Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 6
BAB 6
Matanya tidak mahu lelap. Selesai solat subuh
Hafni terus ke dapur. Bau semerbak menusuk hidungnya. Pasti umi sedang
menyediakan sarapan pagi. Best rasanya dapat meluangkan masa di rumah ketika
hujung minggu. Harap-harap tak ada lah emergency kes. ‘Assalamualaikum
umi. Morning.’ sapaku lantas memeluk umi dan menghadiahkan
sebuah ciuman di pipi.
Hajah
Azizah membalas ciuman di dahi Hafni.‘ Wa’alaikumsalam. Morning sayang.
Hmm.... Awal bangun. Ada kerja ke hari ni?
‘Tak
ada la umi. Ingatkan tadi lepas subuh nak tidur balik tapi mata ni tak nak
lelap pulak. Tu yang Hafni turun bawah ni. Tolong umi apa yang patut. Umi nak
Af tolong apa?’
‘Kalau
macam tu, Af tolong buatkan air. Umi dah nak siap masak mee hoon ni dah.’
‘Okay
bos. Saya yang menurut perintah.’ Tangannya lincah membancuh air kopi kesukaan
walidnya. Setelah siap kesemuanya, tiga beranak bersarapan bersama. Jarang
mereka dapat bersarapan bersama pada cuti hujung minggu. Hafni kurang
berbicara. Dia lebih suka menumpukan perhatian ketika makan lebih-lebih lagi
masakan uminya. Bukannya selalu dia dapat merasainya. Atas desakan bebanan
kerja yang banyak, Hafni sering sampai rumah lewat dan dirinya kurang mengambil
makan malam walaupun Hajah Azizah ada menyimpan lauk untuk anak daranya.
‘Af
tak ke mana-mana hari ni?’ Haji Hadi memecah kesunyian. Hafni hanya mengangguk
sahaja. ‘Eloklah tu. Lagipun Lutfi ada bagitahu yang dia dan Rafidah serta
Luqman nak bertandang ke rumah kita hari ni. Hafni tersedak. Hajah Azizah
menepuk perlahan belakang Hafni dan menghulurkan segelas air. Luqman ni nak
membunuh aku nampaknya. Hafni melepaskan keluhan kecil. Hajah Azizah memandang
wajah Hafni. Wajah yang sedari tadi ceria kini bertukar mendung. Tuluskah hati
mulus Amni Hafni menerima Luqman sebagai bakal suaminya kelak. Dia tidak mahu
anaknya merintih kerana tidak bahagia dengan hidupnya akibat dari percaturan
yang dilakukan.
‘Af okay ke tak ni?’ Hajah Azizah sedikit
risau.
Hafni
tersenyum walapun hatinya sedang menangis. ‘Af okay umi. Umi jangan risau. Af
perlukan lebih masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Af masuk
bilik dulu. Nak siapkan kerja sikit. Nanti dia orang nak sampai, umi panggil je
Af kat atas ye.’ Hafni sedaya upaya menyembunyikan resah hatinya. Ketenangan
jiwanya terganggu. Hafni duduk termenung di meja kerjanya. Laptop Sony Vaoi
berwarna putih yang dibelinya ketika belajar dihidupkan. Laman sosial facebook
dibuka. Mengintai perkembangan terbaru teman-temannya ketika di universiti dan
zaman persekolahanya. Tiada yang menarik perhatiannya cuma ada request new friends di
akaunnya. ‘What!!!!!!’ Hafni menjerit sekuat hati. Hajah Azizah
terkejut mendengar jeritan Hafni. ‘Af kenapa kat atas tu?’ uminya berteriak.
Hafni keluar dari biliknya. ‘Tak da apa-apa umi. Terkejut nampak lipas.’ bohong
Hafni kepada uminya lalu masuk semula ke dalam bilik. Hajah Azizah menggeleng
kepalanya memikirkan perangai Hafni. Hafni kembali menghadap laptopnya. Hatinya
sakit. Macam mana pulak mamat ni boleh tahu aku ada akaun facebook ni.
Ni mesti kerja Rose ni. Tangannya mencapai handphone lalu mendail nombor
Rose.
‘Assalamualaikum.
Tengah buat apa tu Rose? Hafni sekadar berbahasa basi.
‘Wa’alaikumsalam. Tak buat apa-apa.
Tengah bersiap nak keluar dengan Zaufi nak gi beli barang hantaran. Baru
sekarang kau call aku Af. Aku tunggu-tunggu kau call aku.
Kau marah kat aku ker? ujar Rose.
‘Tipulah
kalau aku kata aku tak marah kat kau. Aku tak nak bincang pasal hal hari tu.
Sekarang ni aku nak tanya kat kau sikit. Kau ada bagitahu kat Luqman nama akaun
facebook aku?
Hafni berterus terang.
‘Af…… Kita bukan baru kenal sehari
dua Af. Kita dah kenal hampir lima tahun. Aku dah tahu apa yang kau suka dan
apa yang kau tak suka. Dan aku tahu kau tak suka teman-teman kau bercerita
pasal kau kat orang lain. Dan aku lah antara teman-teman kau yang tak akan
sesekali buka mulut pasal kau. Aku juga tak mungkin akan senang-senang nak bagi
nama akaun facebook kau kat orang walaupun abang aku sendiri.
Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf Af.’sayu suara Rose.
Hafni
rasa bersalah kerana menuduh Rose. ‘Aku minta maaf Rose. Bila aku tengah
serabut aku tak fikir panjang. Kau yang
menjadi mangsa keadaan. Aku check akaun fb aku, ada request friend.
Sekali the only one brother kau tu yang request. Angin lah aku. Tapi kalau kau tak cakap. Macam mana pulak dia boleh
tau ek?’
‘Senang
hati aku dengar kau cakap macam tu. Tu lah kau ni Af. Nama je jurutera tapi apa
pun tak tahu. Aku rasa abang Luq buka akaun fb aku. Pastu mesti dia cari dalam list friends aku.
Sure-sure nama
kau ada siap dengan gambar kau ngan aku tengah main salji kat London. Kau tak
ingat ker? Rose mengenakan Hafni.
‘Kau
kan Rose kalau tak kena kan aku memang tak sahkan. Ye tak ye jugak ek. Aku
bab-bab lama sosial ni aku kurang sikit. Aku buka pun sebab nak tengok perkembangan
kawan-kawan kita je.Yang lain aku tak ambil port sangat. Habis kau tak
ikut orang tua kau datang rumah aku ker? soal Hafni pula.
‘Mama
aku ada ajak aku pergi sekali tapi dia cakap last minute. Aku
dah janji dengan Zaufi seminggu yang lepas. Kalau aku tak janji dengan Zaufi
pun, maybe aku tak akan ikut pun. Sebab orang tua aku
tak tahu yang aku dengan kau dah kenal. Cuma abang Luqman seorang je yang tahu.
Kes hari tu tak setlle lagi. Aku nak jumpa kau nak tahu hal
sebenarnya but not today. Nanti kita jumpa. Okay Af aku kena hang up sebab
Zaufi dah sampai. Kita sambung lain kali. Assalamualaikum.
‘Walaikumsalam.
Have fun.’
