Abangku Suamiku Bab 18

BAB 18
Aku melempar beg kuliahku di atas sofa. Seronoknya dapat balik rumah. Rumah mama bukannya tak seronok cuma sejak ada abang Rizz ni, tingkah laku aku asyik sumbang je di matanya. Kalau duduk sini tak da yang sakit mata. Tipah pun lebih kurang macam aku.
‘Senang hati nampak? Kena loteri ke?’
Tipah di depanku sengaja ku jeling. ‘Tak boleh tengok orang senang hati ek? Ke kau nak tengok aku susah hati. By the way loteri tu  haram.’
Tipah tertawakan aku. Lawak ke apa yang aku cakapkan. Ada member seorang ni pun masuk air macam aku. ‘Tipah…. Tipah. Siapalah yang jadi boyfriend kau Tipah? Mahu sakit kepala dibuatnya. Dah puas ketawakan aku?’ sindirku apabila Tipah berhenti ketawa tak hengat dunia.
‘Sejak nak jadi pengantin ni, cepat betul buddy aku ni sentap. Nasib baik dapat husband hati batu mcam abang Rizz tu.’
‘Tak sayang mulut nampak.’
Tipah menutup mulutnya. ‘Ala… Gurau pun tak boleh. Aku bukannya apa Hana. Aku tengok kau macam tertekan je lately ni. Bila tengok kau senang hati, tu yang aku hairan. Tapi I’m happy when looked you happy.’
Aku mengeluh panjang. Bila terdengarkan kata-kata Tipah, teringat aku kepada abang Rizz. ‘Apa yang kau nampak tu memang ada betulnya Tipah. Tu baru abang Rizz. Belum lagi Ikmal. Aku tak tahulah nanti kena hidup sebilik dengan abang Rizz. Mahu bercakaran kita orang berdua.
Tipah diam. Apa lah yang sedang difikirkannya. Bercakap sorang-sorang aku rupanya. Nak ditegur, tak pasal-pasal kena tempik dengan minah ting tong ni. Baik aku pun layan blues. Ada gak faedah.
Apa lagi yang Ikmal nak dari Hana. Bukan hari tu dia terserempak dengan Hana dan alongnya ke? Tak kan dia tak faham-faham lagi. Kesian kawan aku. Sabarlah Hana. Dugaan tuhan untuk hambanya desis Tipah sendirian.
Jam di tangan dikilas sekali lalu. Tepat pukul lapan setengah malam. Mika tiba diperkarangan Villa Anggerik. Pada mulanya Mika terkejut apabila mama Hana menyuruhnya datang ke rumah untuk berbincang persiapan majlis perkahwinan Hana dan abang Rizz. Rupa-rupanya Hana tiada di rumah mamanya sebaliknya Hana berada di rumah Shah Alam buat sementara waktu.
‘Ya Allah. Dah sampai budak bertuah ni. Mika masuklah.’ Pelawa Puan Sri Maimon.
Pelawaan mama Hana di biarkan sepi. Mika masih di dalam dunianya sendiri. Hendak tak hendak terpaksalah Puan Sri Maimon menapak ke arah Mika. ‘Mika!’ sergah Puan Sri Maimon.
‘Subahanallah! Mika terkejut.
‘Bertuah punya budak. Boleh pulak mengelamun kat laman rumah ni.’
‘Maaf aunty. Tiba-tiba pulak nak berangan tadi.’ Mika malu sendiri.
‘Hey! Ada-ada je kamu ni Mika. Perangai tak ubah macam Hana. Dah! Jom masuk. Baik hati derma darah kat nyamuk.’
Lama Mika dan Puan Sri Maimon berbincang persiapan majlis Hana dan Rizz. dari busana pengantin hinggalah ke pelamin termasuklah tema majlis tersebut. Dalam sedar tak sedar, lama Mika berada di Villa Anggerik. Kalau tahu kat Hana, mahu semput dia dikejar Hana keliling rumah.
‘Lega aunty bila semua dah selesai. Tak sia-sia aunty ambil khidmat Mika untuk majlis Hana.’
‘Mika yang beruntung dapat bantu aunty dan Hana. Pasal baju sanding Hana tu, aunty jangan risau. Nanti staff Damien akan hantar ke rumah. Ukuran baju tu Damien ikut ukuran masa Hana photoshoot tempohari. Nanti aunty minta Hana cuba. Kalau nak otter, sempat lagi.’ Tutur Mika teruja.
