Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 3
BAB 3
Arghhh...
tension!.
Cool
Hafni. Tarik nafas. Lepas. Kau datang ni pun atas urusan kerja. Bukannya kau
datang nak tergedik-gedik dengan mamat tu. Hafni memotivasikan dirinya sendiri.
Langkahnya diatur menuju ke Lutfi Holdings.
‘Selamat pagi. Saya Amni
Hafni dari Haslam Holdings. Saya ada appointment
dengan Dato’ Lutfi?’
ujar Hafni memperkenalkan dirinya.
‘Dato’ memang tunggu
kehadiran Cik Amni Hafni. Silakan.’ ujar Elizabeth, setiausaha Dato’ Lutfi yang
fasih berbahasa melayu.
‘Assalamualikum Dato’.
Saya Amni Hafni dari Haslam Holdings,’ terang Hafni sedikit gugup.
‘Walaikumsalam. Silakan Amni Hafni. What should I call you? Amni or Hafni?’ tanya Dato’ Lutfi
‘Just call me Hafni, Dato’. More
easier’. tungkas
Hafni.
‘Ok Hafni. Sebelum kita bincang
pasal projek. Boleh saya tanya satu
perkara?
‘Perkara apa ya Dato?’
Hafni sedikit gusar.
‘Walid awak Haji Amar Hadi kan?’
Dato’ Lutfi menyoalku.
Terasa jantungku berhenti berdegup.
Aku.....tak tahu nak jawab apa? Bukan? atau ya? atau .....Mana satu jawapan ni? OMG.
‘Ya Dato’. Walid saya Haji
Amar Hadi. Macam mana Dato’ boleh tahu saya ni anak Haji Amar Hadi?’ ujarku
lemah.
‘Wajah Hafni saling tak tumpah
dengan wajah umi Hafni. Dari situ uncle dah boleh tahu dah. Mesti walid dan
umi dah beritahu Hafni tentang kedatangan family uncle tempohari.
Uncle
harap Hafni tak hampakan permintaan kami.
‘Hafni dah maklum dah.
Cuma Hafni minta bagilah Hafni masa untuk berfikir. Sebab ini melibatkan masa
depan saya Dato’.’ pohonku.
Hanya senyuman terpamer diwajah
Dato’ Lutfi. Pertama kali melihat Hafni, hati tuanya terpaut untuk menjadikan
Amni Hafni sebagai menantunya. Memang tidak salah keputusan yang dibuatnya
untuk menjodohkan Luqman dengan Hafni. Bunyi tolakan pintu menarik perhatian mereka
berdua yang berada di dalam bilik. Satu hari yang penuh dengan kejutan, lirih
Hafni.
‘Come’s in
Luqman. Kenalkan ni anak uncle, Luqman Haqeem and Luq this is Amni
Hafni engineer from Haslam Holdings. Hafni akan
gantikan tempat Fariz,’ terang Dato’ Lutfi.
Hafni dan Luqman membalas senyuman.
Oh!!. Mamat poyo ni
rupanya Luqman Haqeem. Macam mana aku boleh tak perasan yang aku langgar hari
tu ialah Luqman Haqeem. Not bad. Choi !!...... Apsal aku boleh cakap
perkataan tu bisik Hafni.
Minah ni yang langgar aku hari tu.
Cantik pulak, hati lelaki Luqman berkata.
‘Nice to me you,’ ujar kedua-duanya serentak
‘Hai macam ada jodoh je. Boleh pulak
cakap serentak,’ usik Dato’ Lutfi.
Hafni
terkedu. Luqman tiada reaksi.
Perbincangan dengan first
bos Lutfi Holdings berjalan dengan lancar Cuma kadangkala Luqman sengaja
membakar tahap kesabarannya. Ada saja yang hendak dibangkang oleh Luqman. Nasib
baik ada Dato’ Lutfi. Kalau tak, dah lama aku lipat-lipat mamat poyo ni, gumam
Hafni.
