Abangku Suamiku Bab 19

BAB 19
‘Jauh termenung abang long. Ada masalah ke?’ tegur Dato’ Seri Rizlan melihat abang kandungnya.
‘Tak da apa lah Lan. Along serba salah dengan Lan. Tak pasal-pasal Lan kena marah dengan Zai pasal Rizz dan Hana. Along tak tahu pulak yang Zara tu sukakan Rizz.’
Dato’ Seri Rizlan pula yang mengeluh. ‘Marah Zai tu kejap je abang Long. Dulu dia yang menentang bila Zara sukakan Rizz. Ini dah terbalik. Lan harap harap abang long dan kak long tak ambil hati dengan sikap isteri Lan tu.’
‘Kami dah faham sangat dengan perangai Zainon tu. Tak terasa hati pun sikap dia. Dalam keras-keras Zai tu ada lembutnya. Zara macam mana?’
Terdiam Dato’ Seri Razlan. Pening kepalanya bila memikirkan hal Zara. ‘Itulah yang memeningkan kepala Lan ni. Sejak kebelakangan ni, dia dah kerap ke kelab malam.’
‘Ya Allah Lan. Jangan dibiarkan Zara terus hanyut. Macam mana Lan tahu semua tu? Lan ada bawa berbincang dengan Zara?’
‘Lan upah penyiasat persendirian abang long. Lan suruh dia ekori ke mana Zara pergi. Lan terpaksa buat macam tu sejak Zara berubah laku. Bila ditegur, Zainon bela Zara. Mana tak makan saman budak tu.’ Jelas Dato’ Seri Razlan dengan wajah yang tegang.
Tan Sri Razlan hanya mengangguk. Eloklah Lan buat macam tu. Sekurang-kurangnya pergerakan Zara dipantau. Lan kena tegur Zara tu dengan cara yang lembut. Itu semua demi masa depan dia. Abang long tak nak terjadi perkara yang buruk kelak.’
Dato’ Seri Rizalan hnaya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata abang longnya. Bila difikirkan hal anak daranya yang seorang tu, mahu pecah kepala dibuatnya. Tiba-tiba Dato’ Seri Rizlan tersedar. Lama dia termenung memikirkan Zara. Tujuannya berjumpa dengan abang longnya kerana ingin bermain golf. Lain pula yang jadi.
‘Jom abang long. Tunggu apa lagi. Kalau nak fikirkan masalah, memang tak habis.’ ajak Dato’ Seri Rizlan telah bangun dari duduknya. Abang longnya hanya tersenyum melihat wajah ceria adiknya. Semoga adiknya kuat mengharungi dugaan yang ditentukan, doa Tan Sri Razlan di dalam hati.
Puas aku mencari Tipah keliling rumah. Batang hidung pun tak nampak. Tak da pulak dia tinggalkan pesan. Ke mana saje lah best buddy aku ni merayap. Aku menghempas tubuhku di atas sofa kelabu. Satu persatu aku tekan butang bernombor di alat kawalan jauh. Tiada satu pun siaran tv yang menarik perhatianku. Bosan jugak duduk rumah seorang diri. Lagi-lagi hujung minggu. Nak balik rumah mama macam malas je nak drive jauh-jauh.
Tiba-tiba idea bernas muncul. Laju aku mendaki anak tangga naik ke tingkat atas. Aku bersiap ala kadar sahaja dan terus turun ke tingkat bawah. Wagen merah dihidupkan sebelum aku berlalu meninggalkan rumahku syurgaku. Perjalanan yang hanya memakan masa beberapa minit, aku tiba di tempat yang ditujui. Mesti korang semua tertanya-tanyakan, ke manalah tempat yang aku beriya-iya nak pergi sangat. Hehehe. Aku tak pergi mana pun. Aku pergi perpustakaan Shah Alam.
Terbaik toqq!!! Aku kalau bosan duduk rumah, perpustakaan ni lah jadi port aku, Tipah dan Mika. Disebabkan Tipah ghaib entah ke mana, baik aku layan buku-buku yang ada kat dalam perpustakaan ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku ulangkaji apa yang patut. Final exam around the corner je. Siap je pilih buku-buku yang aku inginkan, aku duduk di meja paling hujung jauh dari orang. Baru feel nak study. Headphone aku pasang di kepala. Ipod miniku mula menjalankan tugasnya.
