Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 6


BAB 6
                Matanya tidak mahu lelap. Selesai solat subuh Hafni terus ke dapur. Bau semerbak menusuk hidungnya. Pasti umi sedang menyediakan sarapan pagi. Best rasanya dapat meluangkan masa di rumah ketika hujung minggu. Harap-harap tak ada lah emergency kes. ‘Assalamualaikum umi. Morning.’ sapaku lantas memeluk umi dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi.

                        Hajah Azizah membalas ciuman di dahi Hafni.‘ Wa’alaikumsalam. Morning sayang. Hmm.... Awal bangun. Ada kerja ke hari ni?

            ‘Tak ada la umi. Ingatkan tadi lepas subuh nak tidur balik tapi mata ni tak nak lelap pulak. Tu yang Hafni turun bawah ni. Tolong umi apa yang patut. Umi nak Af tolong apa?’

            ‘Kalau macam tu, Af tolong buatkan air. Umi dah nak siap masak mee hoon ni dah.’

            ‘Okay bos. Saya yang menurut perintah.’ Tangannya lincah membancuh air kopi kesukaan walidnya. Setelah siap kesemuanya, tiga beranak bersarapan bersama. Jarang mereka dapat bersarapan bersama pada cuti hujung minggu. Hafni kurang berbicara. Dia lebih suka menumpukan perhatian ketika makan lebih-lebih lagi masakan uminya. Bukannya selalu dia dapat merasainya. Atas desakan bebanan kerja yang banyak, Hafni sering sampai rumah lewat dan dirinya kurang mengambil makan malam walaupun Hajah Azizah ada menyimpan lauk untuk anak daranya.

                        ‘Af tak ke mana-mana hari ni?’ Haji Hadi memecah kesunyian. Hafni hanya mengangguk sahaja. ‘Eloklah tu. Lagipun Lutfi ada bagitahu yang dia dan Rafidah serta Luqman nak bertandang ke rumah kita hari ni. Hafni tersedak. Hajah Azizah menepuk perlahan belakang Hafni dan menghulurkan segelas air. Luqman ni nak membunuh aku nampaknya. Hafni melepaskan keluhan kecil. Hajah Azizah memandang wajah Hafni. Wajah yang sedari tadi ceria kini bertukar mendung. Tuluskah hati mulus Amni Hafni menerima Luqman sebagai bakal suaminya kelak. Dia tidak mahu anaknya merintih kerana tidak bahagia dengan hidupnya akibat dari percaturan yang dilakukan.

  ‘Af okay ke tak ni?’ Hajah Azizah sedikit risau.

Hafni tersenyum walapun hatinya sedang menangis. ‘Af okay umi. Umi jangan risau. Af perlukan lebih masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Af masuk bilik dulu. Nak siapkan kerja sikit. Nanti dia orang nak sampai, umi panggil je Af kat atas ye.’ Hafni sedaya upaya menyembunyikan resah hatinya. Ketenangan jiwanya terganggu. Hafni duduk termenung di meja kerjanya. Laptop Sony Vaoi berwarna putih yang dibelinya ketika belajar dihidupkan. Laman sosial facebook dibuka. Mengintai perkembangan terbaru teman-temannya ketika di universiti dan zaman persekolahanya. Tiada yang menarik perhatiannya cuma ada request new friends di akaunnya. ‘What!!!!!!’ Hafni menjerit sekuat hati. Hajah Azizah terkejut mendengar jeritan Hafni. ‘Af kenapa kat atas tu?’ uminya berteriak. Hafni keluar dari biliknya. ‘Tak da apa-apa umi. Terkejut nampak lipas.’ bohong Hafni kepada uminya lalu masuk semula ke dalam bilik. Hajah Azizah menggeleng kepalanya memikirkan perangai Hafni. Hafni kembali menghadap laptopnya. Hatinya sakit. Macam mana pulak mamat ni boleh tahu aku ada akaun facebook ni. Ni mesti kerja Rose ni. Tangannya mencapai handphone lalu mendail nombor Rose.

‘Assalamualaikum. Tengah buat apa tu Rose? Hafni sekadar berbahasa basi.

            ‘Wa’alaikumsalam. Tak buat apa-apa. Tengah bersiap nak keluar dengan Zaufi nak gi beli barang hantaran. Baru sekarang kau call aku Af. Aku tunggu-tunggu kau call aku. Kau marah kat aku ker? ujar Rose.

‘Tipulah kalau aku kata aku tak marah kat kau. Aku tak nak bincang pasal hal hari tu. Sekarang ni aku nak tanya kat kau sikit. Kau ada bagitahu kat Luqman nama akaun facebook aku? Hafni berterus terang.

            ‘Af…… Kita bukan baru kenal sehari dua Af. Kita dah kenal hampir lima tahun. Aku dah tahu apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka. Dan aku tahu kau tak suka teman-teman kau bercerita pasal kau kat orang lain. Dan aku lah antara teman-teman kau yang tak akan sesekali buka mulut pasal kau. Aku juga tak mungkin akan senang-senang nak bagi nama akaun facebook kau kat orang walaupun abang aku sendiri. Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf Af.’sayu suara Rose.

            Hafni rasa bersalah kerana menuduh Rose. ‘Aku minta maaf Rose. Bila aku tengah serabut aku tak fikir panjang. Kau  yang menjadi mangsa keadaan. Aku check akaun fb aku, ada request friend. Sekali the only one brother kau tu yang request. Angin lah aku. Tapi kalau kau tak cakap. Macam mana pulak dia boleh tau ek?’

                        ‘Senang hati aku dengar kau cakap macam tu. Tu lah kau ni Af. Nama je jurutera tapi apa pun tak tahu. Aku rasa abang Luq buka akaun fb aku. Pastu mesti dia cari dalam list friends aku. Sure-sure nama kau ada siap dengan gambar kau ngan aku tengah main salji kat London. Kau tak ingat ker? Rose mengenakan Hafni.

            ‘Kau kan Rose kalau tak kena kan aku memang tak sahkan. Ye tak ye jugak ek. Aku bab-bab lama sosial ni aku kurang sikit. Aku buka pun sebab nak tengok perkembangan kawan-kawan kita je.Yang lain aku tak ambil port sangat. Habis kau tak ikut orang tua kau datang rumah aku ker? soal Hafni pula.

                        ‘Mama aku ada ajak aku pergi sekali tapi dia cakap last minute. Aku dah janji dengan Zaufi seminggu yang lepas. Kalau aku tak janji dengan Zaufi pun, maybe aku tak akan ikut pun. Sebab orang tua aku tak tahu yang aku dengan kau dah kenal. Cuma abang Luqman seorang je yang tahu. Kes hari tu tak setlle lagi. Aku nak jumpa kau nak tahu hal sebenarnya but not today. Nanti kita jumpa. Okay Af aku kena hang up sebab Zaufi dah sampai. Kita sambung lain kali. Assalamualaikum.

