Abangku Suamiku Bab 14

BAB 14
‘Abang dah balik?’ tegur Puan Sri Maimon.
‘Tak da la lama mana pun Mai. Hana dengan Rizz mana?’ senyap je rumah hari ni.
‘Rizz katanya outstation. Hana pula tolong Mika jadi model busana pengantin.’
Tan Sri Razlan diam tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. ‘Anak kesayangan awak macam dah tak sabar nak naik pelamin nampaknya.’
‘Ke situ pulak abang ni. Sempat Mai pesan pada Mika suruh tengokkan kalau-kalau ada busana yang cantik. Bolehlah digunakan untuk majlis Hana nanti.’
Suaminya menggelengkan kepala. ‘Sampai situ awak boleh fikir Mai. Bukan Hana yang excited nak naik pelamin tapi mamanya. Susah-susah kita sahaja yang naik pelamin, Mai.’
‘Ke situ abang ni. Ke abang nak merasa naik pelamin dengan orang lain?’ serkap Puan Sri Maimon.
‘Saya sayang awak seorang je Mai. Tak da orang lain dah.’ berderai tawa Puan Sri Maimon dan Tan Sri Razlan.
Mak Jah yang memandang dari jauh turut tersenyum melihat kemesraan majikannya. ‘ Puan Sri, Tan Sri jomlah ke dapur. Minum petang dah siap terhidang.’
‘Terima kasih kak Jah. Kak Jah masuklah dulu. Sekejap lagi kami menyusul.’
Bunyi ketukan bertalu-talu mengejutkan aku dari lena. Berdenyut kepala aku dibuatnya. Nak apa lagi entahnya. Aku tak cakap apa-apa pun. Sedap-sedap je dia masuk bilik aku. Ingat ada share ke! ‘Nak apa?’
Orang tua ni dah pekak ke? Dia boleh buat dek je. Boleh pulak main sedap landing atas katil aku. Ini betul-betul mencabar tahap kesabaran aku yang telah lama aku tahan sejak dari sesi photoshoot. Lantak kau lah. Yang aku tahu baik aku mandi dan solat. Lepas solat nak turun makan. Sebelum masuk bilik air, aku punggah semua perkakasanku. Siap dengan baju yang hendak ku pakai. Usai solat asar, aku terus bersiap lalu meninggalkan Mr. Tarzan di dalam bilik. Nak sangatkan!’
‘Nak pergi mana?’ tegur Mr. Tarzan.
‘Boleh bercakap. Ingatkan bisu tadi.’ jawabku bersahaja.
‘Nak pergi mana?’ ulang Mr. Tarzan.
Aku tak jawab sebaliknya terus menghilangkan diri. Silap hari bulan mahu jadi perang dunia ketiga. Cepat-cepat aku turun dengan menggunakan tangga. Kalau tunggu lif, alamatnya kena tangkap dengan Mr. Tarzan. Kebetulan ketika aku sampai di lobi, kelihatan Mika sedang duduk di sofa lobi. Aku berlari mendapatkan Mika nak menarik Mika mengikut aku keluar dari lobi hotel. Elok je Mika menghidupkan enjin kereta, Mr. Tarzan mengejar aku. Cepat-cepat aku menyuruh Mika menekan pedal minyak. Merah menyala wajah abang Rizz.
Mika tidak bersuara. Dia khusyuk memandu. Kami tiba di Tanah Rata. Aku pantas keluar dari wagen pink milik Mika. Mika mengekori aku dari belakang. Dah macam pasangan yang tengah bergaduh.
‘Cari apa Hana?’ Mika bertanya untk kepastian.
‘Cuci mata. Bosan duduk dalam bilik.’
‘Kau marah kat aku lagi ke?’
No komen!’ aku tak nak fikir perkara yang dah berlaku.
Pertanyaan Mika tidak aku ambil serius. Kakiku terus melangkah dari satu gerai ke satu gerai. Rambang mata aku melihat buah-buahan yang segar di tambah lagi dengan sayuran serta bunga-bungaan yang wangi giler. Ikutkan hati, aku hendak terus meneroka setiap gerai yang ada. Tapi memandangkan kakiku dah mula lenguh dan hari mulai gelap, aku segera membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Selesai urusan pembelian, aku terus masuk menaiki wagen pink Mika. Boleh tahan banyaknya aku memborong barang.
