Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 16
BAB 16
Perjalanan
ke KLIA hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja dari rumah orang tua
Luqman. Selesai Luqman bersalaman dengan Pak Deris, Luqman menarik luggage
masuk ke Terminal KLIA. Selesai urusan check in dan
mendapat boarding pass, Luqman dan Hafni terus menuju ke
balai berlepas. Rasa gementar tiba-tiba menerjah. Ini bukannya kali pertama Hafni menaiki kapal
terbang. Cuma dia akan berasa kecut perut ketika pesawat berlepas. Penerbangan
Hafni kali ini lebih selesa kerana dia berada dalam business class.
Untunglah sebab dapat laki businessman kalau tak, jangan haraplah. Alamatnya
economy class la. Hafni berdialog sendiri.
Debaran dadanya bergetar hebat.
Tanpa disedarinya, kemas tangannya menggenggam erat tangan Luqman. Hafni di sebelahnya
ditoleh. Dilihatnya mata Hafni terpejam dan dahi Hafni berkerut seribu. Luqman
sengaja membiarkan Hafni menggenggam tangannya. Setelah berada di awan biru,
Hafni melepaskan genggam tangannya. Tersedar tangannya tidak digenggam lagi,
Luqman menoleh ke sebelah.
‘Boleh saya tanya sesuatu?’ tanya
Luqman pendek.
‘Apa dia?’.
‘This is not the
first time
awak naik kapal terbang. Sebab saya tahu awak pernah pergi London dengan Rose.
Tapi kenapa tadi semacam je awak pegang tangan saya. Siap berkerut seribu dahi
awak tadi.’
Jarinya mengetuk pemegang tangan di
tempat duduknya. Dia sebenarnya malu untuk berkongsi cerita dengan Luqman.
Almaklumlah mereka baru je berkahwin. Kahwin pun atas pilihan keluarga.
Kenalah ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.
‘Sa…sa..saya akan rasa takut bila pesawat nak berlepas walaupun dah
banyak kali saya naik pesawat. Perasaan tu akan datang dengan sendirinya. Saya
cuba kawal tapi saya tetap akan alami perasaan tu. Saya minta maaf sebab tangan
awak jadi mangsa keadaan.’ luah Hafni gugup.
Hari ni baru satu perkara yang
Luqman tahu tentang isterinya. Banyak yang perlu diketahuinya mengenai Hafni.
Ini pun sudah mencukupi buat Luqman setakat hari ni. Perlahan-lahan dia akan
mengenali hati budi wanita yang mula menambat hatinya. Jauh Luqman melayan
lamunannya. Hafni di sebelahnya sudah pun terlelap. Penat semasa majlis
perkahwinannya pun belum hilang dan di tambah pula dengan penat mengharungi
perjalanann yang memakan masa hampir lima jam setengah. Dalam asyik melayan
lamunannya, Luqman sendiri tidak sedar bila masa matanya terlelap. Sedar-sedar
je, kepala Hafni terlentok di bahu Luqman. Berhati-hati Luqman membetulkan
sedikit kedudukan kepala Hafni agar lebih selesa. Jam di tangan dikerlingnya.
Perjalanan mereka masih jauh. Masih ada dua jam lagi sebelum mereka memijakkan
kaki di bumi Perth. Luqman memanggil pramugari yang kebetulan lalu di
tempatnya. Pramugari bertanda nama Julia di bajunya datang dengan penuh ayu dan
sopan.
‘There’s anything can I help you sir?’ spontan sahaja dia bertanya.
‘Can I have a cup of black coffee and maybe some breads perhaps?’ balas Luqman.
‘Of course sir. Is there anything’s else that you want sir?’
‘I think that’s all for now. Maybe later after my wife wake up.
Thank’s.’
Setelah mengambil pesanan Luqman, pramugari tersebut
berlalu untuk menyediakan pesanan yang
dipesan oleh Luqman. Sementara di kabin menyediakan makanan, ligat otak Julia
berputar mengingatkan lelaki yang baru memesan makanan dengannya. Dia seperti
pernah berjumpa dengan lelaki itu. Hilang terus apanya difikirkannya apabila
ketuanya, Maria menepuk bahunya.
‘Kenapa lama sangat nak siapkan
pesanan penumpang kita?’ tegas sahaja suara Maria.
‘Maaf Cik Maria. Boleh saya tanya
sesuatu?’ soal Julia sambil tangannya ligat membancuh kopi yang diminta oleh
Luqman.
Maria sekadar mengangguk.
