Abangku Suamiku Bab 13

BAB 13
Dek terlalu sibuk, Rizzman terlupa untuk membaca mesej yang telah lama masuk dalam peti mesejnya. Kesempatan yang ada, barulah Rizzman membuka mesej yang dihantar. Budak kecik yang hantar mesej.
‘What!’ jerit Rizzman kuat.
‘Sabar bro. Siapa yang hantar mesej kat kau sampai kau terjerit. Janganlah kata Hana yang hantar mesej tu?’ telah Feez sahabat baiknya.
‘Siapa lagi Feez kalau bukan bukan kecik tu.’
‘Dia kata apa?’
‘Dia minta izin keluar dengan kawan dia. Hari ahad baru balik. Group assignment katanya.’ datar suara Rizzman membaca mesej yang dihantar.
‘Kau ni cemburu sangatlah. Adatlah budak tengah belajar. Ni belum lagi dia kerja nanti. Mahu haru biru jiwa kau.’
‘Ikutkan hati aku, aku tak nak dia kerja. Aku mampu tanggung budak kecik tu.’
‘Tak boleh macam tu Rizz. Betul kau ketua keluarga. Apa pun kau kena berbincang dengan Hana dulu. Aku tengok Hana tu bukannya budak ligat pun. Cuma dia sengaja buat nakal depan kau. Dah lama tak jumpa lah katakan.’
‘Kalau bab merepek kaulah orangnya. Dah jom. Kata tadi ada perbincangan dengan pereka fesyen tu.’
Setiba di kafe hotel, orang yang di nanti telah sedia menunggu. ‘Assalammualaikum.’ Sapa Adzhar Mikail abang kepada Mika.
‘Walaikumsalam. Maaf lambat Adzhar.’ Ujar Hafeez.
‘Eh! Tak da lah lambat. Kami yang sampai awal. Rasanya tak payah aku kenalkan kot kat kau Feez siapa yang duduk kat sebelah aku ni.’
‘Siapa yang tak kenal Damian Haimy, pereka fesyen yang nama mula meningkat naik sekarang ni. Lupa pulak aku. Kenalkan the owner of the studio Reizz Photograpyh, Rizzman Adha.’ giliran Feez berceloteh.
Masing-masing bersalaman dan bertukar business card sebelum memulakan perbincangan. Selesai perbincangan mereka walaupun mengambil masa yang agak lama. Selepasa bersetuju dengan apa yang di kehendaki, Rizzman dan Hafeez balik ke bilik. Begitu juga dengan Adzha dan Damian.
‘Puan Hana bangun! Dah sampai dah.’ Kejut Mika siap renjis air di muka aku.
Main kasar pulak mamat ni. ‘Apa kau kata tadi? Dah sampai? Sampai mana?’
‘Sampai mana lagi. Kalau bukan Cameron. Dah tu kau nak sampai mana?’
Elok-elok aku mamai terus jadi segar bugar. ‘Cameron! Biar betul? Tadi bukan kau kata nak singgah kawasan rehat dulu ke?’
‘Macam mana aku nak singgah, kalau aku tengok punyalah syoknya kau tidur siap berdengkur. Tu yang aku terus drive ke Cameron.’ Tak berlapis langsung kalau si Mika ni bercakap. Satu spesis dengan Tipah.
‘Menusuk sampai ke qolbu kau tahu tak? Kau dengan Tipah sama je. Bercakap tak hengat dunia.’ Emo pulak aku tetiba.
‘Jangan nak mengada-ngada sangat. Sentap konon! Bergurau pun tak boleh. Nah! Kegemaran kau.’
Inilah kelemahan aku. Pantang jumpa strawberi. Langsung hilang rajuk aku. Mika ni tahu-tahu je buah favourite aku. ‘Nasib baik kau belikan strawberi ni. Kalau tak, aku nekad balik Shah Alam.’
Mika hanya ketawa mendengar kata-kataku. ‘Dah! Jom check in. Badan aku dah lenguh drive tadi.’
Aku hanya menurut. Yang penting strawberi dah ada dalam genggaman aku. Siap kau strawberi. Akan aku kerjakan kau nanti. Siap sahaja urusan check in bilik, aku berpisah dengan Mika. Bilik kami di tingkat yang sama cuma bilik aku sedikit jauh dari bilik Mika.
Lena betul aku tidur malam tadi. Mentang-mentang kawasan sejuk, lagilah sedap aku membuta. Tak yah pakai penghawa dingin langsung. Usai solat subuh, aku kembali naik ke atas katil sementara untuk turun menikmati sarapan pagi di kafe.
Hampir-hampir je aku terbabas. Ketukan pintu menjadi penyelamat aku. Mika tak masuk hokay. Tunggu kat luar je. Aku bersiap ala kadar dan terus keluar dari bilik.
‘Tak kan kau baru bangun Hana?’
‘Macam tak sayang mulut je kau ni Mika. Aku ni siap subuh lagi. Lepas subuh tu tak tidur. Tengah sedap layan movie, mata ni boleh terlelap. Kalau kau tak datang tadi, comfirmlah aku terbabas.’ Ujarku.
Berborak sakan aku dengan Mika dari keluar bilik sampai ke kafe. Ada sahaja perkara yang dibualkan. Aku dan Mika duduk di meja bahagian tepi bersebelahan dengan tingkap. Tak lama kemudian, ada dua orang mamat duduk semeja dengan aku dan Mika.
Morning!’ ucap salah seorang daripada mereka. Sweet muka dia.
Morning.’jawabku dan Mika serentak.
