Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 16

BAB 16
            Perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja dari rumah orang tua Luqman. Selesai Luqman bersalaman dengan Pak Deris, Luqman menarik luggage masuk ke Terminal KLIA. Selesai urusan check in dan mendapat boarding pass, Luqman dan Hafni terus menuju ke balai berlepas. Rasa gementar tiba-tiba menerjah.  Ini bukannya kali pertama Hafni menaiki kapal terbang. Cuma dia akan berasa kecut perut ketika pesawat berlepas. Penerbangan Hafni kali ini lebih selesa kerana dia berada dalam business class. Untunglah sebab dapat laki businessman kalau tak, jangan haraplah. Alamatnya economy class la. Hafni berdialog sendiri.

           Debaran dadanya bergetar hebat. Tanpa disedarinya, kemas tangannya menggenggam erat tangan Luqman. Hafni di sebelahnya ditoleh. Dilihatnya mata Hafni terpejam dan dahi Hafni berkerut seribu. Luqman sengaja membiarkan Hafni menggenggam tangannya. Setelah berada di awan biru, Hafni melepaskan genggam tangannya. Tersedar tangannya tidak digenggam lagi, Luqman menoleh ke sebelah.

            ‘Boleh saya tanya sesuatu?’ tanya Luqman pendek.

            ‘Apa dia?’.

            ‘This is not the first time awak naik kapal terbang. Sebab saya tahu awak pernah pergi London dengan Rose. Tapi kenapa tadi semacam je awak pegang tangan saya. Siap berkerut seribu dahi awak tadi.’

            Jarinya mengetuk pemegang tangan di tempat duduknya. Dia sebenarnya malu untuk berkongsi cerita dengan Luqman. Almaklumlah mereka baru je berkahwin. Kahwin pun atas pilihan keluarga. Kenalah ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. ‘Sa…sa..saya akan rasa takut bila pesawat nak berlepas walaupun dah banyak kali saya naik pesawat. Perasaan tu akan datang dengan sendirinya. Saya cuba kawal tapi saya tetap akan alami perasaan tu. Saya minta maaf sebab tangan awak jadi mangsa keadaan.’ luah Hafni gugup.

            Hari ni baru satu perkara yang Luqman tahu tentang isterinya. Banyak yang perlu diketahuinya mengenai Hafni. Ini pun sudah mencukupi buat Luqman setakat hari ni. Perlahan-lahan dia akan mengenali hati budi wanita yang mula menambat hatinya. Jauh Luqman melayan lamunannya. Hafni di sebelahnya sudah pun terlelap. Penat semasa majlis perkahwinannya pun belum hilang dan di tambah pula dengan penat mengharungi perjalanann yang memakan masa hampir lima jam setengah. Dalam asyik melayan lamunannya, Luqman sendiri tidak sedar bila masa matanya terlelap. Sedar-sedar je, kepala Hafni terlentok di bahu Luqman. Berhati-hati Luqman membetulkan sedikit kedudukan kepala Hafni agar lebih selesa. Jam di tangan dikerlingnya. Perjalanan mereka masih jauh. Masih ada dua jam lagi sebelum mereka memijakkan kaki di bumi Perth. Luqman memanggil pramugari yang kebetulan lalu di tempatnya. Pramugari bertanda nama Julia di bajunya datang dengan penuh ayu dan sopan.

            ‘There’s anything can I help you sir?’ spontan sahaja dia bertanya.

            ‘Can I have a cup of black coffee and maybe some breads perhaps?’ balas Luqman.

            ‘Of course sir. Is there anything’s else that you want sir?’

            ‘I think that’s all for now. Maybe later after my wife wake up. Thank’s.’

            Setelah mengambil pesanan Luqman, pramugari tersebut berlalu untuk menyediakan pesanan  yang dipesan oleh Luqman. Sementara di kabin menyediakan makanan, ligat otak Julia berputar mengingatkan lelaki yang baru memesan makanan dengannya. Dia seperti pernah berjumpa dengan lelaki itu. Hilang terus apanya difikirkannya apabila ketuanya, Maria menepuk bahunya.

            ‘Kenapa lama sangat nak siapkan pesanan penumpang kita?’ tegas sahaja suara Maria.

            ‘Maaf Cik Maria. Boleh saya tanya sesuatu?’ soal Julia sambil tangannya ligat membancuh kopi yang diminta oleh Luqman.

            Maria sekadar mengangguk.