‘Cik Maria kenal ke dengan pasangan
yang duduk dekat business
class tu?’
‘Awak ni Julia. Satu Malaysia kenal
dengan pasangan tu. Tu lah the most wanted
bachelor in Malaysia,
Luqman Haqeem bin Dato’ Lutfi dan yang di sebelahnya tu isteri dia. Melopong
mulut Julia. Benarlah telahannya tadi. Dia masih mengingati wajah yang pernah mengoyahkan hatinya. Kali pertama dia
bersua muka dengan Luqman ketika penerbanganya ke Jarkata dua tahun lalu.
Selepas pertemuan itu, ada sekali dua dia keluar berduaan dengan Luqman.
Malangnya, entah di mana silapnya, Luqman mula menjauhkan diri darinya. Setiap
mesej yang dihantar tidak dibalas apatah lagi panggilan telefon. Asyik masuk voicemail sahaja.
Hatinya tiba-tiba terasa perit. Perit kerana tidak di endahkan. Julia terkejut
apabila Cik Maria mengetuk meja kabin.
‘Boleh pula awak mengelamun kat sini
Julia. Penumpang kita tu dah lama tunggu pesanan dia. Awak nak dia complaint
dekat pengurusan.’ keras amaran dari ketuanya.
‘Maaf Cik Maria. Saya hantar pesanan
penumpang kita sekarang.’ cepat-cepat Julia membawa pesanan yang diminta oleh
Luqman. Dia cuba berwajah bersahaja di hadapan Luqman.
‘Maaf encik kerana lama menunggu.’
ucap Julia kerana silapnya sendiri terleka memikirkan Luqman. Kualiti kerjanya
harus dijaga kerana inilah satu-satunya periuk nasinya.
‘Tak pe. Terima kasih
banyak-banyak.’ balas Luqman tanpa mengangkat mukanya yang khusyuk membaca
majalah business. Julia berlalu dengan perasaan yang
sebal. Manakan tidak, sikit pun Luqman tidak memandang ke arahnya. Manalah
tahu, kalau-kalau Luqman masih teringatkan wajahnya. Wajahnya cemberut.
Bau kopi Luqman menyedarkan Hafni
dari lamunannya. Tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar. Baru sahaja dia
tersedar, kepalanya baik punya lentok di bahu Luqman. Perasaan malu menerjah di
wajahnya. Merona merah pipinya. Pantas sahaja dia mengangkat kepalanya.
‘Dah bangun dah.’ ujar Luqman sambil
tersenyum.
‘Mmmmmm…. Bau kopi awak tu yang buat
saya tersedar.’ laju sahaja mulutnya menjawab.
Sekali lagi bibir Luqman menguntum
senyuman. ‘Mesti dah lapar kan. Nanti saya pesankan untuk awak. Awak nak apa?’
‘Sama macam awak la. Tapi saya nak
pergi toilet dulu. Nak basuh muka.’ Hafni bangun
lalu menuju ke toilet yang tidak jauh dari tempat duduknya.
Dalam perjalanannya ke toilet, Hafni berselisih dengan Julia.
Sempat juga Hafni memberikan senyuman sayangnya Julia membalas dengan wajah
yang kelat. Hafni membuang jauh perasaan prasangkanya. Selesai membasahkan
wajahnya agar kelihatan lebih segar, Hafni kembali ke tempat duduknya.
Kelihatan wajah Hafni lebih segar selepas membasuh muka tetapi banyak kerutan
di wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu yang amat besar. Luqman baru
berkira-kira untuk bertanya dengan Hafni sekiranya ada perkara yang
merunsingkan hatinya. Niatnya terpaksa ditangguhkan apabila seorang pramugari
datang dengan membawa pesanan yang dipesannya untuk Hafni sebentar tadi. Hafni
merenung wajah pramugari yang baru saja menghidangkannya secawan kopi dan sandwich.
Sempat juga Luqman mengucapkan terima kasih bagi pihak isterinya.
Bertambah-tambah pelik dia melihatkan sikap Hafni selepas keluar dari toilet.
‘Awak okay ke tak ni Af? Lepas
keluar dari toilet tadi, saya tengok berkerut-kerut dahi
awak memikirkan sesuatu. Ada apa-apa yang awak nak kongsi dengan saya. Lagi
satu, beria-ria awak tengok wajah pramugari tadi. Awak kenal ker?’ bertubi-tubi
soalan daripada Luqman.
