Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 23

BAB 23
Luqman mendekatkan badannya dengan Hafni. Perlahan-lahan dia menepuk bahu Hafni. Senyap! Tiada jawapan. Cubaan kali kedua Luqman mengejut isterinya. Luqman berganjak ke hadapan sedikit agar lebih rapat dengan Hafni memandangkan tubuh Hafni terlentok di sebelah kiri.

‘Sayang bangun. Kita dah sampai.’ kejut Luqman lembut.

Hafni tersedar. Dalam keadaan mamai, Hafni terus menoleh ke arah suaminya.

Cupp!!! Bibir bertemu bibir. Ciuman tak di duga. Hafni tersilap percaturan. Terbeliak matanya yang mengantuk. Segera Hafni menoleh ke arah bertentangan. Luqman ibarat menang loteri. Senyumnya meleret hingga ke telinga.

‘Jom.’ ajak Luqman berlagak seperti tidak berlaku apa-apa.

Hafni mengetap bibir. Malunya bukan kepalang. Dia masih berkira-kira sama ada mahu keluar atau pun tidak. Belum pun sempat dia membuat keputusan, pintunya telah dibuka dari luar. Pandangannya ditala keluar. Kelihatan Luqman yang berkemeja biru dengan lengan baju yang siap dilipat sampai ke siku sedia menantinya di luar kereta. Hafni keluar dari perut kereta tanpa memandang suaminya. Menonong Hafni berjalan meninggalkan Luqman di belakang. Termengah-mengah Luqman berjalan menyaingi isterinya. Fikri yang lebih awal sampai sempat berbincang beberapa perkara dengan pengurus tapak. Fikri melambai tangannya apabila ternampak kelibat Luqman dan Hafni.

Fikri serba salah untuk menegur majikannya  yang mana kawan karibnya juga. Tersalah tegur, taku-takut Luqman terasa hati. Sebagai langkah selamat, Fikri menukar posisi tempatnya dengan berdiri bersebelahan Luqman. Setelah rancangannya berjaya, Fikri menyiku Luqman. Luqman terkejut dengan tindakan sahabatnya. Pantas sahaja Luqman menoleh ke arah Fikri. Fikri menunjuk ada sesuatu di bibir Luqman dengan menggunakan bahasa isyarat agar tidak diketahui yang lain. Malangnya Luqman tidak memahami maksud temannya. Menyedari Fikri seperti memberitahu sesuatu kepada suaminya, Hafni memandang wajah suaminya. Terang lagi bersuluh, ada kesan lipstik di bibir Luqman. Hafni terus menyeluk tisu yang berada di dalam poket seluarnya lalu mengelap bibir Luqman. Selesai mengelap, tisu bertukar tangan. Luqman yang blur sekejap, baru dapat memahami maksud isyarat yang disampaikan oleh temannya. Dia tersenyum sendirian. Pastinya gara-gara kes tercium sebentar tadi.

Hafni tidak ambil peduli dengan orang di sekelilingnya. Tumpuan sepenuhnya kepada penerangan yang disampaikan oleh pengurus tapak projek. Selesai sesi taklimat, mereka bergerak melawat tapak projek. Sekali sekala, pengurus projek menerangkan progress kerja yang sedang berlaku. Melihatkan perjalanan projek , Hafni berasa lega projek akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

Hafni yang sedang rancang berbual dengan pengurus tapak, Fikri mengambil kesempatan yang ada untuk mengorek rahsia Luqman. Tangan Luqman ditarik Fikri agar Luqman memperlahankan langkahnya.

‘Hai….!!! Tak kan dalam kereta pun kau sempat lagi Luq?’ bisik Fikri di telinga Luqman.

Luqman tersengih. ‘Hello bro, benda halal. Kat mana-mana pun boleh buat. Siapa yang nak marah?’

‘Memanglah benda halal. Masalahnya sampai tak pandai nak simpan. Nasib baik kantoi dengan aku. Kalau kantooi dengan papa kau macam mana?’

‘Cool Fik. Kau ni dah macam papa aku lah. Sebenarnya aku dengan Hafni ter accident la tadi. Mana lah aku tahu ada lipstik melekat kat bibir aku. Nasib baiklah lipstik tu tak merah. Kalau tak, naya aku tadi. Orang ingat aku gila seks.’ Luqman membuat andaian sendiri. Fikri yang mendengarnya terbahak-bahak ketawa.

Hafni yang berada di hadapan, bingung dibuatnya. Dah hilang akal agaknya dua teman dibelakangnya. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba je tergelak sakan. Hafni menoleh ke belakang. Senyap kedua-duanya. Hafni malas melayan. Langkahnya di atur dengan laju.