            ‘Walaikumsalam. Have fun.’ Jawab Hafni pendek. Pandangannya tertumpu kembali di skrin laptopnya. Luqman menggunakan picture profile dirinya sendiri. Dia kelihatan simple dengan memakai T-shirt Polo berwana merah dan berseluar jeans. Perkataan nice terluncur laju dibibir Hafni. Hafni menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Keluhan kecil kedengaran. Hafni menekan butang log out. Dia masih belum bersedia untuk berkongsi laman sosialnya bersama Luqman. Nanti-nanti je la aku approve request dia tu. Hafni membaringkan dirinya di atas katil. Segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi disebabkan kepalanya berserabut memikirkan masalahnya dengan Luqman. Hafni tertidur keletihan. Sayu hati Hajah Azizah memandang wajah mulus Hafni. Tidak sampai hatinya untuk mengejutkan Hafni dari lenanya.

            ‘Af bangun sayang. Keluarga Luqman nak sampai dah.’ lembut Hajah Azizah mengejutkan Hafni.

Hafni terjaga dari lenanya. ‘Ya Allah. Af tak sedar Af tertidur tadi umi.’

            ‘ Af penat sangat kot. Tu yang tertidur tu kot.’ Ujar Hajah Azizah lalu meletakkan kepala Hafni di pehanya. Kepala Hafni diusapnya perlahan-perlahan. Terasa cepat masa berlalu. Anak bongsunya yang dahulu kecil kini telah dewasa dan bakal akan meninggalkannya kelak. ‘Af…. Umi tahu mungkin Af rasa susah hati dengan perkahwinan yang umi dan walid aturkan ni. Sekurang-kurangnya, kalau Af berkahwin dah ada orang jaga Af. Tak ada lah umi dan walid risau kalau kami tutup mata sekalipun nanti.

                        Sayu hatinya mendengarkan bicara uminya. ‘Umi jangan cakap macam tu umi. Af selalu mendoakan kesejahteraan umi dan walid.’

            ‘Semua akan merasa kematian Af. Sama ada cepat atau lambat je. Mengingatkan kematian tu adalah sunat Af. Umi harap sangat kalau Af boleh buka sikit hati Af untuk Luqman. Umi rasa Luqman tu adalah calon suami yang terbaik untuk Af. Af lupakan sahaja Idham tu. Af sorang-sorang je yang menderita sedangkan dia tengah sedap berbahagia. Cepat bersiap. Kejap lagi sampai la family Luqman tu.

                        ‘Umi ni dah macam Rose dah. Apa yang umi cakap sebijik macam Rose cakap. Copy and paste ek. Umi turun dulu nanti Af turun. Af nak bersiap.’ ujar Hafni yang telah pun bangun dan duduk disebelah uminya.

            ‘Ada je anak umi ni. Umi turun dulu ye. Jangan lambat sangat turun. Boleh tolong umi apa yang patut kat dapur nanti.’ Hajah Azizah telah pun berada di muka pintu. ‘Okay Madam.’ canda Hafni. Hafni cuma mengambil masa lima belas minit untuk bersiap. Blouse bermotif jalur menegak berwarna ungu putih menjadi pilihan Hafni di padankan dengan seluar berwarna putih manakala dia mengenakan tudung bawal berwarna ungu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Af turun ke bawah menolong uminya apa yang patut. Uminya menyediakan juadah makan tengahari untuk tetamu yang diundang. Kesemuanya ada lauk pauk kegemarannya. Kedengaran orang memberikan salam.

            ‘Assalamualaikum. Sihat Hadi? Azizah mana?’ ujar Dato’ Lutfi.

                        ‘Wa’alaikumsalam. Sihat Lutfi. Ada kat dalam. Masuk la. Zah Lutfi dengan Rafidah dah sampai ni.’ Panggil Haji Hadi.

            ‘Saya datang ni bang. Tunggu jap.’ jawab Hajah Azizah lalu menuju ke ruang tamu. Hafni memilih untuk duduk di dapur sahaja. ‘ Dah sampai dah orang jauh. Sihat Fidah?’ soal Hajah Azizah pula.

                        ‘Macam ni je lah Zah. Aku sihat je. Kau sihat ker?’ Datin Rafidah menyoal. Sementara Luqman diam membisu.

            ‘Alhamdulillah Fidah. Faham-faham jelah kalau usia macam ni.’ jawab Hajah Azizah. Masing-masing saling tersenyum. ‘Lupa pulak nak kenalkan. Inilah Luqman Haqeem. Satu-satunya anak lelaki tunggal aku Zah, Hadi. Rose tak dapat datang sebab dia dah janji dengan tunang dia nak beli barang hantaran.’ buat pertama kali Luqman diperkenalkan. ‘Pakcik makcik sihat?’ Luqman membuka bicara. ‘Sihat Luqman.’ Jawab Haji Hadi dan Hajah Azizah bersama. ‘Citer-citer jugak, mana air minumnya Zah?’ tanya Haji Hadi kepada isterinya. ‘Lupa pulak saya bang. Af bawakan air minum ke depan sayang.’ Hajah Azizah mengarahkan Hafni.

                        Hafni mundar mandir di dapur. Bagaimana dia harus berdepan dengan musuh ketatnya. Hajah Azizah hairan melihat Hafni mundar mandir di dapur. ‘Af kenapa ni nak? Kenapa tak hantarkan air minum tu ke depan?’ soal Hajah Azizah seperti polis pencen. Hafni  mengusap dadanya yang terkejut melihatkan uminya telah berada di dalam dapur. ‘Emmmmmm… tak da apa-apa mi. Nak hantar la ni.’jawab Hafni gagap. Hajah Azizah terus menuju ke ruang tamu diikuti Hafni di belakang. Dari jauh kelihatan Luqman tersenyum kepadanya. Apa senyum-senyum? Ingat hensem ntah. Gerutu Hafni didalam hati. Air di curahkan ke dalam cawan perlahan-lahan. Gugup bertandang lagi. Control ayu Amni Hafni. ‘ Minum Dato’, Datin, walid, umi. Air bujang je.’ tutur Hafni lembut. ‘ Tak payahlah  panggil Dato’ dengan Datin. Panggil aunty dengan uncle je. Tak lama lagi kita nak jadi satu keluarga dah.’ tegur Dato’ Lutfi lantas memandang semua yang berada di ruang tamu.

            ‘ Fidah kenalkan ni lah satu-satunya pengarang jantung aku, Amni Hafni. Af kenalkan ni Aunty Rafidah dan yang kat sebelah tu Luqman. Mesti Af dah pernah jumpa Luqman.’ Umi memperkenalkan aku kepada Datin’ Rafidah.

                        ‘ Apa khabar aunty?’ tanyaku sambil bersalaman dengan aunty Rafidah.

            ‘’Khabar baik Af. Jumpa sekali dengan Af ni langsung aunty berkenan. Af ajak kami semua minum tapi orang kat sebelah tu tak nak ajak sekali ker? Nanti kecil hati pulak orang tu.’ soal Datin Rafidah lalu memuncungkan bibirnya ke arah Luqman. Darah terus menyerbu naik ke mukaku. Tak guna mamat poyo. Aku nak panggil dia apa? Encik Luqman ke atau Luqman je? Serabut la pulak. Bantai je lah panggil apa-apa pun.