Ketenanganku tiba-tiba sahaja diganggu. Siapa pulak yang kacau port aku ni. Aku menggumam seorang diri. Di hujung meja, aku melihat seorang pemuda dengan beberapa buku di tangan baru sahaja melabuhkan duuduknya. Kacau daun betul lah mamat! Aku buat-buat tak tahu. Nak marah sangat pun tak boleh. Tempat awam lah katakan. Aku kembali menala pandanganku ke buku yang telah sedia terbuka.
Aishhh!! Baru je nak concentrated, telefon aku bergetar. Nasib baik aku dah tukar ke mode senyap. Kalau tak mahu haru dalam library ni. Apa hal la pulak suami kesayangan aku ni telefon. Macam nak huru hara je hidup aku. Nak jawab ke tak?
Belum pun sempat aku memberi salam, orang di sebelah sana terlebih dahulu bersuara. ‘Kat mana? Asal lambat sangat jawab telefon?’
Huh! Kalau sehari tak kacau bilaukan hidup aku memang tak sah mamat nama Rizzman Adha ni. ‘Dalam library mana boleh jawab panggilan telefon. Tak belajar ke?’ jawabku separuh berbisik.
‘Menjawab je pandai. Esok jangan pergi mana-mana. Kita keluar.’ Tut...tut...tut… panggilan terus dimatikan.
Hati batu betul Mr. Tarzan ni. Tak pernahnya nak cakap baik-baik. Nak marah je kerjanya. Dia nak bawa aku ke mana pulak? Hesyhhh! Langsung hilang tumpuan aku nak belajar. Kalau study pun mesti tak masuknya. Perlahan-lahan aku tutup semua buku dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Aku terus menapak keluar dari library.
Gedebuk! Aku terlanggar sesuatu. Perit seketika dahiku. Tak pasal-pasal aku terlanggar seseorang. Malunya. ‘Sorry, salah saya. Saya tak nampak awak ada kat depan.’
‘Eh! Tak pa. salah saya jugak. Tiba-tiba berhenti depan pintu utama. Awak okay?’
Alamak! Caring pulak mamat ni. Suara pun macho. Orangnya pun boleh tahan tapi hensem lagi abang Rizz. Aku ni dah kenapa? Tetiba je teringatkan Mr. Tarzan.
‘Cik okay tak ni? Dari tadi senyap je?’ pemuda tu menegur aku lagi.
‘Saya okay. Don’t worry.’
‘Saya Aidil.’ Tangan dihulur kepadaku.
Nak jatuh rahang aku bila mamat ni memperkenalkan dirinya. Nak salam ke tak nak ni?
‘Hana Qusandria. Panggil Hana je.’ Jawabku dengan senyuman tanpa menyambut huluran tangan Aidil. Aku harap dia faham kenapa aku tidak menyambut huluran tangannya.
Aidil tersenyum. ‘Cantik nama secantik orangnya. Student Uitm?’
Thank’s. Biasa-biasa je. Yup! Last year student. Aidil pulak?’ Kembang kuncup aku bila dipuji.
‘MSU. Last year juga tahun ni. Tak pernah nampak Hana datang sini. First time ke?’
Aku tersengih. Punyalah leka berborak, aku dan Aidil dah sampai di luar bangunan perpustakaan. ‘Saya selalu datang sini hari Ahad dengan buddy saya. Buddy saya tak da kat rumah, tu yang saya datang sini. Bosan duduk rumah seorang.’
Aku nampak Aidil tersenyum mendengar jawapanku. ‘Patutlah tak pernah nampak. Dah nak balik?’
Aku mengeluh. Kalau bukan sebab abang Rizz membuat panggilan sebentar tadi, rasanya aku masih berada di dalam library, menelaah pelajaran. ‘Nak balik awal pun tak ada nak buat apa.’