            ‘Cik Maria kenal ke dengan pasangan yang duduk dekat business class tu?’

            ‘Awak ni Julia. Satu Malaysia kenal dengan pasangan tu. Tu lah the most wanted bachelor in Malaysia, Luqman Haqeem bin Dato’ Lutfi dan yang di sebelahnya tu isteri dia. Melopong mulut Julia. Benarlah telahannya tadi. Dia masih mengingati wajah yang  pernah mengoyahkan hatinya. Kali pertama dia bersua muka dengan Luqman ketika penerbanganya ke Jarkata dua tahun lalu. Selepas pertemuan itu, ada sekali dua dia keluar berduaan dengan Luqman. Malangnya, entah di mana silapnya, Luqman mula menjauhkan diri darinya. Setiap mesej yang dihantar tidak dibalas apatah lagi panggilan telefon. Asyik masuk voicemail sahaja. Hatinya tiba-tiba terasa perit. Perit kerana tidak di endahkan. Julia terkejut apabila Cik Maria mengetuk meja kabin.

            ‘Boleh pula awak mengelamun kat sini Julia. Penumpang kita tu dah lama tunggu pesanan dia. Awak nak dia complaint dekat pengurusan.’ keras amaran dari ketuanya.

            ‘Maaf Cik Maria. Saya hantar pesanan penumpang kita sekarang.’ cepat-cepat Julia membawa pesanan yang diminta oleh Luqman. Dia cuba berwajah bersahaja di hadapan Luqman.

            ‘Maaf encik kerana lama menunggu.’ ucap Julia kerana silapnya sendiri terleka memikirkan Luqman. Kualiti kerjanya harus dijaga kerana inilah satu-satunya periuk nasinya.

            ‘Tak pe. Terima kasih banyak-banyak.’ balas Luqman tanpa mengangkat mukanya yang khusyuk membaca majalah business. Julia berlalu dengan perasaan yang sebal. Manakan tidak, sikit pun Luqman tidak memandang ke arahnya. Manalah tahu, kalau-kalau Luqman masih teringatkan wajahnya. Wajahnya cemberut.

            Bau kopi Luqman menyedarkan Hafni dari lamunannya. Tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar. Baru sahaja dia tersedar, kepalanya baik punya lentok di bahu Luqman. Perasaan malu menerjah di wajahnya. Merona merah pipinya. Pantas sahaja dia mengangkat kepalanya.

            ‘Dah bangun dah.’ ujar Luqman sambil tersenyum.

            ‘Mmmmmm…. Bau kopi awak tu yang buat saya tersedar.’ laju sahaja mulutnya menjawab.

            Sekali lagi bibir Luqman menguntum senyuman. ‘Mesti dah lapar kan. Nanti saya pesankan untuk awak. Awak nak apa?’

            ‘Sama macam awak la. Tapi saya nak pergi toilet dulu. Nak basuh muka.’ Hafni bangun lalu menuju ke toilet yang tidak jauh dari tempat duduknya. Dalam perjalanannya ke toilet, Hafni berselisih dengan Julia. Sempat juga Hafni memberikan senyuman sayangnya Julia membalas dengan wajah yang kelat. Hafni membuang jauh perasaan prasangkanya. Selesai membasahkan wajahnya agar kelihatan lebih segar, Hafni kembali ke tempat duduknya. Kelihatan wajah Hafni lebih segar selepas membasuh muka tetapi banyak kerutan di wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu yang amat besar. Luqman baru berkira-kira untuk bertanya dengan Hafni sekiranya ada perkara yang merunsingkan hatinya. Niatnya terpaksa ditangguhkan apabila seorang pramugari datang dengan membawa pesanan yang dipesannya untuk Hafni sebentar tadi. Hafni merenung wajah pramugari yang baru saja menghidangkannya secawan kopi dan sandwich. Sempat juga Luqman mengucapkan terima kasih bagi pihak isterinya. Bertambah-tambah pelik dia melihatkan sikap Hafni selepas keluar dari toilet.

            ‘Awak okay ke tak ni Af? Lepas keluar dari toilet tadi, saya tengok berkerut-kerut dahi awak memikirkan sesuatu. Ada apa-apa yang awak nak kongsi dengan saya. Lagi satu, beria-ria awak tengok wajah pramugari tadi. Awak kenal ker?’ bertubi-tubi soalan daripada Luqman.

