Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 20

BAB 20
Tangan Hafni lincah mengacau air di dalam teko. Manakala Rose membantu Datin Rafidah menyusun kuih di dalam pinggan. Senang hati Datin Rafidah memandang wajah anak menantunya. Semoga kebahagian mereka berpanjangan.

‘Macam mana dengan percutian kat Perth Af? Seronok tak?’ Datin Rafidah mula mengorek rahsia.

Hafni hampir-hampir tersedak dibuatnya. ‘Seronok sangat mama. Banyak yang Af timba di bumi kangaroo. Cuma tak sempat nak jelajah semua tempat. Masa terhad sangat. Insyallah kalau diberi peluang, mungkin Af nak ke sana semula.’

            Rose menguntum senyuman. Ada sahaja akalnya mahu mengenakan Hafni. ‘Seronok macam mana tu Af? Tak kongsi ke dengan mama dan aku sekali. Nak tahu jugak kalau dah ehem-ehem.’

            Tercuit hati Datin Rafidah dengan soalan yang diajukan oleh Rose. Merona wajah Hafni. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia cili-cilikan mulut Rose. Soalan yang tak sepatutnya ditanya di hadapan mama. ‘Itu soalan P and C la. No komen.’ Hafni pantas menyelamatkan dirinya. Tanpa disangka, meletus jua tawa tiga beranak di dapur. Pasangan lelaki yang berada diruang tamu dilanda kehairanan.

            ‘Apa sajalah mama kamu tu buat dengan Hafni dan adik tu. Dah tak ingat ke kita kat sini? Kering dah tekak papa tunggu air mama kamu.’ rungut Dato’ Lutfi terus meletakkan semula khabar yang telah dibacanya.

            Luqman yang faham dengan maksud papannya, bangun dari duduknya lalu menapak ke arah dapur. Luqman tidak terus masuk ke dalam dapur sebaliknya meninjau di sebalik tembok. Mama dan adiknya tersenyum lebar. Sementara Hafni yang berdiri di tepi kaunter bar tersipu malu. Pasti isterinya menjadi bahan usikkan adiknya.

            Luqman berdehem menandakan kehadirannya disitu. ‘Ni mesti tengah usik isteri Luq kan? Sampai merah-merah pipi Af.’ duga Luqman yang telah pun berada disisi Hafni. sekejap sahaja tangannya mendarat di bahu Hafni.

            ‘Amboi… Ke main sayang betul Luq dekat Af. Mama tak usik pun isteri Luq tu. Adik ni je saja-saja bergurau dengan Af. Tak kan tak boleh. Luq kena ingat, siapa yang tolong Luq carikan isteri yang cantik kalau bukan mama dengan papa.’ tutur Datin Rafidah tak mahu mengalah dengan anaknya.

            ‘Mestilah Luq sayang isteri Luq. Ni lah satu-satunya isteri yang Luq ada. Ke mama nak Luq tambah seorang lagi menantu untuk mama. Mestilah Luq ingat.’ belum pun sempat Luqman menghabiskan kata-katanya, tangannya telah diketam. Menyeringai Luqman sekejap.

            ‘Hah!! Padan muka. Tak sampai sebulan kahwin, ada hati nak tambah. Cukuplah menantu yang mama ada ni Luq. Jangan nak cari bala lain pulak!!’ sokong Datin Rafidah dengan tindakan Hafni.

            ‘Menyesal pulak masuk dapur. Luq yang jadi mangsa. Air tu dah siap ke belum sayang? Kalau dah, jom kita ke depan. Papa dah merungut tekak dia dah kering.’ Cepat-cepat Luqman memimpin Hafni yang sedang menatang dulang berisi air ke ruang tamu.

            ‘Macam dia sorang je ada bini.’ tempik Rose dari belakang bersama pinggan berisi kuih di tangannya disusuli dengan Datin Rafidah. Dato’ Lutfi dengan Zaufi yang tidak tahu menahu hanya tersenyum. Selesai menghidang makanan, Rose kembali duduk disebelah Zaufi. Begitu juga dengan Hafni dan Luqman.