‘Syukur Mika. Nampaknya persiapan dah hampir lapan puluh peratus. Kuranglah sikit risau aunty ni.’
Mika tersenyum lebar. Walaupun kerja yang diamanahkan telah siap dan telah mendapat kata setuju, Mika leka berbual dengan mama Hana sehinggalah tidak sedar kepulangan Rizzman. Pucat lesi muka Mika apabila memandang wajah Rizzman. Dalam takut-takutnya, Mika bersalaman dengan Rizzman a.k.a suami best buddynya.
Seperti tahu gelodak rasa di hati Mika, Puan Sri Maimon terlebih dahulu memecah kesunyian. ‘Tiba-tiba Rizz balik. Kerja dah siap ke?’
‘Belum lagi ma. Balik ni pun sebab nak ambil barang Rizz.’
‘La ye ke. Mama ingat dah settle kerja Rizz. Bila sebetulnya kerja Rizz siap?’ Puan Sri Maimon inginkan kepastian. Mika yang berada di ruang tamu sekadar menjadi pendengar setia.
‘Mungkin minggu depan siaplah semua kerja Rizz. Kenapa ma?’
‘Eloklah tu. Bolehlah Rizz pergi fitting baju pengantin. Semuanya mama dan Mika dah uruskan. Tinggal Rizz nak cuba je baju tu.’ Tutur Puan Sri Maimon. Mika di sebelahnya turut tersenyum.
‘Okay. Nanti mama hantar alamat kedai kat Rizz. Rizz naik atas dulu. Malam ni Rizz tidur sini.’ Senada sahaja percakapan Rizzman.
‘Rizz nak makan tak? Kalau nak makan, mama minta mak Jah panaskan.’
Rizzman menggeleng. Matanya yang mengantuk minta segera ditutup. Satu persatu anak tangga didaki hingga ke tingkat atas.
Memadangkan hari hampir larut, siap sahaja checklist, Mika minta mengundur diri. Dia bila bab memandu malam-malam agak payah baginya kerana takut memandu  keseorangan.
Puan Sri Maimon duduk mengadap cermin di meja solek sambal menyapu losyen di kaki dan tangannya. Bunyi pintu dibuka dari luar menarik perhatian Puan Sri Maimon.
‘Tak tidur lagi Mai? Dah pukul berapa ni?’ terkejut Tan Sri Razlan yang baru pulang dari masjid.
‘Baru nak tidur bang. Lambat abang balik hari ni? Ada apa-apa ke kat masjid tu bang?’
‘Ada mesyuarat ajk masjid. Nak kumpul dana untuk besarkan ruang stor dan ruang jemaah wanita. Tu yang lambat abang balik. Abang nampak kereta Rizz kat luar. Dia dah balik ker?’ Tan Sri Razlan melabuh duduknya di birai katil.
‘Ada dalam bilik. Katanya balik nak ambil barang tapi malam ni dia tidur sini. Kesian pulak Mai tengok Rizz tu bang. Penat sangat muka dia Mai tengok.’
‘Biasalah tu Mai. Mana ada kerja yang tak penat. Tak kesian kat abang ni ke? Penat kerja pagi tadi pun tak hilang lagi. Apa kata Mai tolong urutkan belakang abang.’ Usik Tan Sri Razlan.
‘Amboi. Ambil kesempatan dalam diam ye abang ni. Ye lah. Ye lah. Mai urutkan.’ Puan Sri Maimon mendekati suaminya. Riuh seketika bilik tidur mereka denga hilai tawa.
Terkocoh-kocoh Mika masuk ke dalam perut kereta. Tak pasal-pasal dia terlewat untuk ke kuliah. Ini semua gara-gara terlupa kunci jam. Berdesup Mika memecut pink wagennya. Sudahlah lambat, skuternya pulak meragam tiba-tiba. Terpaksalah dia membawa wagen pinknya ke kampus. Mesti haru biru dia digelakkan oleh Tipah. Nasibnya baik. Kebetulan pensyarahnya tiba lewat. Cepat-cepat dia mengambil tempat biasanya. Aiman menyiku Mika yang baru duduk.
‘Apa kes?’ tegur Aiman dengan suara adik-adik.
‘Ke mahkamah nok! Nasib baik mak sempat selamatkan diri.’
‘Mahkamah apa? Mahkamah syariah ke? Kau gila talak ke nok?’ Aiman mahu menyakat.
