Hmmmm…. Sekurang-kurangnya tak da lah ramai yang tergila-gilakan awak.
Senang sikit saya nak jaga.’
Luqman
terlopong. ‘Apa sebenarnya yang sayang nak sampaikan dekat abang? Yang tergila-gila kata bang tu, dia orang.
Abang Cuma tergilakan isteri abang yang sorang ni je.’
‘Ye
lah tu. Habis Liyana telefon awak nak apa?’
Tersedak
Luqman dibuatnya. ‘ Macam mana sayang tahu?’
Hafni
ketawa kecil. Geli hatinya dengan soalan suaminya. ‘Lepas site
visit, awak singgah kat stesen minyak. Masa tu
Liyana telefon awak. Dia merayu-rayu nakk jumpa awak. Bila dengar suara saya,
terus dia letak.’
Luqman
berlagak tenang. Dia tidak menyangka bakal ada badai yang akan melanda rumah
tangganya. Usahanya untuk merapatkan hubungannya dengan Hafni baru sahaja
membuahkan hasil. Liyana pula datang merosakkan hubungan mereka. Luqman
mengeluh.
‘Abang
minta maaf banyak-banyak. Memang Liyana ada telefon abang masa kita dalam
perjalanan ke site. Antara abang dengan Liyana dah tak ada apa-apa. Abang tak
tahu kenapa dia nak jumpa abang. Abang tak pernah setuju untuk berjumpa dengan
dia. Terkejut juga abang bila dia telefon abang balik masa kita kat stesen
minyak.’
Hafni
diam. Hatinya tersentuh. Jauh di sudut hatinya, dia tahu Luqman tidak
menipunya. ‘Saya percaya kat awak. Awak jumpalah dia sekali. Dengar dulu
penjelasan dia.’ pujuk Hafni.
‘Sayang
tak marah ke, kalau abang jumpa Liyana?’ soal Luqman.
‘Kalau
tujuan awak tu betul, buat apa saya nak marah. Siapa yang jeles kalau tahu
suami dia jumpa perempuan lain.’ jawab Hafni selamba seraya bangun mengutip
pingan mangkuk yang kotor untuk dibasuh.
Walaupun
Luqman jelas mendengar kata-kata Hafni, dia seperti tidak percaya apa yang
didengarnya. Sayangkah Hafni pada dirinya. Luqman termenung di meja makan.
Hafni yang siap mengemas, melintas di hadapan Luqman untuk naik ke bilik. Dia
hairan melihat Luqman masih berada di meja makan.
‘Awak
nak apa-apa lagi ke?’ tegur Hafni berdiri di belakang Luqman.
Teguran
Hafni menyedarkan Luqman dari lamunanya. Luqman cuba berlagak biasa. Namun
sumbang di mata Hafni.
‘Awak
nak apa-apa lagi ker?’ ulang Hafni.
‘Hah!!!
Sayang tanya apa tadi? Abang tak dengar.’
‘Saya
tanya awak, awak nak apa-apa lagi ker?’ ulang Hafni dengan jelas dan terang.
‘Hmmmmm….Abang
tak nak apa-apa. Kalau sayang dah penat, pergilah berehat. Abang mungkin masuk
bilik lewat sikit. Nak siapkan kerja sikit.
Hafni
mengangguk kepalanya. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia menyiapkan
laporannya. Pastinya Luqman akan terperap di dalam biliknya. Sambil meniarap di
atas tilam, Hafni menyiapkan laporannya diselang seli dengan nyanyian kecil
mengikut alunan muzik yang dimainkan di laptopnya sehinggakan kehadiran Luqman
tidak disedarinya. Terlopong Luqman melihat aksi isterinya yang berbaju gaun
tidur satin yang menampakkan betisnya yang putih. Lama Luqman berdiri di muka
pintu melihat aksi Hafni. Ada juga aksi Hafni mencuit hatinya. Namun
ditahannya. Luqman tidak mampu menahan kantuk matanya. Perlahan-lahan dia
berundur ke belakang berpura-pura seperti tidak nampak apa-apa yang berlaku.
Menyedari
kehadiran Luqman, Hafni segera menutup betisnya yang terdedah. Perkakasan yang
berselerak di atas katil dikemasnya. Matanya juga sudah mula mengantuk. Luqman telah pun naik ke atas
katil manakal Hafni berada di hadapan meja solek. Rutin yang biasa dilakukan
sebelum masuk tidur, menyapu losyen di badannya. Luqman yang meletakkan
kepalanya di atas bantal telah pun lena dibuai mimpi.
Best nak lagi.
ReplyDeletebest juga cite nie. Tak sabar tunggu sambungannyer..
ReplyDelete