                        ‘Minta maaflah. Tak nampak tadi. Minumlah Luqman.‘ jemputku selamba. Luqman melemparkan senyuman yang cukup menggoda tapi tak tergoda pun.’ Af masuk dalam dulu.’ ujarku untuk tidak berada lama disitu.

            ‘Eh duduklah sini dulu. Boleh borak-borak dengan Luqman’ umi cuba menahanku.

                        ‘Kalau macam tu, Af pergilah berborak dengan Luqman kat luar dulu. Boleh jugak kita yang tua ni berbincang pasal budak-budak ni.’ cadang Datin Rafidah.

            Belum sempat aku menolak cadangan Datin Rafidah, Luqman terlebih dahulu menerima cadangan mamanya. ‘Okay mama. Luq berborak dengan Af dekat luar dulu. Luqman telah bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah pintu utama. Aku mengekorinya dari belakang. Luqman telah pun duduk di bangku kayu berdekatan dengan kolam ikan walidnya. Aku memperlahankan langkahku. Aku memilih untuk duduk di tepi kolam. Sedikit jauh dari Luqman. Luqman menjadi pemerhati sahaja. Agak lama masing-masing mendiamkan diri. ‘ Awak okay Amni Hafni?’ tanya Luqman memecahkan kesunyian.

                        ‘ Awak nampak saya tak okay ker? jawabku selamba.

            Luqman ketawa kecil. ‘ Macam tak okay je saya tengok awak ni. Rose ada cakap kat saya yang awak panggil saya ni mamat poyo. Marah betul awak dengan saya ye. Luqman lebih berterus terang.

                        ‘Apa lagi yang Rose cakap pasal saya. Itu hak saya nak pangggil awak apa sekalipun. Memang saya marahkan awak. Di sebabkan awak hidup saya dah jadi huru hara.’ spontan aku membalas kata-katanya.

            Luqman mengeluh kecil. ‘Itu saja yang Rose cakap pasal awak. Yang lain, dia suruh saya usaha sendiri. Saya minta maaf kalau selama ni saya selalu menyakat awak. Saya ikhlas nak mengenali awak sebelum kita disatukan.

                        ‘Tunggu jap. Maksudnya awak pun setuju dengan perkahwinan ni? Tapi kenapa? aku kehairanan.

            ‘Sebabnya pilihan orang tua saya. Dan saya tahu pilihan orang tua saya adalah pilihan yang terbaik. So saya ikut je. Awak pulak macam mana?’ Luqman bertanya kepadaku soalan yang sama.

                        ‘Mungkin sebab orang tua saya jugak and don’t ask me again.’ aku menamatkan sesi perbualan kami yang agak dingin. Aku meninggalkan Luqman sendirian di tepi kolam. Bukan kau dah ada teman istimewa ke Amni Hafni. Kenapa kau bersetuju dengan pekahwinan ni? Desis Luqman sendirian. Luqman bermain dengan perasaannya sendiri.

            ‘Jom masuk dalam rumah. Orang tua kita dah panggil untuk makan tengahari.’ ajak ku.
                        Luqman terkejut dengan kehadiranku semula di tepi kolam. Aku menahan ketawaku agar tidak tersembur  melihatkan ekspresi muka Luqman. ‘Jom.’ jawab Luqman pendek. Sampai di meja makan, aku terus memilih tempat duduk di sebelah umi manakala Luqman akan duduk disebelah mamanya. Sangkaanku meleset, aunty Rafidah menyuruh Luqman untuk duduk disebelahku. Katanya mulai sekarang aku harus belajar untuk melayan Luqman. Luqman sekadar mengikut arahan mamanya. Hilang sudah segala selera makanku.
            ‘ Sikit je makan.’ bisik Luqman di telingaku.

                        ‘Dah kenyang tengok awak makan.’ balasku geram. Hafni kurang selesa dengan jarak yang agak dekat dengan Luqman. Wangian yang dipakai Luqman menggegarkan naluri kewanitaannya. Luqman sengaja menaikkan amarahku dengan menceduk gulai lemak udang ke dalam pinggan nasiku. Aku menjegilkan biji mataku, namun Luqman masih tidak berperasaan. Aku nekad dengan memijak kakinya di bawah meja. Dia menahan kepedihan. ‘Jangan cari pasal dengan saya ye.’ aku memberi amaran kepadanya sedikit berbisik takut diketahui oleh kedua-dua orang tuaku mahupun kedua-dua orang tuanya. ‘Muka awak cantik walaupun awak marah.’ Luqman beriak selamba sahaja walaupun masih menahan sakit dikakinya.

            Hafni mengangkat pinggannya dan mula menuju ke dapur. ‘Sikit je makan Af?’ tegur Datin Rafidah.

                        ‘Kenyang lagi la aunty. Pagi tadi Af ambil heavy breakfast pagi tadi. Tu yang makan sikit je.’ jawab ku lantas segera menuju ke dapur. ‘ Hafni nak jaga badan mama. Nanti takut tak muat baju pengantin.’ celah Luqman. Terbarai ketawa semua yang berada di meja makan mendengarkan kata-kata Luqman. Hafni menahan sabar. Selesai semuanya makan. Hafni memilih untuk mengemas meja makan dan saki baki makan. Sementara yang lain berada di ruang tamu. Setelah selesai kerjanya di dapur, Hajah Azizah memanggil Hafni ke ruang tamu.

            ‘Luqman, Af. Kami semua dah bincang dan kami dah buat keputusan majlis perkahwinan kamu berdua akan dilangsung tiga bulan dari sekarang. Papa dan walid dah berbincang yang kami tak nak adakan majlis pertunangan. Kami nak terus adakan majlis perkahwinan. Kami harap dalam tempoh masa itu, Luqman lebih mengenali Hafni dan begitu jugal Hafni. Pasal persiapan majlis, kamu berdua tak payah risau, semuanya diuruskan oleh mama dan umi kamu. Kamu cuma siapkan diri kamu je.’ terang uncle Lutfi panjang lebar. Hafni dan Luqman sekadar mengangguk. Keputusan telah dicapai. Akhirnya Dato’ Lutfi dan Rafidah mohon untuk beredar pulang. ‘Saya tak sabar awak jadi milik saya. Amni Hafni milik mutlak Luqman Haqeem tiga bulan dari sekarang.’ pesanan terakhir Luqman. Tiada riak di wajah Hafni.

            Hafni terus naik ke bilik setelah selesai mengemas. Terasa lenguh seluruh sendinya melayan tetamu keluarganya. Hafni menerima pesanan ringkas. Rose menghantar mesej buatnya.

                                Macam mana pertemuan dengan bakal suami dan bakal mertua. Seronok tak?

Hafni membalas mesej Rose.

            Seronok sangat. Bakal suami dan bakal mertua aku tu bukan abang kau dengan orang tua kau ker?

Bunyi mesej masuk.

            Memang la bakal suami kau tu abang aku. Bakal mertua kau tu orang tua aku. Aku yang paling seronok sebab best friend aku jadi kakak ipar aku. Hehehehehe.

Mesej dibalas.

