Abangku Suamiku Bab 22
BAB 22
‘Ikmal’
laung Syafiq dari jauh.
Laungan Syafiq tidak diendahkan oleh
Ikmal. Namun Syafiq sempat mengejar langkah sahabat baiknya yang sedang
berangin satu badan.
‘Kau
waras ke tidak ni Mal?’
‘Sebab
aku waraslah aku nak jumpa Prof tu.’ Bentak Ikmal.
‘Kau
nak cakap apa bila kau jumpa dia? Nak marah dia sebab dia bagi kau markah
rendah. Dia tak salah. Kau yang salah. Hampir semua kelas dia, kau skip. Bila assignment dia, kau tiru aku bulat-bulat. Salah Prof ke Mal? Ni
belum lagi kau jawab untuk exam tak
lama lagi. Bila kau nak sedar? Lepas keluar keputusan exam nanti. Kau nak meroyan macam ni lagi. Come on lah Ikmal Haiqal.’
Beg
yang digalas dicampak ke tanah. Ikmal sakit hati mendengar kata-kata
sahabatnya. Pokok yang ada berdekatan menjadi mangsa tumbukan Ikmal. Puas
melepaskan amarahnya, Ikmal meraup wajahnya dengan darah yang mengalir di celah
jarinya.
‘Aku
dah cuba Fiq. Lagi aku cuba lupakan Hana. Lagi kuat dia dalam ingatan aku.’
‘Usaha
je tak cukup Mal. Kau ingat kau boleh lupakan Hana macam tu. Keluar masuk
kelab. Itu bukan tempat yang sepatutnya kau pergi. Patutnya kau mohon pada
Allah. Kuatkan semangat kau untuk lupakan Hana. Ini tak! Aku harap kau tak
sentuh air haram tu. Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan kau.
Sekarang terpulang pada kau. Jangan kau kantoi semester ni baru kau nak
menyesal.’ Ujar Syafiq lalu meninggalkan Ikmal melayan amarahnya.
Zara
yang kebetulan lalu terdengar perbualan yang tidak disangka. Hatinya panas
kerana terlalu ramai meminati seterunya. Namun begitu, dia melihat peluang
untuk dirinya bagi mendapatkan abang Rizz. Kecelaruan Ikmal boleh digunakan
untuk memasang perangkap buat Hana. Zara tersenyum sendirian. Dia perlu
memasang umpan yang baik untuk menjerat Ikmal.
Ikmal tersandar di bawah pohon rendang.
Beg yang dicampaknya tadi dikutip. Amarahnya memuncak. Syafiq temannya sendiri
telah menjadi mangsa keadaan. Ikmal meraup wajahnya dengan kasar. Dia menyesal
dengan apa yang telah terjadi. Dia telah tersasar jauh.
‘Tipah!’ teriak Ikmal melihat Tipah
yang kebetulan lalu.
Tercara-cari Tipah gerangan suara
yang memangil namanya. Matanya melilau mencari empunya suara. Rupa-rupanya dari
mamat yang sedang duduk di pangkal pokok. Tipah menghampiri peminat temannya.
‘Ada apa Ikmal? Kalau nak tanya pasal Hana, baik kau lupakan sahaja hasrat
kau.’
Ikmal meraup rambutnya yang kusut
masai. ‘Aku nak kan kepastian. Apa yang kau cakap pasal Hana selama ni betul
atau kau reka semata-mata nak aku jauhkan diri dari Hana.’ Ada sendu di dalam
kata-kata Ikmal.
Tipah rasa bersalah. Dia tersalah
anggapan terhadap Ikmal. Tipah melabuhkan duduknya di sebelah Ikmal. ‘Apa yang
aku cakap selama ni pasal Hana semuanya betul Mal. Dia dah bersuami sebelum
masuk belajar kat sini lagi. Kau sendiri tahu, ramai yang sukakan Hana tapi
semua Hana tak layan. Termasuklah kau. Sebabnya kau sendiri dah sedia maklum. Cinta
tak semestinya memiliki. Sebagai teman sekampus kau, aku nasihatkan kau lupakan
sahaja Hana. Jodoh kau ada kat luar sana. Cuma cepat atau lambat je. Tak pun,
baik kau fokus pada study. Kita dah
last semester ni. Semua fakulti task berat.
Aku tak nak pasal hal remeh ni kau kantoi dalam exam nanti.
Ikmal sepi. Perit mencengkam jiwa
memamah setiap kata-kata Tipah. Dia sendiri tahu. Seringkali dia mendengar nama
Hana menjadi perbualan rakan-rakan kampusnya. Satu pun tidak dilayan oleh Hana.
