Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 3


BAB 3

                                Arghhh... tension!. Cool Hafni. Tarik nafas. Lepas. Kau datang ni pun atas urusan kerja. Bukannya kau datang nak tergedik-gedik dengan mamat tu. Hafni memotivasikan dirinya sendiri. Langkahnya diatur menuju ke Lutfi Holdings.

                        ‘Selamat pagi. Saya Amni Hafni dari Haslam Holdings. Saya ada appointment dengan Dato’ Lutfi?’ ujar Hafni memperkenalkan dirinya.

                        ‘Dato’ memang tunggu kehadiran Cik Amni Hafni. Silakan.’ ujar Elizabeth, setiausaha Dato’ Lutfi yang fasih berbahasa melayu.

                        ‘Assalamualikum Dato’. Saya Amni Hafni dari Haslam Holdings,’ terang Hafni sedikit gugup.

            ‘Walaikumsalam. Silakan Amni Hafni. What should I call you? Amni or Hafni?’ tanya Dato’ Lutfi

                        ‘Just call me Hafni, Dato’. More easier’. tungkas Hafni.

            ‘Ok Hafni. Sebelum kita bincang pasal projek. Boleh saya tanya satu  perkara?

                        ‘Perkara apa ya Dato?’ Hafni sedikit gusar.

            ‘Walid awak Haji Amar Hadi kan?’ Dato’ Lutfi menyoalku.

Terasa jantungku berhenti berdegup. Aku.....tak tahu nak jawab apa? Bukan? atau ya?  atau .....Mana satu jawapan ni? OMG.

                        ‘Ya Dato’. Walid saya Haji Amar Hadi. Macam mana Dato’ boleh tahu saya ni anak Haji Amar Hadi?’ ujarku lemah.

            ‘Wajah Hafni saling tak tumpah dengan wajah umi Hafni. Dari situ uncle dah boleh tahu dah. Mesti walid dan umi dah beritahu Hafni tentang kedatangan family uncle tempohari. Uncle harap Hafni tak hampakan permintaan kami.

                        ‘Hafni dah maklum dah. Cuma Hafni minta bagilah Hafni masa untuk berfikir. Sebab ini melibatkan masa depan saya Dato’.’ pohonku.

            Hanya senyuman terpamer diwajah Dato’ Lutfi. Pertama kali melihat Hafni, hati tuanya terpaut untuk menjadikan Amni Hafni sebagai menantunya. Memang tidak salah keputusan yang dibuatnya untuk menjodohkan Luqman dengan Hafni. Bunyi tolakan pintu menarik perhatian mereka berdua yang berada di dalam bilik. Satu hari yang penuh dengan kejutan, lirih Hafni.

                        ‘Come’s in Luqman. Kenalkan ni anak uncle, Luqman Haqeem and Luq this is Amni Hafni engineer from Haslam Holdings. Hafni akan gantikan tempat Fariz,’ terang Dato’ Lutfi.

            Hafni dan Luqman membalas senyuman.

                        Oh!!. Mamat poyo ni rupanya Luqman Haqeem. Macam mana aku boleh tak perasan yang aku langgar hari tu ialah Luqman Haqeem. Not bad. Choi !!...... Apsal aku boleh cakap perkataan tu bisik Hafni.

            Minah ni yang langgar aku hari tu. Cantik pulak, hati lelaki Luqman berkata.

                        ‘Nice to me you,’ ujar kedua-duanya serentak

            ‘Hai macam ada jodoh je. Boleh pulak cakap serentak,’ usik Dato’ Lutfi.
Hafni terkedu. Luqman tiada reaksi.

            Perbincangan dengan first bos Lutfi Holdings berjalan dengan lancar Cuma kadangkala Luqman sengaja membakar tahap kesabarannya. Ada saja yang hendak dibangkang oleh Luqman. Nasib baik ada Dato’ Lutfi. Kalau tak, dah lama aku lipat-lipat mamat poyo ni, gumam Hafni.

                        ‘Okay Hafni. Uncle setuju dengan idea-idea Hafni. Good job. Uncle nak minta diri dulu. Kalau ada apa-apa, just bincang dengan Luq. All your’s right now Luq,’ ujar Dato’ Lutfi menepuk bahu Luqman lalu meninggalkan mereka berdua.

            ‘Amni Hafni, nama yang unik. So awaklah yang papa nak jodohkan dengan saya?’ tanya Luqman mengubah kedudukan posisinya menghadap Hafni.

                        ‘Kalau ya pun saya, kenapa? By the way Encik Luqman, semua tu baru perancangan. Belum diputuskan lagi,’ jawab Hafni meluat mendengarkan suara Luqman.