‘Hana kenalkan yang sebelah kiri ni Damian Haimy fesyen designer dan sebelah kanan ni Adzha Mikail, my brother.’
Jatuh rahang aku. Bila masa pulak Mika ada abang yang kacak macam pelakon korea. ‘Hai Hana Qusandria. Nice meeting both of you.
Tertawa Damian dana bang Mika dengan kata-kataku. Aku ada salah cakap ke? Rasanya macam tak desisku sendirian.
‘Hana salah cakap ke?’ tanyaku inginkan kepastian.
‘Nope sweetiest. Hana too formal sangat.’
‘La.. Pasal tu je ke? Okay!’
Selesai sarapan pagi, kami berempat menuju ke lokasi photoshoot. Permandangan kawasan menghijau menenangkan jiwa aku. Siap berangan lagi. Kami sampai di lokasi hanya memakan masa yang tidak lama. Sementara aku di make up, Mika , abang Adzha dan Damian hilang entah ke mana.
Tiba-tiba Damian datang menghampiri aku. ‘Hana. We have minor problem sikit.
‘What it is?’ soalku.
Last minute, male model tak dapat datang. Unwell katanya. Pening kepala I sekarang ni. Are you okay if Mika replace the male model?’
Do you meant Adif Mikail? Speaking London aku dibuatnya.
‘Kenapa? Tak percaya ke?’ tegur Mika tiba-tiba berada di belakang aku.
Aku pandang Mika atas bawah. Tengah asyik aku duk usha si Mika, terkejut aku bila seseorang yang amat aku kenali sedang memandang daring kat aku. Siapa lagi kalau bukan Mr. Tarzan aku. Punyalah besar Malaysia ni, macam manalah dia boleh outstation kat Cameron ni.
‘Mr. Tarzan!’ terluah juga nama tu di bibirku.
‘Siapa Mr. Tarzan?’ tanya Mika yang busy body.
‘Abang Rizz buat apa kat sini?’ bisikku di telinga Mika.
‘Mana?’
‘Tu hah! Kau tak nampak mamat yang macam tiang lampu tu duk daring pandang kat aku.’
‘OMG! Dia macam tahu je kau dengan aku kan. Gerenti dia mengamuk sakan kalau dia tahu aku jadi model dengan kau.’ Giat Mika.
‘Dah tu nak buat apa? Tak kan nak cabut lari?’
‘Kau giler!’ tempik Mika sambal berbisik pada aku.
‘Why you all whispering? Ada yang tak kena ke?’ Damian keliru.
‘Nothing! Can we talk?’ Damian mengangguk setuju dengan permintaan Mika. Mereka berbincang tidak jauh dari tempat aku duduk.
Aku ingatkan lepas berbincang dengan Damian, Mika akan datang pada aku tetapi andaianku meleset. Sebaliknya Mika terus berjalan ke arah abang Rizz. Motif? Aku pulak yang panas punggung bila abang Rizz sedang menuju ke arah ku. Tekaanku salah lagi. Dia bukan menuju ke arah ku tetapi hanya melintas dihadapanku dan terus ke bilik persalinan. Untuk apa? Boleh migrain macam ni.
Ligat otak aku memikirkan apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba pembantu Damian memanggil aku. Photoshoot dah nak bermula. Terkial-kial aku nak melangkah dengan gaun pengantin yang sarat dan berat giler. Berlatar belakangkan permandangan menghijau, photoshootku bermula. Terkejut giler aku bila lihat jurugambar yang bertugas adalah abang Feez. Aku tak sempat nak berborak di sebabkan komitmen masing-masing. Lepas habis shoot ni, boraklah puas-puas.
‘Sekarang ni, kita shoot you dulu ye Hana. Model lelaki sedang bersiap.’ tutur Damian di sebelah abang Feez.
Kekok gak aku nak pose memandangkan abang Feez jurugambarnya. Sampai abang Feez kata buat tak kenal je. Ada betul jugak kata abang Feez. Baik aku selesaikan photoshoot ni sebelum timbul abang Rizz. Lagilah kekok aku nak pose di hadapannya. Syukur! Selesai sesi pertama aku. Damian dan abang Feez berpuas hati dengan pose yang aku berikan. Aku duduk semula di tempat menunggu sambal make up artist touch up make up aku. Barulah aku nampak batang hidung Mika.
‘Kau pergi mana Mika? Tinggalkan aku sensorang masa photoshoot tu tadi.’ Aku bertanya untuk kepastian.
‘Kalau aku ada pun, bukannya aku pose dengan kau pun. Aku ada kerja tadi.’
‘Bukan tadi Damian kata kau akan gantikan model lelaki yang tak datang tu ke?’ aku pulak yang pelik.
‘Tu tadi. Model lelaki tu dah sampai. Dah siap dah pun. Bagi kau rehat kejap. Pastu sambung balik.’ Terang Mika dengan senyuman penuh makna.
‘Lain macam je aku tengok senyuman kau. Kau ada rahsiakan sesuatu kan Mika?’
‘Tak kan senyum pun salah Hana. Bila aku muka kelat baru kau tahu.’ Cepat-cepat Mika mengelak agar rahsianya tidak pecah.
Let’s go Hana. Sesi berpasangan.’ajak Rachel pembantu Damian. Aku sekadar menurut. Sementara menunggu model lelaki, aku menyambung menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
