Abangku Suamiku Bab 24

 

Bab 24

                        Pejam celik dah seminggu telah berlalu. Aku pun dah selamat menduduki paper terakhirku. Berakhir sudah semester kali ini. Semester depan, aku akan menjalani latihan industri. Deritaku masih belum berakhir tetapi penamatnya akan diketahui seminggu dari sekarang.

            Dah rasa duduk dalam penjara pulak sekarang ni. ‘Bergerak je aku dalam rumah ni, gerak geri seperti diperhatikan. Siapa lagi. Korang pun mesti tahu siapa. Of course Mr. Tarzan aku. Itu baru dalam rumah. Belum lagi aku keluar dari Villa Anggerik. Bergegar rumah dibuatnya. Sampai pening mama. Penangan Rizzman Adha.

            Aku ni pulak sengaja mencari kemarahan Mr. Tarzan. Sengaja menjolok sarang tebuan. Pernah sekali aku menyorok dalam wadrobe, habis satu rumah disoal siasat oleh abang Rizz. Haru biru Villa Anggerik. Walaupun aku suka menyakat abang Rizz, dalam hati ni tuhan je yang tahu. Setiap hari aku menghitung waktu. Macam lagu Kriss Dayanti tu, menghitung hari detik demi detik. Masaku nanti apa kan ada. Jalan cerita kisah yang panjang… bukan puitis. Lepas tu korang sambunglah sendiri.

            Lagi dua hari majlisku akan berlangsung. Bagi menghilangkan darah gemuruhku, aku nak berjimba sebelum memegang title isteri secara official 24 hour for Mr Rizzman Adha. Aku berpakat dengan Tipah untuk keluar mencuci mata. Hamper seminggu aku duk terperap dalam Villa Anggerik. Mama dah beri lampu hijau cuma Mr. Tarzan je belum diberitahu.

            Aku menghampiri abang Rizz yang sedang duduk di tepi kolam bermain air macam budak kecik je.’Hana nak keluar dengan Tipah. Women day perhaps.’

            Nope.’ Pendek jawapan abang Rizz.

            Please abang Rizz. Bosan Hana duduk kat rumah ni. Sekurang-kurangnya nak jugak release tension dan urat-urat yang dah tegang ni.’ Pujukku dengan hati yang panas.

            With one condition.’ Abang Rizz menukar fikirannya.

            ‘Apa dia?’ aku teruja. Yang penting dapat keluar.

            I’ll follow you.’

            Rasa nak cekik-cekik je leher Mr. Tarzan aku ni. Ingatkan apa lah tadi syaratnya. Bukan women day la jadinya. Idea jahat telah datang. Nak ikut sangat kan. ‘Okey. No problem. Jangan menyesal sudah lah ye.’ Pesanku awal.

            Strategi telah disusun baik punya antara aku dan Tipah. Nasib baik aku boleh cover. Ikutkan hati dah tersembur tawaku mengenangkan apa yang akan dialami oleh abang Rizz sekejap je lagi. Aku tiba di tempat ditujui. Sempat ku kerling wajah abang Rizz. Masih blur-blur lagi. Tipah tersengih melihat aku datang bersama abang Rizz.

            ‘Assalamualaikum. Sihat abang Rizz?’ Tipah terlebih ramah.

            ‘Walaikumsalam. Tipah right.’ Salam Tipah bersambut. Panas telinga pulak aku dengar.

            ‘Dah habis sesi perkenalan kan. Jom gerak.’ Tegurku pada Tipah.

            Tipah dengan mata terkebil-kebil mengekoriku dari belakang diikuti abang Rizz.

            ‘Hai. Appointment by Hana Qusandria.’ Ujarku pada gadis penyambut tetamu.

            ‘Untuk dua orang kan Cik Hana Qusandria.’

            Yup.’ Balasku pendek.

            ‘Silakan cik Hana. This way please.’ Ujar penyambut tetamu pada ku dan Tipah.

            Tipah mendahului ku. Abang Rizz sedang duduk di ruang yang disediakan sambal membaca majalah. Tak ada perasaan ke Mr. Tarzan ni. ‘You can go some where. It take almost three hour.’

            No. Thank’s. I will wait for you here. Just take your time as long as you want. Dalam diam buat preparation untuk first night kita. I’m impress. I’ll pay for this. Just for my beloved wife.’

            Jatuh rahang aku. Ingatkan nak kenakan abang Rizz tapi aku yang terkena. Tinggi betul sabar Mr. Tarzan aku ni. Nak nangis pun ada.

            ‘Cik Hana this way please.’ Tegur salah seorang pekerja spa.

            ‘I’m sorry. I’m coming.

            ‘Asal lambat. Kau borak apa dengan abang Rizz.’ Soal Tipah apabila melihat kelibatku.

            ‘Aku suruh dia pergi mana-mana dulu. Kita lama kat sini.’ Jelasku.

            ‘Dia cakap apa?’

            I’ll wait for you here. Just take your time as long as you want. Dia impress sebab aku buat persiapan untuk first night kita orang.’

So sweet. Tak sangka abang Rizz tu romantik. Untung kau dapat dia Hana.’ Tipah pulak yang over excited. Staff spa tu siap tersengih-sengih kat aku.

‘Bila majlisnya Cik Hana.’ Tiba-tiba staff spa bertanya kepadaku.

            ‘Lagi dua hari majlis Cik Hana ni. Actually dia dah nikah cuma baru nak buat majlis.’ Terang Tipah bagi pihak aku. Kalau bab bercerita, dialah orangnya. Tak payah suruh. Laju je mulut tu. Mengalahkan bertih jagung.

            ‘So yang kat depan tu suami puan lah ye. Handsome. Sanggup tunggu walaupun lama.’ Tokok pekerja spa tu lagi.