‘Kalau macam tu, kita pergi minum dulu. Saya pun tak ada akitviti petang ni.’ Aidil mempelawaku.
Aku terus setuju. Sekurang-kurangnya ada jugak teman berborak. Macam aku ni desperate sangat nak cari teman berborak. Ah! Lantaklah! Lama jugak aku berborak dengan Aidil. Macam dah lama berkawan. Padahal belum sampai sehari pun aku kenal dia. Satu yang menarik pasal Aidil ni, dia banyak mulut. Ada je cerita.
Selesai berborak dan minum petang bersama, aku tak terus pulang ke rumah sebaliknya tanpa sedar aku memandu entah ke mana.
‘Amboi! Dah maghrib baru sampai rumah. Merayap ke mana bff aku seorang ni?’ terus je aku mendapat sindiran dari Tipah.
Mengalahkan mak Joyah kawan aku ni. Soalan Tipah tidak ku jawab. Aku melabuhkan dudukku di sofa di ruang tamu. ‘Mencari ketenangan.’
Terbeliak mata Tipah mendengar penjelasan aku. ‘Mencari ketenangan kata kau. Aku punyalah risau pasal kau. Telefon tak berjawab. Cuba kau tengok berapa banyak miscalled dari aku?’
Segera kau menyelongkar beg tanganku. Nasib baik tak terkeluar biji mata aku. Dua puluh lima miscalled dari minah ni. ‘Asal tak jawab soalan aku Hana?’ naik satu oktaf suara Tipah.
Cool lah babe. Patutnya aku yang marah. Kau keluar rumah pun tak sound aku. Tau-tau je dah hilang! Aku tak pergi mana pun. Lepak kat library. Telefon aku silent. Lupa nak on kan balik.’ Bidasku sepenuh hati.
Cemberut wajah Tipah. ‘Heheheh. Sorry! Aku ingatkan tadi kau dah kena culik dengan si Ikmal tu.’
‘Ke main kau kan Tipah. Tadi main sedap hambur aku. Alih-alih tersengih macam kerang busuk. Kau ingat cantik sangat senyuman kau tu. Tell me right now! Kau pergi mana sebenarnya.’
‘Aku… Aku..’ tergagap Tipah untuk menghabiskan ayatnya.
‘Kau apa nya? Tipah!’ tempikku.
‘Aku balik rumah orang tua aku la!’
‘Leh caya ke dengan kau ni. Tak da angin tak ribut kau balik rumah orang tua kau, selalunya kalau kau balik sana, kau ajak aku.’
Tipah berubah wajah. Wajahnya pucat. ‘Kalau aku cakap kau jangan marah.’
‘Kau tak cakap lagi. Macam mana aku nak marah.’ Ujarku.
‘Aku balik tak ajak kau sebab ada orang datang merisik aku.’ Senada tutur Tipah.
Terkedu aku! Berkerut-kerut kening aku mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Tipah. ‘Siapa?’ tanyaku pendek.
Tipah serba salah. Mana mungkin dia akan berkata benar. Selama ni pun Hana tidak tahu akan hubunganya dengan Mika. Bagaimana nanti penerimaan Hana. Atau Hana juga mempunyai perasaan terhadap Mika. Arghh!! Serabut kepala kau macam ni jerit Tipah di dalam hati.
            ‘Amylia Azhar!’ sergahku.
            ‘Hah! Apa?’
‘Boleh pulak dia berangan. Apa? Dah tak sabar nak naik pelamin ke?’ sindirku.
            ‘Mulut tak da insuran nampak. Kau tanya apa tadi? Aku tak dengar.’
‘Keluarga siapa yang datang merisik kau?’ ulangku semula.
‘Aaaaa… Hmm.. Hmmm’
‘Bila masa kau jadi gagap ni Tipah. Apa yang susah sangat nak cakap. Kau jangan cakap orang tu aku kenal!’ tekaku semborono.
Tipah hanya mampu mengangguk kepala. Aku hilang kata-kata. Siapa pula orang yang aku kenal dan berkenan dengan bff aku ni. Setahu aku, di kampus, Tipah rapat dengan aku dan Mika. Tak kan Mika adik-adik tu?’ Absolutely tak mungkin!