Jawab Hafni pendek. Pandangannya tertumpu kembali di skrin laptopnya. Luqman
menggunakan picture profile dirinya sendiri. Dia
kelihatan simple dengan memakai T-shirt Polo berwana merah dan
berseluar jeans. Perkataan nice terluncur laju dibibir Hafni. Hafni
menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri.
Keluhan kecil kedengaran. Hafni menekan butang log out. Dia masih belum
bersedia untuk berkongsi laman sosialnya bersama Luqman. Nanti-nanti je la aku approve request dia
tu. Hafni membaringkan dirinya di atas katil. Segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi disebabkan kepalanya berserabut memikirkan masalahnya dengan Luqman.
Hafni tertidur keletihan. Sayu hati Hajah Azizah memandang wajah mulus Hafni.
Tidak sampai hatinya untuk mengejutkan Hafni dari lenanya.
‘Af
bangun sayang. Keluarga Luqman nak sampai dah.’ lembut Hajah Azizah mengejutkan
Hafni.
Hafni
terjaga dari lenanya. ‘Ya Allah. Af tak sedar Af tertidur tadi umi.’
‘
Af penat sangat kot. Tu yang tertidur tu kot.’ Ujar Hajah Azizah lalu
meletakkan kepala Hafni di pehanya. Kepala Hafni diusapnya perlahan-perlahan.
Terasa cepat masa berlalu. Anak bongsunya yang dahulu kecil kini telah dewasa
dan bakal akan meninggalkannya kelak. ‘Af…. Umi tahu mungkin Af rasa susah hati
dengan perkahwinan yang umi dan walid aturkan ni. Sekurang-kurangnya, kalau Af
berkahwin dah ada orang jaga Af. Tak ada lah umi dan walid risau kalau kami
tutup mata sekalipun nanti.
Sayu
hatinya mendengarkan bicara uminya. ‘Umi jangan cakap macam tu umi. Af selalu
mendoakan kesejahteraan umi dan walid.’
‘Semua
akan merasa kematian Af. Sama ada cepat atau lambat je. Mengingatkan kematian
tu adalah sunat Af. Umi harap sangat kalau Af boleh buka sikit hati Af untuk
Luqman. Umi rasa Luqman tu adalah calon suami yang terbaik untuk Af. Af lupakan
sahaja Idham tu. Af sorang-sorang je yang menderita sedangkan dia tengah sedap
berbahagia. Cepat bersiap. Kejap lagi sampai la family Luqman tu.
‘Umi
ni dah macam Rose dah. Apa yang umi cakap sebijik macam Rose cakap. Copy and paste ek.
Umi turun dulu nanti Af turun. Af nak bersiap.’ ujar Hafni yang telah pun
bangun dan duduk disebelah uminya.
‘Ada
je anak umi ni. Umi turun dulu ye. Jangan lambat sangat turun. Boleh tolong umi
apa yang patut kat dapur nanti.’ Hajah Azizah telah pun berada di muka pintu.
‘Okay Madam.’ canda Hafni. Hafni cuma mengambil masa lima belas minit untuk
bersiap. Blouse bermotif jalur menegak berwarna ungu putih
menjadi pilihan Hafni di padankan dengan seluar berwarna putih manakala dia
mengenakan tudung bawal berwarna ungu. Setelah berpuas hati dengan
penampilannya, Af turun ke bawah menolong uminya apa yang patut. Uminya
menyediakan juadah makan tengahari untuk tetamu yang diundang. Kesemuanya ada
lauk pauk kegemarannya. Kedengaran orang memberikan salam.
‘Assalamualaikum.
Sihat Hadi? Azizah mana?’ ujar Dato’ Lutfi.
‘Wa’alaikumsalam.
Sihat Lutfi. Ada kat dalam. Masuk la. Zah Lutfi dengan Rafidah dah sampai ni.’
Panggil Haji Hadi.
‘Saya
datang ni bang. Tunggu jap.’ jawab Hajah Azizah lalu menuju ke ruang tamu.
Hafni memilih untuk duduk di dapur sahaja. ‘ Dah sampai dah orang jauh. Sihat
Fidah?’ soal Hajah Azizah pula.
‘Macam
ni je lah Zah. Aku sihat je. Kau sihat ker?’ Datin Rafidah menyoal. Sementara
Luqman diam membisu.
‘Alhamdulillah
Fidah. Faham-faham jelah kalau usia macam ni.’ jawab Hajah Azizah.
Masing-masing saling tersenyum. ‘Lupa pulak nak kenalkan. Inilah Luqman Haqeem.
Satu-satunya anak lelaki tunggal aku Zah, Hadi. Rose tak dapat datang sebab dia
dah janji dengan tunang dia nak beli barang hantaran.’ buat pertama kali Luqman
diperkenalkan. ‘Pakcik makcik sihat?’ Luqman membuka bicara. ‘Sihat Luqman.’
Jawab Haji Hadi dan Hajah Azizah bersama. ‘Citer-citer jugak, mana air minumnya
Zah?’ tanya Haji Hadi kepada isterinya. ‘Lupa pulak saya bang. Af bawakan air
minum ke depan sayang.’ Hajah Azizah mengarahkan Hafni.
Hafni
mundar mandir di dapur. Bagaimana dia harus berdepan dengan musuh ketatnya.
Hajah Azizah hairan melihat Hafni mundar mandir di dapur. ‘Af kenapa ni nak?
Kenapa tak hantarkan air minum tu ke depan?’ soal Hajah Azizah seperti polis
pencen. Hafni mengusap dadanya yang
terkejut melihatkan uminya telah berada di dalam dapur. ‘Emmmmmm… tak da
apa-apa mi. Nak hantar la ni.’jawab Hafni gagap. Hajah Azizah terus menuju ke
ruang tamu diikuti Hafni di belakang. Dari jauh kelihatan Luqman tersenyum
kepadanya. Apa senyum-senyum? Ingat hensem ntah. Gerutu Hafni didalam hati. Air
di curahkan ke dalam cawan perlahan-lahan. Gugup bertandang lagi. Control ayu
Amni Hafni. ‘ Minum Dato’, Datin, walid, umi. Air bujang je.’ tutur Hafni
lembut. ‘ Tak payahlah panggil Dato’
dengan Datin. Panggil aunty dengan uncle je. Tak lama lagi kita
nak jadi satu keluarga dah.’ tegur Dato’ Lutfi lantas memandang semua yang
berada di ruang tamu.
‘
Fidah kenalkan ni lah satu-satunya pengarang jantung aku, Amni Hafni. Af
kenalkan ni Aunty Rafidah dan yang kat sebelah tu Luqman. Mesti Af dah pernah
jumpa Luqman.’ Umi memperkenalkan aku kepada Datin’ Rafidah.
‘
Apa khabar aunty?’ tanyaku sambil bersalaman dengan aunty
Rafidah.
‘’Khabar
baik Af. Jumpa sekali dengan Af ni langsung aunty berkenan. Af ajak kami
semua minum tapi orang kat sebelah tu tak nak ajak sekali ker? Nanti kecil hati
pulak orang tu.’ soal Datin Rafidah lalu memuncungkan bibirnya ke arah Luqman.
Darah terus menyerbu naik ke mukaku. Tak guna mamat poyo. Aku nak panggil dia
apa? Encik Luqman ke atau Luqman je? Serabut la pulak. Bantai je lah panggil
apa-apa pun.