            Hafni menarik nafas kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Rimas pula apabila banyak soalan yang keluar dari mulut Luqman. ‘Saya okay Cuma a little bit curious about one of the stewardess. Saya senyum dekat dia, boleh pulak dia buat muka kelat dekat saya. Tu yang saya beria-ria tengok muka budak pramugari tu tadi, nak pastikan sama ada orang yang sama atau tak.’ jawab Hafni.

            ‘Orang yang sama ke tak? Kalau orang yang sama boleh saya tolong tegurkan.’

            ‘Tak payahlah. Bukan orang yang sama pun. Tak sempat tadi saya nak tengok nama budak tu. Biarkanlah.’ Hafni malas hendak memikirkan. Bukannya untung pun. Lebih baik dia menikmati kopi dan sandiwch yang sudah memanggil-manggilnya. Habis secawan kopi dan sebungkus sandwich ditelan oleh Hafni. Tangannya pantas mencapai headphone dan segera memasang di telinganya. Majalah travel menjadi tatapannya. Baru beberapa sahaja dia membelek beberapa helaian majalah tersebut, kedengaran pengumunan yang mereka telah sampai dan akan mendarat tidak lama lagi. Hafni bagaikan tidak percaya yang dia akan menjejakkan kaki di bumi Perth. Ada lah juga dia memasang angan untuk bercuti di Perth, namun belum kesampaian. Angan-angannya telah menjadi kenyataan apabila mertuanya memberikan percutian bulan madu sebagai hadiah perkahwinannya dengan Luqman. Hafni tersedar apabila ada tangan cuba menyentuh pinggangnya. Rupa-rupanya Luqman sedang memasang tali pinggang untuknya.

            ‘Lampu pasang tali pinggang dah bernyala. Saya tolong pasangkan untuk awak.’ ujar Luqman walaupun Hafni tidak bertanya apa-apa.

            ‘Thank’s.’ pendek Hafni menjawab. Luqman tersenyum.

            Hafni memandang sekitar lapangan terbang Perth. Sibuk sepertimana lapangan terbang KLIA. Setelah siap mengambil luggage, Luqman dan Hafni menuju ke pintu utama lapangan terbang Perth. Kesejukkan mula menusuk hingga ke tulang. Hafni memeluk tubuhnya. Melihatkan Hafni mula memeluk tubuhnya, Luqman menanggalkan jaket yang dipakainya lalu disarungkan ke badan Hafni. Hafni nanar. Sempat dia memberikan senyuman. Hafni berasa lega sedikit apabila telah berada di dalam teksi ditambah dengan pelukan Luqman walaupun dia sedikit malu dengan pemandu teksi yang tiba-tiba bertembung pandangan dengan nya.

            ‘First time holiday at Perth sir? Perhaps both of you come to Perth for honeymoon?’ tanya pemandu teksi mat salleh.

            ‘Yes and we come here for our honeymoon. Can you tell us about Perth’ tungkas Luqman.

            Panjang lebar pemandu teksi bernama Christopher bercerita mengenai bandar Perth sepanjang perjalanan menuju ke hotel. Sekurang-kurang mereka tidak bosan dalam perjalanan dan membantu mereka mendapat info tempat-tempat yang menarik untuk dilawati kelak. Perjalanan hanya mengambail masa sebelas minit dari lapangan terbang Perth ke hotel yang akan didiami mereka. Sebelum meninggalkan teksi, sempat juga Christopher menghulurkan kad namanya kepada Luqman sekiranya mereka memerlukan khidmat teksi.

            Tanpa membuang masa, Hafni dan Luqman terus masuk ke bilik setelah selesai menguruskan check in hotel. Hafni kaku seketika apabila memasuki bilik mereka. Bilik suite itu di luar jangkaannya. Mana tidak, biliknya dan Luqman di tempah khas oleh orang tua Luqman sempena bulan madu mereka. Haruman ros segar meliputi segenap ruang bilik di tambah pula dengan kelopak ros merah segar ditabur di atas katil. Hafni terus membaringkan badannya di atas katil. Hilang segala penatnya semasa dalam perjalanan ke Perth. Luqman turut merebahkan dirinya di sebelah Hafni. Hafni mengesot ke tepi memberi ruang kepada Luqman. Hafni mula menguap dan matanya terasa berat. Cuba ditahannya namun tanpa disedarinya dia lena dibuai mimpi. Luqman meninjau Hafni yang berada di sebelahnya. Isterinya telah terlena. Mungkin kepenatan agaknya desis Luqman di dalam hati. Dia sendiri kepenatan kerana berada di dalam kapal terbang yang agak lama. Luqman turut sama mengikut jejak Hafni. Entah bila dia sendiri tidak sedar, matanya mula layu dan akhirnya mereka berdua terlena membuai mimpi indah di bumi Perth.