Hafni menarik nafas kemudian
melepaskannya perlahan-lahan. Rimas pula apabila banyak soalan yang keluar dari
mulut Luqman. ‘Saya okay Cuma a little
bit curious about one of the stewardess. Saya senyum dekat dia, boleh pulak dia buat muka kelat
dekat saya. Tu yang saya beria-ria tengok muka budak pramugari tu tadi, nak
pastikan sama ada orang yang sama atau tak.’ jawab Hafni.
‘Orang yang sama ke tak? Kalau orang
yang sama boleh saya tolong tegurkan.’
‘Tak payahlah. Bukan orang yang sama
pun. Tak sempat tadi saya nak tengok nama budak tu. Biarkanlah.’ Hafni malas
hendak memikirkan. Bukannya untung pun. Lebih baik dia menikmati kopi dan sandiwch
yang sudah memanggil-manggilnya. Habis secawan kopi dan sebungkus sandwich
ditelan oleh Hafni. Tangannya pantas mencapai headphone dan
segera memasang di telinganya. Majalah travel menjadi
tatapannya. Baru beberapa sahaja dia membelek beberapa helaian majalah
tersebut, kedengaran pengumunan yang mereka telah sampai dan akan mendarat
tidak lama lagi. Hafni bagaikan tidak percaya yang dia akan menjejakkan kaki di
bumi Perth. Ada lah juga dia memasang angan untuk bercuti di Perth, namun belum
kesampaian. Angan-angannya telah menjadi kenyataan apabila mertuanya memberikan
percutian bulan madu sebagai hadiah perkahwinannya dengan Luqman. Hafni
tersedar apabila ada tangan cuba menyentuh pinggangnya. Rupa-rupanya Luqman
sedang memasang tali pinggang untuknya.
‘Lampu pasang tali pinggang dah
bernyala. Saya tolong pasangkan untuk awak.’ ujar Luqman walaupun Hafni tidak
bertanya apa-apa.
‘Thank’s.’
pendek Hafni menjawab. Luqman tersenyum.
Hafni memandang sekitar lapangan
terbang Perth. Sibuk sepertimana lapangan terbang KLIA. Setelah siap mengambil luggage,
Luqman dan Hafni menuju ke pintu utama lapangan terbang Perth. Kesejukkan mula
menusuk hingga ke tulang. Hafni memeluk tubuhnya. Melihatkan Hafni mula memeluk
tubuhnya, Luqman menanggalkan jaket yang dipakainya lalu disarungkan ke badan
Hafni. Hafni nanar. Sempat dia memberikan senyuman. Hafni berasa lega sedikit
apabila telah berada di dalam teksi ditambah dengan pelukan Luqman walaupun dia
sedikit malu dengan pemandu teksi yang tiba-tiba bertembung pandangan dengan
nya.
‘First time holiday at Perth sir? Perhaps both of you come to Perth for
honeymoon?’ tanya
pemandu teksi mat salleh.
‘Yes and we come here for our honeymoon. Can you tell us about Perth’ tungkas Luqman.
Panjang lebar pemandu teksi bernama
Christopher bercerita mengenai bandar Perth sepanjang perjalanan menuju ke
hotel. Sekurang-kurang mereka tidak bosan dalam perjalanan dan membantu mereka
mendapat info tempat-tempat yang menarik untuk dilawati kelak. Perjalanan hanya
mengambail masa sebelas minit dari lapangan terbang Perth ke hotel yang akan
didiami mereka. Sebelum meninggalkan teksi, sempat juga Christopher
menghulurkan kad namanya kepada Luqman sekiranya mereka memerlukan khidmat
teksi.
Tanpa membuang masa, Hafni dan
Luqman terus masuk ke bilik setelah selesai menguruskan check in
hotel. Hafni kaku seketika apabila memasuki bilik mereka. Bilik suite
itu di luar jangkaannya. Mana tidak, biliknya dan Luqman di tempah khas oleh
orang tua Luqman sempena bulan madu mereka. Haruman ros segar meliputi segenap
ruang bilik di tambah pula dengan kelopak ros merah segar ditabur di atas
katil. Hafni terus membaringkan badannya di atas katil. Hilang segala penatnya
semasa dalam perjalanan ke Perth. Luqman turut merebahkan dirinya di sebelah
Hafni. Hafni mengesot ke tepi memberi ruang kepada Luqman. Hafni mula menguap
dan matanya terasa berat. Cuba ditahannya namun tanpa disedarinya dia lena
dibuai mimpi. Luqman meninjau Hafni yang berada di sebelahnya. Isterinya telah
terlena. Mungkin kepenatan agaknya desis Luqman di dalam hati. Dia sendiri
kepenatan kerana berada di dalam kapal terbang yang agak lama. Luqman turut
sama mengikut jejak Hafni. Entah bila dia sendiri tidak sedar, matanya mula
layu dan akhirnya mereka berdua terlena membuai mimpi indah di bumi Perth.