‘Minta
maaflah. Tak nampak tadi. Minumlah Luqman.‘ jemputku selamba. Luqman
melemparkan senyuman yang cukup menggoda tapi tak tergoda pun.’ Af masuk dalam
dulu.’ ujarku untuk tidak berada lama disitu.
‘Eh
duduklah sini dulu. Boleh borak-borak dengan Luqman’ umi cuba menahanku.
‘Kalau
macam tu, Af pergilah berborak dengan Luqman kat luar dulu. Boleh jugak kita
yang tua ni berbincang pasal budak-budak ni.’ cadang Datin Rafidah.
Belum
sempat aku menolak cadangan Datin Rafidah, Luqman terlebih dahulu menerima
cadangan mamanya. ‘Okay mama. Luq berborak dengan Af dekat luar dulu. Luqman
telah bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah pintu utama. Aku
mengekorinya dari belakang. Luqman telah pun duduk di bangku kayu berdekatan
dengan kolam ikan walidnya. Aku memperlahankan langkahku. Aku memilih untuk
duduk di tepi kolam. Sedikit jauh dari Luqman. Luqman menjadi pemerhati sahaja.
Agak lama masing-masing mendiamkan diri. ‘ Awak okay Amni Hafni?’ tanya Luqman
memecahkan kesunyian.
‘
Awak nampak saya tak okay ker? jawabku selamba.
Luqman
ketawa kecil. ‘ Macam tak okay je saya tengok awak ni. Rose ada cakap kat saya
yang awak panggil saya ni mamat poyo. Marah betul awak dengan saya ye. Luqman
lebih berterus terang.
‘Apa
lagi yang Rose cakap pasal saya. Itu hak saya nak pangggil awak apa sekalipun.
Memang saya marahkan awak. Di sebabkan awak hidup saya dah jadi huru hara.’
spontan aku membalas kata-katanya.
Luqman
mengeluh kecil. ‘Itu saja yang Rose cakap pasal awak. Yang lain, dia suruh saya
usaha sendiri. Saya minta maaf kalau selama ni saya selalu menyakat awak. Saya
ikhlas nak mengenali awak sebelum kita disatukan.
‘Tunggu
jap. Maksudnya awak pun setuju dengan perkahwinan ni? Tapi kenapa? aku
kehairanan.
‘Sebabnya
pilihan orang tua saya. Dan saya tahu pilihan orang tua saya adalah pilihan
yang terbaik. So saya ikut je. Awak pulak macam mana?’ Luqman
bertanya kepadaku soalan yang sama.
‘Mungkin
sebab orang tua saya jugak and don’t ask me again.’ aku
menamatkan sesi perbualan kami yang agak dingin. Aku meninggalkan Luqman
sendirian di tepi kolam. Bukan kau dah ada teman istimewa ke Amni Hafni. Kenapa
kau bersetuju dengan pekahwinan ni? Desis Luqman sendirian. Luqman bermain
dengan perasaannya sendiri.
‘Jom
masuk dalam rumah. Orang tua kita dah panggil untuk makan tengahari.’ ajak ku.
Luqman
terkejut dengan kehadiranku semula di tepi kolam. Aku menahan ketawaku agar
tidak tersembur melihatkan ekspresi muka
Luqman. ‘Jom.’ jawab Luqman pendek. Sampai di meja makan, aku terus memilih
tempat duduk di sebelah umi manakala Luqman akan duduk disebelah mamanya.
Sangkaanku meleset, aunty Rafidah menyuruh Luqman untuk duduk
disebelahku. Katanya mulai sekarang aku harus belajar untuk melayan Luqman. Luqman
sekadar mengikut arahan mamanya. Hilang sudah segala selera makanku.
‘
Sikit je makan.’ bisik Luqman di telingaku.
‘Dah
kenyang tengok awak makan.’ balasku geram. Hafni kurang selesa dengan jarak
yang agak dekat dengan Luqman. Wangian yang dipakai Luqman menggegarkan naluri
kewanitaannya. Luqman sengaja menaikkan amarahku dengan menceduk gulai lemak
udang ke dalam pinggan nasiku. Aku menjegilkan biji mataku, namun Luqman masih
tidak berperasaan. Aku nekad dengan memijak kakinya di bawah meja. Dia menahan
kepedihan. ‘Jangan cari pasal dengan saya ye.’ aku memberi amaran kepadanya
sedikit berbisik takut diketahui oleh kedua-dua orang tuaku mahupun kedua-dua
orang tuanya. ‘Muka awak cantik walaupun awak marah.’ Luqman beriak selamba
sahaja walaupun masih menahan sakit dikakinya.
Hafni
mengangkat pinggannya dan mula menuju ke dapur. ‘Sikit je makan Af?’ tegur
Datin Rafidah.
‘Kenyang
lagi la aunty. Pagi tadi Af ambil heavy breakfast pagi
tadi. Tu yang makan sikit je.’ jawab ku lantas segera menuju ke dapur. ‘ Hafni
nak jaga badan mama. Nanti takut tak muat baju pengantin.’ celah Luqman.
Terbarai ketawa semua yang berada di meja makan mendengarkan kata-kata Luqman.
Hafni menahan sabar. Selesai semuanya makan. Hafni memilih untuk mengemas meja
makan dan saki baki makan. Sementara yang lain berada di ruang tamu. Setelah
selesai kerjanya di dapur, Hajah Azizah memanggil Hafni ke ruang tamu.
‘Luqman,
Af. Kami semua dah bincang dan kami dah buat keputusan majlis perkahwinan kamu
berdua akan dilangsung tiga bulan dari sekarang. Papa dan walid dah berbincang
yang kami tak nak adakan majlis pertunangan. Kami nak terus adakan majlis
perkahwinan. Kami harap dalam tempoh masa itu, Luqman lebih mengenali Hafni dan
begitu jugal Hafni. Pasal persiapan majlis, kamu berdua tak payah risau,
semuanya diuruskan oleh mama dan umi kamu. Kamu cuma siapkan diri kamu je.’
terang uncle Lutfi panjang lebar. Hafni dan Luqman sekadar
mengangguk. Keputusan telah dicapai. Akhirnya Dato’ Lutfi dan Rafidah mohon
untuk beredar pulang. ‘Saya tak sabar awak jadi milik saya. Amni Hafni milik
mutlak Luqman Haqeem tiga bulan dari sekarang.’ pesanan terakhir Luqman. Tiada
riak di wajah Hafni.
Hafni
terus naik ke bilik setelah selesai mengemas. Terasa lenguh seluruh sendinya
melayan tetamu keluarganya. Hafni menerima pesanan ringkas. Rose menghantar
mesej buatnya.
Macam mana pertemuan dengan bakal suami dan
bakal mertua. Seronok tak?
Hafni
membalas mesej Rose.
Seronok
sangat. Bakal suami dan bakal mertua aku tu bukan abang kau dengan orang tua
kau ker?
Bunyi
mesej masuk.
Memang la bakal suami kau tu abang aku. Bakal
mertua kau tu orang tua aku. Aku yang paling seronok sebab best friend aku jadi kakak ipar aku. Hehehehehe.
Mesej
dibalas.
Setakat cakap dalam mesej boleh ar. Jom jumpa.