            Aku hanya tersenyum kelat. Takut dijawab makin menjadi pulak. Punah rancangan aku. Aku hanya melayani treatment yang telah ditempah. Sekurang-kurangnya urat-urat badanku tak lagi tegang.

            Tiga jam berlalu dengan pantas. Walaupun badanku terasa segar tapi hatiku tidak sesegar mana. Tengok wajah Mr. Tarzan terus tegang uratku semula. Sempat lagi Mr. Tarzan ni beli kopi.

Next destination ladies.’ Soal abang Rizz dengan wajah cukup buat aku stress.

Luncheon.’ Aju Tipah.

Abang Rizz menunjukkan tangan tanda okay baginya. Aku sekadar menurut. Layankan aje. Daripada terperap kat Villa Anggerik. Sesi makan tengah hari lebih banyak perbualan antara Tipah dan abang Rizz. Aku hanya menyampuk sekali sekala. Tiba-tiba ke budak dua ketul ni ada chemistry.

Setiba di rumah, sepantas kilat aku keluar dari dalam kereta abang Rizz. Masa-masa macam ni lah, seat belt ni susah nak tanggal. ‘How your ladies day? Enjoyed it?’ abang Rizz bersuara.

Nope!’ selamba jawapanku sebelum meninggalkan Mr. Tarzan keseorangan di dalam kereta.

But you seemed enjoyed it.’ Laung abang Rizz.

Aku mengangkat kedua-dua tangan menunjukkan tanda what ever lah.

Mama yang berada di ruang tamu sempat menegurku dengan soalan yang sama. ‘How your ladies day?’

Worse ma!’ terus aku naik ke tingkat atas.

Puan Sri Maimon memicit kepala yang tidak pening. Rizzman Adha melabuhkan duduknya bertentangan dengan Puan Sri Maimon.

‘Tak nak kongsi apa-apa dengan mama, Rizz?’

‘Kongsi apa ma?’ Rizz keliru.

‘Pasal Hana.’ Bertambah pening Puan Sri Maimon.

‘Biasa je. Perempuan pergi spa. Personal preparation katanya.’

‘Pening kepala mama tengok kamu berdua. Jangan disekat si Hana tu Rizz. Patutnya Rizz berlembut dengan Hana. Barulah Hana nak dekat dengan Rizz. Mama dah nasihat Rizz. Jangan kata mama tak nasihat kat Rizz.’ Pesan Puan Sri Maimon lalu meninggalkan Rizzman di ruang tamu.

Aku mundar mandir di dalam bilik. Siap sahaja makan malam, aku terus naik ke tingkat atas. Tak betah aku duduk menghadap abang Rizz. Boleh jadi mereng macam ni kalau duk terperap je dalam bilik. Baik aku ambil angin di luar. Laju sahaja aku menuruni anak tangga. Setiba di tingkat bawah, aku terus menyelinap ke dapur.

Tak pasal-pasal terserempak dengan mak Jah yang sedang minum air di dapur. ‘Hana nak ke mana?’

Aku tersengih menampakkan semua gigiku. ‘Lari ke bulan. Boleh tak mak Jah?’

‘Tak pernah nak serius. Mana tak pening si Rizz tu.’

‘Gurau je lah mak Jah. Pening dia je. Belum pening Hana ni lagi. Nak ambil angin kat luar je mak Jah. Panaslah duk kat dalam bilik tu.’

Mak Jah yang penig dengar jawapan aku. Papa dah pasang penghawa dingin setiap bilik. Boleh anak bertuah dia ni cakap panas.

Tenang giler wei. Duk kat taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang ditanam oleh mama. Berteman kan langit hitam disinari bintang. Bunyi sahutan cengkerik disulami bunyi kenderaan. Hahaha. Mula-mula aku duduk di atas buaian. Dari buaian aku duduk pulak di atas rumput. Penyudahnya aku duduk di tepi kolam. Kakiku sedap bermain air di dalam kolam. Apasal malam ni panas sangat. Nak kata tak mandi, aku dah mandi. Hesyhh!! Kolam ni seperti menggamit aku terjun ke dalamnya.

Bila lagi kan nak buat kerja gila. Tanpa berfikir panjang, aku terus terjun ke dalam kolam. Berdebushh!! Bunyi air kedengaran. Heaven wei.

‘Rizz. Rizz. Cuba tengok Hana kat belakang tu. Mak Jah dengar macam ada bunyi orang terjun dalam kolam.’ Teriak mak Jah dari dapur.

Abang Rizzman tidak tentu arah. Habis meja sisi dilanggarnya. Aku yang sedap berendam terkejut mendengar laungan abang Rizz di tepi kolam. ‘Hana Qusandria!’

Aku buat muka blur. ‘Apa dia?’

‘Dah giler ke berendam malam-malam.’ Tempik abang Rizz.

Aku buat tak tahu. Sekejap je tepi kolam dipenuhi mama, papa, along dan mak Jah.

‘Ada show kat tepi kolam ni ke?’ soalku.

Bukan setakat mama, papa dan along menepuk dahi, mak Jah pun terlibat sama. ‘Selesai kan isteri kamu Rizz.’ Arah papa meninggalkan aku berduaan dengan abang Rizz.

‘Naik sekarang!’

Don’t want.’ Jawabku.

‘Nak naik sendiri atau ada orang tolong bawa naik? Mana satu nak?’ abang Rizz beri kata dua.

‘Tak ada privacy langsung. Nak mandi kolam pun salah.’ Rungutku sambal keluar dari kolam. Baik aku naik sebelum Mr. Tarzan tu bawa aku keluar dari kolam.

Comments

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22