Hafni terjaga akibat kedinginan
sejuk. Matanya masih terpisat-pisat memandang sekujur tubuh yang baring begitu
hampir dengannya. Segera dia mencelikkan matanya. Akibat terkejut dengan
kehadiran Luqman yang begitu dekat dengannya, tanpa berfikir panjang laju
sahaja kakinya menyepak Luqman agar Luqman jauh darinya. Hafni menjerit kecil apabila
melihatkan Luqman terjatuh dari katil ibarat nangka busuk. Luqman mengerang
kesakitan. Hafni menjadi serba salah. Segera dia turun dari katil dan
mendapatkan Luqman yang berada di sisi katil. Perlahan-lahan Hafni memapah
Luqman naik ke atas katil semula. Hafni menarik belakang badan Luqman
menghadapnya. Lincah sahaja tangannya
membuka baju Luqman untuk melihat sekiranya ada lebam di badan Luqman.
Luqman hanya menurut seperti budak kecil. Setelah membelek seluruh belakang
badan Luqman, Hafni berasa lega apabila tiada lebam dibadan Luqman.
‘A..a..awak saya minta maaf. Saya
tak sengaja sepak awak. Saya ingatkan ada orang nak ambil kesempatan kat saya.
Awak okay kan.’ kata tergagap-gagap Hafni.
‘Macam manalah awak boleh terfikir
ada orang nak ambil kesempatan kat awak. Padahal kita berdua je dalam bilik ni.
Saya okay cuma pinggang saya ni macam tak okay je saya rasa. Alamatnya kita
berbulan madu dalam bilik je la. Tak dapat la nak pergi jalan-jalan.’ Luqman
menduga.
Hafni menahan geram. Dalam sakit-sakit,
sempat lagi Luqman mahu mengenakannya. ‘Eh awak ni biar betul. Pinggang awak
kenapa? Saya tengok belakang badan awak tadi tak da pulak lebam. Kalau teruk,
kita pergi klinik.’
Luqman sedaya upaya menahan tawanya.
Lurus pula pemikiran isterinya. Niat untuk menyakat Hafni masih diteruskannya.
‘Tak semestinya sakit kena ada lebam. Pinggang saya ni rasa macam nak patah je.
Agak-agaknya dah patah kot. Macam mana nak cakap dekat mama dengan papa ni,
awak?’
Mata Hafni mula bergenang dengan air
mata. Tidak disangkanya, akibat dari sepakannya yang perlahan menyebabkan
Luqman patah pinggang. Luqman serba salah apabila mata Hafni mula berlinang air
mata.
‘Syyhhh… Saya okay la sebenarnya.
Janganlah menangis.’ pujuk Luqman sambil tangannya mengelap air mata isterinya.
Sekali lagi Hafni terpana apabila
Luqman melakukan aksi romantiknya. Mati-mati dia ingatkan Luqman patah
pinggang. Penat sahaja dia menangis untuk Luqman. Hafni cuba untuk turun dari
katil agar dia dapat lari dari godaan Luqman. Usahanya gagal. Mulanya tangan
Luqman hanya mengelap air mata yang mengalir di pipinya tapi kini tangan sasa
itu mula merayap sehingga ke bibirnya. Elusan lembut jari Luqman bermain-main
di bibir Hafni dan dengan perlahan Luqman membaringkan tubuh kecil molek milik
Hafni. Luqman baring menindih tubuh Hafni. Jarinya masih mengelus bibir Hafni. Acapkali melihat
bibir mungil Hafni, berkocak jiwa lelakinya. Sekejap sahaja bibirnya bersatu
dengan bibir Hafni. Hafni merasakan kehangatan di bibirnya. Ciuman Luqman
bertambah galak dan mula merayap ke leher pula. Hafni terbuai dengan aksi
romantik suaminya. Dia pasrah andainya tiba masanya dia akan melalui saat malam
pertamanya. Memandangkan tiada penolakkan dari Hafni, perlahan jari Luqman
membuka satu persatu butang baju kemeja Hafni sehingga menampakkan tubuh Hafni
yang putih gebu. Jiwa lelakinya mula bergelora hebat. Dengan perlahan-lahan,
Luqman mencium ubun-ubun Hafni, kemudian dalam nada yang perlahan dia membaca ‘
Dengan nama Allah, Ya tuhan kami, jauhkan lah syaitan dari kami, dan jauhkan
lah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmataan kepada kami
berdua. Pandangan matanya jatuh ke anak mata Hafni. Seperti faham dengan maksud
pandangan mata Luqman, Hafni sekadar mengangguk kepalanya. Malam berarak perlahan. Bersaksikan
bulan dan bintang di bumi Perth, Amni Hafni kini menjadi hak mutlak Luqman
Haqeem.