Malam ni pukul 8.30 malam kat kedai mamak selalu kita lepak. Amacam? Ada berani
tak?
Orait. Jumpa malam ni. Balas
Rose pendek sahaja.
Telefon
bimbitnya di pandang sepi. Hanya kepada Rose sahaja tempatnya mengadu. Dengan
Naz pulak, Hafni tak berani nak cerita lebih-lebih. Al maklumlah, Naz sendiri
menyimpan perasaan terhadapnya. Lagipun dia kurang selesa untuk berkongsi
masalah peribadinya dengan Nazri walaupun dia telah berkawan dengan Nazri.
Maafkan aku Naz kerana tak dapat terima perasaan kau terhadap aku. Aku lebih
sayangkan persahabatan kita. Bosan melanda ruang waktunya. Hafni menyelongkar
kotak berwarna biru gelap yang berada di bahagian atas almari bajunya.
Tangannya mencapai sebuah album gambar ketika di zaman persekolahannya. Satu
persatu helaian diselak. Dia tersenyum melihat kenangannya bersama teman-teman
rapat. Sebuah gambar meruntun hatinya. Gambar yang diambilnya bersama Idham
ketika pertandingan silat peringkat kebangsaan. Satu-satu gambarnya bersama
Idham di abadikan. Namun segalanya tinggal sejarah. Sedang dirinya mengenang
sejarah silam, telefon bimibitnya berbunyi. Private number?'
‘Assalamualaikum.
Hai tengah berangan duduk atas pelamin ker? soal suara disebelah sana.
‘Wa’alaikumsalam.
Yang awak peduli saya berangan duduk kat atas pelamin kenapa? Bukannya nye menyusahkan awak pun. Awak sapa hah? Saya tak
kenal awak langsung.’ jawabku tidak berpuashati.
‘
Hmmmmmm… Mestilah menyusahkan saya. Tak kan awak nak duduk atas pelamin
sorang-sorang kot. Mestilah ada pengantin lelaki bakal suami awak.’ ujar suara
di sebelah sana yang masih mahu berteka teki.
Luqman
desis hatiku. ‘Awak nak apa Luqman? Tak cukup-cukup lagi awak menghuru-harakan
saya hari ni. Start dari tengahari tadi pastu siap call saya
lagi. Apa yang awak nak sebenarmya ni?'
‘Saya
nak awak Amni Hafni.’ Luqman tidak berteka teki lagi. Straight to the
point.
‘Saya
tak nak awak. Tak hingin langsung. Faham. Jangan ganggu saya..’ aku mematikan
talian telefon. Siap switch off. Manalah tahu kalau-kalau Luqman call
balik. Kenapalah kau ada abang yang tak betul ni Rose. Pening kepala aku. Hafni
merungut sendirian.
Hafni
menyarung T-shirt merah berjenama adidas, berseluar track bottom hitam
dan hanya mengenakan selendang putih bermotifkan poka doted
berwarna merah untuk bertemu dengan Rose. Di ruang tamu, Haji Hadi dan Hajah
Azizah sedang leka melayan cucu kesayangannya. Kesemua mata memandang ke
arahnya.
‘Bila
along dan kak long sampai?’ ujar ku menghampirinya dan bersalaman dengannya dan
kakak ipar ku disebelahnya.
‘
Baru je sampai. Nak ke mana malam-malam?’ soal along agak serius.
‘Jumpa
dengan Rose kejap. Ada hal sikit.’ Aku terus duduk di sebelah umi dan turut
serta melayan kerenah satu-satunya anak buahku.
‘Jangan
lama-lama sangat Af. Awak tu anak dara. Tak lama lagi nak jadi isteri orang.
Kena jaga tingkah laku sikit.’ Along menasihatku sebijik macam walid. Along
atau nama dalam kad pengenalan Amirul Hadif adalah seorang abang yang tegas.
Bersesuaian dengan jawatan yang di sandangya iaitu Pegawai Turus Trafik
Cawangan Putrajaya. Dalam adik beradik, aku lebih rapat dengan angah berbanding
dengan along. Angah atau nama sebenar Amril Hanif sedang berkhidmat sebagai
Pegawai Tadbir Diplomatik di London. Bagi aku angah lebih relax dari
along. Mungkin along bersikap tegas adalah di sebabkan persekitarannya yang
membuatkanya tegas terhadap Hafni mahupun terhadap angah. Rindu bertandang
mengingatkan angah di perantauan.
‘Af
gerak dulu Walid, Umi, Along, Kak Long. Assalamualaikum.’ pamitku lalu menuju
ke kereta ku.
Rose
sampai lebih awal. Keadaan kedai mamak ketika itu agak ramai dikunjungi
pelanggan. Rose memilih untuk duduk di bahagian luar kedai. Hafni
mempercepatkan langkahnya ke arah Rose yang sedang menantinya. ‘Sorry,
lambat sikit. Kena temuramah tadi sebelum keluar rumah.’ ujar Hafni terus
menarik kerusi di hadapan Rose. Rose hanya menganggukkan kepalanya. Apa yang
diduganya tepat sekali. Yang dia tahu, Hafni jarang keluar malam untuk melepak
dan berborak kosong di kedai mamak kecuali selepas kelas silat. Itupun boleh
dikira dengan jari dan pastinya ketika saat ini pastinya Hafni mempunyai
masalah yang mengheretnya untuk meluahkan perasaan. ‘Apa masalah yang kau nak
kongsi dengan aku Af?’ soal Rose terus terang. Hafni terkedu. Rose dapat
membaca apa yang berada dalam fikirannya. Hafni mengetuk meja untuk menyusun
ayat. Hafni mengusap-ngusap dagunya . Lagaknya seperti seorang pemimpin yang
sedang berperang dengan masalah dunia. ‘Sudah-sudah la tu Af. Citer je kat aku.
Walaupun apa yang kau nak citerkan aku tu pasal the only one brother that I had.’sindir
Rose.
‘Pedasnya
ayat kau Rose. Memang sesuai orang panggil kau mawar berduri. Walaupun cantik tapi bukan
senang untuk dipetik kerana dikeliling oleh duri. It’s
all about your brother. Kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku? Tak kan the most wanted
bachelor tak ada kekasih hati.’ ujar Hafni senafas.
‘Apa
yang aku tahu, tiga tahun lepas dia ada kekasih. Nama dia Liyana Laily. Tapi
apa yang aku tahu, dia tinggalkan abang aku macam tu tanpa sebarang pesan.
Sejak abang aku ditinggalkan sehinggalah sekarang aku tak pernah dengar atau
nampak dia pergi dating dengan mana-mana perempuan. Mama aku pernah
jugak aturkan blind date untuk abang aku penyudahnya abang aku tak
pergi langsung. Sampai pasangan blind date abang aku tu marahkan mama. Kesian gak aku
tengok mama aku. Bila mama aku tanya kat abang Luqman kenapa tak pergi
temujanji. Kau nak tahu apa abang aku cakap kat mama aku?
‘Apa
yang Luqman cakap?’
‘Dia
boleh cakap lupa. Apa lagi. Hangin satu badan la Datin Rafidah. Mama aku marah
giler dengan abang aku hinggakan tak bertegur dengan abang aku sampai seminggu.