            Hafni terjaga akibat kedinginan sejuk. Matanya masih terpisat-pisat memandang sekujur tubuh yang baring begitu hampir dengannya. Segera dia mencelikkan matanya. Akibat terkejut dengan kehadiran Luqman yang begitu dekat dengannya, tanpa berfikir panjang laju sahaja kakinya menyepak Luqman agar Luqman jauh darinya. Hafni menjerit kecil apabila melihatkan Luqman terjatuh dari katil ibarat nangka busuk. Luqman mengerang kesakitan. Hafni menjadi serba salah. Segera dia turun dari katil dan mendapatkan Luqman yang berada di sisi katil. Perlahan-lahan Hafni memapah Luqman naik ke atas katil semula. Hafni menarik belakang badan Luqman menghadapnya. Lincah sahaja tangannya  membuka baju Luqman untuk melihat sekiranya ada lebam di badan Luqman. Luqman hanya menurut seperti budak kecil. Setelah membelek seluruh belakang badan Luqman, Hafni berasa lega apabila tiada lebam dibadan Luqman.

            ‘A..a..awak saya minta maaf. Saya tak sengaja sepak awak. Saya ingatkan ada orang nak ambil kesempatan kat saya. Awak okay kan.’ kata tergagap-gagap Hafni.

            ‘Macam manalah awak boleh terfikir ada orang nak ambil kesempatan kat awak. Padahal kita berdua je dalam bilik ni. Saya okay cuma pinggang saya ni macam tak okay je saya rasa. Alamatnya kita berbulan madu dalam bilik je la. Tak dapat la nak pergi jalan-jalan.’ Luqman menduga.

            Hafni menahan geram. Dalam sakit-sakit, sempat lagi Luqman mahu mengenakannya. ‘Eh awak ni biar betul. Pinggang awak kenapa? Saya tengok belakang badan awak tadi tak da pulak lebam. Kalau teruk, kita pergi klinik.’

            Luqman sedaya upaya menahan tawanya. Lurus pula pemikiran isterinya. Niat untuk menyakat Hafni masih diteruskannya. ‘Tak semestinya sakit kena ada lebam. Pinggang saya ni rasa macam nak patah je. Agak-agaknya dah patah kot. Macam mana nak cakap dekat mama dengan papa ni, awak?’

            Mata Hafni mula bergenang dengan air mata. Tidak disangkanya, akibat dari sepakannya yang perlahan menyebabkan Luqman patah pinggang. Luqman serba salah apabila mata Hafni mula berlinang air mata.

            ‘Syyhhh… Saya okay la sebenarnya. Janganlah menangis.’ pujuk Luqman sambil tangannya mengelap air mata isterinya.

            Sekali lagi Hafni terpana apabila Luqman melakukan aksi romantiknya. Mati-mati dia ingatkan Luqman patah pinggang. Penat sahaja dia menangis untuk Luqman. Hafni cuba untuk turun dari katil agar dia dapat lari dari godaan Luqman. Usahanya gagal. Mulanya tangan Luqman hanya mengelap air mata yang mengalir di pipinya tapi kini tangan sasa itu mula merayap sehingga ke bibirnya. Elusan lembut jari Luqman bermain-main di bibir Hafni dan dengan perlahan Luqman membaringkan tubuh kecil molek milik Hafni. Luqman baring menindih tubuh Hafni. Jarinya  masih mengelus bibir Hafni. Acapkali melihat bibir mungil Hafni, berkocak jiwa lelakinya. Sekejap sahaja bibirnya bersatu dengan bibir Hafni. Hafni merasakan kehangatan di bibirnya. Ciuman Luqman bertambah galak dan mula merayap ke leher pula. Hafni terbuai dengan aksi romantik suaminya. Dia pasrah andainya tiba masanya dia akan melalui saat malam pertamanya. Memandangkan tiada penolakkan dari Hafni, perlahan jari Luqman membuka satu persatu butang baju kemeja Hafni sehingga menampakkan tubuh Hafni yang putih gebu. Jiwa lelakinya mula bergelora hebat. Dengan perlahan-lahan, Luqman mencium ubun-ubun Hafni, kemudian dalam nada yang perlahan dia membaca ‘ Dengan nama Allah, Ya tuhan kami, jauhkan lah syaitan dari kami, dan jauhkan lah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmataan kepada kami berdua. Pandangan matanya jatuh ke anak mata Hafni. Seperti faham dengan maksud pandangan mata Luqman, Hafni sekadar mengangguk kepalanya. Malam berarak perlahan. Bersaksikan bulan dan bintang di bumi Perth, Amni Hafni kini menjadi hak mutlak Luqman Haqeem.

