Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 19
BAB 19
Akhirnya mereka tiba di
tanahair selepas seminggu di bumi kangaroo. Banyak tempat yang mereka dilawati
oleh mereka. Dalam tempoh seminggu itu jugaklah, Luqman dan Hafni saling
mengenali sesama sendiri. Teksi Limo berwarna hitam memasuki perkarangan banglo
milik Dato’ Lutfi. Sementara menunggu Luqman memunggah luggage dari bonet limo, Hafni memerhati
sekeliling perkarangan banglo milik mertuanya. Sunyi sepi je banglo ni. Mana
pergi semua orang dalam banglo ni desis Hafni sendirian.
Luqman yang sedari tadi memerhati
perlakuan isterinya, segera memeluk Hafni dari belakang. Hafni tidak membantah
sebaliknya membiarkan sahaja Luqman memeluknya.
‘Apa yang sayang pandang tu? Sampai abang kat sini pun
sayang tak nak pandang.’
‘Ke situ pulak awak. Tiap-tiap hari
saya pandang awak. Tak cukup lagi ke?’ soal Hafni geram dengan perangai
suaminya.
‘Eh!! Mana cukup. Kalau boleh, mana
abang pergi mesti sayang kena ada dengan abang. Silap hari bulan, abang
terpeluk orang lain. Sebab pandang orang lain pun abang nampak sayang. Apa yang
sayang pandang tu? Cuba cerita sikit dengan abang?’
‘Ada-ada je la awak ni. Sekarang ni
boleh la cakap. Jangan sampai satu masa nanti bosan pulak. Saya hairan
sebenarnya. Mana pergi semua orang dalam rumah ni? Sunyi sepi je. Kereta papa
pun tak da? Termasuklah kereta Rose? Awak tak rasa aneh ke?’
‘Ye tak ya jugak kan.Tajam betul
mata awak ni. Mungkin papa dan mama keluar kot. Adik tu tak yah awak nak
fikirlah. Dia kalau tak keluar pergi shopping, mungkin dia keluar dengan
Zaufi. Elok jugak tak da orang kat rumah. Boleh kita sambung our honeymoon.’ seloroh Luqman.
‘Stop it
Mr. Luqman Haqeem.’ sergah Hafni lantas mengetam tangan Luqman. Apa lagi,
meraunglah si lelaki macho baru diketam oleh
isterinya. Dua pasang mata mengintai adengan anak menantunya dari ruang tamu.
Sejuk hati mereka melihat kemesraan Luqman dan Hafni. Semoga kebahagian milik
mereka berdua doa Dato Lutfi dan Datin Rafidah.
Hati tua mereka tidak sabar-sabar
menyambut kepulangan Luqman dan Hafni. ‘ Bang, bila budak berdua tu nak masuk.
Saya dah tak sabar nak peluk menantu saya tu.’ soal Datin Rafidah kepada
suaminya.
‘Sabar Fidah. Tak ke mana pun
menantu kesayangan awak tu. Kejap lagi masuk lah budak berdua tu. Bagilah
peluang kat budak berdua tu nak mesra-mesra dulu. Nanti depan kita dah tak
dapat nak mesra-mesra pulak. Malulah katakan.’ panjang lebar Dato’ Lutfi
menjawab soalan isterinya.
Luqman dan Hafni menoleh ke belakang
apabila kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan banglo. Sementara di dalam
kereta, Rose terkejut dengan dengan apa yang baru dilihatnya. Sekelip mata
sahaja, sahabat baiknya boleh terlebih mesra dengan abangnya. Zaufi yang dari
tadi mengajak isterinya turun dari kereta tadi tidak diendahkan. Pantas sahaja
tangannya mencubit peha isterinya. Riuh sekejap di dalam kereta dengan jeritan
Rose.
‘Sakitlah abang.’ adu Rose sambil
menggosok pehanya yang baru dicubit oleh Zaufi.
‘Tahu pun sakit. Tekak abang ni dah
sakit asyik panggil sayang. Dah tak nak turun ke? Ke nak tidur dalam kereta
ni?’
‘La… Abang panggil sayang ke tadi? Sorry la. Sayang tengah tengok drama episod ni hah. Macam tak
percaya je.’ tutur Rose.
‘ Tengok drama episod apa pulak ni?
Mana ada tv dalam kereta abang ni? Sayang mengigau ke?’ Zaufi bersoal balas.
‘Tu ha! Cuba abang tengok abang Luq
dengan Hafni dekat laman rumah tu. Dah terlebih mesra je balik dari honeymoon dia orang.’ Rose memuncungkan bibir
ke arah Luqman dan Hafni.
Zaufi menurut kata-kata isterinya.