            Setakat cakap dalam mesej boleh ar. Jom jumpa. Malam ni pukul 8.30 malam kat kedai mamak selalu kita lepak. Amacam? Ada berani tak?

Orait. Jumpa malam ni. Balas Rose pendek sahaja.

                        Telefon bimbitnya di pandang sepi. Hanya kepada Rose sahaja tempatnya mengadu. Dengan Naz pulak, Hafni tak berani nak cerita lebih-lebih. Al maklumlah, Naz sendiri menyimpan perasaan terhadapnya. Lagipun dia kurang selesa untuk berkongsi masalah peribadinya dengan Nazri walaupun dia telah berkawan dengan Nazri. Maafkan aku Naz kerana tak dapat terima perasaan kau terhadap aku. Aku lebih sayangkan persahabatan kita. Bosan melanda ruang waktunya. Hafni menyelongkar kotak berwarna biru gelap yang berada di bahagian atas almari bajunya. Tangannya mencapai sebuah album gambar ketika di zaman persekolahannya. Satu persatu helaian diselak. Dia tersenyum melihat kenangannya bersama teman-teman rapat. Sebuah gambar meruntun hatinya. Gambar yang diambilnya bersama Idham ketika pertandingan silat peringkat kebangsaan. Satu-satu gambarnya bersama Idham di abadikan. Namun segalanya tinggal sejarah. Sedang dirinya mengenang sejarah silam, telefon bimibitnya berbunyi. Private number?'

            ‘Assalamualaikum. Hai tengah berangan duduk atas pelamin ker? soal suara disebelah sana.

                        ‘Wa’alaikumsalam. Yang awak peduli saya berangan duduk kat atas pelamin kenapa? Bukannya nye  menyusahkan awak pun. Awak sapa hah? Saya tak kenal awak langsung.’ jawabku tidak berpuashati.

            ‘ Hmmmmmm… Mestilah menyusahkan saya. Tak kan awak nak duduk atas pelamin sorang-sorang kot. Mestilah ada pengantin lelaki bakal suami awak.’ ujar suara di sebelah sana yang masih mahu berteka teki.

                        Luqman desis hatiku. ‘Awak nak apa Luqman? Tak cukup-cukup lagi awak menghuru-harakan saya hari ni. Start dari tengahari tadi pastu siap call saya lagi. Apa yang awak nak sebenarmya ni?'

            ‘Saya nak awak Amni Hafni.’ Luqman tidak berteka teki lagi. Straight to the point.

                        ‘Saya tak nak awak. Tak hingin langsung. Faham. Jangan ganggu saya..’ aku mematikan talian telefon. Siap switch off. Manalah tahu kalau-kalau Luqman call balik. Kenapalah kau ada abang yang tak betul ni Rose. Pening kepala aku. Hafni merungut sendirian.

            Hafni menyarung T-shirt merah berjenama adidas, berseluar track bottom hitam dan hanya mengenakan selendang putih bermotifkan poka doted berwarna merah untuk bertemu dengan Rose. Di ruang tamu, Haji Hadi dan Hajah Azizah sedang leka melayan cucu kesayangannya. Kesemua mata memandang ke arahnya.

                        ‘Bila along dan kak long sampai?’ ujar ku menghampirinya dan bersalaman dengannya dan kakak ipar ku disebelahnya.

            ‘ Baru je sampai. Nak ke mana malam-malam?’ soal along agak serius.

                        ‘Jumpa dengan Rose kejap. Ada hal sikit.’ Aku terus duduk di sebelah umi dan turut serta melayan kerenah satu-satunya anak buahku.

            ‘Jangan lama-lama sangat Af. Awak tu anak dara. Tak lama lagi nak jadi isteri orang. Kena jaga tingkah laku sikit.’ Along menasihatku sebijik macam walid. Along atau nama dalam kad pengenalan Amirul Hadif adalah seorang abang yang tegas. Bersesuaian dengan jawatan yang di sandangya iaitu Pegawai Turus Trafik Cawangan Putrajaya. Dalam adik beradik, aku lebih rapat dengan angah berbanding dengan along. Angah atau nama sebenar Amril Hanif sedang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di London. Bagi aku angah lebih relax dari along. Mungkin along bersikap tegas adalah di sebabkan persekitarannya yang membuatkanya tegas terhadap Hafni mahupun terhadap angah. Rindu bertandang mengingatkan angah di perantauan.

                        ‘Af gerak dulu Walid, Umi, Along, Kak Long. Assalamualaikum.’ pamitku lalu menuju ke kereta ku.

            Rose sampai lebih awal. Keadaan kedai mamak ketika itu agak ramai dikunjungi pelanggan. Rose memilih untuk duduk di bahagian luar kedai. Hafni mempercepatkan langkahnya ke arah Rose yang sedang menantinya. ‘Sorry, lambat sikit. Kena temuramah tadi sebelum keluar rumah.’ ujar Hafni terus menarik kerusi di hadapan Rose. Rose hanya menganggukkan kepalanya. Apa yang diduganya tepat sekali. Yang dia tahu, Hafni jarang keluar malam untuk melepak dan berborak kosong di kedai mamak kecuali selepas kelas silat. Itupun boleh dikira dengan jari dan pastinya ketika saat ini pastinya Hafni mempunyai masalah yang mengheretnya untuk meluahkan perasaan. ‘Apa masalah yang kau nak kongsi dengan aku Af?’ soal Rose terus terang. Hafni terkedu. Rose dapat membaca apa yang berada dalam fikirannya. Hafni mengetuk meja untuk menyusun ayat. Hafni mengusap-ngusap dagunya . Lagaknya seperti seorang pemimpin yang sedang berperang dengan masalah dunia. ‘Sudah-sudah la tu Af. Citer je kat aku. Walaupun apa yang kau nak citerkan aku tu pasal the only one brother that I had.’sindir Rose.

                        ‘Pedasnya ayat kau Rose. Memang sesuai orang panggil kau mawar berduri. Walaupun cantik tapi bukan senang untuk dipetik kerana dikeliling oleh duri. It’s all about your brother. Kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku? Tak kan the most wanted bachelor tak ada kekasih hati.’ ujar Hafni senafas.

            ‘Apa yang aku tahu, tiga tahun lepas dia ada kekasih. Nama dia Liyana Laily. Tapi apa yang aku tahu, dia tinggalkan abang aku macam tu tanpa sebarang pesan. Sejak abang aku ditinggalkan sehinggalah sekarang aku tak pernah dengar atau nampak dia pergi dating dengan mana-mana perempuan. Mama aku pernah jugak aturkan blind date untuk abang aku penyudahnya abang aku tak pergi langsung. Sampai pasangan blind date abang aku tu marahkan mama. Kesian gak aku tengok mama aku. Bila mama aku tanya kat abang Luqman kenapa tak pergi temujanji. Kau nak tahu apa abang aku cakap kat mama aku?

                        ‘Apa yang Luqman cakap?’