Hawa sejuk menyedarkan Hafni dari
lenanya. Jam di tepi meja dikerlingnya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul lapan
setengah malam. Dia menghalakan pandangan ke Luqman yang sedang nyenyak tidur
dan kemudian melihat dirinya yang hanya berbalut dengan cadar putih. Hafni
menepuk-nepuk dahinya. Macam manalah dia boleh terlajak dengan Luqman. Rasa
sesal bertandang di jiwanya.
‘Tidak ada yang perlu di sesalkan
wahai sang hati. Sememangnya hawa diciptakan dari tulang rusuk ‘Adam’, bukannya
dari kepala untuk di jadikan atasannya, bukan dari kaki untuk di jadikan
alasannya, melainkan dari sisinya untuk di jadikan teman hidupnya. Dekat pada
lengan untuk di lindungi dan dekat di hati untuk dicintai.’ luah satu suara
yang entah dari mana datangnya. Hafni terkesima. Betapa jauh dirinya hanyut
menidakkan apa yang sememangnya telah termaktub dalam al-quran. Dia menyesali
kekhilafannya. Lama dia memeluk kakinya mengenangkan alam rumahtangga yang
bakal dilaluinya bersama Luqman. Kepalanya mula berdenyut apabila memikirkan
hal rumahtangganya. Hafni mencapai
kemeja kotak-kotak Luqman yang berada paling dekat denganya. Segera dia
menyarung kemeja ke tubuhnya dan berpaling sekali lagi memandang suaminya.
Setelah memastikan Luqman masih tidur, terjingkit-jingkit Hafni turun dari
katil dan terus meluru masuk ke bilik air.
Luqman yang baru tersedar dari
lenanya terus meraba tempat tidur Hafni. Kosong. Segera dia berpaling ke
sebelah kirinya mencari kelibat Hafni. Malangnya Hafni tidak ditemui. Dia
terlihat ada tompokkan merah di cadar. Luqman tersenyum lebar. Tanpa menyedari
keadaan dirinya yang tidak sempurna, Luqman terus meloncat keluar dari dalam
cadar putih dan dalam pada masa yang sama, Hafni yang baru sahaja keluar dari
bilik air menjerit melihat Luqman tanpa seurat benang di badannya segera
menutup matanya dengan kedua-dua belah tangan. Sedari dia telah mengantoikan
dirinya, Luqman cepat-cepat menarik cadar putih menutup tempat yang tak
sepatutnya terdedah. Hafni yang masih terkejut dan sengan dengan adengan yang
baru ditontonnya tadi terus berganjak ke almari yang tidak jauh darinya dan
mengambil sehelai tuala putih lalu dihulurkan dengan tangan kanannya kepada
Luqman agar segera membalut tubuhnya manakala tangan kiri Hafni masih menutup
matanya. Luqman mencapai huluran tuala dari Hafni. Sambil membalut tuala di
pinggangnya, Luqman tersenyum sendirian. Setelah siap bertuala, Luqman terus
menuju ke Hafni yang masih terpacak di hadapan almari.
‘Kenapa nak tutup mata? Apa yang ada
di tubuh ni adalah halal untuk dilihat oleh awak dan begitu juga apa yang ada
di tubuh awak adalah halal untuk dilihat oleh saya. Kenapa nak malu-malu lagi?’
aju Luqman yang sedikit serius tetapi dalam nada yang cukup romantis.
Hafni mengundur dirinya ke belakang.
Sayangnya tiada lagi ruang untuk dia menjarakkan diri dari Luqman. Luqman
melemparkan pandangan yang cukup romantis. Kedua-dua tangannya disandar ke
almari. Hafni terkunci. Dia tidak dapat melarikan dirinya. Degupan jantung
masing-masing berdegup kencang. Hanya seinci jarak di antara mereka. Hembusan
nafas masing-masing hanya dapat didengari. Luqman mengucup ubun-ubun isterinya.
Kemudian, satu lagi kucupan singgah di pipi kiri Hafni dan di ikuti dengan pipi
kanan pula. Luqman mengalihkan semula pandangannya ke wajah Hafni.