‘Okay Hafni. Uncle
setuju dengan idea-idea Hafni. Good job.
Uncle nak minta diri
dulu. Kalau ada apa-apa, just bincang dengan Luq. All your’s right now Luq,’ ujar Dato’ Lutfi menepuk bahu
Luqman lalu meninggalkan mereka berdua.
‘Amni Hafni, nama yang unik. So
awaklah yang papa nak jodohkan dengan saya?’ tanya Luqman mengubah kedudukan
posisinya menghadap Hafni.
‘Kalau ya pun saya,
kenapa? By the way Encik Luqman, semua tu baru
perancangan. Belum diputuskan lagi,’ jawab Hafni meluat mendengarkan suara
Luqman.
‘Kenapa tak bagi jawapan lagi. Saya
tahu, awak saja bagi persetujuan lambat sebab kalau awak bagitahu awal-awal,
nampak sangat awak tak sabar-sabar nak kahwin dengan saya kan. Betul tak Cik
Amni?’
Tahap kesabaran Hafni
dah tak terbendung. Luqman sengaja mencari nahas.
‘Eh! Ingat saya hingin
sangat ke nak kahwin dengan Encik Luqman. Encik Luqman nak sangat jawapan kan. And the answer is NO!’ tengking Hafni lalu mengemas semua
barangnya dan berlalu meninggalkan Luqman sendirian.
Dia ingat aku heran sangat ntah
dengan dia. Boleh jalan la, Hafni berkata sendiri. Marahnya masih berbaki.
Tumpuannya di arahkan ke jalan raya. Hafni masih memikirkan kejadian yang baru
terjadi antara dirinya dengan Luqman. Hafni mengambil keputusan untuk terus
pulang saja ke rumah. Pesanan ringkas dihantar kepada Irah, setiausahanya.
‘Saya tak masuk ofis. I’m not feeling well. Just take note for me.’
‘Baik Cik Hafni. Get well
soon.’ balasan pesanan ringkas dari Irah.
Hafni menekan pedal minyak lebih
sedikit agar dia segera sampai ke rumah. Hafni hilang fokus pada pemanduannya.
Hafni memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lampu kecemasan dihidupkan.
Wajahnya diraup perlahan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa perlu ada perasan macam
ni? Kenapa? Cermin tingkapnya diketuk oleh seseorang. Cermin tingkap diturunkan
sedikit.
‘Awak tak apa-apa ke
Amni?’ tegur Luqman.
‘None of your business,’ jawab Hafni pendek lalu menaikkan
kembali cermin tingkap keretanya lalu memandu keretanya semula meninggalkan
Luqman di tepi jalan. Kenapa mamat tu boleh ada dekat situ? Halimunan la pulak,
desis Hafni.
Hafni merasakan dirinya serba tidak
kena sejak balik dari Lutfi Holdings. Manakan tidaknya, setiap kali sampai di
lampu isyarat, warnanya bertukar merah. Hafni terpaksa menunggu lama padahal
perjalanan hanya mengambil masa tiga puluh berminit sahaja tetapi telah
menjangkau empat puluh lima minit. Semuanya gara-gara Luqman Haqeem. Deruman
enjin kedengaran memasuki perkarangan rumah memeranjatkan Haji Hadi dan Hajah
Azizah. Kedua-duanya hairan dengan kepulangan awal Hafni ke rumah. Hafni
memilih untuk duduk dibangku kayu berdekatan dengan kolam ikan yang dibina
sendiri oleh walidnya. Hatinya kembali tenang apabila melihat ketenangan ikan
koi peliharaan Haji Hadi. Kadangkala ada juga perselisihan di antara ikan koi
umpama juga dengan kehidupan manusia. Kadangkala gembira, kadangkala berduka.
