Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 19

BAB 19
            Akhirnya mereka tiba di tanahair selepas seminggu di bumi kangaroo. Banyak tempat yang mereka dilawati oleh mereka. Dalam tempoh seminggu itu jugaklah, Luqman dan Hafni saling mengenali sesama sendiri. Teksi Limo berwarna hitam memasuki perkarangan banglo milik Dato’ Lutfi. Sementara menunggu Luqman memunggah luggage dari bonet limo, Hafni memerhati sekeliling perkarangan banglo milik mertuanya. Sunyi sepi je banglo ni. Mana pergi semua orang dalam banglo ni desis Hafni sendirian.

            Luqman yang sedari tadi memerhati perlakuan isterinya, segera memeluk Hafni dari belakang. Hafni tidak membantah sebaliknya membiarkan sahaja Luqman memeluknya.
           
‘Apa yang sayang pandang tu? Sampai abang kat sini pun sayang tak nak pandang.’
 
            ‘Ke situ pulak awak. Tiap-tiap hari saya pandang awak. Tak cukup lagi ke?’ soal Hafni geram dengan perangai suaminya.

            ‘Eh!! Mana cukup. Kalau boleh, mana abang pergi mesti sayang kena ada dengan abang. Silap hari bulan, abang terpeluk orang lain. Sebab pandang orang lain pun abang nampak sayang. Apa yang sayang pandang tu? Cuba cerita sikit dengan abang?’

            ‘Ada-ada je la awak ni. Sekarang ni boleh la cakap. Jangan sampai satu masa nanti bosan pulak. Saya hairan sebenarnya. Mana pergi semua orang dalam rumah ni? Sunyi sepi je. Kereta papa pun tak da? Termasuklah kereta Rose? Awak tak rasa aneh ke?’

            ‘Ye tak ya jugak kan.Tajam betul mata awak ni. Mungkin papa dan mama keluar kot. Adik tu tak yah awak nak fikirlah. Dia kalau tak keluar pergi shopping, mungkin dia keluar dengan Zaufi. Elok jugak tak da orang kat rumah. Boleh kita sambung our honeymoon.’ seloroh Luqman.

            ‘Stop it Mr. Luqman Haqeem.’ sergah Hafni lantas mengetam tangan Luqman. Apa lagi, meraunglah si lelaki macho baru diketam oleh isterinya. Dua pasang mata mengintai adengan anak menantunya dari ruang tamu. Sejuk hati mereka melihat kemesraan Luqman dan Hafni. Semoga kebahagian milik mereka berdua doa Dato Lutfi dan Datin Rafidah.

            Hati tua mereka tidak sabar-sabar menyambut kepulangan Luqman dan Hafni. ‘ Bang, bila budak berdua tu nak masuk. Saya dah tak sabar nak peluk menantu saya tu.’ soal Datin Rafidah kepada suaminya.

            ‘Sabar Fidah. Tak ke mana pun menantu kesayangan awak tu. Kejap lagi masuk lah budak berdua tu. Bagilah peluang kat budak berdua tu nak mesra-mesra dulu. Nanti depan kita dah tak dapat nak mesra-mesra pulak. Malulah katakan.’ panjang lebar Dato’ Lutfi menjawab soalan isterinya.

            Luqman dan Hafni menoleh ke belakang apabila kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan banglo. Sementara di dalam kereta, Rose terkejut dengan dengan apa yang baru dilihatnya. Sekelip mata sahaja, sahabat baiknya boleh terlebih mesra dengan abangnya. Zaufi yang dari tadi mengajak isterinya turun dari kereta tadi tidak diendahkan. Pantas sahaja tangannya mencubit peha isterinya. Riuh sekejap di dalam kereta dengan jeritan Rose.

            ‘Sakitlah abang.’ adu Rose sambil menggosok pehanya yang baru dicubit oleh Zaufi.

            ‘Tahu pun sakit. Tekak abang ni dah sakit asyik panggil sayang. Dah tak nak turun ke? Ke nak tidur dalam kereta ni?’

            ‘La… Abang panggil sayang ke tadi? Sorry la. Sayang tengah tengok drama episod ni hah. Macam tak percaya je.’ tutur Rose.

            ‘ Tengok drama episod apa pulak ni? Mana ada tv dalam kereta abang ni? Sayang mengigau ke?’ Zaufi bersoal balas.

            ‘Tu ha! Cuba abang tengok abang Luq dengan Hafni dekat laman rumah tu. Dah terlebih mesra je balik dari honeymoon dia orang.’ Rose memuncungkan bibir ke arah Luqman dan Hafni.