            ‘Kenapa tak bagi jawapan lagi. Saya tahu, awak saja bagi persetujuan lambat sebab kalau awak bagitahu awal-awal, nampak sangat awak tak sabar-sabar nak kahwin dengan saya kan. Betul tak Cik Amni?’

                        Tahap kesabaran Hafni dah tak terbendung. Luqman sengaja mencari nahas.

                        ‘Eh! Ingat saya hingin sangat ke nak kahwin dengan Encik Luqman. Encik Luqman nak sangat jawapan kan. And the answer is NO!’ tengking Hafni lalu mengemas semua barangnya dan berlalu meninggalkan Luqman sendirian.

            Dia ingat aku heran sangat ntah dengan dia. Boleh jalan la, Hafni berkata sendiri. Marahnya masih berbaki. Tumpuannya di arahkan ke jalan raya. Hafni masih memikirkan kejadian yang baru terjadi antara dirinya dengan Luqman. Hafni mengambil keputusan untuk terus pulang saja ke rumah. Pesanan ringkas dihantar kepada Irah, setiausahanya.

                        ‘Saya tak masuk ofis. I’m not feeling well. Just take note for me.’

                        ‘Baik Cik Hafni. Get well soon.’ balasan pesanan ringkas dari Irah.

            Hafni menekan pedal minyak lebih sedikit agar dia segera sampai ke rumah. Hafni hilang fokus pada pemanduannya. Hafni memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lampu kecemasan dihidupkan. Wajahnya diraup perlahan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa perlu ada perasan macam ni? Kenapa? Cermin tingkapnya diketuk oleh seseorang. Cermin tingkap diturunkan sedikit.

                        ‘Awak tak apa-apa ke Amni?’ tegur Luqman.

                        ‘None of your business,’ jawab Hafni pendek lalu menaikkan kembali cermin tingkap keretanya lalu memandu keretanya semula meninggalkan Luqman di tepi jalan. Kenapa mamat tu boleh ada dekat situ? Halimunan la pulak, desis Hafni.

Hafni merasakan dirinya serba tidak kena sejak balik dari Lutfi Holdings. Manakan tidaknya, setiap kali sampai di lampu isyarat, warnanya bertukar merah. Hafni terpaksa menunggu lama padahal perjalanan hanya mengambil masa tiga puluh berminit sahaja tetapi telah menjangkau empat puluh lima minit. Semuanya gara-gara Luqman Haqeem. Deruman enjin kedengaran memasuki perkarangan rumah memeranjatkan Haji Hadi dan Hajah Azizah. Kedua-duanya hairan dengan kepulangan awal Hafni ke rumah. Hafni memilih untuk duduk dibangku kayu berdekatan dengan kolam ikan yang dibina sendiri oleh walidnya. Hatinya kembali tenang apabila melihat ketenangan ikan koi peliharaan Haji Hadi. Kadangkala ada juga perselisihan di antara ikan koi umpama juga dengan kehidupan manusia. Kadangkala gembira, kadangkala berduka. Itulah pusingan roda kehidupan. Dua pasang mata sedang memandangnya menantikan penjelasan dari Hafni. Hafni bungkam.

Hafni memulakan bicara agar kes perkahwinan dirinya dengan Luqman Haqeem diselesaikan dengan segera.

‘Pagi tadi Af ada appointment dengan Dato’ Lutfi. Pasal kerja tak ada masalah tapi yang bermasalahnya pasal perkahwinan Af dengan Luqman. Af selesa dengan Dato’ cuma Af tak boleh get a long dengan Luqman. Af dah buat keputusan yang Af tak boleh nak terima Luqman jadi pasangan hidup Af. Af harap umi dan walid boleh sampaikan keputusan Af ni dekat Dato’ dan Datin. Af minta maaf banyak-banyak sangat umi, walid.

Riak wajah Hajah Azizah berubah.

‘Af pergilah berehat dahulu. Hal ni kita bincang kemudian’, Haji Hadi bersuara.

Hafni menurut sahaja kata walidnya.

‘Apa kita nak cakap dengan Lutfi dengan Rafidah bang?’ tanya Hajah Azizah kerisauan.

            ‘Awak janganlah risau sangat Zah. Af cakap macam tu sebab dia tengah marah. Bila dia dah sejuk nanti barulah kita bincang dengan dia. Perkara macam ni tak boleh terburu-buru. Nanti tak sampai pulak hajat awak nak berbesan dengan Lutfi dan Fidah.’ ujar Haji Hadi yang leka dengan membelek pokok bonsai.

‘Eh saya pulak yang kena. Ikut suka awaklah la bang.’ jawab Hajah Azizah pendek.

                        ‘Yang kau tersenyum sorang-sorang ni apasal?’ soal Fikri teman baik Luqman sejak di zaman Universiti.