Lastly abang
aku beralah dan pujuk mama. Dia kata tak payahlah mama susah-susah cari calon
isteri dia. Bila dia dah jumpa orang yang dia suka, dia sendiri akan bagitahu
kat mama dan dia sendiri akan minta mama pinangkan untuk dia.’
Hafni mentafsir semua yang baru diperkatakan
oleh Rose. Rose kata, kalau Luqman dah ada calon, dia sendiri akan minta mama
dia pinangkan perempuan untuk dia. Sekarang ni, dia bukan pilihan Luqman tapi
kenapa pulak Luqman terima perkahwinan yang diaturkan oleh orang tuanya. Luqman
ni banyak sangat auta dia. Macam manalah aku nak hidup sebumbung dengan dia.
‘Kau cakap tadi kalau Luqman dah ada calon dia sendiri akan minta mama kau
pinangkan perempuan tu tapi kenapa Luqman terima perkahwinan yang diaturkan
oleh orang tua kita.’ujarku. Rose mengetuk-ngetuk meja sedang memikirkan
sesuatu. ‘Ntah-ntah dia dah suka kat kau tak Af?’ seloroh Rose.
‘Kau
dah giler ker? Bila masa pulak dia boleh suka kat aku dan aku tak kan suka kan
dia. Fullstop!!!!’
‘
Aku tak giler la tapi abang aku yang giler kat kau. Kenapa kau tak suka kat
abang aku Af?’ Rose bertanya kehairanan.
‘Kau
ingat tak aku pernah citer kat kau pasal mamat poyo masa kita jumpa kat
Alamanda hari tu? Rose sekadar mengangguk. Kalau kau nak tahu mamat poyo tulah
Luqman Haqeem, abang kau. Sejak peristiwa tu la aku memang tak boleh nak
berjumpa dengan dia apatah lagi nak hidup sebumbung dengan dia. Berserabut
kepala aku ni bila fikirkan semua ni Rose. Tolonglah aku Rose.’ pinta Hafni
dengan wajah seposen.
‘Apa
kata masa kau nak nikah nanti, kau cabutlah lari.’ cadang Rose
.
.
‘Bernas
betul idea kau Rose. Nanti free-free je muka aku dengan muka Luqman terpampang
dekat muka depan surat khabar dan highlightnya, ‘Pengantin perempuan lari meninggalkan
pengantin lelaki’. Cepat aku glamour lepas tu.. Kau nak macam tu ker?’
Terbarai
ketawa Rose mendengarkan celoteh Hafni. Hafni geram kerana Rose mentertawakan
dirinya. Hafni membatukan diri. Ketawa Rose mula mengendur. ‘Sorry Af.
Aku tak sengaja nak gelakkan kau. Boleh pulak kau fikir sampai ke situ. Aku pun
tak terfikir benda macam tu. Lupa pulak yang papa aku tu businessman yang
ada nama. Pasti benda-benda macam tu menarik perhatian media-media kat luar tu.
Af aku tahu sekarang ni kau dalam situasi yang berbelah bahagi. Cuba kau kenal
hati budi Luqman dulu. Mana tau korang boleh get along. Siapa tahu.’
Keluhan
kecil kedengaran. ‘Ntah la Rose. Nanti aku pertimbangkan cadangan kau tu.
Lupakan je lah masalah aku tu dulu. So macam mana dengan persiapan perkahwinan
kau tu? Dah siap sepenuhnya ker?’ Hafni menukar topik perbualan.
‘
Alhamdulillah. Dah ninety percent dah. Tinggal nak last touch up je
lagi. Gementar jugak aku bila fikirkan majlis tu nanti. Tinggal dua minggu lagi
sebelum majlis akad nikah. Jangan lupa pulak yang kau jadi pengapit aku nanti
Af.’ Rose mengingatkan Hafni. Hafni mengukir senyuman. ‘Of course dear. Aku
tak lupa pun cuma aku belum mohon cuti lagi. Hehehehehehe.’ Membuntang mata
Rose. ‘Kau biar betul Af. Nanti tak pasal-pasal kau tak dapat cuti pastu aku
nak cari siapa jadi pengapit aku. Kut iya pun kau marah kat abang aku,
janganlah sampai sabotaj majlis aku. Sedih aku macam ni lah.’ luah Rose dengan
wajah sedih. Riak wajah Hafni berubah apabila dirinya dikaitkan dengan Luqman.
Dia tidak betah untuk duduk lebih lama lagi dengan Rose kerana tidak mahu
setiap perbuatannya akan dikaitkan dengan Luqman tetapi dia perlu menjaga hati
temannya yang satu ni. Rose adalah sahabat yang tiada galang ganti. Dia sentiasa
berada disisnya walau dalam apa jua keadaan. Rose memandang wajah redup
sahabatnya. Dia sedar dia telah terlepas kata dan pastinya hati temannya ini
sedikit terguris walaupun Hafni tidak berkata apa-apa.
‘Maafkan
aku Af. Aku tak sengaja nak guriskan hati kau. Hissshh… Mulut aku ni kalau dah
bercakap tak pandang kiri kanan. Main lentung je.
‘Aku okay. Terasa sikit la. Macamlah
aku ni baru kenal kau. Orang excited nak kahwin tu yang cakap pandang kiri
kanan tu. Tak sabar lah tu nak duk atas pelamin.’ Hafni bergurau. Kata-kata
Hafni meletuskan ketawa diantara mereka berdua. Deringan telefon i-phone milik
Hafni mematikan ketawa mereka. Baru je Rose sebut nama dia., dia dah call desis
Hafni sendiri.
‘Assalammualaikum. Apa yang awak nak lagi ni?’
tanya Hafni tidak berpuas hati.
‘Kenapa
keluar dengan Rose tak bagitahu kat saya.
‘Kita belum ada apa-apa. Saya boleh keluar dengan sesiapa pun dan tak
perlu nak bagitahu kat awak. Cukuplah saya bagitahu kat orang tua saya.’ nada
suara Hafni sedikit marah.
Hanya kedengaran ketawa milik suara disebelah sana. Hati Hafni
bertambah bengkak. ‘ Pandai awak berlawak jenaka ye.’
Hafni. Bertambah suka saya kat awak. Hmmmmm kalau macam tu, awak
bagitahu kat Rose jangan pergi mana-mana ye. Jap lagi saya sampai. Boleh saya join gosipping awak
berdua.’ Luqman sengaja mencurah minyak di api yang sedang menyala.
‘No !!!! You can’t come here. We all pun
nak balik dah.’ Hafni segera membantah dengan nada yang agak tinggi menyebabkan
ramai yang memandangnya. Hafni malu. Talian segera dimatikan. Dia tidak peduli
dengan Luqman. Rose sekadar menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak faham
dengan sikap abangnya sendiri. Huru hara hidup Hafni dibuatnya. Hafni masih
membisukan diri.
‘ Jom lah kita balik Af. Kesian aku tengok kau kena penangan abang aku
tu. Nanti aku slow talk dengan dia.’ Hanya anggukan kepala dari
Hafni. Rose membayar harga minuman dan mula berjalan beriringan dengan Hafni
menuju ke kereta masing-masing. Tiada ucapan selamat tinggal buat Rose mahupun
Hafni. Enjin kereta dihidupkan lantas meluncur perlahan di atas jalan.