‘Awak dah la tu. Saya dah naik lemas
dah ni. Pergilah mandi. Perut saya dah mula berkeroncong.’ pinta Hafni agar
Luqman melepaskannya. Luqman sekadar mengangguk kepalanya. Hafni menyangka
Luqman akan melepaskannya apabila tangan Luqman tidak lagi bersandar di almari.
Sangkaannya jauh meleset. Kali ini, kedua-dua belah tangan sasa milik Luqman
telah melingkari pinggang Hafni. Hafni tergamam. Cepat-cepat tangannya memegang
tali bathrobe yang dipakainya. Manalah tahu,
kalau-kalau Luqman buat kerja gila menanggalkan bathrobe yang
dipakainya. Tiba-tiba sahaja Luqman menjadi patung cendana di hadapan Hafni.
Hafni bingung. Tersampuk hantu mana la pulak suaminya itu. Tadi bukan main tak
beringat mengucup dirinya. Belum pun sempat dia habis berfikir, bibir Hafni
terasa hangat. Bibirnya menjadi mangsa Luqman yang seterusnya. Sekali lagi
Luqman mengucup bibir Hafni dan kucupan itu berterusan hingga ke leher putih
Hafni. Hafni naik rimas. Kalau dibiarkan Luqman sahaja, sia-sia sahaja dia
mandi wajib. Tak sanggup rasanya nak mandi wajib sekali lagi dengan keadaan
cuaca di Perth yang agak sejuk.
‘Cukup Luqman Haqeem. Pergi
bersihkan diri awak tu. Maghrib pun kita dah terbabas.’ tutur Hafni dengan nada
naik satu oktaf.
Hafni melepaskan keluhan kecil namun
masih boleh didengari oleh Luqman. Luqman meraup wajahnya. Dia sendiri tidak
faham dengan dirinya apabila berhadapan dengan Hafni. Hafni bagaikan ada magnet
menarik nafsunya untuk mencumbui isterinya itu. Perlahan-lahan pelukan di
pinggang Hafni dileraikan.
‘Saya minta maaf. Tunggu saya mandi.
Lepas tu kita berjemaah.’ luah Luqman perlahan sebelum masuk ke dalam bilik
air.
Hafni melabuhkan duduknya di atas
katil. Pandangannya tertancap pada pintu bilik air. Sekali lagi dia mengeluh.
Entah kenapa, selepas dia melalui saat malam pertamanya, mulutnya ringan sahaja
untuk mengeluh. Menyesalkah dirinya? Sekali lagi keluhan kecil terbit di
bibirnya. Luqman yang sedari tadi berada di pintu bilik air sekadar memerhati
dari jauh. Apalah yang dimenungkan oleh isterinya sehinggakan dia telah lama
terpacak di hadapan pintu bilik air. Luqman melangkah menuju ke almari. Setelah
siap memakai baju, Luqman berpaling memandang isterinya. Hafni masih dalam
keadaan yang sama semasa dia keluar dari bilik air. Kali ini keluhan kecil
terbit di bibir Luqman. Luqman membiarkan Hafni dengan lamunannya sementara itu
dia membentangkan sejadah buat mereka.
Luqman harus melintas di hadapan
Hafni kerana ruang yang lebih luas untuk menunaikan solat adalah berdekatan
dengan balkoni. Sebaik sahaja dia melintas di hadapan isterinya, barulah Hafni
tersedar. Tanpa berlengah masa, Hafni bangkit terus ke bilik air untuk
mengambil wuduk. Sempat juga dia membawa baju persalinannya sekali. Hafni terus
duduk di belakang Luqman yang sedang selesai menunaikan solat sunat. Luqman
mengetuai solat isyak buat pertama kalinya di bumi Perth. Merdu sungguh alunan
bacaan surah-surah pendek. Hilang semua resah gelisah Hafni. selepas
mengaminkan doa, Hafni tertunduk menyalami tangan suaminya. Terbit satu
perasaan yang sukar untuk dilafazkan oleh mereka berdua. Pandangan mereka
bertaut secara tidak sengaja. Cepat-cepat masing-masing mengalih pandangan.
‘Saya minta maaf pasal tadi.
