Abangku Suamiku Bab 16

BAB 16
Dato’ Seri Rizlan yang tenang membaca suratkhabar di beranda bilik dilatari permandangan langit dihiasi bintang-bintang berkelipan. Kehadiran isterinya Datin Seri Zainon dengan wajah mencuka tidak diendahkannya.
‘Kenapa dengan awak ni Zai? Mencuka je muka tu?’ tegur Dato’ Seri Rizlan.
‘Ni semua pasal abang. Abang dah tahu pasal Hana dengan Rizz tapi abang tak pernah beritahu saya langsung.’
‘Kan kita dah bincang hal ni. Apa lagi yang awak tak puas hati? Bukan dulu awak menentang bila Zara suka pada Rizz. Apa kata Zai dulu… Rizz tu tak da masa depan setakat kerja free lance photographer.’
‘Itu dulu bang. Masa tu Zai tak tahu yang jadi photographer ni boleh buat duit.’
Pening kepala Datuk Seri Rizlan dengan isterinya. ‘Mengucap panjang Datin Seri Zainon. Tak cukup lagi ke dengan apa yang kita ada. Bersepah lagi lelaki kat luar sana tu yang Zara boleh pilih.’
‘Memang betul apa yang abang kata. Kalau Rizz tu, sekurang-kurangnya kita tahu latar belakang keluarga dia. Lelaki kat luar sana tu memang banyak. Takut bukan dia yang bagi kesenangan pada Zara takut dia yang mengambil kesempatan apa yang Zara ada.’ Datin Seri Zainon masih tidak berpuashati.
‘Sudah-sudahlah tu Zai. Rizz tu dah sah pun jadi suami Hana. Abang dah tak nak dengar Zai merungut pasal ni. Kalau Zai nak sangat bermenantukan anak along dan kak long, si Razz tu bujang. Kahwinkan aje dengan Zara.’
‘Ke situ pulak abang ni. Razz tu terlalu tua untuk Zara.’ bangkang Datin Seri Zainon.
‘Kalau macam tu lupakan je hasrat awak nak bermenantukan anak along dan kak long. Anak kawan-kawan awak kat kelab awak tu tak da yang boleh dijodohkan ke? Senang sikit kalau berbesan satu kelab. Boleh pergi kelab sama-sama.’ sindir suaminya. Dato’ Seri Rizlan bangkit dari duduknya dan terus masuk bilik.
‘Eh! Abang nak ke mana? Saya belum habis bercakap lagi.’
‘Tidur Zai. Penat dengar awak merungut. Jangan selalu merungut. Nanti Allah tarik nikmat yang ada.’ pesan Dato’ Seri Rizlan penuh dengan makna.
Bunyi hiruk pikuk di dalam kelab malam tidak dapat menghiburkan hati Zara Arlysa. Zara hanya duduk memerhati gelagat manusia yang sedang enak berhibur. Vivian di sebelahnya sekadar menjadi penonton. Terlalu bosan duduk di dalam kelab, Vivian keluar mengambil angin.
‘Asal kau keluar Vee?’ Zara bertanya.
‘Sesak nafas aku kat dalam tu. Bosan pun ia. Selalunya kalau datang sini, kau mesti menari. Ni kau duduk je. Kenapa?’
Zara mengeluh panjang. ‘Entahlah. Tak da mood.’
‘Kau nak masuk balik ke?’
‘Taklah. Jom balik.’
‘Jom.’ sambut Vivian.
Lambat aku bangun hari ni. Nasib baik tiada kelas. Aku sempat menjengah abang Rizz di dalam bilik. Kosong! Dah ke mana Mr. Tarzan aku ni pergi. Aku terus turun ke tingkat bawah. Di ruang tamu kosong. Mungkin di dapur agaknya.
‘Hah! Baru bangun!’ sergah mama dari belakang.
‘Terlajaklah mama.’
‘Ada je alasan anak mama ni. Dah! Makanlah!’
‘Abang Rizz mana mama?’ tanyaku sambal menyuap nasi lemak ke dalam mulut.
‘Ingatkan tak nak tanya tadi.’ Sindir mak Jah tiba-tiba muncul dari laman belakang.
Nasib badanlah Hana kena jadi bahan usikkan mama dan mak Jah.
‘Betul tu kak Jah. Bila ada asyik nak bertekak. Bila tak da tahu pulak mencari.’
‘Budak-budak zaman sekarang Puan Sri. Susah nak faham.’
Aku buat muka blur. ‘Amboi. Kena usik sikit pun dah merajuk. Abang Rizz Hana outstation.’
