Posts

Showing posts from 2017

Abangku Suamiku Bab 19

BAB 19 ‘Jauh termenung abang long. Ada masalah ke?’ tegur Dato’ Seri Rizlan melihat abang kandungnya. ‘Tak da apa lah Lan. Along serba salah dengan Lan. Tak pasal-pasal Lan kena marah dengan Zai pasal Rizz dan Hana. Along tak tahu pulak yang Zara tu sukakan Rizz.’ Dato’ Seri Rizlan pula yang mengeluh. ‘Marah Zai tu kejap je abang Long. Dulu dia yang menentang bila Zara sukakan Rizz. Ini dah terbalik. Lan harap harap abang long dan kak long tak ambil hati dengan sikap isteri Lan tu.’ ‘Kami dah faham sangat dengan perangai Zainon tu. Tak terasa hati pun sikap dia. Dalam keras-keras Zai tu ada lembutnya. Zara macam mana?’ Terdiam Dato’ Seri Razlan. Pening kepalanya bila memikirkan hal Zara. ‘Itulah yang memeningkan kepala Lan ni. Sejak kebelakangan ni, dia dah kerap ke kelab malam.’ ‘Ya Allah Lan. Jangan dibiarkan Zara terus hanyut. Macam mana Lan tahu semua tu? Lan ada bawa berbincang dengan Zara?’ ‘Lan upah penyiasat persendirian abang long. Lan suruh dia ekori ke mana Za

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 32

BAB 32 P erjalanan pulang ke kampung halaman bapa mertuanya memberi seribu pengalaman baru buat Hafni. Luqman dan Hafni berkongsi kereta dengan papa dan mamanya. Kebetulan Dato’ Lutfi tidak boleh memandu perjalanan yang jauh. Seperti kebiasaan, Luqman pastinya menjadi pemandu ditemani Dato’ Lutfi di tempat penumpang hadapan manakala Datin Rafidah dan Hafni  menjadi penumpang di belakang. Sempat juga Luqman menjeling Hafni melalui cermin pandang belakang. ‘Hai bang, tak sampai la kita ke kampung awak kalau driver nya asyik pandang penumpang belakang ni.’ pedas sindiran Datin Rafidah. ‘Mati keringlah kita kat dalam kereta ni Fidah. Susah jugak satu kereta dengan orang yang tengah hangat bercinta.’ giliran Dato’ Lutfi mengenakan anak menantunya. Wajah Hafni mula membahang. Geramnya dengan perangai Luqman. Dihadapan papa dan mamanya sempat lagi dia hendak bergurau senda. ‘Mama dengan papa ni, kalau tak sakat Luq memang tak sah. Dah merah wajah isteri Luq tu.’ Tersenyum Dato’ L

Abangku Suamiku Bab 18

BAB 18 Aku melempar beg kuliahku di atas sofa. Seronoknya dapat balik rumah. Rumah mama bukannya tak seronok cuma sejak ada abang Rizz ni, tingkah laku aku asyik sumbang je di matanya. Kalau duduk sini tak da yang sakit mata. Tipah pun lebih kurang macam aku. ‘Senang hati nampak? Kena loteri ke?’ Tipah di depanku sengaja ku jeling. ‘Tak boleh tengok orang senang hati ek? Ke kau nak tengok aku susah hati. By the way loteri tu  haram.’ Tipah tertawakan aku. Lawak ke apa yang aku cakapkan. Ada member seorang ni pun masuk air macam aku. ‘Tipah…. Tipah. Siapalah yang jadi boyfriend kau Tipah? Mahu sakit kepala dibuatnya. Dah puas ketawakan aku?’ sindirku apabila Tipah berhenti ketawa tak hengat dunia. ‘Sejak nak jadi pengantin ni, cepat betul buddy aku ni sentap. Nasib baik dapat husband hati batu mcam abang Rizz tu.’ ‘Tak sayang mulut nampak.’ Tipah menutup mulutnya. ‘Ala… Gurau pun tak boleh. Aku bukannya apa Hana. Aku tengok kau macam tertekan je lately ni. Bila tengok

Abangku Suamiku Bab 17

BAB 17 Sakan gila aku berjimba dengan along. Mula-mula tengok wayang. Lepas tu isi perut yang dah kelaparan dan yang paling syok sekali shopping. Kopaklah duit along. ‘Dah tak nak balik ke Puan Hana?’ sindir along yang telah kepenatan. ‘Ala…. Along dah nak balik ke?’ ‘Dah naik lenguh kaki along ikut Hana. Tak habis shopping lagi ke?’ Aku tersenyum sumbing. Dah berbeg-beg kat tepi bangku along duduk. ’As you say sir.’ Ketika aku dan along turun dari escalator , aku terdengar seseorang memanggilku. ‘Hana! Hana!’ Cepat-cepat aku menoleh. Kenapalah aku boleh jumpa dengan Ikmal kat sini. Kecil betul bumi ni. ‘Hei Ikmal. Buat apa kat sini?’ ‘Saja jalan-jalan. Bosan duduk kat rumah. Siapa sebelah tu?’ Aku dah agak dah. Mesti dia tanya. Mana taknya, dia tengok along macam nak makan. Masa ni aku nak ajar si Ikmal ni. ‘ Sorry , lupa nak kenal. Ni husband Hana. Abang kenalkan ni Ikmal. Kawan sekampus Hana.’ ‘Razzman. Husband Hana.’ ‘Ikmal.’ Tutur Ikmal seperti tidak pe