            Hawa sejuk menyedarkan Hafni dari lenanya. Jam di tepi meja dikerlingnya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul lapan setengah malam. Dia menghalakan pandangan ke Luqman yang sedang nyenyak tidur dan kemudian melihat dirinya yang hanya berbalut dengan cadar putih. Hafni menepuk-nepuk dahinya. Macam manalah dia boleh terlajak dengan Luqman. Rasa sesal bertandang di jiwanya.

            ‘Tidak ada yang perlu di sesalkan wahai sang hati. Sememangnya hawa diciptakan dari tulang rusuk ‘Adam’, bukannya dari kepala untuk di jadikan atasannya, bukan dari kaki untuk di jadikan alasannya, melainkan dari sisinya untuk di jadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk di lindungi dan dekat di hati untuk dicintai.’ luah satu suara yang entah dari mana datangnya. Hafni terkesima. Betapa jauh dirinya hanyut menidakkan apa yang sememangnya telah termaktub dalam al-quran. Dia menyesali kekhilafannya. Lama dia memeluk kakinya mengenangkan alam rumahtangga yang bakal dilaluinya bersama Luqman. Kepalanya mula berdenyut apabila memikirkan hal rumahtangganya. Hafni mencapai  kemeja kotak-kotak Luqman yang berada paling dekat denganya. Segera dia menyarung kemeja ke tubuhnya dan berpaling sekali lagi memandang suaminya. Setelah memastikan Luqman masih tidur, terjingkit-jingkit Hafni turun dari katil dan terus meluru masuk ke bilik air.

            Luqman yang baru tersedar dari lenanya terus meraba tempat tidur Hafni. Kosong. Segera dia berpaling ke sebelah kirinya mencari kelibat Hafni. Malangnya Hafni tidak ditemui. Dia terlihat ada tompokkan merah di cadar. Luqman tersenyum lebar. Tanpa menyedari keadaan dirinya yang tidak sempurna, Luqman terus meloncat keluar dari dalam cadar putih dan dalam pada masa yang sama, Hafni yang baru sahaja keluar dari bilik air menjerit melihat Luqman tanpa seurat benang di badannya segera menutup matanya dengan kedua-dua belah tangan. Sedari dia telah mengantoikan dirinya, Luqman cepat-cepat menarik cadar putih menutup tempat yang tak sepatutnya terdedah. Hafni yang masih terkejut dan sengan dengan adengan yang baru ditontonnya tadi terus berganjak ke almari yang tidak jauh darinya dan mengambil sehelai tuala putih lalu dihulurkan dengan tangan kanannya kepada Luqman agar segera membalut tubuhnya manakala tangan kiri Hafni masih menutup matanya. Luqman mencapai huluran tuala dari Hafni. Sambil membalut tuala di pinggangnya, Luqman tersenyum sendirian. Setelah siap bertuala, Luqman terus menuju ke Hafni yang masih terpacak di hadapan almari.

            ‘Kenapa nak tutup mata? Apa yang ada di tubuh ni adalah halal untuk dilihat oleh awak dan begitu juga apa yang ada di tubuh awak adalah halal untuk dilihat oleh saya. Kenapa nak malu-malu lagi?’ aju Luqman yang sedikit serius tetapi dalam nada yang cukup romantis.

            Hafni mengundur dirinya ke belakang. Sayangnya tiada lagi ruang untuk dia menjarakkan diri dari Luqman. Luqman melemparkan pandangan yang cukup romantis. Kedua-dua tangannya disandar ke almari. Hafni terkunci. Dia tidak dapat melarikan dirinya. Degupan jantung masing-masing berdegup kencang. Hanya seinci jarak di antara mereka. Hembusan nafas masing-masing hanya dapat didengari. Luqman mengucup ubun-ubun isterinya. Kemudian, satu lagi kucupan singgah di pipi kiri Hafni dan di ikuti dengan pipi kanan pula. Luqman mengalihkan semula pandangannya ke wajah Hafni.