‘Okay Hana! Model lelaki dah sampai.’ Laung abang Feez.
Baik je aku pusing menghadap model lelaki, macam nak pitam aku dibuatnya. Siap berkot hitam diluarnya dan kemeja putih di dalam menyerlahkan lagi ketampanan Mr. Tarzan. Sayang seribu kali sayang, aku cuma menyukai penampilannya. Dirinya tidak mungkin sekali.
‘Menariknya group assignment.’ Bisik abang Rizz di telingaku yang  berada di belakangku siap memegang pinggang aku.
Ketika itu jugaklah aku terdengar bunyi kamera abang Feez sedang merakam aksi kami. Terperanjat aku apabila abang Rizz memegang pinggang aku. Nyaris-nyarislah nak jadi mangsa backhand aku. Abang Rizz tidak berpuashati kerana soalannya tidak terjawab. Tiba-tiba sahaja dia mengubah posisinya menghadap aku. Damian yang sepatutnya memberi arahan kepada pose kami tidak membantah. Tangan abang Rizz menarik tubuhku agar lebih dekat dengannya. Nak tak nak, terpaksalah aku pasrah. Sebolehnya aku berlagak professional. Ikutkan hati aku, dah lama aku pijak-pijak kaki Mr Tarzan.
‘Asal senyap? Sebab dah kantoi?’ abang Rizz sengaja membakar sabarku.
‘Good both of you. Give me more chemistry.’ Laung Damian senang hati melihat aku dan abang Rizz boleh bekerjasama. Dalam hati aku, tuhan saja yang tahu.
Lepas satu pose ke pose lain yang aku dan abang Rizz berikan. Setiap kali itulah abang Rizz membakar sabarku dengan menyindirku. Aku tadah telinga je. Aku tak henti-henti berdoa agar sesi photoshoot ni cepat berakhir. Dah tak sanggup aku nak berhadapan dengan abang Rizz. ni semua gara-gara Mika. Pandai dia mengenakan aku. Mengucap panjang aku bila sesi photoshoot telah berakhir. Aku yang baru hendak melangkah meninggalkan abang Rizz, tiba-tiba tanganku ditarik. Tubuhku terdorong dan sekelip mata bibirku bertaut dengan abang Rizz. Aku tergamam. Agak lama aku berkeadaan begitu hinggalah bunyi kamera abang Feez menyedarkan aku. Aku cuba menolak tubuh abang Rizz, namun tidak berjaya. Langkah terakhir untuk menyelamatkan diri, dengan sekuat hati aku memijak kaki abang Rizz. Rasakan tujahan kasut tumit tinggi. Meraung abang Rizz aku kerjakan. Baru puashati aku. Cepat-cepat aku mengangkat gaun pengantinku dan meninggalkan abang Rizz.
‘Cantik betul pose korang tadi! Natural bro. Tapi pose yang terakhir tu paling aku suka. Tak kan dah tergoda dengan kecantikan Hana bro?’ Hafeez sengaja menyakat sahabatnya.
‘Sebab benda halal. Tu yang buat natural je bro. That’s scene is out of my mind.’
‘Maksud kau?’ Feez keliru.
‘Sempat lagi aku tanya dia sampai sini buat group assingment. Tapi satu soalan aku pun dia tak jawab tak jawab. Dia sengaja bakar kesabaran aku.’ Luah Rizzman.
Tiba-tiba Damian menghampiri Rizzman dan Hafeez. ‘What a shocking scene Rizz. You tak sepatutnya buat Hana macam tu. It’s illegal.
‘Sebenarnya Hana is my wife.’
‘No wonder la you berani buat macam tu. Untung you dapat Hana. She’s natural beauty. Touch up sikit je dah nampak kecantikan Hana.’ komen Damian.
‘I pun setuju dengan pendapat you Damian.’ tambah Feez.
‘Thank’s Damian.’ jawab Rizzman pendek.
Siap menukar pakaianku, aku terus tarik Mika segera meninggalkan kawasan photoshoot. Mika terpinga-pinga diperlakukan sedemikian. Ikutkan hati aku, dah lama aku lipat-lipat si Mika ni.
‘Jap. Jap. Kau kenapa ni Puan Hana?’ tegur Mika pura-pura tak tahu.
‘Aku nak balik hotel.’
‘Okay. Okay. Tapi tak payahlah tarik-tarik aku.’
‘Kau marahlah ni?’ aku pula yang bertanya.
‘Taklah marah. Suka sangat kena tarik.’
‘Patutnya aku yang marah. Mula-mula Damian kata kau yang ganti model lelaki tu, alih-alih lepas kau cakap dengan abang Rizz, dia pulak jadi model.’ aku melepaskan amarahku.
‘Bagi aku explain semuanya.’ Terang Mika cuak.
‘I don’t need you explanation. Just sent me to the hotel. That’s all Mika.’ rayuku agar Mika memahami keadaan aku sekarang.
‘Fine. Aku hantar kau balik hotel.’
Sunyi sepi suasana di dalam kereta. Pasti Mika perasan wajahku yang mencuka. Kalau aku dah angin satu badan, Mika dan Tipah dah masak sangat. Jangan diusik harimau yang sedang mengamuk. Sampai di perkarangan hotel, aku terus keluar. Panggilan Mika tidak aku endahkan. Laju kaki aku melangkah masuk ke dalam hotel.

