Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 32

BAB 32
Perjalanan pulang ke kampung halaman bapa mertuanya memberi seribu pengalaman baru buat Hafni. Luqman dan Hafni berkongsi kereta dengan papa dan mamanya. Kebetulan Dato’ Lutfi tidak boleh memandu perjalanan yang jauh.
Seperti kebiasaan, Luqman pastinya menjadi pemandu ditemani Dato’ Lutfi di tempat penumpang hadapan manakala Datin Rafidah dan Hafni  menjadi penumpang di belakang. Sempat juga Luqman menjeling Hafni melalui cermin pandang belakang.
‘Hai bang, tak sampai la kita ke kampung awak kalau drivernya asyik pandang penumpang belakang ni.’ pedas sindiran Datin Rafidah.
‘Mati keringlah kita kat dalam kereta ni Fidah. Susah jugak satu kereta dengan orang yang tengah hangat bercinta.’ giliran Dato’ Lutfi mengenakan anak menantunya. Wajah Hafni mula membahang. Geramnya dengan perangai Luqman. Dihadapan papa dan mamanya sempat lagi dia hendak bergurau senda.
‘Mama dengan papa ni, kalau tak sakat Luq memang tak sah. Dah merah wajah isteri Luq tu.’
Tersenyum Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. ‘Dulu boleh je kita menyakat bang. Sejak ada isteri ni langsung tak boleh.’ omel Datin Rafidah.
Riuh suasana di dalam kereta. Penuh dengan gurau senda sehinggakan tidak sedar mereka telah mengharungi separuh daripada perjalanan. Luqman singgah sebentar di perhentian bagi mengisi perut yang mula berbunyi. Seperti belangkas, Luqman berpimpinan tangan dengan Hafni meninggalkan papa dan mamanya di belakang.
Selesai mengisi perut dan menunaikan solat, perjalanan diteruskan. Terlentok-lentok Hafni dan Datin Rafidah yang berada di kerusi belakang. Selepas empat jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di kampung halaman papa.  Suasana kampung mula menggamit perasaan. Luqman orang pertama yang keluar dari perut kereta untuk menghirup udara kampung. Agak lama dia tidak pulang ke kampung. Kali terakhir dua tahun lepas.
Tok wannya telah siap menunggu kehadiran anak menantu dan cucunya di tangga rumah. Dato’ Lutfi dan datin Rafidah segera mendapatkan emaknya yang berada di tangga. ‘Assalamualaikum mak. Mak sihat?’ tanya Dato’ Lutfi.
‘Walaikumsalam. Mak macam ni lah Lutfi. Kamu berdua sihat ke? Yang cucu aku tu dah tak reti nak salam orang tua ni? Naik lenguh aku menunggu hampa mai sini.’ tok wan Esah mula meleter.
Sebelum emaknya meleter, Dato’ Lutfi  segera memanggil Luqman yang leka memandang sekitar kampung. Terkocoh-kocoh Luqman mendapatkan tok wan Esahnya.
‘Tok wan sihat?’ pendek soal Luqman.
‘Hilang langsung penyakit tok wan bila dengar kamu nak balik. Alih-alih benda lain yang kamu dok kejar Luq. Nak buat lagu mana, tok wan ni dah tua. Tak da sapa pun nak herankan.’ lirih tok wan Esah.
‘Janganlah habaq macam tu tok wan. Luq dah lama tak balik sini. Tu yang teruja tengok kawasan kampung tadi.’
‘Habaq….. Habaq jugak, mana cucu menantu tok wan? Tak kan kamu balik sorang je Luq?’
Luqman menggaru kepala yang tidak gatal. Bagaimana dia boleh terlupa dengan isterinya. ‘Alamak tok wan! Luq terlupa.’ Luqman berlari anak ke kereta menjenguk Hafni. Hafni tidur dengan lenanya. Perlahan-lahan Luqman membuka pintu kereta.
Bahu Hafni disentuh lembut. ‘Sayang bangun. Dah sampai dah.’
Hafni mengeliat. Matanya masih terpejam. Mengantuknya masih bersisa. Sekali lagi Luqman mengejut isterinya. ‘Sayang bangun. Kita dah sampai kat kampung ni. Kalau sayang tak nak bangun, nanti abang denda.’
Walaupun telah dikejut dua kali oleh Luqman, Hafni masih tidak terjaga. Hanya satu cara yang belum Luqman lakukan. Setelah berkali-kali mencuba, Luqman melakukan misi terakhirnya. Luqman mendekatkan tubuhnya lebih rapat dengan Hafni. Perlahan-lahan bibirnya mendarat di bibir Hafni. dia tidak menyangka mendapat respons dari Hafni. Luqman terbua dengan ciuman hangat Hafni sehinggakan kehadiran mamanya tak disedari.
