Abangku Suamiku Bab 21

BAB 21
‘Pergi tandas ke atau buat tandas. Lama kemain.’ Bebel Mika mengalahkan makcik.
‘Datang bulan ek? Ramai pulak yang nak membuang. Tu yang lama.’ Jawab Tipah sambil menarik kerusi di hadapan Mika.
Mika menjuih bibirnya. ‘Ada je jawapan. Sebijik perangai Hana. Ni Hana tak bising ke kita keluar?’
Tipah mengeleng kepalanya. ‘Hana balik vila. Aunty suruh balik. Urgent katanya. Dah order ke belum Mika?’
Membutang biji mata Mika. ‘Cuba ulang balik soalan tadi. Tak dengar sangat.’
‘Orang tanya dah order ke belum Mika? Apa yang tak kena?’
‘Janji apa dengan orang lepas majlis merisik tempohari?’
Tipah menepuk dahi. Baru dia teringat janjinya dengan Mikail. Banyak kali dia cuba menukar panggilan Mika kepada abang tetapi acapkali juga dia kekok untuk menutur perkataan ‘abang’. ‘Sorry sangat-sangat. Saya cuba tapi susahla. Bagi masa kat saya boleh tak?’
Pratice make perfect Amylia Azhar. Tak kan dah kawin nanti nak ber ‘kau’ dan ‘aku’. Huru hara rumah tangga kita.’
Okay bos. Dah order belom? Lia dah lapar ni.’ Rengek Tipah walaupun kekok membahasakan dirinya Lia. Hanya panggilan Lia digunakan di rumah.
Good girl. It’s sound great to hear it. Dah order dah sayang. Kejap lagi sampai la tu.’
Meremang bulu roma Tipah mendengar panggilan Mika buatnya. Sempat jugak dia menyembunyikan kegeliannya agar tidak ketahui oleh Mikail.
Usai mengenyangkan perut masing-masing, Mikail dan Tipah sekadar window shopping sebelum pulang. Habis satu shopping mall ditawaf mereka. Tipah duduk di salah satu kerusi yang disediakan. Mika turut duduk di sebelah Tipah. ‘Kenapa duduk?’ Mika kehairanan.
‘Penat!’
‘Hairan! Penat sebab apa? Satu kelas je tadi.’ Mika banyak soal.
‘Mana tak penatnya. Habis satu mall ni kita tawaf. Orang tu bolehlah. Dia tak da kelas hari ni pun.’ Tipah mengomel selamba. Tipah terus bingkas bangun meninggalkan Mika keseorangan. Panas hatinya ditegur oleh Mika. Dah la penat berjalan. Beli satu barang pun tak. Tak kan nak duduk sekejap pun tak boleh.
Sempat Mika menarik tangan Tipah. ‘Lia.’
‘Apa!’ jawab Tipah tidak berperasaan.
‘Abang minta maaf. My fault.’ Pujuk Mika memahami apa yang tersirat di hati Tipah.
Tipah senyap. Mahu terhambur tawanya mendengar Mika membahasakan dirinya ‘abang’. Gigih dia menahan dirinya.
‘Lia.’ Tegur Mika lembut.
Rasa di awangan Tipah disapa penuh romantik.
‘Lia.’ Sapa Mika buat kali kedua.
‘Hmmmm…’ pendek jawapan Tipah.
‘Tak habis lagi merajuk tu?’
‘Siapa yang merajuk?’ Soal Tipah dengan muka cemberut.
‘Tengok muncung pun dah tahu tengah merajuk. I’m sorry okay.’ Pujuk Mika.
‘Tak de masa nak merajuk la. Jom balik. Dah nak maghrib ni. Membebel pulak ibu kat rumah nanti.’
‘Kenapa balik rumah ibu? Malam ni Hana tak balik seksyen 7 ke?’
‘Ibu mesej tadi. Ada hal nak bincang. Hana tak balik malam ni. Lia tidur rumah ibu malam ni.’ Terang Tipah.