Lagi aku blur. ‘Berapa lama ma?’
‘Katanya sampai majlis kamu berdua. Dia dapat job besar untuk job pengiklanan.’
 Aku menjerit kegirangan di dalam hati. Aman tenteram hidup aku. ‘Jap. Jap. Mama! Mama kata majlis kami berdua. Bila majlis tu?’
‘Hana. Hana. Dah jadi isteri orang pun masih kelam kabut. Lagi tiga minggu sayang.’ Mama tersengih melihatku.
Perbualan aku dan mama terganggu apabila terdengar orang memberi salam. Aku kenal sangat dengan suara yang memberi salam. Bukan ke mama kata dia outstation. Aku memandang mama dengan wajah seribu pertanyaan.
Morning ma, mak Jah.’ Ucap abang Rizz. Aku sikit pun tak ditegurnya.
Mama dan mak Jah menjawab serentak. ‘Morning.’
‘Mama ingatkan Rizz dah pergi outstation tadi.’
‘Pukul sembilan baru Rizz gerak. Tadi Rizz jogging.’
Semua yang ada di dapur mengangguk kepala. Termasuklah aku sekali.
‘Rizz tak nak makan? Mak Jah sendukkan.’
‘Terima kasih mak Jah. Tak da seleralah mak Jah. Rizz naik atas dulu.’ terus pintu peti sejuk di tutup. Siap menghabiskan segelas susu, abang Rizz terus menghilangkan diri.
‘Semua persoalan dah terjawab?’ tiba-tiba mama menanyaku.
‘Perfect.’
Sebab teruja dengan ketiadaan abang Rizz, aku terus terlupa menanyakan  majlis aku yang akan berlangsung tiga minggu dari sekarang. Satu apa pun aku tak buat. Aku tengok mama macam tak sibuk mana pun. Apa nak buat ni? Masa-masa macam ni lah telefon nak berdering.
‘Assalamualaikum.’ Aku terlebih dahulu memberi salam.
‘Waalaikumsalam. Morning dear.’
Kenapa aku perlu dengar suara mamat ni pagi-pagi. ‘Stop it Ikmal. Kau nak apa call pagi –pagi ni. Menggangu ketenteraman orang je.’
‘I miss you dear.  Aku cari kau kat kampus tapi tak jumpa. Kau tak sihat ke Hana?’
Aku buat muka. Kalau si Ikmal tu ada kat depan aku, comfrm dia tahu aku tak sukakan dia. ‘Aku tak da kelas hari ni.’
Ikmal tersenyum. Dia sememangnya menantikan jawapan tersebut. ‘Eloklah tu. Jom kita tengok wayang.’
Aku mengetap bibir. Tak faham bahasa ke budak seorang ni. ‘Sorry Ikmal. Aku ada date dengan husband aku.’
‘Boleh tak kau jangan jadikan husband kau sebagai alasan. Aku tahu kau belum kahwin lagi.’
‘Terpulanglah Ikmal. Tak boleh cakap lama. Bye.’ aku terus matikan panggilan.
Rizzman yang kebetulan turun dari tingkat atas terdengar perbualan  Hana dengan Ikmal yang hanya dikenali dari perbualan Hana. Siapa pulak si Ikmal. Tak pernah tahu langsung desis Rizzman sendirian. Rizz masih memikirkan siapa gerangan Ikmal yang menelefon Hana. Walaupun matanya memandang jalan raya, fikirannya masih memikirkan Ikmal. Bunyi ketukkan di tingkap menyedarkan Rizzman.
‘Morning bro. Apa yang kau fikirkan sampai tak naik pejabat lagi? Masalah negara lagi?’ tanya Feez kehairanan.
‘Sort of.’
‘Bawak banyak bersabar Rizz. tak lama lagi, Hana akan ikut cakap kau.’ Feez menasihatkan sahabatnya.
‘Harap-harap macam tu lah Feez. Naik pecah kepala aku nak handle Hana seorang tu. Sekarang ni, aku ikut je rentak dia. Tunggulah lepas majlis tu nanti.’
‘Wah! Wah! Wah! Dah susun strategi nampaknya sahabat aku ni. Ni barulah Rizzman yang aku kenal. Patutlah kau terima job ni. Terkejut aku bila kau terima job ni. Padahal sibuk dengan persiapan majlis kahwin.’
‘I need time and space bro. Idea tengah membuak-buak ni. So buatlah duit dulu. Nanti dapur tak berasap.’