Walaupun perit, dia terpaksa menelan
pahit yang Hana telah dimiliki. Betul kata Tipah. Cinta tak semestinya
memiliki. ‘Terima kasih Tipah. Aku cuba untuk terima kenyataan yang Hana bulan
milik aku. Aku akan doakan yang terbaik untuk Hana. Terima kasih sebab berbual dengan
aku.’
‘Tak
da masalah Ikmal. Aku dan Hana akan doakan kau jumpa wanita yang lebih baik
dari Hana. Hana tu bukannya betul pun. Kadang-kadang mental gak.’
Meletus
tawa Ikmal dan Tipah. ‘Agak-agaklah nak mengumpat member sendiri Tipah. Tahu
kat Hana tu, mahu dikejarnya kau satu kampus.’ Tutur Ikmal.
‘Jangan
kau cakap kat dia sudahlah. Haru aku dibuatnya nanti. Aku senang hati tengok
kau sekarang. All the best untuk
semester ni. Aku gerak dulu Ikmal. Hari dah petang ni.’
‘Thank’s again.’ Ucap Ikmal.
Tipah
sekadar mengangguk. Lapang dadanya apabila Ikmal mula menerima kenyataan yang
Hana telah dimiliki. Hilang satu masalah temannya. Cuma tinggal seteru utama
Hana, Zara Arlysa. Ni kalau cerita kat Hana ni, mahu havoc jadinya. Jam di tangan dikerling sepintas lalu. Tepat pukul
lima petang. Tipah menepuk dahinya. Dia terlupa Mika sedang menunggunya di
perpustakaan. Langkah diatur lalu menuju ke perpustakaan.
‘Where have you been.
Almost half an hour I’m waiting for you.’ Jerkah Mika dengan nada berbisik.
‘Ada
emergency case tadi. Tak boleh nak
elak. Ni nak berborak ke atau nak study?
Kalau nak berborak, jom kita balik.’ Tipah memberi kata dua.
Mika
menarik buku yang ditolaknya sebentar tadi. Memahami tindakan Mika, Tipah
mengeluarkan buku dari beg untuk menelaah nota yang diberikan oleh
pensyarahnya.
Kat mana?
Bunyi
mesej menggangu tumpuan Tipah.
Library! Study mek. Final is near. Butang hantar ditekan.
Hana
rasa nak muntah membaca mesej yang dihantar Tipah.
Over! Cakap je lah nak dating dengan Mika. Final is
near konon.
Hamboi! Marah nampak. Tak kan jelous kot. Apa
salahnya. Sambil menyelam minum air. Orang tu je asal jumpa nak bertekak.
Apasal mesej? Anything important? Mr. Tarzan mana? Panjang mesej yang ditaip Tipah.
Memang tak la. Saja mesej kau. Bosan tahap gaban
duduk rumah. Dah macam dalam penjara. Ada Mr. Tarzan tu. Tengah tengok tv. Asal
aku bangun je, dia mesti tanya nak pergi mana? Takut betul aku buat drama hari
tu.
Belum
sempat Tipah membalas mesej yang baru masuk, Mika menyiku Tipah. ‘Put the phone down. Kata nak study. Nanti-nanti balas mesej Hana tu.’
Tipah
menarik muka. Nanti kita sambung. En. Bos dah bising suruh study. Sorry babe!
Hana
mengekek ketawa. Mika dah sebiji macam abang Rizz. cakap dia je nak dengar.
Ntah apa cerita lah yang abang Rizz tengok ni. Tak menarik langsung. Baik aku
naik atas. Study apa yang patut.
Betul gak kata Tipah. Final is near.
‘Nak
pergi mana lagi tu?’ tegur abang Rizz.
‘Nak
buat drama jap.’ Jawabku selamba ya.. yaa…
Sunyi!
Tiada balasan!
‘Hana
Qusandria!’ aku terdengar sayup-sayup orang memanggil namaku sehinggalah ia
jelas dan semakin jelas.
Tanpa
mengetuk pintu terlebih dahulu, daun pintu ditolak dari luar. Terpacul wajah
Mr. Tarzan kesayanganku.
‘Nak
apa masuk bilik orang ni?’ tegurku tanpa memandang wajah Mr. Tarzan.
‘Saja!
Ingatkan buat drama lagi. Ye lah! Dua jam tanpa aksi.’
What! Dua jam aku menelaah pelajaran. Hebat
betul Hana Qusandria. Jeritku di dalam hati.
‘Jap!
Jap! Nak sangat ke Hana buat drama? Hana dah baik ni pun dah cukup bagus tau.’
‘Berani
buatlah. Ada yang menyesal seumur hidup nanti.’
Hesh!