Tumpuannya hanya satu agar segera sampai di rumahnya. Lega hatinya kerana
kereta along tiada di halaman rumah. Pastinya along dan kak long cuma datang
untuk menjenguk orang tuanya dan tidak bermalam di rumahnya. Tiada siapa berada
di ruang tamu. Hafni segera mendaki tangga menuju ke kamarnya. ‘ Baru balik
Af?’ tegur Haji Hadi. Teguran walidnya sedikit mengejutkan Hafni. ‘ Walid. Baru
sampai walid. Af leka berborak dengan Rose sampai lupa nak tengok jam. Af minta
maaf walid.’ ujar Hafni mendatar. Haji Hadi sekadar mengangguk kepalanya. ‘
Pergilah masuk bilik.’ kata Haji Hadi pendek lalu mula menuruni tangga.
Tudung di kepalanya
ditanggalkan. Hafni duduk di balkoni biliknya. Hanya cahaya rembulan yang
menerangi ruang balkoni sementara didalam biliknya, Hafni hanya membuka lampu
tidurnya sahaja. Hafni tidak mahu walidnya tahu yang dia masih belum tidur.
Rembulan yang indah hanya mampu di renung dari jauh.
Malam ini ku lihat lagi sinar rembulan
Yang senantiasa memberikan ku penerang disaat malam
Yang menemani kesendiriaanku
disaat hati lara
oh, rembulan… apakah yang bakal
berlaku pada hari-hariku yang bakal mendatang
Adakah ianya seindah cahayamu yang senatiasa menerangi malam
Atau suram dikala ketiadaanmu……….
Malamnya
terasa panjang tidak seperti selalu. Hafni merehatkan dirinya di atas katil.
Matanya masih tidak mahu lelap. Hafni mencapai laptop yang terletak di atas
meja bersebelahan katilnya. Akaun yahoo messenger dibuka. Hafni mencari nama insan
yang sentiasa mendengar luahan hatinya. Nama Amril diklik.
Amni : Assalamualaikum. Angah sihat?
Amril : Walaikumsalam.
Angah sihat. Sayang angah ni sihat tak? Kenapa
tak tidur lagi
ni.
Amni : Sayang angah sihat la angah. Mata ni tak nak lelap
pulak malam ni.
Tu yang Af online. Tak sangka pulak angah tengah online. J
Amril : Hmmmmm… Ni mesti
pasal rancangan umi dengan walid nak satukan
sayang
dengan Luqman kan? Sayang tak setuju dengan pilihan umi
dan walid
ke?
Amni : Sebenarnya sayang tak terfikir lagi
nak berkahwin. Tak kan sayang
kahwin dulu.
Patutnya angah lah yang kahwin dulu. Ni sayang pulak.
Angah tu pun
bukannya muda lagi. Dah tua dah.
Amril : Mulut tak da
insurans langsung la sayang angah ni. Angah bukan tak
nak kahwin
cuma belum jumpa calon yang sesuai. Dekat sini ramai
minah mat
saleh. Nanti kalau angah bawak calon minah mat saleh
mahu
terkejut umi dengan walid.
Amni : Sayang angah ni kena ambil masa sikit
untuk terima semua ni.
Berapa lama
tu tak tahu la lagi. Harap-harap sayang angah ni tak
kecewakan
semua orang.
Amril : Insyallah
sayang. Sayang angah tak kan kecewa kami semua. Okay
la..
pergilah tidur. Tak baik berjaga lama-lama. Esok lambat bangun
pulak. Kirim salam sayang angah dekat umi, walid, along, kak long
pulak. Kirim salam sayang angah dekat umi, walid, along, kak long
& tak lupa
jugak anak buah kesayangan angah tu ye. Sweet
dream sayang
angah ni. Take care of yourself. Assalamualaikum.
Amni : Insyallah. Nanti sayang angah ni
sampaikan dekat insan-insan terpilih
tu ye. Thanks a lot lend
me your ears for hearing my problems.
Walaikumsalam.
Laptop
berwarna putih itu ditutupnya. Lapang sedikit hatinya setelah meluahkan apa
yang terbuku. Hanya angah yang menjadi tempat luahan perasaannya sekiranya Af mempunyai
masalah. Entah bila dia sendiri tidak sedarnya terlelap dengan lenanya sehingga
azan subuh berkumandang mengejutnya dirinya dari lena. Seruan illahi segera
dikerjakan. Lama Af duduk berteleku di atas tikar sejadah. Dia memanjatkan
doanya buat orang tuanya dan tak lupa juga kepada kedua-dua abangnya. Namun
Hafni juga memohon pada Nya agar perkahwinan yang di aturkan oleh kedua
keluarga ini akan berkekalan dan semoga pintu hatinya terbuka untuk Luqman
Haqeem. Kain telekung dilipat dan digantung di tempat biasa. Hafni kembali di
berbaring di atas katil. Hafni cuba melelapkan matanya, namun matanya tidak
mahu pejam. Hafni bangkit dari katil lalu menukar pakaian tidurnya. Hafni
berpakaian serba ringkas dengan berbaju sukan. Hafni singgah sebentar didapur
menjeguk uminya.
‘Awal
bangun anak umi ni? Nak kemana?’ soal Hajah Azizah yang sedang membancuh kopi.
‘Af tak boleh tidur la umi. Af nak pergi jogging jap,’
ujar Hafni yang sedang mencueahkan air susu
ke dalam cawan.
‘
Af pergi seorang ke atau Rose ikut sekali?’
‘ Af pergi seorang je umi. Tak rancang pun nak
pergi jogging. Af pergi dulu umi. Assalamualaikum.’ Hafni
mencium tangan Hajah Azizah dan berlalu meninggalkan ruang dapur. Perjalanan
hanya memakan masa lima minit untuk sampai di kawasan riadah berhampiran dengan
rumahnya. Udara segar sedikit menenangkan jiwa Hafni. Hafni membuat regangngan
terlebih dahulu sebelum memulakan jogging. Setelah puashati, Hafni memulakan joggingnya
agar dapat mengubat lara di dalam hati. Hampir setengah tasik telah Hafni
tawaf. Hafni berhenti seketika untuk mengambil nafas. Hafni…Hafni... tasik ni
baru je setengah kau tawaf tapi dah semput. Dulu tasik ni kacang putih je dapat
kau tawaf sehingga enam pusingan. Ni satu pusingan pun dah tercungap-cungap,
lirih Hafni sendirian. Pandangannya ditebarkan ke sekeliling tasik. Nyaman dan
mempesonakan. Baru sahaja Hafni untuk menyambung kembali lariannya, dia di
kejutkan satu suara yang menyapanya dari belakang.
‘Sorang
je ke?’ suara itu menyapa Hafni dari belakang.
Hafni
menoleh ke belakang. Kenapa mamat poyo ni boleh ada kat tasik ni.