            Zaufi menurut kata-kata isterinya. Pandangan ditala ke luar. Dengan jelasnya dia dapat melihat abang iparnya sedang memeluk Hafni. Bayangan Qairul Idham, sepupunya bertandang di ruang matanya. Usaha sepupunya untuk menawan semula hati Hafni, kekasih lama yang ditinggalkan hanyalah sia-sia. Dia kembali teringat kata-kata Idham kepadanya yang Idham berasa menyesal kerana meninggalkan Hafni begitu sahaja hanya disebabkan seorang wanita yang pandai berkata-kata tetapi semuanya dusta semata-mata. Zaufi berasa bersalah terhadap isterinya mahupun Hafni kerana menyembunyi perkara yang sebenarnya selama ini. Ikutkan hati, laju sahaja mulutnya ingin menceritakan hubungan sebenarnya dengan Idham.

            Kali ini Zaufi pula yang terkena cubitan di lengannya.’ Hai… abang fikir apa pulak ni? dari tadi sayang panggil abang.’

            ‘Eh!!! Tak da apa-apa lah sayang. Sayang je fikir yang bukan-bukan. Dah la. Jom keluar.’ ajak Zaufi segera membuka pintu kereta sebelum Rose mengesyakinya. Rose perasan suaminya seperti ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

            Zaufi menyeluk telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Nama di skrin telefonnya diperhatikan. Dia segera menjauhkan diri dari isterinya sebelum menjawab panggilan telefon.

            ‘Wa’alaikumsalam. Kau call tak kena masa la Am.’ Zaufi terlebih dahulu membuka mulut.

            ‘Aku belum bagi salam pun. Tetiba je kau jawab salam. Kau da masalah ke Fi?’ tanya Idham yang tidak tahu menahu.

            ‘Masalah aku ialah kau. Kau call aku masa semua orang ada kat depan aku. aku tahu kenapa kau call aku. Kau nak tanya  Hafni dah balik ke belum kan?’

            Idham tersenyum lebar apabila mendengar nama Hafni disebut. Niatnya menelefon sepupunya untuk bertanyakan sama ada Hafni telah pulang atau tidak. Hatinya bagai di siat-siat mengenangkan Hafni hanya berdua bersama suaminya ke bumi Perth. Sepatutnya dia yang berada disamping Hafni. Beribu sesalan datang bertandang.

            ‘Kau macam tahu je kan. Macam mana? Af dah sampai ke belum?’ tanya Idham.

            ‘Kau ni gelejoh la Am. Untuk pengetahuan kau. Buah hati kau tu dah selamat sampai. Apa-apa hal nanti, aku yang call kau. Kau jangan call aku. Masak aku nak jawab dengan Rose nanti.’ Zaufi segera mematikan talian.

            Rose menghampiri merpati dua sejoli di halaman rumah. ‘Hai pengantin baru. Baru sampai ker? Hmmm… balik dari bulan madu ni dah semakin romantis. Sampai dah tak boleh nak berenggang nampaknya abang Luq.’ sakat Rose.

            ‘Hmmmm… Lebih kurang macam tulah. Kenapa? Jeles la tu. Mesti cik abang dia tak peluk dia. Kan sayang.’ kata Luqman selamba.

            Hafni menahan geram. Suaminya kalau bercakap ikut sedap mulut sahaja. Bukannya nak jaga hati orang lain. Tangannya cepat sahaja menyiku Luqman. Rose sekadar menjadi pemerhati. Sempat dia menoleh mencari kelibat suaminya. Hatinya mendongkol geram dengan sindiran abangnya sendiri.

            ‘Awak ni kalau bercakap tu jagalah hati orang lain. Ni tak, main cakap je. Kalau Rose berkecil hati macam mana?’ soal Hafni yang serba salah.

            ‘Adik tak kan terasa lah sayang. Abang kenal sangat dengan adik abang tu.’

            ‘Kalau dia terasa macam mana? Tak ke haru kita nanti dibuatnya. Awak kena ingat sikit, Rose tu bukan setakat adik ipar saya je. Dia adalah sahabat baik saya jugak.’ Hafni memberi amaran kepada Luqman.

            Ikutkan hati Rose, mahu sahaja dia gelakkan abang Luqnya yang baru sahaja dimarahi oleh Hafni, namun cepat-cepat ditahannya. Lapang dadanya kerana Hafni membela dirinya walaupun telah mengahwini abang Luqmannya.

            ‘Rasa-rasanya, abang Luq tak perlukan Hafni buat masa ni kan. Adik pinjam isteri abang Luq sekejap ye. Hah!! Lagi satu, abang Luq tolong bawa masuk luggage tu sekali. Jom Af.’ ajak Rose seraya meraih tangan Hafni. Pelukan Luqman terlepas. Sakit hatinya bukan kepalang. Adiknya sengaja mengena dirinya.