Usai menghantar air kopi ke ruang tamu, aku terus menghilangkan diri. Tepi kolam menjadi pilihan aku kali ini. Entah berapa kali aku mengeluh pun tidak aku sedar. Terasa berat beban yang ku tanggung ketika ini. Sekali lagi aku mengeluh.
‘ Dari tadi along dengar adik kesayangan along ni mengeluh. Do you have problem dear?’
Aku sekadar tersenyum. Kakiku di dalam air sengaja aku menolak air. Berkocak air di dalam kolam renang. ‘Tak ada apa-apa lah along. Hana okay.’
‘Tak payah tipu along. Dengar keluhan Hana pun along dah tahu. Hana tengah serabut kepala tu. I can lend you my ear to hear your problem.’ Along telah pun duduk disebelahku. Kakinya turut sama di dalam kolam.
‘Bukan masalah besar pun along. Pasal mak ngah kat luar tu. Daring betul pandangan dia kat Hana. Macam Hana ada buat salah kat dia. Setahu Hana, rasanya tak ada. Hana pun bukan rapat dengan keluarga mak ngah.’
Along pun perasan. Sejak mak ngah dan pak ngah sampai, mak ngah pandang Hana macam singa lapar. Nasib baik dia tak terkam Hana. Mungkin pasal Zara?’
‘Mmmmmm…..’ Hilang terus ayat yang ingin ku ucapkan. Zara Arlysa nama yang cukup indah. Malangnya tuan punya nama tak seindah namanya.
‘Senyap pulak adik along ni.’
I’m speechless along. Lagi-lagi kalau pasal Zara dibangkitkan. Hana can’t say anything. Not because I’m scared of her. Mungkin sebab pertalian darah yang kita ada. Seburuk-buruk Zara Arlysa, dia tetap sepupu Hana. Tipah dan Mika pun hairan kenapa Zara sentiasa dengki pada Hana.’
Kali ini along pula yang mengeluh. Pertandingan mengeluh di tepi kolam lah pulak.
‘Bukan Mika dan Tipah je yang hairan. Along pun hairan. Along nak juga tahu kenapa Zara sanggup kenakan Hana. It’s not first time but twice dan yang terbaru ni dah kali ketiga. Along rasa Hana tahu apa sebabnya. Can you share with me as your brother.’ Along mengorek rahsiaku dalam diam.
‘Hana tak bersedia. Bagi Hana masa along. Hana janji bila Hana dah bersedia, you will be the first one to know.’ Janjiku pada along.
‘Along tunggu. Jangan lama sangat Hana. Along tak nak di apa-apakan Hana lagi.’
Sedang aku rancak berbual, ada yang sedang rancak mendengar perbualan kami. Macam mana aku tahu. Adalah. Sengaja aku buat-buat tak tahu. Mungkin ini cara terbaik untuk dia tahu. Nak tunggu aku buka mulut, memang tak jadi apa.
‘Hana masuk dulu along. Dah kecut jari kaki Hana ni.’ Tuturku.
‘Pergilah masuk.’
‘Along tak nak masuk sekali?’ soalku hairan melihat along masih duduk.
‘Along nak berenang sekejap. Rindu. Dah lama tak berenang. Sibuk dengan kerja.’
Have fun.’ Aku meninggalkan along sendirian di kolam renang. Melilau mataku mencari kelibat Mr. Tarzan aku. Hilang entah ke mana. Dah macam chipsmore.
Bushhh!! Bunyi seseorang terjun ke dalam kolam. Pasti along desisku tanpa menoleh. Razzman yang berada di dalam kolam terkejut dengan tindakan adiknya Rizzman. Razzman yang berada di dalam kolam tidak diendahkan oleh Rizzman. Sudah dua pusingan dia berenang di dalam kolam. Selesai yang ketiga, Rizzman duduk di tepi kolam.
‘Dah hilang masalah?’ tegur alongnya.
‘Masalah mana pernah hilang long.’
‘Masalah tu yang akan menguatkan kita lagi.’
‘Kalau sebaliknya macam mana pulak?’ Rizzman seolah berputus asa.
‘Tak kan nak give up macam tu je? Tak nak cuba selesaikan dulu.?’ Usul Razzman.