Sebanyak-banyak tasik yang ada dekat dunia, kenapalah tasik ni jugak yang
menjadi pilihan dia. Hafni geram. Sapaan dari Luqman tidak dijawab. Hafni
dengan selambanya menyambung kembali lariannya dan meninggalkan Luqman
sendirian. Luqman yang lengkap berbaju sukan jenama adidas berwarna putih
mengejar Hafni walaupun hatinya agak berbekas dengan tindakan Hafni yang tidak
mengendahkan tegurannya. Niatnya sekadar mahu menjernihkan hubungannya yang
agak keruh dengan Hafni akibat dari tindakannya sendiri yang sengaja menyakat
Hafni. ‘Saya nak minta maaf dengan awak atas sikap saya yang suka menyakat awak
dulu. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya ikhlas nak berkawan dengan
awak. Boleh awak maafkan saya.’ luah Luqman berlari seiringan bersama Hafni.
Mulut Hafni membisu seribu bahasa malah Hafni telah membuka langkah dan
meninggalkan Luqman. Luqman mula panas hati. Sabarnya mula hilang amarah mula
membara. Langkahnya dipercepatkan untuk mengejar Hafni. Luqman dengan bersahaja
menarik lengan Hafni agar dia boleh berbincang dalam situasi yang lebih selesa
berbanding berbincang sambil berjogging.
‘Sakit
la. Apa tarik-tarik tangan orang ni. Tak tahu malu ker? ‘ Hafni memuntahkan
amarahnya.
‘Tahu
pun sakit. Saya cakap baik-baik tapi awak buat dek je dengan saya. Buat apa nak
malu dengan awak. Tak lama lagi, awak nak jadi isteri saya. So tak
yah la nak malu-malu.’ Jawab Luqman bersahaja.
‘Sah-sah
awak ni memang orang gila.’
‘Suka
hati awak lah nak kata saya ni apa pun. Saya nak berbaik dengan awak tapi awak
jual mahal pulak dengan saya. Perempuan kat luar ni bersepah-sepah nak
berdamping dengan saya tapi awak boleh pulak buat tak heran dengan saya. Tak
cukup hensem saya ni?
‘Hensem.’
Hafni terlepas cakap. Ish mulut ni tak da insurans la pulak. Main lepas saja
nak cakap. Luqman tersenyum mendengarkan kata-kata Hafni yang terbit dari bibir
munggil walaupun dalam tidak sedar.
‘
Dah tau hensem, kenapa awak layan saya nak tak nak je?
‘Listen hear
carefully Mr. Luqman Haqeem. Saya benci sangat tengok muka
awak. Sehensem mana pun muka awak sekalipun, saya tak hingin langsung nak
berbaik dengan awak. Faham.’ Hilang moodnya
untuk mengeluarkan peluh. Hafni berlari menuju ke tempak letak kereta dan ingin
segara meninggalkan kawan riadah tersebut. Luqman meraup mukanya. Dia hairan
dengan sikap Hafni. Sukar bagi dirinya untuk memahami apa sebenarnya kemahuan
Hafni. Niat untuk berbaik dengan Hafni di tolak mentah-mentah oleh Hafni. Buntu
fikiran dibuatnya. Luqman duduk di bangku yang di sediakan di tepi tasik. Agak
lama dia bersendirian di tepi tasik. Jam di tangan dikilas. Hampir pukul lapan.
Luqman bangun lalu meninggalkan bangku tersebut dan memulakan langkah ke kereta.
Baru beberapa langkah Luqman melangkah, Luqman terdengar orang memanggil
namanya. Luqman mencari gerangan yang memangil namanya. Lidahnya kelu
melihatkan insan yang telah melukakan hatinya sehinggakan dia menutup pintu
hatinya untuk insan bernama wanita.
‘
Assalamualaikum Luq. You sihat?’ bicara Liyana.
‘Walaikumsalam
Liyana. I sihat. You sihat ker?’ soal Luqman.
‘Alhamdulillah.
Macam mana yang you nampak I sekarang ni. Boleh kita duduk kat bangku tu. Dalam
keadaan I sekarang ni, I dah tak larat nak berdiri lama-lama. Luqman sekadar
mengangguk dan hanya menurut sahaja kemahuan Liyana. Luqman kadang-kadang
hairan apabila bersama dengan Liyana, dia hanya menurut sahaja kehendak
Liyana.
‘You
dah berapa bulan dah ni? Suami you mana? Nanti tak pasal-pasal dia ingat I nak
ngurat you pulak. Luqman bercanda sambil memerhati sekeliling mencari kelibat
suami Liyana.
‘Owh.
Dah tujuh bulan. Dia berjogging kat tasik ni. I dah cakap dekat suami I yang
I nak jumpa you. Tu yang dia pergi jogging. Dari tadi I perhatikan you duduk termenung
dekat bangku tu. Nak tegur takut salah orang pulak. Tu yang I tunggu you sampai
you bangun. Bila dah tengok you depan-depan, barulah I berani tegur you.
Maafkan I Luq. I tak berniat nak lukakan hati you tapi I terpaksa tinggalkan
you. Semua tu kemahuan orang tua I Luq. Orang tua I dah jodohkan I dengan suami
I sekarang ni. Pada mulanya I bangkang dengan tindakan keluarga I tapi bila
kenangkan jasa keluarga suami I dekat keluarga I, I nekad untuk terima suami I
dan tinggalkan you I’m realy sory for what happened Luq.
‘It’s okay
Liyana. Memang I marah sangat dengan tindakan you masa tu tapi sekarang ni I
dah boleh terima semua ni. Mungkin mula-mula dulu agak susah I nak lupakan you
sehinggakan I fobia nak berkawan dengan perempuan. Hebat betul penangan you kat
I dulu Liyana. Apa pun I doakan you agar bahagia dengan suami you. You tak yah
la risaukan I. Insyallah kalau tak ada aral melintang, nanti I send you my weeding kad.
‘Alhamdulillah
Luq. I tumpang gembira dengan berita ni. I tak nak sebab I you tak dapat nak
mengecapi kebahagian you. Here’s come my husband.
Abang, kenalkan ni Luqman Haqeem kawan sayang masa di universiti. Luq kenalkan
ni suami I Daniel Haykal.’ Liyana
memperkenalkan suaminya kepada Luqman.
‘Assalamualaikum.
Luqman Haqeem. Pleasure to meet you Daniel
Haykal.’ Sapa Luqman
‘Walaikumsalam.
Danile Haykal. Me too.’ Jawab Haykal pendek.
‘Maaf Hakyal and Liyana. I tak boleh lama-lama
ni. I dah janji dengan bakal wife I nak keluar shopping barang hantaran. I
gerak dulu. Anything I will call you
Liyana. Assalamualaikum..’ Luqman berjabat tangan dengan Haykal dan berlalu
meninggalkan pasangan suami isteri itu. Luqman bersandar di dalam kereta. Dia
masih terkejut dengan pertemuan yang tak diduga. Berjumpa semula dengan Liyana
Laily dalam keadaan Liyana yang sedang bahagia menyesakkan lagi jiwanya
sedangkan dirinya membuang perasaan sayangnya pada wanita yang ingin berdamping
dengannya. Luqman merasakan dirinya terlalu bodoh untuk apa yang telah berlaku.
Alunan muzik di corong radio menambahkan keresahan dijiwanya.
‘Arghhhhh.
Luqman menjerit melepaskan tekanan yang dihadapi. Luqman melepaskan satu
tumbukan di stereng keretanya. Lepas satu beban yang perlu ditanggungnya. Belum
pun selesai hal nya dengan Hafni timbul pula masalah pertemuannya dengan
Liyana. Kusut dibuatnya. Hampir setengahnya berada di dalam kereta, Luqman
mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan matahari sudah mula menyinar.