Itulah pusingan roda kehidupan. Dua pasang mata sedang memandangnya menantikan
penjelasan dari Hafni. Hafni bungkam.
Hafni memulakan bicara agar kes
perkahwinan dirinya dengan Luqman Haqeem diselesaikan dengan segera.
‘Pagi tadi Af ada appointment dengan Dato’ Lutfi. Pasal kerja tak ada masalah tapi
yang bermasalahnya pasal perkahwinan Af dengan Luqman. Af selesa dengan Dato’ cuma
Af tak boleh get a
long dengan Luqman.
Af dah buat keputusan yang Af tak boleh nak terima Luqman jadi pasangan hidup
Af. Af harap umi dan walid boleh sampaikan keputusan Af ni dekat Dato’ dan
Datin. Af minta maaf banyak-banyak sangat umi, walid.
Riak wajah Hajah Azizah
berubah.
‘Af pergilah berehat dahulu. Hal ni
kita bincang kemudian’, Haji Hadi bersuara.
Hafni menurut sahaja
kata walidnya.
‘Apa kita nak cakap dengan Lutfi
dengan Rafidah bang?’ tanya Hajah Azizah kerisauan.
‘Awak
janganlah risau sangat Zah. Af cakap macam tu sebab dia tengah marah. Bila dia dah
sejuk nanti barulah kita bincang dengan dia. Perkara macam ni tak boleh
terburu-buru. Nanti tak sampai pulak hajat awak nak berbesan dengan Lutfi dan
Fidah.’ ujar Haji Hadi yang leka dengan membelek pokok bonsai.
‘Eh saya pulak yang kena. Ikut suka
awaklah la bang.’ jawab Hajah Azizah pendek.
‘Yang kau tersenyum
sorang-sorang ni apasal?’ soal Fikri teman baik Luqman sejak di zaman
Universiti.
‘Busybodylah
kau ni Fik. Macam perempuan. Kau tahu pasal projek kita dengan Haslam
Holdings?’ Luqman bertanya.
‘Tahu. Kenapa dengan
projek tu?
‘Sepatutnya Fariz yang uruskan
projek tu tapi papa aku mintak Amni Hafni yang uruskan.’
‘Kau nak cakap yang papa
kau sengaja minta Amni Hafni handle projek tu sebabnya budak perempuan tu
calon isteri pilihan family kau Luq.’ Fikri menduga.
‘Pandai pun. Papa sengaja buat macam
tu supaya aku boleh jumpa dengan dia. Kalau tak, jangan haraplah kita orang nak
berjumpa.’
‘So macam mana? Cantik tak?’
‘Okay. Not bad,’
jawab Luqman bersahaja.
‘Okay. Not bad.
Itu sahaja yang kau boleh gambarkan budak perempuan tu. Kau ikut je la pilihan
keluarga kau tu Luq. Sejak Liyana tinggalkan kau, aku tak nampak langsung kau
berkawan dengan perempuan apatah lagi nak tengok kau pergi berdating.
Cuma beza kali ni, kau berkahwin dulu baru bercinta. Baru ada thrill
kawan.
Kenangan tiga tahun lepas berputar
dimindanya. Kasih yang disemai cuma bertahan selama tiga tahun. Entah di mana
silapnya, Liyana Laily meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Sejak itu tertutup
pintu hati Luqman untuk mendekati insan bernama wanita.
‘Dah ar Fik. Kau jangan sebut nama
perempuan tu lagi.
‘Dia dah tak ada dalam kamus hidup
aku.’
‘Ikutkan hati aku lah Fik, aku tak
setuju dengan perkahwinan ni.’
‘Tapi aku fikirkan orang tua aku, aku
turutkan je,’ Luqman meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
Usai solat asar, Hafni
turun ke ruang tamu. Kosong. Walidnya pasti ke surau untuk solat asar
berjemaah. Itu rutin walidnya sejak berpencen. Hafni melabuhkan punggungnya di
atas sofa. Siaran televisyen tidak menarik minatnya.. Matanya tertancap ke arah
majalah wanita kepunyaan uminya. Menarik juga isi kandungan majalah ni desis
Hafni. Di sudut lain, dua pasang mata sedang memerhatikan Hafni.