            ‘Dia boleh cakap lupa. Apa lagi. Hangin satu badan la Datin Rafidah. Mama aku marah giler dengan abang aku hinggakan tak bertegur dengan abang aku sampai seminggu. Lastly abang aku beralah dan pujuk mama. Dia kata tak payahlah mama susah-susah cari calon isteri dia. Bila dia dah jumpa orang yang dia suka, dia sendiri akan bagitahu kat mama dan dia sendiri akan minta mama pinangkan untuk dia.’

                         Hafni mentafsir semua yang baru diperkatakan oleh Rose. Rose kata, kalau Luqman dah ada calon, dia sendiri akan minta mama dia pinangkan perempuan untuk dia. Sekarang ni, dia bukan pilihan Luqman tapi kenapa pulak Luqman terima perkahwinan yang diaturkan oleh orang tuanya. Luqman ni banyak sangat auta dia. Macam manalah aku nak hidup sebumbung dengan dia. ‘Kau cakap tadi kalau Luqman dah ada calon dia sendiri akan minta mama kau pinangkan perempuan tu tapi kenapa Luqman terima perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua kita.’ujarku. Rose mengetuk-ngetuk meja sedang memikirkan sesuatu. ‘Ntah-ntah dia dah suka kat kau tak Af?’ seloroh Rose.

            ‘Kau dah giler ker? Bila masa pulak dia boleh suka kat aku dan aku tak kan suka kan dia. Fullstop!!!!’

            ‘ Aku tak giler la tapi abang aku yang giler kat kau. Kenapa kau tak suka kat abang aku Af?’ Rose bertanya kehairanan.

            ‘Kau ingat tak aku pernah citer kat kau pasal mamat poyo masa kita jumpa kat Alamanda hari tu? Rose sekadar mengangguk. Kalau kau nak tahu mamat poyo tulah Luqman Haqeem, abang kau. Sejak peristiwa tu la aku memang tak boleh nak berjumpa dengan dia apatah lagi nak hidup sebumbung dengan dia. Berserabut kepala aku ni bila fikirkan semua ni Rose. Tolonglah aku Rose.’ pinta Hafni dengan wajah seposen.

            ‘Apa kata masa kau nak nikah nanti, kau cabutlah lari.’ cadang Rose
.
            ‘Bernas betul idea kau Rose. Nanti free-free je muka aku dengan muka Luqman terpampang dekat muka depan surat khabar dan highlightnya, ‘Pengantin perempuan lari meninggalkan pengantin lelaki’. Cepat aku glamour lepas tu.. Kau nak macam tu ker?’

                        Terbarai ketawa Rose mendengarkan celoteh Hafni. Hafni geram kerana Rose mentertawakan dirinya. Hafni membatukan diri. Ketawa Rose mula mengendur. ‘Sorry Af. Aku tak sengaja nak gelakkan kau. Boleh pulak kau fikir sampai ke situ. Aku pun tak terfikir benda macam tu. Lupa pulak yang papa aku tu businessman yang ada nama. Pasti benda-benda macam tu menarik perhatian media-media kat luar tu. Af aku tahu sekarang ni kau dalam situasi yang berbelah bahagi. Cuba kau kenal hati budi Luqman dulu. Mana tau korang boleh get along. Siapa tahu.’

            Keluhan kecil kedengaran. ‘Ntah la Rose. Nanti aku pertimbangkan cadangan kau tu. Lupakan je lah masalah aku tu dulu. So macam mana dengan persiapan perkahwinan kau tu? Dah siap sepenuhnya ker?’ Hafni menukar topik perbualan.

‘ Alhamdulillah. Dah ninety percent dah. Tinggal nak last touch up je lagi. Gementar jugak aku bila fikirkan majlis tu nanti. Tinggal dua minggu lagi sebelum majlis akad nikah. Jangan lupa pulak yang kau jadi pengapit aku nanti Af.’ Rose mengingatkan Hafni. Hafni mengukir senyuman. ‘Of course dear. Aku tak lupa pun cuma aku belum mohon cuti lagi. Hehehehehehe.’ Membuntang mata Rose. ‘Kau biar betul Af. Nanti tak pasal-pasal kau tak dapat cuti pastu aku nak cari siapa jadi pengapit aku. Kut iya pun kau marah kat abang aku, janganlah sampai sabotaj majlis aku. Sedih aku macam ni lah.’ luah Rose dengan wajah sedih. Riak wajah Hafni berubah apabila dirinya dikaitkan dengan Luqman. Dia tidak betah untuk duduk lebih lama lagi dengan Rose kerana tidak mahu setiap perbuatannya akan dikaitkan dengan Luqman tetapi dia perlu menjaga hati temannya yang satu ni. Rose adalah sahabat yang tiada galang ganti. Dia sentiasa berada disisnya walau dalam apa jua keadaan. Rose memandang wajah redup sahabatnya. Dia sedar dia telah terlepas kata dan pastinya hati temannya ini sedikit terguris walaupun Hafni tidak berkata apa-apa.

‘Maafkan aku Af. Aku tak sengaja nak guriskan hati kau. Hissshh… Mulut aku ni kalau dah bercakap tak pandang kiri kanan. Main lentung je.

            ‘Aku okay. Terasa sikit la. Macamlah aku ni baru kenal kau. Orang excited nak kahwin tu yang cakap pandang kiri kanan tu. Tak sabar lah tu nak duk atas pelamin.’ Hafni bergurau. Kata-kata Hafni meletuskan ketawa diantara mereka berdua. Deringan telefon i-phone milik Hafni mematikan ketawa mereka. Baru je Rose sebut nama dia., dia dah call desis Hafni sendiri.   
     
  ‘Assalammualaikum. Apa yang awak nak lagi ni?’ tanya Hafni tidak berpuas hati.

‘Kenapa keluar dengan Rose tak bagitahu kat saya.

‘Kita belum ada apa-apa. Saya boleh keluar dengan sesiapa pun dan tak perlu nak bagitahu kat awak. Cukuplah saya bagitahu kat orang tua saya.’ nada suara Hafni sedikit marah.

Hanya kedengaran ketawa milik suara disebelah sana. Hati Hafni bertambah bengkak. ‘ Pandai awak berlawak jenaka ye.’

Hafni. Bertambah suka saya kat awak. Hmmmmm kalau macam tu, awak bagitahu kat Rose jangan pergi mana-mana ye. Jap lagi saya sampai. Boleh saya join gosipping awak berdua.’ Luqman sengaja mencurah minyak di api yang sedang menyala.