Kalau layan Mr. Tarzan ni mahu habis air liur aku. ‘Silakan keluar. Hana nak
mandi dan bersiap nak maghrib.’
Maghrib
kali ini jemaahnya cukup chorum.
Jarang nak dapat macam ni selalu. Selalunya along yang tiada. Kerja doktorlah
katakan. Selalu on call. Leka aku
melipat sejadah, papa tiba-tiba bersuara. ‘Lepas makan semua berkumpul kat
ruang tamu. Papa dan mama ada hal yang nak dibincangkan. Hana no excuse ye.’
Cuak
pulak bila papa memberi amaran. Mulut ni laju je nak menjawab. ‘Ai! Ai! Capten’
Terhambur
tawa semua yang ada. Aku buat lawak ke? Confius!
Walaupun
enak menjamu selera, otak aku ligat memikirkan apa yang hendak dibincangkan
oleh mama dan papa. Hebat jugak aku mengawal rasa kerisauanku agar tidak terpancar
di wajahku. Kalau tidak, jenuh nak menjawab soalan Mr. Tarzan aku tu. Sempat
jugak aku menjeling wajah Mr. Tarzan. Langsung tak ada perasaan. Tahulah lauk
mak jah masak tu sedap. Tak pandang orang sekeliling.
‘Makan
Hana Qusandria. Pandang kiri kanan cari apa? Cari jalan nak loloskan diri ke?’
setepek aku kena. Mata helang betul Mr. Tarzan ni.
‘Tengah
makan la ni. Saja usha line. Mana
tahu line baik punya kejap lagi.’
Jawabku sambil menguyah nasi di dalam mulut. Dek tindakan tak fikir panjang,
tak pasal-pasal aku tersedak. Nak tercabut nyawa aku di buatnya. Sikap
penyayang tu dah ada cuma tang tepuk belakang tu, macam nak gugur jantung aku
dikerjakan abang Rizz.
‘Terima
kasih di atas bantuan tapi tak membantu langsung.’ Sindirku angin satu badan.
Papa, mama dan along sekadar menjadi pemerhati drama kami.
‘Kebetulan
semua ada kat rumah ni, ada beberapa perkara yang nak papa dan mama nak
bincangkan dengan along, Rizz dan Hana.’ Mukadimah papa yang suspense di telingaku.
‘Papa
dan mama dah buat keputusan majlis Hana dan Rizz akan diadakan lepas final exam Hana. Two weeks from now. So Hana, semua benda mama dah settle kan. tinggal Hana dan Rizz naik pelamin
je. Prepare yourself sayang.’
Peringatan mama lembut tetapi tegas.
Sebiji
batu menghempap kepala aku sekarang ni. Two
weeks from now. Berjimba sakanlah Mr. Tarzan aku tu. Aku? Tiada perkataan
yang boleh aku ungkapkan selain speechless
wei! ‘Tipah help me!’ jeritku sekuat
hati.
‘Ya
Allah Hana! Hana! Bawa mengucap sayang.’ Jerit mama kerisauan.
Aku
yang pelik pulak. ‘Kenapa nak bawak mengucap mama? Kalau nak naik pelamin kena
bawa mengucap ye ma?’
‘Hana
ni dah kenapa? Dah nya Hana menjerit
Tipah help me. Tu yang mama
suruh Hana bawa mengucap. Hana okay ke
tak ni?’
Serius malu wei. Macam mana boleh terlepas
pulak ni. Selalunya boleh control. Ni
boleh terbabas depan papa, along dan Mr. Tarzan.
‘Banyak
sangat tengok cerita Korea. Tu salah satu sebab jadi macam tu.’ Sedas aku kena
lagi dari abang Rizz. Mahu kojol aku lepas ni.
‘What ever!’ bidasku geram.
‘Hana.’
Tegur papa.
‘Opss! Sorry pa.’
‘So.. Papa nak Rizz dan along manage your schedule. Arrange cuti masing-masing. And you my dear Hana, no drama after this.
Dah cukup havoc dalam rumah ni nak
uruskan Hana dan Rizz. Belum lagi sepupu kamu si Zara Arlysa. Can you promise to papa dear?’
Cukup
berat untuk aku menjawab. Dalam kepayahan, kesengsaraan, kesedihan, kepiluan
dan keterpaksaan rela aku menjawab ‘Promise
pa.’ syahdu tak ayat aku?
besttttttttt
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteUpdate lagi
ReplyDeleteNak lagi.. Memang sampai bab ni je ke? 😭
ReplyDeleteBila lerr nk sambung blikk
ReplyDeleteslm ... menanti juga sambunganya....
ReplyDeletesorry semua. sibuk dengan kerja. tak dapat nak update. dah post yang baru. enjoy
ReplyDelete