‘Harap-harap dah sejuk si Af ye
bang,’ bisik Hajah Azizah kepada suaminya.
Haji Hadi diam membisu.
‘Awal Hafni balik hari
ni. Anak walid tak sihat ke?’ walidnya membuka bicara.
‘Mula-mula sihat tapi lepas jumpa
bakal calon menantu pilihan walid langsung tak sihat anak walid ni.’ ujar
Hafni. Sakit hatinya membuak-buak apabila mengenangkan kejadian yang berlaku di
pejabat Dato’ Lutfi.
‘Apa yang Luqman buat
sampai Af boleh jadi macam ni?’
‘Entah la walid. Susah
nak cakap. Dia saja cari kesalahan Af. Ntah apa yang dia dengki sangat dengan
Af ntah. Perasaan sebal menyelinap seluruh tubuhnya kerana walidnya masih mahu
membincangkan perjumpaannya dengan si mamat yang tak ada perasaan. a.k.a Luqman
Haqeem.
‘Luqman saja bergurau je
tu,’ Haji Hadi cuba memujuk Hafni. Bagi Haji Hadi, dia perlu bijak bercakap
dengan Amni Hafni kerana Amni Hafni hanya keras diluaran sahaja tapi lembut di dalam.
Amni Hafni lebih rapat dengan Haji Hadi berbanding dari Hajah Azizah. Ini
disebabkan Amni Hafni satu-satunya puteri tunggal bagi mereka berdua dan sejak
kelahiran Amni Hafni, Haji Hadi yang lebih menguruskan puteri tunggalnya
setelah pulang dari bekerja. Namun tiada perbezaan kasih sayangnya buat along
dan angah. ‘Cuba Af bagi ruang dekat Luqman untuk dia mengenali Af. Kalau Af
sama-sama ikut kepala batu masing-masing, macam mana Af nak kenal Luqman. Macam
mana pulak Luqman nak kenal Af. Dalam perhubungan Af, kita kena give and take. Asyik take je, tak boleh jugak.’ ujar Haji Hadi
dalam nada yang cukup lembut.
Terkedu Afni mendengar kata-kata
walidnya. Amni Hafni akan mejadi lemah apabila walidnya mula menggunakan nada
yang lembut terhadap dirinya. Itulah senjata rahsia Haji Hadi. Amni Hafni telah
di didik dari kecil oleh walidnya dengan menggunakan pendekatan sedemikian.
Tidak hairanlah kalau Hafni akan patuh pada kata walidnya. Masalah yang utama
adalah melibatkan percaturan hidupnya. Dia bukannya disuruh pilih kain tapi
disuruh untuk berkahwin. Berkahwin pulak dengan orang yang tak di kenali apatah
lagi tak sebulu dengannya. Bagaimanalah nak hidup dengan mamat tu. Seram sejuk
Afni dibuatnya. Hafni tersepit antara kehendak orang tuanya dan kehendak
dirinya. Umurnya terlalu awal untuk memikirkan hal perkahwinan walaupun ramai
di antara sahabt-sahabatnya ketika di universiti dahulu telah ramai yang
berkahwin. Muda lagi lah, baru 27 tahun. Perasan je lah kau Amni Hafni.
‘Susah la walid. Jangan
kata nak tengok orangnya, nampak bayang-bayang pun dah boleh angin satu badan.
Macam mana nak duk serumah?’ Hafni cuba untuk melembutkan hati walidnya. Mana
tau umpannya terkena. Jangan haraplah Hafni oi…… bisikan suara di telinganya.