‘No !!!!  You can’t come here. We all pun nak balik dah.’ Hafni segera membantah dengan nada yang agak tinggi menyebabkan ramai yang memandangnya. Hafni malu. Talian segera dimatikan. Dia tidak peduli dengan Luqman. Rose sekadar menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan sikap abangnya sendiri. Huru hara hidup Hafni dibuatnya. Hafni masih membisukan diri.
‘ Jom lah kita balik Af. Kesian aku tengok kau kena penangan abang aku tu. Nanti aku slow talk dengan dia.’ Hanya anggukan kepala dari Hafni. Rose membayar harga minuman dan mula berjalan beriringan dengan Hafni menuju ke kereta masing-masing. Tiada ucapan selamat tinggal buat Rose mahupun Hafni. Enjin kereta dihidupkan lantas meluncur perlahan di atas jalan. Tumpuannya hanya satu agar segera sampai di rumahnya. Lega hatinya kerana kereta along tiada di halaman rumah. Pastinya along dan kak long cuma datang untuk menjenguk orang tuanya dan tidak bermalam di rumahnya. Tiada siapa berada di ruang tamu. Hafni segera mendaki tangga menuju ke kamarnya. ‘ Baru balik Af?’ tegur Haji Hadi. Teguran walidnya sedikit mengejutkan Hafni. ‘ Walid. Baru sampai walid. Af leka berborak dengan Rose sampai lupa nak tengok jam. Af minta maaf walid.’ ujar Hafni mendatar. Haji Hadi sekadar mengangguk kepalanya. ‘ Pergilah masuk bilik.’ kata Haji Hadi pendek lalu mula menuruni tangga.

            Tudung di kepalanya ditanggalkan. Hafni duduk di balkoni biliknya. Hanya cahaya rembulan yang menerangi ruang balkoni sementara didalam biliknya, Hafni hanya membuka lampu tidurnya sahaja. Hafni tidak mahu walidnya tahu yang dia masih belum tidur. Rembulan yang indah hanya mampu di renung dari jauh.

Malam ini ku lihat lagi sinar rembulan
Yang senantiasa memberikan ku penerang disaat malam
Yang menemani kesendiriaanku disaat hati lara
oh, rembulan… apakah yang bakal berlaku pada hari-hariku yang bakal mendatang
Adakah ianya seindah cahayamu yang senatiasa menerangi malam
Atau suram dikala ketiadaanmu……….

Malamnya terasa panjang tidak seperti selalu. Hafni merehatkan dirinya di atas katil. Matanya masih tidak mahu lelap. Hafni mencapai laptop yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya. Akaun yahoo messenger dibuka. Hafni mencari nama insan yang sentiasa mendengar luahan hatinya. Nama Amril diklik.

            Amni    :        Assalamualaikum. Angah sihat?

            Amril    :        Walaikumsalam. Angah sihat. Sayang angah ni sihat tak? Kenapa 
                                   tak tidur lagi ni.

            Amni    :        Sayang  angah sihat la angah. Mata ni tak nak lelap pulak malam ni.
                                  Tu yang Af online. Tak sangka pulak angah tengah online. J

            Amril    :     Hmmmmm… Ni mesti pasal rancangan umi dengan walid nak satukan
                               sayang dengan Luqman kan? Sayang tak setuju dengan pilihan umi
                               dan walid ke?

            Amni    :        Sebenarnya sayang tak terfikir lagi nak berkahwin. Tak kan sayang
                                  kahwin dulu. Patutnya angah lah yang kahwin dulu. Ni sayang pulak.
                                  Angah tu pun bukannya muda lagi. Dah tua dah.

            Amril    :       Mulut tak da insurans langsung la sayang angah ni. Angah bukan tak
                                 nak kahwin cuma belum jumpa calon yang sesuai. Dekat sini ramai
                                 minah mat saleh. Nanti kalau angah bawak calon minah mat saleh
                                 mahu terkejut umi dengan walid.

            Amni    :       Sayang angah ni kena ambil masa sikit untuk terima semua ni.
                                 Berapa lama tu tak tahu la lagi. Harap-harap sayang angah ni tak
                                 kecewakan semua orang.

            Amril    :       Insyallah sayang. Sayang angah tak kan kecewa kami semua. Okay
                                 la.. pergilah tidur. Tak baik berjaga lama-lama. Esok lambat bangun 
                                 pulak. Kirim salam sayang angah dekat umi, walid, along, kak long  
                                & tak lupa jugak anak buah kesayangan angah tu ye. Sweet
                               dream sayang angah ni. Take care of yourself. Assalamualaikum.

            Amni    :     Insyallah. Nanti sayang angah ni sampaikan dekat insan-insan terpilih
                               tu ye. Thanks a lot lend me your ears for hearing my problems.
                               Walaikumsalam.

                                Laptop berwarna putih itu ditutupnya. Lapang sedikit hatinya setelah meluahkan apa yang terbuku. Hanya angah yang menjadi tempat luahan perasaannya sekiranya Af mempunyai masalah. Entah bila dia sendiri tidak sedarnya terlelap dengan lenanya sehingga azan subuh berkumandang mengejutnya dirinya dari lena. Seruan illahi segera dikerjakan. Lama Af duduk berteleku di atas tikar sejadah. Dia memanjatkan doanya buat orang tuanya dan tak lupa juga kepada kedua-dua abangnya. Namun Hafni juga memohon pada Nya agar perkahwinan yang di aturkan oleh kedua keluarga ini akan berkekalan dan semoga pintu hatinya terbuka untuk Luqman Haqeem. Kain telekung dilipat dan digantung di tempat biasa. Hafni kembali di berbaring di atas katil. Hafni cuba melelapkan matanya, namun matanya tidak mahu pejam. Hafni bangkit dari katil lalu menukar pakaian tidurnya. Hafni berpakaian serba ringkas dengan berbaju sukan. Hafni singgah sebentar didapur menjeguk uminya.

            ‘Awal bangun anak umi ni? Nak kemana?’ soal Hajah Azizah yang sedang membancuh kopi.

‘Af tak boleh tidur la umi. Af nak pergi jogging jap,’ ujar Hafni yang sedang mencueahkan air susu  ke dalam cawan.

            ‘ Af pergi seorang ke atau Rose ikut sekali?’

‘ Af pergi seorang je umi. Tak rancang pun nak pergi jogging. Af pergi dulu umi. Assalamualaikum.’ Hafni mencium tangan Hajah Azizah dan berlalu meninggalkan ruang dapur. Perjalanan hanya memakan masa lima minit untuk sampai di kawasan riadah berhampiran dengan rumahnya. Udara segar sedikit menenangkan jiwa Hafni. Hafni membuat regangngan terlebih dahulu sebelum memulakan jogging. Setelah puashati, Hafni memulakan joggingnya agar dapat mengubat lara di dalam hati. Hampir setengah tasik telah Hafni tawaf. Hafni berhenti seketika untuk mengambil nafas. Hafni…Hafni... tasik ni baru je setengah kau tawaf tapi dah semput. Dulu tasik ni kacang putih je dapat kau tawaf sehingga enam pusingan. Ni satu pusingan pun dah tercungap-cungap, lirih Hafni sendirian. Pandangannya ditebarkan ke sekeliling tasik. Nyaman dan mempesonakan. Baru sahaja Hafni untuk menyambung kembali lariannya, dia di kejutkan satu suara yang menyapanya dari belakang.

            ‘Sorang je ke?’ suara itu menyapa Hafni dari belakang.