Habis semua barang yang aku bawa aku campak di atas sofa. Aku terus merebahkan diri di atas katil. Alat kawalan jauh tv ku capai lalu aku menekan semua butang yang ada. Satu siaran pun tidak menarik minatku. Alat kawalan jauh tv ku lemparkan di hujung katil. Habis satu katil aku pusing. Insiden pagi tadi tadi tidak mampu hilang dari fikiran aku. Akibat terlalu penat memikirkan apa yang terjadi, aku terlena sendirian.

Comments

  1. Yeayy!! Dah update new entry.. tak sabar tunggu next bab. mesti bila Hana terjaga je, Rizz dah ada dlm blik dia. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Wowww...best..tqvm for this entry...
    Then excited for the next entry..

    ReplyDelete
  3. Cepatlah update... Sy x sbr nak baca bab seterusnya and sy x bleg nak tunggu sebulan utk satu bab... Cerita ni syok sngt

    ReplyDelete
  4. Superb chapter sis... harap next chapter x ambil banyak masa utk diupdate...

    ReplyDelete
  5. Cpt sy x sabar bab seterusnya ok

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....cik writer sambung juga bab ni....tak sabar tunggu sambungan lagi....andai ada berita baik....share lah dengan kami...kot2 kami boleh dpt baca dlm edisi cetak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye.....
      sibuk dgn komitmen yang lain jugak....

      Delete
  7. tazabarrrr nk bce next entry! heee. bestttt

    ReplyDelete
  8. Nakkk lgiiiii.. cpt sis.. next entry..

    ReplyDelete
  9. Nakkk lgiiiii.. cpt sis.. next entry..

    ReplyDelete
  10. Salam kenal. Jemput singgah di blog saya. Follow me back. :)

    ctkhatijahdiana.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22