            ‘Terima kasih Rose sebab selamatkan aku.’ ucap Hafni yang berjalan bersama Rose sambil berpelukan.

            ‘Kenapa pulak nak ucap terima kasih kat aku.’

            ‘Memang patutlah aku ucap terima kasih kat kau. Kalau kau tak tarik aku tadi, tak tahulah sampai bila kita orang nak berpelukan kat depan tu. Kau ingat kita orang  tengah shooting filem ke? Abang Luq kau tu kadang-kadang terlebih romantik sangat. Dah tu, romantik tak bertempat pulak.’ rungut Hafni berjela.

            Mengekek tawa Rose. Satu perkara yang yang baru diketahui tentang abang Luqnya. Luaran sahaja macho tapi dalam hati ada taman.  Boleh dijadikan bahan untuk untuk mengenakan abang Luqnya nanti desis Rose. Baru sahaja tangan Rose ingin memulas tombol pintu, pintu telah dibuka dari dalam. Hafni dan Rose yang berada di hadapan pintu betul-betul terkejut. Nyaris-nyaris mereka ingatkan pencuri. Tersembul wajah Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah dihadapan pintu.

            ‘Ya Allah. Terkejut adik dengan Af, mama, papa. Kita orang ingatkan mama dan papa tak da kat rumah.’ Rose memulakan bicara.

            ‘Ada-ada je la adik ni. Mama dan papa ni dah naik lenguh tunggu kamu semua masuk ke dalam. Ntah buat apa ntah kat luar tu.’ Datin Rafidah mula berleter..

            Terus sahaja Rose bersalaman dengan mama dan papanya disusuli pula oleh Hafni sebelum mamanya mula berleter. Zaufi yang baru selesai menjawab panggilan telefon terus mendapatkan abang iparnya. Selesai bersalaman, Zaufi membantu Luqman menarik luggage masuk ke rumah.

            Sesampai di pintu, Datin Rafidah telah sedia menanti kehadiran anak menantunya. Huluran tangan Zaufi disambut mesra. Berlainan dengan Luqman, Datin Rafidah menyambut kepulangan Luqman dengan sambutan yang lebih mesra. Laju tangannya memiat telinga Luqman. Luqman menjerit kecil. ‘Kenapa mama piat telinga Luq?’

            ‘Memang patut pun mama piat telinga anak mama ni. Mama tahulah kamu tu ada isteri cantik. Tak payahlah nak tunjuk kat orang sampai berpeluk kat laman rumah. Tak cukup lagi ke bulan madu kamu tu? Ke nak suruh papa tambah cuti bulan madu kamu lagi?’ perli Datin Rafidah.

            ‘Ala… Apa salahnya mama. Luq bukan buat apa pun. Luq peluk isteri Luq. Tak kan salah kot? Kan sayang.’ jawab Luqman yang telah pun duduk di sebelah Hafni. Rose yang duduk bertentangan, mencebik abang Luqmannya.

            ‘Over la abang Luq ni. Macam dia seorang je yang ada bini kan papa. Sampai Af naik segan dengan kita.’ ejek Rose.

            ‘Sudah-sudahlah tu Luq, adik. Kamu berdua ni tak boleh berjumpa. Jumpa sikit asyik nak gaduh je. Masing-masing tak lama lagi nak jadi mak budak, bapak budak. Tak ke malu dekat anak-anak nanti.’ Dato’ Lutfi menasihat Luqman dan Rose.

            Datin Rafidah memicit kepalanya. Sangkanya, dia cuma pening ketika membesarkan anak-anaknya yang masih kecil. Sangkaannya meleset. Bertambah pening kepalanya  dibuat anak-anaknya yang telah pun berumahtangga. Hendak dimarah, masing-masing pun telah besar. Makin dilayan anak-anaknya makin menjadi dia dijadikan bahan usikkan. Malas untuk melayan kerenah anaknya yang tidak pernah habis, Datin Rafidah bangkit terus menuju ke dapur. Memahami situasi mamanya, Hafni dan Rose turut serta mengekori mamanya dari belakang.

            ‘Sayang nak ke mana?’ tanya Luqman dan Zaufi serenak.

            ‘Dah nama pun isteri. Kenalah masuk dapur. Tak kan nak berkepit je. Kot tak berasap dapur nanti.’ laung Datin Rafidah dari dapur. Meletus tawa Hafni dan Rose mendengar jawapan mamanya.


Comments

  1. Semoga Af terbuka hati terima Luq dgn ikhlas dan segera sebab takut Am akan buat benda yg x elok pada Af... Luq memang dah angau dgn Af tu.... hehehe besttttt...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22