‘Terus balik hotel?’ Mika bertanya.
‘Kita pergi makan dulu tapi makan kat luar. Bosanlah makan kat hotel.’ Ujarku.
‘Okay! Ada satu restoran yang selalu aku pergi kalau aku datang sini. Let’s go.’
Apa sahajalah Mika. Aku dah lapar tahap gaban desisku di dalam hati. Pandanganku ditala keluar. Suasana diluar mula kelam. Hanya cahaya lampu sahaja menerangi jalan. Tak lama kemudian, wagen pink Mika berhenti. Destinasi yang dituju telah sampai. Belum pun sempat Mika mengajak turun, aku terlebih dahulu telah keluar dari kereta.
Nasib baik restoran yang Mika cadangankan menghidangkan lauk pauk yang fresh dan sedap. Tak hengat dunia aku makan. Mika pun satu, pesan makanan mengalahkan ramai orang je. Padahal cuma kami berdua sahaja.
‘Kenyang!’ tegur Mika.
Aku mengangguk.
‘Lepas ni nak pergi mana?’ Mika mengajak aku berbual.
‘Baliklah. Tak takut ke bawa bini orang berjalan malam-malam ni. Mahu mengamuk Mr. Tarzan kat hotel.’
Mika tersengih. Terus pucat wajah Mika. Cepat-cepat dia mengambil barangnya sebelum meninggalkan restoran tersebut. Aku berdekit-dekit ketawa di dalam hati. Takut jugak Mika dengan abang Rizz.
Memandang hotel tempat penginapan yang disediakan membuat aku mengeluh panjang. Pastinya Mr. Tarzan aku tengah menunggu aku dan menerkam aku bak singa kelaparan. Kalaulah dapat tukar hotel alangkah bagusnya. Wait the minute. Tukar hotel! Macam mana aku boleh tak terfikir ke situ.
‘Mika jap!’ laungku pada Mika yang sedang membuka pintu keretanya.
‘Apa yang boleh saya bantu Puan Hana?’ panggilan Mika untukku telah berubah.
‘Teman aku check in hotel lain.’
Terbeliak mata Mika. ‘Kau biar betul Hana. Tak pasal-pasal aku kena lanyak dengan abang Rizz.’
‘Adif Mikail! Tolong jangan merepek boleh? Aku suruh kau temankan aku uruskan urusan check in hotel lain. Bukan ajak kau check in sama-sama.’satu persatu perkataan aku tuturkan dengan jelas dan terang.
‘Owh! Ingatkan apa tadi.’
Mika ni dah kenapa? Dah faham maksud aku tapi duk terpacak lagi kat situ buat apa. Aku buat isyarat mata supaya Mika bergerak.
‘Asal mata kau Hana?’
‘Mika. Mika. Mata aku okay. Aku bagi isyarat supaya kau bergerak. Yang kau duk terpacak kat situ buat apa!’ geram pulak aku tengok Mika. Malam – malam ni la otak dia lembap nak proses.
‘Aku rasa idea kau nak check in hotel lain mungkin tak kan terjadi.’
Aku blur dengan kata-kata Mika. ‘Apa maksud kau?’
Kali ini Mika pula yang memuncungkan bibirnya menunjuk isyarat di belakang aku. Aku dah tak sedap hati. Siapa pulak yang ada kat belakang aku ni. Tak kan …… Perlahan-lahan aku memandang ke belakang. Apalah malang nasib aku. Mr. Tarzan ada di belakang. Sekarang kami sedang bersemuka. Selangkah Mr. Tarzan mendekati aku selangkah aku mengundur ke belakang. Dah macam cerita kartun Tom and Jerry gamaknya.
‘Ingatkan tak tahu nak balik!’ sindir abang Rizz dengan wajah yang tak dapat nak aku gambarkan.
‘La. Kisahkan pasal Hana ke? Terima kasih je lah sebab ambil berat.’