Sekiranya awak belum bersedia, saya tak kan minta dekat awak sehingga hati awak
terbuka untuk menerima saya.’ tiba-tiba Luqman bersuara. Hafni nanar. Dia
sendiri tidak menduga Luqman seperti boleh membaca apa yang sedang
difikirkannya. Hafni gigit bibir. Belum pun sempat dia membuka mulut, Luqman
telah pun bangkit dari tikar sejadah lalu menapak menuju ke almari. Luqman
mengeluarkan jeans dari almari dan terus menukar kain pelekat yang dipakainya
sebentar tadi. Hafni memerhati dari jauh. Dia kehairanan melihat suaminya yang
tiba-tiba menukar pakaian. Nak kata dia ada terlepas cakap, tak da pulak. Hafni
bingung dibuatnya. Dia menarik kedua-dua kakinya hingga ke dada dan menumpang
dagunya di atas lututnya.
Mencerlung mata Luqman memandang
Hafni yang masih berada di atas tikar sejadah, siap dengan menumpang dagu di
lututnya. ‘Kenapa awak pandang saya macam tu?’ soal Luqman yang telah siap
menukar pakaiannya.
Hafni kantoi. Macam manalah boleh
dia tidak sedar yang Luqman telah siap menukar pakaian. ‘Hah… Mana ada saya
tengok awak. Saya tengok gambar kat dinding tu.’ terkulat-kulat Hafni menjawab.
‘Kot iya pun nak selamatkan diri tu,
bagilah alasan yang bernas sikit. Mana ada gambar kat situ. Almari ada lah. Awak
tunggu apa lagi? Cepatlah bersiap.’
Telekung di kepalanya ditanggalkan.
Dia cuba mencerna semula apa yang baru diperkatakan oleh Luqman. Kalau tidak
silap telinganya, Luqman menyuruhnya bersiap. Nak pergi mana pulak malam-malam
ni.
‘Kita nak pergi mana?’ soal Hafni.
‘Makan. Dah macam-macam lagu
berkumandang dalam perut saya ni. Sambil-sambil tu boleh kita jalan-jalan
tengok suasana malam di Perth.’ terang Luqman. Hafni diam. Dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bangun. Luqman
menaikkan keningnya meminta penjelasan. Kelekaan Hafni memicit kakinya membuat
dia lupa untuk memberitahu Luqman tentang kesakitan yang sedang di alaminya.
Kesabaran Luqman memuncak apabila Hafni buat tidak peduli dengannya. Dia bangun
lalu duduk betul-betul hampir dengan Hafni. Dia hairan melihat wajah Hafni
berkerut-kerut seperti sedang menahan sakit. Luqman panik.
‘Awak kenapa ni? Berkerut-kerut dahi
awak tu?’ tanya Luqman untuk mendapat kepastian.
Kesakitan yang dialaminya
menyukarkan untuk dia menjawab soalan Luqman. Di sebabkan masih tiada jawapan
yang keluar dari mulut isterinya, Luqman terus menyentuh kaki Hafni bagi
menyedarkan isterinya. Sepantas kilat, Hafni menjerit kesakitan. Membulat mata
Luqman dek terkejut dengan jeritan isterinya.
‘Jangan usik kaki saya. Kaki saya cramp
ni.’ tubir mata Hafni mula berair menahan sakit.
Terlopong mulut Luqman mendengar
kata-kata Hafni. Secara spontan, Luqman mengubah posisi duduknya betul-betul
berhadapan dengan Hafni. Dengan berhati-hati, Luqman memicit kaki isterinya.
Rasa kasihan terbit di jiwanya melihat keadaan Hafni. Satu lagi perkara yang
baru diketahuinya mengenai Hafni. Dia sendiri tertanya-tanya mengapa boleh berlaku kejadian tersebut.
Mulutnya ringan untuk bertanya tetapi mengenangkan Hafni sedang menahan sakit,
nanti-nanti sahajalah dia bertanya dengan isterinya. Kerutan di dahi Hafni mula
hilang. Setelah memastikan rasa sakit yang dialami Hafni berkurangan,
perlahan-lahan Luqman meluruskan dan merapatkan kedua-dua kaki isterinya.
Kemudian, dia menolak tapak kaki Hafni ke hadapan. Teknik itu diulangnya
beberapa kali sehingga Hafni berjaya menggerakkan kakinya.
Sempat lagi Luqman mengelap air mata
di pipi Hafni. Luqman membantu memapah Hafni untuk duduk di atas kerusi.
Setelah kakinya betul-betul pulih, Hafni terus menapak ke bilik air untuk
menukar baju. ‘Terima kasih sebab tolong saya.’ ucap Hafni.
‘Hal kecil la. Memang awak
tanggungjawab saya. Pergilah bersiap.’ tutur Luqman yang masih terkejut dengan
apa yang baru menimpa isterinya.