‘Macam mana nak usaha kalau asal jumpa asyik bergaduh. Berperang je kerjanya.’
‘Belum kena dengan cara. Bila dah kena dengan caranya, jangan kata gaduh, nak berenggang pun susah.’ Usik Razzman.
‘Iya lah tu long. Hana Qusandira unpredictable person. Bila sampai meroyannya, setengah jam di habiskan 1K. Nasib baik 1K. Kalau ber K, K, K, K, mahu muflis dibuatnya.’
Terbahak-bahak Razzman ketawa mendengar bebelan adiknya. Jarang adiknya buat lawak. ‘Hmmmm… Susah macam tu Rizz. Nak tak nak kena terimalah seadanya. Dah jadi bini pun. Harap-harap Hana tak selalu meroyan. Kot nanti Rizz pulak yang meroyan.’
Kali ini Rizzman dan Razzamn terbahak ketawa bersama. Deraian tawa mereka dapat didengari hingga ke dalam. Kebetulan aku yang berada di dapur segera menjengah di tepi tingkap. Seronok dua beradik berendam di dalam kolam. Hesyhh! Jelous pulak hati ni. Boleh je Mr. Tarzan aku tu ketawa. Kalau dengan aku, muka nak ketat je.
Apa lagi, sengaja aku jadi busy body. Sengaja aku menunjuk muka di tepi kolam. ‘Warghh!! Seronoknya along dengan abang Rizz. Nak joint boleh tak?’
‘Jangan menyibuk. Pergi masuk dalam. Ni hal orang lelaki.’ Cepat je abang Rizz membangkang.
‘Along….’ Aku merengek.
Along angkat tangan tanda mengalah.
‘Huh! Kedekut tahi hidung masin. Macam kolam ni dia punya entah.’ Omelku tidak berpuashati. Namun nasib tak menyebelahi ku. Entah dimana silapku, tiba-tiba aku gagal mengimbangi tubuhku, dengan tidak semena-mena aku selamat berada di dalam kolam. Dah macam nangka busuk aku diibuatnya. Air yang terpercik tak payah cakaplah. Nyaris-nyaris aku nak lemas. Nasib baik datang hero menyelamatkan aku.
Hingar bingar kawasan kolam dengan jeritan aku. Riuh mengalahkan beruk dapat pisang. Terkocoh-kocohlah mama dan papa serta mak ngah dan pak ngah dari dalam rumah. Sempat jugaklah aku melihat wajah mak ngah yang menyampah melihat drama sebabak yang aku cipta.
‘Ya Allah! Macam mana Hana boleh jatuh dalam kolam ni Rizz?’ tempelak mama dengan wajah yang risau.
‘Mama tanya dengan anak kesayangan mama ni. Dah lah tak tahu berenang, ada hati nak mandi kolam.’
Eeee…. Rasa nak jahit-jahit je mulut Mr. Tarzan aku ni. Tak berlapik langsung. Jagalah air muka aku depan mak ngah dan pak ngah. Yang along boleh angkat tangan tanda tidak tahu menahu.
‘Hesyhh! Macam-macam je lah anak kita abang long. Ingatkan apa la tadi.’ Pak ngah menjadi penyelamat keadaan.
‘Baru tiga orang anak Lan. Kalau sepuluh orang nak mahu roboh Villa Anggerik . Jom kita ke dalam. Bawa masuk Hana tu Rizz. Tak pasal-pasal demam nanti budak tu.’ Pesan papa sebelum berlalu.
‘Isyh..!! apa ketuk-ketuk kepala orang ni. Kepala ni bayar zakat tahu tak.’ Rungutku tidak puas hati apabila abang Rizz menunjal kepalaku disebabkan drama yang baru ku buat tadi.
‘Apa lagi tu Hana? Banyak betul drama anak mama sorang ni. Cepat bawa Hana naik Rizz.’

Sekali lagi kepalaku ditunjal oleh abang Rizz. ‘Mulut tu diam boleh tak. Nak membebel je. Tak reti penat ntah!’ 

Comments

  1. finallyyy..lama gile tggu sllu bukak blog sis, nk chck ade update takk😍😍😍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22