Don’t tell me that Adam Mikail yang merisik kau?’ spontan sahaja mulutku menuturnya.
Tipah tersengih seperti kerang busuk. Shih tekaanku. ‘Amylia Azhar binti Dato’ Amzar Ahmad! All these day, both of you playing love behind me. How dare you Tipah!’
‘Ha… Ha,,, Hana. Aku minta maaf. Aku dan Mika bukan tak nak beritahu kau. Aku dan Mika takut kau tak boleh terima nanti.’
‘Kenapa aku tak boleh terima hubungan kau dengan Mika? Tell me the reason?
‘Aku takut kau ada perasaan yang sama macam aku pada Mika. Aku tak nak kau sedih Hana.’ Tutur Tipah mundar mandir di hadapan aku.
Terbahak-bahak aku ketawa dengar penjelasan dari bff aku. ‘Are you out of your mind. Rizzman Adha tu aku nak campak kat mana? Nak simpan dalam poket aku ke Tipah? Rapatnya aku dengan Mika tu sama aku rapat dengan kau. Tak terlintas langsung aku nak ada perasaan dengan si Mika. He is not my taste tapi apa-apa pun tahniah my dear.’ Aku terus peluk Tipah.
Tipah terkejut dengan pelukan aku. ‘Jap! Jap! Kau tak marah aku, Hana?’
Aku geleng kepala.
‘Habis tadi tu?’ soal Tipah.
‘Aku boleh jadi pelakon lah lepas ni kan Tipah.’ Aku tidak menjawab soalan Tipah.
Tipah menolak tubuhku. Laju sahaja tangannya menunjal dahiku. ‘Hampeh kau Hana. Aku punyalah cuak bila tekaan kau tu tepat. Jantung aku ni macam nak berhenti je tadi tapi kau boleh pulak berlakon marahkan aku. Betul ke kau tak da perasaan kat Mika.’
Melihatkan muka seposen Tipah meminta jawapan, tawaku meletus sekali lagi. ‘Memang tak la. Tak bau syurga aku nanti kawan.’
‘Hesyh! Kau ni kan tak pernah nak serius kan Hana. Stress aku ada bff kepala ting tong macam kau ni.’ Rungut Tipah.
‘Sekarang baru pandai merungut. Sebelum ni tak pulak. Iyalah! Sejak dah ada pegarang hati ni.’
Tipah tersipu malu. Suka sangatlah tu bila cerita pasal si jantung hati.
‘Jap Hana!’ jerit Tipah.
Aku buat muka double jerk.
‘Maksudnya selama ni kau memang ada perasaan dengan abang Rizz lah. Sebab tu kau tak layan semua budak kampus yang cuba pikat kau selama ni.’
Aku pula yang mengeluh panjang. Sakit kepala ni bila mula timbul cerita Mr. Tarzan aku tu. ‘Let me tell you buddy. Buat masa ni aku belum ada perasaan sayang pada abang Rizz. Aku tak layan budak kampus kita tu sebab aku dah ada tanggungjawab yang aku galas sejak aku bergelar isteri abang Rizz. Biarlah masa yang tentukan segalanya. Kita pun tak tahu, mungkin sehari dua ni, tiba-tiba Allah terbitkan perasaan sayang aku pada abang Rizz.’
‘Aku tabik kau lah Hana. Kau ni tak cepat melatah. Kau boleh tenang hadapi semua ni. Kalau aku… mahu aku terjun bangunan tinggi.’
‘Aku memang dah agak dah.’ Sindirku.

Tawa kami meletus bersama. Semoga tuhan ada perancangan terbaik untuk aku sebagai umatnya.

Comments

  1. Hai sis... As usual tak pernah sis hampa readers... Mmg best this chap... And sya harap next chapter keseluruhan tumpu pd hana dan rizz.. And their persandingan soon..

    ReplyDelete
  2. Hai sis... As usual tak pernah sis hampa readers... Mmg best this chap... And sya harap next chapter keseluruhan tumpu pd hana dan rizz.. And their persandingan soon..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22