‘Mak kau diva. Of course lah ramai yang gila talak.’ Mika tak mahu mengalah.
‘Choi! Choi! Choi lah kau ni Mika.’
Mereka ketawa tiba-tiba. Janganlah ada yang mengusik. Pasti berlarutan kesudahannya. Kita orang straight hokey. Tak bengkang bengkok ye!’
‘Asal lambat?’ ulang Aiman tidak berpuashati.
‘Terlupa kunci jam lah Aiman. Boleh pulak skuter aku meragam.’
‘Dah tu, kau datang naik pink wagen la ni. Siaplah kau kena bahan dengan si Tipah jap lagi.’
‘Kau tak payah cakap Aiman. Aku dah siap sedia menadah telinga ni nak dengar dia bahan aku. Minah sorang tu mulut tak insurans langsung.’ Mika merungut.
‘Yang tak ada insurans tu lah pujaan hati kau.’ Sindir Aiman sebelum muncul kelibat Zara di dalam dewan. Mencerlung pandangan Zara ke arah Mika yang sibuk berborak dengan Aiman di bahagian atas dewan.
‘Hai! Pagi-pagi lagi dah dapat jelingan tajam. Ntah-ntah si Zara tu berkenan dengan kau tak Mika?’ tebak Aiman.
‘Choi! Choi! Mulut kau Aiman. Habis mak dikerjakannya.’ Mika berlawak.
‘Dah tu, asal dia daring je kat kau?’
‘Panjang cerita Aiman.’ Mika cuba mengelak untuk bercakap tentang permasalahan Zara dan Hana. Diarlah di dan Tipah sahaja yang tahu.
Adib Mikail mengeluh penat. Mana tidaknya, dia dan kawannya yang lain terpaksa mengadap dua kelas berturutan. Mika dengan bersahaja mengeliat merenggangkan urat yang tegang. Zara yang muncul entah dari mana tiba-tiba menerpa Mika.
‘Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan?’ sergah Zara.
Habis terjatuh buku-buku Mika ada di atas meja dek sergahan Zara. Mika masih dengan wajah yang bersahaja. Sebenarnya dia memang terkejut dengan kehadiran Zara yang meroyan di hadapannya. ‘What ever!’ jawab Mika culas lantas mengutip buku-buku yang jatuh sebelum beredar meninggalkan Zara terpinga-pinga.
Tangannya ligat menaip mesej pada seseorang.
Tak payah datang jumpa aku. Tunggu kat tempat biasa.
Ada singa betina meroyan kat aku tadi. Butang hantar ditekan laju
Amylia Azhar membaca mesej yang baru diterimanya. Nasib baik dia terdengar bunyi mesej yang masuk. Kalau tidak tak pasal-pasal ada drama kat fakulti Mika nanti. Singa betina tu bukan boleh percaya sangat. Ada sahaja helah untuk mengenakan Hana. Yang Hana pulak tak pandai nak lawan balik. Melihat Tipah melencong ke arah lain membuat Hana hairan sekejap.
‘Beb! Kata Mika tunggu kat dewan fakulti dia. Kenapa kau jalan ke sana pulak?’
‘Lokasi telah bertukar. Ada singa betina meroyan sesat kat fakulti Mika.’ Tipah menjawab soalan Hana.
‘Singa betina meroyan? Terlepas? Maksud kau?’
Segera Tipah memusing badannya mengadap Hana. ‘Hai lah kawan aku ni. Kenapalah sejak diketahui statusnya, ram nya semakin slow. Singa betina tu pun kau tak kenal?’
Hana menggeleng kepalanya. Dia sememangnya tidak tahu. Tipah menepuk dahinya sendiri kecewa dengan jawapan Hana.
‘Kalau kau nak tahu siapa? Tunggu jumpa Mika. Tanya Mika sendiri. Tak kuasa aku nak sebut nama singa betina tu. Buang air liur je.’
Hana mengeluh panjang. Siapa singa betina yang dimaksudkan oleh sahabatnya? Ram aku dah slow ke? Tak boleh jadi ni. Kena upgrade yang baru nampaknya gumam Hana di dalam hati. Tak cukup langkah Hana mengejar Tipah yang telah jauh meningggalkannya.