            ‘Awak dah la tu. Saya dah naik lemas dah ni. Pergilah mandi. Perut saya dah mula berkeroncong.’ pinta Hafni agar Luqman melepaskannya. Luqman sekadar mengangguk kepalanya. Hafni menyangka Luqman akan melepaskannya apabila tangan Luqman tidak lagi bersandar di almari. Sangkaannya jauh meleset. Kali ini, kedua-dua belah tangan sasa milik Luqman telah melingkari pinggang Hafni. Hafni tergamam. Cepat-cepat tangannya memegang tali bathrobe yang dipakainya. Manalah tahu, kalau-kalau Luqman buat kerja gila menanggalkan bathrobe yang dipakainya. Tiba-tiba sahaja Luqman menjadi patung cendana di hadapan Hafni. Hafni bingung. Tersampuk hantu mana la pulak suaminya itu. Tadi bukan main tak beringat mengucup dirinya. Belum pun sempat dia habis berfikir, bibir Hafni terasa hangat. Bibirnya menjadi mangsa Luqman yang seterusnya. Sekali lagi Luqman mengucup bibir Hafni dan kucupan itu berterusan hingga ke leher putih Hafni. Hafni naik rimas. Kalau dibiarkan Luqman sahaja, sia-sia sahaja dia mandi wajib. Tak sanggup rasanya nak mandi wajib sekali lagi dengan keadaan cuaca di Perth yang agak sejuk.

            ‘Cukup Luqman Haqeem. Pergi bersihkan diri awak tu. Maghrib pun kita dah terbabas.’ tutur Hafni dengan nada naik satu oktaf.

            Hafni melepaskan keluhan kecil namun masih boleh didengari oleh Luqman. Luqman meraup wajahnya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya apabila berhadapan dengan Hafni. Hafni bagaikan ada magnet menarik nafsunya untuk mencumbui isterinya itu. Perlahan-lahan pelukan di pinggang Hafni dileraikan.

            ‘Saya minta maaf. Tunggu saya mandi. Lepas tu kita berjemaah.’ luah Luqman perlahan sebelum masuk ke dalam bilik air.

            Hafni melabuhkan duduknya di atas katil. Pandangannya tertancap pada pintu bilik air. Sekali lagi dia mengeluh. Entah kenapa, selepas dia melalui saat malam pertamanya, mulutnya ringan sahaja untuk mengeluh. Menyesalkah dirinya? Sekali lagi keluhan kecil terbit di bibirnya. Luqman yang sedari tadi berada di pintu bilik air sekadar memerhati dari jauh. Apalah yang dimenungkan oleh isterinya sehinggakan dia telah lama terpacak di hadapan pintu bilik air. Luqman melangkah menuju ke almari. Setelah siap memakai baju, Luqman berpaling memandang isterinya. Hafni masih dalam keadaan yang sama semasa dia keluar dari bilik air. Kali ini keluhan kecil terbit di bibir Luqman. Luqman membiarkan Hafni dengan lamunannya sementara itu dia membentangkan sejadah buat mereka.

            Luqman harus melintas di hadapan Hafni kerana ruang yang lebih luas untuk menunaikan solat adalah berdekatan dengan balkoni. Sebaik sahaja dia melintas di hadapan isterinya, barulah Hafni tersedar. Tanpa berlengah masa, Hafni bangkit terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sempat juga dia membawa baju persalinannya sekali. Hafni terus duduk di belakang Luqman yang sedang selesai menunaikan solat sunat. Luqman mengetuai solat isyak buat pertama kalinya di bumi Perth. Merdu sungguh alunan bacaan surah-surah pendek. Hilang semua resah gelisah Hafni. selepas mengaminkan doa, Hafni tertunduk menyalami tangan suaminya. Terbit satu perasaan yang sukar untuk dilafazkan oleh mereka berdua. Pandangan mereka bertaut secara tidak sengaja. Cepat-cepat masing-masing mengalih pandangan.