Berubah terus wajah abang Rizz bila aku sound kat dia. Lagi-lagi depan abang Feez dan Mika. Abang Rizz dah nak kejar aku tapi sempat lagi abang Feez memegang tangan abang Rizz. Baik aku cabut sebelum gunung berapi meletup. Mika turut serta berjalan beriringan dengan aku menuju ke hotel.
‘Sabar Rizz. Jangan ikutkan marah kau tu.’ nasihat Feez.
‘Macam mana aku nak sabar Feez. Kau sendiri dengar apa yang budak kecil tu cakap tadi.’
‘Dahnya cara kau approach Hana tu tak betul. Cara kau tu kasar sangat. Tu yang dia tak nak dengar cakap kau.’
‘Cara macam mana yang kau maksudkan Feez? Nak bersajak bagai ke? Rizzman mula bengis acapkali ditegur oleh Feez.
‘Bukan tu maksud aku. Kau fikirlah sendiri Rizz. Kau dah besar dan dapat bezakan yang mana betul atau yang tidak. Aku masuk bilik.’
Rizzman memandang Feez hingga hilang dari pandangan mata. Kusut kepalanya memikirkan Hana Qusandria. Susah betul nak jaga isteri seorang. Rizzman duduk di bangku kayu di tepi kolam. Dia cuba mencari ketenangan di dalam dirinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengamuk di bilik Hana. Bila mengingatkan teguran Feez sebentar tadi, Rizzman mengeluh panjang.
Cara apa yang patut aku guna? Hantar bunga? Ayat jiwang? Argh!!! Tak kan sekali desis Rizzman di dalam hati.
Kedinginan malam menyedarkan Rizzman dari lamunannya. Kakinya mula kesejukkan memandangkan dia hanya memakai sandal sahaja. Rizzman tidak betah lagi untuk duduk di luar. Segera dia beredar pulang ke bilik. Jika sebelum ini dia berura-ura untuk ke bilik Hana tetapi sebaliknya. Rizzman terus menuju ke biliknya.
Aku termangu di atas katil. Dia tidur di mana? Bilik aku ke atau sebilik dengan abang Feez. Kau dah kenapa Hana? Kan elok kalau abang Rizz tidur dengan abang Feez. Tak kan kau nak sebilik dengan musuh kau? Sindir suara hatiku.
Ya tak ya jugak. Betul. Betul. Betul.
Tak baik kau cakap macam tu Hana. Abang Rizz kan suami kau. Kalau apa-apa terjadi kat abang Rizz, menyesal pun dah tak guna kata suara hatiku yang lagi satu.
Arghhh!! Pening kepala aku. Susah betul jadi isteri Rizzman Adha. Dalam aku pecah kepala memikirkan di mana abang Rizz. Akhirnya aku terlelap di atas katil sehingga bunyi alarm subuhku berbunyi.
Ya Allah. Tertidur aku sampai subuh. Aku mengerling kiri kananku. Kosong! Pastinya abang Rizz tidur di bilik abang Feez. Elok jugak. Tak adalah aku dan abang Rizz bertekak dua puluh empat jam. Aku segera membersihkan diri sebelum menunaikan kewajipanku. Lama aku bermunajat di atas tikar sejadah. Tak lupa jugak aku berdoa untuk mummy dan daddy, papa dan mama. Abang Rizz? ada juga aku doakan untuk abang Rizz dan along. Merekalah saudara mara yang aku ada.
‘Lama kau berdoa Rizz.’ tegur Feez yang duduk di atas sofa sedang mengadap lensa kameranya.
‘Minta petunjuk Feez.’
‘Baguslah. Moga-moga hubungan yang keroh akan jernih kembali. Siapa tak nak Hana tu. Kalau orang tahu yang dia tu isteri orang, mahu menangis semua lelaki kat luar sana tu.’
‘Cukup-cukuplah kau sindir aku Feez. Kepala aku dah berserabut fikir isteri seorang.’ rimas Rizzman menjadi bahan sindiran sahabatnya.
‘Tu baru seorang. Belum dua tiga lagi.’ Feez masih mahu menyakat.
Melayang songkok dibaling Rizz. Betul-betul tepat mengena di tangan Feez.
‘Woit! Nasib baik tak jatuh buah hati aku ni. Kalau tak, menangis tak berlagulah aku.’