Kata-kata Hafni membuatkan Haji Hadi
tersenyum. ‘Hafni sayang…….kalau orangnya tak ada, macam mana bayang-bayang dia
boleh ada. Kot iye pun nak umpan walid, pakailah umpan yang bagus sikit.
Gedebussshhhh….Hafni terkena. Dapat sebijik la
pulak….Macam mana walid boleh tau pulak. Kantoi……..
Hajah
Azizah membawa dulang berisi air dan pisang goreng untuk minum petang. Hafni di
sebelah kanannya dijelingnya. Ada saja helah anak daranya yang satu ni. Kalau
pasal berbahas, bagi sajalah pada Amni Hafni. Gerenti dia je yang menang. Aroma
nescafe buatan uminya menarik perhatiannya. Pandai sahaja Hajah Azizah
mengumpan Amni Hafni.
‘Ni
airnya bang. Minum Af.’ ujar Hajah Azizah sambil menghulurkan secawan Nescafe
kepada suaminya. ‘ Macam ni Af. Kalau umi tunggu Af buat keputusan, alamatnya
jawapan yang sama Af bagi kat umi dan walid. Kami dah putuskan yang kami terima
pinangan dari Lutfi dan Rafidah. Dia orang akan hantar rombongan merisik hujung
bulan depan. Merisik terus bertunang.’ terang Hajah Azizah lalu menggenggam
erat tangan anaknya agar anaknya tidak terkejut dengan berita yang baru
disampaikannya.
Gelap
gelita pandang Amni Hafni. Luruh jantungnya apabila mendengarkan tutur bicara
dari mulut uminya. Orang tuanya telah membuat keputusan terhadap percaturan
hidupnya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu. Apa yang harus aku
lakukan?. Mengamuk tak tentu arah? Tak mungkin‼ Kerana insan yang bernama Amni
Hafni tak pernah meninggikan suaranya terhadap kedua orang tuanya. Apabila ada
perselisihan faham, Hafni lebih suka berbincang secara lembut dengan orang tua
sepertimana yang di ajar oleh walidnya. Air Nescafe yang diminumnya terasa
tersekat dikerongkong. Dua pasang mata sedang memandang risau menantikan reaksi
dari Hafni.
‘Kalau
itu keputusan umi dan walid, Af ikut je.’ lemah jawapan daripada Hafni. Biarlah
dia beralah kepada orang tuanya. Umi dan walidnya menaruh harapan yang tinggi
terhadap perkahwinannya dengan mamat yang poyo giler. Segaris
senyuman terlakar di wajah Haji Hadi dan Hajah Azizah mendengarkan jawapan yang
telah lama mereka nantikan.
‘Alhamdulillah
Af kerana tunaikan hajat umi. Cepat la kita dapat cucu lepas ni ye bang.’ ujar
Hajah Azizah penuh kegembiraan.
‘Hai
umi…. tak cukup ke cucu yang umi ada sekarang ni. Af belum apa-apa lagi, umi
dah tak sabar nak timang cucu pulak.’ Hafni kehairanan.
‘Mana
sama. Tu anak along . Umi dengan walid nak jugak timang cucu anak Af dengan
Luqman sebelum kami menutup mata. Tak ke macam tu bang?’
‘Betul
tu Af. Walid dengan umi ni pun tunggu masa je. Tuhan tu kalau nak tarik nyawa
kami bila-bila masa je Af. Kalau boleh, sebelum kami menutup mata, kami nak
jugak tengok Af dah ada anak dengan Luqman.’
‘Insyaallah
walid, umi. Harap-harap tuhan bagi Af rezeki awal dapat anak.’ Hafni memberikan
jawapan yang belum tentu pasti lagi sedangkan dirinya terpaksa mempersetujui
keputusan walid dan uminya.
NAK LG..
ReplyDeleteokay.....tq. selamat membaca.
ReplyDeletebest la..
ReplyDeleteBole tahan... syabassss
ReplyDelete