Abangku Suamiku Bab 23

 

Bab 23

‘Jauh mengelamun. Dah sampai mana destinasi tu?’ teguran yang membuatkan lamunan entah apa ntah yang aku lamunkan.

‘Tak sampai mana pun. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Serabut otak aku Tipah.’

Aku memandang sekeliling. Cuma Tipah. Selalunya dia orang ni macam belangkas. ‘Awat harini sorang je?. Mana mat Tahir hang Tipah?’ tiba-tiba tukar loghat.

‘Tak payah nak buat-buat lupa la Hana. Mika dah start paper hari ni. Paper kita esok pulak. Anything to share?.

Two weeks from now, pengantin basi nak naik pelamin. By hook or crook.’

Hesyhh!! Tak baik la kau cakap macam tu Hana. Kau nak menidakkan takdir kau ke Hana?’ cukup lembut ayat yang dituturkan oleh Tipah tapi cukup menikam jiwa.

‘Bukanlah menidakkan takdir aku. I’m not ready that all will know the true about me. Cukuplah sekadar keluarga terdekat yang tahu. Aku takut nak galas tanggungjawab yang besar.’

Tipah memelukku. Terasa ringan beban yang aku pikul sedari tadi. ‘Itu sudut pandangan Hana Qusandria. Cuba kita lihat dari sudut pandangan orang melayu kita. Kalau family kau tak buat majlis kau dan abang Rizz, tiba-tiba orang tegur kau atau argue your relationship dengan abang Rizz. Then kau kata kau dah kahwin cuma tak buat majlis. Apa persepsi orang melayu kita?’

‘Ni mesti kena tangkap basah.’ Jawabku spontan.

‘Termengandung?.’ Tokok Tipah. Aku mengangguk.

‘Mesti kahwin tanpa pengetahuan keluarga.’ Tambahku lagi.

See! Kau pun dah tahu persepsi masyarkat kita. Lagi-lagi family kau well known. Plus dengan sepupu kesayangan kau yang tergila-gilakan  Mr. Tarzan kau.’

            Terangguk-angguk kepala aku mengiyakan kata-kata Tipah. Kalau bab memujuk ni, Tipah lah orangnya. Dia ni mesti salah ambil course. Patutnya jadi pakar psikologi. ‘Thanks babe kerana telah menenangkan hati sahabat kau yang satu ni.’

            ‘Tak da masalah la babe. Nak termenung lagi ke atau nak pergi library? Esok kita ada paper yang menanti.’

            Of course library babe. Aku tak nak repeat sem. Jom.’

            ‘Lagi two weeks nak naik pelamin. Apa lagi yang kau menungkan Rizz?’ Feez hairan melihat sahabatnya.

            ‘Ntah la feez. Mula-mula dengar pasal majlis tu, hati aku ni berbunga riang. Sebab orang akan tahu status Hana dengan aku. Makin dekat majlis ni, serabut pulak otak aku.’

            ‘Hahahaha. Kau buat lawak ke Rizz. Patutnya kau happy. Tak kan gugup kot?’

            Rizzman menjeling temannya. Mahu sahaja dia stepler mulut si Feez. ‘Kau ni tak membantu langsung la Feez.’

            Cool bro. Adat la tu. Tekanan untuk pasangan yang nak naik pelamin. Jangan fikir sangat.’

            Artwork yang terbengkalai tidak diendahkan Rizz. Pandangannya ditala keluar tingkap. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang dialaminya. ‘Rileks bro. perasaan kau je tu. In sha Allah, majlis kau tu okey semua. Better kau siapkan artwork projek kau tu sebelum kau cuti panjang. Tak pasal-pasal masa kau honeymoon, mak datin tu cari kau.’

            Rizzman mengeluh panjang. Konsentrasi kerja terganggu gara-gara Hana Qusandria. ‘Ye la. Ye la. Aku siapkan sebelum aku cuti. Aku keluar jap. Nak ambil angin.’

 

           

            Aku membawa Black berjalan-jalan sambal menghirup udara petang. Sengaja aku membawa diri sendirian. Mengambil ruang dan peluang yang ada  sebelum majlis kami. Kak Ton dan abang Isma pun tak tahu kehadiran aku di sini. Mungkin sebelum balik, aku akan singgah bertanya khabar.

            Selesai membawa Black bersiar-siar, aku duduk di bangku kayu yang telah tersedia. Kehijauan yang ada tidak cukup untuk mendamaikan gelora di hatiku. Apa sebenarnya perasaan yang aku alami ketika ini. Adakah abang Rizz juga merasai apa yang aku rasa?

            Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara memanggil namaku. Suaranya cukup aku kenali. ‘Bertuah betul budak sorang ni. Datang tak bagitahu langsung!.’

            Aku tersengih. ‘Saja datang kak Ton. Ingatkan sebelum balik baru nak singgah pejabat. Cepat je berita sampai kat telinga kak Ton kan.’

            ‘Hana ada masalah ke? Mamat kata, Hana tak tunggang Black sebaliknya hanya bersiar-siar dengan Black.

            Kak Ton cukup mengenali aku walaupun aku cuba mengelak pandangan matanya. ‘Ntah la kak Ton. I can describe what is my feeling right now. Serabut sangat.’

            Erat pelukan kak Ton. ‘Pasal majlis Hana dan Rizz?.’

            Aku mengangguk.

            ‘Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab?.’

            Aku mejungkit bahu tidak tahu apa sebabnya.

            ‘Ikatan tu telah terbentuk cuma cinta belum hadir. Hana rasa terikat apabila ikatan ni telah di ketahui umum. Pada pandangan kak Ton, Hana just get a long dengan ikatan ni. Perlahan-lahan cinta tu hadir sendirinya. At the time jangan menyesal pulak sebab sembunyikan ikatan ni.’

            Thanks kak Ton for the advice. In sha Allah.’ Lama jugaklah aku berborak dengan kak Ton sampai abang Isma melilau cari isteri kesayangan.

            Jam lapan setengah aku selamat tiba di Villa Anggerik. Tiada kelibat kereta abang Rizz. Tak balik lagi ke Mr. Tarzan aku tu.

            ‘Lambat balik Hana.’ Along menegurku dari ruang tamu.

Study group dengan Tipah tadi.’ Bohong sunat katakan. Aku tak mahu along mengetahui aku sedang dilanda masalah.

You look awfull. Pergilah naik atas. Bersihkan diri dan jangan lupa solat isyak.’ Along memberi arahan. Doktor lah katakan.

‘Baik doktor Razman.’ Selorohku.

‘Hana!!.’ Laung along tiba-tiba.

Langkahku terhenti di anak tangga. ‘Ye.’

‘Lupa nak bagitahu, abang Rizz tak balik malam. Dia nak siapkan kerja sebelum cuti panjang.’

Owh! Okay.’

‘Jangan ada yang tercari-cari malam ni sudah lah ya.’ Giliran along mengenakan aku.

Naughty.’ Balasku.

Usai solat isyak, aku terlelap tanpa sedar. Lenaku terganggu. Jam menunjukkan tiga pagi. Aku cuba memejamkan mata namun tak mahu lelap. Aku segera membersihkan diri lalu menunaikan solat hajat dan istikharah. Aku memohon petunjuk dan di mudahkan segala urusan peperiksaanku. Lama aku berteleku di tikar sejadah hingga aku terlena semula dibuatnya.

Walaupun jam menunjukkan masih awal, aku tetap keluar awal memandangkan aku ada paper peperiksaan untuk dijawab. Siap menjamah sarapan yang telah disediakan oleh mak Jah, aku terus menuju ke pintu utama. Habis satu isi rumah aku bersalaman dan memohon mendoakan aku berjaya menjawab examku. Aku menghulur tangan ke along yang sedang membaca majalah.

‘Cepatlah long. Nak salam ni. Hana ada paper pagi ni.’ Tegurku tanpa melihat orangnya.

Salamku bersambut. Lantas terus ku cium tangan along. ‘Okay. Wish me luck.’

Namun tiada balasan. Malas nak berfikir panjang, aku menarik tanganku. Telahanku silap sama sekali. Tanganku ditarik sebaliknya. Badanku terdorong ke hadapan dan baik punya landing atas pangkuan along. Ikutkan hati mahu sahaja aku mengamuk. Darah tak jadi mendidih langsung apabila terpandang empunya tubuh. Bukan along sebaliknya abang Rizz. Macam mana aku boleh tak perasan abang Rizz yang duduk di ruang tamu mama. Heshy! Pagi-pagi lagi aku dah buat drama.

Sempat lagi abang Rizz bisikkan doa untuk mudah menjawab soalan. Terpegun aku seketika. Selesalah pulak duduk atas pangkuan Mr. Tarzan ni. Macam tak nak bangun je.