Hafni terus naik ke bilik. Badannya direbahkan di atas katil. Terhela nafas lega. Satu hari yang cukup penat buat dirinya. Dia mengerling Luqman yang baru masuk. Pandangan mereka bertaut. Kelu !!!!. Hafni bangun dan melangkah ke arah Luqman. Kot di tangan Luqman dicapai lalu disangkut semula di dalam wadrobe. Luqman bertukar tempat dengan isterinya. Bahagianya nikmat dapat baring di atas tilam yang empuk tatkala Hafni berada di meja solek sedang menanggalkan tudung yang dipakainya.

Langkahnya di atur terus ke bilik air. Dia perlu membersihkan dirinya. Waktu asar hampir ke penghujungnya. Siap berpakaian, Hafni terus membentang sejadah. Kedengaran dengkuran halus dari atas katil. Pastinya Luqman tertidur.

‘Awak bangun. Asar dah nak habis ni.’ kejut Hafni tanpa menyentuh suaminya.
Hampa. Luqman tidak memberi tindak balas. Hafni mengejut Luqman semula. Terpaksalah dia menggunakan telekungnya sebagai pelapik untuk menyentuh suaminya.
‘Awak bangunlah. Kita belum asar lagi ni.’ naik satu oktaf suara Hafni sambil tanganya menggoncang tubuh Luqman. Luqman yang baru sedar terkejut melihat lembaga berpakaian putih berdiri di hadapannya. Bingit satu bilik dengan jeritan Luqman. Akibatnya, Luqman terjatuh dari katil, tak ubah seperti nangka busuk.

Hafni turut terkejut dengan tindakan drastik suaminya. Macam bau tengok hantu je gumam Hafni. Baru Hafni tersedar. Cepat-cepat tangannya meraba kepalanya. Patutlah suaminya menjerit sampai nak putus urat tekak.

Hafni memegang kedua-dua belah pipi Luqman. ‘Awak ni saya lah. Isteri awak.’

Luqman mengurut dadanya. Sangkanya, dia baru melihat hantu. Rupa-rupanya isterinya yang memakai telekung. ‘Sayang rupanya. Abang ingatkan hantu tadi.’

‘Tidur lagi petang-petang. Ni nasib baik nampak hantu. Belum lagi tersampuk dek hantu. Cepat sikitlah. Asar dah nak habis ni.’ celoteh Hafni.

‘Ye lah…Ye lah…. Nasib baik nyawa abang ni panjang lagi.’ omel Luqman.

Selesai bersolat, Hafni turun ke bawah menyiapkan lauk untuk makan malam mereka. Hafni memasak masakan yang simple sahaja. dia jarang mengambil makanan yang berat pada waktu malam. Harap-harap tekak Luqman boleh menerima menu yang disediakan desis Hafni sendirian. Siap mengemas perkakas memasak, Hafni naik semula ke tingkat atas untuk menunaikan solat maghrib. Telinganya terdengar bunyi tv terpasang ketika melintas ruang menonton. Hafni berundur ke belakang menuju ke ruang menonton. Suaminya sedang menonton discovery channel.

‘Awak dah manghrib belum?’ sapa Hafni.

‘Abang tunggu sayang.’

‘Saya dah siap masak. Nak naik atas, solat maghrib.’ tutur Hafni.

Tanpa berlengah. Luqman bangun mengekori Hafni dari belakang. Selesai melipat telekung yang dipakainya, Hafni bergegas turun ke bawah. Sebelum meninggalkan bilik, Hafni mencari kelibat Luqman. Namun bayang suaminya tidak nampak. Bunyi air dari dalam bilik air membantu Hafni mencari suaminya.

‘Awak nak makan sekarang ke atau nak makan lewat sikit?’ laung Hafni dari luar.

            ‘Boleh gak makan sekarang. Abang pun dah lapar. Sayang turun dulu. Jap lagi abang turun.’

            ‘Saya turun dulu.’ Hafni berasa lega kerana suaminya mahu makan awal. Selesai makan malam. Bolehlah dia menyiapkan laporan projek untuk dibentangkan kepada Dato’ Haslam.

            Luqman turun tepat pada masanya. Hafni telah siap menghidang makanan. Luqman tersenyum melihat menu untuk makan malamnya. Kebetulan tekaknya tidak lalu untuk menelan nasi pada malam itu.

            ‘Kenapa awak tersenyum? Ada yang tak kena ke?’ Hafni bingung.

            ‘Tak da apa-apa lah sayang. Sayang macam tahu-tahu je abang tak nak makan nasi malam ni. Menarik menu kita malam ni.’

            ‘Awak tak sihat ke? Ke awak nak saya masak benda lauk lain untuk awak?’ Hafni risau.
            ‘Abang sihat la. Menu ni pun dah okay. Jom kita makan. Tak sabar abang nak rasa chickens chop sayang ni.’ Luqman menarik kerusi yang berada dihadapannya.