Pandangan ditala ke luar. Dengan jelasnya dia dapat melihat abang iparnya
sedang memeluk Hafni. Bayangan Qairul Idham, sepupunya bertandang di ruang
matanya. Usaha sepupunya untuk menawan semula hati Hafni, kekasih lama yang
ditinggalkan hanyalah sia-sia. Dia kembali teringat kata-kata Idham kepadanya
yang Idham berasa menyesal kerana meninggalkan Hafni begitu sahaja hanya
disebabkan seorang wanita yang pandai berkata-kata tetapi semuanya dusta
semata-mata. Zaufi berasa bersalah terhadap isterinya mahupun Hafni kerana
menyembunyi perkara yang sebenarnya selama ini. Ikutkan hati, laju sahaja
mulutnya ingin menceritakan hubungan sebenarnya dengan Idham.
Kali ini Zaufi pula yang terkena
cubitan di lengannya.’ Hai… abang fikir apa pulak ni? dari tadi sayang panggil
abang.’
‘Eh!!! Tak da apa-apa lah sayang.
Sayang je fikir yang bukan-bukan. Dah la. Jom keluar.’ ajak Zaufi segera
membuka pintu kereta sebelum Rose mengesyakinya. Rose perasan suaminya seperti
ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.
Zaufi menyeluk telefon bimbitnya
dari poket seluarnya. Nama di skrin telefonnya diperhatikan. Dia segera
menjauhkan diri dari isterinya sebelum menjawab panggilan telefon.
‘Wa’alaikumsalam. Kau call tak kena masa la Am.’ Zaufi terlebih dahulu membuka
mulut.
‘Aku belum bagi salam pun. Tetiba je
kau jawab salam. Kau da masalah ke Fi?’ tanya Idham yang tidak tahu menahu.
‘Masalah aku ialah kau. Kau call aku masa semua orang ada kat depan aku. aku tahu kenapa
kau call aku. Kau nak tanya Hafni dah balik ke belum kan?’
Idham tersenyum lebar apabila
mendengar nama Hafni disebut. Niatnya menelefon sepupunya untuk bertanyakan
sama ada Hafni telah pulang atau tidak. Hatinya bagai di siat-siat mengenangkan
Hafni hanya berdua bersama suaminya ke bumi Perth. Sepatutnya dia yang berada
disamping Hafni. Beribu sesalan datang bertandang.
‘Kau macam tahu je kan. Macam mana?
Af dah sampai ke belum?’ tanya Idham.
‘Kau ni gelejoh la Am. Untuk
pengetahuan kau. Buah hati kau tu dah selamat sampai. Apa-apa hal nanti, aku
yang call kau. Kau jangan call aku. Masak aku nak jawab dengan Rose nanti.’ Zaufi
segera mematikan talian.
Rose menghampiri merpati dua sejoli
di halaman rumah. ‘Hai pengantin baru. Baru sampai ker? Hmmm… balik dari bulan
madu ni dah semakin romantis. Sampai dah tak boleh nak berenggang nampaknya
abang Luq.’ sakat Rose.
‘Hmmmm… Lebih kurang macam tulah.
Kenapa? Jeles la tu. Mesti cik abang dia tak peluk dia. Kan sayang.’ kata
Luqman selamba.
Hafni menahan geram. Suaminya kalau
bercakap ikut sedap mulut sahaja. Bukannya nak jaga hati orang lain. Tangannya
cepat sahaja menyiku Luqman. Rose sekadar menjadi pemerhati. Sempat dia menoleh
mencari kelibat suaminya. Hatinya mendongkol geram dengan sindiran abangnya
sendiri.
‘Awak ni kalau bercakap tu jagalah
hati orang lain. Ni tak, main cakap je. Kalau Rose berkecil hati macam mana?’
soal Hafni yang serba salah.
‘Adik tak kan terasa lah sayang.
Abang kenal sangat dengan adik abang tu.’
‘Kalau dia terasa macam mana? Tak ke
haru kita nanti dibuatnya. Awak kena ingat sikit, Rose tu bukan setakat adik
ipar saya je. Dia adalah sahabat baik saya jugak.’ Hafni memberi amaran kepada
Luqman.
Ikutkan hati Rose, mahu sahaja dia
gelakkan abang Luqnya yang baru sahaja dimarahi oleh Hafni, namun cepat-cepat
ditahannya. Lapang dadanya kerana Hafni membela dirinya walaupun telah
mengahwini abang Luqmannya.
‘Rasa-rasanya, abang Luq tak
perlukan Hafni buat masa ni kan. Adik pinjam isteri abang Luq sekejap ye. Hah!!
Lagi satu, abang Luq tolong bawa masuk luggage
tu sekali. Jom Af.’ ajak Rose seraya meraih tangan Hafni. Pelukan Luqman
terlepas. Sakit hatinya bukan kepalang. Adiknya sengaja mengena dirinya.