            ‘Saya minta maaf pasal tadi. Sekiranya awak belum bersedia, saya tak kan minta dekat awak sehingga hati awak terbuka untuk menerima saya.’ tiba-tiba Luqman bersuara. Hafni nanar. Dia sendiri tidak menduga Luqman seperti boleh membaca apa yang sedang difikirkannya. Hafni gigit bibir. Belum pun sempat dia membuka mulut, Luqman telah pun bangkit dari tikar sejadah lalu menapak menuju ke almari. Luqman mengeluarkan jeans dari almari dan terus menukar kain pelekat yang dipakainya sebentar tadi. Hafni memerhati dari jauh. Dia kehairanan melihat suaminya yang tiba-tiba menukar pakaian. Nak kata dia ada terlepas cakap, tak da pulak. Hafni bingung dibuatnya. Dia menarik kedua-dua kakinya hingga ke dada dan menumpang dagunya di atas lututnya.

            Mencerlung mata Luqman memandang Hafni yang masih berada di atas tikar sejadah, siap dengan menumpang dagu di lututnya. ‘Kenapa awak pandang saya macam tu?’ soal Luqman yang telah siap menukar pakaiannya.

            Hafni kantoi. Macam manalah boleh dia tidak sedar yang Luqman telah siap menukar pakaian. ‘Hah… Mana ada saya tengok awak. Saya tengok gambar kat dinding tu.’ terkulat-kulat Hafni menjawab.

            ‘Kot iya pun nak selamatkan diri tu, bagilah alasan yang bernas sikit. Mana ada gambar kat situ. Almari ada lah. Awak tunggu apa lagi? Cepatlah bersiap.’

            Telekung di kepalanya ditanggalkan. Dia cuba mencerna semula apa yang baru diperkatakan oleh Luqman. Kalau tidak silap telinganya, Luqman menyuruhnya bersiap. Nak pergi mana pulak malam-malam ni.

            ‘Kita nak pergi mana?’ soal Hafni.

            ‘Makan. Dah macam-macam lagu berkumandang dalam perut saya ni. Sambil-sambil tu boleh kita jalan-jalan tengok suasana malam di Perth.’ terang Luqman. Hafni diam. Dia tidak  menunjukkan sebarang tanda untuk bangun. Luqman menaikkan keningnya meminta penjelasan. Kelekaan Hafni memicit kakinya membuat dia lupa untuk memberitahu Luqman tentang kesakitan yang sedang di alaminya. Kesabaran Luqman memuncak apabila Hafni buat tidak peduli dengannya. Dia bangun lalu duduk betul-betul hampir dengan Hafni. Dia hairan melihat wajah Hafni berkerut-kerut seperti sedang menahan sakit. Luqman panik.

            ‘Awak kenapa ni? Berkerut-kerut dahi awak tu?’ tanya Luqman untuk mendapat kepastian.

            Kesakitan yang dialaminya menyukarkan untuk dia menjawab soalan Luqman. Di sebabkan masih tiada jawapan yang keluar dari mulut isterinya, Luqman terus menyentuh kaki Hafni bagi menyedarkan isterinya. Sepantas kilat, Hafni menjerit kesakitan. Membulat mata Luqman dek terkejut dengan jeritan isterinya. 

            ‘Jangan usik kaki saya. Kaki saya cramp ni.’ tubir mata Hafni mula berair menahan sakit.

            Terlopong mulut Luqman mendengar kata-kata Hafni. Secara spontan, Luqman mengubah posisi duduknya betul-betul berhadapan dengan Hafni. Dengan berhati-hati, Luqman memicit kaki isterinya. Rasa kasihan terbit di jiwanya melihat keadaan Hafni. Satu lagi perkara yang baru diketahuinya mengenai Hafni. Dia sendiri tertanya-tanya  mengapa boleh berlaku kejadian tersebut. Mulutnya ringan untuk bertanya tetapi mengenangkan Hafni sedang menahan sakit, nanti-nanti sahajalah dia bertanya dengan isterinya. Kerutan di dahi Hafni mula hilang. Setelah memastikan rasa sakit yang dialami Hafni berkurangan, perlahan-lahan Luqman meluruskan dan merapatkan kedua-dua kaki isterinya. Kemudian, dia menolak tapak kaki Hafni ke hadapan. Teknik itu diulangnya beberapa kali sehingga Hafni berjaya menggerakkan kakinya.

            Sempat lagi Luqman mengelap air mata di pipi Hafni. Luqman membantu memapah Hafni untuk duduk di atas kerusi. Setelah kakinya betul-betul pulih, Hafni terus menapak ke bilik air untuk menukar baju. ‘Terima kasih sebab tolong saya.’ ucap Hafni.

            ‘Hal kecil la. Memang awak tanggungjawab saya. Pergilah bersiap.’ tutur Luqman yang masih terkejut dengan apa yang baru menimpa isterinya.