            Hafni duduk bertentangan dengan Luqman. Luqman mula menjamah chicken chop nya. Isi ayam dikunyahnya perlahan-lahan sementara Hafni sabar menanti komen dari suaminya. Hafni menaikkan keningnya meminta komen dari suaminya. Luqman mengetuk-ngetuk sudunya.
            ‘Sedap. Kalau tiap-tiap hari sayang masak macam ni, mahu cepat abang gemuk lepas ni.’ puji Luqman.

            ‘Terima kasih. Hmmmm…. Sekurang-kurangnya tak da lah ramai yang tergila-gilakan awak. Senang sikit saya nak jaga.’

            Luqman terlopong. ‘Apa sebenarnya yang sayang nak sampaikan dekat abang?  Yang tergila-gila kata bang tu, dia orang. Abang Cuma tergilakan isteri abang yang sorang ni je.’

            ‘Ye lah tu. Habis Liyana telefon awak nak apa?’

            Tersedak Luqman dibuatnya. ‘ Macam mana sayang tahu?’

            Hafni ketawa kecil. Geli hatinya dengan soalan suaminya. ‘Lepas site visit, awak singgah kat stesen minyak. Masa tu Liyana telefon awak. Dia merayu-rayu nakk jumpa awak. Bila dengar suara saya, terus dia letak.’

            Luqman berlagak tenang. Dia tidak menyangka bakal ada badai yang akan melanda rumah tangganya. Usahanya untuk merapatkan hubungannya dengan Hafni baru sahaja membuahkan hasil. Liyana pula datang merosakkan hubungan mereka. Luqman mengeluh.

            ‘Abang minta maaf banyak-banyak. Memang Liyana ada telefon abang masa kita dalam perjalanan ke site. Antara abang dengan Liyana dah tak ada apa-apa. Abang tak tahu kenapa dia nak jumpa abang. Abang tak pernah setuju untuk berjumpa dengan dia. Terkejut juga abang bila dia telefon abang balik masa kita kat stesen minyak.’

            Hafni diam. Hatinya tersentuh. Jauh di sudut hatinya, dia tahu Luqman tidak menipunya. ‘Saya percaya kat awak. Awak jumpalah dia sekali. Dengar dulu penjelasan dia.’ pujuk Hafni.

            ‘Sayang tak marah ke, kalau abang jumpa Liyana?’ soal Luqman.

            ‘Kalau tujuan awak tu betul, buat apa saya nak marah. Siapa yang jeles kalau tahu suami dia jumpa perempuan lain.’ jawab Hafni selamba seraya bangun mengutip pingan mangkuk yang kotor untuk dibasuh.

            Walaupun Luqman jelas mendengar kata-kata Hafni, dia seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Sayangkah Hafni pada dirinya. Luqman termenung di meja makan. Hafni yang siap mengemas, melintas di hadapan Luqman untuk naik ke bilik. Dia hairan melihat Luqman masih berada di meja makan.

            ‘Awak nak apa-apa lagi ke?’ tegur Hafni berdiri di belakang Luqman.

            Teguran Hafni menyedarkan Luqman dari lamunanya. Luqman cuba berlagak biasa. Namun sumbang di mata Hafni.

            ‘Awak nak apa-apa lagi ker?’ ulang Hafni.

            ‘Hah!!! Sayang tanya apa tadi? Abang tak dengar.’

            ‘Saya tanya awak, awak nak apa-apa lagi ker?’ ulang Hafni dengan jelas dan terang.

            ‘Hmmmmm….Abang tak nak apa-apa. Kalau sayang dah penat, pergilah berehat. Abang mungkin masuk bilik lewat sikit. Nak siapkan kerja sikit.

            Hafni mengangguk kepalanya. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia menyiapkan laporannya. Pastinya Luqman akan terperap di dalam biliknya. Sambil meniarap di atas tilam, Hafni menyiapkan laporannya diselang seli dengan nyanyian kecil mengikut alunan muzik yang dimainkan di laptopnya sehinggakan kehadiran Luqman tidak disedarinya. Terlopong Luqman melihat aksi isterinya yang berbaju gaun tidur satin yang menampakkan betisnya yang putih. Lama Luqman berdiri di muka pintu melihat aksi Hafni. Ada juga aksi Hafni mencuit hatinya. Namun ditahannya. Luqman tidak mampu menahan kantuk matanya. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang berpura-pura seperti tidak nampak apa-apa yang berlaku.


            Menyedari kehadiran Luqman, Hafni segera menutup betisnya yang terdedah. Perkakasan yang berselerak di atas katil dikemasnya. Matanya juga sudah  mula mengantuk. Luqman telah pun naik ke atas katil manakal Hafni berada di hadapan meja solek. Rutin yang biasa dilakukan sebelum masuk tidur, menyapu losyen di badannya. Luqman yang meletakkan kepalanya di atas bantal telah pun lena dibuai mimpi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22