                        Hafni menoleh ke belakang. Kenapa mamat poyo ni boleh ada kat tasik ni. Sebanyak-banyak tasik yang ada dekat dunia, kenapalah tasik ni jugak yang menjadi pilihan dia. Hafni geram. Sapaan dari Luqman tidak dijawab. Hafni dengan selambanya menyambung kembali lariannya dan meninggalkan Luqman sendirian. Luqman yang lengkap berbaju sukan jenama adidas berwarna putih mengejar Hafni walaupun hatinya agak berbekas dengan tindakan Hafni yang tidak mengendahkan tegurannya. Niatnya sekadar mahu menjernihkan hubungannya yang agak keruh dengan Hafni akibat dari tindakannya sendiri yang sengaja menyakat Hafni. ‘Saya nak minta maaf dengan awak atas sikap saya yang suka menyakat awak dulu. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Boleh awak maafkan saya.’ luah Luqman berlari seiringan bersama Hafni. Mulut Hafni membisu seribu bahasa malah Hafni telah membuka langkah dan meninggalkan Luqman. Luqman mula panas hati. Sabarnya mula hilang amarah mula membara. Langkahnya dipercepatkan untuk mengejar Hafni. Luqman dengan bersahaja menarik lengan Hafni agar dia boleh berbincang dalam situasi yang lebih selesa berbanding berbincang sambil berjogging.

            ‘Sakit la. Apa tarik-tarik tangan orang ni. Tak tahu malu ker? ‘ Hafni memuntahkan amarahnya.

                        ‘Tahu pun sakit. Saya cakap baik-baik tapi awak buat dek je dengan saya. Buat apa nak malu dengan awak. Tak lama lagi, awak nak jadi isteri saya. So tak yah la nak malu-malu.’ Jawab Luqman bersahaja.

            ‘Sah-sah awak ni memang orang gila.’

                        ‘Suka hati awak lah nak kata saya ni apa pun. Saya nak berbaik dengan awak tapi awak jual mahal pulak dengan saya. Perempuan kat luar ni bersepah-sepah nak berdamping dengan saya tapi awak boleh pulak buat tak heran dengan saya. Tak cukup hensem saya ni?

            ‘Hensem.’ Hafni terlepas cakap. Ish mulut ni tak da insurans la pulak. Main lepas saja nak cakap. Luqman tersenyum mendengarkan kata-kata Hafni yang terbit dari bibir munggil walaupun dalam tidak sedar.

                        ‘ Dah tau hensem, kenapa awak layan saya nak tak nak je?

            ‘Listen hear carefully Mr. Luqman Haqeem. Saya benci sangat tengok muka awak. Sehensem mana pun muka awak sekalipun, saya tak hingin langsung nak berbaik dengan awak. Faham.’  Hilang moodnya untuk mengeluarkan peluh. Hafni berlari menuju ke tempak letak kereta dan ingin segara meninggalkan kawan riadah tersebut. Luqman meraup mukanya. Dia hairan dengan sikap Hafni. Sukar bagi dirinya untuk memahami apa sebenarnya kemahuan Hafni. Niat untuk berbaik dengan Hafni di tolak mentah-mentah oleh Hafni. Buntu fikiran dibuatnya. Luqman duduk di bangku yang di sediakan di tepi tasik. Agak lama dia bersendirian di tepi tasik. Jam di tangan dikilas. Hampir pukul lapan. Luqman bangun lalu meninggalkan bangku tersebut dan memulakan langkah ke kereta. Baru beberapa langkah Luqman melangkah, Luqman terdengar orang memanggil namanya. Luqman mencari gerangan yang memangil namanya. Lidahnya kelu melihatkan insan yang telah melukakan hatinya sehinggakan dia menutup pintu hatinya untuk insan bernama wanita.

                        ‘ Assalamualaikum Luq. You sihat?’ bicara Liyana.

            ‘Walaikumsalam Liyana. I sihat. You sihat ker?’ soal Luqman.

                        ‘Alhamdulillah. Macam mana yang you nampak I sekarang ni. Boleh kita duduk kat bangku tu. Dalam keadaan I sekarang ni, I dah tak larat nak berdiri lama-lama. Luqman sekadar mengangguk dan hanya menurut sahaja kemahuan Liyana. Luqman kadang-kadang hairan apabila bersama dengan Liyana, dia hanya menurut sahaja kehendak Liyana. 

            ‘You dah berapa bulan dah ni? Suami you mana? Nanti tak pasal-pasal dia ingat I nak ngurat you pulak. Luqman bercanda sambil memerhati sekeliling mencari kelibat suami Liyana.

                        ‘Owh. Dah tujuh bulan. Dia berjogging kat tasik ni. I dah cakap dekat suami I yang I nak jumpa you. Tu yang dia pergi jogging. Dari tadi I perhatikan you duduk termenung dekat bangku tu. Nak tegur takut salah orang pulak. Tu yang I tunggu you sampai you bangun. Bila dah tengok you depan-depan, barulah I berani tegur you. Maafkan I Luq. I tak berniat nak lukakan hati you tapi I terpaksa tinggalkan you. Semua tu kemahuan orang tua I Luq. Orang tua I dah jodohkan I dengan suami I sekarang ni. Pada mulanya I bangkang dengan tindakan keluarga I tapi bila kenangkan jasa keluarga suami I dekat keluarga I, I nekad untuk terima suami I dan tinggalkan you I’m realy sory for what happened Luq.

            ‘It’s okay Liyana. Memang I marah sangat dengan tindakan you masa tu tapi sekarang ni I dah boleh terima semua ni. Mungkin mula-mula dulu agak susah I nak lupakan you sehinggakan I fobia nak berkawan dengan perempuan. Hebat betul penangan you kat I dulu Liyana. Apa pun I doakan you agar bahagia dengan suami you. You tak yah la risaukan I. Insyallah kalau tak ada aral melintang, nanti I send you my weeding kad.

                        ‘Alhamdulillah Luq. I tumpang gembira dengan berita ni. I tak nak sebab I you tak dapat nak mengecapi kebahagian you. Here’s come my husband. Abang, kenalkan ni Luqman Haqeem kawan sayang masa di universiti. Luq kenalkan ni suami  I Daniel Haykal.’ Liyana memperkenalkan suaminya kepada Luqman.

            ‘Assalamualaikum. Luqman Haqeem. Pleasure to meet you Daniel Haykal.’ Sapa Luqman
                        ‘Walaikumsalam. Danile Haykal. Me too.’ Jawab Haykal pendek.

‘Maaf Hakyal and Liyana. I tak boleh lama-lama ni. I dah janji dengan bakal wife I nak keluar shopping barang hantaran. I gerak dulu. Anything I will call you Liyana. Assalamualaikum..’ Luqman berjabat tangan dengan Haykal dan berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu. Luqman bersandar di dalam kereta. Dia masih terkejut dengan pertemuan yang tak diduga. Berjumpa semula dengan Liyana Laily dalam keadaan Liyana yang sedang bahagia menyesakkan lagi jiwanya sedangkan dirinya membuang perasaan sayangnya pada wanita yang ingin berdamping dengannya. Luqman merasakan dirinya terlalu bodoh untuk apa yang telah berlaku. Alunan muzik di corong radio menambahkan keresahan dijiwanya.