Setibanya di rumah, Luqman terus menapak menaiki tangga untuk menuju ke bilik
sementara papa dan mamanya yang berada di ruang tamu hairan melihatkan sikap
Luqman yang tidak langsung menegur mereka.
‘Lambat
balik jogging hari ni Luq?’ Dato’ Lutfi bertanya.
Hajat
Luqman untuk terus naik ke bililk dibatalkan lalu melangkah menuju ke ruang
tamu. ‘Luq terserempak dengan kawan lama tadi. Berborak sampai tak tengok jam.
Tu yang lambat tadi.’ Luqman duduk bertentangan dengan papa dan mamanya.
‘Kalau
jumpa kawan tak pe la. Mama nak tanya sikit dengan Luq ni. Macam mana persiapan
untuk majlis perkahwinan Luq dengan Hafni? Dah berbincang dengan Hafni tentang
barang-barang hantaran tu nanti?’ Datin Rafidah mula bersuara.
‘Luq
dengan Hafni tak buat apa-apa lagi ma. Nanti Luq call Hafni bincang pasal
barang hantaran tu.’
‘Kamu
jangan main-main Luq. Masa tiga bulan tu bukannya lama lagi. Banyak benda yang
nak kena uruskan. Lagi satu jangan lupa ajak Hafni pergi kursus kahwin. Pasal
majlis kamu tu, tak yah la kamu risau. Mama dengan umi Hafni dah minta weeding planner
uruskan. Luqman sekadar mengangguk kepalanya menandakan dia faham dengan
kehendak mamanya. Kalau dilayan mamanya berceloteh alamatnya sampai ke malam
pun tak habis.
‘Kalau
tak ada apa-apa lagi, Luq naik atas dulu pa, ma. Nak mandi la. Dah melekit satu
badan Luq ni.’ujar Luqman bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah
meninggalkan ruang tamu.
‘Angguk-angguk
juga Luq. Jangan kamu tak buat apa yang mama cakap ni.’ Datin sempat lagi berpesan
pada anak teruna tunggalnya. Pesan mamanya dibiarkan tidak berjawab. Akalnya
tidak dapat berfikir dengan warasnya mengenankan kejadian yang telah terjadi.
Liyana bukanlah masalah utamanya sekarang tetapi Amni Hafni. Keras betul hati
wanita yang seorang ni. Macam mana dia hendak berbincang dengan Hafni mengenai
persiapan barang hantaran sedangkan Hafni sendiri tidak mahu berjumpa
dengannya. Aku ni tak hensem ke? Getus Luqman.
‘Gila
tak hensem. Mestilah abang Luq Rose ni hensem. Kalau tak hensem tak kan
berduyun-duyun perempuan kat luar tu tergila-gila kat abang Luq kan.’ Rose
mencelah yang telah pun menolak pintu bilik Luqman dan terus landing atas
katil Luqman.
‘Kut
iya pun bagilah salam dik. Ni main terjah je. Nasib baik abang Luq ni tak da
penyakit jantung. Alamatnya cepat la abang Luq gol. Rose tersengih.
‘Sorry.
Lepas ni Rose tak buat lagi. Pagi-pagi lagi Rose dengar mama dah jadi penyampai
berita. Ni mesti kes majlis abang Luq dengan Hafni kan. Are you having
problems with Hafni abang Luq? Kalau abang Luq ada masalah
cerita lah dengan adik. Mana tau adik boleh tolong abang Luq. Terbit rasa
simpatinya melihat keadaan Luqman.
‘Susah
abang Luq nak citer kat adik. Abang Luq jumpa Hafni masa jogging tadi.
Abang Luq nak say sorry kat dia pasal kes abang Luq sakat dia hari
tu. Dia boleh buat bodoh je dengan abang Luq then dia boleh sambung balik jogging dia.
Abang Luq angin satu badan terus kejar Hafni. Bila dah dekat tu abang Luq
tarikh tangan dia supaya dia boleh stop and hear my explanation. Guess what? Lepas
dengar explanation abang Luq, dia boleh cakap ‘. Saya benci
sangat tengok muka awak. Sehensem mana pun muka awak sekalipun, saya tak hingin
langsung nak berbaik dengan awak. Faham.’ Ujar Luqman siap mengulangi bait-bait
kata yang diungkap oleh Hafni.
Selambak
gelak Rose melihatkan abang Luqman nya mengulangi kata-kata Hafni. Aksi abang
Luq yang melampau mencuit hatinya. ‘Abang Luq ni overacting la.
Cukuplah ulang kata-kata Hafni kat abang Luq tu. Tak yah lah sampai siap buat
gaya. Tu bukan gaya Hafni pun. Adik kenal sangat dengan Af tu. Kan dah susah
diri sendiri. Dulu, masa nyakat Af tak ingat dunia. Sekarang siapa yang
susah.Abang Luq juga yang susah.
Hati
Luqman bertambah geram dengan Rose. Kata nak tolong. Memang Rose tolong dia tapi
tolong ketawakan dirinya. Hidupnya dah haru biru di kerjakan oleh Hafni. Di
tambah lagi dengan Rose dan belum lagi mamanya masuk campur. Susahnya nak layan
wanita-wanita berbanding dengan kerja di pejabat. ‘Ni nak tolong abang Luq ke
tak? Kalau tak nak tolong, di situ pintunya. Boleh la keluar dari bilik abang
Luq.’ arah Luqman sambil menunjukkan arah pintu kepada Rose. Hilang gelak tawa
Rose. Rose mencebik kan lidahnya.
‘Eleh.
Gelak sikit pun tak boleh. Since when abang Luq ni sensitif orangnya. Sebelum Rose
tolong abang Luq. Abang Luq kena jawab soalan Rose ni. Abang Luq sukakan Hafni
ker?’
‘Perkenalan
abang Luq dengan Hafni baru sangat dik. Abang Luq tak boleh nak cakap abang Luq
suka dia atau tak. Abang terima semua ni sebab Abang Luq tak nak kecewakan mama
dan papa. I’m the only one their son. Tak salahkan abang Luq berkorban sikit untuk
papa dan mama. Perasaan sayang tu boleh dipupuk. Abang Luq janji dengan adik
yang abang Luq tak kan sia-sia kan Hafni. Just give me more times for this.’
Luqman meluahkan rasa hatinya.
‘Keep your promise. Hafni tu hatinya
lembut. Cuma kenangan lama membuatkan dia susah untuk terima semua ni. Nanti
adik slow talk dengan Hafni. Abang Luq tak yah lah serabut
macam ni. Dah macam orang gila. Ni belum kahwin lagi. Rose mula berceramah.
‘Thank’s.
sekarang ni sila lah keluar dari bilik abang Luq. Abang Luq nak mandi. Luqman
telah pun menarik tangan Rose agar beredar dari biliknya. ‘Kedekut.’ Jawab
Rose. Lapang dadanya apabila Rose mahu menolongnya menyelesaikan masalahnya
dengan Hafni. Aku suka Hafni ker?
smbgla lg..best..
ReplyDeleteselamat membaca.....
ReplyDelete