Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 20
BAB 20
Tangan Hafni lincah mengacau
air di dalam teko. Manakala Rose membantu Datin Rafidah menyusun kuih di dalam
pinggan. Senang hati Datin Rafidah memandang wajah anak menantunya. Semoga
kebahagian mereka berpanjangan.
‘Macam mana dengan percutian kat Perth Af? Seronok tak?’
Datin Rafidah mula mengorek rahsia.
Hafni hampir-hampir tersedak dibuatnya. ‘Seronok sangat
mama. Banyak yang Af timba di bumi kangaroo. Cuma tak sempat nak jelajah semua
tempat. Masa terhad sangat. Insyallah kalau diberi peluang, mungkin Af nak ke
sana semula.’
Rose menguntum senyuman. Ada sahaja
akalnya mahu mengenakan Hafni. ‘Seronok macam mana tu Af? Tak kongsi ke dengan
mama dan aku sekali. Nak tahu jugak kalau dah ehem-ehem.’
Tercuit hati Datin Rafidah dengan
soalan yang diajukan oleh Rose. Merona wajah Hafni. Ikutkan hatinya, mahu
sahaja dia cili-cilikan mulut Rose. Soalan yang tak sepatutnya ditanya di
hadapan mama. ‘Itu soalan P
and C la. No komen.’
Hafni pantas menyelamatkan dirinya. Tanpa disangka, meletus jua tawa tiga
beranak di dapur. Pasangan lelaki yang berada diruang tamu dilanda kehairanan.
‘Apa sajalah mama kamu tu buat
dengan Hafni dan adik tu. Dah tak ingat ke kita kat sini? Kering dah tekak papa
tunggu air mama kamu.’ rungut Dato’ Lutfi terus meletakkan semula khabar yang
telah dibacanya.
Luqman yang faham dengan maksud
papannya, bangun dari duduknya lalu menapak ke arah dapur. Luqman tidak terus
masuk ke dalam dapur sebaliknya meninjau di sebalik tembok. Mama dan adiknya
tersenyum lebar. Sementara Hafni yang berdiri di tepi kaunter bar tersipu malu.
Pasti isterinya menjadi bahan usikkan adiknya.
Luqman berdehem menandakan
kehadirannya disitu. ‘Ni mesti tengah usik isteri Luq kan? Sampai merah-merah
pipi Af.’ duga Luqman yang telah pun berada disisi Hafni. sekejap sahaja
tangannya mendarat di bahu Hafni.
‘Amboi… Ke main sayang betul Luq
dekat Af. Mama tak usik pun isteri Luq tu. Adik ni je saja-saja bergurau dengan
Af. Tak kan tak boleh. Luq kena ingat, siapa yang tolong Luq carikan isteri
yang cantik kalau bukan mama dengan papa.’ tutur Datin Rafidah tak mahu
mengalah dengan anaknya.
‘Mestilah Luq sayang isteri Luq. Ni
lah satu-satunya isteri yang Luq ada. Ke mama nak Luq tambah seorang lagi
menantu untuk mama. Mestilah Luq ingat.’ belum pun sempat Luqman menghabiskan
kata-katanya, tangannya telah diketam. Menyeringai Luqman sekejap.
‘Hah!! Padan muka. Tak sampai
sebulan kahwin, ada hati nak tambah. Cukuplah menantu yang mama ada ni Luq.
Jangan nak cari bala lain pulak!!’ sokong Datin Rafidah dengan tindakan Hafni.
‘Menyesal pulak masuk dapur. Luq
yang jadi mangsa. Air tu dah siap ke belum sayang? Kalau dah, jom kita ke
depan. Papa dah merungut tekak dia dah kering.’ Cepat-cepat Luqman memimpin
Hafni yang sedang menatang dulang berisi air ke ruang tamu.
‘Macam dia sorang je ada bini.’
tempik Rose dari belakang bersama pinggan berisi kuih di tangannya disusuli
dengan Datin Rafidah. Dato’ Lutfi dengan Zaufi yang tidak tahu menahu hanya
tersenyum. Selesai menghidang makanan, Rose kembali duduk disebelah Zaufi.
Begitu juga dengan Hafni dan Luqman.