                        ‘Arghhhhh. Luqman menjerit melepaskan tekanan yang dihadapi. Luqman melepaskan satu tumbukan di stereng keretanya. Lepas satu beban yang perlu ditanggungnya. Belum pun selesai hal nya dengan Hafni timbul pula masalah pertemuannya dengan Liyana. Kusut dibuatnya. Hampir setengahnya berada di dalam kereta, Luqman mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan matahari sudah mula menyinar. Setibanya di rumah, Luqman terus menapak menaiki tangga untuk menuju ke bilik sementara papa dan mamanya yang berada di ruang tamu hairan melihatkan sikap Luqman yang tidak langsung menegur mereka.

            ‘Lambat balik jogging hari ni Luq?’ Dato’ Lutfi bertanya.

            Hajat Luqman untuk terus naik ke bililk dibatalkan lalu melangkah menuju ke ruang tamu. ‘Luq terserempak dengan kawan lama tadi. Berborak sampai tak tengok jam. Tu yang lambat tadi.’ Luqman duduk bertentangan dengan papa dan mamanya.

            ‘Kalau jumpa kawan tak pe la. Mama nak tanya sikit dengan Luq ni. Macam mana persiapan untuk majlis perkahwinan Luq dengan Hafni? Dah berbincang dengan Hafni tentang barang-barang hantaran tu nanti?’ Datin Rafidah mula bersuara.

            ‘Luq dengan Hafni tak buat apa-apa lagi ma. Nanti Luq call Hafni bincang pasal barang hantaran tu.’

            ‘Kamu jangan main-main Luq. Masa tiga bulan tu bukannya lama lagi. Banyak benda yang nak kena uruskan. Lagi satu jangan lupa ajak Hafni pergi kursus kahwin. Pasal majlis kamu tu, tak yah la kamu risau. Mama dengan umi Hafni dah minta weeding planner uruskan. Luqman sekadar mengangguk kepalanya menandakan dia faham dengan kehendak mamanya. Kalau dilayan mamanya berceloteh alamatnya sampai ke malam pun tak habis.

            ‘Kalau tak ada apa-apa lagi, Luq naik atas dulu pa, ma. Nak mandi la. Dah melekit satu badan Luq ni.’ujar Luqman bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah meninggalkan ruang tamu.

            ‘Angguk-angguk juga Luq. Jangan kamu tak buat apa yang mama cakap ni.’ Datin sempat lagi berpesan pada anak teruna tunggalnya. Pesan mamanya dibiarkan tidak berjawab. Akalnya tidak dapat berfikir dengan warasnya mengenankan kejadian yang telah terjadi. Liyana bukanlah masalah utamanya sekarang tetapi Amni Hafni. Keras betul hati wanita yang seorang ni. Macam mana dia hendak berbincang dengan Hafni mengenai persiapan barang hantaran sedangkan Hafni sendiri tidak mahu berjumpa dengannya. Aku ni tak hensem ke? Getus Luqman.

                        ‘Gila tak hensem. Mestilah abang Luq Rose ni hensem. Kalau tak hensem tak kan berduyun-duyun perempuan kat luar tu tergila-gila kat abang Luq kan.’ Rose mencelah yang telah pun menolak pintu bilik Luqman dan terus landing atas katil Luqman.

            ‘Kut iya pun bagilah salam dik. Ni main terjah je. Nasib baik abang Luq ni tak da penyakit jantung. Alamatnya cepat la abang Luq gol. Rose tersengih.

                        Sorry. Lepas ni Rose tak buat lagi. Pagi-pagi lagi Rose dengar mama dah jadi penyampai berita. Ni mesti kes majlis abang Luq dengan Hafni kan. Are you having problems with Hafni abang Luq? Kalau abang Luq ada masalah cerita lah dengan adik. Mana tau adik boleh tolong abang Luq. Terbit rasa simpatinya melihat keadaan Luqman.

            ‘Susah abang Luq nak citer kat adik. Abang Luq jumpa Hafni masa jogging tadi. Abang Luq nak say sorry kat dia pasal kes abang Luq sakat dia hari tu. Dia boleh buat bodoh je dengan abang Luq then dia boleh sambung balik jogging dia. Abang Luq angin satu badan terus kejar Hafni. Bila dah dekat tu abang Luq tarikh tangan dia supaya dia boleh stop and hear my explanation. Guess what? Lepas dengar explanation abang Luq, dia boleh cakap ‘. Saya benci sangat tengok muka awak. Sehensem mana pun muka awak sekalipun, saya tak hingin langsung nak berbaik dengan awak. Faham.’ Ujar Luqman siap mengulangi bait-bait kata yang diungkap oleh Hafni.

            Selambak gelak Rose melihatkan abang Luqman nya mengulangi kata-kata Hafni. Aksi abang Luq yang melampau mencuit hatinya. ‘Abang Luq ni overacting la. Cukuplah ulang kata-kata Hafni kat abang Luq tu. Tak yah lah sampai siap buat gaya. Tu bukan gaya Hafni pun. Adik kenal sangat dengan Af tu. Kan dah susah diri sendiri. Dulu, masa nyakat Af tak ingat dunia. Sekarang siapa yang susah.Abang Luq juga yang susah.

                        Hati Luqman bertambah geram dengan Rose. Kata nak tolong. Memang Rose tolong dia tapi tolong ketawakan dirinya. Hidupnya dah haru biru di kerjakan oleh Hafni. Di tambah lagi dengan Rose dan belum lagi mamanya masuk campur. Susahnya nak layan wanita-wanita berbanding dengan kerja di pejabat. ‘Ni nak tolong abang Luq ke tak? Kalau tak nak tolong, di situ pintunya. Boleh la keluar dari bilik abang Luq.’ arah Luqman sambil menunjukkan arah pintu kepada Rose. Hilang gelak tawa Rose. Rose mencebik kan lidahnya.

            ‘Eleh. Gelak sikit pun tak boleh. Since when abang Luq ni sensitif orangnya. Sebelum Rose tolong abang Luq. Abang Luq kena jawab soalan Rose ni. Abang Luq sukakan Hafni ker?’

                        ‘Perkenalan abang Luq dengan Hafni baru sangat dik. Abang Luq tak boleh nak cakap abang Luq suka dia atau tak. Abang terima semua ni sebab Abang Luq tak nak kecewakan mama dan papa. I’m the only one their son. Tak salahkan abang Luq berkorban sikit untuk papa dan mama. Perasaan sayang tu boleh dipupuk. Abang Luq janji dengan adik yang abang Luq tak kan sia-sia kan Hafni. Just give me more times for this.’ Luqman meluahkan rasa hatinya.

             Keep your promise. Hafni tu hatinya lembut. Cuma kenangan lama membuatkan dia susah untuk terima semua ni. Nanti adik slow talk dengan Hafni. Abang Luq tak yah lah serabut macam ni. Dah macam orang gila. Ni belum kahwin lagi. Rose mula berceramah.

                        ‘Thank’s. sekarang ni sila lah keluar dari bilik abang Luq. Abang Luq nak mandi. Luqman telah pun menarik tangan Rose agar beredar dari biliknya. ‘Kedekut.’ Jawab Rose. Lapang dadanya apabila Rose mahu menolongnya menyelesaikan masalahnya dengan Hafni. Aku suka Hafni ker? 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22