Luqman dan Hafni menyusuri jalan di
Fremantle yang tersenarai dalam warisan dunia yang mana dilimpahi dengan
penghibur jalanan dan dipenuhi dengan barisan hasil seni. Fremantle merupakan
tempat yang terkenal dengan makanan laut di mana banyak restoran dan kafe
dibina di sepanjang Fishing Boat Harbour dan pengunjung dapat menikmati makanan
laut yang segar dari Lautan India. Hafni lebih teruja menyaksikan lanskap
jalanan perlabuhan abad ke-19 yang masih dipelihara dengan baik yang penuh
dengan cerita tentang banduan penjenayah, hero maritime, pemberontak yang
sanggup membunuh dan peneroka. Ini menunjukkan banyak nilai estetika dari segi
bentuk dan aturan bangunan itu sendiri. Terlalu asyik menghayati panorama indah
di Fremantle, Luqman dan Hafni hampir terlupa dengan perut yang minta di isi.
Mereka sepakat untuk merasai makanan yang terkenal di Fremantle. Sementara
menunggu makanan dihidangkan, sempat lagi Hafni memerhati kawasan sekeliling.
Sedang Hafni menghayati keindahan malam, Luqman pula menghayati keindahan
ciptaan tuhan yang berada di depan matanya. Menyedari Luqman memerhatikan
dirinya, terbantut niatnya untuk memandang panorama malam. Terus sahaja Hafni
tertunduk malu.
‘Selalu ke kaki awak cramp
Af?’ tiba-tiba Luqman mengajukan soalan.
‘Kalau saya duduk lama macam tadi,
mesti kaki saya cramp.’
‘Apa yang menyebabkan awak boleh cramp?
Dulu awak ni atlet ker atau awak ada penyakit?’ Luqman menghadiahkan soalan
cepumas.
Tercengang Hafni bila mana Luqman
menanyakan dirinya mempunyai penyakit atau tidak. ‘Awak ni memang suka main
redah je cakap. Saya yang sihat walafiat ni boleh awak cakap ada penyakit. Awak
ni memang tak sayang mulut je kan. I nope
an athlete and I don’t suffered any disease. Saya dah rujuk dengan doktor tentang cramp
ni. Doktor kata, kaki saya cramp sebab saya kurang kalsium dan saya
banyak sangat berjalan. Kadang-kadang tu cramp tu
mungkin disebabkan otot jugak. Bila dah selalu jalan tetiba kurang berjalan pun
boleh kena jugak. Dah lama jugak saya tak kena. Tak tau pulak nak kena tadi.
Maaflah kalau saya menyusahkan awak.’
Perbualan mereka terhenti sejenak
apabila makanan yang dipesan telah tersedia terhidang. ‘Betul lah apa yang saya
cakap. Saya cakap awak menghidap sebarang penyakit ker? Bukannya saya main
tuduh awak ada penyakit. Awak ni cepat sensitif la Af. Saya boleh lagi terima
sebab kedua dan ketiga awak pasal cramp tu. Cuma sebab yang pertama tu je
saya tak boleh nak terima. Macam mana awak boleh kurang kalsium?’
‘Lupakan je lah pasal tu. Kita
makan. Bukan awak kata tadi perut awak tu dah berkeroncong ker?’ balas Hafni
untuk menyelamatkan dirinya. Tak kan sekali-kali dia akan memberitahu
kelemahanya kepada Luqman. Memandangkan Hafni tidak mahu berkongsi masalahnya,
terus sahaja Luqman mendiamkan diri. Bohonglah jika hatinya tidak terguris
dengan kata-kata Hafni. Tiada perbualan di antara mereka sepanjang menikmati
makan malam. Mereka menyambung kembali menghayati keindahan suasana malam di
sekitar Fremantel sebelum pulang ke hotel.
best...nak lagi.
ReplyDeleteAf x baik menyesal tentang perkara tu... apa yg kita lakukan tu mendapat pahala lagi sebab melayan suami yg halal lagi bukan yg x halal ... bila kita x ikhlas dah berdosa...
ReplyDeletecubalah berlembut sikit Af... sekurang-kurangnya Luq nak juga mengenali dan memahami hati seorang isteri.... masa bulan madu ni lah paling sesuai untuk berbaik dan menambahkan kemesraan suami isteri ....
... bagi sweet sikit ya cik penulis.... hehehe
cuba la trima sikit2 afni..hope time honeymoon nie cinta bleh bputik k
ReplyDelete