‘Sindirlah aku lagi. Tu baru sikit.’ gertak Rizzman.
Dari kafe hotel hinggalah ke lokasi pengambaraan, aku perhatikan abang Rizz tidak memandang aku langsung. Apa kena dengan Mr. Tarzan aku tu? Something wrong somewhere.’
‘Woit! Apa yang kau menungkan tu?’ Mika muncul tiba-tiba.
‘Tak da apa-apa lah.’ Balasku.
‘Tak payah nak auta aku. Tell me dear.’
‘Nothing serious. Cuma abang Rizz.’ ujarku.
‘Abang Rizz? Kenapa dengan abang Rizz. aku tengok dia okey je pagi ni.’ pandangan Mika beralih ke arah abang Rizz tidak jauh dari kami.
‘He ignored me starting at hotel until here. That make me curious.’
Mika menggaru kepalanya. ‘Mungkin dia tak nak bagi kau tekanan kot. Sekarang ni kan kau terikat dengan photoshoot ni.’
Aku sekadar menjongketkan bahu. Tak pasti jawapan Mika tu betul atau tidak.
Sesi fotografi berjalan dengan lancar tapi tak selancar otak aku yang agak lembap mentafsirkan sikap abang Rizz. Pandangan matanya tidak lagi menggugat perasaanku. Pegangan tangannya tidak lagi menggetar jantungku. Semuanya yang datang dari abang Rizz hanya biasa sahaja buat aku berbanding sentuhannya sebelum ini.
Aku masih di tempat persalinan walaupun aku telah siap menukar pakaian. Sebaik aku berpaling, abang Rizz berada di belakang aku. Mengucap panjang aku. Aku bergerak ke tepi memberi laluan kepada abang Rizz untuk menukar pakaiannya. Belum pun sempat aku melangkah, tiba-tiba tubuh sasa abang Rizz tumbang ke arahku. Terduduk aku dibuatnya untuk menampung tubuh abang Rizz yang lebih besar dariku. Aku merasa dahi abang Rizz. Panas!
Pantas aku menjerit meminta tolong. Mika yang berada berdekatan terlebih dahulu tiba. Mika berlari mendapatkan Panadol dan segelas air. Mika yang tiba dengan nafas tercungap-cungap menghulur dua biji Panadol dan segelas air. Segera aku suakan Panadol ke mulut abang Rizz. Disusuli dengan air. Abang Feez yang baru tiba terkejut dengan apa yang terjadi.
Tak mahu membuang masa, abang Feez menolong aku menukar pakaian abang Rizz. siapa menukar pakaian, aku dan abang Rizz terus pulang ke Shah Alam. Terpaksalah Mika pulang sendirian. Aku dan abang Feez singgah sebentar di klinik berdekatan Villa Anggerik. Abang Rizz bernasib baik kerana mengalami demam biasa. Beberapa jenis ubat dibekalkan untuk abang Rizz.
Setiba di rumah, mama dan papa terkejut melihat abang Rizz. Seperti tahu keadaan aku yang masih kepenatan, mama dan papa tidak bertanya apa-apa. Kebetulan along yang berada di rumah membantu aku memapah abang Rizz naik ke tingkat atas. Setelah membaringkan abang Rizz di atas katil, along beredar dan kembali semula dengan beg doktornya. Sementara along memeriksa abang Rizz, aku balik ke bilik aku membersihkan diriku. Mama dan papa melayan abang Feez di ruang tamu.
Siap berpakaian, aku terus turun bawah. Semuanya ada di ruan tamu kecuali abang Rizz yang sedang tidur di tingkat atas.
‘Dah turun pun Hana. Meh duduk sebelah mama.’ Panggil mama.
Aku hanya menurut. Badanku terasa penat.
‘Hana tak perlu risaulah. Rizz cuma demam biasa.’ Terang along yang duduk bersebelahan abang Feez.
Aku hanya tersenyum. Di dalam hati aku mengucap syukur.
‘Mungkin sebab dia lama sangat duduk kat luar semalam.’ Terang abang Feez.