Masing-masing ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Rizzman. Hafeez kembali ke tempatnya memandangkan banyak kerja yang perlu di buat dalam masa singkat. Rizz memandang kelibat Feez sehingga hilang dari pandangan mata. Dia bersyukur mempunyai teman suka dan duka seperti Amirul Hafeez. Dengan lafaz bismillah, Rizz menyelak satu persatu maklumat yang ada di dalam fail yang berada di atas mejanya.
Dr. Razzman baru sahaja keluar dari wad selepas selesa memeriksa pesakitnya. Jadualnya yang terlalu padat pada hari itu sehinggakan dia tiada masa untuk duduk di dalam biliknya. Telefon bimbitnya dibelek. Ada dua puluh panggilan tidak berjawab dan lima mesej yang masuk. Semuanya dari Hana. Dr. Razzman terus mendail nombor Hana.
‘Assalamualaikum. Banyaknya missed call Hana. Anything urgent ke Hana?’ jelas kedengaran suara risau Razzman kepada adiknya.
‘Hehehehehe… Sorry disturbing along. Nothing urgent. I’m bored.’
‘And?’
Rancanganku hampir berjaya. ‘Movie perhaps? Lepas tu kita shopping!’
Razzman tersenyum sendirian. Ada sahaja si Hana. ‘Asal tak ajak abang Rizz?’
Potong stim betullah along ni. Baru je nak happy mood. ‘Katanya outstation. Please! Please! Please along! Boleh tepu otak Hana terperap kat rumah ni.’ Aku separuh merayu.
Razzman lemah dengan rayuan Hana. ‘Okay but with one condition.’
Setakat satu syarat tak ada masalah. ‘Named it.’
‘Pick up along kat hospital. Be my driver today at one thirthy pm.’
‘Small matter lah! See you. Daa….’ Terus aku matikan talian.
Hana. Hana. Macam-macam hal. Nasib baik ada seorang adik macam tu. Kalau ramai, mahu kopak dibuatnya desis Razzman.
Yani yang hendak mengetuk pintu bilik Razzman terdengar perbualan Razzman. Siapa Hana? Selama ni Razz tak pernah bercerita pun pasal Hana. Rasa cemburu tiba-tiba hadir. Yani mengawal perasaannya. ‘Hai! Tak tahu pun Razz ada girlfriend baru nama Hana?’
Tertawa Razzman. ‘Hei! Come in. Sound like jealous.’
‘Mungkin.’ Yani menjawab dengan pipi kemerahan.
‘Don’t be ridiculous. Hana adik Razz.’
‘Tipulah. Razz tak pernah cerita pun pada Yani.’ Yani menyangkal
‘Yani tak pernah tanya.’
‘Okay my fault.’ Yani menarik muka.
‘Hei! Razz guraulah. Razz pun lupa nak cerita kat Yani. Dia ajak tengok wayang and shopping. Katanya otak dah tepu duduk terperap kat rumah.’
‘Tak sabar nak jumpa Hana. Sound like she is happy go lucky person.’
‘Hurmmmm.. huru hara jugaklah rumah tu dibuatnya. Kalau Yani tak kisah, jomlah joint sekali.’ Pelawa Razz.
‘Tak naklah. Kacau daun pulak. Next time maybe. Enjoy! Yani keluar dulu.’
‘Okay take care.’
Yani meninggalkan bilik Dr. Razzman. Razz memandang Yani hingga hilang dari pandangan mata.
Untung jugak abang Rizz outstation. Boleh gak aku berjimba dengan along. Nak pakai baju apa petang ni ek? Siap berangan bagai aku ni.
Dah macam orang gila aku ni. Tersengih sorang-sorang dalam kereta. Mana taknya tersengih. Aku happy giler sebab dapat keluar dengan along. Dah lama aku tak melepak dengan along. Macam direstui pulak aku keluar dengan along. Jalan tak jammed langsung. Lampu isyarat pun semuanya hijau masa aku lalu.
Tempat yang aku tuju dah hampir sampai. Siap memarkir kereta, aku terus menghantar mesej pada along.
Your servant is here.
Tak lama kemudian, mesej aku dibalas along.
Okay. Along on the way.
Sementara menunggu along, aku siap menyumbang suara kat dalam kereta. Teruja sey. Nyanyi tak ingat sampai along kena ketuk tingkap. Cepat-cepat aku buka lock pintu.
‘Dalam kereta pun sempat melalak jugak ke Hana?’
‘Mestilah along. Kena gak asah bakat yang dah makin tumpul.’ Jawabku.
‘Ada je jawapan. Jom. Kita nak pergi mana?’

‘Along ikut je mana Hana bawa along.’

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22