            Busybodylah kau ni Fik. Macam perempuan. Kau tahu pasal projek kita dengan Haslam Holdings?’ Luqman bertanya.

                        ‘Tahu. Kenapa dengan projek tu?

            ‘Sepatutnya Fariz yang uruskan projek tu tapi papa aku mintak Amni Hafni yang uruskan.’

                        ‘Kau nak cakap yang papa kau sengaja minta Amni Hafni handle projek tu sebabnya budak perempuan tu calon isteri pilihan family kau Luq.’ Fikri menduga.
            ‘Pandai pun. Papa sengaja buat macam tu supaya aku boleh jumpa dengan dia. Kalau tak, jangan haraplah kita orang nak berjumpa.’

                        ‘So macam mana? Cantik tak?’

            ‘Okay. Not bad,’ jawab Luqman bersahaja.

                        ‘Okay. Not bad. Itu sahaja yang kau boleh gambarkan budak perempuan tu. Kau ikut je la pilihan keluarga kau tu Luq. Sejak Liyana tinggalkan kau, aku tak nampak langsung kau berkawan dengan perempuan apatah lagi nak tengok kau pergi berdating. Cuma beza kali ni, kau berkahwin dulu baru bercinta. Baru ada thrill kawan.

            Kenangan tiga tahun lepas berputar dimindanya. Kasih yang disemai cuma bertahan selama tiga tahun. Entah di mana silapnya, Liyana Laily meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Sejak itu tertutup pintu hati Luqman untuk mendekati insan bernama wanita.

            ‘Dah ar Fik. Kau jangan sebut nama perempuan tu lagi.

‘Dia dah tak ada dalam kamus hidup aku.’

‘Ikutkan hati aku lah Fik, aku tak setuju dengan perkahwinan ni.’

‘Tapi aku fikirkan orang tua aku, aku turutkan je,’ Luqman meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
           
                        Usai solat asar, Hafni turun ke ruang tamu. Kosong. Walidnya pasti ke surau untuk solat asar berjemaah. Itu rutin walidnya sejak berpencen. Hafni melabuhkan punggungnya di atas sofa. Siaran televisyen tidak menarik minatnya.. Matanya tertancap ke arah majalah wanita kepunyaan uminya. Menarik juga isi kandungan majalah ni desis Hafni. Di sudut lain, dua pasang mata sedang memerhatikan Hafni.

            ‘Harap-harap dah sejuk si Af ye bang,’ bisik Hajah Azizah kepada suaminya.
            Haji Hadi diam membisu.

                        ‘Awal Hafni balik hari ni. Anak walid tak sihat ke?’ walidnya membuka bicara.

            ‘Mula-mula sihat tapi lepas jumpa bakal calon menantu pilihan walid langsung tak sihat anak walid ni.’ ujar Hafni. Sakit hatinya membuak-buak apabila mengenangkan kejadian yang berlaku di pejabat Dato’ Lutfi. 

                        ‘Apa yang Luqman buat sampai Af boleh jadi macam ni?’

                        ‘Entah la walid. Susah nak cakap. Dia saja cari kesalahan Af. Ntah apa yang dia dengki sangat dengan Af ntah. Perasaan sebal menyelinap seluruh tubuhnya kerana walidnya masih mahu membincangkan perjumpaannya dengan si mamat yang tak ada perasaan. a.k.a Luqman Haqeem.

                        ‘Luqman saja bergurau je tu,’ Haji Hadi cuba memujuk Hafni. Bagi Haji Hadi, dia perlu bijak bercakap dengan Amni Hafni kerana Amni Hafni hanya keras diluaran sahaja tapi lembut di dalam. Amni Hafni lebih rapat dengan Haji Hadi berbanding dari Hajah Azizah. Ini disebabkan Amni Hafni satu-satunya puteri tunggal bagi mereka berdua dan sejak kelahiran Amni Hafni, Haji Hadi yang lebih menguruskan puteri tunggalnya setelah pulang dari bekerja. Namun tiada perbezaan kasih sayangnya buat along dan angah. ‘Cuba Af bagi ruang dekat Luqman untuk dia mengenali Af. Kalau Af sama-sama ikut kepala batu masing-masing, macam mana Af nak kenal Luqman. Macam mana pulak Luqman nak kenal Af. Dalam perhubungan Af, kita kena give and take. Asyik take je, tak boleh jugak.’ ujar Haji Hadi dalam nada yang cukup lembut.