‘Ya Allah Luqman. Apa kerja kamu ni? Tok wan suruh kamu kejut Hafni, bukannya buat adengan sebabak kat sini.’ tegur Datin Rafidah. Akibat dari teguran Datin Rafidah yang agak kuat mengejutkan Hafni dari lenanya. Terpempan Hafni melihat bibirnya melekat dengan Luqman. Disebabkan terkejut dengan kehadiran Luqman, Hafni menolak bahu Luqman. Luqman terdorong ke belakang . Kepalanya terhantuk pada kerusi pemandu.
Walaupun terkejut melihat kejadian tersebut, namun di dalam hatinya senang melihat hubungan anak menantunya. Harap-harap segeralah dia menambah cucu. Malas untuk menggangu adengan romantik anaknya, Datin Rafidah kemali  masuk ke rumah.
Luqman menggosok kepalanya. Terasa perit di kepalanya. ‘Padan muka. Suka sangat ambil kesempatan. Kan dah kantoi dengan mama.’ rungut Hafni.
Luqman geram mendengar rungutan isterinya. ‘Bukannya salah abang pun. Salah sayang. Dah banyak kali abang kejut. Bukannya sayang nak bangun pun. Tidur lagi adalah. Boleh pulak respons masa abang cium sayang.’
Merona wajah Hafni. Aku respons ke masa dia cium aku tadi. Malunya bukan kepalang. Hafni membetulkan tudungnya yang senget. Luqman berada di bonet kereta memunggah beg-beg baju. Hafni yang baru bercadang untuk menapak ke rumah terlebih dahulu dipanggil oleh Luqman.
‘Eh! Sayang nak ke mana tu?’ teriak Luqman.
‘Nak masuk rumah tok wan lah. Habis nak pergi mana?’
‘Habis…. Siapa yang nak tolong abang angkatkan beg-beg ni?’ tutur Luqman.
‘Angkatlah sendiri. Abangkan gagah perkasa.’ Hafni menggenakan Luqman. Dia terus melangkah ke rumah.
Luqman mengetap bibir. Hafni sengaja mengenakan dirinya. Bersusah payah dia mengangkat beg-beg bajunya termasuk kepunyaan mama dan papanya. Termengah-mengah dia mendaki tangga rumah tok wannya. Beg baju disusun ditepi pintu masuk rumah tok wannya. Luqman menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa paru-parunya tidak mempunyai oksigen.
‘Hai Luq! Baru angkat beg banyak tu dah semput? Macam mana nak bagi cicit kat tok wan ni.’ sempat lagi tok wan Esah menyindir.
‘Bukannya tak larat tok wan. Masalahnya beg tu bukannya berat baju. Dah macam berat besi je kat dalam beg tu. Bab nak bagi cicit kat tok wan tu tak da hal la. Tok wan kenalah tanya kat empunya badan. Sanggup ke tak?’ giliran Luqman menggenakan Hafni.
Membulat mata Hafni. Wajahnya mula membahang. Manakala yang lain hanya tersenyum.
‘Sudah-sudahlah Luq. Jangan disakat Hafni tu. Pergi tunjukkan bilik pada Hafni. Mesti Hafni keletihan lagi.’ arah Dato’ Lutfi.
Luqman telah bangun dari duduknya dan menarik beg baju. Selepas meminta diri, Hafni mengekori Luqman dari belakang. Selang sebuah bilik, Luqman menolak daun pintu. Agak luas bilik tersebut yang lengkap dengan katil kelaminnyang diperbuat dari kayu jati. Hafni duduk di birai katil meneliti suasana bilik yang bakal didiaminya selama seminggu.
‘Kalau sayang nak tahu, ni lah bilik yang abang tidur setiap kali balik sini.’ Luqman berkongsi cerita dengan Hafni.
‘Habis… Kalau saudara mara abang balik, dia orang tidur mana pulak?’
‘Papa cuma ada tiga beradik. Hanya pak long dan papa sahaja yang bermalam kat sini. Rumah pak ngah tak jauh dari rumah tok wan. Selalunya kalau rumah tok wan penuh, ada yang tidur rumah pak ngah. Kira bilik ni kepunyaan abanglah.’ bangga Luqman bercerita.

‘Hah! Berlagak lah tu.’ omel Hafni.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22