‘Hai! Belum habis drama lagi ke Hana. Bukan tadi tak menyempat nak pergi uni tadi?’ tegur mama yang baru tiba dari dapur sekaligus mematikan lamunanku.

Malu wei! Mr. Tarzan ku lihat mengangkat kedua-dua tangannya tanda tidak bersalah. Tapi mama tak de perasaan. Mama pula yang tersenyum mengalahkan senyuman ratu cantik.

‘Jangan tersalah tulis jawapan sudahlah ma.’ Tokok along yang turun dari tingkat atas.

Serang hendap di siang hari memang aku kalah nampaknya. Baik menyerah kalah awal-awal. Laju sahaja aku bangun dari pangkuan abang Rizz dan terus bersalaman dengan along sebelum meloloskan diri dari Villa Anggerik.

Alhamdulillah. Selesai satu bebanan. Masih ada lagi yang perlu diharungi. Caiyok Hana Qusandria. Sekadar memotivasikan diri sendiri. Lama pulak minah sorang ni melepaskan hasil buangan. Naik lenguh kaki aku jadi pak guard kat tepi pintu tandas ni.

‘Hai Hana.’ Tiba-tiba ada yang menegurku.

‘Ikmal.’ Jawabku pendek.

‘Sorang je?.’

Makin kekok aku dibuatnya. Tak pernah Ikmal menegurku sebaik ni. Selalunya tegurannya menjengkelkan hatiku. ‘Tipah kat dalam.’ Tanganku menunjukan arah pintu tandas.

Next paper petang ni kan. Lunch jom. Ajak Tipah sekali.’

Nak ternganga mulut aku wei. Nasib baik tak ternganga betul-betul. Ikmal ni kena sampuk dengan hantu mana ni? Yang si Tipah ni lama pulak kat dalam. Masa-masa macam ni la nak melepas banyak pulak hasil buangan.

Thanks Ikmal. Kenyang lagi. Pagi tadi heavy breakfast. Nak sambung bincang dengan Tipah untuk paper petang ni.’ Tolakku berlapik.

Seperti memahami situasi yang sedang aku alami, akhirnya Tipaj muncul dari gua.

‘Jom! Discussion time.’ Laung Tipah menarik lenganku tanpa memandang Ikmal.

‘Kau makan apa semalam? Kemain lama membuang. Nak tercabut kaki aku menunggu kau.’ Bebelku seperti murai tercabut ekornya.

‘Perut aku meragam lak tadi. Aku keluar makan tomyam semalam dengan Mika. Nasib baiklah aku sempat jawab paper tadi. Buatnya perut ni buat hal masa dalam dewan, tak ke haru aku dibuatnya.’

‘Nak exam pun sempat lagi nak dating.’ Rungutku belum habis.

‘Tukar topik. Ikmal nak apa tadi?’

Lupa aku dibuatnya. Pandai minah ni tukar topik. Takut kena bebel lah tu. ‘He’s not Ikmal that we know before this.’

Tipah buat muka blur.

‘Maksud aku, he change. Seratus peratus.’ Tuturku.

‘More explanation.’ Pinta Tipah siap gaya lecture.

‘Dia tegur aku lemah lembut. Tak macam sebelum ni. Dengan gaya lelaki miang. Desperado. Tak memaksa macam dulu.

Giliran Tipah pula tidak mempercayai apa yang baru sahaja aku ceritakan. ‘Kau sure ke Hana? Ke kau tersalah dengar? Tersilap pandang ke?’

‘Kau ingat otak aku ni dah ‘weng’ ke? Punyalah excellent aku jawab paper tadi. Boleh kau kata aku tersalah dengar, tersilap pandang. Kalau kau tak percaya, aku yang dengar dan lihat ni lagilah tak percaya.

‘Misteri betul lah Ikmal ni. Perubahan tu dah bagus. Cuma tak bagus sebab masih gilakan kau. Bini orang.’ Ujar Tipah.

‘Ada yang kena lada mulut tu. Cakap tak berlapik langsung. Main sedap mulut je. Mula-mula dengar tu sedap je tapi tang bini orang tu yang tak tahan. Aku pulak yang sentap.’

‘Alaaaa…. Sorry darling. Mulut ni biasa sangat. Cakap tak pandang kiri kanan.’ Pujuk Tipah siap menampar manja mulutnya. Gaya je lebih. Acah-acah mak enon la katakan.

Comments

  1. Replies
    1. tq still support. saya cuba post 2 minggu sekali atau sebulan sekali ye

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22