            Luqman dan Hafni menyusuri jalan di Fremantle yang tersenarai dalam warisan dunia yang mana dilimpahi dengan penghibur jalanan dan dipenuhi dengan barisan hasil seni. Fremantle merupakan tempat yang terkenal dengan makanan laut di mana banyak restoran dan kafe dibina di sepanjang Fishing Boat Harbour dan pengunjung dapat menikmati makanan laut yang segar dari Lautan India. Hafni lebih teruja menyaksikan lanskap jalanan perlabuhan abad ke-19 yang masih dipelihara dengan baik yang penuh dengan cerita tentang banduan penjenayah, hero maritime, pemberontak yang sanggup membunuh dan peneroka. Ini menunjukkan banyak nilai estetika dari segi bentuk dan aturan bangunan itu sendiri. Terlalu asyik menghayati panorama indah di Fremantle, Luqman dan Hafni hampir terlupa dengan perut yang minta di isi. Mereka sepakat untuk merasai makanan yang terkenal di Fremantle. Sementara menunggu makanan dihidangkan, sempat lagi Hafni memerhati kawasan sekeliling. Sedang Hafni menghayati keindahan malam, Luqman pula menghayati keindahan ciptaan tuhan yang berada di depan matanya. Menyedari Luqman memerhatikan dirinya, terbantut niatnya untuk memandang panorama malam. Terus sahaja Hafni tertunduk malu.

            ‘Selalu ke kaki awak cramp Af?’ tiba-tiba Luqman mengajukan soalan.

            ‘Kalau saya duduk lama macam tadi, mesti kaki saya cramp.’

            ‘Apa yang menyebabkan awak boleh cramp? Dulu awak ni atlet ker atau awak ada penyakit?’ Luqman menghadiahkan soalan cepumas.

            Tercengang Hafni bila mana Luqman menanyakan dirinya mempunyai penyakit atau tidak. ‘Awak ni memang suka main redah je cakap. Saya yang sihat walafiat ni boleh awak cakap ada penyakit. Awak ni memang tak sayang mulut je kan. I nope an athlete and I don’t suffered any disease. Saya dah rujuk dengan doktor tentang cramp ni. Doktor kata, kaki saya cramp sebab saya kurang kalsium dan saya banyak sangat berjalan. Kadang-kadang tu cramp tu mungkin disebabkan otot jugak. Bila dah selalu jalan tetiba kurang berjalan pun boleh kena jugak. Dah lama jugak saya tak kena. Tak tau pulak nak kena tadi. Maaflah kalau saya menyusahkan awak.’

            Perbualan mereka terhenti sejenak apabila makanan yang dipesan telah tersedia terhidang. ‘Betul lah apa yang saya cakap. Saya cakap awak menghidap sebarang penyakit ker? Bukannya saya main tuduh awak ada penyakit. Awak ni cepat sensitif la Af. Saya boleh lagi terima sebab kedua dan ketiga awak pasal cramp tu. Cuma sebab yang pertama tu je saya tak boleh nak terima. Macam mana awak boleh kurang kalsium?’

            ‘Lupakan je lah pasal tu. Kita makan. Bukan awak kata tadi perut awak tu dah berkeroncong ker?’ balas Hafni untuk menyelamatkan dirinya. Tak kan sekali-kali dia akan memberitahu kelemahanya kepada Luqman. Memandangkan Hafni tidak mahu berkongsi masalahnya, terus sahaja Luqman mendiamkan diri. Bohonglah jika hatinya tidak terguris dengan kata-kata Hafni. Tiada perbualan di antara mereka sepanjang menikmati makan malam. Mereka menyambung kembali menghayati keindahan suasana malam di sekitar Fremantel sebelum pulang ke hotel.


Comments

  1. Af x baik menyesal tentang perkara tu... apa yg kita lakukan tu mendapat pahala lagi sebab melayan suami yg halal lagi bukan yg x halal ... bila kita x ikhlas dah berdosa...
    cubalah berlembut sikit Af... sekurang-kurangnya Luq nak juga mengenali dan memahami hati seorang isteri.... masa bulan madu ni lah paling sesuai untuk berbaik dan menambahkan kemesraan suami isteri ....
    ... bagi sweet sikit ya cik penulis.... hehehe

    ReplyDelete
  2. cuba la trima sikit2 afni..hope time honeymoon nie cinta bleh bputik k

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22