            Terkedu Afni mendengar kata-kata walidnya. Amni Hafni akan mejadi lemah apabila walidnya mula menggunakan nada yang lembut terhadap dirinya. Itulah senjata rahsia Haji Hadi. Amni Hafni telah di didik dari kecil oleh walidnya dengan menggunakan pendekatan sedemikian. Tidak hairanlah kalau Hafni akan patuh pada kata walidnya. Masalah yang utama adalah melibatkan percaturan hidupnya. Dia bukannya disuruh pilih kain tapi disuruh untuk berkahwin. Berkahwin pulak dengan orang yang tak di kenali apatah lagi tak sebulu dengannya. Bagaimanalah nak hidup dengan mamat tu. Seram sejuk Afni dibuatnya. Hafni tersepit antara kehendak orang tuanya dan kehendak dirinya. Umurnya terlalu awal untuk memikirkan hal perkahwinan walaupun ramai di antara sahabt-sahabatnya ketika di universiti dahulu telah ramai yang berkahwin. Muda lagi lah, baru 27 tahun. Perasan je lah kau Amni Hafni.

                        ‘Susah la walid. Jangan kata nak tengok orangnya, nampak bayang-bayang pun dah boleh angin satu badan. Macam mana nak duk serumah?’ Hafni cuba untuk melembutkan hati walidnya. Mana tau umpannya terkena. Jangan haraplah Hafni oi…… bisikan suara di telinganya.

            Kata-kata Hafni membuatkan Haji Hadi tersenyum. ‘Hafni sayang…….kalau orangnya tak ada, macam mana bayang-bayang dia boleh ada. Kot iye pun nak umpan walid, pakailah umpan yang bagus sikit.

 Gedebussshhhh….Hafni terkena. Dapat sebijik la pulak….Macam mana walid boleh tau pulak. Kantoi……..

            Hajah Azizah membawa dulang berisi air dan pisang goreng untuk minum petang. Hafni di sebelah kanannya dijelingnya. Ada saja helah anak daranya yang satu ni. Kalau pasal berbahas, bagi sajalah pada Amni Hafni. Gerenti dia je yang menang. Aroma nescafe buatan uminya menarik perhatiannya. Pandai sahaja Hajah Azizah mengumpan Amni Hafni.

                        ‘Ni airnya bang. Minum Af.’ ujar Hajah Azizah sambil menghulurkan secawan Nescafe kepada suaminya. ‘ Macam ni Af. Kalau umi tunggu Af buat keputusan, alamatnya jawapan yang sama Af bagi kat umi dan walid. Kami dah putuskan yang kami terima pinangan dari Lutfi dan Rafidah. Dia orang akan hantar rombongan merisik hujung bulan depan. Merisik terus bertunang.’ terang Hajah Azizah lalu menggenggam erat tangan anaknya agar anaknya tidak terkejut dengan berita yang baru disampaikannya.

            Gelap gelita pandang Amni Hafni. Luruh jantungnya apabila mendengarkan tutur bicara dari mulut uminya. Orang tuanya telah membuat keputusan terhadap percaturan hidupnya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu. Apa yang harus aku lakukan?. Mengamuk tak tentu arah? Tak mungkin‼ Kerana insan yang bernama Amni Hafni tak pernah meninggikan suaranya terhadap kedua orang tuanya. Apabila ada perselisihan faham, Hafni lebih suka berbincang secara lembut dengan orang tua sepertimana yang di ajar oleh walidnya. Air Nescafe yang diminumnya terasa tersekat dikerongkong. Dua pasang mata sedang memandang risau menantikan reaksi dari Hafni.

                        ‘Kalau itu keputusan umi dan walid, Af ikut je.’ lemah jawapan daripada Hafni. Biarlah dia beralah kepada orang tuanya. Umi dan walidnya menaruh harapan yang tinggi terhadap perkahwinannya dengan mamat yang poyo giler. Segaris senyuman terlakar di wajah Haji Hadi dan Hajah Azizah mendengarkan jawapan yang telah lama mereka nantikan.

            ‘Alhamdulillah Af kerana tunaikan hajat umi. Cepat la kita dapat cucu lepas ni ye bang.’ ujar Hajah Azizah penuh kegembiraan.

                        ‘Hai umi…. tak cukup ke cucu yang umi ada sekarang ni. Af belum apa-apa lagi, umi dah tak sabar nak timang cucu pulak.’ Hafni kehairanan.

            ‘Mana sama. Tu anak along . Umi dengan walid nak jugak timang cucu anak Af dengan Luqman sebelum kami menutup mata. Tak ke macam tu bang?’

                        ‘Betul tu Af. Walid dengan umi ni pun tunggu masa je. Tuhan tu kalau nak tarik nyawa kami bila-bila masa je Af. Kalau boleh, sebelum kami menutup mata, kami nak jugak tengok Af dah ada anak dengan Luqman.’

            ‘Insyaallah walid, umi. Harap-harap tuhan bagi Af rezeki awal dapat anak.’ Hafni memberikan jawapan yang belum tentu pasti lagi sedangkan dirinya terpaksa mempersetujui keputusan walid dan uminya. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22