‘Terima kasih Rose sebab selamatkan
aku.’ ucap Hafni yang berjalan bersama Rose sambil berpelukan.
‘Kenapa pulak nak ucap terima kasih
kat aku.’
‘Memang patutlah aku ucap terima
kasih kat kau. Kalau kau tak tarik aku tadi, tak tahulah sampai bila kita orang
nak berpelukan kat depan tu. Kau ingat kita orang tengah shooting
filem ke? Abang Luq kau tu kadang-kadang terlebih romantik sangat. Dah tu,
romantik tak bertempat pulak.’ rungut Hafni berjela.
Mengekek tawa Rose. Satu perkara
yang yang baru diketahui tentang abang Luqnya. Luaran sahaja macho tapi dalam hati ada taman. Boleh dijadikan bahan untuk untuk mengenakan
abang Luqnya nanti desis Rose. Baru sahaja tangan Rose ingin memulas tombol
pintu, pintu telah dibuka dari dalam. Hafni dan Rose yang berada di hadapan
pintu betul-betul terkejut. Nyaris-nyaris mereka ingatkan pencuri. Tersembul
wajah Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah dihadapan pintu.
‘Ya Allah. Terkejut adik dengan Af,
mama, papa. Kita orang ingatkan mama dan papa tak da kat rumah.’ Rose memulakan
bicara.
‘Ada-ada je la adik ni. Mama dan
papa ni dah naik lenguh tunggu kamu semua masuk ke dalam. Ntah buat apa ntah
kat luar tu.’ Datin Rafidah mula berleter..
Terus sahaja Rose bersalaman dengan
mama dan papanya disusuli pula oleh Hafni sebelum mamanya mula berleter. Zaufi
yang baru selesai menjawab panggilan telefon terus mendapatkan abang iparnya.
Selesai bersalaman, Zaufi membantu Luqman menarik luggage
masuk ke rumah.
Sesampai di pintu, Datin Rafidah
telah sedia menanti kehadiran anak menantunya. Huluran tangan Zaufi disambut
mesra. Berlainan dengan Luqman, Datin Rafidah menyambut kepulangan Luqman
dengan sambutan yang lebih mesra. Laju tangannya memiat telinga Luqman. Luqman
menjerit kecil. ‘Kenapa mama piat telinga Luq?’
‘Memang patut pun mama piat telinga
anak mama ni. Mama tahulah kamu tu ada isteri cantik. Tak payahlah nak tunjuk
kat orang sampai berpeluk kat laman rumah. Tak cukup lagi ke bulan madu kamu
tu? Ke nak suruh papa tambah cuti bulan madu kamu lagi?’ perli Datin Rafidah.
‘Ala… Apa salahnya mama. Luq bukan
buat apa pun. Luq peluk isteri Luq. Tak kan salah kot? Kan sayang.’ jawab
Luqman yang telah pun duduk di sebelah Hafni. Rose yang duduk bertentangan,
mencebik abang Luqmannya.
‘Over
la abang Luq ni. Macam dia seorang je yang ada bini kan papa. Sampai Af naik
segan dengan kita.’ ejek Rose.
‘Sudah-sudahlah tu Luq, adik. Kamu
berdua ni tak boleh berjumpa. Jumpa sikit asyik nak gaduh je. Masing-masing tak
lama lagi nak jadi mak budak, bapak budak. Tak ke malu dekat anak-anak nanti.’
Dato’ Lutfi menasihat Luqman dan Rose.
Datin Rafidah memicit kepalanya.
Sangkanya, dia cuma pening ketika membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.
Sangkaannya meleset. Bertambah pening kepalanya
dibuat anak-anaknya yang telah pun berumahtangga. Hendak dimarah,
masing-masing pun telah besar. Makin dilayan anak-anaknya makin menjadi dia
dijadikan bahan usikkan. Malas untuk melayan kerenah anaknya yang tidak pernah
habis, Datin Rafidah bangkit terus menuju ke dapur. Memahami situasi mamanya,
Hafni dan Rose turut serta mengekori mamanya dari belakang.
‘Sayang nak ke mana?’ tanya Luqman
dan Zaufi serenak.
‘Dah nama pun isteri. Kenalah masuk
dapur. Tak kan nak berkepit je. Kot tak berasap dapur nanti.’ laung Datin
Rafidah dari dapur. Meletus tawa Hafni dan Rose mendengar jawapan mamanya.
Semoga Af terbuka hati terima Luq dgn ikhlas dan segera sebab takut Am akan buat benda yg x elok pada Af... Luq memang dah angau dgn Af tu.... hehehe besttttt...
ReplyDelete