Buntang biji mata Tipah memandang Mika menghirup chocolate shake nya. ‘Woit! Minum tak ingat orang belakang! Dah tak boleh nak tunggu kita orang sampai dulu ke?’ tegur Tipah.
Tersedak Mika dibuatnya. Hesy! Perempuan sorang ni tak macam perempuan lain. Main sedap mulut je nak bercakap. Malang betul siapa yang dapat. Eh! Bukan ke …. Kena batang hidung sendiri la pulak desis Mika sendirian.
‘Panas sangat. Tu yang aku minum dulu. Kalau tunggu kau dengan Hana, mahu kering tekak aku ni. Apa kes lambat? Bukan kelas kau habis awal dari aku ker?’ Mika musykil.
‘Aku singgah perpustakaan tadi. Tu yang lambat.
Ram Hana ni pun dah slow.  Tu yang kena update ram yang baru. Cepat sikit proses data.’ Tokok Tipah.
Mika faham maksud kata-kata Tipah. Pastinya tentang singa betina yang dimaksudkan oleh Tipah. Mika sendiri pun tidak tahu mengapa Zara selalu mencari pasal dengan Hana. Sedangkan Hana tidak pernah bercerita perilaku Zara yang buruk sepanjang mereka berkawan. Bila ditanya Hana sering mengelak.
‘Siapa singa betina tu Mika, Tipah?’ Hana bertanya dengan wajah yang tak sabar untuk mendengar jawapan.
Lambat Mika menjawab. ‘Zara, sepupu kau tu!’
Hana terdiam seketika. Letih otaknya apabila mendengar nama Zara menjadi sebutan. Apalah lagi yang sepupunya inginkan. ‘Dia buat kecoh ke Mika?’
Mika menggeleng. ‘Dia tegur aku sebab cari pasal dengan dia. Sebelum dia meroyan, cepat-cepat aku blah.’
‘Maaflah Mika. Sebab aku, kau kena serang dengan Zara. Naik bosan aku minta dia jangan kacau kau dan Tipah.’
‘Cuba kau beritahu aku dengan Mika. Kenapa sepupu kesayangan kau tu suka ganggu kau. Sejak aku kenal kau sampai la ni, dia terus-terusan menyakiti kau. Have you done anything wrong to her life before this?’ Tipah meluahkan apa yang terbuku selama ini.
Bab ni lah yang paling aku tak suka. Bila terpaksa membuka cerita lama yang sebolehnya aku tidak mahu untuk mengingatinya. Acapkali aku mengeluh.
‘It’s okay Hana kalau kau tak sedia nak kongsi masalah kau dengan aku dan Tipah.’ Sampuk Mika simpati melihat keadaan rakannya.
‘Tak boleh Mika! Hana kena beritahu apa puncanya. Sekurang-kurangnya kita sebagai kawan kena tahu!’
‘Amylia Azhar binti Dato’ Amzar Ahmad! Boleh tak jangan terlalu pentingkan diri. Mungkin ada sebab Hana merahsiakan hal ni daripada kita. Just wait until Hana tell us.’
Terkedu Tipah ditempik Mika. Terus Tipah menikus. Kalau Mika memanggil nama penuhnya. Itu menandakan cik abang sorang ni memang tengah angin satu badan.
‘Sudah-sudahlah Mika, Tipah. Aku janji dalam masa terdekat ni, aku akan cerita semuanya pada kau orang berdua. Buat masa ni, aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau, Tipah. Aku harap korang masih nak berkawan dengan aku lagi.’

‘Gila! Comfirmlah nak kawan.’ Jawab Mika dan Tipah serentak.

Comments

  1. finallyyyyy ada update. huhu. mana writer menghilang ni? rindu hana dgn abg rizz. sikit sangat dorang muncul dalam this chapter. nak lagi pleaseeee

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. Update cerita nie.... Bab 19 bila sis

    ReplyDelete
  3. Huhuhu dah update pun chapter baru😁... Harap2 next chapter adalah majlis persandingan👫 hana dan rizz... X sabar nak baca chapter seterusnya... Update ASAP sis..😊

    ReplyDelete
  4. Asskum nak tanya dah tak ada sambungan ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22