‘Terima kasih abang Feez sebab tolong hantarkan Hana dan abang Rizz. Maaflah sebab menyusahkan abang Feez.’
‘Menyusahkan apa nya Hana. Abang Rizz tu kan kawan abang. Masa dia susahlah abang Feez tolong. Tak kan masa senang je abang Feez berkepit dengan dia.’
Semuanya yang ada di ruang tamu tersenyum mendengar kata-kata abang Feez. Lama kami bersembang sebelum abang Feez minta diri untuk pulang. Aku menghantar abang Feez hingga ke luar. Sebaik hilang sahaja kelibat kereta abang Feez, aku masuk ke dalam rumah.
‘Hana okay?’ along tiba-tiba bertanya.
‘Hana okay long.’
Aku duduk di sebelah along. ‘Pergilah berehat. Penat sangat along tengok muka Hana.’
‘Betul tu Hana. Tak lama lagi sihatlah Rizz tu.’ Papa juga prihatin terhadap aku.
Aku hanya mendengar kata. Aku terus ke naik ke tingkat atas untuk merehatkan diri. Kalau Hana Qusandria dapat tidur memang tak ingat dunia. Nasib baik tak terbabas. Sedar-sedar je jam dah menunjukkan pukul lima setengah petang. Cepat-cepat aku solat dahulu. Aku menjengah abang Rizz di biliknya. Dahinya ku rasa. Panasnya telah berkurangan. Tuala yang diletakkan di dahi abang Rizz ku rendam semula dan ku perah lalu diletakkan semula di dahinya.
Mak Jah yang sedang mengemas dapur ketika aku masuk ke dapur. Perlahan-lahan aku duduk di bangku bar table. Mengucap panjang mak Jah ketika dia berpaling ke arah aku.
  ‘Ya Allah! Bertuah punya budak. Lain kali bagi salam. Kalau mak Jah ada penyakit jantung, dah arwah mak Jah tadi.’
‘La… Mak Jah ni. Hana tak buat apa pun. Hana duduk je kat sini. Bukannya Hana sergah mak Jah.’ aku menjawab.
‘Ada je alasannya. Nak makan ke? Boleh mak Jah ambilkan.’
‘Tak nak lah mak Jah. Hana tak da selera.’ Ujarku sambal mencapai gelas dan mengambil susu di dalam peti sejuk.
‘Hana okay tak ni? Sejak balik dari Cameron, mak Jah tengok Hana macam tak sihat jer.’ Mak Jah cuba mengorek rahsiaku.
‘Hana sihat mak Jah. Tu yang kat atas tu yang tak sihat.’
‘Aha! Cerita pasal yang tak sihat kat atas tu, Hana nak masak apa untuk dia?’ soal mak Jah.
Macam mana aku boleh lupa yang orang sakit tu belum makan. Nasib baik mak Jah mengingatkan aku. ‘Thank you mak Jah sebab ingatkan Hana. Hana pun terlupa yang orang sakit tu tak makan lagi.’
‘Nak mak Jah masakkan bubur untuk orang sakit?’
Cepat-cepat aku geleng. ‘Biar Hana yang masak. Baru cepat sembuh orang sakit tu.’

Mak Jah tersenyum mendengar kata-kataku.

Comments

  1. Yess... akhirnya ada sambungannya...

    ReplyDelete
  2. Dah lme tggu....besttt
    Smbung ag plzzzzz....

    ReplyDelete
  3. Best sambung lagi... dah lama tunggu...

    ReplyDelete
  4. Go...go...go...miss author....smbg lg citer....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum , ada sambungan lagi tak ? dlm masa 1 hari saya bace dari bab 1 sampai bab 14 .. best sangat , x sabra tunggu sambungan cerita . 2 hari x bukk blog nie ingtkn ada sambungan da ... masih menunggu sambungan "Abangku Suamiku"

    ReplyDelete
  6. Hmmmm.. akak bila nk smbung.. rugi lh klau brhnti.. jgn lpe smbung yee.. tq

    ReplyDelete
  7. Huhuhu... sis lambat lagi ke??? Tak sabar please update SOON...

    ReplyDelete
  8. Bila nk sambung lg novel nie lama dh tgu..x sabar nk baca..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22