Sunyi seketika ruang tamu mewah
milik Dato’ Lutfi sementara penghuninya enak menjamu selera. Hafni menghulurkan
cawan berisi air kepada suaminya. Kembang kempis Luqman dibuatnya. Dato’ Lutfi
dan Datin Rafidah memandang dengan hujung ekor mata mereka.
Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah
tumpang gembira melihat kebahagian rumah tangga anak-anak mereka. Semoga
rumahtangga mereka rukun dan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat doa Dato’
Lutfi dan Datin Rafidah. Amanah Allah yang telah dberikan telah selesai
dilakukan. Andainya Allah ingin menarik nyawa mereka, bolehlah mereka pergi
dengan tenang desis suara hati Datin Rafidah.
‘Jauh mama dan papa mengelamun. Mama
dengan papa ada masalah ke? Kalau ada masalah, kongsilah dengan kami. Mana
tahu, kalau-kalau kami boleh tolong.’ Zaufi membuat telahan persis ahli nujum.
‘Mama dengan papa cuma ada satu
masalah je. Masalahnya belum ada apa-apa berita baik buat mama dengan papa.’
luah Dato’ Lutfi.
Luqman yang sedang menghirup airnya
tersedak. Hafni disebelahnya menolong menepuk belakang Luqman. Permintaan mama
dan papanya bukannya terlalu susah untuk ditunaikan. Yang susahnya adalah untuk
memikat hati isterinya.
‘Insyallah mama, papa. Harap-harap
tuhan bagi rezeki awal kat Luq dengan Af. Luq pun dah tak sabar-sabar nak ada
Luqman Haqeem junior. Baru ada geng. Tapi tak tahulah kalau-kalau adik tu
merancang.’ Luqman tersengih kerana dapat mengenakan adiknya.
Bantal yang berada ditangannya
dibaling ke arah Luqman. ‘Mulut tu tak da insurans kan. Jangan dengar cakap
abang Luq tu mama, papa. Rose dengan abang Zaufi tak merancang pun. Belum ada
rezeki lagi.’ Rose membela dirinya.
Lega Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah.
Semoga hasrat mereka untuk menambah cucu dimakbulkan oleh Allah.
‘Lupa papa nak bagitahu kat kamu
Luq. Papa dan mama dah setuju nak bagi rumah dekat Bangi pada Luq dengan Af.
Lagipun, dari rumah ke pejabat Af tak jauh sangat.’ Ujar Dato’ Lutfi.
‘Alhamdulillah. Tak payah la Luq
buat survey rumah dekat Putrajaya.
Terima kasih papa, mama.’ Ucap Luqman di atas pemberian yang diberikan oleh papa dan mamanya.
Terukiran senyuman di wajah Dato’
Lutfi. ‘ Pasal décor rumah tu, tak payah la Af
risau. Mama dah settle kan semuanya. Harap-harap
kenalah dengan taste Luq dan Af.’ tambah Datin
Rafidah.
‘Af tak kisah mama. Pemberian mama
tu pun dah cukup besar buat Af dengan abang Luq.’
‘Kalau macam tu, lega hati mama.
Pergilah jenguk rumah tu nanti. Mana tau, kalau ada-ada nak tambah perabot lagi
ke.’ cadang Datin Rafidah.
‘Nanti Luq dengan Af pergi jenguk
rumah tu.’ jawab Luq pendek.
‘So sweet
bila sayang panggil abang dengan panggilan ‘abang.’ bisik Luqman di telinga
Hafni. Hafni buat tidak tahu sahaja dengan bisikan Luqman. kalau dilayan makin
menjadi.
‘Kalau tak da apa-apa, Luq dengan Af
nak naik atas dulu mama, papa. Nak berehat. Jet leg pun tak hilang lagi.’ pohon
Luqman.
‘Pergilah naik Luq, Af.’ Pendek
sahaja Datin Rafidah menjawab bagi pihak suaminya yang sedang leka berborak
dengan Zaufi
BEST NAK LAGI.
ReplyDeleteLama tunggu ni... harap sangat Af boleh terima Luq dengan hati yg ikhlas... kasihan Luq...
ReplyDeletesambunggg...