            Sunyi seketika ruang tamu mewah milik Dato’ Lutfi sementara penghuninya enak menjamu selera. Hafni menghulurkan cawan berisi air kepada suaminya. Kembang kempis Luqman dibuatnya. Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah memandang dengan hujung ekor mata mereka.

            Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah tumpang gembira melihat kebahagian rumah tangga anak-anak mereka. Semoga rumahtangga mereka rukun dan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat doa Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Amanah Allah yang telah dberikan telah selesai dilakukan. Andainya Allah ingin menarik nyawa mereka, bolehlah mereka pergi dengan tenang desis suara hati Datin Rafidah.

            ‘Jauh mama dan papa mengelamun. Mama dengan papa ada masalah ke? Kalau ada masalah, kongsilah dengan kami. Mana tahu, kalau-kalau kami boleh tolong.’ Zaufi membuat telahan persis ahli nujum.

            ‘Mama dengan papa cuma ada satu masalah je. Masalahnya belum ada apa-apa berita baik buat mama dengan papa.’ luah Dato’ Lutfi.

            Luqman yang sedang menghirup airnya tersedak. Hafni disebelahnya menolong menepuk belakang Luqman. Permintaan mama dan papanya bukannya terlalu susah untuk ditunaikan. Yang susahnya adalah untuk memikat hati isterinya.
           
            ‘Insyallah mama, papa. Harap-harap tuhan bagi rezeki awal kat Luq dengan Af. Luq pun dah tak sabar-sabar nak ada Luqman Haqeem junior. Baru ada geng. Tapi tak tahulah kalau-kalau adik tu merancang.’ Luqman tersengih kerana dapat mengenakan adiknya.

            Bantal yang berada ditangannya dibaling ke arah Luqman. ‘Mulut tu tak da insurans kan. Jangan dengar cakap abang Luq tu mama, papa. Rose dengan abang Zaufi tak merancang pun. Belum ada rezeki lagi.’ Rose membela dirinya.

            Lega Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Semoga hasrat mereka untuk menambah cucu dimakbulkan oleh Allah.

            ‘Lupa papa nak bagitahu kat kamu Luq. Papa dan mama dah setuju nak bagi rumah dekat Bangi pada Luq dengan Af. Lagipun, dari rumah ke pejabat Af tak jauh sangat.’ Ujar Dato’ Lutfi.

            ‘Alhamdulillah. Tak payah la Luq buat survey rumah dekat Putrajaya. Terima kasih papa, mama.’ Ucap Luqman di atas pemberian  yang diberikan oleh papa dan mamanya.

            Terukiran senyuman di wajah Dato’ Lutfi. ‘ Pasal décor rumah tu, tak payah la Af risau. Mama dah settle kan semuanya. Harap-harap kenalah dengan taste Luq dan Af.’ tambah Datin Rafidah.
           
            ‘Af tak kisah mama. Pemberian mama tu pun dah cukup besar buat Af dengan abang Luq.’

            ‘Kalau macam tu, lega hati mama. Pergilah jenguk rumah tu nanti. Mana tau, kalau ada-ada nak tambah perabot lagi ke.’ cadang Datin Rafidah.
            ‘Nanti Luq dengan Af pergi jenguk rumah tu.’ jawab Luq pendek.

            ‘So sweet bila sayang panggil abang dengan panggilan ‘abang.’ bisik Luqman di telinga Hafni. Hafni buat tidak tahu sahaja dengan bisikan Luqman. kalau dilayan makin menjadi.

            ‘Kalau tak da apa-apa, Luq dengan Af nak naik atas dulu mama, papa. Nak berehat. Jet leg pun tak hilang lagi.’ pohon Luqman.


            ‘Pergilah naik Luq, Af.’ Pendek sahaja Datin Rafidah menjawab bagi pihak suaminya yang sedang leka berborak dengan Zaufi

Comments

  1. Lama tunggu ni... harap sangat Af boleh terima Luq dengan hati yg ikhlas... kasihan Luq...
    sambunggg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22